The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nsdahlia18, 2022-09-19 19:49:11

DRAFT - GARIS PANDUAN AP - 5.9.2022

DRAFT - GARIS PANDUAN AP - 5.9.2022

(2) Seorang orang bukan Islam adalah kompeten untuk
memberikan bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima
mengikut Undang-Undang Islam.

Huraian-Bayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seorang orang Islam
boleh diterima jika dikehendaki.

(3) Seorang yang tidak 'adil adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi
tidak kompeten memberikan syahadah.

(4) Seorang yang belum baligh atau seorang yang tak sempuma akal adalah
kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk
memberikan syahadah.

Huraian-Bayyinah seorang orang belum dewasa dalam kes kecederaan yang
dilakukan oleh beberapa orang belum dewasa ke atas yang lain boleh diterima
dengan syarat bahawa antara mereka tiada perselisihan faham dan mereka
berada di tempat kejadian itu.

(5) Seorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau

menghidap hilang ingatan adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi

tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(6) Seorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya dengan
dan mempunyai kepentingan dalam pihak menentang adalah kompeten untuk
memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(7) Seorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya
dengan pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi
tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

19. Selain itu, penerimaan qarinah dalam keterangan di dalam mahkamah syariah juga merupakan
bukti bahawa pembuktian melalui tahap al-zhan al-ghalib merupakan amalan di mahkamah
syariah. Ia bersesuaian dengan Seksyen 5 sehingga 16 OKS 2001 yang membahaskan tentang
qarinah.

20. Antara contoh pembuktian melalui tahap zhan al-ghalib di dalam mahkamah syariah ialah kes
Pendakwa Syarie Negeri Sabah lwn Rosli bin Abdul Japar JH [2007] Jld. XXIII Bhg. II 237.
Dalam kes ini, Pendakwa Syarie telah berjaya membuktikan kesnya berdasarkan keterangan
pakar dan pembuktian secara saintifik iaitu laporan ujian DNA (Deoxyribonucleic Acid) ke atas
ketiga-tiga penyumbang spesimen darah: i) Hasmawi Abdullah, ii) Murni binti Muhammad, iii)

36

Rosli bin Abdul Japar yang telah dijalankan oleh pakar DNA dari Jabatan Kimia Malaysia,
Petaling Jaya, Selangor iaitu Mohd Izuan bin Othman (saksi pendakwaan ketiga) di samping
keterangan saksi pendakwaan pertama (Murni Binti Muhammad) dan saksi pendakwaan kedua
(Haslee Bin Sairin @ Harimin). Mahkamah mendapati pihak pembelaan telah gagal
menimbulkan keraguan kepada Mahkamah mengenai dakwaan ke atas tertuduh yang
dibuktikan melalui keterangan tiga orang saksi di mana salah seorang saksi merupakan saksi
pakar DNA. Ketetapan analisis DNA bagi menentukan genetik (biological father) tidak dapat
disangkal oleh pihak pembelaan sekurang-kurangnya ke tahap menimbulkan keraguan.

21. Istilah yang digunakan di mahkamah sivil bagi tahap pembuktian ini ialah beyond reasonable
doubt. (Ashraf Md. Hashim, 2001)

(III) Al-Zhan

24. Tahap ketiga dalam berat pembuktian ialah al-zhan (sangkaan). Apabila sesuatu keterangan
didatangkan dengan bukti-bukti yang tidak mencapai ke tahap zhan al-ghalib, dan tidak pula
terlalu kabur sehingga mencapai tahap as-syak, makai ia termasuk dalam tahap al-zhan.
(Ashraf Md. Hashim, 2001) Dalam undang-undang Islam, al-zhan terbahagi kepada dua
kategori iaitu yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan. Ini adalah berdasarkan firman Allah
SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 12:

… ٌ‫ََٰٓيَُيَّها ٱَلّ ِذي َن ءَاَمنُواْ ٱ ۡجتَنِبُواْ َكثِيًرا ِيم َن ٱل َظّ يِن إِ َّن بَ ۡع َض ٱل َظّ يِن إِ ُۡث‬
12 :‫سورة اْلجرات‬

Bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa…”

Surah al-Hujurat: 12

25. Imam al-Qurthubi dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa al-zhan itu terbahagi
kepada dua. Kategori yang pertama diterima kerana ia dikuatkan dengan apa-apa dalil atau
petunjuk kepada kebenaran dakwaan. Manakala, kategori yang kedua tidak diterima kerana ia
tidak dikuatkan dengan apa-apa dalil atau petunjuk kepada kebenaran dakwaan
tersebut.(Muhammad bin Ahmad al-Qurthubi. 1964. Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar
al-Kutub al-Misriyyah. Hlm 332) Maka keterangan yang tidak mencapai tahap al-yaqin atau
zhan al-ghalib, jika datang berserta qarinah boleh diterima dalam penghakiman jika dianggap
munasabah oleh hakim.

37

26. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Wa’il bin Hajar:

‫ي‬:1‫َلََيس‬3‫د‬:ِ‫يّقَلييا‬9‫رِف؟م ُو‬،ٌَِ‫ة‬:‫حقيولَااأهلََألَْفرمَاكِْضعسلبََللييِيينمَْهض‬:َ‫ِييهفر‬،‫ِما‬:‫ىهَفاَلقَّوّلاليُُسَبَللّاعَمِالليللِهلِْكْنعَلَحوِدىسَُْضلّّيَرَمم‬،‫ََّدلللةَإهَِِإلّنذَلاَصلكلَلَّاَّراكنَلىُجنْاتََلِيبَّّللِفُلاََصِِعَلّجبلٌير‬،‫يبَِفوََرنيَقساُجَلَرعللٌلَسََكرِوىمَسلأنمْنوارلُهكِللْنهٍِإاض‬:َ‫ل‬،‫ٌَّقََغلتل‬:‫رقاَمَْْدقَحلوا‬،َ‫ييذنُاهفْضهُاق‬،ِ‫ََلَِسمإش َلنَّنكيهٍءَهفَيح‬،‫يلِهنلٌف‬:‫وَّعُءَورقَعهُالَارَاِلمُجلل‬،‫أيَََرْتَلزجَساَر‬

Bermaksud:
“Seorang lelaki dari Hadramaut dan seorang lelaki dari Kindah datang menemui
Rasulullah SAW, lalu lelaki Hadramaut berkata, ‘Wahai Rasul, sesungguhnya
lelaki ini (lelaki dari Kindah ini) mengambil tanah kepunyaan saya,” Kemudian lelaki
dari Kindah membalas dengan berkata, “Tanah itu ada pada saya dan saya yang
mengusahakannya dan dia tidak berhak ke atas tanah itu.”

Baginda bertanya kepada lelaki Hadramaut, “Adakah kamu mempunyai bukti?”
Lelaki Hadramaut menjawab, “Tidak.” Rasulullah SAW bersabda kepada lelaki
Kindah, “Kamu mesti bersumpah.” Mendengar sabda Rasulullah SAW itu lantas
lelaki Hadramaut berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya lelaki dari Kindah ini
buruk perangainya; dia tidak bertanggungjawab atas perkara yang
disumpahkannya dan dia juga tidak menjaga dirinya dari sesuatu perkara,” lalu
Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tiada pilihan lain melainkan melalui cara
sedemikian.”

Hadis Riwayat Muslim: 139

27. Dalam hadis tersebut, lelaki dari Hadramaut yang merupakan al-mudda’ii dalam kes ini, gagal
mendatangkan bukti bahawa itu merupakan tanahnya. Maka Rasulullah SAW memutuskan
melalui sangkaan (al-zhan) bahawa tanah itu milik lelaki Kindah tersebut dengan qarinah tanah
itu ada padanya, diusahakan olehnya dan sumpah beliau. (Abdullah bin Sa’ad Aalu Mughirah.
2006. Jld 25. Hujjiyat al-Zhan: Dirasatu Ta’shiliyyatin Tathbiqiyyah. Riyadh: Majallatu al-‘Ulumi
as-Syar’iyyah. Hlm 305)

28. Oleh itu, pembuktian yang mencapai tahap az-zhann boleh jadi diterima atau ditolak di dalam
mahkamah syariah. Misalnya dalam kes Abd Hanif lwn Rabiah JH [1997] Jld. 11. Bhg. 1 47,
Y.A.A Dato’ Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman dalam alasan penghakimannya menyatakan:
“akan tetapi tidaklah munasabah memerlukan seseorang isteri yang mendakwa dia dipukul
suaminya mengadakan saksi-saksi seperti itu, kerana mustahil seorang suami apabila

38

memukul isterinya akan memanggil dua saksi lelaki atau dua saksi perempuan dan seorang
saksi lelaki untuk menyaksikan pukulan itu. Dalam perkara seperti ini, tidak perlu keterangan
diberi Syahadah dan memadai ia diberi bayyinah dan qarinah”.

29. Misal bagi tertolaknya pembuktian di tahap al-zhan pula adalah seperti kes Nor Azroha binti
Azizan lwn Mohamad Faizal bin Nor @ Nordin JH [2015] Jld. 40. Bhg. 2 259.

30. Perayu telah membuat rayuan memohon kepada Mahkamah supaya perkahwinannya bersama
Responden dibubarkan melalui fasakh berasaskan alasan bahawa Responden telah gila dan
secara tidak langsung telah berlaku penganiayaan terhadap Perayu dengan lazim menyakiti
atau menjadikan kehidupan Perayu menderita.

31. Dalam penelitian Mahkamah berkaitan isu ini, Mahkamah mendapati SP1 iaitu doktor psikiatri
yang merawat penyakit Responden hanya mendedahkan kepada Mahkamah berkaitan
penyakit Responden dan rawatan yang telah diterima oleh Responden. Namun tidak
dikemukakan keterangan atau laporan perubatan kepada Mahkamah bagi menyokong
dakwaan Perayu bahawa Responden adalah seorang yang gila. Malahan, setelah Mahkamah
meneliti keterangan SP2 dan SP3, tiada keterangan-keterangan yang menguatkan dakwaan
tersebut. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa dakwaan Perayu itu tidak dibuktikan dan
alasan ini sukar diterima dan adalah wajar Mahkamah menolaknya.

32. Manakala dakwaan Perayu lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan Perayu menderita
disebabkan oleh kelakuan aniaya boleh dibuktikan secara bayyinah dan qarinah sahaja.
Namun, dalam penelitian Mahkamah berkaitan isu ini, Mahkamah mendapati tiada keterangan
saksi-saksi Perayu yang menguatkan dakwaan tersebut secara qarinah yang memuaskan hati
Mahkamah yang dapat membuktikan berlakunya kejadian tersebut secara spesifik. Oleh itu,
Mahkamah mendapati bahawa dakwaan Perayu itu tidak dibuktikan dan alasan ini sukar
diterima.

33. Manakala dakwaan Perayu bahawa Responden telah menganiaya Perayu secara mental,
Mahkamah mendapati bahawa telah berlaku kejadian-kejadian itu yang mana ianya
menyebabkan mental Perayu terdera. Walau bagaimanapun, Mahkamah beranggapan bahawa
isu sebegini sekalipun wujud kejadian-kejadian itu yang mana ianya boleh menyakiti Perayu
secara mental tetapi ianya masih tidak cukup untuk membuktikan bahawa Responden
menyakiti Perayu secara mental. Pada pandangan Mahkamah dalam isu-isu sebegini, Perayu
seharusnya memberitahu Mahkamah tentang kesan-kesan yang berlaku terhadap Perayu
disebabkan kejadian-kejadian yang menimpa Perayu.

34. Mahkamah berpandangan bahawa dalam membuktikan sesuatu perbuatan dan tindakan itu
boleh memberi kesan kepada mental Perayu, seharusnya Perayu mendapatkan keterangan
pakar untuk membuktikan bahawa tindakan-tindakan Responden itu sememangnya menyakiti

39

Perayu secara mental ataupun menganggu emosi Perayu yang boleh menyebabkan Perayu
teraniaya dengan tindakan Responden. Oleh yang demikian, berkaitan isu ini Mahkamah
mendapati bahawa dakwaan Perayu itu tidak dibuktikan dan alasan ini sukar diterima dan
adalah wajar bagi Mahkamah menolaknya walaupun ianya mencapai tahap al-zhan kerana ia
berkemungkinan berlaku.

35. Dalam mahkamah sivil, tahap al-zhan diistilahkan sebagai balance of probabilities. Ia adalah
tahap pembuktian yang rendah. Akan tetapi jika tidak disangkal dengan bukti yang lebih tinggi
tahapnya, maka ia boleh diterima. (Ashraf Md. Hashim, 2001)

Bil. Kes Tahap / Berat Diterima / Ditolak
Pembuktian Diterima
1. Nyonya binti Tahir JH [2006] Jld. 21 Diterima
Bhg. 2 221 al-yaqin
Diterima
2. Pendakwa Syarie Negeri Sabah lwn al-zhan al-ghalib Ditolak
Rosli bin Abdul Japar JH [2007] Jld.
XXIII Bhg. II 237 al-zhan

3. Abd Hanif lwn Rabiah JH [1997] Jld. al-zhan
11. Bhg. 1 47

4. Nor Azroha binti Azizan lwn
Mohamad Faizal bin Nor @ Nordin
JH [2015] Jld. 40. Bhg. 2 259

Jadual 2: Contoh Penerimaan dan Penolakan Pembuktian Dalam Mahkamah Syariah

36. Adapun tahap pembuktian yang selebihnya pula iaitu al-syak (keraguan) dan al-wahm
(keraguan melampau) adalah tahap yang terlalu rendah dan tidak dapat dipertimbangkan
sebagai keterangan dalam perbicaraan.

Ulasan

37. Jika diteliti kelima-lima tahap dalam berat pembuktian iaitu al-yaqin, zhan al-ghalib, al-zhan, al-
syak dan al-wahm, hanya tiga yang pertama sahaja yang boleh dipertimbangkan untuk
pembuktian di dalam mahkamah syariah. Setiap jenis kes memerlukan minimum berat
membukti yang berbeza.

38. Misalnya dalam kes-kes hudud memerlukan tahap yang tertinggi dalam beban pembuktian. Ini
adalah kerana Rasulullah SAW memerintahkan kita untuk menolak kesalahan hudud jika ada
keraguan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA:

40

‫العَْف ِو‬ ‫ِف‬ ‫يُخْ ِط َئ‬ ‫أَ ْن‬ َ‫الِإ َمام‬ ‫فَإِ َّن‬ ،ُ‫َسبِيلَه‬ ‫فَ َخُلّوا‬ ‫مَخَْرٌج‬ ُ‫لَه‬ ‫َكا َن‬ ‫فَِإ ْن‬ ،‫ا ْستَطَْعتُْم‬ ‫اِلمفُ ْساللِعُِمُقَوَيبَِةَما‬ ‫اْدَرءُوا اْلُُدوَد عَ ِن‬
‫َخْيرٌ ِم ْن أَ ْن يُخْ ِط َئ‬
1424 :‫رواه الَتمذي‬

Bermaksud:
“Tolaklah kesalahan-kesalahan hudud dari kaum muslimin seberapa yang mampu,
jika ada jalan keluar maka bebaskanlah ia, sesungguhnya kesilapan Imam (hakim)
di dalam memberikan kemaafan adalah lebih baik dari kesalahannya menjatuhkan
hukuman.”

Hadis Riwayat at-Tirmidzi: 1424

39. Hadis ini menunjukkan betapa ketatnya pembuktian kes-kes hudud. Maka ditetapkan tahap al-
yaqin untuk pembuktian dalam kes-kes hudud dan qisas kerana ia menuntut tahap keyakinan
yang tidak timbul padanya sebarang keraguan. Akan tetapi, jika pembuktian kes-kes hudud
tidak mencapai tahap al-yaqin, bukanlah bermakna dakwaan itu tertolak begitu sahaja. Boleh
jadi keterangan yang diberikan mencapai tahap al-zhan al-ghalib, maka kes tersebut boleh
disabitkan dan dihukumkan atas dasar ta’zir. (Ashraf Md. Hashim, 2001) Begitulah kes-kes
jenayah di dalam mahkamah syariah, oleh kerana pendakwaan dan hukuman tidaklah
mencapai tahap hudud, maka pembuktian yang dituntut adalah sekurang-kurangnya tahap
zhan al-ghalib.

40. Adapun kes-kes selain jenayah, maka memadailah dibuktikan dengan al-zhan jika hakim
melihat pembuktian itu munasabah untuk diterima. Ini adalah kerana kes-kes yang tidak
melibatkan jenayah tidaklah diperketatkan pembuktiannya sehingga tahap yang tertinggi
melihat kepada pertimbangan maslahat dan mudarat bagi memutuskan kes tersebut.

Kesimpulan

Berat pembuktian merupakan antara elemen penting dalam penghakiman khususnya dalam kes-kes di
mahkamah syariah. Ia membabitkan penguasaan undang-undang Islam dan ordinan, akta atau
enakmen yang digunapakai di negeri-negeri tertentu. Walaupun dijelaskan teori-teori berkenaan berat
pembuktian, secara praktikalnya, di mahkamah syariah para hakim akan berijtihad semampunya
dengan ilmu yang mereka ada. Oleh itu, dinasihatkan kepada para hakim yang arif lagi bijaksana untuk
sentiasa cakna dengan kepentingan berat pembuktian agar penghakiman yang dibuat memberikan
keadilan kepada pihak-pihak.

41

METODOLOGI RUJUKAN

Bahagian ini akan memberikan satu panduan asas berkenaan dengan metodologi rujukan kepada
sumber-sumber autoriti yang berkenaan dalam penulisan teks alasan penghakiman.
Bahagian ini terbahagi kepada:-
1. Undang-Undang Bertulis
2. Arahan Amalan
3. Hukum Syarak
4. Kes-Kes Terdahulu
5. Penulisan Ilmiah

Objektif
i. Mengenalpasti sumber autoriti dan dalil yang relevan untuk dijadikan sebagai rujukan dalam
penulisan teks alasan penghakiman.
ii. Menyediakan satu metodologi rujukan autoriti dan dalil sebagai panduan untuk hakim-hakim
syarie dan pegawai-pegawai syariah.
iii. Memberikan panduan kepada hakim-hakim syarie dan pegawai-pegawai syariah berkenaan
kaedah untuk menganalisis dan mengulas autoriti dan dalil yang dirujuk.

Justifikasi
i. Memperluaskan rujukan kepada autoriti dan dalil dalam penulisan teks alasan penghakiman
ii. Memantapkan pengetahuan dan kebolehan pegawai-pegawai syariah dalam menentukan
autoriti dan dalil yang relevan untuk dirujuk
iii. Menambah baik kemahiran hakim-hakim syarie dan pegawai-pegawai syariah dalam
menganalisis dan mengulas autoriti dan dalil yang dirujuk.

42

METODOLOGI RUJUKAN : UNDANG-UNDANG BERTULIS

Pendahuluan

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, undang-undang merujuk kepada sesuatu peraturan atau
keseluruhan peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang
berkenaan. Berdasarkan Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967, undang-undang bertulis adalah
termasuk Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, akta-akta yang diluluskan oleh Parlimen,
enakmen dan ordinan atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Perlembagaan
Persekutuan, Perlembagaan Negeri, akta-akta, enakmen-enakmen atau ordinan-ordinan tersebut.

Undang-undang pula terbahagi kepada dua, sama ada undang-undang substantif dan undang-undang
prosedural.

Dalam menghasilkan penulisan teks alasan penghakiman, rujukan kepada undang-undang adalah
antara perkara utama bagi memastikan teks alasan penghakiman yang ditulis adalah berkredibiliti dan
berkualiti melainkan sekiranya wujud lakuna di dalam undang-undang sedia ada berkenaan sesuatu
isu yang perlu diputuskan.

Undang-Undang Yang Boleh Dirujuk

1. Undang-undang substantif

1.1 Dalam penulisan sesuatu teks alasan penghakiman, rujukan kepada undang-undang
substantif adalah perkara pertama yang perlu dilihat. Hal ini kerana daripada undang-
undang substantif ini, seseorang hakim syarie akan dapat menentukan isu-isu yang perlu
diputuskan.

1.2 Segala fakta atau keterangan yang diperlukan juga dapat ditentukan daripada undang-
undang substantif yang berkenaan dengan tuntutan atau permohonan yang dibuat.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang memfailkan tuntutan perceraian secara fasakh,
Seksyen 51 Ordinan Undang-undang Keluarga Islam 2001 (OUUKI) perlu dirujuk bagi
menentukan sama ada tuntutan fasakh tersebut dibuat atas alasan-alasan yang
terkandung di bawah peruntukan tersebut. Dalam permohonan poligami pula, hakim syarie
perlu merujuk kepada Seksyen 21 OUUKI 2001 dalam menentukan sama ada pemohon
tersebut telah memenuhi kriteria-kriteria yang telah digariskan di dalam peruntukan
tersebut sebelum hakim syarie membuat keputusan untuk membenarkan atau menolak
permohonan poligami.

43

1.3 Undang-undang substantif ini haruslah dirujuk bermula dari peringkat pliding bagi
memastikan kes yang difailkan adalah selari dengan peruntukan undang-undang. Hal ini
juga penting agar perjalanan prosiding juga memenuhi kehendak peruntukan yang
berkaitan. Sebagai contoh, dalam prosiding permohonan poligami, Seksyen 21(5) OUUKI
2001 mengkehendaki Mahkamah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang
sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan
oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu
supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam
Mahkamah tertutup.

1.4 Melalui rujukan kepada undang-undang juga, Mahkamah dapat menentukan fakta-fakta
yang perlu dibuktikan serta keterangan-keterangan yang diperlukan daripada pihak-pihak
semasa prosiding bagi sesuatu tuntutan atau permohonan. Terdapat situasi di mana
pihak-pihak menggunakan sentimen emosi dan memberikan keterangan-keterangan yang
tidak relevan semasa perbicaraan. Sebagai contoh di dalam tuntutan nafkah anak,
Seksyen 72(1) OUUKI 2001 jelas memperuntukkan kewajipan nafkah kepada bapa
“sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupan
atau dengan membayar kosnya.” Jelaslah bahawa fakta dan keterangan yang perlu
diambil kira dalam menetapkan jumlah nafkah anak hanyalah berkaitan kemampuan bapa
tersebut dan juga keperluan anak tersebut. Apa-apa fakta dan keterangan lain yang tidak
berkenaan boleh dianggap tidak relevan dan tidak perlu dianalisis secara mendalam di
dalam teks alasan penghakiman.

2. Undang-undang prosedural

2.1 Dalam penulisan sesuatu teks alasan penghakiman, rujukan kepada undang-undang
substantif adalah perkara pertama yang perlu dilihat. Hal ini kerana daripada undang-
undang substantif ini, seseorang hakim syarie akan dapat menentukan isu-isu yang perlu
diputuskan.

2.2 Perjalanan sesuatu prosiding juga memberi kesan kepada penulisan teks alasan
penghakiman. Kegagalan hakim syarie mengendalikan sesuatu prosiding mengikut
tatacara yang sepatutnya akan menampakkan kelemahan hakim syarie melalui alasan
penghakimannya. Oleh yang demikian, selain daripada undang-undang substantif,
undang-undang prosedural juga harus dirujuk dan seterusnya diulas dalam teks alasan
penghakiman, terutamanya apabila wujud isu-isu berkenaan dengan tatacara dan
ketakaturan dalam prosiding.

44

2.3 Dalam kes Marlisa Nicholas bt Alamdin v Timah bt Abdul Rahman & Anor [2011] 1 ShLR
41, Responden telah membangkitkan isu berkenaan ketakaturan dalam penyampaian
perintah interim ex-parte dalam permohonan pengenepian. Mahkamah Tinggi Syariah
Seremban telah merujuk kepada Seksyen 5 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Sembilan) 2003 yang memperuntukkan bahawa ketidakpatuhan mana-mana
peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya tidaklah
membatalkan mana-mana prosiding melainkan jika Mahkamah memerintahkan
sedemikian, tetapi Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan
mana-mana pihak, mengetepikan mana-mana prosiding keseluruhannya atau
sebahagiannya sebagai tidak teratur, atau memerintahkan supaya apa-apa pindaan dibuat
atas apa-apa terma yang difikirkannya adil. Berdasarkan peruntukan ini dan rujukan
kepada kes terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Seremban telah memutuskan untuk
menolak hujah responden untuk membatalkan perintah interim ex-parte atas sebab
ketakaturan dalam penyampaian perintah tersebut kerana ianya tidak langsung
menjejaskan hak dan keadilan kepada responden.

2.4 Undang-undang keterangan juga boleh dimasukkan sebagai rujukan di dalam teks alasan
penghakiman. Hakim syarie juga boleh mengambil peluang untuk mengulas apa-apa isu
yang berkaitan dengan undang-undang keterangan sama ada perkara tersebut dijadikan
sebagai isu ataupun tidak di dalam sesuatu prosiding.

2.5 Dalam kes Mohd Sirajul Arifin Mohd Yasmin lwn. Nur Effa Liana Mustaffa [2018] 3 LNS 4
yang merupakan kes berkenaan pengesahan lafaz talak dan tidak dibantah oleh
Defendan, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sembilan dalam penghakimannya
telah mengulas berkenaan best evidence rule yang juga selari dengan Seksyen 47(1)(a)
EKMSNS 2003 yang memperuntukkan bahawa keterangan lisan hendaklah diberikan
secara langsung. Seterusnya, beliau telah mengulas berkenaan Seksyen 17 dan 18
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan (EKMSNS) 2003 berkenaan
iqrar dan kebolehterimaan iqrar serta Seksyen 72 dan 73 EKMSNS 2003 berkenaan
dengan beban pembuktian.

3. Undang-undang syariah negeri lain

3.1 Sebahagian besar peruntukan undang-undang syariah antara negeri-negeri di Malaysia
mempunyai persamaan. Oleh yang demikian, undang-undang syariah di negeri-negeri lain
juga boleh dirujuk sekiranya terdapat peruntukan yang in pari materia dengan peruntukan
sedia ada di bawah undang-undang syariah Negeri Sarawak. Hal ini akan membantu
hakim syarie untuk membuat ulasan ke atas peruntukan tersebut sekiranya peruntukan
yang in pari materia tersebut diulas dalam penghakiman terdahulu di Mahkamah Syariah
di negeri lain.

45

3.2 Dalam kes Sharifah Aziyanti, Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak telah merujuk kepada
kes Ahamad Bin Ngah & Anor v Asmara Bin Sulong & Ors [2013] 3 ShLR 16 di mana di
dalam kes tersebut, Seksyen 94 Enakmen Tatacara Mal Syariah Terengganu 2001 telah
diulas oleh mahkamah yang memutuskan. Memandangkan peruntukan tersebut adalah in
pari materia dengan Seksyen 94 Ordinan Tatacara Mal Syariah 2001, maka adalah wajar
untuk Mahkamah merujuk kes tersebut yang mengulas berkenaan peruntukan undang-
undang tersebut.

3.3 Terdapat juga keadaan di mana sesetengah negeri tidak mempunyai peruntukan undang-
undang yang sama. Sebagai contoh di negeri Sarawak, Kedah dan negeri-negeri di
Wilayah Persekutuan, tiada undang-undang yang khusus berkenaan wasiat dan wakaf.
Oleh yang demikian, peruntukan berkenaan wakaf dan wasiat yang ada di negeri-negeri
lain seperti di Selangor dan Perak, boleh dijadikan sebagai rujukan, walaupun ianya tidak
mengikat.

3.4 Walaupun dalam keadaan bilamana perundangan negeri mempunyai lakuna, hukum
syarak hendaklah dirujuk, hal ini tidak menghalang hakim-hakim syarie untuk merujuk
kepada peruntukan dari negeri lain di dalam alasan penghakiman mereka. Sebagai
contoh, di dalam kes Nik Noor Hazlini bt Nik Abdul Hamid v Nik Noor Hazrinda bt Nik Abdul
Hamid & Ors [2014] 3 ShLR 73, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah merujuk
kepada Seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Kelantan No. 3 Tahun
1982 yang memberikan takrifan berkenaan alang hayat.

4. Undang-undang sivil

4.1 Rujukan kepada undang-undang bertulis di dalam penulisan teks alasan penghakiman
juga tidak sepatutnya terhad kepada undang-undang syariah sahaja, sama ada yang
substantif mahupun prosedural. Hakim syarie juga boleh merujuk kepada undang-undang
sivil, seperti yang melibatkan tatacara ataupun yang melibatkan hal perkara (subject
matter) yang di bawah bidang kuasa sivil seperti undang-undang tanah, kontrak dan
sebagainya.

4.2 Tambahan pula, undang-undang seperti Ordinan Tatacara Mal, 2001 dan Ordinan
Keterangan Syariah, 2001 telah digubal berdasarkan acuan undang-undang sivil yang
diselaraskan dengan hukum syarak. Justeru, adalah wajar untuk undang-undang sivil juga
dirujuk.

4.3 Di dalam kes Normala Suboh lwn Inap Sabit [2019] 3 LNS 1, Hakim Mahkamah Rendah
Syariah Rembau telah merujuk kepada Seksyen 101, 102, 103 dan 106 di bawah Akta

46

Keterangan 1950 yang mana in pari materia atau mempunyai persamaan dengan Seksyen
73, 74 dan 75 EKMSNS 2003.

4.4 Terdapat juga beberapa penghakiman yang merujuk kepada undang-undang sivil dalam
keadaan di mana terdapat lakuna di dalam undang-undang syariah sedia ada. Sebagai
contoh, di dalam kes Ramzas Bt Daud lwn Ghani Bin Idris (2014) (Kes tidak dilaporkan)
dan Mohd Herman B Hamidi lwn Aminah Bt Abdul Hadi (2014) (Kes tidak dilaporkan),
Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu di Kuala Terengganu di dalam penghakimannya
telah merujuk kepada Seksyen 72 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang
memperuntukkan bahawa perintah perbicaraan semula tidak boleh dibuat atas alasan
terdapat apa-apa kesalahan, kecacatan atau ketidakpatuhan sama ada dalam keputusan
atau selainnya yang tidak menjejaskan merit atau bidang kuasa mahkamah.

5. Undang-undang perlembagaan

5.1 Undang-undang perlembagaan juga wajar diulas di dalam penulisan teks alasan
penghakiman sekiranya perlu, terutamanya di dalam kes-kes yang melibatkan bidang
kuasa Mahkamah.

5.2 Sebagai contoh di dalam kes Wan Puziah bt Wan Awang v Wan Abdullah bin Muda &
Anor [2015] 4 ShLR 15, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah merujuk kepada
Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dalam memutuskan bahawa ianya
mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan injunksi ex-parte menghalang Defendan
Pertama dan Defendan Kedua daripada mengeluarkan wang simpanan Akaun Lembaga
Urusan Dan Tabung Haji sehingga selesai prosiding induk pengesahan wasiat.

6. Undang-undang luar negara

6.1 Selain daripada undang-undang Malaysia, terdapat juga beberapa kes di mana undang-
undang luar negara juga boleh dirujuk. Sebagai contoh, di dalam kes Tengku Puteri
Zainah Bte Tengku Eskandar V Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak [1999] 5 MLJ
5 di mana hakim syarie di dalam kes tersebut telah membuat perbandingan di dalam
alasan penghakimannya berkenaan dengan hak mutaah di bawah undang-undang di luar
negara seperti Syria Code of Personal Status 1953, Kuwait Code of Personal Status 1984
dan Algeria Code of Personal Status 1984.

6.2 Seterusnya, di dalam kes Mohamad Syawal Jayakumar bin Abdullah v Norzita bt Mat Isa
[2010] 1 ShLR 112, hakim syarie di dalam kes tersebut juga telah merujuk undang-undang
Syria, Maghribi dan Jordan berkenaan dengan pemberian pertunangan.

47

6.3 Dalam satu kes yang diputuskan oleh Lembaga Rayuan Singapura iaitu kes Kenyo Timur
Ery Respati v Mohamed Jamalludin bin Mohamed Shariff [2006] 3 ShLR 74 pula telah
merujuk undang-undang Indonesia di dalam alasan penghakimannya bagi menentukan
bidang kuasa mahkamah syariah di Singapura untuk mendengar permohonan perceraian
pihak-pihak memandangkan pihak-pihak telah mendaftarkan perkahwinan mereka di
Indonesia tetapi bermastautin di Singapura.

Metodologi Ulasan Undang-Undang

1. Salah satu tugas badan kehakiman adalah untuk mentafsir undang-undang yang telah digubal
oleh badan legislatif. Penulisan teks alasan penghakiman adalah medium utama untuk hakim-
hakim, sama ada di mahkamah sivil atau mahkamah syariah, untuk menjalankan tugas pentafsiran
undang-undang. Walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang berketerangan sendiri,
namun, terdapat juga sebahagian peruntukan undang-undang yang memerlukan kepada
pentafsiran yang lebih terperinci. Oleh yang demikian, hakim-hakim perlu mempunyai kemahiran
untuk mengulas atau menganalisis mana-mana peruntukan undang-undang yang dirujuk dalam
teks alasan penghakiman, terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu yang perlu diputuskan
dalam penghakiman tersebut.

2. Antara medium yang boleh dirujuk dalam ulasan berkenaan apa-apa peruntukan undang-undang
adalah seperti berikut:

BIL RUJUKAN ULASAN
i. Statut
Dalam mentafsirkan mana-mana peruntukan undang-
undang, rujukan yang pertama adalah tafsiran berdasarkan
statut. Peruntukan berkenaan tafsiran bagi istilah-istilah
yang digunakan dalam sesuatu statut kebiasaannya
diletakkan di bawah Seksyen 2 atau Seksyen 3. Contohnya
tafsiran kepada istilah “darar syarie” yang disebut dalam
Seksyen 21 OUUKI (Poligami) diperuntukkan dalam
Seksyen 2 OUUKI.

Rujukan bersilang (cross reference) antara statut juga boleh
dibuat jika statut yang dirujuk tidak mempunyai tafsiran
kepada istilah yang digunakan.

Ordinan Tafsiran, 2005 juga boleh dirujuk sekiranya
terdapat istilah-istilah yang tidak mempunyai tafsiran
berdasarkan statut.

48

ii. Hukum Syarak Undang-undang syariah digubal berdasarkan hukum
syarak. Oleh yang demikian, dalam mengulas sesuatu
peruntukan undang-undang, hukum syarak juga boleh
dirujuk.

iii. Arahan Amalan Ketua Selain daripada menjamin keseragaman pentadbiran

Hakim Syarie mahkamah syariah, sebahagian Arahan Amalan juga

berfungsi sebagai salah satu penjelasan atau perincian

kepada sesuatu peruntukan undang-undang yang kurang

jelas. Oleh yang demikian, dalam menganalisis peruntukan

undang-undang yang dirujuk dalam teks alasan

penghakiman, Arahan Amalan juga haruslah dirujuk

sekiranya perlu.

iv. Kes-kes terdahulu Rujukan kepada kes-kes terdahulu boleh dijadikan sebagai
panduan berkenaan tafsiran sesuatu peruntukan
perundangan.

v. Kamus dan penulisan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kamus undang-

ilmiah undang serta penulisan-penulisan ilmiah juga boleh

dijadikan sebagai rujukan dalam mengulas peruntukan

undang-undang yang dirujuk.

Merujuk kes Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa
Syarie Selangor [2018] 2 ShLR 47 di halaman 60,
Mahkamah Tinggi Syariah Selangor (Rayuan) telah
menyatakan seperti berikut:

“... sekiranya ketiadaan tafsiran mengajar dalam mana-
mana enakmen yang berkuat kuasa pada masa perayu
dituduh maka boleh mengguna pakai tafsiran umum dalam
kamus dewan tersebut sebagai panduan dan membantu
hakim mentafsirkan undang-undang tersebut.”

Jadual 3 : Medium yang boleh dirujuk untuk ulasan berkenaan peruntukan undang-undang

3. Kini, penyelidikan berkenaan statut yang relevan dan tafsiran undang-undang juga telah
dipermudahkan dengan adanya pangkalan data dalam talian seperti berikut:

49

i. CLJ Legal Network
ii. Lexis Advance Malaysia
iii. Lawnet
iv. eLaw
v. Westlaw Asia

4. Namun, tidak semua peruntukan undang-undang itu perlu diulas dalam alasan penghakiman.
Tafsiran atau ulasan sesuatu peruntukan undang-undang adalah perlu sekiranya wujud isu
berkaitan yang penting dalam proses untuk seseorang hakim membuat keputusan yang wajar
dalam penghakimannya.

Kesimpulan

Hakim syarie perlulah mempunyai bukan sahaja pengetahuan berkenaan undang-undang, tetapi juga
kemahiran dalam mengulas undang-undang yang dirujuk sama ada undang-undang substantif
mahupun prosedural. Pengetahuan dan kemahiran ini adalah penting dalam menghasilkan satu
penghakiman yang berwibawa dan berkredibiliti. Apa-apa penghakiman yang bertentangan dengan
undang-undang akan membuka ruang kepada rayuan, sekaligus mencalar kredibiliti seorang hakim
syarie khususnya, dan institusi kehakiman syariah secara amnya.

Walaupun sebahagian undang-undang bertulis selain daripada yang diwartakan di Negeri Sarawak
hanya dianggap sebagai persuasive authority yang mana tidak mengikat hakim syarie dalam membuat
apa-apa keputusan dalam sesuatu prosiding kes, adalah tidak salah untuk undang-undang tersebut
dijadikan sebagai salah satu rujukan di dalam teks alasan penghakiman. Hal ini bukan sahaja
memantapkan lagi teks alasan penghakiman tersebut, tetapi juga menunjukkan usaha hakim syarie
berkenaan dalam membuat rujukan dan penyelidikan yang meluas berkenaan dengan sesuatu isu di
dalam kes, selain menambahkan lagi pemahaman mengenai peruntukan undang-undang serta
aplikasinya dalam sesuatu kes. Tambahan pula, dewasa ini, isu perundangan adalah pelbagai dan
bersifat kompleks serta tidak terikat kepada isu hukum syarak semata-mata. Dalam sesetengah kes,
terdapat keperluan untuk hakim syarie untuk membuat kajian yang lebih meluas berkenaan sesuatu
isu, termasuklah dengan membuat kajian terhadap undang-undang bertulis dari sumber-sumber yang
lain. Mana-mana sumber undang-undang, selagi mana ianya tidak bertentangan dengan hukum
syarak, boleh diterimapakai dan diaplikasikan di dalam penghakiman-penghakiman di mahkamah syar

50

METODOLOGI RUJUKAN : ARAHAN AMALAN

Pendahuluan

Arahan Amalan JKSM adalah suatu dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia (selepas ini disebut JKSM) atau Ketua Hakim Syarie berkaitan dengan
prosedur atau polisi yang mana ia perlu diikuti dan dipatuhi walaupun tidak berstatus undang-undang.
(Mazni Abdul Wahab, 2014, hlm. 72).

Arahan amalan di mahkamah syariah bertujuan menjelaskan peruntukan undang-undang,
menyeragam, menyelaras dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran kehakiman (Awang
Suhaili Ledi, 2018). Arahan-arahan amalan yang dikeluarkan oleh JKSM kemudiannya dipanjangkan
ke mahkamah syariah negeri-negeri, termasuk Negeri Sarawak, sama ada untuk diendorskan oleh
Ketua Hakim Syarie di negeri-negeri untuk diterima pakai atau sebaliknya. Arahan Amalan JKSM yang
telah diendors oleh Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak untuk diterima pakai
adalah menjadi salah satu sumber autoriti dalam penghakiman dalam kes-kes di mahkamah syariah
Negeri Sarawak.

Garis panduan berhubung rujukan kepada Arahan Amalan ini bertujuan memberi panduan secara
umum khususnya kepada hakim-hakim Syarie dalam penulisan alasan penghakiman. Panduan umum
ini merangkumi dalil dan punca kuasa, format penulisan, kaedah rujukan serta sumber rujukan.

Dalil dan Punca Kuasa Pemakaian Arahan Amalan

1. Syarak

1.1. AAKHSS adalah suatu dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie
Sarawak berkaitan dengan prosedur atau polisi yang mana ia wajib diikuti dan dipatuhi
walaupun tidak berstatus undang-undang. Kewajipan mematuhi arahan amalan yang
dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie adalah bersandarkan kepada firman Allah S.W.T yang
memerintahkan kita mentaati ketua yang dilantik dari sekecil organisasi sehinggalah
peringkat tertinggi pentadbiran negara selagi mana perintah tersebut tidak bercanggah
dengan hukum syarak. (Abdul Karim Bin Nuli, 2018).

1.2. Kenyataan di atas bersandarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’, ayat 59:

51

ِ‫َََويالَّأرَُيُّسَهواِلاَلّإِِذْني َنُكنْآتَُْممنُتوُاْؤِأمَنُِطويَعُنوابِاَاََّّلَّلِّللََواَولْأَيَِْطويِمعُاواْلالَِخّرِرُسۚو ََٰذَللِ ََوأكُوَِخلْيراٌِْلََوأَْمِرْح َِمسنُْنُك ْمَتِْويفَلًإِاْن تَنَاَزْعتُْم ِف َش ْيٍء فَُرُدّوهُ إََِل اََّّلل‬

Bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul (Nya), dan ulil
amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,
maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan rasul (sunnahnya), jika
kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu
lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

dan hadis Nabi S.A.W:

‫ فلا ََسْ َع وَل‬،ٍ‫ فإ ْن أُِمَر ِبَْع ِصيَة‬،‫ إَّل أ ْن يُْؤَمَر ِبَْع ِصيٍَة‬،َ‫َعطلَاعَىةَالمَْرِء المُ ْسلِِم ال َّس ْم ُع وال َطّا َعةُ فِيما أ َح َّب وَكِره‬

Bermaksud:
“Wajib ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa)
pada apa-apa yang disukai atau dibenci (olehnya) kecuali jika disuruh untuk
berbuat kemaksiatan. Jika disuruh untuk berbuat kemaksiatan, maka tidak boleh
mendengar dan tidak boleh taat.”

(Hadis Riwayat Muslim : 1839, Al-Bukhari : 2955)

2. Undang-undang Semasa

2.1. Peruntukan undang-undang yang membenarkan mahkamah memakai mana-mana kaedah-
kaedah dan arahan amalan adalah di bawah Seksyen 137 (2) OUUKI 2001:
“Mengenai perkara amalan dan tatacara dalam perbicaraan hal ehwal suami
isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Ordinan ini atau dalam
mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Ordinan ini atau dalam
Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42], Mahkamah boleh memakai apa-apa
amalan dan tatacara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan
dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.”

2.2. Selain itu, Seksyen 245 (2) OTMS, 2001, Seksyen 230 (2) OTJS, 2001 dan Seksyen 130 (2)
OKS, 2001 juga boleh dijadikan sandaran.

52

2.2.1. Seksyen 245 (2) Ordinan Tatacara Mal Syariah, 2001:
“(2) Jika terdapat apa-apa lakuna atau sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak
diperuntukkan dengan nyatanya dalam Ordinan ini atau dalam mana-mana kaedah
yang dibuat di bawahnya, maka Mahkamah hendaklah merujuk kepada Undang-
Undang Islam.”

2.2.2. Seksyen 230 (2), Ordinan Tatacara Jenayah Syariah, 2001:
“(2) Jika terdapat lakuna atau sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak
diperuntukkan dengan nyatanya oleh Ordinan ini, maka Mahkamah hendaklah
merujuk kepada Undang-Undang Islam.”

2.2.3. Seksyen 130 Ordinan Keterangan Syariah, 2001:
“(2) Jika terdapat lakuna atau sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak
diperuntukkan dengan nyatanya oleh Ordinan ini, maka Mahkamah hendaklah
merujuk kepada Undang-Undang Islam.”

2.3. Peruntukan-peruntukan ini menjelaskan bahawa dalam keadaan wujudnya lakuna dalam
undang-undang, Mahkamah hendaklah merujuk kepada undang-undang Islam.

2.4. Oleh yang demikian, AAKHS juga boleh dirujuk dalam keadaan di mana wujudnya lakuna
dalam undang-undang kerana arahan amalan juga adalah sebahagian daripada undang-
undang Islam berdasarkan dalil syarak dan punca kuasa yang telah dijelaskan di atas.

3. Penghakiman Terdahulu

3.1. Terdapat banyak penghakiman terdahulu yang merujuk arahan amalan bagi mengukuhkan
hujah dalam sesuatu isu baik di mahkamah syariah mahupun di mahkamah sivil.

3.2. Penghakiman terdahulu mahkamah sivil yang menyentuh isu keabsahan arahan amalan iaitu
kes Country Garden Danga Bay Sdn Bhd lwn Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah & Anor 25
[2017] 9 CLJ 454, Mahkamah menyatakan:
“Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa selagi arahan amalan tidak bertentangan
dengan undang-undang bertulis, ianya mesti dipatuhi. Sekiranya arahan amalan
dikesampingkan, mungkin menimbulkan kekeliruan dan bahkan kekacauan
dalam pengurusan beban kes di mahkamah. Jadi untuk mengatakan bahawa
ianya hanya panduan semata-mata agak tidak tepat. “

53

3.3. Di mahkamah syariah ulasan khusus dalam penghakiman berkaitan Arahan Amalan didapati
dalam kes Jaafar Hj. Ibrahim lwn Yazelin Mohd. Ghazi JH [2009] Jld. 29 Bhg. II 195, Hakim
bicara menyatakan:
“Arahan Amalan bukan undang-undang tetapi arahan ini tidak sama sekali
bertentangan dengan peruntukan undang-undang sedia ada, kerana arahan ini
merupakan satu panduan kepada pihak mahkamah dan juga pengamal undang-
undang dalam menentukan bidang kuasa berhubung dengan permohonan ini.
Arahan Amalan ini telah dibuat oleh mereka yang benar-benar arif dalam hukum-
hakam dan perundangan semasa dalam membantu mahkamah untuk
menegakkan keadilan.”

Metodologi Rujukan

1. Rujukan kepada arahan amalan bolehlah dinyatakan walaupun perkara yang dibincangkan dalam
alasan penghakiman tidak menjadi pertikaian oleh pihak-pihak. Perkara ini perlu apabila terdapat
arahan amalan yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan.

2. Rujukan kepada arahan amalan hendaklah dibincangkan dalam alasan penghakiman apabila:

2.1. Sesuatu isu menjadi pertikaian antara pihak-pihak sedangkan terdapat arahan amalan yang
menyentuh berkaitan isu tersebut;

2.2. Apabila mahkamah berpendapat terdapat kesilapan pada tafsiran oleh pihak-pihak
berkenaan sesuatu arahan amalan;

2.3. Apabila mahkamah memilih salah satu daripada dua atau lebih versi tafsiran arahan amalan
yang diutarakan oleh pihak-pihak.

3. Antara sumber-sumber yang boleh dirujuk berkaitan Arahan Amalan adalah seperti berikut:

(i) Kompilasi Arahan Amalan Ketua Hakim Syarie Sarawak Tahun 2000-2017.
(ii) Pencarian mengikut tahun & status pemakaian (rujuk Lampiran 1); dan
(iii) Pencarian mengikut perkara (rujuk Lampiran 2).
(iv) Buku-buku yang berkaitan arahan amalan:
(v) Mohd Nadzri bin Haji Abdul Rahman Ibrahim. (2010). Undang-undang Tatacara Mal

Mahkamah Syariah Prinsip & Amalan.Karya Kreatif Resources: Negeri Sembilan.
(vi) Mohd Nadzri bin Haji Abdul Rahman Ibrahim (2020). Pemakaian Arahan Amalan di

Mahkamah Syariah. Anaasa Publication: Selangor.
(vii) Kes-kes terdahulu yang menyentuh berkaitan arahan amalan. (rujuk Lampiran 3)
(viii) Rujukan makalah ilmiah (rujuk Lampiran 4) Senarai Artikel berkenaan A

54

Kesimpulan

Rujukan kepada AAKHS adalah penting kerana ia merupakan salah satu autoriti yang penting dalam
penghakiman di mahkamah syariah. AAKHS adalah salah satu langkah bagi memastikan penghakiman
yang dikeluarkan oleh hakim-hakim syarie adalah seragam dan ia hendaklah diikuti dan dipatuhi
selagimana pemakaiannya tidak bertentangan dengan hukum syarak.

55

METODOLOGI RUJUKAN : UNDANG-UNDANG ISLAM

Pendahuluan

Penulisan teks alasan penghakiman merupakan prosedur penting dalam sistem kehakiman Islam agar
keadilan dapat diwujudkan khususnya pada marcapada yang pesat membangun. Situasi kini amat
berbeza dengan dahulu, hakim pada zaman keagungan Islam dahulu terdiri daripada kalangan sahabat
yang warak, bertakwa serta mengetahui dengan mendalam hukum-hakam Islam sehingga
menyebabkan penulisan penghakiman tersebut tidak menjadi keperluan dalam prosedur penghakiman.
Bahkan pada zaman Khulafā’ al-Rāsyidīn masih tidak terdapat peruntukan khusus berkaitan dengan
langkah-langkah perbicaraan dan sebagainya.

Undang-undang Islam merupakan rujukan utama dalam menetapkan sesuatu hukum. Ini adalah kerana
Islam merupakan agama yang syumul dan sentiasa sesuai diamalkan tanpa mengira masa, tempat dan
persekitaran. Dalam konteks penghakiman di mahkamah syariah, merujuk kepada undang-undang
Islam adalah satu kemestian bagi para hakim yang bijaksana. Ia adalah untuk memastikan keadilan
dapat dicapai seperti mana yang dikehendaki oleh syariat Islam, bersesuaian juga dengan moto
Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak ‘Syariah Asas Keadilan’.

Sumber utama rujukan penulisan teks alasan penghakiman dalam menetap dan memberikan
pandangan alasan penghakiman dan hukum hendaklah mengikut sumber-sumber berikut:

i. Al-Quran & Al-Sunnah
ii. Al-Ijma
iii. Kitab-Kitab Muktabar

Sumber-sumber dan Metodologi Rujukan

(I) Al-Quran dan Al-Sunnah

1. Merujuk kepada teks-teks induk undang-undang Islam merupakan amalan kebiasaan para
hakim mahkamah syariah dalam membuat sesuatu penghakiman. Setiap teks alasan
penghakiman pasti akan disertakan padanya sekurang-kurangnya rujukan ayat Al-Quran atau
Hadis. Namun begitu, beberapa peringatan penting yang perlu diperhatikan oleh para hakim
dalam merujuk kepada para hakim dalam merujuk teks-teks tersebut. Antaranya adalah
menukilkan teks yang dirujuk. Jika al-Quran yang dirujuk, maka disertakan teks ayat al-Quran
yang dirujuk, begitu juga hadis. Ia lebih selamat berbanding hanya menyatakan terjemahan
atau mafhum ayat al-Quran atau mafhum hadis sahaja.

56

2. Selain itu, oleh kerana teks asal al-Quran dan Hadis datang dalam Bahasa Arab, maka
hendaklah ia disertakan dengan terjemahan kepada Bahasa Melayu. Terjemahan al-Quran
yang dicadangkan adalah Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kerana ia menggunakan bahasa yang
ringkas dan mudah difahami pembaca. Terjemahan ini juga seringkali dijadikan bahan kajian
oleh para penyelidik terutamanya berkaitan pendekatan atau kaedah terjemahan (Nasimah
Abdullah, Lubna Abd. Rahman & Norfazila Ab. Hamid. 2017. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman:
Tinjauan Terhadap Unsur Kesopanan Dalam Sosiolinguistik Melayu. Vol. 4. Bil. 2. Selangor:
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Hlm. 136). Bagi hadis pula, dicadangkan supaya ia
diterjemah dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan mengikut konteks ayat yang betul,
bukan sekadar terjemahan literal atau harfiyyah.

3. Untuk tujuan pemahaman maksud yang lebih tepat pula, penjelasan berkenaan ayat al-Quran
atau Hadis yang dirujuk pula mestilah dinukilkan daripada rujukan yang berautoriti. Ini adalah
kerana, apa yang akan diputuskan dalam mahkamah melibatkan hukum-hakam untuk
diamalkan oleh pihak-pihak. Dengan itu, sudah pastilah penghakiman yang adil menuntut kita
untuk lebih teliti dalam memahami teks-teks al-Quran dan Hadis yang dirujuk.

4. Misalnya dalam menafsirkan ayat al-Quran, enam kaedah tafsir yang biasanya dinyatakan
dalam Ulum at-Tafsir ialah:

(i) Tafsir al-Quran dengan al-Quran (‫)تفسير القرآن بالقرآن‬
(ii) Tafsir al-Quran dengan Hadis (‫)تفسير القرآن بالسنة‬
(iii) Tafsir al-Quran dengan pendapat para Sahabat (‫)تفسير القرآن بأقوال الصحابة‬
(iv) Tafsir al-Quran dengan pendapat para tabi’in (‫)تفسير القرآن بأقوال التابعَي‬
(v) Tafsir al-Quran dengan kaedah bahasa (‫)تفسير القرآن باللغة‬
(vi) Tafsir al-Quran dengan pandangan dan ijtihad (‫)تفسير القرآن بالرأي واَلجتهاد‬

(Dr. Muhammad bin Umar Bazmul. Al-Usul fi Fahmi Ahadith ar-Rasul. 2005. Riyadh: Dar
Adhwa’ as-Salaf. hlm. 9)

5. Penjelasan tentang makna dan hukum hakam daripada ayat-ayat al-Quran kebiasaannya
boleh diperolehi dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti Tafsir at-Tabari, Tafsir Ibn
Katsir, Tafsir al-Qurthubi dan kitab-kitab tafsir yang pelbagai. Selain itu, ia juga boleh didapati
dalam kitab-kitab fiqh dalam bab-bab yang dirujuk khususnya ketika penulis menjelaskan dalil
bagi bab berkenaan.

57

6. Dalam menjelaskan makna hadis pula, Dr. Muhammad bin Umar Bazmul menyatakan empat
kaedah mentafsir hadir berdasarkan keutamaan kaedah-kaedah berikut:

(i) Tafsir Hadis dengan Hadis (‫)تفسير اْلديث باْلديث‬
(ii) Tafsir Hadis dengan pendapat para Sahabat (‫)تفسير اْلديث بأقوال الصحابة‬
(iii) Tafsir Hadis dengan pendapat para tabi’in (‫)تفسير اْلديث بأقوال التابعَي‬
(iv) Tafsir Hadis dengan kaedah bahasa (‫)تفسير اْلديث باللغة‬

7. Untuk mencari makna lafaz-lafaz dalam hadis serta hukum hakam berkaitan dengannya,
amatlah digalakkan merujuk kepada kitab-kitab syarah Hadis yang muktabar seperti Fathul Bari
Syarah Sahih Al-Bukhari, Syarah Sahih Muslim oleh Imam an-Nawawi, ‘Aun al-Ma’bud syarah
Sunan Abi Daud, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram dan kitab-kitab syarah hadis yang
lainnya. Di samping itu, kitab-kitab fiqh juga ada kalanya menjelaskan makna lafaz dan hukum
hakam hadis mengikut bab-bab penulisan fiqh.

8. Oleh itu, dalam menjelaskan makna atau hukum hakam daripada teks al-Quran atau Hadis
yang dirujuk dalam teks alasan penghakiman, dinasihatkan kepada para hakim yang arif lagi
bijaksana untuk menukilkan penjelasan daripada para ulama’ kerana mereka lebih berautoriti
dalam bab tersebut. Mengulas ayat al-Quran atau Hadis tanpa merujuk mana-mana rujukan
yang muktabar dibimbangi menyebabkan kita tersilap dalam memahami, menafsirkan atau
mengistinbat isi kandungan teks-teks tersebut.

(II) Al-Ijma

9. Dalam kitab Al-Ihkam Fi Usul Al-Ahkam al-ijma ditakrifkan sebagai kesepakatan para mujtahid
dari kalangan umat Islam pada suatu zaman tertentu terhadap suatu hukum syarie selepas
kewafatan Nabi SAW. (Al-Amdi, A.-I. A. Al-Ihkam Fi Usul Al-Ahkam. 1998. Beirut: Darul Kitab
Al-Arabi)

10. Apabila sesuatu ijma’ itu berlaku dengan menepati syarat-syaratnya maka ia menjadi suatu
dalil yang qat’ii ke atas hukum permasalahan yang disepakati ke atasnya tersebut. Tidak boleh
diperselisihi dan dibantah kerana ia hujah yang qat’ii serta menjadi kelaziman buat orang Islam.

11. Di antara dalil yang menunjukkan kepada keautoritian ijma’ adalah sabda Nabi SAW:

‫َل َتْتَِمع أَُّمِت َعلَى َضلَالَة‬

Bermaksud :

58

“Umatku tidak akan berhimpun di atas kesesatan.”

[Sunan Ibn Majah: 3950 Jilid 5. Hadith ke 25]

12. Al-Ijma’ terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu:

(i) Ijmak sarih (jelas): Iaitu para mujtahid membentangkan pendapat-pendapat mereka
secara jelas, kemudian mereka bersepakat ke atas suatu pendapat tanpa ada sebarang
bantahan. Maka ijmak seperti ini merupakan hujah yang qat’ii. Tidak boleh dibantah dan
diperselisihi.

(ii) Ijmak sukuti: Iaitu seorang mujtahid mengeluarkan pendapatnya berkenaan sesuatu
permasalahan. Pendapat ini diketahui, tersebar luas, dan sampai kepada mujtahidin
yang lain. Kemudian mereka diam dan tidak mengingkari pendapat ini secara jelas dan
tidak pula mereka menyetujuinya secara jelas.

(III) Kitab-Kitab Muktabar

13. Merujuk Seksyen 39 Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001, dalam mengeluarkan apa-apa
pandangan alasan penghakiman atau hukum, hakim syarie hendaklah pada lazimnya
mengikut qawl muktamad mazhab Syafi’i. Jika hakim syarie berpendapat dengan mengikut
qawl muktamad mazhab Syafi’i akan berlawanan dengan kepentingan awam, maka hakim
syarie bolehlah mengikut mana-mana qawl muktamad mazhab Hanafi, mazhab Maliki atau
mazhab Hanbali.

14. Qawl muktamad Mazhab Syafi’i ialah pandangan tepat yang dipegang dalam mazhab Syafi’i
yang telah ditetapkan melalui kaedah-kaedah tertentu.

15. Qawl tidak muktamad ialah pandangan yang berlawanan dengan pandangan qawl rajih atau
pun daif.

16. Hakim syarie boleh memutuskan hukum atau alasan penghakiman dengan qawl tidak
muktamad (tidak rajih) di sisi ulama mazhab Syafi’i sekiranya ada keperluan dengan
mengambil kira prinsip-prinsip berikut iaitu:

(i) Perlu mengetahui dalilnya.
(ii) Tidak menyalahi pendapat yang diijmakkan.
(iii) Pendapat tersebut boleh mengelakkan kesukaran (mashaqqah) dan mendatangkan

kebaikan (maslahah).
(iv) Menisbahkan pendapat tersebut kepada sumber yang muktabar.

59

17. Istilah-istilah yang bersamaan dengan qawl tidak muktamad di sisi ulama mazhab Syafi’i
ialah:

(i) Qawl qadim: iaitu pendapat Imam Syafi‘i yang berlawanan dengan qawl jadid atau
pendapat beliau sebelum berpindah ke Mesir.

(ii) Muqabil al-asah (paling sahih): iaitu pendapat kuat (sahih) yang berlawanan dengan
pandangan yang paling sahih (asah).

(iii) Muqabil sahih: iaitu pendapat yang tidak diamalkan kerana lemah sumbernya.
(iv) Muqabil masyhur: iaitu pendapat yang terpencil (khafiyy) dan pelik (gharib).

Pengeluaran Hukum Mengikut Ijtihad

18. Jika hakim syarie berpendapat tiada satu pun qawl muktamad daripada empat mazhab boleh
diikuti, maka hakim syarie bolehlah memberi pandangan hukum atau membuat alasan
penghakiman mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qawl muktamad daripada mana-mana
mazhab yang empat.

19. Sumber ijtihad alasan penghakiman atau hukum yang utama ialah al-Quran, al-Sunnah, al-
Ijma dan al-Qiyas. Seterusnya adalah sumber rujukan berikut:

(i) Al-Istihsan (‫)اَلستحسان‬
(ii) Al-Masalih Al-Mursalah (‫)المصالح المرسلة‬
(iii) Al-Urf
(iv) Sad Al-Dhara’i (‫)العرف‬
(v) Al-Istishab (‫)سد الذرائع‬
(vi) Shar’u Man Qablana (‫)اَلستصحاب‬
(vii) Qawl Al-Sahabiyy (‫)شرع من قبلنا‬
(viii) Amal Ahl Al-Madinah (‫)قول الصحاِب‬
(‫)عمل أهل المدينة‬

20. Pakar-pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan hendaklah dipanggil untuk memberi
penjelasan dan pandangan terperinci dalam isu-isu tertentu. Ini bagi memastikan
Jawatankuasa Fatwa mendapat maklumat yang tepat dan jelas sebelum pandangan hukum
atau fatwa diputuskan.

60

Meraikan Kepentingan Awam ( ‫) المصلحة العامة‬

21. Kepentingan awam ialah kebaikan dan manfaat kepada masyarakat yang diperakui
kesahihannya oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa demi mencapai maqasid syariah.
Maqasid syariah ialah kebaikan (maslahah) yang ingin dicapai oleh syarak untuk manfaat
manusia di dunia dan akhirat. Ia merangkumi pemeliharaan terhadap lima (5) perkara
kemestian utama (al-daruriyyat al-khamsah) iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, akal
dan harta.

22. Kriteria kepentingan awam ialah:
(i) Bertepatan dengan maqasid syariah.
(ii) Perkara hakiki atau sangkaan kuat (ghalabat al-zann), bukannya khayalan.
(iii) Sesuai dengan uruf dan amalan setempat yang diiktiraf Syarak.
(iv) Bersifat menyeluruh (al-umum) atau kebanyakan (al-ghalabah).

Rujukan Kepada Fatwa

23. Fatwa wajar menjadi rujukan utama kepada penghakiman di mahkamah Syariah kerana ia
adalah satu instrumen yang penting dalam konteks perundangan bagi menyelesaikan
sebarang pertikaian.

24. Kaedah penetapan qawl muktamad dalam Mazhab Syafi’i adalah seperti berikut:

a. Pendapat yang disepakati oleh Imam al-Rafi’iyy (623H) dan Imam Nawawiyy (676H).

b. Sekiranya berlaku perselisihan antara keduanya iaitu Imam al-Rafi’iyy dan Imam al-
Nawawiyy, maka pendapat yang muktamad adalah pendapat Imam al-Nawawiyy,
selagi mana ulama mutaakhirin tidak memberatkan (mentarjihkan) Imam al-Rafi’iyy.
Sekiranya ulama mutaakhirin mentarjihkan pendapat Imam al-Rafi’iyy, maka
pendapat Imam al-Rafi’iyy adalah yang muktamad.

25. Sekiranya terdapat perbezaan pendapat Imam al-Nawawiyy dalam kitab-kitab beliau, maka
hendaklah merujuk mengikut turutan kitab beliau seperti yang berikut:

(i) Al-Tahqiq (‫)التحقيق‬

61

(ii) Al-Majmuc Sharh Al- (‫)المجموع شرح المهذب‬

Muhadhdhab (‫)التنقيح شرحه على وسيط الإمام الغزاِل‬

(iii) Al-Tanqih (Sharhuhu Cala (‫)روضة الطالبَي‬
Wasit Al-Imam Al-Ghazaliyy (‫)منهاج الطالبَي‬

(iv) Rawdat Al-Talibin (‫)الفتاوى‬
(v) Minhaj Al-Talibin (‫)شرح صحيح مسلم‬
(vi) Al-Fatawa
(vii) Sharh Sahih Muslim (‫)تصحيح التنبيه‬
(ix) Tashih Al-Tanbih (‫)نکت التنبيه‬
(x) Nukat Al-Tanbih

26. Seksyen 37 Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 menyatakan dalam prosiding di hadapan
mana-mana mahkamah, pengemukaan pemberitahuan fatwa yang diwartakan hendaklah
menjadi bukti konklusif tentang fatwa tersebut. Seksyen 38 Ordinan Majlis Islam Sarawak
2001 menyatakan:

“Jika di dalam mana-mana mahkamah, termasuk Mahkamah Syariah, apa-apa
persoalan mengenainya dan Lembaga Fatwa boleh, dengan persetujuan Majlis,
mengemukakan pendapatnya kepada mahkamah yang memintanya dengan
syarat bahawa pendapat yang dikeluarkan oleh Lembaga tidaklah boleh
dianggap sebagai fatwa.”

27. Terdapat 12 fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Sarawak yang telah digazet oleh Kerajaan
Sarawak dan boleh didapati melalui laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Sarawak iaitu:

(i) Fatwa Mengenai Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam
(ii) Fatwa Mengenai Pendermaan Organ
(iii) Fatwa Mengenai Pemindahan Kubur Orang Islam
(iv) Fatwa Mengenai Kumpulan Anti-Hadis
(v) Fatwa Penamaan Anak Tak Sah Taraf
(vi) Fatwa Hukum Penggunaan Vaksin Covid-19
(vii) Fatwa Penggunaan Mata Wang Kripto (Cryptocurrency)
(viii) Fatwa Hukum Berkenaan Suntikan Vaksin Covid-19 di Bulan Ramadan dan Hukum

Suntikan Vaksin Covid-19 kepada Jemaah Haji dan Umrah
(ix) Fatwa Hukum Penggunaan E-Wallet Mengikuti Perspektif Syarak
(x) Fatwa Hukum Penggunaan Plasma Darah dalam Makanan

62

(xi) Fatwa Penggunaan Kriteria Baharu Imkanur Rukyah bagi Penentuan Awal Bulan
Hijriah dalam Kalendar Hijrah di Malaysia

(xii) Hukum Penentuan Kadar Dua Marhalah, Qaryah dan Balad dari Perspektif Fiqh
Semasa

28. Dalam kes Mohd Faizol bin Zainal v Suhaila bt Yusoff [2014] 2 ShLR 83, fatwa negeri
Terengganu dan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI telah dijadikan rujukan
dan autoriti yang menyatakan bahawa anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan dua
laḥzah adalah anak tidak sah taraf dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologi.
Peruntukan undang-undang yang diguna pakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara dalam
menolak sabitan anak sah taraf juga adalah berdasarkan kepada Keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa MKI yang bersidang pada 28–29 Januari 1981 dan Surat Pekeliling
Am Bilangan 2 Tahun 1986 berkenaan pendaftaran kelahiran anak luar nikah.

29. Seterusnya, Dalam kes Najim Alden Mohammad Saide v Nadiah Abdul Aziz [2013] 1 CLJ
(Sya) 124, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2010 menolak
permohonan pemohon untuk mengisytiharkan perkahwinan mereka di Singapura pada 23
April 2001 sebagai sah mengikut hukum syarak. Perkahwinan tersebut dilangsungkan
dengan menggunakan wali taḥkīm iaitu seorang lelaki berbangsa India bernama Sayid
Abdussalam al-Bukhari Assaadi dan saksi perkahwinan pula adalah mereka yang tidak
memahami bahasa yang digunakan dalam majlis akad. Dalam kes ini, mahkamah telah
bersetuju dan menerima fatwa Majlis Fatwa Negeri Kelantan yang bersidang pada 14 Jun
1998.

30. Selain itu, dalam kes Wan Shahriman Wan Suleiman & Anor v Siti Norhayati Mohd Daud
[2010] 1 CLJ (Sya) 85, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 1 April 2010
membicarakan permohonan bagi mengisytiharkan sejumlah wang saguhati (ex gratia) yang
telah dibayar oleh Kerajaan kepada seorang bekas hakim mahkamah sivil selepas
kematiannya sebagai harta pusaka dan harus diagih-agihkan kepada waris-waris menurut
kaedah-kaedah faraid. Dalam penghakimannya, hakim menolak permohonan tersebut
dengan mengesahkan wang ex gratia sebagai hibah. Untuk memutuskan pertikaian adakah
wang ex gratia adalah sama dengan wang KWSP dan SOCSO atau adakah wang ex gratia
sama dengan wang pampasan kematian pekerja yang dianugerahkan Kerajaan atau
syarikat swasta, Mahkamah telah merujuk kepada fatwa Negeri Selangor.

31. Terdapat juga penghakiman yang diputuskan oleh hakim tetapi didapati tidak selari dengan
fatwa. Walau bagaimanapun, tidak banyak kes yang mengenepikan fatwa sebagai autoriti
penghakiman. Suatu yang jelas untuk dibuat perbandingan bahawa kategori kes yang tidak
merujuk kepada fatwa adalah sama dengan kes yang menjadikan fatwa sebagai rujukan.

63

32. Di negeri yang sama iaitu Terengganu, ada hakim yang menjadikan fatwa sebagai rujukan,
tetapi fatwa tidak pula dirujuk oleh hakim yang lain. Dalam kes terdahulu iaitu kes Mohd
Faizol bin Zainal v Suhaila bt Yusof [2014] 2 ShLR 83, Hakim Kamarulazmi Ismail ada
merujuk kepada fatwa sedangkan dalam kes di bawah iaitu kes yang sama berkaitan anak
tidak sah taraf juga (Faizal bin Rabion v Nurul Fazila bt Nawi [2014] 1 ShLR 137 dan Zafrin
Zulhilmi bin Pauzi v Noor Aini bt Nasron [2013] 2 ShLR 42, hakim berijtihad sendiri dengan
tidak merujuk kepada fatwa. Ini menunjukkan bahawa hakim bebas untuk berijtihad dengan
tidak terikat dengan fatwa. Dua kes ini ialah permohonan untuk mendaftarkan anak yang
lahir tidak cukup enam bulan dua saat (laḥzah) selepas tarikh akad nikah.

Kesimpulan

Undang-undang Islam seperti al-Quran, Hadis, Ijmak dan kitab-kitab muktabar serta fatwa adalah perlu
bagi menguatkan alasan penghakiman. Tambahan lagi, ini akan meningkatkan kedudukan fatwa
Sarawak dan negeri-negeri lain turut menjadi rujukan kepada hakim Syarie dalam memutuskan sesuatu
kes. Ini memberi isyarat bahawa fatwa tidak terikat dengan bidang kuasa negeri walaupun hal ehwal
agama terletak di bawah bidang kuasa negeri yang menguatkuasakan undang-undang Islam. Ini
membuktikan bahawa fatwa peringkat Kebangsaan yang dikeluarkan berdasarkan kepentingan
nasional adalah tepat, kerana ia menjadi rujukan peringkat negara demi kemaslahatan dan kebaikan
masyarakat umum, termasuk institusi mahkamah. Di samping itu, fatwa yang tidak diwartakan tidak
harus diketepikan dan wajar dirujuk oleh mahkamah memandangkan pengeluarannya melalui proses
ilmiah dan penyelidikan.

Oleh kerana penghakiman mahkamah akan dirujuk oleh pihak-pihak yang berkepentingan terutama
dalam penyelidikan atau penulisan akademik, sesuatu alasan penghakiman seharusnya memenuhi
kesemua elemen sebagai sebuah penghakiman yang komprehensif bagi memberi ruang potensi kajian
ilmiah di samping menjadi lambang keadilan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia.

64

METODOLOGI RUJUKAN : KES-KES TERDAHULU

Pendahuluan

1. Walaupun mahkamah syariah tidak terikat dengan prinsip stare decisis (duluan kehakiman) di
mana keputusan mahkamah yang lebih tinggi menjadi precedent yang mengikat keputusan
mahkamah bawahan (kecuali keputusan Mahkamah Rayuan Syariah yang mengikat mahkamah
bawahan), namun dalam membuat sebarang keputusan di mahkamah syariah, hakim mahkamah
bawahan perlu menghormati prinsip kes diputuskan mahkamah yang lebih tinggi. (Arahan Amalan
Ketua Hakim Syarie Sarawak No.7 Tahun 2001; Arahan Amalan Ketua Hakim Syarie Sarawak No.
1 Tahun 2002)

2. Tahap penghormatan ini pula tidaklah sampai mengikat hakim dalam membuat keputusan tetapi
penghakiman mahkamah yang lebih tinggi mempunyai nilai yang dapat mempengaruhi keputusan
mahkamah bawahan.

3. Keputusan mahkamah yang lebih tinggi itu boleh menjadi panduan kepada hakim mahkamah
bawahan untuk membuat keputusan apatah lagi pada masa ini, kes di mahkamah syariah mula
dilaporkan dengan cara lebih sistematik umpamanya dalam Jurnal Hukum, Shariah Law Report,
Laporan Syariah dan lain-lain. Keputusan hakim mahkamah yang setara dan keputusan hakim
negeri lain juga perlu dihormati dan dijadikan rujukan dalam penghakiman hakim tersebut.

4. Di samping itu, keputusan hakim di mahkamah sivil juga boleh dijadikan rujukan oleh hakim di
mahkamah syariah dalam mengambil kira prinsip-prinsip yang juga diguna pakai dalam undang-
undang sivil. Dengan cara ini, hakim mahkamah syariah dapat memperkayakan ilmu mereka dan
membuat perbandingan kes dan seterusnya dapat memberikan penghakiman yang mantap dan
berkualiti.

5. Kes undang-undang yang dirujuk ini perlu dikenal pasti dan diteliti oleh hakim dalam menentukan
relevan atau tidak kes tersebut dengan isu di dalam kes yang akan diputuskan oleh hakim tersebut.
Ini memastikan rujukan kes dibuat menjawab isu yang diketengahkan dalam kes serta
mewujudkan penulisan penghakiman yang baik serta para hakim mahir dalam penggunaan kes-
kes yang dirujuk.

65

Metodologi Rujukan Kes

(I) Fakta Kes

1. Hanya fakta yang material/relevan dengan kes sahaja yang diambil kira. Tentukan fakta-
fakta penentu kes iaitu yang akan memberi kesan kepada keputusan kes tersebut.
Matlamat di sini adalah untuk menegaskan fakta dan hubung kait dengan keputusan hakim
dan prinsip kes.

2. Contoh: Perayu dan Responden telah berkahwin pada 2 Februari 1989 mengikut hukum
syarak di Pasir Mas dan bercerai pada 16 Julai 2002 di Mahkamah Rendah Syariah
Kemaman, Terengganu dengan talak kali pertama. Hasil daripada perkahwinan tersebut,
mereka telah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan. Sepanjang tempoh
perkahwinan, Perayu adalah suri rumah tangga sepenuh masa dan Responden adalah
seorang jurutera. Selama tempoh perkahwinan, Perayu dan Responden berjaya
memperolehi sebuah rumah dalam Lot 20158 Mukim Setapak, Kuala Lumpur atau No. 35
Jalan Wangsa Perkasa 6 Wang Melawati, 53300 Kuala Lumpur, yang bernilai RM
280,000. (Fakta-fakta yang dinyatakan adalah material dalam tuntutan harta sepencarian)

(II) Isu-Isu Kes

1. Isu kes hendaklah berkaitan dengan isu perundangan (legal issue) dan isu dalam fakta
(factual issue) kes. Isu perundangan adalah isu berkaitan undang-undang berdasarkan
fakta kes. Dalam mengenali isu perundangan, undang-undang yang terpakai dalam hal
tersebut hendaklah diketahui serta apa sumber perundangan yang dapat menyokong
hujahan mengenai isu tersebut. Isu dalam fakta pula berdasarkan keadaan
(circumstances) dan kejadian sebenar berlaku yang menjurus kepada kes.

2. Contoh: Sama ada rumah teres dua tingkat tersebut adalah sabit sebagai harta
sepencarian ataupun tidak.

(III)Alasan/Justifikasi (Ratio Decidendi)

1. Ratio decidendi secara literal ditakrifkan sebagai ‘the reason for the decision’ (alasan bagi
sesuatu keputusan). Ia merupakan dalil (proposition) undang-undang yang memutuskan
suatu kes dengan melihat dari sudut atau dari konteks fakta-fakta material dan juga isu
yang diketengahkan. Format ratio decidendi didalam keputusan hakim itu dinyatakan

66

dalam bentuk dalil (proposition) undang-undang dalam konteks ia adalah premis yang
memuat penghakiman hakim. Dalil undang-undang ini mengandungi alasan atau justifikasi
penghakiman yang digunapakai dalam mensabitkan kes. Ia boleh diungkapkan secara
terang-terangan (explicit) atau tersirat (implicit). Dalam mahkamah sivil, ratio decidendi ini
termaktub dengan prinsip stare decisis di mana hakim terikat dengan keputusan duluan
mahkamah atasan atau sebelumnya.

2. Contoh: Dalam kes Norhayati binti Yusoff lwn Ahmad Shah Ahmad Tabrani JH [2008] Jld.
27 Bhg. I 33, Mahkamah Rayuan Syariah telah memberikan nilaian rumah tersebut
dengan kadar 1/3 kepada pihak perayu kerana pihak Perayu mengakui bahawa tiada
sumbangan langsung yang telah diberikan olehnya. Oleh kerana itulah Mahkamah
Rayuan Syariah memberikan hak 1/3 daripada nilai rumah yang dituntut kepada perayu.
Ini adalah bertepatan dengan peruntukan Seksyen 22 (4) Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Kelantan) yang menyatakan:

“(4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah
hendaklah memberi perhatian kepada-
(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak
memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara
rumahtangga atau menjaga keluarga;
(b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu,
jika ada, dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah
boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa
kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimana pun, pihak yang
telah memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu
kadar yang lebih besar.”

(II) Prinsip Undang-Undang

1. Kes yang dirujuk bukan keseluruhannya adalah penting dalam menyediakan alasan
penghakiman. Apabila merujuk kepada kes, penghakiman kes tersebut perlu diteliti bagi
mengenal pasti fakta yang material/relevan, isu-isu yang ada, alasan mahkamah dan juga
prinsip undang-undang. Prinsip undang-undang adalah standard atau satu set standard
tingkah laku (behaviour) atau penghakiman yang dianggap sebagai standard tingkah laku
yang adil kepada masyarakat atau untuk seluruh umat manusia. Ianya merupakan
peraturan tingkah laku manusia di mana ianya dianggap sebagai suatu keadilan sebelum
undang-undang mula ditulis. Norma tingkah laku di dalam prinsip undang-undang adalah
bersifat umum dan berfungsi sebagai standard umum bagi penghakiman sejumlah kes
yang tidak tertentu tersirat dalam mengaplikasikan norma umum. (Dr. Jordan Daci, 2010)

67

2. Hakim hendaklah mahir dalam mengeluarkan prinsip undang-undang yang mempunyai autoriti
dalam penghakiman dan seterusnya membantu dalam penyediaan teks alasan penghakiman.
Dalam mengenal pasti prinsip undang-undang, kaitan antara fakta material/relevan dengan
alasan/justifikasi mahkamah dalam mencapai keputusan adalah kaedah utama terpakai.
Prinsip ini boleh dinyatakan secara terang-terangan (expressly) atau tersirat (implied). Dalam
mahkamah syariah, selain dari prinsip perundangan syariah terdapat prinsip dalam
perundangan sivil yang digunapakai. Prinsip perundangan sivil ini terpakai bilamana ianya tidak
bertentangan dengan hukum syarak, mestilah melibatkan pertikaian berkaitan peruntukan yang
in pari materia di antara undang-undang prosedur yang dipakai di mahkamah syariah dan
mahkamah sivil serta pemakaian prinsip undang-undang sivil terpakai bilamana tiada
peruntukkan khusus di dalam undang-undang prosedur di mahkamah syariah. (Multazimah
Binti Rafie & Shahrul Mizan Ismail, 2017)
Contoh: locus standi, res judicata, void in abnito, double jeopardy.

(III) Pandangan Hakim (Obiter Dicta)

1. Obiter dicta merupakan ulasan atau pemerhatian dilakukan oleh seorang hakim yang tidak
membentuk suatu bahagian keputusan mahkamah. Ini juga dikenali sebagai obiter
dictum/dicta (sering dirujuk sebagai obiter atau dicta) Dalam suatu pendapat
mahkamah, obiter dicta termasuk, tetapi tidak terhad pada, kata-kata "diperkenalkan
dengan cara ilustrasi, atau analogi atau perdebatan." Obiter dicta tidaklah mengikat
keputusan kehakiman (dalam undang-undang sivil), walaupun jika ianya kelihatan
membetulkan kenyataan hukum. Sebagai contoh, sesebuah mahkamah memutuskan
bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa bagi sesuatu kes tetapi tetap memberi
pandangan kepada merit kes tersebut, pandangan itu diambil kira sebagai obiter dicta.
dissenting opinion/judgement di mana penghakiman berbeza oleh minoriti hakim dalam
satu kes juga diambil kira sebagai obiter dicta. Obiter dicta digunakan sebagai satu
sokongan kepada penghakiman yang bersifat persuasif.

2. Contoh: Dalam kes Carlill v Carbolic Smoke Ball Company [1893] 2 QB 256, Bowen LJ
menyatakan:

“If I advertise to the world that my dog is lost, and that anybody who brings the dog
to a particular place will be paid some money, are all the police or other persons
whose business it is to find lost dogs to be expected to sit down and write me a
note saying that they have accepted my proposal? Why, of course [not]!”

68

(IV) Tafsiran Hakim (Judicial Interpretation)

1. Perkara ini merujuk kepada bagaimana hakim mentafsirkan undang-undang. Hakim dalam
penghakimannya membuat tafsiran undang-undang kepada akta, enakmen/ordinan yang
terkait dengan kes yang diputuskannya. Hakim mentafsirkan undang-undang dengan cara
berbeza mengikut amalan sesuatu negara. (Undang-undang sivil) Di Malaysia
kebanyakan hakim mengambil pendekatan konservatif dalam menafsirkan undang-
undang. Hanya terdapat sebilang kecil hakim yang menyatakan pandangan peribadi
mereka dalam penghakiman bagi tafsiran sesuatu undang-undang. Namun begitu,
sebahagian penghakiman ini dibetulkan oleh hakim pada rayuan kes.

2. Kes CTEB lawan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Malaysia & Ors [2021] 4 MLJ 236
berkenaan hak kerakyatan anak kepada ibu warganegara yang lahir di luar Malaysia.
Hakim Mahkamah Tinggi mentafsirkan Perkara 14(1)(b) di mana perkataan ‘bapa’ juga
termasuk ‘ibu’. Di Mahkamah Persekutuan, hakim menegaskan Perkara 8 dan Perkara
14(1)(b) tidak boleh dibaca bersama dan seterusnya tafsiran ‘bapa’ juga termasuk ‘ibu’
adalah tidak betul.

3. Kes Indira Ghandi v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak [2018] 2 MLRA 1, Perkara
12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan ‘bagi maksud Fasal (3) agama seseorang
yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau
penjaga. Mahkamah menafsirkan peruntukan tersebut dengan menggunakan purposive
approach di mana hak bersama ibu dan bapa dalam menentukan agama anak adalah
maksud sebenar dalam peruntukan tersebut dan bukannya salah seorang daripada ibu
bapa.

Carian Rujukan Kes Dalam Jurnal/Laporan Perundangan

(I) Rujukan Kepada Kes Yang Dilaporkan

(a) Kes-Kes Mahkamah Syariah
(i) Jurnal Hukum [JH] - Merupakan laporan kes-kes terpilih di Mahkamah Syariah di
Malaysia serta artikel perundangan. Mula diterbitkan pada tahun 1980 oleh JAKIM
sehingga tahun 2003 sebelum sepenuhnya diambil alih oleh JKSM pada tahun 2004
dan diterbitkan sebanyak 4 kali setahun.

(ii) Jurnal Mahkamah Syariah [JMS] - Diterbitkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah
Sarawak bermula tahun 2020 dengan memuatkan kes-kes terpilih yang didengar di
Mahkamah Syariah Sarawak serta memuatkan artikel perundangan yang ditulis oleh
pegawai syariah di JKSS.

69

(iii) Shariah Law Reports [ShLR] - Mengandungi laporan kes-kes terpilih atau landmark
cases di Mahkamah Syariah (Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah
dan Mahkamah Rayuan Syariah), artikel perundangan, Arahan Amalan Mahkamah
Syariah, fatwa dan keputusan kes-kes Syariah di luar negara seperti Brunei, Singapura,
Indonesia, Pakistan dan negara-negara timur tengah. ShLR mula diterbitkan pada
tahun 2004 serta dilaporkan dan dikemaskini 4 kali setiap tahun.

(iv) Syariah Reports [ CLJ (Sya)] - Perpustakaan undang-undang atas talian yang
komprehensif mula diterbitkan pada tahun 2004 dan juga merangkumi kes-kes yang
dipetik secara meluas di LNS sejak tahun 1928. Mengandungi kes-kes perundangan
Islam dari semua negara-negara Commonwealth, akta-akta persekutuan dan
enakmen/ordinan negeri berkaitan undang-undang Islam, artikel berkaitan topik
semasa, borang dan bahan rujukan berkenaan pelbagai isu berkaitan dengan
pengamalan undang-undang Islam, sorotan terkini termasuk laporan media global
mengenai isu-isu Islam serta senarai pengamal undang-undang Syariah.

(b) Kes-kes Mahkamah Sivil

(i) Malayan Law Journal [MLJ] - Dilancarkan dan diterbitkan sejak tahun 1932 yang
merupakan rangkaian pelaporan undang-undang umum yang menyediakan laporan
kes dari Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Pelaporan kes dibuat dalam jilid-jilid dan diterbitkan setiap tahun.

(ii) Current Law Journal [CLJ] - Mula diterbitkan pada tahun 1981 yang mengikut bentuk
pelaporan kes Malayan Law Journal.

(iii) All Malaysia Reports [AMR] - Kes yang dilaporkan dari tahun 1992 dengan poin
perundangan yang penting terpilih diterbitkan secara mingguan dengan melaporkan
kes terpilih dari mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi.

(iv) Malaysian Law Review High Court [MLRH] - Diterbitkan sebanyak 6 jilid setiap tahun
mengandungi kes-kes komprehensif dari Mahkamah Tinggi yang mula diterbitkan pada
tahun 2000. Lembaga Penasihat Editorial MLRH ini diketuai oleh Tan Sri Datuk Seri
Panglima Richard Malanjum dan ahli-ahli terdiri dari bekas ketua hakim negara yang
lain serta ahli akademik yang berpengalaman.

(v) Malaysian Review Appellate Court [MLRA] - Diterbitkan sebanyak 6 jilid setiap tahun
mengandungi kes-kes komprehensif dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Persekutuan yang mula diterbitkan pada tahun 2000. Lembaga Penasihat Editorial
MLRA ini diketuai oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum dan ahli-ahli
terdiri dari bekas ketua hakim negara yang lain serta ahli akademik yang
berpengalaman.

70

(a) Koleksi Kes Luar Negara
(i) Law Report of Commonwealth [LRC]
(ii) All England Report [All ER]
(iii) AIR Supreme Court Reports 1954
(iv) All India Reporter [AIR]
(v) All Pakistan Legal Decision
(vi) Pakistan Law Journal
(vii) Shariat Law Reports (SLR)

(b) Kes Dalam Teks Undang-Undang Lama

(i) Keyshe’s Report: Cases Heard and Determined in Her Majesty’s
Supreme Court of Strait Settlements, 1808-1890 (Singapore: Singapore
& Straits Printing Office, 1885-1890). Disunting dan dilaporkan oleh James
William Norton Keyshe dan diterbitkan sebanyak 4 jilid.

(ii) Straits Settlements Law Report, 1893-1931 (Singapore: Committee of
the Singapore Bar, 1893-1931). Diterbitkan atas arahan mahkamah
bermula pada tahun 1893 dan mempunyai 15 jilid.

(iii) Federated Malay States Law Report, 1906-1941 ( Kuala Lumpur:
Federated Malay States Government Printing Office, 1922-1941).
Bermula pada tahun 1922 sehingga jilid 7 bagi siri lama dan dipetik/dicetak
sebgai jilid. Siri yang baru bermula tahun 1931 dipetik/dicetak sebagai
tahun.

(iv) Law Reports of Malayan Union, 1946-1947 (Kuala Lumpur: Government
Press, 1948-1950)

(v) Malayan Cases: Being a Collection of Old and Important Cases which
are Still Law (Singapore: Malayan Law Journal Office, 1939-) - Jilid I
diterbitkan pada tahun 1939 disunting oleh Bashir A.Mallal dan Nazir
A.Mallal mengandungi koleksi kes lama dan penting. Jilid II mengandungi
kes lama dan penting yand tidak dilaporkan yang disunting oleh Bashir
A.Mallal diterbitkan pada tahun 1958 dengan Jilid III diterbitkan pada
tahun 1964. Jilid IV disunting oleh Mansur Adabi pada tahun 1980.

71

(vi) Pallonjee’s Digest of Cases, 1808-1911 (Singapore: Methodist
Publishing House, 1915) - Diterbitkan pada tahun 1915 yang
mengandungi kes-kes Straits Settlements dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.

(vii) Digest of Reported Cases, 1897-1926 (Kuala Lumpur: F.M.S Govt
Press, 1929) - Ringkasan kes dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang
disusun oleh McCabe Reay pada tahun 1929.

(viii) Federated Malay States Digest (Kuala Lumpur: F.M.S Govt Press, 1936,
jilid tambahan 1941) - Disusun oleh H.C William pada tahun 1936 yang
mengandungi ringkasan kes Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

(ix) The Malayan Digest, 1808-1933 (Singapore: Malayan Law Journal
Office, 1936) - Disusun oleh Withers Payne dan diterbitkan pada tahun
1936 dengan dua jilid tambahan pada tahun 1937 dan 1941.

(x) Mallal’s Digest of Malayan Case Law (Singapore: Malayan Law Journal,
1941) - Diterbitkan pada tahun 1940 oleh Bashir A. Mallal. Edisi pertama
mengandungi kes di mahkamah-mahkamah Malaya pada tahun 1808
hingga 1939. Edisi kedua diterbitkan pada tahun 1953 diekori jilid
tambahan pada tahun 1958 termasuk keputusan kes-kes dari mahkamah-
mahkamah Brunei, Sarawak dan North Borneo (1928-1956). Edisi ketiga
dikeluarkan pada tahun 1967. Terbitan edisi keempat disusun oleh Prof.
Ahmad Ibrahim dan diterbitkan pada tahun 1978.

(c) Pangkalan Data Carian Kes Perundangan

Bil. Pangkalan Huraian
Data

(i) CLJ Legal ◆ Menyediakan akses kepada kes undang-undang,

Network statut, artikel, practise direction dan kes-kes yang

tidak dilaporkan di Malaysia dari tahun 1894.

◆ Akses kepada pangkalan ini disediakan oleh
PUSTAKA secara percuma kepada semua ahli.

(ii) Lexis-Nexis ◆ Menyediakan akses kes-kes dalam MLJ, MLJU,

Online ( Lexis ShLR, Akta-Akta prinsipal, perundangan subsidiari,

Advance Akta-Akta yang telah dipinda, Bill Parlimen, artikel

Malaysia) MLJ dan artikel ShLR

72

◆ Dokumen boleh didapati dalam bentuk pdf

(iii) Lawnet ◆ Menyediakan akses kepada undang-undang

(statut) di Malaysia yang terdiri daripada Akta-Akta

Parlimen terkini, Akta-Akta Prinsipal, Akta-Akta

yang telah dipinda, Ordinan-Ordinan, Bill,

Peraturan-Peraturan terkini,PU(A),PU(B),

Perlembagaan Persekutuan, Perintah Am dan

Arahan Perbendaharaan. Selain itu, pangkalan

data ini juga memuatkan istilah-istilah

perundangan, kamus latin, index undang-undang

subsidiari dan juga penghakiman kes terpilih dari

mahkamah Privy Council.

(iv) eLaw ◆ Merupakan perpustakaan digital yang menyediakan

akses kepada kes-kes mahkamah dan juga

perundangan bertulis di Malaysia. Lebih daripada

80, 000 penghakiman kes dari Mahkamah Industri,

Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan

Mahkamah Persekutuan sejak tahun 1900-an

dimuatkan serta perundangan yang terkini dan

dipinda.

Jadual 4 : Pangkalan data carian kes perundangan

(II) Rujukan Kes Yang Tidak Dilaporkan

(a) Malayan Law Journal Unreported - Diterbitkan oleh Lexis Nexis Sdn Bhd. dengan
menyediakan kes-kes Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
yang tidak dilaporkan dari tahun 1992.

(b) Mana-mana kes yang telah diputuskan di mana-mana mahkamah tetapi tidak
dilaporkan atau diterbitkan dalam mana-mana jurnal, pangkalan data dalam talian atau
medium yang lain.

73

Kesimpulan

Penulisan teks alasan penghakiman memerlukan kemahiran dan teknikaliti yang terperinci terutama
dalam merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan sama ada di Mahkamah Syariah ataupun
Mahkamah Sivil. Panduan kepada rujukan kes undang- undang ini merupakan satu cara dalam
memberi pemahaman dan meningkatkan kemahiran para hakim dalam menghasilkan penulisan alasan
penghakiman yang lebih bermutu. Penggunaan rujukan kes dalam penghakiman hakim dilihat dapat
mengukuhkan penghakiman hakim dan menjadikan penulisan lebih bersifat persuasif. Selain dari
mengetengahkan sumber-sumber perundangan yang lain dalam alasan penghakiman, kes yang dirujuk
ini juga penting supaya hakim boleh membuat perbandingan kes yang dihakiminya dengan kes yang
telah diputuskan. Hal ini akan memudahkan lagi para hakim dalam membuat kajian kes serta mencari
kes yang tepat untuk dirujuk.

74

METODOLOGI RUJUKAN : PENULISAN ILMIAH

Pendahuluan

Rujukan penulisan ilmiah di dalam penulisan teks alasan penghakiman di mahkamah syariah
merupakan satu metodologi baru terhadap pendekatan penulisan teks AP. Merujuk kepada Arahan
Amalan No. 6 Tahun 2001 berkenaan “Alasan Penghakiman”. perkara yang disentuh hanyalah
berkenaan :

(i) Isu yang dibangkitkan;
(ii) Pemakaian undang-undang;
(iii) Hukum syarak;
(iv) Pentafsiran dan ulasan ke atas hujah-hujah pihak-pihak; dan
(v) Autoriti kes yang dirujuk;

Arahan amalan tersebut tidak menyentuh berkenaan dengan rujukan kepada penulisan ilmiah atau
autoriti ilmiah berkenaan dengan penulisan teks alasan penghakiman. Rujukan penulisan ilmiah adalah
bertujuan untuk hakim syarie yang menulis teks alasan penghakiman teks alasan penghakiman teks
alasan penghakiman teks alasan penghakiman teks alasan penghakiman mengetahui keperluan
rujukan dari segi pandangan akademik, profesional, pengamal undang-undang berkenaan analisis isu
dan kes, komentar sesuatu isu perundangan (prosiding kes/ prosedur/ amalan) di Mahkamah Syariah.
Penulisan ilmiah merangkumi rujukan buku akademik, artikel dalam jurnal berindeks, artikel prosiding,
artikel jabatan, data, statistik, akhbar, kertas-kertas kerja, kertas kajian dan sumber lain berkaitan.

Kepentingan Penulisan Ilmiah Dalam Penulisan Teks Alasan Penghakiman

1. Rujukan penulisan ilmiah secara berformat merupakan perkara baru dalam penulisan teks
alasan penghakiman di mahkamah syariah. Walau bagaimanapun, kepentingan penulisan
ilmiah dalam perundangan Syariah di Malaysia telah diberi penekanan seawal penerbitan
Jurnal Hukum.

2. Penerbitan Jurnal Hukum tidak hanya menumpukan kepada penerbitan kes semata-mata,
tetapi telah menitikberatkan berkenaan dengan perkembangan perundangan syariah di
Malaysia melalui penerbitan artikel ilmiah di bahagian awal Jurnal Hukum.

75

3. Rujukan kepada penulisan ilmiah juga telah diberi pertimbangan oleh kebanyakan jurnal kes
Mahkamah Syariah di Malaysia termasuk Jurnal Mahkamah Syariah yang diterbitkan oleh
Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak. Penulisan ilmiah ini yang membincangkan berkenaan
dengan isu-isu perundangan juga terdapat di bahagian awalan jurnal tersebut.

4. Perkara ini menunjukkan bahawa penulisan ilmiah membawa dimensi baru kepada hakim-
hakim syarie untuk memahami perkembangan isu-isu perundangan sekali gus dapat
memahami dapatan-dapatan dan komentar yang boleh dimasukkan dalam penulisan teks
alasan penghakiman.

5. Penulisan ilmiah pada masa kini telah merujuk kepada kes-kes mahkamah syariah secara
komprehensif dan telah menganalisis dapatan-dapatan daripada kes tersebut. Perkara ini
dapat membantu hakim syarie untuk mendapatkan idea/pendapat/hasil daripada penulisan-
penulisan tersebut untuk dijadikan pertimbangan dalam penghakiman.

6. Jika dirujuk kepada penulisan ilmiah yang diterbitkan di dalam jurnal berindeks yang
mempunyai jawatankuasa editorial, penulisan-penulisan tersebut ditulis bukan sahaja oleh ahli
akademik dan pengamal undang-undang bahkan hakim syarie yang terlibat secara langsung
dalam sistem kehakiman syariah di Malaysia.

7. Oleh yang demikian, kewajaran merujuk penulisan ilmiah merupakan satu transformasi baru
kepada perkembangan penulisan teks alasan penghakiman bahkan mampu memberi satu
dimensi dan nilai tambah kepada institusi kehakiman syariah di Malaysia.

Rujukan Kepada Penulisan Ilmiah Dalam Kes-kes Terdahulu

8. Rujukan penulisan ilmiah dalam penulisan teks alasan penghakiman telah diamalkan oleh
hakim-hakim syarie dalam beberapa kes yang dilaporkan di dalam Jurnal Hukum dan kes-kes
yang tidak dilaporkan. Walau bagaimanapun format rujukan dilihat tidak teratur dan wajar
diberikan penekanan.

9. Beberapa contoh rujukan penulisan akademik yang dirujuk dalam kes adalah seperti berikut:

BIL RUJUKAN KES ULASAN

i. Ahmad Tamyiz Bin Panel Rayuan telah merujuk artikel yang ditulis oleh YAA
Tan Sri Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman yang
Haji Mak Aris Noor bertajuk Amalan-Amalan Pentadbiran di Mahkamah

Haslinda Binti

76

Hussin Lawan Syariah (YAA Tan Sri Sheikh Ghazali Bin Haji Abdul
Norashikin Binti Rahman (2005) , Amalan-Amalan Pentadbiran di
Abu Bakar JH Mahkamah Syariah, Jurnal Hukum, Jld. 20, Bhg. II, hlm
[2020] Edisi Khas 181-185) mengenai pengeluaran arahan amalan (practice
Sempena direction) dan surat pekeliling Ketua Jabatan yang boleh
Persidangan disimpulkan sepertimana berikut:
Kehakiman Dan
Perundangan “Arahan Amalan dikeluarkan untuk menjelaskan tatacara
Syariah Nusantara, atau prosedur yang tidak jelas dan kabur dalam
63-82 melaksanakan kerja-kerja di Mahkamah. Ia juga bertujuan
untuk menjelaskan perkara yang tidak ada dalam
peraturan. Penggunaan Arahan Amalan ini sebenarnya
tidak lari daripada kehendak peruntukan undang-undang
seperti mana yang terdapat dalam Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri-Negeri. Manakala pengeluaran
surat pekeliling pula diperlukan untuk menjelaskan
sebarang kekaburan dan kesamaran sesuatu tugasan
seharian.”

ii. Dato’ Zakaria Bin Panel Rayuan telah merujuk artikel berkaitan hibah dengan
menyatakan:
Abd Rahman
“Berdasarkan kepada satu rujukan artikel Isu Pindah Milik
Lwn dan Pembatalan Hibah Hartanah [2010] 1 ShLR berkaitan
isu pindah milik dan pembatalan hibah hartanah di bawah
Kamalia Tan Binti Kanun Tanah Negara tidak menyatakan secara jelas
bahawa pindah milik atau tidak geran sesuatu hartanah
Abdullah, Kes melalui Borang 14A Kanun Tanah Negara akan memberi
kesan kepada aqad Hibah. Walau bagaimanapun ada
Rayuan No. 10000- dinyatakan sekiranya pindah milik melalui Borang 14 A telah
dilakukan ini akan menguatkan lagi transaksi pemberian
044-0044-2014, Hibah tersebut.”

Mahkamah Rayuan

Syariah Negeri

Selangor (Kes tidak

dilaporkan)

iii. Embun Binti Kasa YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam isu ketiga iaitu

Lwn Azmi Bin Adakah Tuntutan Balas Defendan terhadap Sebidang Tanah

Kassim (2018) Kes di alamat Kampung Guar Tinggi, Mukim Titi Tinggi

Mal Bil: 09100-017- merupakan Harta Sepencarian Pihak-Pihak telah merujuk
0118-2017, kepada artikel David Wong “Tenure and Land Dealings in
Mahkamah Tinggi Malay State” 1975. Singapura, Singapore University Press

Syariah Kangar seperti berikut :

77

Perlis (Kes tidak “Penulis David Wong di dalam artikel beliau “Tenure and
dilaporkan) Land Dealings in Malay State” 1975. Singapura, Singapure
University Press menyebut bahawa disebabkan tempoh
sahnya yang singkat dan tidak boleh serah hak itulah
mungkin menyebabkan ia dipanggil lesen. Walau apa pun,
kedua-dua pemahaman iaitu mengenai ‘lesen’ dan
‘sementara’ adalah betul dan menggambarkan atau
memberi takrif ‘Lesen Pendudukan Sementara’.”

iv. Mohamad Hariz Dalam artikel bertajuk “Proses Penghakiman dan
Menjatuhkan Keputusan di Mahkamah Syariah: Satu
Sani Bin Abdullah Penilaian” JH (1426H) Rabiul Awal 1426H/2005 yang ditulis
oleh mantan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah
lwn Pendakwa Malaysia iaitu Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali Bin Haji Abdul
Rahman yang mana beliau ada menyatakan bahawa:-
Syarie Negeri
“Biasanya sebelum hukuman dijatuhkan terutama dalam kes
Perak (2016) Kes jenayah syariah, Hakim Syarie akan memerhatikan faktor
yang memberatkan hukuman dan faktor yang meringankan
Rayuan Jenayah hukuman. Setelah kedua-dua faktor ini diambil kira dan
dipertimbangkan, barulah hukuman dijatuhkan. Secara
No: 08500-143- tersuratnya, inilah asas pertimbangan hakim-hakim Syarie
sebelum hukuman dijatuhkan. Selalunya antara faktor yang
0003-2015, boleh meringankan hukuman ialah pengakuan bersalah dan
pernyataan taubat, pesalah bawah umur, rekod peribadi
Mahkamah Tinggi yang baik, kesan hukuman terhadap kesihatan pesalah dan
kesalahan pertama kali dilakukannya. Manakala faktor-
(Rayuan) Syariah faktor yang memberatkan hukuman pula ialah rekod buruk
pesalah, taraf perkahwinan, taraf pesalah di dalam
Ipoh, Perak (Kes masyarakat dan kedudukan yang tinggi, kekerapan
kesalahan yang dilakukan dan penggunaan kekerasan dan
tidak dilaporkan) keganasan semasa melakukan kesalahan”

v. Pendakwa Syarie’ Isu utama di akhir kes ini, ialah sama ada tertuduh sendiri

Negeri Perak berjaya menjawab atau menyangkal keterangan-keterangan
lwn Ibrahim Bin Md yang dikemukakan oleh pendakwa syarie’ ke tahap suatu

Taib (2017) Kes keraguan yang munasabah bahawa tidak wujud elemen-

Jenayah Bil.: elemen kesalahan berjudi sebagaimana diperuntukkan di

08001-138-0333- bawah seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992?

78

2015, Mahkamah Hakim Syarie dalam penghakiman ini merujuk kepada artikel
Rendah Syariah yang ditulis oleh Dr Zulfakar Ramlee bertajuk ‘Pembuktian
Ipoh, Perak (Kes Dalam Kes Jenayah Syariah Malaysia: Isu Dan
tidak dilaporkan) Penyelesaian’ , 27 Jurnal KANUN (1) [Januari 2015], m/s
122-142, yang mana Zulfakar membahaskan tentang
pemakaian tahap pembuktian, dengan menyatakan seperti
berikut:

“Pemakaian terhadap tahap pembuktian yang tepat
merupakan asas keadilan yang sebenar. Kegagalan
mengguna pakai tahap yang diperlukan juga mengakibatkan
berlakunya ketidakadilan kepada pihak terbabit. Dalam isu
ini, hakim mahkamah syariah masih belum menyatakannya
dengan jelas. Kegagalan menyebut tahap pembuktian
dengan jelas menyebabkan timbulnya dua andaian. Pertama,
sama ada kes tersebut benar-benar telah mencapai tahap
yang diperlukan. Kedua, hakim sendiri tidak jelas mengenai
tahap yang diperlukan dalam kes tersebut yang akhirnya
boleh membawa kepada ketidakadilan.

Dalam kes jenayah hudud yang mewajarkan hukuman hudud
seperti yang diperuntukkan dalam Enakmen Kanun
Kesalahan Jenayah II 1993 Kelantan dan Enakmen
Kesalahan Jenayah (Hudud & Qisas) 2002 Terengganu,
tahap pembuktian seperti yang disepakati oleh para ulama
ialah al-yaqin. Pada peringkat membuktikan prima facie kes
pula, disaran agar tahap perlu yang diperlukan adalah setakat
dhan al-ghalib.

Walau bagaimanapun, dalam kes yang melibatkan
kesalahan takzir seperti pemujaan salah, tidak berpuasa di
bulan Ramadhan, berjudi, khalwat dan lain-lain lagi, atau
kesalahan hudud (walaubagaimanapun hukuman yang
diperuntukkan ialah takzir) seperti meminum minuman yang
memabukkan, persetubuhan luar nikah, dan qazaf atau
seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 47 Enakmen
Kanun Kesalahan Jenayah II Kelantan 1993, adalah pada
tahap dhan al-ghalib atau dalam bahasa perundangan sivil
“melampaui keraguan yang munasabah”. Begitu juga pada

79

peringkat membuktikan prima facie kes disarankan agar
tahap yang diperlukan hanyalah setakat dhan atau dalam
bahasa perundangan sivil “imbangan dua kebarangkalian”.
Sekiranya saranan ini dipersetujui maka para hakim boleh
menyatakannya dalam penghakiman nanti atau satu
“arahan amalan” perlu diwujudkan.”

KEPUTUSAN:
Setelah mahkamah mensabitkan tertuduh, Ibrahim B Md
Taib bersalah di bawah kesalahan berjudi di bawah Seksyen
26 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992, dengan ini
mahkamah memutuskan dan menghukum kamu, Ibrahim B
Md Taid dihukum denda RM2000.00 jika tidak atau gagal
bayar denda, pemenjaraan enam (6) bulan penjara .

Jadual 5 : Rujukan kepada penulisan ilmiah dalam kes-kes terdahulu

10. Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa rujukan kepada penulisan ilmiah sudah tidak
asing kepada hakim-hakim syarie dalam menyediakan penulisan teks alasan penghakiman.

11. Perkara ini perlu dipergiatkan untuk memastikan hakim-hakim syarie di semua peringkat
mahkamah cakna dan mempunyai pengetahuan secara menyeluruh termasuk isu yang
dibangkitkan dalam penghakiman melalui rujukan penulisan ilmiah.

12. Setiap hakim syarie hendaklah terlebih dahulu memastikan sumber rujukan penulisan ilmiah
dan maklumat yang diperolehi daripada penulisan tersebut adalah daripada sumber yang
berautoriti serta mempunyai kerelevanan untuk dijadikan sebagai rujukan dalam penulisan teks
alasan penghakiman.

Sumber Penulisan Ilmiah

13. Sumber-sumber rujukan penulisan ilmiah bagi membantu para hakim syarie dalam menulis
teks alasan penghakiman adalah seperti berikut:

(i) Penulisan yang diterbitkan oleh jurnal;
(ii) Penulisan prosiding oleh pihak universiti;
(iii) Buku teks atau buku akademik;

80

(iv) Data/statistik daripada pihak berautoriti;
(v) Keratan akhbar;
(vi) Rujukan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam penghakiman; dan
(vii) Mana-mana penulisan ilmiah yang tidak diterbitkan seperti kertas kerja atau kertas kajian.

14. Sumber-sumber pautan yang boleh membantu Hakim Syarie dalam mendapatkan penulisan
ilmiah adalah berikut:

(i) Artikel yang telah disenaraikan oleh my Jurnal (Malaysian Journal Management System):
(ii) Artikel yang telah disenaraikan oleh My Cite:
(iii) Sumber-sumber jurnal yang berkaitan.

15. Berikut merupakan senarai beberapa laman sesawang yang boleh dilawati untuk mengakses
penulisan-penulisan ilmiah berkenaan dengan undang-undang syariah:

JURNAL LAMAN SESAWANG

Mycite http://www.mycite.my/

MyJurnal http://www.myjurnal.my/public/browse.php

Journal Published by https://apium.um.edu.my/event-testing-layout.html

Academy of Islamic Studies

Jurnal Syariah UM https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/issue/view/1323

Journal Of Shariah Law https://ejournal.um.edu.my/index.php/JSLR
Research

Jurnal Fiqh (JF) https://fiqh.um.edu.my/announcement/view/156

The Online Journal of https://ejournal.um.edu.my/index.php/RIS/about
Research in Islamic
Studies (RIS)

Kanun: Jurnal Undang- http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/index
undang Malaysia

Malaysian Journal of https://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl
Syariah and Law USIM

Lexis Advance https://advance.lexis.com

CLJ http://www.cljlaw.com

Jadual 6 : Laman sesawang penulisan ilmiah berkaitan undang-undang syariah

81

Kesimpulan

Rujukan kepada penulisan ilmiah merupakan metodologi baru dalam penulisan teks alasan
penghakiman di mahkamah syariah untuk dijadikan sandaran penghakiman berdasarkan penyelidikan
yang dilakukan oleh Zulzaidi Mahmod terhadap rujukan Hakim Syarie dalam penulisan teks alasan
penghakiman. Walaubagaimanapun perihal rujukan penulisan ilmiah sebenarnya mempunyai nilai
tambah dan keberkesanan dalam membantu hakim syarie untuk memutuskan sesuatu penghakiman
berdasarkan kajian dan penyelidikan yang telah dibuat oleh pihak yang berkaitan. Teori dan konseptual
yang dibawa dalam penulisan ilmiah memberi satu dimensi positif kepada Mahkamah Syariah dalam
memastikan penghakiman yang dibuat adalah realistik, relevan dan wajar. Oleh yang demikian,
penerapan nilai akademik dan ilmiah wajar diterapkan dalam pemikiran hakim syarie di Malaysia bagi
memastikan penghakiman yang diputuskan mempunyai nilai merit yang tinggi dan penerapan nilai
akademik dibuat melalui penulisan teks alasan penghakiman oleh hakim syarie di mahkamah syariah.

82

PENUTUP

Setiap hakim syarie mahupun pengamal undang-undang serta ahli akademik mempunyai pendapat
masing-masing berkenaan dengan penulisan alasan penghakiman yang baik. Hakim-hakim syarie,
terutamanya yang sudah mempunyai pengalaman bertahun lamanya dalam menyediakan alasan
penghakiman pastinya sudah mempunyai gaya tersendiri.

Namun, dalam perkembangan sistem kehakiman kini serta adanya penghakiman-penghakiman di
mahkamah syariah yang dicabar di mahkamah sivil melalui semakan kehakiman, penulisan alasan
penghakiman merupakan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh institusi kehakiman syariah
di Malaysia. Oleh yang demikian, pentingnya ada satu garis panduan untuk menambahbaik dan
memantapkan lagi kualiti teks alasan penghakiman di mahkamah syariah.

Tambahan pula, dengan pertambahan pegawai-pegawai syariah di Jabatan Kehakiman Syariah
Sarawak yang mana suatu hari nanti berkemungkinan akan dilantik sebagai hakim syarie mahupun
pegawai penyelidik, garis panduan ini adalah penting untuk menambah ilmu pengetahuan kepada
mereka berkenaan dengan penulisan teks alasan penghakiman.

Adalah diharapkan dengan wujudnya garis panduan ini, hakim-hakim syarie, khususnya, dan pegawai-
pegawai syariah, amnya, dapat beroleh manfaat daripadanya dan hal ini dapat diterjemahkan dalam
penghasilan teks alasan penghakiman yang baik.

Namun, walau dengan adanya garis panduan ini sekalipun, kesemuanya berbalik kepada hakim syarie
itu sendiri untuk berusaha untuk memantapkan lagi kemahiran masing-masing sama ada dalam
penulisan teks alasan penghakiman, pengendalian prosiding dan lain-lain. Sebagaimana firman Allah
SWT dalam Surah Ar-Ra’du, ayat 11:

‫اِ َّن اََّٰيللَ َل يُغَِييرُ َما بَِقْوٍم َحََٰيّت يُغَِييرُْوا َما بِاَنُْف ِسِه ْۗم‬

Bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka
mengubah keadaan diri mereka sendiri”

Semoga garis panduan ini dapat sedikit sebanyak membantu hakim-hakim syarie dan pegawai-
pegawai syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak untuk menambah kemahiran mereka dalam
salah satu aspek yang penting dalam kehakiman, iaitu penulisan teks alasan penghakiman.

83

Bibliografi

ARTIKEL

Abdul Karim Bin Nuli, Perutusan Y.A Ketua Pendaftar dalam buku Kompilasi Arahan Amalan Ketua
Hakim Syarie Sarawak Tahun 2000-2017 (Sarawak: Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, 2018)

Ashraf bin Md. Hashim, Tahap Pembuktian Di Dalam Kes-kes Jenayah: Perbandingan Antara Undang-
undang Islam dan Sivil. Jld. 9. Bhg. 2 (Kuala Lumpur: Jurnal Syariah, 2001)

Awang Suhaili Ledi, Perutusan YAA Ketua Hakim Syarie Sarawak dalam Kompilasi Arahan Amalan
Ketua Hakim Syarie Sarawak Tahun 2000-2017 (Sarawak: Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak,
2018)

Azizah Mohd Rapini dan Ruzman Md Noor. Syahadah dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah
Syariah di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur. Jld. 1. (Kuala Lumpur: Journal of Syariah Law
Research, 2016)

Dr. Jordan Daci. Legal Principles, Legal Values and Legal Norms: are they the same or different?
(Albania : Academicus International Scientific Journal MMX(2), 2010)

Mazni Abdul Wahab, Pemerkasaan Mahkamah Syariah Melalui Pemakaian Arahan Amalan Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia (Kuala Lumpur : Tesis Ph.D, Universiti Malaya, 2014)

Mahmud Saedon Awang Othman, Beban dan Tahap Pembuktian Dalam Sistem Pengadilan Islam. Jld.
1. Bil. 2. (Kuala Lumpur: Jurnal Syariah, 1993)

Multazimah Binti Rafie & Shahrul Mizan Ismail, Pemakaian Prinsip Undang-Undang Sivil Dalam
Penghakiman Berkaitan Prosiding Kes di Mahkamah Syariah: Satu Kajian Kes (Langkawi :
International Conference on Law & Islamic Jurisprudence, 2017)

Nasimah Abdullah, Lubna Abd. Rahman & Norfazila Ab. Hamid, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Tinjauan
Terhadap Unsur Kesopanan Dalam Sosiolinguistik Melayu. Vol. 4. Bil. 2. (Selangor: Jurnal Sultan
Alauddin Sulaiman Shah, 2017)

Suhaizad Saifuddin, Peruntukan Beban Pembuktian di Bawah Enakmen Mahkamah Syariah: Satu
Penilaian. (Selangor : Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 2021)

BUKU

Abdul Karim Zaidan. 1989. Nizam Al-Qadha Fi Syariah Al-Islamiah. Oman: Maktabah al-Bashair.
Abdul Rahman bin Nasir as-Si’di. 2000. Taysir al-Karim ar-Rahman. Beirut: Muassasah ar-Risalah.
Abdul Wahab Khalaf. 1938. Ahkam Ahwal al-Shakhsiah Fi al-Syariah al-Islamiyyah. Kaherah: Matb’ah

Dar al-Khutub al-Misriyyah.

Abu al-Husain Yahya al-'Imrani. 2000. Al-Bayan Fi Mazhab al-Imam al-Syafie. Jld. 10. Jeddah. Matb’ah
Dar al-Minhaj.

Al-Amdi, A.-I. A. Al-Ihkam Fi Usul Al-Ahkam. 1998. Beirut: Darul Kitab Al-Arabi.

Dr. Imad Ali Jum’ah. 2006. Al-Qawaidh Al-Fiqhiyyah Al-Muyassarah. Riyadh: Fahrasah Maktabah Malik
Fahd al-Wataniah Ithna’ Nashr.

84

Dr. Muhammad bin Umar Bazmul. Al-Usul fi Fahmi Ahadith ar-Rasul. 2005. Riyadh: Dar Adhwa’ as-
Salaf.

Mohd. Saleh Haji Ahmad. 2009. Perkahwinan dan Perceraian Dalam Islam. Selangor: Pustaka Haji
Abdul Majid Sdn.Bhd.

Muhammad bin Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jauziyyah. 2019. At-Thuruq al-Hukmiyyah fi as-Siyasati as-
Syar’iyyah. Cet. 4. Jld. 1. Beirut: Dar Ibn Hazm.

Muḥammad bin al-Khaṭīb al-Sharbīnī. 1997. Mughnī al-Muḥtāj Ilā Ma`rifah Ma`ānī Alfāẓ al-Minhāj. Jld.
4. Beirut: Dār al-Ma`rifah.

Muhammad Sidqi bin Ahmad aalu Burnu. 1996. Al-Wajiz Fi Idah Qawaid Al-Fiqh Al-Kulliyyah. Beirut:
Muassasah ar-Risalah.

Muhammad Sidqi bin Ahmad aalu Burnu. 2003. Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Beirut: Muassasah
ar-Risalah.

Wahbah al-Zuhaily. 1985. Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu. Jld. 6. Damsyik: Dar al-Fikr.

85


Click to View FlipBook Version