The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KONSEP eMAS4.0_FILEM PENDEK (pdf) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilariza3105, 2023-05-21 22:04:48

KERTAS KONSEP eMAS4.0_FILEM PENDEK (pdf) (1)

KERTAS KONSEP eMAS4.0_FILEM PENDEK (pdf) (1)

KERTAS KONSEP Anjuran: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Kelolaan: Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/ Sebauh


2 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 1. MOD PROGRAM 1.1 Pertandingan peringkat negeri ini menawarkan dua kategori penyertaan seperti di bawah: 1.1.1 Kategori A : Murid Menengah Rendah 1.1.2 Kategori B : Murid Menengah Atas 1.2 Pertandingan secara berperingkat bermula dari pemilihan peringkat daerah ke peringkat negeri. 1.3 Pertandingan dilaksanakan secara dalam talian. 1.4 Penghantaran penyertaan filem di peringkat negeri adalah melalui pautan Google Form yang disediakan oleh pihak pengelola. 2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Ting. Peralihan hingga Ting. 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan. 2.2 Jumlah penyertaan maksimum bagi setiap kumpulan bagi setiap kategori melibatkan 10 orang sahaja termasuk pelakon dan krew produksi. (Minimum penyertaan adalah SEORANG sahaja) 2.2.1 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran; dan 2.2.2 Pasukan digalakkan mempunyai sekurang-kurangnya lebih daripada satu kaum. 2.2.3 Senarai nama peserta hendaklah mendapat pengesahan daripada sekolah dan PPD masing-masing. 2.3 Setiap PPD boleh menghantar satu (1) filem pendek bagi setiap kategori untuk bertanding di peringkat negeri. 3. FORMAT RAKAMAN 3.1 Video rakaman filem pendek boleh disunting. Suntingan boleh dibuat dalam bentuk kolaj dan dimurnikan secara kreatif. 3.2 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720(HP) dan maksima 1080(HP) dan view landscape.


3 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 3.3 Di akhir filem pendek hendaklah dipaparkan slogan #SeniUntukSemua bagi menyemarakkan kesenian di kalangan murid, guru dan masyarakat. 3.4 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama atau logo sekolah dalam rakaman filem yang dihantar. 3.5 Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut kesesuaian watak. 3.6 Peserta mestilah menggunakan bahasa dan istilah yang sopan. 3.7 TIDAK DIBENARKAN menggunakan bahasa dan istilah yang kesat dan menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan, unsur lucah, kekejaman, politik dan pemimpin. 3.8 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan. 4. TEMA DAN KONSEP 4.1 Tema bagi Pertandingan Filem Pendek Peringkat Negeri Sarawak bagi Tahun 2023 adalah seperti berikut: Bil Kategori Tema 4.1.1 Kategori A (menengah rendah) ABC: Harapan Keluarga Sanjungan Negara 4.1.2 Kategori B (menengah atas) ABC: Budaya Disanjung Adat Dijunjung 4.2 Genre terbuka seperti drama, komedi, dokumentari dan lain-lain. 4.3 Isi kandungan Filem Pendek mestilah: 4.3.1 Menepati tema yang telah ditetapkan; 4.3.2 Menyampaikan mesej pengajaran kepada penonton; 4.3.3 Menonjolkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik yang boleh dicontohi; 4.3.4 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif tanpa mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan, unsur lucah, kekejaman, politik dan pemimpin.


4 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 5. TERMA DAN SYARAT 5.1 Setiap penyertaan filem pendek mestilah merupakan kerja asal/asli. 5.2 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ diciplak. 5.3 Sebarang klip video selain daripada hasil rakaman sendiri adalah tidak dibenarkan sama sekali. 5.4 Setiap hasil karya mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan penghasilan filem pendek. 5.5 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran penganjur, sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan. 5.6 Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas HAK CIPTA. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta. 5.7 Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar untuk tujuan promosi. 5.8 Pastikan semua gambar individu/imej yang akan digunakan perlu mendapat persetujuan bertulis dengan melengkapkan Borang Persetujuan Menggunakan Gambar/Imej Individu. (Lampiran 3) 5.9 Peserta hendaklah menyediakan sinopsis tidak lebih daripada 100 patah perkataan dalam borang yang disediakan. Format sinopsis menggunakan Font Arial, saiz tulisan 12 dan single spacing. (Lampiran 4) 5.10 Skrip dalam bentuk PDF hendaklah dihantar bersama-sama dengan filem pendek. 5.11 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan. 6. DURASI FILEM PENDEK 6.1 Masa diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah 3 hingga 5 minit sahaja. Tempoh ini termasuk montaj dan kredit.


5 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 7. PAKAIAN / PROPS 7.1 Pakaian hendaklah bersesuaian dan sopan. 7.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya. 8. TUNTUTAN HAK CIPTA 8.1 Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang dihasilkan. 9. PEMARKAHAN PEMARKAHAN ISI KANDUNGAN 30 • Ketepatan Tema 10 markah • Keaslian Karya 10 markah • Nilai dan Pengajaran 10 markah KREATIVITI 40 • Pengarahan 20 markah • Lakonan 20 markah KUALITI 30 • Sinematografi 10 markah • Suntingan 10 markah • Audio 10 markah Jumlah 100 markah 10. PENGHAKIMAN 10.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri di bawah penyelarasan dari Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, JPN Sarawak. 10.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. 11. PROSEDUR PENYERTAAN 11.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.


6 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 11.2 Semua butiran dalam pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul. 11.3 Video yang terpilih bagi mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing perlu dimuat naik ke Google Forms pendaftaran yang disediakan oleh PPD pengelola. Fail video pertandingan dinamakan dengan format NamaPPD_NamaSekolah_TajukFilem 11.4 Senarai bahan/borang yang perlu dilengkapkan dan dimuat naik ke Google Forms pendaftaran: 11.4.1 Lampiran 1- Borang Penyertaan 11.4.2 Lampiran 2- Borang Kebenaran Ibu Bapa (Diisi oleh setiap peserta yang mengambil bahagian)-sediakan dalam satu file PDF sahaja 11.4.3 Lampiran 3- Borang Persetujuan Menggunakan Gambar/Imej Individu (Diisi oleh setiap peserta yang mengambil bahagian)- sediakan dalam satu file PDF sahaja 11.4.4 Lampiran 4- Borang Sinopsis Filem Pendek 11.4.5 Skrip dalam bentuk PDF 11.4.6 Surat Iringan PPD 11.4.7 Video Filem Pendek 11.5 Tarikh akhir penghantaran filem pendek ke pihak pengelola adalah pada 18 Mei 2023. 12. PENGESAHAN PENYERTAAN Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada PPD masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google forms pendaftaran.


7 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 13. TARIKH PELAKSANAAN Tarikh pendaftaran pertandingan peringkat negeri: 17-18 Mei 2022 Perkara Tarikh Hebahan kertas konsep negeri kepada semua PPD 28 April 2023 Tarikh Pendaftaran Peringkat Negeri 17 - 18 Mei 2023 Penjurian Peringkat Negeri 23-25 Mei 2023 Hebahan Keputusan Peringkat Negeri 31 Mei 2022 Tarikh JPN hantar penyertaan Peringkat Kebangsaan 13 Jun 2023 Penjurian Peringkat Kebangsaan (video rakaman) 20 Jun 2023 Pengumuman keputusan 5 terbaik Peringkat Kebangsaan Jun 2023 Pengumuman Keputusan Peringkat Kebangsaan Julai 2023 14. HADIAH / SIJIL SETIAP KATEGORI BIL PERKARA CATATAN 1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian 2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian 3. Tempat Ketiga Hadiah dan Sijil Pencapaian 4. Tempat Keempat Hadiah dan Sijil Pencapaian 5. Tempat Kelima Hadiah dan Sijil Pencapaian 6. Penyertaan Sijil Penyertaan 15. AM 15.1 Tema pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan tema pertandingan peringkat kebangsaan Tahun 2023. (Wakil JPN Sarawak yang terpilih ke peringkat kebangsaan perlu merujuk kertas konsep kebangsaan yang akan dikeluarkan kelak)


8 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 15.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 15.3 Butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan tepat dan betul. Ejaan nama ditulis seperti pada kad pengenalan/mykid. (Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan sijil yang mempunyai kesalahan ejaan yang disebabkan pengisian pendaftaran yang salah) 15.4 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook pages Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook pages Unit Koku JPN Sarawak. 15.5 Sebarang pertanyaan boleh hubungi: NOOR ZAIMAH BINTI BAKAR Penolong Pengarah (Kesenian) Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 082-473654 NASARUDDIN STANLEY BIN KUJAT Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Filem Pendek) 019-8367271 15.6 Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran boleh hubungi PPD Pengelola: KEZIE BIN MATUSUP Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (UPBM) PPD Tatau/Sebauh 086-422703 15.7 Lampiran; 15.7.1 Lampiran 1- Borang Penyertaan 15.7.2 Lampiran 2- Borang Kebenaran Ibu Bapa 15.7.3 Lampiran 3- Borang Persetujuan Menggunakan Gambar / Imej Individu 15.7.4 Lampiran 4- Borang Sinopsis Filem Pendek


9 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 Dengan ini, saya/ kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya/ kami. Saya/ kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini. __________________________ (Nama Guru) Tarikh : Pengesahan Pengetua: ________________________ Cop rasmi sekolah PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 BORANG PENYERTAAN BIL NAMA PESERTA JANTINA KAUM NO. KP 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 KATEGORI *(A) MENENGAH RENDAH / *(B) MENENGAH ATAS PPD NAMA SEKOLAH TAJUK FILEM PENDEK MAKLUMAT GURU PEMBIMBING NAMA GURU 1 NO. TELEFON NAMA GURU 2 NO. TELEFON LAMPIRAN 1


10 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 BORANG KEBENARAN IBU BAPA Saya _____________________________________________(Ibu, Bapa, Penjaga) No. Kad Pengenalan _____________________________ membenarkan anak jagaan saya __________________________________________________ No. Kad Pengenalan _________________________________ menyertai Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah Peringkat Negeri Tahun 2023. Sekian, Terima Kasih. Tandatangan: __________________________________ (Ibu Bapa/ Penjaga) Tarikh: _______________________________________ Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian LAMPIRAN 2


11 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 BORANG PERSETUJUAN MENGGUNAKAN GAMBAR / IMEJ INDIVIDU Saya ____________________________________ (Ibu, Bapa, Penjaga) No. Kad Pengenalan _____________________________ bersetuju bahawa gambar / imej anak jagaan saya ______________________________________________ untuk penerbitan klip video bagi Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah Peringkat Negeri Tahun 2023. Sekian, Terima Kasih. Tandatangan: __________________________________ (Ibu Bapa/ Penjaga) Tarikh: _______________________________________ Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian LAMPIRAN 3


12 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 SINOPSIS FILEM PENDEK TAJUK FILEM PENDEK : DURASI FILEM PENDEK : FORMAT SINOPSIS /RINGKASAN ADALAH MENGGUNAKAN JENIS FONT ARIAL, SAIZ TULISAN 12 DAN SINGLE SPACING PENGARAH : ____________________________________________ SEKOLAH : ____________________________________________ LAMPIRAN 4


Click to View FlipBook Version