VAA 3013
PENGELUARAN TERNAKAN
SILAJ
vaa 3013 pengeluaran ternakan
TUGASAN KUMPULAN
NAMA PENSYARAH :
DR. FAZHANA BINTI ISMAIL
KUMPULAN C
1. IZZUDIN BIN ISHAK (D20191088261)
2. NURAINI BINTI SAWAL (D20191089163)
3. WAN NURAZLINA BT WAN MOHD NOOR (D20192091452)
4. MUHAMMAD HAFIZ ASYRAF BIN WAHIB (D20201093333)
5. NURUL AIENA SOFIEA BINTI MOHD AMAR (D20201093058)
6. NOR MARLYTHA BINTI ISMAIL (D20201093065)
7. NUR FARAZILA BINTI MOHD RAFLI (D20201093343)
PENGENALAN SILAJ
Rumput pastura perlu diberikan kepada ternakan pada masa kematangan yang tertentu
(bergantung kepada jenis rumput) untuk mendapatkan manfaat nutrien yang terbaik.
Kekurangan bekalan rumput segar terutama musim kemarau dan banjir menjadi
penyebab kaedah penyimpanan (konservasi) boleh dilakukan.
Penyimpanan(konservasi) rumput juga digalakkan bagi tujuan:
- menghalang penurunan kualiti pemakanan akibat penuaan
- menyekat perkembangan bakteria dan organisma-organisma yang menyebabkan
kerosakan.
- membolehkan pemotongan dilakukan semasa had umur yang ditetapkan.
Boleh dicapai melalui dua kaedah:
a. Fermentasi terkawal
b. Pengeringan
PENGENALAN SILAJ
Silaj merupakan sejenis makanan ternakan ruminan yang terhasil daripada proses
pemeraman / penapaian bahan foder yang berkelembapan tinggi (35% hingga 75%
kandungan air) dalam keadaan kedap udara (anareobik).
Silaj adalah kaedah penyimpanan bahan makanan ternakan yang segar supaya
dapat digunakan apabila bekalan makanan kurang atau tiada.
Silaj kurang bergantung kepada keadaan cuaca, maka lebih baik kepada penternak.
Makanan ruminan utama di negara-negara beriklim sejuk ketika musim salji.
Diperkenalkan di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an.
kepentingan silaj
Silaj dapat Proses Dapat dihasilkan daripada
dikeluarkan pengeluarannya pelbagai jenis bahan furaj
sepanjang masa tidak bergantung seperti rumput, batang jagung,
berbanding makanan kepada keadaan pelepah kelapa sawit dan
lain. cuaca. bahan-bahan lain.
KEPERLUAN ASAS PEMBUATAN SILAJ
a. Bekas penyimpanan atau pemeraman
Bekas penyimpanan atau pemeraman Silaj dipanggil Silo.
Bekas silaj yang praktikal harus dinilai daripada segi
pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.
Dua jenis Silo yang boleh digunakan ialah
Silo mudah alih Silo bukan mudah alih
Silo tong plastik Silo bongkah
Silo beg plastik Silo longgok
Silo bendela Silo menara
Siloseal
Silo mudah alih Silo bendela Silo seal
Silo tong plastik Silo beg plastik
Silo bukan mudah alih Silo longgok Silo menara
Silo bongkah
KEPERLUAN ASAS PEMBUATAN SILAJ
b. Bahan aditif Silaj
Ia digunakan untuk meningkatkan lagi paras karbohidrat.
Terdapat dua jenis aditif Silaj
Stimulan Penghalang
Sumber gula digunakan Asid yang digunakan
untuk memastikan untuk menurunkan nilai
penghasilan asid laktik pH dengan cepat
(Molases), mikoorganisma contohnya asid sulfurik.
berkesan (EM) dan
inokulen.
KEPERLUAN ASAS PEMBUATAN SILAJ
c. Pemotong bahan Silaj
Mesin pemotong (chopper) digunakan untuk
memotong bahan foder dari ladang kemudian
dilayukan.
Bahan foder perlu diracik pendek. Saiz potongan
yang disyorkan antara 3-15cm. Tujuaannya
adalah untuk mudah dipadatkan dalam Silo dan
eningkatkan luas permukaan sel agar proses
fermentasi dapat dilakukan dengan berkesan.
KEPERLUAN ASAS PEMBUATAN SILAJ
d. Alat pemampat silaj (Silager)
Alat pemampat berfungsi untuk
memampat bahan foder yang telah
diracik ke dalam silo. Alat ini
digerakkan dengan kuasa hidraulik.
KEPERLUAN ASAS PEMBUATAN SILAJ
d. Otosil
Otosil dilengkapi dengan
alat pemotong, alat
pemampat serta alat
penyuntik bahan aditif dan
bakteria secara automatik.
BAHAN MEMBUAT SILAJ
Pada asasnya, bahan untuk membuat silaj ialah semua jenis bahan tanaman
seperti foder dan sisa pertanian yang mempunyai kandungan gula
(karbohidrat) serta air yang tinggi.
Bahan sisa pertanian seperti batang jagung selepas hasil jagung dipetik, sisa
kulit nanas, sisa kulit buah-buahan
Foder Pokok jagung foraj Pelepah kelapa sawit
Rumput gajah (Napier)
KAEDAH PEMBUATAN SILAJ
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
MEMOTONG MENGISI DAN MENCAMPUR
BAHAN SILAJ MEMADATKAN KE BAHAN ADITIF
DALAM SILO
Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6
MENUTUP SILO PENYIMPANAN MEMBERI MAKAN
UNTUK PROSES KEPADA HAIWAN
FERMENTASI TERNAKAN
Langkah 1
PEMOTONGAN BAHAN SILAJ
Bahan untuk membuat silaj atau dikenali sebagai foder dipotong
sependek 3-15 cm bagi memudahkan untuk dipadatkan
Tujuan bahan foder ini dipotong sekecil ini kerana meningkatkan luas
permukaan sel bahan foder bagi menambah keberkesanan proses
fermentasi serta mudah untuk dipadat ke dalam silo
Mesin pemotongan digunakan dalam proses pemotongan bahan silaj
Langkah 2
MENGISI DAN MEMADATKAN KE DALAM SILO
Bahan yang telah dipotong perlu diisi dan dipadatkan di dalam tong
silo secepat mungkin bagi mengelakkan udara teperangkap di dalam
tong silo tersebut.
Pengisian dan pemadatan bahan foder ini boleh dibuat sama ada
secara manual (memijak bahan foder ke dalam silo) ataupun kaedah
menggunakan mesin pemampat (sillager) yang sering digunakan
kerana lebih efektif.
Langkah 3
MENCAMPUR BAHAN ADITIF
Larutan bahan aditif dimasukkan semasa atau selepas proses mengisi
dan memadatkan bahan foder di dalam tong silo bagi meningkatkan
kualiti dan fermentasi silaj.
Contoh beberapa bahan aditif yang sering digunakan ialah molases,
inokulan bakteria dan mikroorganisma berkesan (EM). Bahan-bahan
yang diperlukan dalam proses ini bergantung kepada berat bahan
foder yang dihasilkan.
Langkah 4
MENUTUP SILO
Merupakan proses yang sangat penting dimana silaj akan rosak
sekiranya terdapat udara dalam tong silaj jika proses penutupan tidak
dilakukan dengan betul
Kerosakan silaj ini boleh dielakkan sekiranya proses pentupan silo ini
menggunakan mesin pemampat (silager) dan memastikan tidak ada
lubang udara yang terdapat pada tolong silo tersebut.
Langkah 5
PENYIMPANAN UNTUK PROSES FERMENTASI
Tong silo yang telah ditutup sempurna disimpan bagi proses
fermentasi lengkap berlaku untuk jangka masa yang panjang kerana
kandungan nutriennya tidak akan merosot selagi ia disimpan di dalam
tong silo.
Sebaiknya dilakukan di bawah bangunan dan mengelak pendedahan
kepada cahaya matahari yang melampau. Tong silo juga perlu
dilabelkan dengan tarikh pembuatan silaj serta berat silaj bagi proses
pengenalpastian pada masa kelak.
Langkah 6
MEMBERI MAKAN KEPADA HAIWAN TERNAKAN
Selepas proses fermentasi lengkap yang mengambil masa lebih kurang
14 hari–21 hari, silaj yang matang dihasilkan.
Akhirnya, silaj ini boleh digunakan bagi tujuan pemakanan haiwan
ternakan.
Contoh
SILAJ NAPIER (DITUAI PADA UMUR 42-45 HARI)
1. Rumput Napier - 20 kg ( 1 tong drum kecil)
2. Molases - 1 kg
3. Air - 400 ml
Kadar Peratusan termasuk bahan aditif
1. Molases - 5%
2. Air – 2%
KUALITI SILAJ
Ditentukan secara fizikal
dengan menentukan
kandungan bahan kimia silaj
tersebut.
SILAJ BERKUALITI
BCaIuRsI eFpIeZrIKtiAcLuka TEKSTUR KANDUNGAN KIMIA
Hijau mWudAaRkNekAuningan Tekstur yang PH Kurang 5.0
kukuh dan serat Asid laktik
yang tidak mudah Lebih 60%
berpisah apabila Asid butirik
Kurang 5%
digosok
SILAJ BERKUALITI
SILAJ TIDAK BERKUALITI
CIRI FIZIKAL TEKSTUR KANDUNGAN KIMIA
Bau tengik Daun serat yang PH Melebihi 5.0
mudah berpisah Asid laktik
Hijau WARNA hitam apabila digosok, Kurang 40%
licin dan berkulat Asid butirik
tua atau Lebih 10%
SILAJ TIDAK BERKUALITI
KESIMPULAN
Tustasnya,silaj merupakan antara sumber makanan ternakan yang berkualiti. Pemeraman silaj
dapat menepati keperluan makanan untuk ternakan jikan silaj tersebut dibuat dengan
sempurna.Proses bagi pemeraman silaj menjadi kayu ukur bagi kualiti silaj yang dihasilkan. Udara
yang dihasilkan dalam silo menjadi faktor kerosakan pada silaj yang disebabkan oleh bakteria
aerobik. Silaj yang rosak tidak boleh digunakan sebagai makanan ternakan kerana silaj tersebut
telah dicemari dengan kehadiran kulat. Kualiti silaj boleh dilihat melalui warna, bau dan nilai ph.
Nilai ph yang rendah menunjukkan bahawa tahap fermentasi asid laktik dalam silaj sangat
bagus.Silaj yang berada dalam kualiti yang baik mempunyai nilai ph sekitar 3.8 hingga 4.2
manakala nilai ph yang melebihi 4.5 merupakan nilai ph yang kurang baik.Silaj akan dianggap
rosak apabila nilai ph melebihi 5.Cara pemampatan dan cara untuk menutup silo yang tidak
dilakukan dengan sempurna menyebabkan silaj menjadi rosak. Oleh sebab itu, proses pembutan
silaj memerlukan kerja yang teliti bagi menghasilkan silaj yang berkualiti tinggi.
RUJUKAN
Eddy Shahriza Jamein. (2022). Penghasilan Makanan Ternakan Ruminan
(Silaj). Diperoleh daripada
https://uctc.upm.edu.my/upload/dokumen/20201217125751Slide_Pembuatan_M
akanan_Ternakan_(Silaj)_uctc.pdf
Musaddin, K., Mohd Sukri, I. dan Dahlan, I. (1986). Kesan pemakanan kulit kopi
pada ciri karkas lembu jantan kacukan (Lid x Red Dane). MARDI Res. Bull.
14(1): 93 – 97
Rosly, M.S., Marini, A.M., Mohd. Hafiz, A.W., Predith, M., Nasyatul-Ekma, M.H.,
Nik Siti Mariani, W.H., Amie Marini, A.B. dan Mohd Syauqi, N. (2020). Manual
Teknologi Pengeluaran Lembu Pedaging Kedah Kelantan Elit. MARDI. Bil. 1