PENGENALAN SILAJ
Rumput pastura perlu diberikan kepada ternakan pada masa kematangan yang tertentu
(bergantung kepada jenis rumput) untuk mendapatkan manfaat nutrien yang terbaik.
Kekurangan bekalan rumput segar terutama musim kemarau dan banjir menjadi penyebab
kaedah penyimpanan (konservasi) boleh dilakukan.
Penyimpanan(konservasi) rumput juga digalakkan bagi tujuan:
- menghalang penurunan kualiti pemakanan akibat penuaan
- menyekat perkembangan bakteria dan organisma-organisma yang menyebabkan
kerosakan.
- membolehkan pemotongan dilakukan semasa had umur yang ditetapkan.
Boleh dicapai melalui dua kaedah:
a. Fermentasi terkawal
b. Pengeringan
PENGENALAN SILAJ
➢ Silaj merupakan sejenis makanan ternakan ruminan yang terhasil daripada proses
pemeraman / penapaian bahan foder yang berkelembapan tinggi (35% hingga 75%
kandungan air) dalam keadaan kedap udara (anareobik).
➢ Silaj adalah kaedah penyimpanan bahan makanan ternakan yang segar supaya dapat
digunakan apabila bekalan makanan kurang atau tiada.
➢ Silaj kurang bergantung kepada keadaan cuaca, maka lebih baik kepada penternak.
➢ Makanan ruminan utama di negara-negara beriklim sejuk ketika musim salji.
➢ Diperkenalkan di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an.
kepentingan silaj
silaj dapat dikeluarkan
sepanjang masa berbanding
makanan lain
proses pengeluarannya tidak
bergantung kepada keadaan
cuaca
dapat dihasilkan daripada
pelbagai jenis bahan furaj
seperti rumput, batang jagung,
pelepah kelapa sawit dan
bahan-bahan lain
KAEDAH PEMBUATAN SILAJ
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
MEMOTONG MENGISI DAN MENCAMPUR
BAHAN SILAJ MEMADATKAN KE BAHAN ADITIF
DALAM SILO
Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6
MENUTUP SILO PENYIMPANAN MEMBERI MAKAN
UNTUK PROSES KEPADA HAIWAN
FERMENTASI TERNAKAN
Bahan dan Alat yang diperlukan sebelum menghasilkan silaj
1.Bekas simpanan silaj atau silo
2. Mesin Pemotong (Chopper)
3. Bahan rufaj seperti rumput, pelepah kelapa sawit, batang
jagung dan lain-lain
4. Mesin pemampat
5. Bahan Aditif seperti larutan molases, inokulan bakteria dan
Effective Microorganisms (EM).
Langkah 1
PEMOTONGAN BAHAN SILAJ
Bahan untuk membuat silaj atau dikenali sebagai foder dipotong
sependek 3-15 cm bagi memudahkan untuk dipadatkan
Tujuan bahan foder ini dipotong sekecil ini kerana meningkatkan luas
permukaan sel bahan foder bagi menambah keberkesanan proses
fermentasi serta mudah untuk dipadat ke dalam silo
Mesin pemotongan digunakan dalam proses pemotongan bahan silaj
Langkah 2
MENGISI DAN MEMADATKAN KE DALAM SILO
Bahan yang telah dipotong perlu diisi dan dipadatkan di dalam tong
silo secepat mungkin bagi mengelakkan udara teperangkap di dalam
tong silo tersebut.
Pengisian dan pemadatan bahan foder ini boleh dibuat sama ada
secara manual (memijak bahan foder ke dalam silo) ataupun kaedah
menggunakan mesin pemampat (sillager) yang sering digunakan
kerana lebih efektif.
Langkah 3
MENCAMPUR BAHAN ADITIF
Larutan bahan aditif dimasukkan semasa atau selepas proses mengisi
dan memadatkan bahan foder di dalam tong silo bagi meningkatkan
kualiti dan fermentasi silaj.
Contoh beberapa bahan aditif yang sering digunakan ialah molases,
inokulan bakteria dan mikroorganisma berkesan (EM). Bahan-bahan
yang diperlukan dalam proses ini bergantung kepada berat bahan
foder yang dihasilkan.
Langkah 4
MENUTUP SILO
Merupakan proses yang sangat penting dimana silaj akan rosak
sekiranya terdapat udara dalam tong silaj jika proses penutupan tidak
dilakukan dengan betul
Kerosakan silaj ini boleh dielakkan sekiranya proses pentupan silo ini
menggunakan mesin pemampat (silager) dan memastikan tidak ada
lubang udara yang terdapat pada tolong silo tersebut.
Langkah 5
PENYIMPANAN UNTUK PROSES FERMENTASI
Tong silo yang telah ditutup sempurna disimpan bagi proses
fermentasi lengkap berlaku untuk jangka masa yang panjang kerana
kandungan nutriennya tidak akan merosot selagi ia disimpan di dalam
tong silo.
Sebaiknya dilakukan di bawah bangunan dan mengelak pendedahan
kepada cahaya matahari yang melampau. Tong silo juga perlu
dilabelkan dengan tarikh pembuatan silaj serta berat silaj bagi proses
pengenalpastian pada masa kelak.
Langkah 5
MEMBERI MAKAN KEPADA HAIWAN TERNAKAN
Selepas proses fermentasi lengkap yang mengambil masa lebih kurang
14 hari–21 hari, silaj yang matang dihasilkan.
Akhirnya, silaj ini boleh digunakan bagi tujuan pemakanan haiwan
ternakan.
Contoh
SILAJ NAPIER (DITUAI PADA UMUR 42-45 HARI)
1. Rumput Napier - 20 kg ( 1 tong drum kecil)
2. Molases - 1 kg
3. Air - 400 ml
Kadar Peratusan termasuk bahan aditif
1. Molases - 5%
2. Air – 2%
KUALITI SILAJ
Ditentukan secara fizikal
dengan menentukan
kandungan bahan kimia
silaj tersebut
SILAJ BERKUALITI
CARA TEKSTUR KANDUNGAN
Bau FsIeZpIeKrAtiLcuka Tekstur yang dPaHKriIpMadKIauAr5a.n0g
kukuh dan serat
yang tidak mudah Asid laktik
WARNA berpisah apabila Lebih 60%
Asid butirik
Hkiejkauunimnguadna digosok Kurang 5%
SILAJ
TIDAK BERKUALITI
CARA TEKSTUR KANDUNGAN
5P.H0KIMMeIlAebihi
BFaIuZItKeAngLik dan serat yang
mudah berpisah Asid laktik
WARNA apabila digosok, Kurang 40%
licin dan berkulat
aHtaijuauhittuaam
Asid butirik
Lebih 10%
KEPERLUAN ASAS PEMBUATAN SILAJ
a. Bekas penyimpanan atau pemeraman
Bekas penyimpanan atau pemeraman Silaj dipanggil Silo.
Bekas silaj yang praktikal harus dinilai daripada segi
pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.
Dua jenis Silo yang boleh digunakan ialah
Silo mudah alih Silo bukan mudah alih
Silo tong plastik Silo bongkah
Silo beg plastik Silo longgok
Silo bendela Silo menara
Siloseal
Silo mudah alih Silo beg plastik Silo bendela Silo seal
Silo tong plastik
Silo bukan mudah alih Silo longgok Silo menara
Silo bongkah
KEPERLUAN ASAS PEMBUATAN SILAJ
b. Bahan aditif Silaj
Ia digunakan untuk meningkatkan lagi paras karbohidrat.
Terdapat dua jenis aditif Silaj
Stimulan Penghalang
Sumber gula digunakan Asid yang digunakan
untuk memastikan untuk menurunkan nilai
penghasilan asid laktik pH dengan cepat
(Molases), mikoorganisma contohnya asid sulfurik.
berkesan (EM) dan
inokulen.
KEPERLUAN ASAS PEMBUATAN SILAJ
c. Pemotong bahan Silaj
Mesin pemotong (chopper) digunakan untuk memotong bahan
foder dari ladang kemudian dilayukan.
Bahan foder perlu diracik pendek. Saiz potongan yang
disyorkan antara 3-15cm. Tujuaannya adalah untuk:
1.Mudah dipadatkan dalam Silo.
2.Meningkatkan luas permukaan sel
agar proses fermentasi dapat
dilakukan dengan berkesan.
KEPERLUAN ASAS PEMBUATAN SILAJ
d. Alat pemampat silaj (Silager)
Alat pemampat berfungsi untuk memampat bahan foder yang
telah diracik ke dalam silo. Alat ini digerakkan dengan kuasa
hidraulik.
KEPERLUAN ASAS PEMBUATAN SILAJ
d. Otosil
Otosil dilengkapi dengan alat
pemotong, alat pemampat
serta alat penyuntik bahan
aditif dan bakteria secara
automatik.
BAHAN MEMBUAT SILAJ
Pada asasnya, bahan untuk membuat silaj ialah semua jenis bahan tanaman
seperti foder dan sisa pertanian yang mempunyai kandungan gula
(karbohidrat) serta air yang tinggi.
Bahan sisa pertanian seperti batang jagung selepas hasil jagung dipetik, sisa
kulit nanas, sisa kulit buah-buahan
Foder Pokok jagung foraj Pelepah kelapa sawit
Rumput gajah (Napier)
KESIMPULAN
Tustasnya,silaj merupakan antara sumber makanan ternakan yang
berkualiti. Pemeraman silaj dapat menepati keperluan makanan untuk
ternakan jikan silaj tersebut dibuat dengan sempurna.Proses bagi
pemeraman silaj menjadi kayu ukur bagi kualiti silaj yang dihasilkan.
Udara yang dihasilkan dalam silo menjadi faktor kerosakan pada silaj
yang disebabkan oleh bakteria aerobik. Silaj yang rosak tidak boleh
digunakan sebagai makanan ternakan kerana silaj tersebut telah
dicemari dengan kehadiran kulat. Kualiti silaj boleh dilihat melalui
warna, bau dan nilai ph. Nilai ph yang rendah menunjukkan bahawa
tahap fermentasi asid laktik dalam silaj sangat bagus.Silaj yang
berada dalam kualiti yang baik mempunyai nilai ph sekitar 3.8 hingga
4.2 manakala nilai ph yang melebihi 4.5 merupakan nilai ph yang
kurang baik.Silaj akan dianggap rosak apabila nilai ph melebihi
5.Cara pemampatan dan cara untuk menutup silo yang tidak dilakukan
dengan sempurna menyebabkan silaj menjadi rosak. Oleh sebab itu,
proses pembutan silaj memerlukan kerja yang teliti bagi menghasilkan
silaj yang berkualiti tinggi.
RUJUKAN
Eddy Shahriza Jamein. (2022). Penghasilan Makanan Ternakan Ruminan
(Silaj). Diperoleh daripada
https://uctc.upm.edu.my/upload/dokumen/20201217125751Slide_Pembuatan_M
akanan_Ternakan_(Silaj)_uctc.pdf
Musaddin, K., Mohd Sukri, I. dan Dahlan, I. (1986). Kesan pemakanan kulit kopi
pada ciri karkas lembu jantan kacukan (Lid x Red Dane). MARDI Res. Bull.
14(1): 93 – 97
Rosly, M.S., Marini, A.M., Mohd. Hafiz, A.W., Predith, M., Nasyatul-Ekma, M.H.,
Nik Siti Mariani, W.H., Amie Marini, A.B. dan Mohd Syauqi, N. (2020). Manual
Teknologi Pengeluaran Lembu Pedaging Kedah Kelantan Elit. MARDI. Bil. 1