The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noridaakhmarmahadi, 2024-03-08 11:49:07

MANUAL PENGURUSAN T6 2024_2025

MANUAL PENGURUSAN T6 2024_2025

SMK DATO’ HAJI TALIB KARIM 78000 ALOR GAJAH MELAKA UNIT TINGKATAN ENAM 2024 / 2025 VISI Menjadikan pendidikan di Tingkatan Enam sebagai platform utama pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi MISI Mewujudkan iklim dan budaya pembelajaran pra universiti di Tingkatan Enam bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan,berakhlak mulia dan berkemahiran tinggi Melahirkan pelajar yang kreatif,berinovatif dan berdaya saing dalam apa jua bidang MOTTO Selangkah Ke Menara Gading


2 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM INFORMASI AM ALIRAN KEMANUSIAAN BILANGAN KELAS 6 BUAH - 3 BUAH 6 BAWAH - 3 BUAH 6 ATAS BIL GURU (TERMASUK PK DAN GURU KOKURIKULUM) 15 ORANG MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN 1. PENGAJIAN AM 2. MUET 3. BAHASA MELAYU 4.SEJARAH 5.SAINS SUKAN 6.SENI VISUAL 7.EKONOMI 8.PENGAJIAN PERNIAGAAN 9.KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF PAKEJ YANG DITAWARKAN KELAS 6 AUM 6 AUSM 6 AUKM 6 BUM 6 BUSM 6 BUKM MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN PA PA PA PA PA PA BM BM BM BM BM BM SEJARAH S.SUKAN SENI VISUAL SEJARAH S.SUKAN SENI VISUAL EK/PP/SAST EK/PP/SAST EK/PP/SAST EK/PP/SAST EK/PP/SAST EK/PP/SAST ENROLMEN PELAJAR MENGIKUT KELAS KELAS BANGSA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN (BKN W /B) L P L P L P L P L P JUMLAH 6 A S3 12 25 0 0 3 7 0 1(BW) 15 33 48 6 A S2 20 34 0 1 0 9 0 1 (B) 20 45 65 JUMLAH 32 59 0 1 3 16 0 2 35 78 113


3 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM SENARAI PERJAWATAN GURU RINGKASAN PERJAWATAN BILANGAN PERJAWATAN 16 PENGISIAN 15 KOSONG 1 BIL NAMA JAWATAN GRED JAWATAN BIL JWTN JUM ISI KOSONG NAMA GURU GRED SBNR PENYANDANG 1 Guru Ting 6 (Akademik) DG52 1 1 0 PN SATILAH BT YUNOS DG54KUP 2 Guru Ting 6 (Akademik) DG48 4 4 0 PN NOORLAILY BT MOHD DG54KUP PN AIDAH BT OTHMAN DG52KUP PN NIK ROBISAH BT NIK MOHD AMIN DG54KUP PN ROSLINA BT ABU BAKAR DG54KUP 6 Guru Ting 6 (Akademik) DG44 9 8 0 CIK NORHAYATI BT MD SAAD DG52KUP 0 PN NORMI BT ZAINAL DG52KUP 0 EN MOHD A’SRI B RAMLI DG48KUP 0 PN S .NAHDATULSHIMA BT SAID HUSSIN DG48KUP 0 PN ZAHARAH BT MOHD SHARIF DG48KUP 0 PN WAN DAREFEENADZE BT SULAIMAN DG48KUP 0 EN MD AZIM B ABU BAKAR DG44KUP 0 PN NOR’IDA AKHMAR BT MAHADI DG44KUP 1 - - 14 Guru Ting 6 (Guru Kokurikulum) DG44 1 1 0 PN ADIBAH HUZAIMAH BT ABDULLAH DG48KUP 15 Guru Ting. 6 (Guru Amali) DG44 0 0 0 - - 176 Guru Ting 6 (Guru Penolong Kanan) DG48 0 0 0 - - 17 Guru Ting 6 (Guru Penolong Kanan) DG44 1 1 0 PN RAZELA BT ARIFIN DG52KUP JUMLAH JAWATAN GURU 16 15 1


4 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM DASAR PENGURUSAN TINGKATAN ENAM SEKOLAH PUSAT TINGKATAN ENAM SMKDHTK 1.0 MATLAMAT Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini. Dasar ini menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan Tingkatan Enam sekolah ini berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam (GPPT6) Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkini. (2016) 2.0 OBJEKTIF 2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2 Memantapkan pengurusan Tingkatan Enam. 2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan Tingkatan Enam oleh Jabatan Pendidikan Negeri. 3.0 DASAR AM 3.1 Dasar Pengurusan Tingkatan 6 sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. 3.2 Kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai kurikulum dan kokurikulum Tingkatan 6. 3.4 Setiap guru Tingkatan 6 mesti terlibat dalam kegiatan kokurikulum pelajar tingkatan 6 sebagai guru penasihat. 3.5 Setiap pelajar wajib melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. 3.6 Setiap AJK unit mata pelajaran bertanggungjawab melaksanakan tugas kurikulum yang dipertanggungjwabkan. 3.7 Selain untuk merangka program kecemerlangan dan melaksanakan program bagi menyokong kejayaan dasar kurikulum dan kokurikulum sekolah serta meningkatkan pencapaian dalam kedua-dua bidang berkenaan


5 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM WAWASAN PENGURUSAN TINGKATAN 6 A. KURIKULUM 1. Memastikan semua pelajar memperoleh keputusan STPM sekurang-kurangnya empat Prinsipal. 2. Berusaha mencapai PNGK sekolah melebih 2.75 3. Melaksanakan program- program peningkatan akademik yang dirancang. B. HAL EHWAL MURID 1. Menangani masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sebab yang munasabah. 2. Melahirkan pelajar yang mengamalkan budaya murni dan mempunyai sahsiah terpuji serta menjadi teladan kepada warga sekolah. 3. Melahirkan pelajar yang mematuhi peraturan ,berdisiplin, berkepimpinan dan berwibawa. C. KOKURIKULUM 1. Melahirkan pelajar yang aktif, produktif, berdisiplin dan bersemangat tinggi dalam apa jua bidang kokurikulum yang diceburi. 2. Memastikan setiap pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti khidmat masyarkat melalui aktiviti yang dilaksanakan dalam kelab/persatuan dan badan beruniform. 3. Menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam kegiatan sukan dan permainan sama ada peringkat sekolah, daerah atau peringkat yang lebih tinggi. D. PENTAKSIRAN KERJA KURSUS 1. Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengenal pasti masalah dalam pelbagai isu dan membuat penyelidikan. 2. Memastikan setiap pelajar melengkapkan Kerja Kursus bagi setiap mata pelajaran yang diambil. 3. Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar mengetahui dan memahami kerja kursus yang perlu dijalankan. 4. Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk memastikan pelajar mengetahui pekara yang perlu dikuasainya. 5. Membimbing pelajar melaksanakan Kerja Kursus dan mentaksir mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh MPM agar pelajar dapat memperbaiki prestasi untuk mencapai standard.


6 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM BIDANG DAN SENARAI TUGAS UNIT TINGKATAN ENAM 1. GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM 1.1 Mengajar 8 waktu seminggu 1.2 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tingkatan Enam. 1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Kurikulum Tingkatan Enam. 1.4 Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Murid Tingkatan Enam. 1.5 Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Kokurikulum Tingkatan Enam. 1.6 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pembangunan Organisasi Tingkatan Enam. 1.7 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pembangunan Kendiri. 1.8 Menyelia kerja kursus 4 waktu seminggu. 2. GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM 2.1 Mengajar sekurang-kurangnya 16 waktu seminggu. 2.2 Menyelia kerja kursus murid sekurang-kurangnya 4 waktu seminggu. 2.3 Mengendalikan kokurikulum 4 waktu seminggu. 2.4 Bertanggungjawab kepada Pengetua dan Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam dalam pengurusan mata pelajaran 2.5 Memastikan salinan Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian disediakan 2.6 Merancang pelaksanaan program kecemerlangan akademik Tingkatan Enam 2.7 Menghadiri mesyuarat kurikulum mengikut mata pelajaran yang berkaitan 2.8 Membimbing dan memastikan murid Tingkatan Enam melengkapkan kerja kursus mengikut masa yang ditetapkan oleh MPM 3. GURU KOKURIKULUM 3.1 Mengajar sekurang-kurangnya 16 waktu 3.2 Menyelia kerja kursus murid 4 waktu seminggu 3.3Bertanggungjawab kepada Pengetua dan Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam dalam pengurusan kokurikulum 3.4 Bertanggungjawab menyelaras aktiviti kokurikulum sekolah BIDANG TUGAS: GURU AKADEMIK, GURU KOKURIKULUM DAN GURU AMALI TINGKATAN 6 TUGASAN PERKARA JUMLAH MINIT JUMLAH WAKTU INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH Akademik 640 16 kokurikulum 160 4 Penyelidikan/Konsultasi 160 4 JUMLAH 960 24 TUGAS LUAR BILIK DARJAH Persediaan 160 4 Penyelidikan 120 3 Penilaian dan Pentaksiran 200 5 Penggubalan Item 80 2 JUMLAH 560 14 JUMLAH BESAR 1520 38


7 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM PENGURUSAN KURIKULUM TINGKATAN 6


8 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM PENGENALAN Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan p&p yang menggabungkan kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah. Kurikulum terkandung dalam dokumen yang dinyatakan sebagai sukatan pelajaran peperiksaan STPM. Kurikulum merupakan elemen penting dalam pengurusan akademik. DASAR PENGURUSAN KURIKULUM 1. MESYUARAT • Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan 6 akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun. • Agenda mesyuarat mengikut garis panduan pengurusan tingkatan 6. • Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan 3 hari sebelum tarikh mesyuarat oleh setiausaha akademik Tingkatan 6. • Mesyuarat akan dipengerusikan oleh pengetua atau pengetua mewakilkan GPK Tingkatan 6 jika tidak hadir. • Semua guru tingkatan 6 wajib menghadiri mesyuarat pengurusan. 2. SISTEM FAIL • Fail Meja dan Fail Pengurusan Tingkatan 6 diuruskan oleh GPK Tingkatan 6. • Semua fail Panitia Tingkatan 6, semua fail kokurikulum dan Fail Hal Ehwal Murid perlu sentiasa kemas kini dan diletakkan di bilik GPK Tingkatan 6. • Semakan fail dibuat tiga kali setahun oleh pihak pengurusan. 3 FOLIO GURU • Semua guru tingkatan 6 yang dilantik atau belum dilantik perlu mempunyai 4 folio iaitu: a. Folio Pengajaran dan Pembelajaran b. Folio Penilaian dan Pentaksiran c. Folio Penyelidikan/Kerja Kursus d. Folio Kokurikulum


9 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM • Kandungan folio harus dikendalikan dan diurus dengan lengkap serta memastikan komponen setiap folio lengkap dan kemas kini. 4. JADUAL WAKTU • Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan dan Pekeliling, iaitu 40 minit. • Jumlah waktu PdP tingkatan 6 bagi satu mata pelajaran ialah 320 minit seminggu. • 4 waktu diperuntukkan bagi aktiviti kokurikulum dan 4 waktu untuk kerja kursus dalam seminggu. • Bilangan waktu PdP ialah 16 waktu seminggu. • Dasar pengagihan mata pelajaran berdasarkan opsyen, kepakaran guru , keperluan dan kepentingan sekolah. • Waktu P & P bermula pada pukul 7:40 pagi dan guru perlu berada di sekolah bermula 7.20 pagi. • Waktu berubah mengikut akta / pekeliling ikhtisas semasa. . 5. PAKEJ MATA PELAJARAN • Setiap pakej yang diambil, pelajar wajib menghadiri kelas mata pelajaran berkenaan. Pengambilan mata pelajaran di luar pakej, adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri dan mestilah mendapat kelulusan daripada Pengetua. 6. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN • Sukatan pelajaran yang terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh Ketua Unit Mata Pelajaran serta semua guru. • Salinan sukatan dan rancangan perlu disimpan dalam fail unit. • Semua guru tingkatan 6 yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, menggunakan folio sebagai ganti buku rekod mengajar dan hendaklah menghantar folio pengajaran setiap hari Jumaat persekolahan minggu berkenaan. • Semua guru tingkatan 6 mesti membawa folio persediaan mengajar ( fail persediaan mengajar harian ) setiap kali masuk kelas. • Semua guru tingkatan 6 atas perlu menghabiskan sukatan pelajaran mengikut masa yang telah ditetapkan. 7. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN • Peperiksaan Dalaman:


10 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM Peperiksaan Selaras JPN (jika ada) Peperiksaan / ujian bulanan/Percubaan setiap semester • Peperiksaan Awam STPM: Memastikan semua pelajar didaftar untuk menduduki peperiksaan. Memastikan semua pelajar diberi taklimat peraturan peperiksaan. 8. FORMAT PEPERIKSAAN: • Peperiksaan Semester mengikut format peperiksaan awam. • Semua pengendalian peperiksaan mengikut Standard Peperiksaan Sebenar. • Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi. • Pembina soalan harus berpandu kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 9. REKOD MARKAH • Markah peperiksaan akan diproses oleh guru mata pelajaran dan diserah kepada Setiausaha Peperiksaan. • Slip keputusan akan ditandatangani oleh Pengetua dan GPK Tingkatan 6 sebelum diserah kepada pelajar untuk ditandatangani oleh ibu bapa. • Setiausaha peperiksaan / kurikulum perlu menghantar laporan analisis kepada Unit Menengah JPN, Pengetua dan GPK Tingkatan 6. 10. PEMANTAUAN • Pengajaran dan pembelajaran guru / murid akan dicerap sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun secara rasmi. • Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / GPK Tingkatan 6 mengikut jadual pencerapan. 11. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK • Ketua Unit mata pelajaran terlibat sepenuhnya dalam menyediakan kertas kerja program dan laporan peningkatan pencapaian pelajar


11 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM PENGURUSAN KURIKULUM Jawatan Perincian Tugas Setiausaha Kurikulum • Mengaturkan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan • Menyediakan surat panggilan mesyuarat • Menyiapkan minit mesyuarat • Menyediakan kertas kerja bagi program akademik • Mengumpulkan laporan aktiviti akademik dari semasa ke semasa Setiausaha Peperiksaan / Pembantu Setiusaha Peperiksaan • Bertanggungjawab ke atas hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan ( pendaftaran peperiksaan, pengguguran subjek peperiksaan, susunatur dewan peperiksaan, jadual petugas peperiksaan • Menyediakan jadual peperiksaan dalaman • Memastikan kemasukan markah mata pelajaran oleh guru mata pelajaran tepat pada masanya • Membuat analisis keputusan peperiksaan dalaman dan awam Ketua Panitia Mata Pelajaran • Mengurus sukatan pelajaran serta rancangan pelajaran semester • Melengkapkan serta mengemaskini fail-fail unit • Menganalisis dan melaporkan prestasi akademik pelajar kepada pentadbir • Mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran • Menyediakan perancangan peruntukan perbelanjaan perkapita • Merancang serta melaksanakan program peningkatan akademik pelajar dan kompetensi guru-guru di bawah panitia Setiausaha Jadual Waktu • Menentukan kesesuaian masa untuk subjeksubjek yang ditawarkan • Menyediakan jadual waktu induk dan persendirian • Menentukan corak jadual waktu yang digunakan • Membantu menyediakan guru ganti harian Setiausaha Program Kecemerlangan Akademik STPM • Merangka program ke arah kecemerlangan akademik • Menyelaraskan aktiviti yang dirancang agar berjalan lancar dan mengikut jadual • Mengenalpasti murid yang cemerlang,sederhana dan lemah untuk tindakan susulan


12 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM **** RUJUK BUKU PENGURUSAN & TAKWIM 2024/2025 • Mengumpulkan semua dokumentasi berkaitan dengan program kecemerlangan Setiausaha Kajian Tindakan • Merancang penjadualan kajian tindakan • Membantu guru menghasilkan penulisan kajian tindakan dan memantau progres kajian tindakan guru Setiausaha Kerja Kursus • Menyediakan surat lantikan pembimbing kerja kursus di peringkat sekolah • Memastikan pengoperasian kerja kursus mengikut Manual Guru Kejra Kursus setiap subjek • Memastikan semua guru menyediakan Manual Prosedur Kerja Kerja Kursus di peringkat sekolah • Menguruskan urusan pelupusan kerja kursus • Mengemaskini fail induk kerja kursus • Memastikan bahan-bahan kerja kursus disimpan di Bilik Kerja Kursus •


13 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM ANALISIS PRESTASI CALON STPM 2018 HINGGA 2022 Tahun Jumlah Calon % Keputusan Lulus Penuh Lulus 5P 4P 3P 2P 1P Sebahagian 2018 44 1 34 8 1 0 44 (100) 0 (0.00) 2019 53 0 45 7 0 1 53 (100) 0 (0.00) 2020 55 0 45 7 1 2 55 (100) 0 (0.00) 2021 62 0 46 8 6 2 62 (100) 0 (0.00) 2022 74 0 64 8 1 1 74 (100) 0(0.00) ANALISIS KEPUTUSAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2018 HINGGA 2022 TAHUN BIL CALON STPM % LULUS PENUH PNGK 5P (BIL PLJR & %) 4P (BIL PJR & %) 3P (BIL PJR & %) 2P (BIL PJR & %) 1P (BIL PJR & %) 0P (BIL PJR & %) 2018 44 100 2.97 1 (2.27) 34 (75.00) 8 (20.45) 1 (2.27) 0 (0) 0 (0) 2019 53 100 3.05 0 (0) 45 (84.91) 7 (13.21) 0 (0) 1 91.87) 0 (0) 2020 55 100 3.00 0 (0) 45 (81.81) 7 (12.70) 1 (1.8) 2 (3.6) 0 (0) 2021 62 100 2.82 0 (0) 46 (74.19) 8 (12.90) 6 (9.68) 2 (3.23) 0 (0) 2022 74 100 2.88 0 (0) 64 (86.5) 8 (10.8) 1 (1.4) 1 (1.4) 0 (0)


14 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM GPMP SETIAP MATA PELAJARAN 2018 HINGGA 2022 MATA PLJRN 2018 2019 2020 2021 2022 CALON GPMP CALON GPMP CALON GPMP CALON GPMP CALON GPMP 1 Peng Am 44 2.73 44 2.73 55 2.69 62 2.57 74 2.58 2 Bahasa Melayu 44 3.40 44 3.40 55 3.32 62 3.09 74 3.11 3 Kes. Melayu 12 3.61 12 3.61 18 2.95 27 3.13 30 2.88 4 Sejarah 13 3.08 13 3.08 22 3.25 20 3.10 26 3.15 5 Ekonomi 7 1.33 7 1.33 6 2.27 7 2.57 7 2.57 6 Peng Pern 20 2.63 20 2.63 19 3.07 28 2.38 26 3.01 7 Sains Sukan 17 2.65 17 2.65 20 3.17 25 2.67 2.87 8 Seni Visual 14 3.10 14 3.10 17 2.96 17 2.98 16 2.85 9 Bahasa Tamil 8 2.67 8 2.67 2.54 1 4.0 2.70 ETR STPM 2022 SUBJEK ETR PENGAJIAN AM 2.76 BAHASA MELAYU 3.35 SEJARAH 3.32 SAINS SUKAN 3.14 SENI VISUAL 3.02 EKONOMI 2.33 PENGAJIAN PERNIAGAAN 3.13 KESUSASTERAAN MELAYU 3.00 BAHASA TAMIL 2.60 PNGK 3.06


15 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID TINGKATAN ENAM


16 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM PENGENALAN Pengurusan murid Tingkatan Enam perlu dilaksanakan dengan berkesan supaya hasrat KPM yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dipenuhi. BIDANG TUGAS PENGURUSAN MURID a. Membentuk Jawatankuasa Hal Ehwal Murid selari dengan keperluan pendidikan Tingkatan Enam. b. Bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam mengendalikan pendaftaran dan minggu orientasi murid baharu secara teratur berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan JPN. c. Menguruskan dokumen murid yang sesuai dengan sempurna dan menyimpannya di tempat yang selamat. d. Memproses maklumat murid pada hari pertama perdaftaran masuk ke Tingkatan Enam. e. Mengurus, menyelaras dan membuat verifikasi data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), serta menghantar salinan ke JPN dan PPD mengikut tarikh yang diberikan oleh PPD. f. Merujuk murid yang memerlukan perkhidmatan kaunseling kepada Unit Kaunseling dan Kerjaya. g. Mengendalikan semua kes disiplin murid berdasarkan garis panduan dan peraturan yang diguna pakai oleh KPM. h. Memantau keselesaan, kebajikan dan keselamatan sekolah, serta asrama sebelum pendaftaran murid baharu dan selepas murid menamatkan pengajian mereka. i. Memastikan program yang dijalankan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Persatuan Tingkatan Enam, Alumni dan aktiviti yang berdaftar dengan Unit HEM selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan peraturan semasa. j. Menguruskan biasiswa untuk murid yang layak. k. Merancang dan menguruskan aktiviti kolaboratif bersama dengan agensi luar.


17 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM **** RUJUK BUKU PENGURUSAN & TAKWIM 2024/2025 PENGURUSAN HEM Bil Jawatan Perincian Tugas 1. Penyelaras Tingkatan • Mengurus dan mengemaskini rekod pendaftaran pelajar (bertukar/ berhenti sekolah) • Mengemaskini enrolmen pelajar setiap bulan • Menyelaras urusan berkaitan kaunseling, kebajikan,biasiswa dan sebagainya • Memantau selia aktiviti pembangunan akademik dan sahsiah pelajar • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa 2 Guru Kelas • Memastikan keadaan kelas sentiasa ceria, bersih dan teratur • Merekodkan kehadiran pelajar di dalam APDM setiap hari • Mengambil tindakan mengikut prosedur pelajar yang tidak hadir ke sekolah • Melaporkan masalah berkaitan pembelajaran,disiplin dsb kepada pihak-pihak yang berkaitan • Mengutip sumbangan PIBG dan derma 3 Guru Disiplin /Sahsiah • Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di kalangan pelajar • Memastikan peraturan sekolah dipatuhi • Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar atas kebenaran pihak pentadbir • Merekodkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ e disiplin • Melaporkan kes disiplin yang dikenakan tindakan kepada pentadbir • Membentuk imej yang bersesuaian dengan pelajar • Memberi panduan,nasihat dan tunjukajar perkara yang berkaitan dengan sahsiah serta merujuk pelajar yang memerlukan bimbingan kepada kaunselar 4 Guru Biasiswa • Memastikan pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian, Jabatan dan penaja • Menyimpan rekod pemegang biasiswa • Pengedaran borang biasiswa kepada pelajar yang layak • Membuat semakan terhadap permohonan, tarikh penghantaran, penilaian dan perakuan • Membuat kawalan penggunaan dan pengeluaran wang biasiswa 5 Guru Kebajikan • Menjaga kebajikan pelajar dan sentiasa peka akan hal-hal yang berkaitan seperti kematian, bencana ,kemiskinan dan sebagainya


18 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM DASAR PENGURUSAN UNIT DISIPLIN/SAHSIAH TINGKATAN ENAM 1.0 Latar belakang Teras kecemerlangan akademik pelajar adalah bertunjangkan kepada pembentukan sahsiah yang cemerlang dan terkawal. Secara tidak langsung ini amat berkait rapat dengan usahah-usaha mengawal disiplin para pelajar dan peranan badan disiplin dalam membentuk sahsiah dan keperibadian yang unggul. Mahu atau tidak, Unit Disiplin Tingkatan Enam dengan kerjasama Unit Disiplin Sekolah sebagai badan induk telah merancang pelbagai usaha bagi memastikan usaha mendidik dan membentuk sahsiah unggul dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam dapat dicapai. Usaha, pelan dan strategik menjaga disiplin bagi membentuk sahsiah unggul pelajar Tingkatan Enam tidak jauh beza dengan apa yang dilakukan oleh Badan Induk Disiplin Sekolah. Walaupun ada beberapa perkara yang berlainan daripada kehendak dan keperluan pelajar di Arus Perdana namun fokusnya tetap sama. Peraturan dan undang-undang yang digariskan untuk dipatuhi oleh semua pelajar Tingkatan Enam adalah sama dengan pelajar Arus Perdana. Namun terdapat beberapa peraturan yang hanya terpakai untuk pelajar Tingkatan Enam mengikut Perkeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya berkaitan dengan Etika Pemakaian Pelajar ke sekolah. 2.0 Matlamat Penetapan dasar dan peraturan berkaitan disiplin tingkatan enam ini adalah mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah. Segala dasar dan peraturan yang dibentuk menjadi panduan dalam usaha menjaga disiplin dan membentuk sahsiah pelajar. 3.0 Objektif 3.1 Menjaga dan mengawal disiplin semua pelajar tingkatan 6 Atas dan 6 Bawah SMKDHTK agar lahir pelajar yang mematuhi peraturan, disiplin, berkepimpinan dan berwibawa 3.2 Membentuk sahsiah terpuji setiap pelajar sebagai generasi masa hadapan negara. 3.3 Melahirkan pelajar yang mengamalkan budaya murni dan menjadi teladan kepada warga sekolah. 3.4 Sebagai salah satu usaha mencapai kecemerlangan akademik pelajar Tingkatan Enam. 3.5 Menangani masalah ketidakhadiran pelajar dan kehadiran lewat pelajar ke sekolah tanpa sebab yang munasabah.


19 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM UNIT PENGURUSAN DISIPLIN TINGKATAN ENAM SMK DATO HAJI TALIB KARIM 78000 ALOR GAJAH MELAKA ENCIK AZMI BIN KASIM (PENGETUA) PUAN RAZELA BINTI ARIFIN (GPK TINGKATAN ENAM) PUAN AIDAH BINTI OTHMAN (KETUA GURU DISIPLIN TG. ENAM) Biro Data & Statistik Biro Kehadiran Biro Kawalan Kelas PN AIDAH OTHMAN PN ROSLINA ABU BAKAR PN NORMI ZAINAL Biro Kawalan & Dendaan Biro Pengawas PTE PN SITI NAHDATUL SHIMA SAID HUSSIN PN ZAHARAH MOHD SHARIF *Tujuannya untuk menyelaraskan usaha-usaha menjaga disiplin dan membentuk sahsiah unggul pelajar Tingkatan Enam bagi menyediakan mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. PENGURUSAN UNIT DISIPLIN & SAHSIAH TINGKATAN ENAM Bil Jawatan Perincian Tugas 1 Biro Data & Statistik • Melaporkan kes disiplin yang dikenakan tindakan kepada pentadbir, Unit Disiplin Sekolah dan Unit HEM Sekolah • Membentuk imej yang bersesuaian dengan pelajar Tingkatan Enam • Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar perkara yang berkaitan dengan sahsiah serta merujuk pelajar yang memerlukan bimbingan kepada kaunselor • Menyediakan data dan rekod laporan bulanan disiplin Tingkatan Enam • Menyerahkan rekod dan laporan disiplin Tingkatan Enam kepada GPK Tingkatan 6


20 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM • Sentiasa merujuk dan bekerjasama dengan Unit HEM Sekolah dan Unit Disiplin Sekolah dalam menjalankan semua peraturan disiplin pelajar • Menyediakan data keputusan semua jenis pertandingan berkaitan disiplin dalam Unit Tingkatan Enam 2 Biro Kehadiran • Memantau kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari • Memantau dan merekodkan kehadiran lewat pelajar ke sekolah setiap hari (melebihi jam 7.30 pagi) • Merekodkan sebab kehadiran lewat pelajar ke sekolah • Menyerahkan data kehadiran pelajar ke sekolah dan kehadiran lewat pelajar kepada Biro Data dan Statistik untuk dibuat laporan bulanan • Menjalankan pertandingan Kehadiran Kelas Terbaik dan Sifar Kehadiran Lewat setiap bulan 3 Biro Kawalan Kelas • Memantau kebersihan kelas setiap hari • Memastikan sudut info dan maklumat pelajar di dalam kelas dikemaskini dengan baik • Memastikan Pas Keluar kelas diguna sepenuhnya oleh semua pelajar secara beertanggunjawab • Memantau pergerakan pelajar sepanjang sesi Pdpc agar berjalan lancar • Memastikan buku rekod kawalan kelas diguna sepenuhnya • Menjalankan pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas secara bulanan 4 Biro Kawalan & Dendaan • Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan dalam kalangan pelajar • Memastikan peraturan sekolah dipatuhi • Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar atas kebenaran pihak pentadbir • Merekodkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ e-disiplin • Mengenakan dendaan kepada pelajar berdasarkan kepada peraturan yang telah digariskan • Menjayakan sesi dendaan seperti yang ditetapkan • Bekerjasama dengan Biro Pengawas PTE bagi mengawal sahsiah dan disiplin pelajar 5 Biro Pengawas PTE • Memantau kehadiran pelajar pagi waktu pagi dan ketika balik • Merekodkan kehadiran lewat pelajar ke sekolah dalam Buku Rekod Kehadiran Lewat (melebihi jam 7.30 pagi) • Merekod kesalahan-kesalahan disiplin seperti yang digariskan dalam peraturan Disiplin Tingkatan Enam • Memantau Etika Berpakaian Pelajar mengikut garis panduan yang ditetapkan (rujuk Peraturan Etika Pakaian) • Menjaga blok Tingkatan Enam sepanjang Pdpc berjalan agar sntiasa aman dan kondusif


21 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM Etika Pakaian Pelajar Tingkatan Enam Berdasarkan kepada perubahan sistem Modular Tingkatan Enam, satu Surat Pekeliling Iktisas Bil.2 Tahun 2014 telah dikeluarkan berkaitan dengan etika berpakaian pelajar tingkatan enam. Perubahan ini melibatkan semua pelajar tingkatan enam seluruh negara. Walau bagaimana pun, garis panduan berpakaian pelajar tingkatan enam yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2 Tahun 2014 ini telah dimurnikan mengikut keperluan dan imej sekolah. Hal ini berdasarkan kepada status kelas tingkatan enam SMKDHTK yang masih bersama-sama dengan kelas arus perdana. UNIT TINGKATAN 6 SMK DATO’ HAJI TALIB KARIM ALOR GAJAH, MELAKA 1. Tuan Pengetua SMKDHTK 2. Guru Disiplin Sekolah SMKDHTK 3. Guru-Guru Tingkatan 6 SMKDHTK 4. Guru-Guru Arus Perdana SMKDHTK 5. Murid-Murid Tingkatan 6 SMKDHTK 6. Ibu bapa/ Penjaga Murid Tingkatan 6 SMKDHTK Tuan, PEMAKLUMAN SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2 TAHUN 2014: ETIKA PAKAIAN MURID TINGKATAN ENAM Dalam usaha melaksanakan penjenamaan semula Tingkatan Enam, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling berkaitan dengan Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam bagi seluruh negara mulai sesi 2015. Setelah meneliti Surat Pekeliling berkenaan, Unit Tingkatan Enam SMKDHTK telah memurnikan arahan tersebut bagi tujuan pelaksanaannya di sekolah ini. Pemurnian ini merupakan pemurnian kali kedua semana kali pertama telah dimurnikan pada 21 Januari 2015 (lampiran). Pemurnian kali kedua ini adalah seperti yang dilampirkan. 2. Harapan Unit Tingkatan Enam SMKDHTK agar peraturan arahan ini difahami oleh semua pentadbir, tenaga pengajar, kakitangan sekolah, ibubapa dan penjaga serta pelajar-pelajar SMKDHTK. Semoga surat pemakluman ini dapat mengelakkan salah faham dan pelaksanaan pemakaian pakaian baru murid tingkatan 6 SMKDHTK dapat dijalanakan dengan lancar. Kerjasama tuan diucapkan terim kasih. Sekian. Saya yang menurut perintah,


22 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM ETIKA / PERATURAN PAKAIAN MURID TINGKATAN ENAM SERTA LARANGAN TAMBAHAN A. PAKAIAN Jadual peraturan berpakaian bagi murid Tingkatan Enam adalah seperti berikut: BIL HARI JENIS 1. ISNIN BAJU KASUAL BIASA 2. SELASA BAJU SUKAN T6 3. RABU UNIFORM PENGAKAP/UNIFORM PISPA/ BAJU SUKAN T6 4. KHAMIS BAJU BATIK 5. JUMAAT BAJU MELAYU/ BAJU KASUAL BIASA 1. PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI KELAS 1.1 Pakaian Hari Isnin 1.1.1 Semua murid lelaki dan perempuan Tingkatan Enam akan memakai pakaian Kasual Biasa. 1.1.2 Pakaian Murid Lelaki Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja, berseluar slek panjang, bertali leher, kasut kulit dan berstoking hitam (rujuk lampiran 1 dan 2) Baju Baju murid lelaki ialah kemeja lengan panjang atau pendek, berwarna bebas tanpa corak (polos, berjalur atau berkotak halus) dan warna yang tidak garang atau “striking”. Bagi murid yang memakai kemeja berlengan panjang, tidak dibenarkan melipat lengan baju ke paras siku sehingga jam 10.20 pagi. Sebelum jam tersebut, lengan kemeja murid lelaki hendaklah dikancing atau dibutangkan sepenuhnya. Sebarang pakaian yang menggunakan material denim tidak dibenarkan. Seluar Seluar bagi murid lelaki ialah seluar panjang. Panjangnya mestilah melepasi atau menutup buku lali. Seluar ala ‘Korea” tidak dibenarkan (rujuk lampran 1 dan 2). Bentuk seluar ialah potongan slek yang tidak ketat dan tidak dilipat. Warna seluar yang dibenarkan ialah hitam, biru black, coklat gelap, coklat cair dan kelabu, walau bagaimana pon warna hitam amat digalakkan. Waerna garang, tidak striking, jenis jean, cargo pants dan seluar pendek tidak dibenarkan.


23 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM Tali Pinggang Penggunaan tali pinggang dibenarkan tetapi kepala tali pinggang (gancu) hendaklah tidak melebihi 5cm (rujuk lampiran 3). Gancu yang bermotifkan ganas, lucah, tahyul dan berimej negatif tidak dibenarkan. Kasut Kasut bagi murid lelaki ialah kasut berwarna hitam bertutup dan lengkap berstoking. Seliper, cerpu, sandal, kasut sukan atau sejenis dengannya tidak dibenarkan. Warna stoking yang dibenarkan ialah hitam, biru, putih, coklat dan kelabu sahaja. Panjang stoking perlulah menutup buku lali. Tali Leher Tali leher murid lelaki ialah tali leher berwarna hitam atau gelap (menghampiri hitam). Tali leher tidak dibenarkan ditanggalkan sepanjang berada di dalam kelas dan di kawasan sekolah. 1.1.3 Pakaian Murid Perempuan Pakaian murid perempuan adalah seperti berikut: Baju Murid Islam - Pakaian murid perempuan Islam ialah baju kurung (berpesak, moden dan Pahang). Baju kurung jenis potongan Kedah, pendek dan ketat tidak dibenarkan sama sekali. Jenis material likra tidak dibenarkan. Murid Bukan Islam - Pakaian murid perempuan bukan Islam ialah blaus yang lengannya tidak menampakkan ketiak. Blaus hendaklah berwarna polos dan tidak striking. Baju two piece atau three suit paints (rujuk lampiran 8 dan 9) dibenarkan. Pakaian yang menggunakan material denim dan likra tidak dibenarkan. Skrit dan Seluar Hanya murid perempuan bukan Islam sahaja yang dibenarkan memakai skrit panjang atau pendek serta seluar panjang (jenis slek). Labuh skrit perlulah melepasi bawah paras lutut (rujuk lampiran 12). Seluar panjang yang dibenarkan ialah seluar berwarna hitam, slek dan tidak ketat. Jean, cargo pants, seluar pendek atau leggings tidak dibenarkan. Tudung Murid perempuan Islam wajib memakai tudung. Jenis tudung yang dibenarkan ialah jenis “bawal”, crepe dan sejenis dengannya. Cara pemakaian tudung perlulah labuh menutupi paras dada dan kiri kanan melepasi bahu. Tudung yang berkilat atau “bling” dan mengandungi sulaman yang banyak tidak dibenarkan. Besar keronsang yang dibenarkan adalah tidak melebihi 1cm. Barangan perhiasan yang merbahaya serta barang kemas tidak dibenarkan.


24 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM Kasut dan Stoking Semua murid perempuan hendaklah memakai kasut yang bertutup dan berwarna hitam sahaja. Kasut bertumit tinggi (tidak melebihi 1 inci digalakkan). Semua pelajar perempuan diwajibkan memakai stoking (warna hitam atau “skin”) 1.2 Pakaian Hari Selasa dan Rabu 1.2.1 Semua murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai pakaian Uniform Pengakap Kelana/ Uniform PISPA/ Tshirt sukan T6 yang lengkap pada setiap hari Selasa dan Rabu (kecuali dimaklumkan perubahan oleh GPK Tingkatan Enam, Guru Koku, Ketua Guru Disiplin atau mana-mana guru tingkatan 6). Kasut dan berstoking hitam. 1.3 Pakaian Hari Khamis 1.3.1 Pakaian pelajar lelaki dan perempuan pada hari Khamis ialah Baju Batik yang disediakan oleh pihak sekolah. Sebarang pemakaian Baju Batik yang bukan disediakan oleh pihak sekolah adalah dilarang kecuali bagi kes-kes tertentu dan mendapat kebenaran terlebih dahulu. 1.4 Pakaian Hari Jumaat 1.4.1 Semua murid lelaki beragama Islam dikehendaki memakai Baju Melayu lengkap bersampin manakala murid perempuan dikehendaki memakai baju kurung biasa. 1.4.2 Sekiranya terdapat murid lelaki dan perempuan beragama lain ingin memakai pakaian seperti tersebut amat digalakkan. 1.4.3 bagi pelajar bukan Islam, pakaian mereka adalah Baju Kasual Biasa seperti hari Isnin dan Selasa. Pelajar lelaki Islam yang tidak memiliki Baju Melayu dibenarkan memakai baju Kasual Biasa. 2. PAKAIAN KETIKA AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH 2.1 Pakaian MurId Sains Sukan Murid kelas Sains Sukan (USM) dibenarkan memakai seluar panjang atau track bottom dan berkemeja T-shirt sewaktu latihan kecergasan dijalankan. T-Shirt yang dibenarkan ialah T-Shirt Merah Tingkatan Enam atau T-Shirt Kelas Sains Sukan sahaja. Penggunaan kasut sukan yang sesuai dibenarkan. Sekiranya jadual waktu Sains Sukan bermula pada waktu pertama awal pagi, maka murid Kelas Sains Sukan dibenarkan memakai pakaian ini dari rumah. 2.2 Pakaian Untuk Aktiviti Sukan atau Aktiviti Luar Lain. 2.2.1 Peraturan pakaian murid Tingkatan Enam bagi aktiviti sukan dan luar bilik darjah sama seperti di atas (2.1). Walau bagaimana pun semua tertakluk kepada arahan dan pemberitahuan guru-guru tingkatan Enam. 2.2.2 Bagi kelas yang memerlukan pelajar memakai pakaian sukan atau pakaian lain (Cth; Seni Visual, Gotong royong kelas, aktiviti kelas dan lain-lain), adalah dibenarkan dengan syarat i. Telah memaklumkan terlebih dahulu kepada GPK Tingkatan Enam dan Guru Disiplin Tingkatan Enam.


25 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM ii. Semua ahli atau pelajar dalam kelas tersebut memakai pakaian yang sama tanpa ada terkecuali walaupun seorang. B LARANGAN TAMBAHAN 1. Murid perempuan sama sekali dilarang memakai sebarang alat make-up sepanjang berada di dalam kawasan sekolah. 2. Barang kemas sama sekali tidak dibenarkan dipakai dalam kawasan sekolah kecuali gelang atau perhiasan keagamaan yang berpatutan. 3. Semua murid lelaki dan perempuan dilarang memakai T-shirt semasa menghadiri kelas. Bagi kelas tambahan murid dibenarkan memakai T-shirt merah Tingkatan Enam sahaja. 4. Rambut bagi pelajar lelaki tidak dibenarkan panjang di mana bahagian hadapan tidak boleh melepasi kening dan bahagian belakang perlulah pendek dan kemas. Berambut botak dan berfesyen tidak dibenarkan sama sekali. 5. Semua murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang, ketat dan seksi tidak dibenarkan sama sekali. UNIT TINGKATAN ENAM SMKDHTK AMAT BERHARAP PERATURAN BERPAKAIAN BAGI MURID TINGKATAN ENAM INI DIFAHAMI, DIPATUHI DAN DILAKSANAKAN MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DIKELUARKAN INI. Disediakan Oleh : Disemak Oleh : ………………………………….. ………………………………… (PUAN AIDAH BINTI OTHMAN) (PUAN RAZELA BINTI ARIFIN) Ketua Guru Disiplin Tingkatan Enam Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam STARIM STARIM Diluluskan Oleh: ……………………………………….. (ENCIK AZMI BIN KASIM) Pengetua SMK Dato’ Haji Talib Karim


26 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN 6


27 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM VISI MEMBINA MODAL INSAN YANG CEMERLANG DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM MENERUSI PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM SECARA AKTIF. MISI • MEMASTIKAN SEMUA AKTIVITI KOKURIKULUM MENJURUS KEPADA PEMBINAAN SAHSIAH PELAJAR DAN MEMBENTUK KEMAJUAN AKADEMIK PELAJAR • MEMBERI WAJARAN YANG SESUAI KEPADA AKTIVITI KOKURIKULUM SUPAYA KURIKULUM DAN KOKURIKULUM BOLEH SALING MELENGKAPI DALAM PROSES PENDIDIKAN SEKOLAH MOTO “BERUSAHA PASTI JAYA”


28 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM BIDANG TUGAS UNIT KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM ❖ PENYELARAS KOKURIKULUM 1. Membantu Guru Kokurikulum memastikan perjalanan kokurikulum dilaksanakan seperti yang dijadualkan. 2. Menyediakan dan menyimpan Buku Laporan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform/Sukan dan Permainan selepas perjumpaan. 3. Menyemak pemberian markah kokurikulum oleh guru penasihat. 4. Mengeluarkan sijil kokurikulum kepada semua pelajar. ❖ GURU KELAB/PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM 1. Bertanggungjawab sebagai pemimpin bagi setiap unit beruniform yang dipertanggungjawabkan. 2. Bertanggungjawab dan memahami segala peraturan, undang-undang, latihan, ujian serta kemajuan setiap unit yang dipimpin. 3. Membuat pendaftaran ahli bagi mengiktiraf penglibatan setiap unit beruniform. 4. Bertanggungjawab merancang aktiviti bersama-sama AJK Tertinggi dan menyediakan takwim pelaksanaan. 5. Menetap objektif badan beruniform/kelab/persatuan dan memastikan setiap objektif dapat dicapai. 6. Mengadakan Mesyuarat Agung bagi melantik AJK Tertinggi selaras dengan tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 7. Memantau tanggungjawab setiausaha • Mencatat kehadiran pelajar selepas setiap aktiviti. • Mencatat laporan aktiviti dalam Buku Laporan Aktiviti Mingguan sama ada pelaksanaan dibuat dalam atau diluar kawasan sekolah. • Guru penasihat haruslah menandatangi Buku Laporan Aktivit Mingguan dan pastikan buku tersebut diserahkan kepada Penyelaras Kokurikulum selepas aktiviti dijalankan. • Guru Penasihat haruslah menandatangi Rekod Kokurikulum Pelajar. 8. Memastikan Bendahari Kelab/Persatuan dan Badan Beruniform merekod wang masuk dan wang keluar mengikut prosedur yang betul. 9. Melaksanakan peraturan-peraturan sekolah semasa pelaksanaan aktiviti Kelab/Persatuan dan Badan Beruniform, khususnya ketetapan waktu, lokasi perjumpaan dan pakaian seragam yang dibenarkan oleh pihak sekolah. 10. Bertanggungjawab memantau setiap aktiviti tanpa pengecualian (semua pemimpin perlu hadir dalam setiap perjumpaan dan tidak ada sistem bergilir). 11. Memastikan segala urusan surat menyurat yang melibatkan aktiviti luar sekolah seperti perkhemahan dan lawatan mestilah melalui Pengetua.Penglibatan pelajar dalam aktivit luar perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/Penjaga. 12. Setiap program yang hendak dijalankan hendaklah disertai dengan perancangan kertas kerja yang telah diluluskan oleh Pengetua. 13. Menetukan Papan Kenyataan Kelab/Persatuan dan Badan Uniform sentiasa diselia dan dikemaskini dengan maklumat berkaitan. 14. Menganugerahkan sijil kepada pelajar yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti Kelab/Persatuan dan Badan Beruniform.


29 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM 15. Menyediakan laporan dan perancangan Kleab/Persatuan dan Badan Beruniform pada setiap akhir tahun. ❖ BIDANG TUGAS GURU SUKAN DAN PERMAINAN 1. Mengenalpasti dan menyediakan pelajar Tingkatan Enam yang berbakat dan berpotensi dalam sukan dan permainan serta membantu melatih pasukan yang mewakili sekolah dalam peringkat daerah/negeri dan kebangsaan. 2. Membantu pihak sekolah dalam menyediakan jawatankuasa pelaksana bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan sebarang penganjuran program sukan umpamanya sukan sekolah atau perlawanan persahabatan. 3. Memastikan Setiausaha Sukan dan Permainan menyediakan laporan aktiviti pelajar Tingkatan Enam. 4. Guru Penasihat hendaklah sentiasa berhubung dengan Ketua Guru Penasihat Sukan dan Permainan aliran Perdana agar kebajikan dan pelbagai keperluan pelajar Pra Universiti dapat dipantau. 5. Pastikan membuat penyemakan Rekod Laporan Kokurikulum pelajar Tingkatan Enam telah ditandatangani selepas setiap aktivit dijalankan. 6. Setiap penglibatan pelajar sebagai Ahli Jawatankuasa atau peserta yang menyumbang kejayaan bagi sesuatu program haruslah dianugerahkan dengan Sijil Penghargaan atau Sijil Penyertaan. 7. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan sukan/permainan dan diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa. ❖ BIDANG TUGAS GURU KHIDMAT MASYARAKAT 1. Menjalankan kedua-dua Khidmat Masyarakat yang telah dirancang berdasarkan takwim Kokurikulum Tingkatan Enam. 2. Menyediakan Kertas Kerja serta mendapat kelulusan daripada Pengetua. 3. Pastikan semua pelajar terlibat dalam program yang dilaksanakan kecuali mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau sebab-sebab lain yang munasabah. 4. Setiap guru perlulah mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa sebelum membawa pelajar menjalankan aktiviti di luar kawasan sekolah. 5. Menyediakan dokumentasi program/laporan serta pastikan pelajar dianugerahkan Sijil Penyertaan/Sijil Penghargaan selepas setiap program dijalankan. ❖ BIDANG TUGAS GURU PERSATUAN ENAM 1. Semua pelajar tingakatan enam adalah secara automatik menjadi ahli Persatuan Tingkatan Enam. 2. Guru Penasihat perlulah membentuk organisasi induk yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam. 3. Merancang program-program secara dalaman atau luaran dan membentuk AJK yang berbeza untuk mengendalikan sesuatu program. 4. Menyediakan dokumentasi program/laporan serta memastikan pelajar dianugerahkan Sijil Penyertaan selepas menjalankan sesuatu aktiviti. *** RUJUK BUKU PENGURUSAN & TAKWIM 2024/2025


30 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM BIL PERKARA PELAKSANAAN 1 JADUAL KOKURIKULUM 1.Pelaksana aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan ketetapan Surat Pekeliling iaitu: Bidang P1 P2 P3 Jumlah Kelab/Persatuan 6 6 3 15 Pasukan Badan Beruniform 6 6 3 15 Sukan/Permainan 6 6 3 15 Jumlah 18 18 9 45 2.Aktiviti akan diadakan pada: Setiap hari RABU jam 2.40 hingga 4.40 (sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan) 2 REKOD LAPORAN KOKURIKULUM 1.Buku Laporan Aktiviti ➢ Setiausaha mencatat laporan aktiviti dan kehadiran pelajar. ➢ Guru Penasihat perlu menandatangani laporan tersebut. ➢ Menyerahkan semula kepada penyelaras setelah selesai sesuatu aktiviti. ➢ Pemantauan oleh Guru Kokurikulum/Penyelaras. 2.Folio Laporan Aktiviti Kokurikulum Guru ➢ Folio laporan perlu dilengkapkan oleh setiap Guru Penasihat berdasarkan senarai semak yang diberikan. ➢ Pemantauan oleh Pengetua/GPK Pra U/Guru Kokurikulum 3.Rekod Laporan Aktiviti Pelajar ➢ Pelajar harus membuat laporan secara individu setelah melaksanakan setiap aktiviti. ➢ Mendapat pengesahan Guru Penasihat. ➢ Pemantauan oleh Guru Kokurikulum/Penyelaras. 3 PENYEMAKAN LAPORAN KOKURIKULUM 1.Penyemakan berkala akan dibuat pada bulan Mei dan September oleh Pengetua/Guru Kokurikulum/Penyelaras. 4 PENILAIAN KOKURIKULUM 1.Setiap Guru Penasihat wajib membuat penilaian kokurikulum terhadap pelajar yang terlibat. 2.Setiap penglibatan/penyertaan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti Kokurikulum perlulah diiktiraf dengan Sijil Penghargaan/Sijil Penyertaan. 3.Pemarkahan kokurikulum adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.Penilaian hanya akan diselaraskan pada Semester 3.


31 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM PROGRAM -PROGRAM KECEMERLANGAN TINGKATAN 6


32 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM PROGRAM /AKTIVITI UNIT TINGKATAN ENAM 2024/2025 MOMENTUM 1 :KURIKULUM BIL PROGRAM/AKTIVITI PENYELARAS 1 Kelas Stay Back (Kelas RUBI) En Muhammad Azim Bin Abu Bakar 2 Project Ace Pn Zaharah binti Mohd Sharif 3 Bengkel Graf Upaya En Muhammad Azim bin Abu Bakar 4 Bengkel Smart IT Pn Wan Darafeenadze binti Sulaiman 5 Program Kolaborasi Bersama UA Pn Hjh Normi binti Zainal 6 Lawatan Penanda Aras Pn Nor’Ida Akhmar binti Mahadi 7 Program Perfect Score En Muhammad Azim bin Abu Bakar 8 Majlis Bicara Akademik Pn Satilah binti Yunos 9 Majlis ‘Reward Academic’ Pn Aidah binti Othman 10 Program Perkampungan Ilmu Pn Hjh Normi binti Zainal 11 Pecutan Akhir (TDDA & Gegar Minda) En Muhammad Azim bin Abu Bakar 12 Ujian Formatif 1& 2 dan Pep Percubaan STPM S 1,2 & 3 Pn Satilah binti Yunos 13 Majlis Apresiasi Pelajar Pn Aidah binti Othman MOMENTUM 2 : HAL EHWAL MURID BIL PROGRAM/AKTIVITI PENYELARAS 1 Program Motivasi 1,2,3 Pn Maizatul Akmam binti Yahya Pn Nor’Ida Akhmar binti Mahadi 2 Minggu Ukhuwah Pelajar Tingkatan 6 Bawah Pn Zaharah binti Mohd Sharif 3 Majlis Jalinan Kasih Pn Nik Robisah binti Nik Mohd Amin 4 Program Sinar Pagi Pn Aidah binti Othman 5 Program Mentor Mentee Pn Aidah binti Othman 6 Bengkel Etika, Personaliti dan Komunikasi Pn Wan Darafeenadze binti Sulaiman 7 Bengkel Penulisan Resume dan Mock Interview Cik Hjh Noorhayati binti Md Saad 8 Bicara Ikon Pn Siti Nahdatul Shima binti Said Hussin MOMENTUM 3 : KOKURIKULUM BIL PROGRAM/AKTIVITI PENYELARAS 1 Karnival Tenpin Boling En Muhammad Azim bin Abu Bakar Pn Satilah binti Yunos 2 Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Pn Siti Nahdatul Shima binti Said Hussin En Mohd A’sri bin Ramli 3 Karnival ‘ Inter Class’ (Public Speaking) Pn Roslina binti Abu Bakar Pn Hjh Noorlaily binti Mohamad Cik Hjh Noorhayati binti Md Saad 4 Program ‘Recycle’ Semua guru penasihat Badan Beruniform 5 Program Bersamamu (Khidmat Komuniti Dalaman) Pn Nik Robisah binti Nik Mohd Amin Pn Aidah binti Othman 6 Program Bersamamu (Khidmat Komuniti Luar) Pn Roslina binti Abu Bakar Pn Hjh Normi binti Zainal


33 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM TAKWIM PELAKSANAAN PROGRAM/ AKTIVITI UNIT TINGKATAN ENAM 2024/2025 BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1. Peperiksaan STPM S3 25 - 27hb - APRIL BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Peperiksaan STPM S3 1 - 3hb Sila rujuk helaian sebelumnya 2. Peperiksaan STPM U2 16 – 23hb 3. Karnival ‘Inter Class’ 24hb 4. Majlis Jalinan Kasih 25hb BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Ujian Formatif 1 STPM S2 6 - 7hb Sila rujuk helaian sebelumnya 2 Program Bersamamu Dalaman 8hb 3 Bicara Ikon 14hb 4 Bengkel Etika, Personaliti & Komunikasi 23hb BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Bengkel Graf Upaya S2 4hb Sila rujuk helaian sebelumnya 2 Ujian Formatif 2 STPM S2 10 - 11hb 3 Bengkel Celik IT 13hb 4 Motivasi Siri 1 20hb 5 Perfect Score STPM S2 24hb


34 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Bicara Akademik 2hb Sila rujuk helaian sebelumnya 2 Karnival Tenpin Boling 3hb 3 Peperiksaan Percubaan STPM S2 10 -11hb 4 Pecutan Akhir STPM S2 16hb 5 Minggu Ukhuwah T6 Bawah 17– 19hb 6 Majlis ‘Reward Academic’ 30hb BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Peperiksaan STPM S2 12 - 19hb Sila rujuk helaian sebelumnya 2 Motivasi Siri 2 28hb BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Lawatan Penanda Aras 5hb Sila rujuk helaian sebelumnya 2 Bicara Ikon 12hb 3 Perfect Score STPM S2 (bermula) 13hb BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Program Recycle (Bermula) Sila rujuk helaian sebelumnya 2 Ujian Formatif 1 STPM S1 2 – 3hb 3 Ujian Formatif 1 STPM S3 7 – 8hb 4 Bengkel Resume & Mock Interview 16hb 5 Bengkel Graf Upaya S1 24hb 6 Kejohanan Badminton Daerah 26hb


35 PUSAT TINGKATAN ENAM STARIM BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Ujian Formatif 2 STPM S1 & S3 4 - 5hb Sila rujuk helaian sebelumnya 2 Kolaborasi Bersama UA 15hb 3 Motivasi Siri 3 20hb 4 Majlis ‘Reward Academic’ 28hb BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Peperiksaan Percubaan STPM S1 2 – 3hb Sila rujuk helaian sebelumnya 2 MUET Sesi 3 (Bertutur) 2 – 4hb 3 Pecutan Akhir STPM S1 (bermula) 5hb 4 MUET Sesi 4 (Bertulis) 7hb 5 Peperiksaan Percubaan STPM S3 16 – 17hb 6 Program Bersamamu Luar 18hb 7 Perkampungan Ilmu S3 23hb BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Peperiksaan STPM S1 & U1 7 - 9hb 13 – 15hb Sila rujuk helaian sebelumnya 2 Pecutan Akhir STPM S3 (bermula) 3hb BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Peperiksaan STPM S3 18 – 19hb 24 – 27hb - BIL PROGRAM/AKTIVITI KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENYELARAS 1 Peperiksaan STPM U2 5 – 6hb 10 – 12hb -


Click to View FlipBook Version