The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Colorful Kids and Books in a Garden Illustration Happy International Children's Book Day Instagram Post (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainrappe99, 2022-05-17 22:26:23

Atan dan Jimbo

Colorful Kids and Books in a Garden Illustration Happy International Children's Book Day Instagram Post (1)

ATAN
&

JIMBO

Nur Ain binti Rappe
271629

Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor monyet yang bernama Atan dan seekor gajah
yang bernama Jimbo. Walaupun Atan dan Jimbo adalah dua jenis haiwan yang berbeza,
namun, mereka berdua bersahabat baik. Keakraban dan persahabatan Atan dan Jimbo
diibaratkan bagai isi dengan kuku. Mereka selalu melakukan rutin harian mereka bersama-
sama seperti mencari makanan, makan, tidur, bermain, dan banyak lagi aktiviti harian.

Pada suatu hari, seorang pengembala kambing biri-biri yang tinggal di kampung
berdekatan dengan hutan tersebut pergi ke hutan untuk mencari makanan dan kayu api
untuk keluarganya. Pengembala itu juga turut membawa tiga ekor kambing biri-birinya.

Semasa sedang mencari kayu api di hutan, tiba-tiba datang seekor singa menerkam salah
seekor kambing biri-biri milik pengembala tersebut. Oleh kerana takut yang teramat,

pengembala tersebut memanjat pokok untuk menyelamatkan dirinya daripada sang singa.
Kambing biri-biri yang diterkam oleh singa itu meronta-ronta untuk dilepaskan daripada
singa tersebut, namun, oleh kerana terkaman singa yang terlalu kuat membuatkan kambing
biri-biri itu tidak dapat dilepaskan. Malah, terkaman dan gigitan singa itu semakin dalam.

Pergelutan antara kambing biri-biri dan singa tersebut mengejutkan Atan dan Jimbo yang
sedang asyik bermandi-manda di sungai.

Bukan hanya Atan dan Jimbo, tetapi semua haiwan yang berada di kawasan itu juga
berasa takut dan terkejut. Seperti biasa, tidak ada satu haiwan pun yang berani melawan
sang singa dan menolong kambing biri-biri untuk melepaskan diri daripada raja hutan itu.

Jimbo berasa kasihan dengan kambing biri-biri tersebut. “Atan, kita harus menolong
kambing biri-biri itu,” kata Jimbo kepada Atan. “Tidak Jimbo. Itu terlalu bahaya, kita
harus menyelamatkan diri. Tengoklah, tidak ada satu haiwan pun yang berani untuk
menolong kambing biri-biri itu”, balas Atan dengan perasaan yang takut. “Atan, kita pasti
boleh menentang singa itu sekiranya kita saling bekerjasama. Lagipun kita berdua dan singa
itu sendiri”, kata Jimbo lagi. Atan yang berasa teramat takut itu mengendahkan kata-kata
Jimbo dan terus memanjat salah satu pokok yang tinggi untuk menyelamatkan dirinya.

Jimbo yang berasa sangat kasihan dengan kambing biri-biri itu tiba-tiba mendapat satu
idea yang bernas. Jimbo menggunakan belalainya yang panjang untuk menyedut air yang
banyak lalu menghembus dengan kuat ke arah singa itu. Semburan daripada belalai Jimbo
yang kuat dan gah menyebabkan sang singa itu terdorong ke belakang. Sang singa terkejut

dengan keberanian Jimbo dan melepaskan kambing biri-biri tersebut daripada
cengkamannya. Kemudian, raja hutan itu mengaum sekuatnya untuk menakutkan Jimbo

namun diabaikan oleh Jimbo.

Malah, Jimbo maju ke arah singa dan kambing biri-biri itu sambil menghentakkan kakinya
yang besar dan gagah. Bukan sahaja Jimbo, malah semua haiwan yang menyaksikan situasi

itu turut menolong Jimbo dengan berada dibelakang Jimbo sambil menghentakkan kaki
mereka. Situasi ini mengejutkan sang singa sehingga menyebabkan singa itu berasa takut

dan melarikan diri.

Semua haiwan yang menyaksikan peristiwa itu berasa kagum dan bersorak untuk Jimbo
termasuklah si pengembala tersebut. Setelah kejadian itu, cerita tentang Jimbo yang
berani dan bijak telah tersebar di pelusuk hutan tersebut. Semua haiwan yang terjumpa
Jimbo akan menegur dan memujinya. Jimbo mempunyai semakin banyak kawan. Atan yang
selalu berada di atas badan Jimbo tidak diendahkan dan tidak ditegur oleh haiwan lain. Ini
menyebabkan Atan berasa tersisih dan cemburu dengan Jimbo yang semakin terkenal. Dia

pun memutuskan untuk tidak berkawan lagi dengan Jimbo.

Keesokan harinya, Jimbo mencari Atan untuk mengajaknya mencari buah bersama-sama.
Namun, Jimbo tidak menemui Atan. “Atan. Atan. Atan.”, panggil Jimbo namun tidak

berjawab. Setelah penat mencari dan memanggil Atan, tiba-tiba Jimbo terdengar gelak
tawa Atan di salah satu pokok. Jimbo melihat Atan sedang makan buah-buahan bersama

kawan barunya sambil bergelak tawa dengan kuat.

HAHAHA! ATAN!

HAHAHA! ATAN!

ATAN!

“Atan! Akhirnya jumpa juga, dari tadi aku mencari kamu.” kata Jimbo kepada Atan namun
tidak terjawab oleh Atan. “Eh, Atan, kenapa tidak panggil aku untuk makan bersama?

Bukankah kita selalu makan bersama-sama? Sampai hati kamu tinggalkan aku”, kata Jimbo
lagi dengan nada yang agak sedih. Sekali lagi pertanyaan Jimbo itu tidak dijawab oleh Atan

malah dia asyik berbual dengan kawan barunya dengan gelak tawa. Kemudian, Atan
mengajak kawan barunya itu untuk pergi ke sungai untuk bermandi-manda dan bermain
bersama meninggalkan Jimbo bersendirian yang penuh dengan tanda tanya dengan sikap

Atan yang tiba-tiba berubah itu.

HAHAHA! HAHAHA!

Jimbo berasa sangat sedih kerana sahabat baiknya meninggalkannya dan
mengendahkannya. Sejak dari hari itu, mereka tidak lagi berkawan. Persahabatan mereka
yang diibaratkan bagai isi dengan kuku itu menjadi renggang dan asing. Mereka tidak lagi

melakukan rutin harian bersama.

Pada satu hari, Atan sedang asyik bermain sendiri dengan bergayut dari satu pokok ke
pokok yang lain berdekatan dengan sungai. Tiba-tiba Atan tergelincir daripada salah satu
dahan pokok tersebut lalu jatuh ke dalam sungai. Atan sedaya upaya berenang untuk pergi
ke tebing sungai namun disebabkan hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya menyebabkan air
sungai menjadi deras. Atan mengalami kesukaran untuk berenang menyebabkan dia hanyut

dibawa arus.

“Tolong! Tolong! Tolong!,” jerit Atan. Jimbo yang kebetulan lalu berdekatan dengan sungai
tersebut terdengar jeritan itu. “Ini macam suara Atan.” bisik Jimbo. Jimbo pun bergegas
ke arah suara tersebut lalu melihat Atan yang sedang terkapai-kapai hampir lemas dibawa
arus sungai yang deras itu. Tanpa melengahkan masa, Jimbo mencari ranting kayu yang

panjang lalu menghulurkan ranting kayu tersebut kepada Atan dengan menggunakan
belalainya. Atan mencapai ranting kayu itu lalu ditarik oleh Jimbo. Akhirnya, Atan pun

diselamatkan oleh kawan lamanya, Jimbo.

TOLONG!

TOLONG!
TOLONG!

Atan memeluk Jimbo sambil menangis mengucapkan terima kasih kepada Jimbo. Atan juga
meminta maaf kepada Jimbo kerana sikapnya yang terlalu cemburu dengan sahabat

baiknya sendiri sehingga mengabaikan dan memutuskan persahabatan mereka. Jimbo juga
turut menangis dan memaafkan Atan. Akhirnya, persahabatan mereka kembali akrab
seperti dahulu.

TAMAT

Pengajaran yang dapat kita peroleh daripada cerita Atan dan Jimbo ialah, jangan lah kita
dengki atau cemburu dengan kejayaan serta kelebihan yang ada pada orang lain apatah
lagi kawan baik kita sendiri. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Kita perlu

bersyukur dengan apa yang kita miliki.

SINOPSIS

Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor monyet yang bernama Atan dan seekor gajah
yang bernama Jimbo. Mereka berdua bersahabat baik dan selalu melakukan rutin harian
bersama. Suatu hari, seekor kambing biru-biri milik pengembala kambing diterkam oleh
sang singa. Tidak ada satu haiwan pun yang berani untuk menolong kambing biri-biri itu.
Namun, Jimbo yang berani dan bijak mendapat satu idea yang bernas untuk menolong
kambing biri-biri itu dan akhirnya kambing biri-biri itu pun selamat. Kebijaksanaan dan

keberanian Jimbo dikagumi oleh semua haiwan. Jimbo menjadi sangat terkenal
menyebabkan Atan berasa tersisih dan cemburu. Sejak dari itu, Atan memutuskan untuk

tidak berkawan lagi dengan Jimbo. Suatu hari, Atan sedang asyik bermain sendiri,
bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain berdekatan sungai. Tiba-tiba dia tergelincir
lalu jatuh ke dalam sungai. Atan mengalami kesukaran untuk berenang kerana huujan turun
dengan lebatnya. Jimbo yang kebetulan lalu berdekatan dengan sungai terdengar jeritan
jeritan Atan yang meminta tolong. Tanpa melengahkan masa, Jimbo mencari ranting kayu

yang panjang untuk menolong Atan. Akhirnya, Atan pun dapat diselamatkan. Atan
berterima kasih kepada jimbo dan meminta maaf atas sikapnya yang terlalu cemburu
dengan sahabat baiknya sendiri. Persahabatan mereka pun kembali akrab seperti dahulu.


Click to View FlipBook Version