INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
(EDUP3043)
NAMA NUR ANIS ALYAA’ BINTI BAKRI
ANGKA GILIRAN 2020192340252
NO. KAD PENGENALAN 011106-03-0376
KUMPULAN PISMP F13
KOD KURSUS EDUP3043
NAMA KURSUS PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN
NAMA PENSYARAH TINGKAH LAKU
TARIKH HANTAR PN. NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI
21 OGOS 2021
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
PERHARGAAN
Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat serta
nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan perhargaan ini kepada
pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang saya hormati iaitu,
Puan Nor Rul Azlifah Binti Zulkafali kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya memberikan kemudahan untuk saya menyiapkan tugasan dengan
suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang turut memberi bantuan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
kepada saya sehingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
saya yang telah banyak memberi pertolongan dan tunjuk ajar dalam bersama-sama
meyiapkan kerja kursus ini. Mereka membantu saya dengan menjawab pertanyaan
yang saya utarakan kepada mereka dan juga turut berkongsi rujukan.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam pembikinan tugasan kerja
kursus ini.
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL PERKARA
1. PERHARGAAN 2
4
2. 1.0 PENGENALAN 5
6
3. 2.0 ANALISIS ISU-ISU SEMASA BERKAITAN TINGKAH LAKU 9
BERMASALAH
4. 3.0 MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH
5. 4.0 INTERVENSI DALAM MENANGANI ISU-ISU TINGKAH LAKU
BERMASALAH MURID
6. 5.0 RUMUSAN 10
7. RUJUKAN 11
8. LAMPIRAN 12
3
1.0 PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah yang baik merupakan kunci utama buat guru dalam mendapatkan
iklim pembelajaran yang kondusif. Namun demikian para guru juga tidak dapat mengelak
dalam berhadapan dengan tingkah laku bermasalah yang sering ditonjolkan oleh murid-
murid sama ada melalui perbuatan ataupun pertuturan. Lebih-lebih lagi di dalam situasi
pandemik sekarang ini yang memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung secara atas talian menyebabkan guru sukar untuk mengawal tingkah laku
murid-murid. Tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh sesetengah murid ini akan
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan objektif
pembelajaran sukar untuk dicapai sebagaimana yang dirancang. Bagi menyelesaikan
masalah ini guru mestilah peka dengan tingkah laku bermasalah yang sering ditunjukkan
oleh murid-murid semasa sesi pembelajaran atas talian berlangsung agar guru dapat
bersedia dengan lebih awal dalam menangani masalah tingkah laku ini dengan
berpandukan model disiplin dan intervensi yang sesuai. Persoalannya, apakah isu-isu
semasa tingkah laku bermasalah yang sering berlaku semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPr) berlangsung?
4
2.0 ANALISIS ISU-ISU SEMASA BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
Antara isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah yang sering berlaku semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) adalah masalah ponteng iaitu tidak
menghadiri kelas tanpa sebab. Isu ponteng ini sudah menjadi satu isu yang tidak asing
lagi di dalam sektor pengajian sama ada di peringkat rendah, menengah ataupun di
peringkat IPT. Hasil temu bual bersama Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah
Kebangsaan Berangan (1) iaitu Puan Nor Laila Binti Mohammad mengatakan bahawa
masalah ponteng semasa sesi pembelajaran secara atas talian seringkali berlaku dalam
kalangan murid-muridnya terutama sekali kelas yang diadakan pada awal pagi. Menurut
beliau faktor berlakunya masalah tingkah laku seperti ponteng ini dalam kalangan murid
adalah kerana kurangnya motivasi untuk belajar di samping kurangnya juga ketegasan
ibu bapa dalam mendorong anak mereka menghadiri proses pembelajaran secara atas
talian dek kerana kesibukan harian mereka. Justeru dapat dilihat bahawa antara isu-isu
tingkah laku bermasalah yang seringkali timbul semasa proses PdPr adalah masalah
ponteng.
Selain itu, tingkah laku bermasalah yang sering ditonjolkan oleh murid-murid semasa
proses PdPr juga adalah murid tidak terlibat aktif semasa sesi pembelajaran secara
segerak melalui aplikasi Google Meet, Whatsapp, ataupun di Google Classroom. Ini juga
turut disokong dengan pendapat Siti Balqis dan Muniroh (2020), yang mengatakan masih
terdapat segelintir murid yang tidak memberikan kerjasama dan masih belum bersedia
dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Malah hasil temu bual yang
dilakukan bersama Cik Zainab Jabak yang merupakan seorang guru di salah sebuah
sekolah di Amerika Syarikat menyatakan bahawa tingkah laku bermasalah yang seringkali
ditunjukkan oleh murid-muridnya juga adalah tidak memberi respons apabila dipanggil
oleh guru. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku bermasalah sebegini bukan sahaja
dihadapi oleh guru di dalam negara kita sahaja bahkan para guru di luar negara juga turut
mengalaminya. Masalah tingkah laku sebegini akan menyebabkan proses PdPr akan
menjadi kurang berkesan kerana penglibatan aktif murid memainkan peranan penting
dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Maka jelaslah
bahawa penglibatan yang kurang aktif di dalam kalangan murid-murid semasa proses
PdPr merupakan salah satu isu-isu semasa tingkah laku bermasalah.
5
Selain itu, murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru secara kerap
juga merupakan isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah yang sering berlaku
semasa proses PdPr. Kebanyakan murid mengambil sikap lewa terhadap tugasan yang
diberikan oleh guru menyebabkan guru perlu sentiasa memantau dan mengingatkan
murid tentang tugasan yang diberikan. Isu ini turut dialami sama oleh Ustazah Gayah yang
merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Berangan (1) menyatakan bahawa masalah
tingkah laku yang seringkali ditunjukkan oleh murid-muridnya juga adalah kerap kali tidak
menghantar tugasan yang diberikan meskipun telah dinasihati secara berulang-ulang kali.
Ini memerlukan beliau dan guru kaunseling untuk menziarahi murid-murid tersebut untuk
mengetahui masalah yang dihadapinya. Masalah tingkah tidak menghantar tugasan ini
juga turut dibahaskan juga di dalam jurnal Tamimullai & Salini (2021) yang mengatakan
terdapat juga murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah walaupun guru-guru telah
menyediakan pelbagai bahan. Berdasarkan pandangan-pandangan tersebut dapat
diketahui bahawa tingkah laku bermasalah seperti tidak menghantar tugasan ini
merupakan masalah dan cabaran yang seringkali dihadapi oleh para guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di aatas talian. Maka jelaslah bahawa murid tidak
menghantar tugasan semasa proses PdPr merupakan salah satu isu-isu semasa tingkah
laku bermasalah.
3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
Bagi menyelesaikan masalah tingkah laku disiplin tersebut adalah penting untuk guru
menjadikan model pengurusan disiplin sebagai panduan bagi mengawal tingkah laku
bermasalah dalam kalangan murid daripada terus berlarutan. Sebagai contoh bagi
mengatasi isu tingkah laku bermasalah seperti masalah ponteng, tidak melibatkan diri
secara aktif semasa proses PdPr dan tidak menghantar tugasan boleh diatasi dengan
berpandukan Model Disiplin Asertif Canter. Model Disiplin Asertif Canter berasaskan
kepada peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap
akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan secara tegas (Haliza & Joy, 2016). Model
ini amat menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan bilik darjah bagi
mendidik murid-murid untuk bertingkah laku yang diingini. Peraturan yang dihasilkan juga
turut melibatkan ganjaran apabila murid mengikuti peraturan yang ditetapkan dan
peneguhan negatif terhadap murid yang melanggar peraturan.
6
Justeru dapat dilihat bahawa model Asertif Canter ini sangat menekankan kepada
peraturan bilik darjah dalam mengawal tingkah laku bermasalah murid-murid. Hasil temu
bual bersama Puan Farhana yang merupakan pensyarah kaunselor pendidikan dan
psikologi, beliau mengatakan bahawa penggunaan peraturan di dalam bilik darjah adalah
sangat penting untuk digunakan oleh para guru dalam mengawal tingkah laku murid-
murid, namun peraturan yang ditetapkan mestilah bersesuaian dengan murid-murid
tersebut. Menurut beliau, dalam menetapkan peraturan guru mestilah memberitahu
dengan jelas kepada murid-murid tentang sebab dan kesan mengapa peraturan tersebut
ditetapkan supaya murid dapat berfikir secara rasional mengapa mereka perlu mengikuti
peraturan tersebut. Berdasarkan pendapat tersebut dapat diketahui bahawa peraturan
bilik darjah ini sangat penting untuk dilaksanakan oleh guru bagi mengawal tingkahlaku
bermasalah dalam kalangan murid sebagaimana yang dicadangkan di dalam Model
Asertif Canter.
Justeru guru boleh mengaplikasikan model Asertif Canter ini dengan cara menetapkan
peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Misalnya, guru menetapkan
peraturan-peraturan di dalam bilik darjah seperti semua murid mestilah menghadiri kelas
secara atas talian mengikut masa yang ditetapkan bagi kelas yang mempunyai tingkah
laku bermasalah seperti ponteng manakala bagi kelas yang mempunyai murid yang
kurang aktif guru mestilah menetapkan peraturan seperti “semua murid mestilah terlibat
aktif dan memberi respons semasa sesi perbincangan”, seterusnya bagi peraturan kelas
yang mempunyai murid yang kerap kali tidak menghantar tugasan, guru mestilah
meletakkan peraturan seperti “semua murid mestilah menyiapkan tugasan yang diberikan
tepat pada waktunya”. Peraturan-peraturan ini mestilah dinyatakan dengan jelas oleh guru
kepada murid-murid beserta ganjaran dan akibat. Sekiranya murid mengikuti peraturan
tersebut maka guru perlu memberikan peneguhan positif dengan memanfaatkan
kemudahan teknologi seperti menggunakan aplikasi Class Dojo. Aplikasi Class Dojo
adalah sistem pengurusan tingkah laku dalam talian yang bertujuan untuk memupuk
tingkah laku dan budaya pelajar yang positif. Pada aplikasi ini guru boleh memberikan
ikon yang positif kepada murid yang mengikuti peraturan yang telah ditetapkan sebagai
menghargai tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid. Penggunaan kaedah
ganjaran ini juga turut disokong dengan pendapat Fenny Lao et.al (2021) yang
mengatakan murid yang dapat menjawab soalan atau memberikan pendapat perlu
diberikan markah atau pujian sebagai galakkan kepada mereka untuk terlibat aktif.
7
Seterusnya, bagi murid yang melanggar peraturan yang ditetapkan iaitu ponteng atau
tidak terlibat aktif semasa di dalam proses PdPr ataupun tidak menyiapkan tugasan yang
diberikan guru. Maka guru mestilah mengambil tindakan pembetulan dengan merujuk
hieraki tindakan pembetulan Canter. Canter menegaskan setiap pembetulan di dalam
hieraki akan menjadi lebih tegas dari yang sebelumnya. Guru boleh melaksanakan hieraki
disiplin ini dengan cara pada peringkat awal, guru mestilah memberikan amaran yang
tegas kepada murid yang melakukakan tingkah laku bermasalah seperti ponteng, tidak
terlibat aktif semasa proses PdPr atau tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru.
Guru mestilah memberi amaran ini dengan berhubung secara individu menggunakan
aplikasi komunikasi yang bersesuaian. Sekiranya murid tersebut tersebut masih
melanggar peraturan yang ditetapkan guru mestilah memberikan dendaan seperti
mengandakan lagi tugasan kerja rumah daripada murid biasa. Namun sekiranya murid
tersebut meneruskan tingkah laku bermasalah tersebut, guru boleh mengambil tindakan
untuk menelefon ibu bapa murid tersebut bagi memaklumkan masalah yang sering
dilakukan oleh anak mereka. Pada peringkat akhir sekiranya murid tersebut masih memilih
untuk tetap melanggar peraturan bilik darjah ini maka guru mestilah melaporkan masalah
ini kepada guru besar supaya tindakan yang lebih tegas akan diambil. Melalui hieraki
dendaan ini, guru dapat membetulkan tingkah laku bermasalah murid supaya murid sedar
tingkah laku yang ditunjukkan itu adalah salah dan akan memberikan kesan yang negatif
kepada diri murid itu sendiri. Maka jelaslah bahawa, rasionalnya pemilihan model Asertif
Canter ini adalah kerana model sistem peraturan bilik darjah yang diperkenalkan oleh
Canter adalah dilihat sesuai dan sistematik dalam mengawal tingkah laku murid-murid dan
berupaya menghasilkan suasana bilik darjah yang kondusif.
4.0 INTERVENSI DALAM MENANGANI ISU-ISU MASALAH TINGKAH LAKU MURID
Selain pemilihan model disiplin, guru juga boleh menggunakan intervensi yang sesuai bagi
mengawal tingkah laku bermasalah ini seperti menggunakan intervensi teknik modifikasi
tingkah laku. Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah sistematik
berdasarkan prinsip psikologi yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku yang negatif
kepada yang positif (Nurul Azura, 2016). Guru boleh melaksanakan teknik modifikasi
tingkah laku ini melalui sistem modifikasi yang berstruktur. Melalui sistem modifikasi yang
berstruktur ini membolehkan tingkah laku yang ingin dibentuk itu tercatat dengan jelas
beserta dengan akibat atau peneguhan yang akan diterima seperti menggunakan sistem
kontrak tingkah laku. Melalui sistem ini, guru dan murid akan bersama-sama berbincang
dalam membentuk perjanjian yang perlu dicapai oleh murid tersebut. Misalnya bagi
8
mengatasi masalah ponteng, tidak terlibat aktif dalam sesi pembelajaran dan tidak
menghantar tugasan secara kerap, guru boleh menghubungi murid bermasalah tersebut
dan berbincang bersama murid untuk membentuk kontrak tingkah laku.
Di dalam kontrak tersebut, guru perlu menyatakan secara jelas tingkah laku yang
diingini seperti “murid perlu hadir ketika sesi pembelajaran mengikut masa yang
ditetapkan” bagi murid yang seringkali melakukan masalah ponteng atau “murid perlu
sentiasa terlibat aktif semasa proses pembelajaran bagi murid yang bersikap pasif dan
tidak memberi respons kepada guru” ataupun “murid perlu menyiapkan tugasan kerja
rumah yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan” bagi murid yang suka
mengabaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Justeru, perjanjian yang dibina itu
mestilah berkaitan dengan tingkah laku bermasalah yang tidak diingini tersebut. Kontrak
yang dibentuk mestilah ditandatangani oleh guru dan murid. Disebabkan situasi pandemik
ini, guru boleh memanfaatkan aplikasi digital yang sesuai dalam membina kontrak tersebut
seperti membina kontrak dengan menggunakan aplikasi Jamboard. Pada aplikasi tersebut
guru dapat membina kontrak yang telah dipersetujui dan meminta murid menandatangan
menggunakan pen digital yang telah disediakan. Melalui kontrak tersebut maka murid-
murid terikat dengan penjajian yang telah dipersetujui dan ini dapat mendorong murid
mematuhi perjanjian tersebut bagi membentuk tingkah laku yang ingin dicapai. Justeru
dapat dilihat bahawa tingkah laku bermasalah murid seperti masalah ponteng, tidak
terlibat aktif dalam sesi pembelajaran dan tidak menghantar tugasan ini boleh ditangani
dengan menggunakan intervensi sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur seperti
kontrak tingkah laku.
9
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, terdapat banyak isu-isu tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam
kalangan murid semasa proses pembelajaran di atas talian. Ini merupakan cabaran yang
perlu dihadapi oleh para guru dalam menangani tingkah laku bermasalah murid di dalam
norma baru ini. Kebijaksanaan guru dalam menangani tingkah laku bermasalah ini
membolehkan semua murid dapat menimba ilmu di dalam suasana yang selesa dan
tenang. Pemilihan model disiplin, intervensi serta pemanfaatan penggunaan teknologi
menerusi aplikasi TMK yang bersesuaian juga dilihat dapat membantu para guru dalam
membentuk disiplin murid. Justeru para guru mestilah memainkan peranan sebaiknya
dalam merancang pengurusan bilik darjah yang berkesan dan bersesuaian supaya dapat
melahirkan murid-murid yang sentiasa membudayakan tingkah laku yang positif dalam
kehidupan mereka.
(1860 patah perkataan).
10
Rujukan
Fenny Lao Yeo Feng, Kee Guek Fen, Khoo Phau Liang, Lee Huoy Shin. (2021). Kaedah
Pengajaran dalam Talian Guru Bahasa Melayu dan Motivasi Murid Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Sepangang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1):57-74
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Penerbit: Oxford Fajar.
Nurul Azura Che Hashim, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2016).
Mengubahsuai Tingkah Laku Makan Menggunakan Tangan Kiri Melalui Teknik
Peneguhan Sosial. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Universiti Teknologi MARA.
Tamilmullai Thannimalai & Salini Baloh. (2021). Cabaran PdPr Bahasa Tamil di Sekolah
Luar Bandar. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5(2):183-190.
11
LAMPIRAN
Temu bual bersama Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Berangan (1),
Puan Nor Laila Binti Mamat
Temu bual bersama Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Berangan (1),
Ustazah Gayah binti Yazid
12
Temu Bual Bersama Guru Bahasa Inggeris dari Alief Taylor High School Unite States, Cik
Zainab Jabak.
13
Temu bual bersama Pensyarah Kaunselor Pendidikan dan Psikologi dari Raffle College
of Higher Education Kuala Lumpur, Puan Farhana Nabila Binti Fakharudin
14