The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anis09-552, 2022-05-14 22:50:33

TUGASAN 2 (F13) NUR ANIS ALYAA' BINTI BAKRI

TUGASAN 2 BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

NAMA NUR ANIS ALYAA’ BINTI BAKRI

ANGKA GILIRAN 2020192340252
NO. KAD PENGENALAN 011106-03-0376

KUMPULAN PISMP F13

KOD KURSUS EDUP3073

NAMA KURSUS BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN
DR. MASTURAN BINTI HALIM
NAMA PENSYARAH 12 MEI 2022

TARIKH HANTAR

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

PERHARGAAN
Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat serta

nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan perhargaan ini kepada
pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang saya hormati iaitu,
Dr. Mastura Binti Halim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
memberikan kemudahan untuk saya menyiapkan tugasan dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang turut memberi bantuan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
kepada saya sehingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
saya yang telah banyak memberi pertolongan dan tunjuk ajar dalam bersama-sama
meyiapkan kerja kursus ini. Mereka membantu saya dengan menjawab pertanyaan
yang saya utarakan kepada mereka dan juga turut berkongsi rujukan.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam pembikinan tugasan kerja
kursus ini.

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL PERKARA

1. PERHARGAAN 2
4
2. 1.0 PENGENALAN 5

3. 2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH 6
MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI, SOSIAL DAN 9
SOSIOLINGUISTIK

4. 3.0 RUMUSAN

5. RUJUKAN

3

1.0 PENGENALAN
Perbezaan budaya dan latar belakang dalam kalangan murid di dalam sesebuah bilik darjah
merupakan satu keunikan yang perlu diraikan bersama. Persefahaman dan penerimaan
positif murid terhadap perbezaan yang wujud di dalam kalangan rakan-rakan kelasnya yang
berbeza latar belakang akan mewujudkan sikap saling hormat-menghormati, kasih sayang
dan perpaduan yang mendorong kepada pembentukan kelas mesra budaya. Menurut Noriati
(2017), dengan adanya bilik darjah yang mesra budaya, murid berasa selesa untuk belajar
dan guru sendiri dapat menjalankan tugasnya dengan lancar. Berdasarkan pendapat tersebut,
dapat difahami bahawa pembentukan bilik darjah yang mesra budaya ini penting untuk
diwujudkan oleh guru bagi membolehkan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai etnik
mengenali budaya antara satu sama lain dan saling menghargainya. Bagi mencapai hasrat
tersebut, maka langkah yang efektif perlu diambil oleh guru bagi membina persekitaran bilik
darjah mesra budaya yang menekankan aspek fizikal, emosi, sosial dan sosialinguistik.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi pengurusan bilik
darjah mesra budaya dari aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik?

4

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK
FIZIKAL, EMOSI, SOSIAL DAN SOSIOLINGUISTIK

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi menguruskan bilik darjah yang
mesra budaya adalah dengan menitikberatkan pengurusan persekitaran fizikal. Menurut
Marinah et.al (2018), “persekitaran fizikal bilik darjah yang berkualiti, ceria dan harmoni
dapat membantu mewujudkan kesejahteraan dan keselesaan kepada pelajar. Persekitaran
fizikal ini juga turut termasuk juga susun atur kerusi dan meja murid”. Susun atur kerusi dan
meja murid di dalam kelas mestilah membolehkan murid-murid untuk mudah berinteraksi,
bergaul dan belajar bersama-sama dalam keadaan selesa. Misalnya menyusun atur kerusi
dan meja dengan meletakkan murid secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan budaya. Hal ini memberi peluang kepada murid untuk menjalinkan hubungan
persahabatan dengan rakan sekelas mereka tanpa mengira latar belakang. Selain itu, hiasan
bilik darjah juga memberikan kesan dalam mewujudkan persekitaran fizikal yang mesra
budaya. Kelas yang dihiasi dengan informasi-informasi mengenai budaya kaum masing-
masing seperti sejarah etnik, pakaian tradisional, makanan tradisional dan sebagainya akan
dapat membantu murid dan memahami budaya kaum rakan-rakan kelas mereka. Aktiviti
hiasan kelas ini juga boleh menjadi menarik sekiranya guru memberikan tanggungjawab
kepada murid untuk menghias kelas mereka seperti mencari maklumat mengenai budaya
kaum rakan-rakan mereka yang berlainan bangsa untuk ditampalkan di dinding kelas.
Misalnya murid Melayu perlu mendapatkan maklumat mengenai sejarah etnik Cina manakala
murid Cina mencari maklumat mengenai tradisi orang India. Melalui aktiviti sebegini, murid-
murid akan memperolehi pengetahuan mengenai budaya kaum rakan-rakan sekelas mereka
dan secara tidak langsung dapat memupuk kesefahaman antara murid untuk saling hormat-
menghormati budaya dan tradisi setiap kaum. Hal ini turut disokong dengan pendapat Yong
Hie Hie et.al (2018), “apabila terdapat kesedaran tentang kewujudan masyarakat pelbagai
kaum dalam diri seseorang kanak-kanak, maka pengetahuan kanak-kanak tersebut mengenai
kepelbagaian kebudayaan juga akan turut berkembang pada masa yang sama”. Maka
jelaslah bahawa, antara langkah yang boleh diambil oleh guru bagi menghasilkan bilik darjah
mesra budaya dari aspek fizikal adalah turut menitikberatkan susun atur dan hiasan bilik
darjah.

Seterusnya dari aspek emosi, langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mewujudkan
bilik darjah mesra budaya juga adalah memberikan layanan yang adil kepada semua murid
tanpa membezakan warna kulit, agama dan kepercayaan. Menurut Mohamad Albaree et.al,
(2019), “pembentukkan emosi negatif yang diperoleh daripada persekitaran yang kurang
memberangsangkan akan mendorong kepada masalah tingkah laku negatif”. Berdasarkan
pendapat tersebut dapat difahami bahawa persekitaran murid memberi pengaruh terhadap

5

emosi murid. Justeru, persekitaran pembelajaran yang positif melalui layanan yang adil dan
saksama oleh guru tanpa wujudnya unsur diskriminasi akan mewujudkan hubungan murid
yang saling bersatu padu. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, sekiranya guru hanya
melayani dan memberikan perhatian kepada murid-murid tertentu sahaja sudah tentu
wujudnya sifat iri hati daripada murid yang lain dan tidak mustahil ianya akan mendorong
kepada permusuhan dan perpecahan dalam kalangan murid-murid. Justeru, guru sewajarnya
melayani semua murid di dalam kelas dengan seadilnya seperti adil dalam memberi pujian,
menjatuhkan hukuman dan memberi peluang kepada murid untuk melontarkan pandangan
dan sebagainya tanpa mengira budaya, agama dan bangsa. Melalui layanan yang adil ini juga
akan menjadikan murid-murid lebih menghormati guru dan perpaduan di antara rakan sekelas
juga akan dapat dieratkan. Maka jelaslah bahawa, layanan yang adil oleh guru kepada semua
murid merupakan salah satu langkah bagi menghasilkan bilik darjah mesra budaya dari aspek
emosi.

Langkah yang seterusnya yang boleh diambil oleh guru bagi mewujudkan bilik darjah
mesra budaya adalah dengan menitikberatkan dari aspek sosial. Menurut Yong Hie Hie et.al
(2018), kesan positif ke atas hubungan sosial antara kaum akan lebih terserlah jika proses
sosialisasi tersebut dimulakan lebih awal ketika alam persekolahan. Berdasarkan pendapat
tersebut, dapat difahami bahawa pengurusan persekitaran sosial yang positif di dalam bilik
darjah perlu ditekankan oleh setiap guru bagi mendedahkan kepada murid dengan
kepelbagaian budaya yang wujud di dalam kelas. Persekitaran sosial yang positif di dalam
bilik darjah ini boleh dipupuk melalui aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid saling
berinteraksi antara murid yang berbeza budaya agar murid dapat mengenali budaya etnik
rakan mereka. Hal ini turut disokong dengan pendapat Siti Aidah et.al (2021) “semakin luas
peluang seseorang individu berinteraksi dengan etnik yang lain maka semakin bertambah
ilmu dan pengalamannya tentang budaya dan anutan agama etnik lain. Berdasarkan
pendapat tersebut, guru boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid
saling berinteraksi dengan cara guru membahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan di
mana ahlinya adalah terdiri daripada kaum yang berbeza bagi bersama-sama menyelesaikan
sesuatu tugasan. Melalui aktiviti sebegini secara tidak langsung murid dapat berinteraksi
secara aktif dengan rakannya yang berbeza etnik di dalam kumpulannya dan memberi
peluang dan pengalaman kepada murid untuk memahami rakan yang berbeza etnik,
menghormati pandangan-pandangan ahli kumpulan mereka dan secara tidak langsung dapat
menyemai nilai perpaduan antara murid yang berbeza kaum dan budaya. Pelaksanaan aktiviti
berkumpulan yang melibatkan murid pelbagai etnik di dalam satu kumpulan ini juga turut
disokong dengan pendapat Yong Hie Hie et.al (2018), yang mengatakan “kaedah pengajaran
yang melibatkan percampuran murid daripada pelbagai kaum yang pelbagai serta sokongan

6

berterusan daripada guru amat penting dalam memastikan ilmu perpaduan terus diamalkan
oleh murid di sekolah dan seterusnya sehingga dewasa”. Justeru, guru mestilah bijak
merancang aktiviti pembelajaran yang membolehkan murid-murid saling mengenali antara
satu sama lain agar kesefahaman dan jalinan yang mesra antara murid yang berbeza budaya
dapat diwujudkan. Maka jelaslah bahawa, melalui aktiviti pembelajaran yang melibatkan
interaksi aktif murid pelbagai budaya di dalam satu kumpulan merupakan salah satu langkah
bagi mewujudkan bilik darjah mesra budaya dari aspek sosial.

Selain itu, pembentukan bilik darjah mesra budaya juga boleh dilaksanakan dari aspek
sosiolingiustik. Seperti yang diketahui bahawa murid-murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan budaya masing-masing memiliki bahasa ibunda yang sering digunakan dalam
percakapan harian bersama kaum mereka. Walaupun murid-murid mempunyai bahasa
ibunda masing-masing, tetapi murid perlu diberi pendedahan dengan pengalaman
berkomunikasi dalam bahasa rasmi negara iaitu di dalam Bahasa Melayu (Noriati et.al, 2017).
Justeru, bagi menghubungkan murid yang pelbagai etnik ini melalui satu bahasa, guru
mestilah mengadakan aktiviti pembelajaran bahasa kebangsaan yang menarik dan
menyeronokkan seperti menggunakan kaedah didik hibur yang terdiri daripada lakonan,
nyanyian, syair dan sebagainya. Guru juga turut boleh mengajar subjek Bahasa Melayu
melalui kaedah permainan bahasa seperti permainan teka silang kata, puzzle dan
sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran bahasa yang menyeronokkan sebegini akan
menjadikan murid lebih menguasai bahasa dengan lebih berkesan. Hal ini turut disokong
dengan pendapat Norlela & Shamsudin (2020), mengatakan “pengajaran Bahasa Melayu
tidak boleh hanya menekankan penguasaan kandungan semata-mata sebaliknya boleh diajar
dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan”. Berdasarkan pendapat tersebut, dapat
difahami bahawa guru guru mestilah bijak dalam menyusun atur strategi pengajaran agar
semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya berjaya menguasai Bahasa
Kebangsaan agar mereka dapat saling berkomunikasi secara berkesan antara mereka
dengan menggunakan satu bahasa yang sama. Maka jelaslah bahawa, melalui penguasaan
satu bahasa yang sama di dalam bilik darjah merupakan salah satu langkah bagi mewujudkan
bilik darjah mesra budaya dari aspek sosiolinguistik.

7

RUMUSAN
Kejayaan dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dengan menekankan aspek
fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik mendorong kepada pembentukan jati diri murid yang
sentiasa mengutamakan nilai perpaduan, hormat-menghormati dan saling bertolenrasi.
Justeru, sebagai seorang guru yang juga merupakan agen sosialisasi mestilah berusaha
untuk menerapkan nilai kebudayaan ini di dalam diri murid sejak di awal usia agar
persefahaman dan penerimaan murid terhadap kepelbagaian sosiobudaya yang wujud
diantara mereka dapat diraikan bersama. Maka, adalah sewajarnya penekanan terhadap
pemahaman budaya ini dititikberatkan di dalam bilik darjah agar semua murid dapat belajar
di dalam bilik darjah yang harmoni dan sejahtera tanpa adanya unsur diskriminasi dan
ketidakadilan.

8

RUJUKAN

Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria & Ramlee Ismail. (2018), Hubungan Persekitaran
Fizikal Bilik Darjah dan Kesejahteraan dan Keselesaan Pembelajaran dan Pengajaran.
Management Research Journal, 7(1): 86-99.

Mohamad Albaree Abdul, Hazhari Ismail, Iylia Mohamad & Zaharah Osman. (2019).
Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Menggunakan Kaedah Pengajaran Berasaskan
Aktiviti Muzik. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8:17-23.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar.

Norlela Ahmad & Shamsudin Othman. (2020). Penggunaan Kaedah Didik Hibur dalam
Pengajaran Kemahiran Membaca Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. International
Journal of Education and Training, 6(2):1-11.

Siti Aidah Lukin @ Lokin, Mohd Sohaimi Esa, Abang Mohd Razif Abang Muis, Romzi Ationg,
Budi Anto Mohd Tamring, Irma Wani Othman & Saifulazry Mokhtar. (2021). Kaedah
dan Cabaran dalam Mengurus Hubungan Etnik di Malaysia. International Journal of
Law, Government and Communication, 6(23):115-124.

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab
Halim. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan
Kaum di Sekolah. Jurnal Akademika, 88(2):95-108.

9

10


Click to View FlipBook Version