The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MT20623 Muhammad Azeem Bin Ali, 2024-03-23 09:22:52

PENIALAIAN INSTRUMEN PBD

Muhammad Azeem Bin Ali

PENILAIAN INSTRUMEN IPG Kampus Sultan Abdul Halim Disediakan Oleh: MUHAMMAD AZEEM BIN ALI 2021252340644


1.0 Pengenalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan satu pendekatan pentaksiran yang memberi tumpuan kepada aktiviti penilaian yang dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah. Ia merupakan suatu kaedah pentaksiran yang bertujuan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan data yang diperoleh secara berterusan dalam konteks persekitaran pembelajaran di bilik darjah (Arumugham , 2020) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merangkumi pelbagai aktiviti penilaian yang dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian pelajar (Halimah 2019). PBD secara rasminya telah menjadi fokus utama dalam sistem pendidikan Malaysia sejak dilancarkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Hazuriana, 2022). PBD amat diperlukan dalam sistem pendidikan kerana ia membolehkan guru untuk memantau pencapaian pelajar secara berterusan dan memberi intervensi yang sesuai bagi membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran yang ditetapkan.


2.0 Dapatan Instrumen Dapatan instrumen kajian merujuk kepada hasil analisis dan penemuan yang diperoleh melalui penggunaan instrumen penilaian dalam sesuatu kajian (Kamis , 2012). Oleh itu, dalam menyiapkan tugasan EDUP 3153 saya telah melawati sebuah sekolah berhampiran kampung halaman saya untuk mendapatkan instrumen PBD. Sepanjang saya berada di sekolah tersebut saya memperoleh 3 jenis instrumen daripada guru yang sama bagi subjek matematik tahun 4. Antara instrumen yang saya peroleh adalah lembaran kerja, senarai semak dan soal jawab. Dalam penulisan ini, saya akan menilai instrumen-instrumen yang saya peroleh dalam aspek kaedah, aktiviti, tajuk, standard pembelajaran (SP), dan standard prestasi (SPI) serta akan menilai keupayaan instrumen mentafsir. Dalam dapatan Instrumen juga saya akan sertakan lampiran Rancangan Pengajaran Harian (RPH) & Standard Prestasi untuk rujukan penilaian terhadap ketiga-tiga instrumen yang terdapat dalam penulisan ini.


Rajah 2.1 : Standard Prestasi 2.0 Pecahan, Perpuluhan Dan Peratus


3.0 INSTRUMEN LEMBARAN KERJA Rajah 3.0 : Instrumen Lembaran Kerja


3.1 KAEDAH, AKTIVITI, TAJUK PDP, STANDARD PEMBELAJARAN, STANDARD PRESTASI


3.1.1 Kaedah Berdasarkan rajah 3.1 iaitu instrumen lembaran kerja, kaedah yang telah digunakan bagi instrumen ini adalah secara bertulis. Pada pendapat saya kaedah bertulis amat bersesuaian dengan instrumen yang telah digunakan. Hal ini kerana, guru dapat mengukur pemahaman konsep matematik, melatih kemahiran berfikir secara kreatif, dan memupuk kebolehan murid dalam menyusun jawapan secara teratur.Dengan kaedah bertulis murid dapat mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan, dan menyusun jawapan dalam bentuk bertulis (Connie, 2021). Ini memberi peluang kepada guru untuk menilai pemahaman mereka secara terperinci dan sistematik.


3.1.2 Aktiviti Dalam instrumen yang telah digunakan, aktiviti latihan telah digunakan dimana guru tersebut menyatakan bahawa beliau telah membuat satu latihan selepas sesi pembelajaran di dalam kelas atau ia juga dikenali sebagai ujian formatif untuk murid-murid. Aktiviti latihan yang digunakan amat sesuai dengan kaedah dan instrumen yang digunakan. Hal ini kerana ia dapat membantu dalam memperkukuh daya ingatan murid mengenai konsep matematik dan hafalan, yang merupakan aspek penting dalam pembelajaran matematik. 3.1.2 aktiviti


3.1.3 Tajuk PdP Tajuk PdP semasa untuk instrumen yang digunakan adalah peratus. Tajuk ini merupakan tajuk kedua dalam DSKP Matematik tahun 4. Pada pendapat saya penggunaan instrumen lembaran kerja dalam tajuk peratus membantu memperkukuh pemahaman murid terhadap konsep peratusan dan meningkatkan kecekapan dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan peratusan. 3.1.4 Standard Pembelajaran Standard pembelajaran yang terdapat dalam instrumen ini ialah 2.3.1 menukarkan pecahan kepada peratus dan sebaliknya. Berdasarkan instrumen yang digunakan guru tersebut menggunakan set soalan yang bertepatan dengan Standard Pembelajaran yang terdapat dalam DSKP.


3.1.5 Standard Prestasi Standard Prestasi yang terlibat dalam instrumen yang digunakan dapat dilihat dalam rajah 2.1. Berdasarkan Instrumen yang digunakan set soalan digunakan untuk menguji tahap penguasaan (TP) murid di TP4. Dengan kata lain soalan yang digunakan untuk penguasaan murid dalam menyelesaikan masalah rutin melibatkan pecahan, perpuluhan dan peratus


3.2 Keupayaan Isntrumen mentafsir murid Berdasarkan instrumen yang telah dilampirkan di rajah 3.1, keberkesanan instrumen dalam mentafsir murid adalah tidak menyeluruh. Hal ini kerana, berdasarkan instrumen yang diperoleh guru tidak dapat melihat proses jawapan yang diperoleh oleh murid dan tidak dapat mengetahui kesilapan yang berlaku semasa murid menyelesaikan masalah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa instrumen tersebut dapat menguji tahap kognitif murid dalam menyelesaikan masalah namun ianya tidak dapat dilihat secara holistik berkaitan aspek-aspek lain tentang murid seperti proses yang digunakan oleh murid untuk memperoleh jawapan atau kefahaman murid tentang konsep yang diajar. Walau bagaimanapun instrumen ini juga mempunyai kelebihan seperti yang telah diterangkan sebelum ini seperti guru dapat membuat pembetulan dengan serta merta berkaitan kesilapan yang dilakukan oleh murid (Atikah , 2018).


4.0 INSTRUMEN SENARAI SEMAK Rajah 4.0 : Instrumen Senarai Semak


4.1 KAEDAH, AKTIVITI, TAJUK PDP, STANDARD PEMBELAJARAN, STANDARD PRESTASI


4.1.1 Kaedah Semasa temu bual bersama guru tersebut beliau menyatakan bahawa kaedah yang digunakan dalam instrumen senarai semak ini ialah pemerhatian. Guru tersebut telah melakukan pemerhatian ke atas murid kelas tersebut bagi memperoleh maklumat berkaitan perkembangan pelajar. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian, guru dapat merekodkan data di dalam instrumen yang telah digunakan mengenai pelbagai aspek tingkah laku pelajar, yang kemudiannya dapat digunakan untuk menilai pencapaian dan perkembangan mereka secara komprehensif (Nina, 2021).


3.1.2 Aktiviti Dalam aspek aktiviti guru tersebut juga ada menyatakan bahawa beliau menggunakan aktiviti pembentangan secara individu . Aktivitipembentangan membolehkan penekanan yang lebih mendalam pada aspek individu dalam penyampaian maklumat berkenaan objektif yang ingin dicapai. Selain itu, aktiviti ini memberi ruang kepada pembentang untuk menonjolkan kebolehan dan pengetahuan mereka secara individu. 4.1.2 aktiviti 4.1.3 Tajuk PdP Tajuk PdP yang terdapat di dalam instrumen yang diperoleh adalah tajuk 2.0 iaitu Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Penggunaan instrumen senarai semak terhadap tajuk ini ialah dapat memastikan kesemua aspek yang telah disertakan dan pencapaian murid dalam topik peratus matematik dinilai dengan berkesan.


4.1.4 Standard Pembelajaran Standard Pembelajaran yang terdapat dalam instrumen yang telah digunakan ialah 2.3.1 iaitu menukarkan pecahan kepada peratus dan sebaliknya. Guru ini menunjukkan dengan jelas standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid semasa melakukan aktiviti pembentangan. Selain itu, guru juga menyertakan catatan tambahan untuk menjelaskan perkembangan murid. 4.1.5 Standard Prestasi Bagi standard prestasi guru tersebut tidak menyatakan dengan jelas tentang tahap penguasaan yang ada pada murid seperti yang telah ditetapkan dalam DSKP atau rajah 2.1. Hal ini menjadi satu kelamahan kerana tanpa standard prestasi yang jelas, penilaian atau penilaian terhadap pencapaian tidak dapat dilakukan secara objektif.


4.2 Keupayaan Isntrumen mentafsir murid Secara kesulurhannya terdapat kelebihan dan kelemahan berkaitan instrumen senarai semak yang telah digunakan oleh guru tersebut. Kelebihan yang boleh dinyatakan disini ialah instrumen tersebut membolehkan guru menilai secara sistematik dan terperinci. Selain itu,guru dapat membuat pertimbangan dan membuat penilaian terhadap elemen penting yang berkaitan dengan pencapaian murid. Dari segi kelemahannya pula, Instrumen ini yang dibuat oleh guru tersebut tidak dapat mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap objektif pembelajaran dan standard prestasi yang ditetapkan dengan lebih teratur dan efisien. Ini membolehkan proses penilaian menjadi kurang berkesan dan guru tidak dapat memberikan maklum balas yang lebih tepat dan berfokus kepada muri (Primus, 2021).


5.0 INSTRUMEN SOAL JAWAB Rajah 5.1 : Instrumen Soal Jawab


5.1 KAEDAH, AKTIVITI, TAJUK PDP, STANDARD PEMBELAJARAN, STANDARD PRESTASI


3.1.2 Aktiviti Kaedah yang digunakan bagi instrumen soal jawab di rajah 5.1 ialah secara lisan. Kaedah ini membolehkan interaksi langsung antara guru dan pelajar, memudahkan pertukaran idea dan penjelasan. Selain itu, kaedah ini juga mendorong pelajar untuk menyuarakan pendapat, bertanya soalan, dan menyampaikan jawapan dengan jelas serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka. 5.1.1 kaedah 5.1.2 aktiviti Aktiviti yang digunakan oleh guru tersebut untuk menilai instrumen ini ialah aktiviti persembahan jual beli secara berkumpulan. Melalui aktiviti ini, pelajar akan dapat mengasah kemahiran pengiraan mereka. Mereka perlu mengira jumlah diskaun, jumlah wang yang perlu dibayar, atau jumlah wang yang perlu ditukar dalam situasi jual beli.


3.1.2 Aktiviti Tajuk yang diajar bagi menilai instrumen ini ialah tajuk 2.0 Pecahan, perpuluhan dan Peratus. Penggunaan kaedah dan aktiviti untuk mengajar tajuk yang ini ialah amat berkesan kerana melalui komunikasi lisan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi matematik murid dan aktiviti secara berkumpulan dapat meningkatkan kerjasama mereka. Hal ini menggalakkan pembelajaran yang bermakna untuk murid sesuai dengan konsep 6C (Suhaila, 2022) . 5.1.3 tajuk pdp 5.1.4 Standard Pembelajaran Standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid ialah 2.3.2 Mengira peratusan daripada suatu kuantiti objek. Pada pendapat saya standard pembelajaran yang terdapat dalam instrumen kurang bersesuaian dengan soalan yang diajukan oleh guru tersebut. Hal ini kerana soalan yang ditanya oleh guru tersebut lebih kepada pengaplikasian konsep peratus dalam kehidupan seharian sedangkan standard pembelajaran yang ingin dicapai adalah kebolehan murid dalam mengira peratusan daripada suatu kuantiti objek.


5.1.5 Standard Prestasi Tahap penguasaan murid berada pada peringkat yang tinggi iaitu tahap penguasaan 6. Hal ini kerana murid telah melakukan aktiviti yang melibatkan pengaplikasian seratus serta melakukan persembahan secara kreatif. Walaubagaimanpun dalam instrumen soal jawab ini, guru tersebut tidak menyatakan tahap penguasaan yang terdapat pada pelajar.


5.2 Keupayaan Isntrumen mentafsir murid Pada pendapat saya tentang instrumen soal jawab yang diperoleh ini adalah kurang jelas dalam metafsir perkembangan murid. Apabila aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan standard pembelajaran yang ditetapkan, terdapat risiko bahawa pencapaian pembelajaran pelajar tidak akan memenuhi standard yang dikehendaki. Ini boleh menyebabkan ketidakseragaman pencapaian antara pelajar dalam kelas. Selain itu, aktiviti pembelajaran yang tidak sejajar dengan standard pembelajaran mungkin tidak mampu mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Ini akan mengakibatkan kesukaran bagi pelajar untuk memahami konsep atau kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai.


Secara kesimpulannya , dalam pengguaan instrumen, aspek kaedah, aktiviti, tajuk, standard pembelajaran, dan standard prestasi memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan dan kesesuaian instrumen tersebut (Rosnah, 2022). Kaedah pentaksiran yang digunakan oleh guru perlu selaras dengan objektif PdP dan memastikan kebolehpercayaan dan kebolehujian instrumen yang digunakan. Aktiviti seperti kerja berkumpulan, latihan, pembentangan, kerja projek, kuiz, dan lain-lain perlu dirancang dengan teliti untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh. Tajuk instrumen juga perlu jelas dan relevan dengan matlamat penilaian yang ditetapkan. Selain itu, standard pembelajaran dan standard prestasi perlu diambil kira dalam penilaian instrumen. Standard pembelajaran merujuk kepada matlamat kurikulum yang dihasratkan yang perlu dicapai oleh murid. Sementara itu, standard prestasi menetapkan tahap pencapaian yang diharapkan oleh murid dalam sesuatu bidang pembelajaran. Dengan memastikan instrumen penilaian menyokong standard pembelajaran dan standard prestasi yang ditetapkan, guru dapat menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta membantu murid mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan (Primus, 2021). 6.0 rumusan


RUJUKAN Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran Dan Pentaksiran Dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161. Tahap penguasaan murid berada pada peringkat yang tinggi iaitu tahap penguasaan 6. Hal ini kerana murid telah melakukan aktiviti yang melibatkan pengaplikasian seratus serta melakukan persembahan secara kreatif. Walaubagaimanpun dalam instrumen soal jawab ini, guru tersebut tidak menyatakan tahap penguasaan yang terdapat pada pelajar. Connie Cassy, O. (2021). Penggunaan Kaedah Permainan, Buku Nombor dan Lembaran kerja dalam pembelajaran Matematik Awal kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 235–251. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1117 Halimah, J., & Said, R. R. (2019). PELAKSANAAN PENSKORAN PENTAKSIRAN LISAN BAHASA MELAYU DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (The Implementation of the Scoring for Malay Language Oral Assessment). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(2), 25–36. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/205 Hazuriana Hajmi, & Khairul Jamaludin. (2022). Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(4), 119–125. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/20751


RUJUKAN Kamis, A., Rahim Bakar, A., Hamzah, R., & Asmiran, S. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kompetensi Rekaan Fesyen Pakaian (RFP) (The Validity and Reliability of the Fashion Design Competency Instrument). Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(2), 11–19. http://www.ukm.edu.my/jurfpend/jurnal%2037(2)/2%20Kesahan.pdf Nina Mohd Idrus, & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Keberkesanan Kaedah Flipped Classroom Terhadap Kemahiran Mengolah Perenggan Mudah Dalam Kalangan Pelajar Tahun 1 Luar Bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 114–122. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/15134 Nur Atikah Khairun, N., Widyastuti, R., & Hamid, A. (2018). Pengembangan Instrumen Assessment Higher Order Thinking Skill (HOTS) pada Lembar Kerja Peserta Didik Kelas VII SMP. Prosiding Seminar Nasional Matematika Dan Pendidikan Matematika, 1(2), 543–556. http://www.ejournal.radenintan.ac.id/index.php/pspm/article/view/2465


RUJUKAN Nur Atikah Khairun, N., Widyastuti, R., & Hamid, A. (2018). Pengembangan Instrumen Assessment Higher Order Thinking Skill (HOTS) pada Lembar Kerja Peserta Didik Kelas VII SMP. Prosiding Seminar Nasional Matematika Dan Pendidikan Matematika, 1(2), 543–556. http://www.ejournal.radenintan.ac.id/index.php/pspm/article/view/2465 Primus, V. W., & Mosin, M. (2021). Strategi Pengurusan Evidens Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Khas dalam Program Inklusif Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 282–293. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1026 Rosnah@Nining Sidek, & Daman, B. (2022). Pelaksanaan Pbd Dalam Pdpr : Suatu Cabaran Buat Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 20(2), 1–21. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jd/article/view/20871 Suhaila Binti Jaabi, & Yusoff, M. (2022). Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) Bahasa Inggeris Dan Hubungannya Dengan Komitmen Guru Bahasa Inggeris Di Daerah Semporna Era Norma Baharu. International Conference On Global Education, 102–110. https://www.ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/92


Click to View FlipBook Version