SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 1
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 2 KANDUNGAN KATA PENGANTAR 3 SOALAN DAN JAWAPAN 4 -10 SENARAI PELAJAR DAN PEMBIMBING 11 RUJUKAN 13
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 3 KATA PENGANTAR رَّلا ح ميِ ل ر َّ ح ْ َّ ح ر ميِ را مه ّ رم ْ ِ Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah subahanallah , Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat dan semua yang mengikut jejak langkah baginda hingga hari pengadilan. Kompilasi soalan dan jawapan ini dihasilkan atas inisiatif Sahabat Al Quran Proton City di bawah bimbingan Ustazah Sharifah Fadzliah binti Syed Idrus. Buku ini boleh digunakan seiring dengan buku tajwid yang merujuk kepada Toriq Syatibi dari Riwayat Hafs An Asim serta mushaf quran Rasm Uthmani. Kompilasi ini bertujuan menjadi rujukan asas kepada para pelajar yang sedang mengikuti Kelas Tajwid dan Tahsin Al Quran di Masjid At Taqwa, Proton City secara khasnya dan semua pelajar yang sedang mengikuti kelas yang sama di bawah bimbingan Ustazah Sharifah Fadzliah. Semoga usaha kecil ini dapat membantu para pelajar untuk memahami hukum-hukum tajwid di samping dapat membaca Al Quran dengan lebih sempurna. Ucapan penghargaan kepada Jawatankuasa Masjid At Taqwa, khasnya kepada Tuan Pengerusi masjid At Taqwa yang memberi sokongan dalam penubuhan Kelas Tajwid dan Tahsin Al Quran ini. Moga usaha murni ini dapat diteruskan serta dikembangkan kepada lebih ramai pelajar dewasa dan kanak-kanak di Proton City. Segala usaha yang telah diberikan oleh pengajar kami yang amat berdedikasi serta semua pelajar kelas Tajwid dan Tahsin Al Quran secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan buku kompilasi ini amat dihargai. Hanya Allah SWT yang akan membalas usaha kecil ini dengan sebaik-baik ganjaranNya. Penyusun , Hajah Rashidah Binti Baharom
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 4 1. Mad wajib muttasil: mad asli bertemu dengan hamzah dalam satu kalimah. Wasal 4,5 harakat. Waqaf, 6 harakat. Hamzah qoto, tidak menumpang pada huruf mad. 2. Mad jaiz munfasil : mad asli bertemu dengan hamzah dalam 2 kalimah. Wasal , 4,5 harakat. Waqaf 2 harakat. (Hamzah menumpang atas alif) 3. Izhar huruf atau mana2 huruf yang bertanda sukun, izharkan(jelaskan) makhraj dan sifat huruf. Lepas tu nyatakan apa makhraj dan sifat huruf. Contoh : Huruf Rho, Makhraj Rho terletak dihujung tepi lidah, bertemu belakang gigi kacip atas. Sifat Rho ialah jahr, tawassut, istifal, infitah, izlaq, inhiraf dan takrir. 4.. Idgham maal ghunnah: Memasukkan BUNYI nun ke dalam ( م ن و ي (dengan DENGUNG secara kamil (idgham kamil) kerana ada sabdu atas huruf nun atau mim. Kalau و dgn ي ialah secara naqis (idgham naqis) 5. Idgham bila ghunnah: memasukkan bunyi nun ke dalam huruf ل / ر tanpa dengung secara kamil(ada sabdu) 6. Sifat Lin Lin ertinya lembut Hurufnya ialah Wow dan ya Terjadi apabila huruf wow atau ya bertanda sukun asli dan huruf sebelumnya berbaris di atas.
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 5 7. Mad lin Terjadi bila mad asli bertemu dengan wow atau yaberbaris atas, diikuti oleh sukun mendatang ketika berhenti(waqaf) *Dari segi bahasa mad Lin lembut/lunak * harakat 2,4,6 ketika waqaf 8. Qolqolah sughra Sughra (kecil) Lantunan suara kecil yang berlaku apabila huruf qolqolqh bertanda sukun asli dan berada di tengah kalimah. 9. Qolqolah kubra Bila huruf qolqolah dimatikan untuk wakaf. Berada di akhir kalimah. 10. Qolqolah akhbar Terletak di akhir ayat (waqaf), Huruf qolqolah bersabdu, berhenti sebentar dan lantun suara qolqolah 11. Izhar Syafawi Assaydhu Izhar shafawi assaydhu (bersangatan: tawassut dan izlaq) terjadi bila م sukun bertemu huruf و atau ف iaitu huruf sama makraj dgn م syafatain. 12. Izhar mubalaghah Bermaksud keadaan yg keluar dari kebiasaan atau batasan contoh
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 6 i) Surah Yasin: bila dibaca ayat 1 dan2 secara wasol. Cara bacaan dibaca jelas secara izhar. ii) Surah Al-Qalam ayat 1 dan 2 13. Izhar mutlak Izhar mutlak juga dikenali sebagai izhar idgham. Mutlak maksudnya ialah hak asal i) Nun sukun bertemu dengan huruf wow dalam satu kalimah. 4 kalimah sahaja di dalam quran ii) Lam sukun yang di tengah kalimah 14. Idgham syamsiah Maksud idgham ialah masukan (huruf lam) ke dalam huruf selepasnya yang bersabdu.(Lam tak dibunyikan) sebelum lam ada hamzah wasal. 15. Izhar Qamariah Izhar maksudnya jelaskan bunyi lam dan ada tanda sukun pada huruf lam. Sebelumnya ada hamzah wasal. 16. Mad Aridh Lisukun Mad asli yang diikuti huruf yg disukun secara mendatang dengan mengizharkan huruf …. Pada makhraj dan sifatnya. Makhraj…. Ialah ….. dan sifat ….. ialah ….. Harus dibaca 2,4,6 harkat.
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 7 17. Iqlab Iqlab ialah tukar. Tukarkan bunyi 'nun' @ 'tanwin' kpd bunyi 'mim' , beserta dengung -huruf nya ialah 'ba' 18. Mad Lazim Kalimi Muthoqol Lazimi 6 harakat Kalimi – Kalimah Terjadi apabila mad asli bertemu sukun(dalam sbadu) 19. Mad lazim Kalimi mukhofof Lazimi 6 harakat Kalimi - kalimah Selepas huruf mad ialah huruf sukun asal pd bacaan wasal@wakaf dan tiada bacaan idgham..hukum bacaan 6 harakat. Terjadi apabila mad asli bertemu sukun asli Contoh: a aaaaaal aa na 20. TIGA hukum dalam mim sukun? i- Idgham Syafawi Huruf mim sukun bertemu huruf mim bersabdu Masukkan bunyi mim sukun ke mim(bersabdu) Mim tiada tanda sukun
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 8 ii. Ikhfa syafawi Samarkan bunyi mim sukun ke huruf ba dengan ghunnah Bibir tidak dirapatkan(seperti ada rongga sehelai kertas) Mim tiada tanda sukun iii. Izhar syafawi Jelaskan makhraj dan sifat huruf mim apabila bertemu 26 huruf hijaiyah selain mim dan ba' Mim ada tanda sukun 21. Wajibal ghunnah Wajibal - wajib Ghunnah - bawa suara lunak kenpangkal hidung dan tahan 2 harakat. Huruf yang terlibat ialah mim dan nun yang bersabdu 22. Mad silah (mad bersambung) Ha dhomir yang terletak di antara dua huruf yang berbaris, bacaannya wajib dimadkan jika wasal. 2 jenis mad silah: i. Mad silah qosiroh MSQ (pendek) Ha’ dhomir dan selain huruf hamzah Tiada hamzah selepas ha' dhomir Dibaca panjangnya 2 harakat Jika berbaris dhomah(hadapan), tanda MSQ ialah و kecil, jika berbaris di bawah, tanda MSQ ialah kepala ى
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 9 ii. Mad Silah Towilah(MST)- panjang Dibaca panjangnya 3,4,5 harakat Ada huruf hamzah lepas ha' dhomir Jika berbaris dhomah(hadapan), tanda MST ialah و kecil bertanda mad di atasnya, jika berbaris di bawah, tanda MST ialah kepala ى bertanda mad di atasnya 23. Mad Lazim Harfi Muthoqol Lazim – lazimi 6 harakat Harfi – huruf muqotto’ah Mad asli bertemu sukun dan ada hukum idgham Mad Lazim Harfi Muthoqqol terjadi apabila mad asli bertemu dengan sukun asli di dalam satu huruf. Bererti berat,terdapat hukum idgham Sebutan huruf mad di idghamkan ke dalam huruf berikutnya. 24. Mad Lazim Harfi Muhaffof Terjadi apabila mad asli bertemu sukun yang terjadi pada huruf muqotto’ah bila dieja. Bererti ringan , tiada hukum idgham. 25.Berapa harakat harus dibaca bagi hukum tajwid / kalimah berikut. a. Mad Asli - 2 harakat b. Mad wajib mutassil ketika wasal - 4@5 harakat. c. Mad wajib mutassil ketika waqaf - 6 harakat d. Mad jaiz munfassil ketika wasal - 4@5 harakat
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 10 e. Mad jaiz munfassil ketika waqaf - 2 harakat sebab dah jadi mad asli f. Mad I'wad - 2 harakat g. Mad tamkin - 2 harakat. h. Mad ta’zim - 4 atau 5 harakat. i. Lahfuz jalallah Ketika(wasal) - 2 harakat (Waqaf) - 2, 4, 6 harakat 26. SAKTAH mengikut istilah ilmu tajwid? Menghentikan bacaan tanpa menukar nafas baharu dengan kadar 2 harakat dan menyambung bacaan dengan nafas yang sama. 27. WAQAF Berhenti dengan menukar nafas baharu
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 11 SENARAI PELAJAR KELAS TAJWID DAN TAHSIN AL-QURAN MASJID AT TAQWA, PROTON CITY AZIAN BT AHMAD FAZIDAH BINTI ABU BAKAR HALIMATUN SA’ADIAH BINTI SULAIMAN HASMAH BT YAHYA HASNAH BT NGAH MASREAH BINTI MOHD RAKOF NIK MERRIAM BT NIK ABU BAKAR NIK RUSILAWATI BINTI SHAFAAT NOOR FAZLIN BINTI MOHD NOOR NORAINI BINTI ABDUL MAJID NURAINI BINTI TUAMAN RASHIDAH BINTI BAHAROM ROHAIDA BINTI RAZALI SALMIAH SHARIFAH BT WAHID
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 12 SITI ROHANIAH BINTI MOHAMAD SORAYA OSMAN ZAINAB BINTI ABDUL RAZAK ZAINIAH BINTI MD ISA ZAKIYATUL FADZILAH BINTI ZAWARI ZANTIE DARLEENA BINTI AZIZAN ZUBAIDAH BINTI ABDULLAH USTAZAH PEMBIMBING SHARIFAH FADZLIAH BINTI SYED IDRUS
SAHABAT AL QURAN, MASJID AT TAQWA, PROTON CITY 13 RUJUKAN 1. Abdul Qadir Leong(2021). Tajwid Al-Quran Rasm ‘Uthmani. Firdaus Press.Sdn Bhd 2. Izran Mohamad Saaban(2023) Ringkasan Ilmu Tajwid Al-Quran, Riwayat Hafs ‘An ‘Asim toriq Asy-Syatibiyyah. Maktabah Tajwid Resources