The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24399503, 2022-04-17 21:42:55

Minit Mesyrt Panitia MT bil 4 2021/22

MM Pan MT kali 4 2021-22

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNTONG
22040, SETIU TERENGGANU

MEMO DALAMAN

Kepada : Semua Guru Penolong Kanan
Ahli Jawatan kuasa – ( seperti lampiran )
Daripada : Setiausaha Panitia Matematik,
SK Guntong, Setiu, Terengganu
Salinan kepada : Guru Besar
Rujukan : SKG / / / ( )
Tarikh : 6 Februari 2022

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL. 4 / 2021-2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2 Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Februari 2022 (Rabu)
Masa : 1.30 petang
Tempat : Kelas Pemulihan

3 Sehubungan dengan itu, semua guru Matematik diminta menyertai mesyuarat berkenaan.

4 Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

4.1 Ucapan Pengerusi
4.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
4.3 Maklum Balas
4.4 Perkara-perkara yang dibincangkan :

4.4.1 Catch-up Plan
4.4.2 Pentaksiran - PBD Akhir Tahun
4.4.3 Post-mortem Perancangan Panitia
4.4.4 Kewangan
4.4.5 Penetapan Kelas mengajar - 2022

5 Hal-hal lain.
6 Penangguhan Mesyuarat

Kehadiran semua yang terlibat dalam mesyuarat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian,

(ROS AZIMAH BINTI SULONG)
Ketua Panitia Matematik,
SK Guntong, Setiu

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNTONG
22040, SETIU TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
BIL. 4 /2021-22

Tarikh : 9 Februari 2022 (Rabu)
Masa : 1.30 petang – 2.15 petang
Tempat : Bilik Pemulihan

KEHADIRAN : Jawatan
GPK Kurikulum
BIL. Nama
1. Pn. Eshah binti Harun Ketua Panitia (4A, 4B, 6A dan 6B)
2. Pn. Ros Azimah binti Sulong Setiausaha / Guru Kelas Pemulihan
3. Pn. Zalina binti Salleh Guru Matematik ( 1A, 1B dan 3B )
4. Pn. Zailawati binti Mohd Nor Guru Matematik ( 2A, 2B dan 3A )
5. YM. Tg. Norasikin binti Tg Mahmood Guru Matematik ( 5A dan 5B )
6. En. Rasidi bin Mat Salleh

TIDAK HADIR : Tiada

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Ketua Panitia memulakan dengan ucapan salam dan terima kasih kepada semua yang
hadir. Diharap mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama
daripada semua guru.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS
2.1 Minit Mesyuarat lepas disahkan tanpa pindaan.

3.0 MAKLUM BALAS
Para 4.1 : Kandungan Asas Kurikulum (KAK) Matematik bagi semua kelas telah mencapai 100%.
4.2 : Semua guru telah selesai merekodkan Tahap Penguasaan murid dalam templet PBD
Akhir Tahun.

4.0 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1 Catch-up Plan (CUP)
- Semua guru telah melaksanakan Catch-up Plan bagi kelas masing-masing
bermula 9 Januari 2022.
- Salinan program CUP kelas masing perlu diserahkan kepada setiausaha panitia
untuk difailkan.
- CUP bertujuan meningkatkan Tahap Penguasaan murid berdasarkan Standard
Prestasi(Spi) yang ditetapkan dalam DSKP, agar murid dapat mencapai sekurang-
kurangnya TP3.
- Diharap ada peningkatan dalam TP murid.
- Guru perlu tahu bilangan murid yang masih tidak menguasai kemahiran iaitu
yang masih ditahap TP1-TP2. Boleh gunakan cara/kaedah lain yang dirasakan
sesuai.
Makluman : Semua guru

4.2 Pentaksiran - PBD Akhir Tahun

- Guru masih boleh membuat perubahan dalam templete PBD akhir tahun
sekiranya ada perubahan dalam TP murid.

- Sentiasa rujuk Standard Prestasi (Spi) dalam DSKP untuk kaedah pentaksiran.
- Diharap guru dapat menjalankan pentaksiran yang adil terhadap setiap murid.

Tindakan : Semua guru

4.3 Post-mortem Perancangan Panitia

Program Tahunan Panitia tidak dapat dijalankan sepenuhnya disebabkan
kekangan/situasi kini. Walau bagaimanapun, program tersebut akan diteruskan pada

sesi baru 2022/23. Penambahan program yang dirasakan perlu dan sesuai boleh
dicadangkan pada mesyuarat panitia kali pertama sesi 2022/23 nanti.

Makluman : Semua guru
4.4 Peruntukan Kewangan/Perbelanjaan

- Peruntukan Kewangan Panitia tahun ini berjumlah RM 745.
- Antara alat dan bahan yang telah dibeli adalah :

a) Jangka sudut(protaktor) untuk kegunaan murid – 24 keping
b) Jangka lukis besar untuk kegunaan guru – 2 set
c) Papan graf / satah cartes – 1 set
d) Model wang mainan – 4 set
e) Banner matematik – 3 set
- Alat ini diletakkan di bilik ABM matematik dan Seni ( bersebelahan bilik guru
lelaki) untuk kegunaan semua guru.
- Diharap guru dapat menggunakan ABM sebaiknya dan merekodkan penggunaan
alat/bahan dalam buku yang disediakan dalam bilik tersebut.
- Guru-guru masih boleh mencadangkan alat/bahan yang diperlukan.

Makluman : Semua guru
4.5 Penetapan Kelas mengajar 2022

- Guru diminta mengisi kelas yang ingin diajar untuk sesi baru 2022/23.
- Walau bagaimanapun, keputusan tertakluk kepada keperluan dan ketetapan

pihak pengurusan.

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Tiada hal-hal lain.

6.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang.

Disediakan oleh,

(ZALINA BINTI SALLEH)
Setiausaha Panitia Matematik,
SK Guntong, Setiu
Tarikh : 13 Februari 2022

Lampiran 1

LAPORAN STATUS PBD SEHINGGA 12 FEBRUARI 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNTONG, SETIU, TERENGGANU
DATA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) AKHIR TAHUN

( SELEPAS CATCH-UP PLAN - 17 FEBRUARI 2022 )

MATA PELAJARAN : MATEMATIK

TP TP 1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 JUMLAH % TP1- % TP3-
TP2 TP6
KELAS 05 11 9 30 28
1 ARIF 24 9 10 20 27 17.9 82.1
1 BESTARI 00 6 10 60 22 22.2 77.8
2 ARIF 37 53 20 20 100
2 BESTARI 00 0 21 70 28 0 50
3 ARIF 04 12 8 00 24 50 100
3 BESTARI 00 12 10 40 26 0 83.3
4 ARIF 03 21 3 10 28 16.7 100
4 BESTARI 00 9 11 00 20 0 89.3
5 ARIF 09 92 00 20 10.7 100
5 BESTARI 00 12 12 60 30 0 55
6 ARIF 00 17 5 30 25 45 100
6 BESTARI 5 32 123 104 34 0 0 100
0
JUMLAH 12.4 76.2 11.4
% 298 12.4 87.6


Click to View FlipBook Version