The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by addinaalia8, 2022-04-02 03:59:38

TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK

ALIA ADDINA BINTI RAMLAN

P E N G TUGA SAN 2 O D U K
HASIL AN P R

kesantunan

berbahasa

bmmb1144

ALIA ADDINA BINTI RAMLAN

SDEKuOnLiAaHkKu.U



WATAK

MAISARA KAISARA

WAFIY AZFAR ALIA CIKGU SHARIPAH



Kedua-dua pelajar perempuan ini bukanlah saudara kembar. Bukan juga saudara-mara atau
sepupu atau dua pupu. Tapi dek kerana nama mereka hampir sama, yang hanya dibezakan oleh
abjad pertama sahaja, mereka seumpama pasangan kembar. Pasangan kembar yang ayu, bijak,
aktif dan berkaliber. Perasan! Tidak kiralah apa umpatan orang di sekeliling, mereka tidak mahu
mengambil hati. Yang penting, hidup perlu berimej positif.

Bagi mereka juga, zaman persekolahan penuh keriangan, pengembaraan dan percubaan.
Suatu eskperimen dan persediaan bagi menempuhi zaman dewasa yang lebih mencabar.

Semua ini tidaklah bermakna zaman remaja tidak cukup mencabar. Zaman pertengahan yang
letaknya di antara usia kanak-kanak dan usia dewasa ini adakalanya amat merumitkan.

Banyak anasir luar yang cuba mempengaruhi kubu pertahanan pun kena kuat. Kalau setakat
berdindingkan hati yang berbolak balik, sukarlah untuk membina jati diri yang positif. Kalau
lemah, mudahlah terjatuh ke dunia negatif. Ah! Rumit sungguh. Namun begitu, hidup ini
umpama suatu perjalanan yang panjang. Hidup akan menjadi lebih indah dan unik dengan ujian
dan dugaan.

2



Huaaaa! Nangis Kaisara dalam kelas keseorangan kerana mendapat gred B dalam ujian
bulanan untuk subjek Prinsip Perakaunan. “Penatnya belajar tetapi hasil yang dapat langsung
tidak memuaskan”. “Padahal subjek Prinsip Perakaunan merupakan subjek yang paling aku
suka di sekolah”. Rintih Kaisara.

“Assalamualaikum Kaisara, mana awak? Jom pergi ke kantin."

“Awak nak beli apa?” jerit Maisara. Frekuansi suaranya sengaja diperkuatkan untuk
mengatasi keriuhan kantin pagi itu.

Giliran mereka membeli makanan hampir tiba. Hari in angin Kaisara tidak seperti selalu.
Mimpi ngeri apalah agaknya malam tadi. Biasanya mulut Kaisara seumpama bertih jagung.
Keterujaannya dalam memilih makanan nampak hilang harini.

Kaisara menggeleng-geleng.

“Betul, awak tidak mahu beli apa-apa?” Soalan yang sama diulang lagi.

Maisara membulatkan mata tanda tidak percaya. Entah angin apa yang dah meniup
Kaisara pagi itu.

4

“Tak mahulah. Nasi lemak ada santan. Karipap pula berminyak. Tengoklah muka saya. Jerawat dah tumbuh di
bawah bibir. Nanti tambah lagi,” balas Kaisara.

“Hmmm…gastrik nanti. Awak juga yang susah!”

“Saya dah ambil roti pagi tadi. Sekarang ni, saya cuma mahu minum air coklat saja, Harap-harap boleh bertahan
sampai balik.” Kaisara teguh dengan pendiriannya. Tidak bergoyang meskipun ditiup oleh angin puting beliung.

Maisara risau akan sikap Kaisara yang suka berubah-ubah. “Kenapa dengan awak Kaisara? Awak tak sihat kah?

Kaisara menggeleng-geleng. “Saya kecewa dengan diri saya Maisara kerana saya mendapat markah rendah
dalam ujian bulanan untuk subjek Prinsip Perakaunan. Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapat gred A+ dalam
subjek Prinsip Perakaunan. Saya perlu berusaha dari sekarang supaya saya memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam SPM nanti.” balas Kaisara.

“Kaisara, awak tak boleh bersikap sebegini. Biarlah kita bersusah-susah dahulu, besenang-senang kemudian.
Pasti ada jalan penyelesainnya Kaisara.” kata Maisara.

"Ayuh, kita belajar bersama-sama setiap petang. Saya janji saya akan membantu awak Kaisara. Kita kan dan janji
5
nak berjaya sama-sama."

Dia berkira-kira sendiri. Wajah Kaisara setiap bulan pasti ada jerawat sejak
melangkah ke alam baligh ketika berumur 13 tahun. Maisara pula tidak pernah
ada jerawat. Bukan dia mahu mendabik dada tetapi itulah kenyataanya. Hisy!
Janganlah jerawat hinggap di wajahnya pula. Ngeri! Kaisara selalu mengadu,
jerawatnya bengkak dan sakit. Sebab itu dia takut! Dia tidak mahu mengumpat
dan memperkatakan jerawat yang muncul di wajah teman-teman. Takut terkena
diri sendiri nanti! Paku dulang paku serpih. Bimbang mengata orang, nanti dia
pula yang lebih. Mungkin Kaisara stres agaknya belajar.

“Berapa ringgit air coklat ini?” tanya Kaisara usai mereka duduk.

Maisara menggeleng. Hai! Dari tadi asyik menggeleng. Nasib baik kepala tidak
teleng.

“Saya belanja awak. Hari tu kan awak sudah belanja saya. Gilir-gilirlah,” jelas
Maisara sambil mengunya kuih karipap berinti sardin.

6

Sedap! Rugi Kaisara tidak mahu membeli. Sudahlah tepungnya rangup. Intinya cukup rasa, campur
daging yang dipotong kecil-kecil. Tidak terlalu pedas dan tidak terlalu masin. Pendek kata sesuai benar
dengan cita rasa Maisara.

“Terima kasih daun keladi. Lain kali awak belanja lagi tau!” Tawa Maisara berkumandang.

“Tidak ada masalah. Awak kan kawan baik saya.”

“Esok nak temankan saya ke perpustakaan tak? Saya mahu pinjam buku untuk dijadikan rujukan
untuk peperiksaan nanti,” ajak Kaisara. Air coklat itu dihirupnya perlahan.

“Nanti saya minta izin dengan mama saya dahulu.”

Pesan kedua ibu bapa sentiasa disemat di dalam minda. Keluar rumah hanya dengan izin mereka.

“Bagus. Bagus. Saya telefon awak malam ini, jika mama saya izinkan, esok saya datang dengan

pemandu saya,” Jawab Kaisara serius. Sinar matanya nampak bercahaya, bagaikan sinaran bintang di

langit kelam.

7

Maisara terkedu. Sejak bila pula Kaisara ada pemandu persendirian. Sepanjang pengetahuannya, mereka
cuma ada pemandu bas sekolah. Itu bukan pemandu persendirian. Itu kan pemandu kenderaan awam. Esok
pula hari cuti! Pak cik bas berwarna oren itu tidak bekerja. Pasti memori Kaisara ada masalah! Itulah tidak
mahu makan. Tenaga sudah makin berkurangan.

“Awak biar betul Kaisara. Bila masa pula ayah awak ambil pemandu persendirian? Awak tak beritahu pun
sebelum ini?”

Tawa Kaisara bergema lagi. Wajahnya ceria! Itulah kelebihannya. Kegembiraan selalu terpancar di wajahnya.
Prinsip hidupnya menjadi mudah dan indah. Setiap apa yang berlaku pasti ada jalan penyelesainnya. Awan
yang mendung tadi pun sudah berlalu.

“Awak ni lurus bendullah. Bukan pemandu persendirianlah. Abang saya balik bercuti. Petang ini dia sampai.
Inilah masanya untuk bermanja. Dia kan sayangkan saya.”

Maisara mencebik. Kaisara memang bertuah. Dia anak perempuan tunggal di

kalangan adik-beradiknya. Dia bukan sahaja mempunyai pemandu persendirian.

Malahan kerap juga dia memiliki pengawal peribadi. Zaman ini, berbahaya jika anak

gadis keluar seorang. Tidak kiralah siang atau malam. Sebab itulah ibu dan ayah mereka

tidak izinkan keluar seorang. Bak kata orang, malang itu kan tidak berbau. Air yang

tenang, jangan disangka tiada buaya. Jika tidak berhati-hati, kita juga yang tergolong


dalam insan yang rugi. 8

“AWAK banyak berangankah malam tadi?” sindir Wafiy yang duduk di hadapan Kaisara. Tubuhnya
sengaja dipusingkan ke belakang.

Kaisara tersentak. Wajahnya masam mencuka mengalahkan buah cermai muda. Dia berpura-pura
tidak mendengar. Buku teks Prinsip Perakaunan dibeleknya serius. Sesekali pen di hujung jari-jemarinya
dipusing-pusingkan perlahan. Wafiy memang suka menyibuk. Suka jaga tepi kain orang. Kenapalah
dahulu dia memilih tempat duduk di hadapan Kaisara?

Hampir seisi kelas mendengar suaranya. Kaisara menoleh ke arah suara itu. Wajah Maisara yang
baru sampai dari tandas penuh dramatis. Pandai dia berlakon. Bukannya dia tidak tahu Kaisara dan
Wafiy umpama tikus dan kucing. Pantang bersua muka, ada-ada saja idea untuk mencetuskan
pertengkaran.

Selepas pulang ke sekolah, Maisara dan Kaisara selalu mengulangkaji pelajaran bersama-sama.
Mereka sentiasa berbincang dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Mereka gigih berusaha
dari tingkatan 4 sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke Tingkatan 5.

“Maisaraaaa! tahun ni kita akan menduduki SPM, tak lama lagi tamatlah zaman persekolahan kita.
Ayuh kita lakar sejarah di sekolah yang penuh bermakna ini.” kata Kaisara.

9

“Alamak,” Ammar bergegas ke tandas lelaki. Hatinya menyumpah-nyumpah. Hisy! Maisara ini lantang
benar suaranya. Kalau mahu menegur pun, tidak perlulah suara bergema seperti pembesar suara. Bagai
mahu mengumumkan acara majlis sahaja lagaknya. Siapa pula yang lantik dia menjadi juruacara majlis
tidak rasmi hari ini? Malulah Ammar. Dia merenung cermin muka di hadapan sinki. Rambutnya dibelek
berulang-ulang kali. Belek kiri belek kanan. Belek depan belek belakang. Tiada uban pun.

“Maisara!” Ammar menjerit.

“Azfar, mana Cikgu Sharipah?” tanya Alia.

Kedudukan kedua-dua mereka dipisahkan satu lorong untuk berjalan. Di dalam kelas 5 Alpha ini,
meja pelajar disusun berkembar dan terdapat empat barisan. Azfar mengangkat bahu.

“Tak tahu,” pendek dia menjawab.

“Kenapa awak tak tahu? Awak kan profesor serba tahu.” Suara Alia mampak tidak puas hati. Azfar
mendiamkan diri.

“Awak juga yang kata. Semua soalan pasti ada jawapannya,” ajuk Alia meniru pernyataan yang selalu

terbit dari mulut Azfar. 10

“Azfar,” panggil Alia lagi.

“Saya bukan ketua kelaslah.” Azfar bersuara. Nampak takut-takut.

Alia ketawa dalam hati. Nampaknya Azfar sememangnya sudah berubah sekarang.
Dahulu dia tidak berani membantah. Semenjak dia berjiran dengan Maisara, hal itu sudah
berubah. Ini pasti pengaruh Maisara.

Bagus juga minah ni. Dalam perasan cantik, dapat pula menyebarkan aura positif
kepada jirannya.

“Assalamualaikum kelas, dengan lantangnya suara Cikgu Sharipah memberi salam.
Hari ini merupakan hari terkahir kamu semua sebelum menduduki SPM. Saya berharap
kamu dapat melakukan yang terbaik untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam SPM nanti” balas Cikgu Sharipah.

“Yeayy! Semua pelajar bersorak kegembiraan kerana hari Khamis 24 Mac 2021

merupakan hari terakhir mereka mengambil peperiksaan dan hari terakhir mereka

sebagai pelajar sekolah menengah. Bermulalah kehidupan mereka yang lebih mencabar

di alam yang baharu. 11


Click to View FlipBook Version