hARAPAN DI dalam kegelapan Buku cerita kanak-kanak Karya: Lau Zi Yun Ilustrasi: Lau Zi Yun Terbitan dan tahun: Lau Zi Yun (2024))
Di sebuah kampung yang indah dan tenang, terdapat pelbagai jenis kaum telah tinggal di kampung ini. Namun, terdapat seorang orang tua yang mahir dalam ilmu sihir iaitu Rosli. Walaupun begitu, dia sering menggunakan kebolehannya untuk melakukan kejahatan. Rosli menggunakan serangga seperti kala jengking dan lipas untuk menyihir orang dengan mencipta sumpahan yang berbahaya. 1
Rosli suka meminta wang daripada orang miskin. Dia selalu menggunakan kata-kata kasar dan memalukan mereka. Rosli juga memelihara seekor ular berbisa. Rosli sangat menyukai emas dan wang kertas. Oleh itu, beberapa orang kaya sering meminta bantuan daripada Rosli untuk melakukan perbuatan jahat. Mereka memberi emas dan wang sebagai balasan. 2
Di kampung tersebut, terdapat seorang gadis yang cantik seperti bidadari iaitu Sofea. Namun begitu, kehidupan keluarganya sangat miskin. Ibunya sakit dan ayahnya sudah meninggal dunia. Sofea mempunyai beberapa sahabat baik iaitu Xi Xi, Amir, Abu dan Mutu. Pada suatu hari, Rosli ternampak Sofea dan jatuh hati kepadanya. 3
Rosli menggunakan ilmu hitamnya untuk mendapatkan Sofea. Dia menanamkan sumpahan tersebut di dalam tanah berhampiran rumah Sofea. Beberapa hari kemudian, Sofea tiba-tiba demam tinggi, menjadi lemah dan tiba-tiba jatuh cinta kepada Rosli. Dia menyatakan bahawa ingin menjadi isteri Rosli. 4
Xi Xi, Amir, Abu dan Mutu berasa hairan dengan perangai Sofea. Mereka mengimbas kembali, sebelum ini Sofea membenci sikap Rosli. Amir meneka bahawa mungkin Rosli telah meletakkan sumpahan ke atas Sofea. Lalu mereka membuat keputusan untuk menyiasat dan mencari kebenaran. "Rosli, saya merasakan sesuatu yang istimewa terhadap awak. Saya ingin menjadi isteri awak." "Ha ha ha! Sudah tentu, Cik Sofea yang cantik. Awak benarbenar seorang gadis yang bijak !" 5
Beberapa hari kemudian, mereka telah menemui tembikar yang aneh berdekatan rumah Sofea. Mutu menghancurkan tembikar itu dan berjaya membatalkan sumpahan pada Sofea. 6
Rosli sangat marah apabila mengetahui tentang kejadian itu, dia membawa ular berbisanya untuk menyerang rakan-rakan Sofea. Nasib baiknya, penduduk kampung yang berbilang kaum telah bersatu padu untuk melawan Rosli. Ada yang menggunakan tongkat dan pisau untuk bertahan daripada serangan Rosli. “Cis, kalian berani mengganggu urusan saya !” "Kita tidak boleh membiarkan bomoh yang keji ini menang!" 7
Rosli berasa takut apabila banyak orang mengambil pisau dan tongkak di hadapan dia. Rosli terus melarikan diri dengan membawa emas dan wang kertas. Malangnya, dia telah dilaporkan oleh Xi Xi kepada pihak polis. Akhirnya Rosli ditangkap. 8
9 Sofea mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya dan penduduk kampung. Kampung itu kembali tenang dan damai.
Sihir - perbuatan luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makluk halus. 1. Serangga - binatang yang kecil dan badannya bertekung tiga, kakinya enam serta beruas-ruas (seperti nyamuk, lalat, belalang dan sebagainya). 2. Kala jengking - haiwan kecil yang mempunyai sengat beracun di ekornya. 3. 4.Menyihir - mengguna sihir 5.Sumpahan - Sesuatu yang disumpah 6.Berbisa - mengandungi bisa atau beracun Bidadari - perempuan yang cantik rupawan atau dewi di syurga 7. 8.Jatuh hati - jatuh cinta Hairan - berasa pelik atau ganjil apabila melihat atau mendengar sesuatu 9. 10.Perangai - kelakuan atau tingkah laku 11.Menyiasat - menyelidik sesuatu 12.Aneh - tidak seperti yang biasa dilihat, pelik Bomoh - orang yang menggunakan khidmat bomoh untuk mengubati penyakit, menyihir dan mencelakakan. 13. gLOSARI 10
sinopsis Di sebuah kampung yang indah, Rosli ialah seorang penyihir yang jahat. Dia selalu mengancam keharmonian dengan sihirnya. Sofea ialah seorang gadis yang cantik tetapi miskin. Dia terjebak dalam sumpahan Rosli. Dengan bantuan penduduk kampung dan rakan-rakannya, Sofea telah diselamatkan. Akhirnya, Rosli berjaya ditangkap. kampung yang aman dan damai dapat diwujudkan semula. Cerita ini menekankan kebaikan bersatu padu antara satu sama lain untuk menentang kejahatan.