PENSYARAH PUAN NOORHUDA BINTI ABDUL KARIM PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Seni dalam Masyarakat Malaysia
1. PENGENALAN 2. SENI MUZIK 3. SENI TARIAN 4. BUDAYA PAKAIAN DAN MAKANAN 5. ETIKA DAN PERADABAN 6. CARA SENI MEMPROMOSIKAN KEBUDAYAAN 7. KONKLUKASI 8. RUJUKAN ISI KANDUNGAN PENGARANG E-FOLIO 01 02 03 04 05 06 ALIA KHADEEJA IMRA MC230923210 MAIDATUL AINA MC230923208 MANDY LEE CHAI WEN MC230923099 LIAU JUN HAN MC230924528 SUHASHINI MC221019586 CHEONG WEI LING MC230923144
Kesenian bermaksud keindahan. Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. 1. Pengenalan Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Kesenian juga ialah bahagian penting dari warisan budaya di banyak masyarakat di seluruh dunia dan setiap budaya mempunyai kesenian sendiri. Kesenian telah menjadi setiap negara unik dan menarik. Kesenian boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu seni suara, seni gerak, seni rupa, permainan tradisional dan seni mempertahankan diri. Manakala kebudayaan boleh debahagikan kepada dua bahagian iaitu pakaian dan makanan.
2. Seni Muzik • Seni Muzik adalah sesuatu Seni Suara • Seni Muzik adalah bentuk seni yang melibatkan penggunaan suara dan bunyi sebagai mediu • Seni muzik juga dapat memengaruhi perasaan, pikiran, dan pengalaman manusia serta memainkan peran penting dalam budaya, sejarah, dan kehidupan sosial Masyarakat (Seni Muzik, n.d.) Kaum Melayu • Gamelan Melayu • Ghazal Melayu • Varian gamelan yang khas bagi orang Melayu di Malaysia • Menggunakan seperangkat instrumen perkusi tradisional seperti gong, kendang, rebana, dan gender • Dimainkan dalam berbagai upacara dan perayaan Melayu • Bentuk nyanyian yang mendalam dan melankolis dalam bahasa Melayu • Diiringi oleh instrumen seperti gambus dan biola • Mengungkapkan perasaan cinta dan kerinduan Kaum India • Instrumen musik perkusi yang sering digunakan dalam musik klasik India • Terdiri dari sepasang drum kecil dengan nada yang berbeda yang dimainkan dengan tangan • Instrumen perkusi yang sering digunakan dalam musik dan tarian tradisional India • Drum dua sisi yang dimainkan dengan tangan • Tabla • Dholak
2. Seni Muzik Kaum Cina • Opera Cina(Chinese Opera) • Bentuk teater tradisional dengan elemen musik yang khas • Termasuk Beijing opera, Cantonese opera, dan Hokkien opera • Dipersembahkan di Malaysia dalam berbagai perayaan tradisional • Muzik Tradisional Tionghoa • Melibatkan berbagai instrumen seperti Er Hu (biola Cina), Pipa (alat musik senar), Gu Zheng (alat musik senar), dan Di Zi (seruling bambu) • Dimainkan dalam pertunjukan musik instrumental tradisional Er Hu Pipa Gu Zheng Di Zi
3. Seni Tarian • Seni tarian adalah sesuatu seni gerak • Tarian digunakan untuk merayakan perayaan, mengungkapkan cerita atau perasaan dan mengenang tradisi. • Tarian juga ialah bahagian penting dari warisan budaya di banyak masyarakat di seluruh dunia.
Kaum Melayu Tarian Zapin • Tarian yang terkenal di Johor • Berasal dari peranakan Arab • Bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam • Majlis perkahwinan, perasmian dan sebagainya Tarian Joget • Berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Malaka sewaktu era pedagangan rempah • Tarian yang meriah dengan rentak yang agak laju • Disembah oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan
Kaum Cina Tarian Kipas • 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. • Menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. • Manari untuk membawa kebaikan atau "Feng Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat. Tarian Naga • Rakyat berfikir naga boleh menguruskan air hujan, digunakan berdoa kepada naga untuk turun hujan pada musim kemarau • Memuja naga dan naga sebagai simbol tuah, menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah • Disembah pada perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina
Kaum India Tarian Bharata Natyam • Berasal dari Tamil Nadu, India • Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan penari menjadi pencerita • Mempunyai lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan Tarian Kathak/Kathakali • Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud bercerita • Merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu dan tema tari berasal legenda dan mitologi Hindu. • Penari Kathak menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah untuk melambangkan bahwa karakter-karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain
4. Pakaian Tradisional dan Makanan • Pakaian tradisional dan makanan adalah dua aspek penting dalam budaya setiap negara. • Pakaian tradisional mewakili warisan budaya dan sejarah sesebuah masyarakat, sementara makanan tradisional mencerminkan citarasa dan keunikan kuliner mereka. • Ini adalah cara untuk mempertahankan dan mewarisi tradisi dari generasi ke generasi. • Makanan tradisional menggambarkan selera dan kebiasaan makan sesebuah kawasan. • Di Malaysia, makanan tradisional seperti nasi lemak, rendang, dan laksa adalah hidangan yang sangat digemari. • Makanan tradisional sering mempunyai bahan-bahan dan resipi khas yang diwarisi dari nenek moyang.
Kaum Melayu • Pakaian tradisional Melayu bagi lelaki: baju Melayu, yang terdiri daripada baju kurung, kain pelikat, samping, dan songkok sebagai penutup kepala. • Bagi Wanita: baju kurung atau kebaya, yang sering dipadankan dengan kain batik atau songket. Tudung atau selendang juga sering dipakai sebagai penutup kepala. • Pakaian ini sering digunakan pada acara-acara istimewa seperti Hari Raya, perkahwinan, dan majlis keagamaan.
Kaum Cina • Pakaian tradisional Cina bagi lelaki: baju Mandarin atau cheongsam, yang sering mempunyai rekaan yang klasik dan berwarna merah pada acaraacara penting seperti Tahun Baru Cina. • Bagi wanita, pakaian tradisional Cina: qipao atau cheongsam, yang menonjolkan potongan yang elegan dan kemas. • Kain sutera dengan corak tradisional sering digunakan. Kaum India • Pakaian tradisional India bagi lelaki: kurta atau sherwani, sering dipadankan dengan dhoti atau seluar. • Bagi Wanita: sari, yang merupakan kain panjang yang dililit mengelilingi badan, dan salwar kameez, yang terdiri daripada seluar longgar, baju, dan selendang. • Warna-warna cerah dan corak yang kaya adalah ciri utama pakaian tradisional India.
Makanan Melayu • Hidangan Melayu sering menggunakan bahan asas seperti nasi, ikan, daging, dan sayuran. • Membaca bismillah dan doa • Membasuh tangan dan menggunakan hujung jari untuk makan • Budaya makanan terutamanya ayam, daging, masakkan pedas, ulam-ulaman dan sebagainya. • Dodol, ketupat merupakan contoh makanan tradisi Melayu
Makanan Cina • Tidak boleh meletakkan pinggan dekat dengan mulut semasa makan. Hanya pengemis dan haiwan akan pinggan dekat dengan mulut apabila makan. • Tidak boleh menghasilkan bunyi ketika mengunyah makanan dan menyuap sup. • Tidak boleh menggunakan penyepit sendiri mengacau makanan. • Penyepit tidak boleh diletakkan atau menggunakan secara bersilang. Bersilang makna gagal. • Nasi tidak boleh bersidang secara bergunung dan penyepit tidak boleh menyisip tegak dalam nasi kerana tindakan ini untuk orang yang telah meninggal dunia. • Hidangan seperti char kway teow (mi goreng), dim sum, dan bak kut the adalah antara hidangan Cina yang popular di Malaysia. • Cina Malaysia juga mengamalkan adat makan dim sum, yang merupakan hidangan kecil yang disajikan dalam keranjang, seperti pao dan dumpling
Makanan India • Hidangan India di Malaysia terkenal dengan rempah-rempah yang berlimpah, seperti kunyit, cili, dan jintan. • Tosai, Idli, Sambar adalah beberapa hidangan India yang paling dikenali. • Manisan Kaum India seperti Laddu, Atirasam dan Payasam. • Kaum India makan bersila. • Makan menggunakan daun pisang.
• Budaya: Ia merujuk kepada nilai-nilai, tradisi, dan cara hidup yang diwarisi dari generasi ke generasi. Ia membentuk identiti masyarakat dan memainkan peranan penting dalam membina kesatuan sosial. Setiap budaya mempunyai ciri-ciri unik seperti bahasa, seni, makanan, dan ritual keagamaan yang membezakan mereka daripada budaya lain. Budaya juga memainkan peranan dalam menyuburkan pemahaman antara individu dan masyarakat, serta dalam mengukuhkan perasaan keterikatan. Ia mencerminkan sejarah, nilainilai moral, dan pandangan dunia masyarakat tertentu. Selain itu, budaya juga mempengaruhi gaya hidup, fesyen, dan kepercayaan. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, terutamanya dalam aspek pakaian dan makanan. Budaya pakaian di Malaysia mencerminkan keberagaman etnik yang ada di sini. • Keagamaan: Muzik, Tarian, Pakaian dan Makanan sering mencerminkan keagamaan dalam budaya Melayu, India dan Cina. Ia berisi pesan-pesan keagamaan dan sering digunakan dalam konteks upacara keagamaan seperti pernikahan, selamatan, dan acara-acara keagamaan lainnya (Johan, 2018). • Ekspresi Seni dan Kreativitas: Meskipun Seni memiliki aturan dan format yang ketat, seniman sering mengekspresikan kreativitas mereka dalam berbagai cara melalui muzik, tarian, pakaian dan makanan. Ini mencerminkan peradaban yang kaya dengan sejarah seni yang kuat (Johan, 2018). 5. Meninjau kesenian tempatan dan bagaimana ia mencerminkan etika dan peradaban.
6. Bagaimana seni boleh digunakan untuk mempromosikan kebudayaan Malaysia? Masyarakat Malaysia terkenal dengan kepelbagaian seni dan warisan dari pelbagai jenis kaum dan budaya. Namun pada masa kini, kesenian dan kebudayaan tidak popular di kalangan generasi muda. Kebudayaan Malaysia boleh diperkenalkan semula dan dipromosikan melalui kesenian. Terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan kebudayaan Malaysia melalui seni. Seni dan kebudayaan boleh dipromosikan melalui beberapa bahagian seperti tarian, alat muzik, makanan dan pakaian. Cara pertama untuk mempromosikan kebudayaan Malaysia melalui seni ialah melalui pertunjukan seni tradisional. Pertunjukan seni tradisional seperti persembahan tarian dan muzik dapat menonjolkan keunikan budaya Malaysia kepada penonton tempatan dan juga luar negara. Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai warisan buaya yang boleh diperkenalkan kepada orang ramai. Sebagai contoh, pada bulan Septembr 2023, pameran Matta 2023 telah diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec). Dalam pameran ini, beberapa persembahan tarian telah diadakan iaitu tarian Waristari, Joget Gradung, Tarian Beradat dan Seruling Hidung Buluh Perindu. Persembahan tarian ini menjadi tarikan Fiesta Pusing Selangor Dulu di Pavilion Selangor. Seterusnya, persembahan alat muzik tradisional juga berpotensi menarik minat pengunjung. Terdapat pelbagai alat muzik tradisional yang popular bagi kaum dan budaya berbeza. Sebagai contoh, pipa, erhu dan seruling merupakan alat muzik yang popular di kalangan kaum Cina. Selain itu, kompang, gambus dan rebana yang popular dalam kalangan kaum Melayu. Veena, dholak dan tabla pula merupakan alat muzik yang popular di kalangan kaum India. Pada tahun 2009, Muzium Negara telah mengadakan pameran alat muzik tradisional. Pameran yang berjalan selama dua hari ini dirangkumi oleh pengenalan alat muzik tradisional dan persembahan alat muzik oleh kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India.
Cara ketiga seni dapat mempromosikan kebudayaan Malaysia ialah dengan menganjurkan festival seni dan kebudayaan. Festival seni dan kebudayaan dapat menampilkan seni tradisional dan kontemporari Malaysia, sekaligus menarik minat pengunjung dan mendorong pertukaran budaya. Selain itu festival tersebut juga dapat memperkenalkan pakaianpakaian tradisional masyarakat Malaysia mengikut kaum dan budaya yang tersendiri. Sebagai contoh, baju melayu dan baju kurung yang menjadi tradisi kaum Melayu, kurta dan sai sebagai pakaian tradisional kaum India, juga tangzhuang dan cheongsam yang merupakan pakaian tradisional kaum Cina. Akhir sekali, pameran seni dan kraf tangan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mempromosikan kebudayaan Malaysia. Antara pameran seni yang boleh menggambarkan warisan budaya Malaysia iaitu seni lukisan dan karya seni visual lain dapat menggambarkan aspek seperti seni tradisional serta budaya masyaarakat setempat. Selain itu, songket, anyaman dan batik merupakan kraf tangan yang boleh dipamerkan dan juga dapat menunjukkan kreativiti dan budaya dalam Malaysia. Kraf tangan merupakan antara tarikan utama kerana keunikannya, malah ia juga dapat menjadi sumber pendapatan bagi pedagang-pedagang yang terlibat dalam sektor ini. Kesimpulannya, penggunaan seni untuk mempromosikan kebudayaan Malaysia adalah sangat berkesan. Kita dapat menunjukkan keunikan kebudayaan Malaysia dan meningkatkan pemahaman budaya di kalangan penduduk tempatan. Seni dan kebudayaan yang terdiri daripada tarian, muzik, makanan, pakaian dan lain-lain mengambil peranan yang sangat besar dalam mempromosikan kebudayaan Malaysia. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu mengambil peranan dalam menyemarakkan dan memperkenalkan kebudayaan Malaysia bagi generasi-generasi muda dan pengunjung dari luar negara.
7. Kesimpulan Konklusinya, seni memiliki peranan yang sangat penting dalam mempromosikan kebudayaan Malaysia. Dengan memanfaatkan berbagai bentuk seni, Malaysia dapat mengkomunikasikan kekayaan budayanya kepada dunia luar. Seni sememangnya berkait rapat dan sangat senonim dengan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, agama dan nilai budayanya. Seni tidak hanya mencerminkan identiti budaya, tetapi juga dapat menjadi jambatan yang menghubungkan Malaysia dengan dunia luar, memungkinkan pertukaran budaya yang bermanfaat dan saling memperkaya.
8. Rujukan • 29, K. (no date) ~Jenis-jenis Tarian Masyarakat di Malaysia~. Available at: https://tarianmalaysia29.blogspot.com/ (Accessed: 07 October 2023). • Adil Johan, 01 Aug 2018, Muzik Popular Malaysia: Perangsang dan Pelantar Sosial Integrasi Nasional • Amin, N.A.M. (2023) Matta: Persembahan Tarian Tradisional Antara Tarikan Pavilion selangor, Selangorkini. Available at: https://selangorkini.my/2023/08/matta-persembahan-tarian-tradisionalantara-tarikan-pavilion-selangor/ (Accessed: 09 October 2023). • Cdp (no date) Program Menyemarakkan Seni Budaya, Utama. Available at: https://portal.jkkn.gov.my/en/8-aktiviti/903-program-menyemarakkan-senibudaya (Accessed: 11 October 2023). • Jabatan Muzium Malaysia | (no date) Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia | Jabatan Muzium Malaysia. Available at: http://www.jmm.gov.my/ms/pameran-alat-muzik-tradisional-masyarakatmalaysia (Accessed: 09 October 2023). • Mr.sundram, P. by (2018) Tarian – Tarian Tradisional di Malaysia, Unique of malaysia. Available at: https://uniqueofmalaysia.home.blog/2018/11/23/tarian-tarian-tradisional-dimalaysia/ (Accessed: 07 October 2023). • Seni Muzik. (n.d.). https://bmpengurusan.blogspot.com/2010/08/seni-muzikseni-muzik-merupakan-salah_20.html