The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by allyasyukriah03, 2024-02-24 06:28:38

Seruling Ajaib

Tugasan 1

Di sebuah perkampungan yang tenang dan damai di tepi hutan belantara, hiduplah dua sahabat karib yang bernama Ahmad dan Naim. Mereka telah bersahabat sejak kecil lagi. Tambahan pula, mereka berada di kelas yang sama sejak darjah satu lagi dan mereka hidup berjiran. 1


Namun, di balik persahabatan mereka yang erat, terdapat masalah yang berlaku di antara keluarga mereka. Pak Abu, bapa kepada Ahmad merupakan seorang lelaki yang tegas dan tidak suka bergaul. Pak Abu dan keluarga Naim tidak mempunyai persefahaman yang baik. Perkara ini telah membuatkan hubungan mereka menjadi tegang. Ahmad dan Naim sering kali melihat pergaduhan yang berlaku antara mereka dan membuatkan dua sahabat karib itu berasa sedih dan kecewa. 2


Pada suatu pagi, Ahmad dan Naim pergi bermain di tepi sebatang sungai yang jernih airnya. Naim melemparkan batu kecil ke dalam sungai dan termenung ke arah air yang mengalir tenang. Ahmad melihat Naim yang termenung memandang ke arah air yang mengalir itu membuatkan Ahmad tertanyatanya. 3


“Naim, apa yang kamu fikirkan itu?” , tanya Ahmad kepada Naim. Naim menghela nafas yang panjang lalu menjawab, “Saya sedang memikirkan tentang hubungan antara keluarga kita yang semakin teruk akhirakhir ini, mereka sering salah faham berkaitan perkara yang kecil” . “ Saya juga merasakan hal yang sama, Naim. Tapi saya rasa kita boleh mencari cara untuk menyelesaikannya. Saya pernah mendengar sebuah cerita tentang seruling ajaib di hutan yang boleh mewujudkan kedamaian. Mungkin seruling itu boleh bantu kita!” . 4


Naim mula berminat untuk mengetahui tentang seruling itu. “Seruling ajaib? Macam cerita dongeng sahaja, Ahmad. ” Ahmad dengan pantasnya menjawab, “Mungkin cerita dongeng tapi tidak salah kalau kita mencuba kan? Dengan seruling ajaib itu, kita akan dapat baikkan hubungan keluarga kita. “Baiklah, saya setuju dengan cakap kamu, kita akan pergi mencari seruling itu!” , ujar Naim dengan teruja. Mereka berdua sangat gembira dan bersemangat untuk mendapatkan seruling ajaib tersebut demi mewujudkan keharmonian antara keluarga mereka. 5


Dengan semangat yang membara, Ahmad dan Naim memutuskan untuk mengembara ke dalam hutan demi mencari seruling ajaib tersebut. Mereka berdua bersama-sama menyanyi sambil melangkah riang masuk ke dalam hutan. 6


Pagi yang cerah, kami mula mencari, Seruling ajaib, rahsia tersembunyi Melangkah riang, menyusuri alam Dengan harapan, membawa kebahagiaan Titisan embun menyapa langkah kami, Seruling ajaib impian yang dicari, Setiap halangan kita harungi, Dalam perjalanan penuh keajaiban. Kicauan burung iringi kami, Seruling ajaib misteri yang dinanti, Alunan seruling kita dengari, Bersama sama hidup harmoni. (irama lagu Air Pasang Pagi) 7


Tanpa disedari, mereka sudah jauh masuk ke dalam hutan yang tebal itu dan tidak tahu ke mana hendak dituju. “Ahmad, jauh lagikah kita perlu berjalan? Saya dah mula rasa haus dan lapar” , rintih Naim yang berasa sangat penat. “Saya pun tak pasti tapi kita perlu kuatkan diri kita untuk mencari seruling itu ” , kata Ahmad dengan nada yang agak lemah. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka demi seruling ajaib itu walaupun hari sudah menjelang senja. 8


Tiba-tiba, hujan mula turun dengan lebatnya. Perjalanan mereka menjadi lebih sukar. Hujan semakin lebat sehingga mereka tidak dapat melihat dengan jelas. “Ahmad, lari! Kita perlu cari tempat berteduh!” , jerit Naim dengan kuat. Mereka berdua berlari sehingga mereka menemui satu gua besar. Mereka terus masuk untuk berteduh. 9


Sementara itu, di kampung, ibu bapa Ahmad dan Naim yang selalu bergaduh dan salah faham itu merasakan kegelisahan ketika mereka menyedari bahawa anakanak mereka hilang sejak pagi tadi. Pak Abu yang tidak pernah bertegur sapa secara baik dengan keluarga Naim itu bertekad untuk ke rumah Naim untuk menanyakan tentang anak mereka. “Saya rasa kita perlu pergi mencari Ahmad dan Naim, hari pun sudah semakin gelap dan mereka belum lagi pulang” , kata Pak Abu kepada keluarga Naim. 10


Mereka pun bersatu hati dan berkerjasama untuk mencari Ahmad dan Naim. Di gua, Ahmad dan Naim termenung sementara menunggu hujan reda. Mereka merasakan bahawa mereka perlu pulang ke rumah kerana bimbang akan dimarahi oleh keluarga mereka. “Naim, saya rasa kita perlu menghentikan pencarian seruling ajaib itu ” , keluh Ahmad dengan perasaan sedih. “Hmm, saya pun rasa begitu ” , balas Naim dengan nada yang agak kecewa. 11


Tiba-tiba, mata mereka berdua tertumpu pada sebuah peti besi yang berkilau. Tanpa berfikir panjang, mereka berlari ke arah peti besi tersebut dan membukanya. Alangkah terkejutnya mereka apabila di dalam peti besi tersebut terdapat seruling ajaib yang mereka cari. “Naim, kita sudah jumpa seruling ajaib!” , kata Ahmad dengan teruja. Mereka pun mahu pulang ke rumah membawa seruling itu namun mereka tidak tahu ke arah mana yang hendak mereka tuju. 12


“Ahmad, apa kata kalau kita cuba tiup seruling ini? Mungkin ada yang akan mendengar dan datang memberi bantuan” , ucap Naim dengan penuh harapan. Mereka berdua mencuba meniup seruling tersebut. Melodi indah dari seruling yang ditiup itu didengari oleh ibu bapa Ahmad dan Naim yang turut berada di dalam hutan tersebut. 13


Ibu bapa mereka mengikut arah dari mana bunyi itu datang. Mereka segera mendapatkan anak-anak mereka sejurus sahaja ternampak kelibat Ahmad dan Naim yang sedang meniup seruling. Mereka berdua terkejut apabila melihat keluarga mereka datang bersama dan merasakan bahawa seruling ajaib itu benar-benar telah menyebabkan hubungan antara kedua-dua keluarga itu menjadi baik. 14


Mereka semua pun pulang ke rumah. Hubungan keluarga Ahmad dan Naim juga telah menjadi semakin akrab dan harmoni selepas daripada kejadian tersebut. Ahmad dan sahabat karibnya itu berasa sangat bahagia kerana pencarian mereka tidak sia-sia dan memikirkan bahawa seruling ajaib itu membawa kepada keharmonian. 15


-TAMAT-


Click to View FlipBook Version