The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusmasterpiece, 2018-12-11 00:13:24

1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)

MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS

19. BUKU STOK / INVENTORI.
1. Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan

maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini.


20. MEMBELI BARANG.

1. Guru / Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran
Guru Besar dengan menggunakan borang pesanan kawalan dalaman beserta dengan
sebut harga asal daripada pembekal.

2. Borang pesanan kawalan dalaman mesti diisi oleh pemohon dan mendapat sokongan
daripada penolong kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

3. Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
4. Segala invois mesti ditandatangani oleh guru / penyelenggara Stor yang menerima

dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
5. Guru Besar tidak akan menanggung segala kos pembelian tanpa kebenarannya.


21. KEGIATAN KOKURIKULUM.
1. Guru yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan Kokurikulum hendaklah menjalankan

tugas dengan cekap dan berkesan.
2. Guru-guru yang berkenaan wajib mengikut jadual yang ditetapkan.

3. Kegiatan Kokurikulum adalah tugas rasmi.


22. PELAWAT.
1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan

terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan.















45

MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS

23. KEBERSIHAN.
1. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan

pelajar.
2. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan di tempat yang

selamat.

3. Guru-guru yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, bilik
pemulihan khas, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.


24. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH.
1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan

harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah samada dengan
sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

2. Ketua Panitia / Penyelaras Bilik Khas hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan

lain-lain.
3. Penggunaan alat-alat, bilik-bilik dan bengkel-bengkel di luar masa sekolah dan masa
cuti hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar dan direkodkan.

4. Penggunaan bilik-bilik tertentu oleh pelajar selepas waktu sekolah, hujung minggu atau
waktu cuti hendaklah bersama guru.





























46


Click to View FlipBook Version