Permainan Tradisional
Kumpulan 7
Permainan Congkak
Kumpulan 7 : Thaneesh A/L Subramaniam , Irfan bin Nazeri , Iiman Iklil binti Dzul Karnain ,
Umaira Qistina binti Saifulsafuan , Mohammad Danny Irfan bin Mohd Hamsani , Riana Sabrina
binti Mohd Rizlan , Alifa binti Sahril
Kelab : Softball
2
PENGENALAN
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Hindu yang sering dimainkan oleh Burbank.
Alatan-alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Permainan ini
memerlukan dua orang pemain pada setiap papan. Ia juga mempunyai peraturan-peraturannya
untuk menentukan pemenang. Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap
mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Permainan ini sering digemari oleh kanak-kanak. Papan congkak selalunya dibuat daripada
kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Congkak mula tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
3
SEJARAH
Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah Congkak menggunakan biji getah atau guli.
Di Asia Tenggara, Congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "Congkak" dipercayai berasal dari
perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu,
keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Di Kepulauan
Caribbean Congkak dikenali sebagai Warri atau Awari. Di Indonesia, Congkak dikenali dengan
nama Congklak, manakala di Filipina, Sungka.
Dalam permainan Congkak, terdapat dua bahan iaitu Papan Congkak dan Buah Congkak. Papan
Congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima
atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya
terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang
biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm
Dalam permainan ini, pemain akan memulakan permainan dengan serentak. Mereka akan
mengambil buah Congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah Congkak ke dalam setiap
'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah
seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak
di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga
dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu, setiap pemain akan bergilir berjalan
sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah
Congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu.
Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran
sebelumnya akan memulakan permainan. Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang
pemain tidak cukup buah bagi mengisi walau satu lubang sekalipun dan dianggap kalah.
4
CARA BERMAIN
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan
kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan
memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari
kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung
kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah
itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan
yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam
kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya
buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan
dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya
buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ
sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada
dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak
lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung
ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.
6. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah
yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak,
maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
5
6
PERATURAN PERMAINAN
● Melibatkan pengiraan mudah
● Dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak
● Terdapat lima atau tujuh luang sebaris yang k=dikenali sebagai ‘kampung’ dan di
kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai ‘rumah’ - Dua orang
remain diperlukan dan berkedudukan menghadap satu sama lain
● Biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah
dibiarkan kosong
● Pemain akan memulakannya dengan serentak
● Mereka akan mengambil blah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah
congkak ke dalam setiap ‘kampung’ menuju ke rumah masing-masing menurut arah
pusingan jam sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap
mati.
● Di akhir permainan, rumah dengan buah congkak terbanyak menang
7
PENENTUAN KEMENANGAN
Cara menentukan pemenang bagi permainan congkak
Terdapat 2 kaedah untuk menentukan pemenang, iaitu:
● Pemain yang mempunyai jumah buah congkak yang banyak di dalam ‘rumah’ dikira
sebagai pemenang.
● ‘Menapak’ iaitu pemain yang paling lambat memasukkan buah congkak ke dalam
‘rumah’ dan biasanya, pemain yang lambat memasukkan buah, mempunyai buah
congkak yang banyak.
PEMBERIAN MATA
1. Pertandingan akan dijalankan secara berkumpulan dan pemenang ditentukan mengikut
sistem mata yang diperolehi oleh pemain-pemain dalam pertandingan tersebut.
Pengiraan bagi menentukan mata adalah seperti berikut:
● Menang - 3 mata
● Seri - 1 mata
● Kalah - 0 mata
2. Jika berlaku lebih dari satu pasukan mendapat mata yang sama dan layak untuk ke
pusingan seterusnya, maka pasukan yang menang buah akan dikira sebagai pemenang.
3. Penentuan ke separuh akhir akan ditentukan melalui johan kumpulan A bertemu naib
johan kumpulan B dan naib johan kumpulan A bertemu johan kumpulan B dan pasukan
yang menang mara ke akhir.