Covid -19 Satu Pengajaran
Covid-19 yang melanda dunia kini sungguh membimbingkan masyarakat dunia. Berpuluh-puluh juta
orang terkorban akibat penyakit ini. Virus ini menyebabkan mangsa menghidapi selesema,batuk
demam,susah nafas yang berpanjangan dan mampu membawa maut.
Covid 19-telah memberi satu pengajaran yang besar kepada kita semua. Satu pengajaran yang
besar kepada saya ialah kita haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan diri seperti kerap membasuh
tangan dengan sabun dan air yang mencukupi atau handsanitizer dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain itu, kita haruslah mengehadkan pergerakan kita ke tempat awam yang penuh dengan
orang ramai seperti pasar, pusat membeli-belah, stesen bas dan panggung wayang dan lain-lain.Jika
kita hendak pergi ke tempat awam, pastikan kita memakai penutup mulut dan hidung.Kita hendaklah
sentiasa membawa handsanitizer sebelum pergi ke tempat awam.Kita haruslah menjaga jarak antara
satu sama lain dan juga elakkan menyentuh mata,hidung dan mulut.
Di samping itu, kita tidak patut menyebarkan berita-berita palsu tentang wabak covid
19.Justeru, sebagai rakyat yang bertanggungjawab perlu bijak menilai berita-berita yang disebarkan
melalui media sosial. Kadang-kadang kita seronok “sindrom menyebar berita terawal “ dapat sahaja
berita, terus sebar tanpa mengesahkan yang benar atau tidak. Kita haruslah memastikan dahulu berita
itu benar yang boleh dikongsikan. Jadikanlah ia satu budaya dalam memastikan berita kita terima itu
sahih,baik dan tepat.
Seterusnya, kita juga hendaklah kerap membuat senaman seperti berjoging,lompat
tali,bermain badminton, berbasikal dan lain-lain lagi. Bersenam mempunyai banyak kebaikan
antaranya, dapat melawan penyakit-penyakit yang berbahaya seperti obesity,dan penyakit jantung
Bersenam juga dapat menghilangkan tekanan dan stres di sekolah tempat kerja atau rumah untuk
membina pemikiran yang tenang. Dengan bersenam juga dapat mengubati masalah psikologi.
Akhir sekali, kita juga elakkan memakan hidupan liar seperti kelawar,ular,dan monyet
berupaya membawa penyakit dan menular kepada manusia.Daripada haiwan itu, manusia terdedah
dengan pelbagai jenis mikrob yang merangkumi viru,bakteria,parasite,protozoa dan kulat yang dibawa
oleh binatang.Kita tidak boleh mengambil ringan kerana jika penularan virus sudah tidak dapat dikawal,
ia akan menjadi bebanan besar pada negara dan mengakibatkan korban nyawa.
Kesimpulannya, pencegahan awal mampu menyelamatkan kita daripada dijangkiti virus covid
-19 yang berbahaya ini. Bak kata pepatah sedikan payung sebelum hujan.