KAJIAN TINDAKAN
SJKC YIT CHEE, PUSING
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN A
TAHUN 5A
MENGGUNAKAN TEKNIK SKOP
OLEH:
PN. KHOR MUI LENG
DEMOGRAFI SEKOLAH DAN MURID
Nama Sekolah : SJKC YIT CHEE,PUSING,PERAK.
Jumlah Murid : 158 orang
Gred Sekolah : B
Jumlah Guru : 14 orang
Tahap Penguansaan BM : lemah
PENGENALAN
Semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan ada kalangan
murid dalam kelas 5A kurang menguasai kemahiran membina
ayat dengan betul. Selain itu, kata kerja yang diberikan tidak
menepati langsung dengan kehendak bahan rangsangan. Malah
ada juga murid hanya mampu membina ayat tunggal sahaja dan
tiada peluasan ayat menjadi ayat majmuk apabila kata kerja ini
di luar pengetahuan sedia ada mereka.
Murid ini sebenarnya boleh dibantu dengan kaedah yang
boleh membantu kemahiran berfikir mereka untuk membina
ayat majmuk yang gramtis.
FOKUS KAJIAN
Kebanyakan murid masih lagi tidak menguasai kemahiran
membina ayat. Hal ini dirasakan perlu diambil perhatian kerana
bahagian ini sebenarnya banyak membantu murid lulus dalam
Kertas Penulisan Bahasa Melayu. Kegagalan mereka dalam
mencapai gred yang baik ini sudah tentu akan memberi kesan
yang kurang memberangsangkan dalam keputusan keseluruhan
dan gred purata mata pelajaran ini. Oleh yang demikian, satu
kajian tindakan telah diambil dengan membina Modul Sinar
Harapan bagi menangani permasalahan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid
dalam Bahagian A( Membina ayat) Kertas Penulisan Bahasa
Melayu di SJKC Yit Chee, Pusing, Perak.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Khusus
i) Memastikan sekurang-kurangnya 10 daripada 15 orang murid
Kelas 5A mendapat sekurang-kurangnya markah 8/10 dalam
Bahagian A (Membina ayat )
ii) Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam
membina ayat majmuk yang gramtis.
iii) Memudahkan guru-guru Bahasa Melayu Tahap 2 di SJKC Yit
Chee, mengajar bahagian membina ayat dengan
menggunakan modul yang dihasilkan.
iv) Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu SJKC Yit Chee dari segi gred purata.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 15 orang murid Tahun 5A SJKC Yit Chee
yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 9 orang murid
perempuan.
PELAKSANAAN KAJIAN
I Penggunaan Modul Sinar Harapan
Modul Sinar Harapan digunakan dalam PdPc
mengikut jadual waktu Bahasa Melayu Kelas 5A.
TARIKH MASA SET LATIHAN MODUL
10-05-2022 7.30 – 8.00 Latihan 1
17-05-2022 7.30 – 8.00 Latihan 2
24-05-2022 7.30 – 8.00 Latihan 3
31-05-2022 7.30 – 8.00 Latihan 4
7-06-2022 7.30 – 8.00 Latihan 5
II Ujian Penilaian Membina Ayat
Markah murid dalam Ujian Penilaian Membina ayat
dijadikan bahan untuk mengukur pencapaian murid
dan keberkesanan modul yang dibuat.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
I Semakan Lembaran Kerja
Untuk melihat sejauh mana kelemahan murid, semakan
latihan lembaran kerja dilakukan dengan lebih berhati-
hati. Murid dapat membina dari ayat tunggal menjadi ayat
majmuk yang ada idea tersirat setelah diberikan tunjuk
ajar.
II Pemerhatian dalam PdPc
Sebelum modul ini digunakan, kebanyakan murid tidak dapat
memberikan idea tersirat.Ada juga murid yang hanya menulis
ayat tunggal sahaja dan keadaan ini menghalang mereka
daripada mendapat markah yang tinggi. Akan tetapi, setelah
modul ini diguna pakai, murid dapat menjawab bahagian ini
dengan lebih yakin dan mereka kelihatan lebih seronok apabila
membuat latihan membina ayat.
III Ujian Penilaian Membina Ayat
Berdasarkan peningkatan pencapaian murid dalam Ujian
Penilaian Membina ayat, Modul Sinar Harapan berjaya membantu
meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid dalam membina
ayat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat
bersesuaian dan berkesan. Berdasarkan analisa, murid-murid
berjaya membina ayat majmuk dan menghasilkan idea tersirat
berdasarkan gambar tunggal yang diberi.
Sekian,terima kasih.