JABATAN PENGAJIAN MELAYU TUGASAN KERJA KURSUS 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 (INDIVIDU / KUMPULAN) SEMESTER : 1 TAHUN : 4 (2023) KOD KURSUS BMMB3163 KURSUS KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Nama Pelajar NURUL ATHIRAH BINTI MOHD AZMI Angka Giliran 2020172340053 No. Kad Pengenalan 010226-11-0130 Kumpulan/Unit PT4S1-9 Nama Pensyarah DR. NOOR HAYATI BINTI CHE MAT Tarikh Hantar 18 SEPTEMBER 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikanolehpensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda Tangan Pelajar: Tarikh: MarkahINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMUKHAS56000 KUALA LUMPUR
TUGASAN 2: Penulisan Reflektif - Wajaran: 25% Pertembungan budaya seperti adat resam, pakaian, makanan dan perkahwinanmerupakan antara proses sesuatu budaya itu meresap ke dalam sesuatu kelompok. Berdasarkan pernyataaan di atas, anda dikehendaki menghasilkan penulisan reflekif tentang pertembungan budaya yang menjadi proses pembudayaan dalamkehidupanmasyarakat Malaysia untuk membentuk identiti negara yang unik dan harmoni. Panjang penulisan ini ialah 1000 patah perkataan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kebudayaan dieertikansebagai keseluruhan cara hidup atau amalan yang merangkumi cara bertindak, berfikir, berkelakuan serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupakebendaan atau kerohaniaan sesuatu masyarakat. Setiap negara mempunyai kebudayaan tersendiri yang menjadi lambang identiti dan keunikan negara. Malaysiamerupakan salah satu negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya seperti adat resam, pakaian, makanan, perkahwinan yang telah diamalkan oleh pecahan kaumutama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian budaya wujud disebabkanadanya proses pembudayaan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Proses ini merupakan proses di mana sesuatu budaya meresap dalam sesuatu kelompokmasyarakat. Secara umumnya, proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia terdiri daripada lima jenis iaitu asimilasi, akulturasi, akomodasi, amalgamasi dan segregasi. Antara proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialahasimilasi. Asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan kebudayaanmasyarakat yang berbeza-beza untuk membentuk satu kebudayaan yang baru. Menurut Muhammad Faris dan Muhamad Faisal (2020), masyarakat Cina Kelantanyang terdiri daripada Cina Kampung atau Cina Peranakan memperlihatkan tahapasimilasi yang tinggi terhadap budaya Melayu Kelantan. Hal ini demikian, CinaKelantan menggunakan bahasa Melayu Kelantan iaitu dialek Kelantan dalamkehidupan seharian. Sebagai contoh, ayat “mek buwat gapo tu?” membawa maksud“kamu buat apa?”. Malah, pengaruh dialek Melayu Kelantan dalam masyarakat CinaKelantan dapat dilihat menerusi nama panggilan ‘Mek’ seperti nama Mek Bee (Pue, 2012). Pue (2012) menyatakan bahawa nama masyarakat Cina Kelantandi Melayukan seperti ‘Fai’ yang diterjemah menjadi ‘Bunga’ dan ditambah dengan
gelaran ‘Mek’. Menurut Zainal Abidin et.,al (2012), asimilasi ini terhasil keranaperhubungan yang erat masyarakat Cina Peranakan dengan masyarakat setempat. Pengaruh pertembungan budaya kaum Melayu dan Cina juga boleh dilihat melalui pemakaian dalam masyarakat Cina Peranakan Kelantan. Mohamad Nazri, Hanapi Dollah dan Teo (2011) menyatakan bahawa pakaian masyarakat CinaPeranakan dalam kehidupan seharian mereka ialah kain batik, kain pelikat, bajumelayu dan baju kurung. Bagi lelaki, mereka akan memakai baju melayu ataukemeja dan berseluar panjang manakala perempuan pula memakai kain sarung, kainbatik dan baju kurung semasa majlis kenduri atau keramaian (Mohammad Nazri et.,al, 2011). Selain itu, makanan masyarakat Cina Peranakan banyak dipengaruhi oleh makanan orang Melayu seperti sajian nasi kerabu, nasi lemak, gulai dan ulam- ulaman dan penggunaan budu, sebagai pelengkap di dalam makanan (MuhammadFaris & Muhamad Faisal, 2020). Cina Peranakan juga mempunyai selera terhadapmasakan yang menggunakan rempah, lada dan santan (Mohamad Nazri et.,al, 2011). Secara tidak langsung, proses asimilasi menonjolkan hubungan yang erat antaramasyarakat Melayu dan Cina di Kelantan. Pertembungan budaya mengalami proses akulturasi iaitu penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaanlainyang berbeza dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Menurut Tan (2011), masakanasam pedas masyarakat Peranakan Cina Tirok telah diolah menggunakan bahanmasakan masyarakat Melayu seperti cili dan asam jawa. Bahan masakanmasyarakat Melayu yang lain seperti gula Melaka, ketumbar, budu sering digunakanke dalam masakan harian Peranakan Cina Tirok (Tan,2011). Seterusnya, masyarakat Baba Nyonya menerima pengaruh pakaian masyarakat Melayuiaitubaju kebaya dan kain sarung atau batik. Namun begitu, pakaian baju kebayadankain sarung tersebut telah diubahsuai atau diolah mengikut budaya Cina denganadanya sulaman bermotifkan bunga disertakan dengan pemakaian sanggul. Antaracontoh akulturasi yang lain ialah kain sari kaum India telah diolah menjadi bajukurung atau kebaya oleh masyarakat Melayu. Malah, baju kurung masyarakat Melayu menerima pengaruh Cina dengan mengubahsuai baju mengikut potongandan butang baju Cheongsam. Seterusnya, adat perkahwinan masyarakat Melayu memperlihatkan tahapakulturasi yang tinggi apabila mereka menyerap budaya perkahwinan masyarakat India seperti malam berinai, sirih penang, majlis bersanding bagi disesuaikan
mengikut perkahwinan masyarakat Melayu. Malah, amalan adat persandinganmasyarakat Chetti menunjukkan unsur akulturasi masyarakat Melayu seperti pemberian bunga telur, bunga manggar, berdendang sayang, berpantun semasapersandingan. Berkaitan dengan proses akulturasi, pemberian angpao atau sampul duit raya dan bunga api semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri merupakan salahsatupengaruh perayaan Cina yang telah lama diterapkan. Budaya pemberiaan sampul atau angpao merah dari masyarakat Cina telah diolah dan diterima oleh masyarakat Melayu kepada sampul hijau. Masyarakat Melayu dan India turut mengolah budayamasyarakat Cina yang percaya bermain bunga api pada hari pertama Tahun BaruCina dapat menghalau serigala kepada bermain bunga api bagi tujuan meraikanperayaan. Akhir sekali, pemasangan pelita bagi menyambut perayaan Hari RayaAidilfitri merupakan salah satu penyerapan budaya perayaan India iaitu Deepavali. Bagi masyarakat India, pemasangan pelita merupakan simbol cahaya yangmengatasi kegelapan manakala masyarakat Melayu memasang pelita hanya untukmeraikan perayaan semata-mata. Di samping itu, proses pembudayaan iaitu akomodasi merupakan prosesdi mana seseorang individu sedar akan budaya orang lain dan mempertahankanbudaya sendiri. Sebagai contoh, Orang Asli Suku Temiar, Perak mempertahankanpantang-larang sewaktu masuk ke dalam hutan bagi mencari dan mengumpulkanhasil hutan. Pantang-larang ini dipertahankan sehingga ke hari ini bagi memastikantiada perkara-perkara yang tidak diingini atau berlakunya kemalangan. Antarapantang larangnya ialah pantang- larang masuk hutan, pantang-larang mengambil petai dan pantang-larang mengambil rotan. Malah, masyarakat Orang Asli KualaTaman Banang berkahwin sesama kaum dan mengamalkan adat perkahwinan yangdiamalkan sejak nenek moyang lagi (Mohd Sayuti et.,al, 2017). Masyarakat Chetti turut memperlihatkan proses akomodasi apabila mengekalkan budaya adat perkahwinan seperti merenjis air mawar dan memakai cincin di kaki. Adat perkahwinan itu terus dipertahankan dan dipelihara sehingga ke hari ini. Berikutandengan proses akomodasi, masyarakat India mengekalkan budaya melenggangperut yakni upacara bagi wanita hamil tujuh bulan untuk menempatkan kedudukanbayi di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian pintu rahim. Pada waktu yang sama, amalgamasi ialah proses pembudayaan di manabudaya dan ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru merupakanproses yang berlakunya pertembungan kebudayaan dalam masyarakat di Malaysia. Masyarakat Chetti adalah masyarakat hasil perkahwinan kaum India dengan orang
tempatan seperti Cina, Melayu, Jawa dan sebagainya. Masyarakat Chetti masihaktif memelihara budaya mereka sendiri dan mampu mempertahankan jati diri masyarakat Chetti tanpa berasimilasi dengan masyarakat dominan (Siti Nurul IzzaHashim, et., al, 2017). Bukan itu sahaja, banyak orang Melayu yang turut menikahi orang Cina, India, orang Asli seterusnya mengamalkan cara kebiasaan kedua-duabudaya atau budaya yang dominan. Hasil perkahwinan kaum Cina dan kaumKadazan Dusun menghasilkan satu etnik Sino- Kadazan di mana mereka meraikanperayaan kedua-dua kaum iaitu Tahun Baru Cina dan juga Pesta Kaamatan(Karuppiah & Hussin,2021). Perkataan ‘Sino’ merujuk kepada orang Cina di Sabahdan ‘Sino Kadazan’ adalah gelaran kepada mereka secara khusus yang lahir dari campuran ibu bapa yang berlainan etnik (Zurafizah, 2016). Selanjutnya, proses pembudayaan segregasi pula ialah proses di manaindividu tertentu dipisahkan dan diasingkan dengan individu yang lain. Kesan dasar perintah yakni memisahkan orang Melayu di kampung, orang Cina di bandar danorang India di estet, sebenarnya mencetuskan sikap stereotaip, prejudis setiap kaumkepada kaum lain. Hal ini demikian, komunikasi dan interaksi antara kaumMelayu, Cina dan India terhad disebabkan pengasingan tempat tinggal yang menyukarkanpeluang untuk mengenali dan memahami budaya pelbagai kaum dengan lebih baik. Pengasingan kaum ini menyebabkan tiadanya penyerapan budaya seperti adat resam, perkahwinan, makanan, pakaian antara pelbagai kaum yang menjadi asaskepada kepelbagaian kebudayaan di Malaysia. Tuntasnya, proses pembudayaan seperti asimilasi, akulturasi, akomodasi, amalgamasi, segregasi amat penting bagi membina kebudayaan kebangsaanbangsa dan negara. Proses pembudayaan menggambarkan semangat perpaduanyang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia meskipun mempunyai kepelbagaianbudaya dari sudut bahasa, pakaian, makanan, pantang-larang dan sebagainya. Terdapatnya proses akomodasi dalam masyarakat telah mencerminkan keadaankelompok masyarakat yang bersatu padu. Di sebalik itu, keadaan integrasi yangsebenar hanya dapat dicapai bermula dengan berlakunya proses akulturasi, asimilasi dan akhirnya mengalami amalgamasi. Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang keturunan dan suku kaum yang mempunyai warisan dan ciri-ciri budayasendiri. Jika ciri keseragaman budaya yang berbagai-bagai dimanfaatkan, ia akanmemperindah suasana kehidupan sebagai rakyat sesebuah kaum (Asmad,1990).
Rujukan Asmad.(1990). Kebudayaan secara umum. Associated Educational Distributors Sdn.Bhd Awang, A., & Khambali, K. M. (2016). Perkaitan akulturasi budaya dan hubunganantara agama: Kajian terhadap komuniti Cina pra konversi di negeri Terengganu. Jurnal Hadhari, 8(1), 85-102. Karuppiah, N., & Hussin, R. (2021). Perkahwinan Komuniti Sino-Kadazan Di KotaKinabalu, Sabah: Memahami Cabaran Identiti, Pelbagai Adat Dan HubunganHarmoni Dalam Keluarga: Sino-Kadazan Community Marriage In Kota Kinabalu, Sabah: Understanding The Challenges Of Identity, Various Customs And Harmonious Relationships In The Family. Journal of BorneoSocial Transformation Studies, 7(1), 86-100. Muhammad Faris Abdul Fatah & Muhamad Faisal Ashaari. (2020). Asimilasi masyarakat Cina dengan Orang Melayu di Kelantan. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(2): 186-198. Mohamad Nazri, Ahmad Hanapi Dollah &Teo Kok Seong. (2011). Penghayatan Tradisi Lisan Melayu Dalam Kalangan Masyarakat Cina Kelantan. Jurnal Melayu (8) 2011: 111 - 132 Mohd Sayuti, M. S., Pawi, A., Azman, A., Hamidon, D. N. A., & Omar, J. (2017). Adaptasi Budaya Melayu dalam Pola Kehidupan Masyarakat Orang Asli (Kuala) di Batu Pahat, Johor. In Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia. Pue Giok Hun. (2012). Peranakan Sebagai Fenomena Sosial Dengan TumpuanKepada Komuniti Cina Peranakan di Kelantan. Tesis Dr. Fal, Institut KajianEtnik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Nurul Izza Hashim, Norafifah Ab Hamid, Rawi Nordin, Nor Rafedah Mohsan
& Muhammad Faidz Mohd Fadzil. (2017). Kelangsungan Budaya Masyarakat Chetti Melaka Era Globalisasi. In Proceeding Of 2Nd International IslamicHeritage Conference (ISHEC2017) (p. 209). Tan Yao Sua. (2011). Akulturasi Peranakan Cina di Tirok, Terengganu. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2 (2):151-162. Zainal Abidin, M. Z. H., Hassan, P., Mohd Yaacob, H. R., & Yaacob, M. (2012). Asimilasi budaya melayu dalam masyarakat cina peranakan di Negeri `Kelantan: kajian di Kampung Pasir Parit, Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Zurafizah, A. (2016). Uniknya Sabah BIDIK. Malaysia: University Malaysia Sabah.