السا نقيديدنڤ قمان حمحم يڤ يدهنب حمحي االدا يليدمسڤ
Soalan 2 1. Akidah merupakan asas utama dalam menjadikan amalan kita diterima oleh Allah. a) Huraikan pengertian akidah dan kepentingannya. Apabila kita bercakap mengenai akidah sesungguhnya kita sedang bercakap dalam bab-bab kepercayaan, keyakinan dan keimanan. Hal itu jelas apabila kita merujukkan perkataan akidah itu sendiri yang menjurus kepada kepercayaan dan keyakinan yang merupakan salah satu unsur makna kepada perkataan keimanan, maka itu ungkapan aqidah merujuk kepada perihal keimanan, kepercayaan serta keyakinan. Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa akidah dan keimanan itu merupakan dua istilah yang mempunyai makna yang sama. Seterusnya, pengertian akidah pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu dari segi bahasa dan istilah. Yang pertama akidah dari segi bahasa berasal dari Bahasa Arab yang bermakna ikatan atau sangkutan atau simpulkan sesuatu. Yang kedua dari segi istilah akidah bererti kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang murni dan tidak mudah tergugat, tidak mudah terpengaruh dari luar dan dalam diri seseorang. Antara kepentingan akidah kepada semua umat islam ialah membentuk jati diri sebagai muslim yang sejati dan benteng diri daripada melakukan benda-benda khurafat dan syirik. Selain itu, ia juga menjadi tunjang kekuatan umat islam dan negara-negara islam diseluruh dunia. Seterusnya, syarat untuk amalan diterima Allah SWT dan penentu kebahagiaan didunia dan diakhirat.
b) Senaraikan ciri-ciri akidah yang sahih I. Percaya terhadap keesaan dan kekuasaan Allah SWT II. Mengamalkan kepercayaan berlandaskan Al- Quran dan As- Sunnah III. Mentauhidkan Allah SWT IV. Melakukan amalan, upacara dan adat istiadat yang selari dengan akidah islam. c) Huraikan perkara-perkara yang memantapkan akidah Perkara-perkara yang memantapkan akidah ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lisan, hati dan perbuatan. Yang pertama dari segi lisa ialah membaca dan memahami Al Quran dan hadis. Seterusnya, berzikir, bertahlil, bertasbih, berselawat dan bercakap benar. Yang kedua dari segi hati ialah bersangka baik kepada Allah SWT dan yakin dengan pertolongan Allah SWT. Disamping itu, sentiasa mengingati Allah SWT dan ikhlas melakukan amal ibadat. Yang ketiga dari segi perbuatan ialah saling nasihat menasihati, bercita-cita tinggi, bertawakal kepada Allah SWT, rajin menunaikan ibadat wajib dan sunat, menolong golongan yang memerlukan bantuan seperti anak yatim dan fakir miskin, menuntut ilmu yang bermanfaat dan beradap sopan dalam pergaulan sesama manusia.
d) Huraikan perkara-perkara yang merosakkan akidah Antara perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah ia juga terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu dari segi perbuatan, hati dan lisan. Yang pertama dari segi perbuatan ialah mengubah ayat Al Quran atau hadis, menyanyikan lagu-lagu yang liriknya bertentangan dengan akidah dan menyembah selain dari Allah SWT contohnya pokok, berhala dan syaitan. Selain itu, menghina Al Quran seperti mengoyak, memijak dan mencampak. Seterusnya, menyertai upacara agama lain seperti upacara menyembah berhala dan penyucian dosa. Akhir sekali, sujud selain daripada Allah seperti sujud kepada manusia, batu dan lain-lain. Yang kedua dari segi hati adalah dengan meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya. Selain itu, berniat untuk keluar daripada agama islam atau murtad. Seterusnya, mengubah hukum dengan perkataan seperti menolak kewajipan solat fardhu. Disamping itu, ragu-ragu dengan rukun iman, rukun islam dan hukum islam. Akhir sekali, tidak percaya Allah itu wujud dan kekal sampai bila-bila. Yang ketiga dari segi lisan atau percakapan. Dari segi lisan ini juga boleh merosakkan akidah seseorang contohnya menghina nabi dengan kata-kata yang tidak elok. Selain itu, mempermainkan azab-azab atau hukuman dari Allah SWT misalnya dengan mengatakan azab-azab Allah itu ialah cerita dongeng atau cerita rekaan semata-mata. Akhir sekali, menghina Al Quran dan As Sunnah juga merupakan salah satu punca akidah seseorang itu rosak.
TAMAT