The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezaiza, 2023-10-29 09:00:44

LAPORAN IDEANILAM KIK

LAPORAN IDEANILAM KIK

1


2 ISI Muka surat RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENUBUHAN KUMPULAN DAN SOKONGAN PENGURUSAN 1.1 Latar Belakang Kumpulan 1 1.2 Pelantikan Ahli Kumpulan 1 1.3 Komitmen Pihak Pengurusan Terhadap Pelaksanaan Projek 2 1.4 Perancangan Kumpulan IDeANILAM PinTaR 2 2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK 2.1 Kaitan Projek dengan Visi dan Misi Sekolah 3 2.2 Projek Berorientasikan Pelanggan 3 2.3 Sejajar dengan Agenda dan Matlamat Nasional 4 2.4 Kaedah Pemilihan Projek dan Analisis 4 2.5 Penyataan sasaran Outcome dan Impak 5 2.6 Permasalahan Projek 6 2.7 Implikasi jika Permasalahan Tidak Diselesaikan 7 3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN KREATIF DAN INOVATIF 3.1 Strategi Penyelesaian Kreatif dan Inovatif 7 3.2 Pelan Tindakan Penyelesaian 8 3.3 Deskripsi Inovasi 8 4.0 KEBERHASILAN PROJEK 4.1 Pencapaian Outcome dan Pembuktian 13 4.2 Impak Projek 15 5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI 5.1 Tahap Ketersediaan Teknologi dan Sistem 16


3 ISI Muka surat 5.2 Tahap Replikasi dan Pengkomersialan 17 LAMPIRAN 18 - 26


4 RINGKASAN EKSEKUTIF NILAM merupakan program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menggalakkan murid-murid di seluruh negara menanam minat membaca. NILAM merupakan akronim untuk Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM yang dilaksanakan secara rasmi pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan murid tingkatan satu serta peralihan di sekolah menengah telah mengalami revolusi apabila dilaksanakan program NILAM ditambah baik pada tahun 2018. Program Nilam ditambah baik ini mementingkan kualiti pembacaan berbanding kualiti bahan yang dibaca dalam program NILAM sebelumnya. Terdapat tiga komponen dalam program NILAM iaitu membaca dan merekod bahan bacaan, mengesahkan rekod dan mengumpul data serta memberi pengiktirafan dan ganjaran. Kekangan pelaksanaan NILAM di sekolah ialah kesukaran Guru NILAM memastikan murid-murid merekodkan bacaan, kesukaran untuk mengumpulkan data dan seterusnya kesukaran untuk menganalisis data. Rentetan daripada masalah ini, pihak kami telah membangunkan satu aplikasi menggunakan fungsi Google Sheet, Appsheet, Looker Studio dan Add-ons Autocrat dalam Google Sheet. Aplikasi yang diberi nama Inspirasi Digital e-Aplikasi NILAM atau singkatannya IDeANILAM ini membolehkan murid-murid merekodkan bacaan NILAM pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan menggunakan medium telefon pintar, tablet atau komputer, asal sahaja lokasi tersebut mempunyai capaian Internet yang stabil. Guru NILAM pula boleh mengumpulkan data dan menganalisis data tersebut dengan mudah di Google Sheet dan Appsheet. Data yang terkumpul dan sudah dianalisis dapat dipaparkan di Looker Studio untuk postmortem program oleh pihak sekolah dan memudahkan pihak sekolah menyampaikan maklumat tentang rekod bacaan anak-anak kepada ibu bapa mereka. Jika terdapat anak-anak yang tercicir untuk merekodkan bahan bacaan, pihak sekolah boleh menghubungi ibu bapa atau penjaga, hanya dengan merujuk aplikasi yang dibangunkan ini kerana maklumat diri murid diimport daripada data APDM. Aplikasi ini boleh dicapai oleh murid-murid melalui pautan https://tinyurl.com/IDeANILAM. Menerusi aplikasi ini, murid-murid boleh membaca buku digital menerusi Hub Digital STaMaN, merekodkan bahan bacaan dan menyertai aktiviti NILAM yang pautannya turut ditanam dalam aplikasi ini. Pendek kata, aplikasi IDeANILAM ini berkonsepkan One Stop Centre aktiviti NILAM sekolah. Menerusi aplikasi


5 ini, guru pula dapat mengumpulkan data dan menganalisis data rekod bacaan NILAM dengan mudah dan efisien. Data tersebut dipaparkan dalam Looker Studio yang boleh diakses di pautan https://tinyurl.com/DashboardNILAM. Ibu bapa pula dapat mengetahui bilangan rekod bacaan anak masing-masing apabila pautan tersebut dikongsikan dalam kumpulan Telegram ibu bapa. Pembangunan aplikasi ini seiring dengan keperluan Revolusi Industri (IR 4.0). Pemilihan platform Appsheet untuk membangunkan aplikasi ini kerana Appsheet ditawarkan secara percuma di pelantar DELIMa. Selain itu, Appsheet juga merupakan aplikasi yang mesra pengguna bukan berlatarbelakangkan ICT kerana pembangunan aplikasi ini tanpa penggunaan kod yang sukar. Tutorial pembangunan aplikasi menerusi platform Appsheet ini juga banyak dikongsikan di dalam Youtube. Hal ini tentu sahaja menarik lebih ramai guru lebih kreatif dan ingin berjinak-jinak membangunkan aplikasi mereka sendiri. Oleh itu jelaslah, aplikasi yang dibangunkan ini bukan sahaja memudahkan kerja guru, menarik minat murid untuk merekodkan bacaan di mana-mana dan pada bila-bila masa, mengurangkan kos menyediakan buku NILAM fizikal dan juga menjimatkan masa guru-guru serta menjadi medan menyerlahkan kreativiti para guru dalam menghasilkan inovasi. Semoga aplikasi ini dapat terus diguna dan disebar luas demi kemaslahatan para pendidik.


6 1.0 PENUBUHAN KUMPULAN DAN SOKONGAN PENGURUSAN 1.1 LATAR BELAKANG KUMPULAN Kumpulan Inovatif dan Kreatif Profesionalisme Keguruan (KIKPK) Unit NILAM telah ditubuhkan pada awal sesi persekolahan 2023/2024. Kumpulan yang terdiri daripada dua orang ahli ini diberi nama kumpulan Pintar, Tangkas, Relevan atau singkatannya PinTaR. Kumpulan ini telah mendapat restu dan galakan sepenuhnya daripada pihak pentadbir sekolah, iaitu Puan Hajah Mariati binti Abdullah untuk menjalankan projek KIKPK ini. 1.2 PELANTIKAN AHLI KUMPULAN Pihak sekolah telah menubuhkan kumpulan ini untuk mengatasi kekangan yang timbul dalam pelaksanaan NILAM iaitu kesukaran untuk memastikan murid merekodkan bacaan dan kesukaran guru mengumpulkan data serta menganalisis data tersebut. Berikut merupakan maklumat ahli kumpulan: ● Nama Kumpulan : Pintar,Tangkas,Relevan (PinTaR) ● Nama Organisasi : SMK Bandar Baru Sultan Suleiman ● Alamat : SMK BBBSS, Pelabuhan Klang, Selangor. ● No Telefon / Faks : 03 3176 0464 / 03 3176 0466 ● E-mel : [email protected] ● Tarikh ditubuhkan : 15 Mac 2023 ● Bilangan ahli : 2 orang ● Pembentukan Kumpulan : KIK Primer ● Nama Projek : Aplikasi IDeANILAM ● Bidang Projek : Penyampaian Perkhidmatan ● Kategori Projek : Penambahbaikan NAMA AHLI JAWATAN / GRED CATATAN Aliza Abd Azis Guru NILAM / DG54 Ketua Kumpulan Nor Aishah binti Mohd Sabaruddin GICT/ DG44 Ahli


7 1.3 KOMITMEN PIHAK PENGURUSAN TERHADAP PELAKSANAAN PROJEK Pihak pengurusan telah menyokong penuh pelaksanaan projek ini. Professional Learning Community (PLC) bersama para pentadbir bagi mempersembahkan prototaip projek telah dijalankan pada Selasa, 4 April 2023. Hasil daripada persembahan protaip tersebut, pihak pentadbir menyokong penuh kumpulan ini meneruskan projek yang dirancang. 1.4 PERANCANGAN KUMPULAN PinTaR Berikut merupakan carta gantt perancangan kumpulan PinTaR dalam menghasilkan projek KIKPK : BIL TINDAKAN / TARIKH MAC APR MEI JUN JUL OGO SEPT NOV 1 Penubuhan Kumpulan 2 Pemilihan Masalah 3 Pengumpulan Data 4 Analisis Data 5 Cadangan Penyelesaian 6 Pelaksanaan Cadangan Penyelesaian 7 Penghasilan Prototaip 8 Uji Cuba Inovasi 9 Perkongsian Inovasi dengan Pentadbir 10 Pendokumentasian 2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK 2.1 KAITAN PROJEK DENGAN VISI DAN MISI SEKOLAH


8 Antara kriteria yang digunakan oleh kumpulan PinTaR untuk memilih tajuk projek IDeANILAM : APLIKASI ONE STOP CENTRE NILAM ialah : ● Projek menyokong hala tuju StaMaN iaitu Pendidikan di SMK Bandar Baru Sultan Suleiman adalah bermatlamatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. ● Kepuasan kerja guru-guru tercapai apabila aplikasi dibangunkan. ● Aplikasi yang dibangunkan dapat menjimatkan kos dan sumber tenaga serta memudahkan kerja guru. ● Moral ahli kumpulan dapat ditingkatkan apabila aplikasi berjaya dibangunkan. ● Pelanggan (murid) berpuas hati dan teruja merekodkan bacaan NILAM selepas aplikasi berjaya dibangunkan dan diguna pakai. 2.2 PROJEK BERORIENTASIKAN PELANGGAN Melalui sesi PLC beberapa isu telah ditimbulkan untuk menambah baik aplikasi yang dibangunkan. Sesi PLC ini dikendalikan oleh Ketua Kumpulan dan terbuka kepada para pentadbir. Tujuannya supaya idea yang logik dan kritis daripada para pentadbir menjadikan aplikasi ini lebih efisien untuk digunakan. Segala idea dan isu yang ditimbulkan juga mestilah berkait terus dengan pelanggan iaitu murid-murid dan Guru NILAM. Antara hasil dapatan daripada sesi PLC : 2.2.1 Setiap penyertaan dalam semua aktiviti NILAM oleh guru atau murid perlu diberikan sijil digital menerusi add-ons Autocrat yang tersedia di dalam Google Sheet. 2.2.2 Menampal Kod QR aplikasi IDeANILAM di lebih banyak lokasi dalam PSS untuk memudahkan murid mengakses aplikasi. 2.2.3 Menyediakan Wall of Fame mudah alih yang menempatkan gambar murid yang merekodkan bacaan NILAM paling tinggi bulanan sebagai langkah menggalakkan murid merekodkan NILAM.


9 2.2.4 Murid diberi ruang untuk merekodkan bacaan NILAM pada waktu relif guru, pada waktu rehat dan waktu selepas tamat persekolahan. Jadual pengawasan guru bertugas dan pengawas perpustakaan bertugas perlu disediakan untuk memantau proses perekodan bacaan NILAM murid-murid terutama dari segi isu keselamatan peranti yang disediakan dan sebagai pemudahcara rakan sebaya. 2.2.5 Menjimatkan masa dan mengurangkan kos yang ditanggung oleh murid serta menyokong konsep paperless yang dapat menyelamatkan bumi daripada kesan pemanasan global, perubahan iklim dan ketidakseimbangan ekosistem. 2.3 SEJAJAR DENGAN AGENDA DAN MATLAMAT NASIONAL 2.3.1 Pembangunan aplikasi ini seiring ke arah teknologi 4.0 (IR 4.0) yang menjurus kepada pemantapan pendidikan digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). 2.3.2 Aplikasi ini sejajar dengan hasrat mewujudkan NILAM Digital iaitu proses perekodan bacaan NILAM secara digital sepenuhnya. 2.3.3 Seiring dengan era digital pada masa ini. 2.3.4 Memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya dalam sistem NILAM. 2.4 KAEDAH PEMILIHAN PROJEK DAN ANALISIS 2.4.1 Penggunaan komputer dan kemahiran asas aplikasi Google Sheet, Appsheet, Looker Studio dan add-ons Autocrat. 2.4.2 Pemilihan projek berasaskan beberapa kekangan yang dihadapi ketika perekodan bacaan NILAM secara manual : * Murid sering kehilangan atau tertinggal buku NILAM. * Murid enggan membeli buku NILAM menyebabkan guru terpaksa fotostat lembaran NILAM – isu pengurusan lembaran yang tidak efisien.


10 * Sukar menyimpan, mengemas kini dan menganalisis data secara manual. * Isu keselamatan data dari segi pemarkahan dan pemberian bintang NILAM. * Hasil soal selidik terhadap 50 orang responden menunjukkan tahap kepuasan pelanggan terhadap aplikasi adalah tinggi. Buktinya, sudah ada pembaca terbanyak yang mencatatkan bacaan melebihi 1400 buah. Hal ini mengesahkan bahawa aplikasi IDeANILAM ini mesra pengguna, memudahkan dan patut diteruskan. 2.5 PENYATAAN SASARAN OUTCOME DAN IMPAK 2.5.1 FAEDAH PENGGUNAAN APLIKASI IDeANILAM i. PENGURUSAN Masa yang diambil oleh guru NILAM untuk menganalisis data amat singkat kerana aplikasi Appsheet menyediakan analisis dan paparan serta perbandingan data yang jelas. Hal ini sudah pasti dapat memudahkan tugas guru. ii. MURID Proses perekodan bacaan NILAM dan penyertaan murid dalam aktiviti NILAM amat mesra pengguna kerana : * Murid boleh terus mengakses aplikasi dengan menggunakan pautan yang dikongsi dalam aplikasi Whatsapp kelas ataupun dengan mengimbas kod QR yang ditampal di dalam pusat sumber sekolah. * Murid boleh mengemas kini maklumat yang diisi dalam aplikasi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Murid juga boleh menyertai aktiviti NILAM seperti kuiz, Nilam @ Home dan Padlet NILAM hanya di hujung jari. * Murid boleh menyemak data perekodan NILAM masing-masing dengan mengakses pautan Looker Studio yang telah ditanam dalam


11 aplikasi. Proses ini menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid-murid. iii. GURU * Murid dapat dibimbing oleh guru cara untuk mengakses aplikasi secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. * Murid yang tidak merekodkan NILAM dapat dikenal pasti dengan pantas dan langkah intervensi iaitu menghubungi ibu bapa murid dapat dilakukan segera. Pautan iMurid StaMaN telah ditanam dalam aplikasi IDeANILAM untuk memudahkan guru menghubungi ibu bapa murid sekaligus dapat mengurangkan kadar keciciran perekodan bacaan NILAM sekolah. * Analisis data rekod bacaan NILAM murid dapat dilakukan oleh guru dengan mudah dan pantas sekaligus mengurangkan tahap stres guru. 2.6 PERMASALAHAN PROJEK Terdapat tiga permasalahan utama berkaitan pemilihan tajuk projek yang telah disenarai pendek iaitu : 2.6.1 Sebelum penggunaan aplikasi, masalah ketiadaan dan kehilangan buku NILAM amat kerap berlaku. Murid tidak mempunyai duit untuk membeli buku NILAM juga merupakan isu berpanjangan yang terpaksa dihadapi. Alternatif penyediaan lembaran NILAM pula menyukarkan Guru NILAM menyimpan data. Akibatnya, data rekod bacaan murid sukar dikumpul, tidak dapat dianalisis dengan sempurna dan sukar menentukan pemberian Bintang NILAM kepada murid. 2.6.2 Permasalahan yang dihadapi oleh guru ialah pengisian data dalam aplikasi KPM dan JPN yang kurang stabil. Hal ini menyebabkan data yang disimpan tidak dapat dipaparkan dengan sempurna. 2.6.3 Permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak sekolah ialah penggunaan buku NILAM atau lembaran NILAM menyebabkan pihak


12 sekolah terpaksa menanggung kos pembelian buku dan kos percetakan lembaran NILAM setiap tahun. 2.7 IMPLIKASI JIKA PERMASALAHAN TIDAK DISELESAIKAN Antara implikasi jika permasalahan tidak diselesaikan dan aplikasi tidak digunakan sepenuhnya : 2.7.1 Analisis data sukar dilakukan menyebabkan berkemungkinan murid tidak memperoleh bilangan bintang NILAM yang sepatutnya. 2.7.2 Murid yang menyertai aktiviti NILAM seperti kuiz bertema, program Membaca Bersama 10 Minit dan NILAM @ Home tidak memperoleh sijil digital. 2.7.3 Data analisis jika menggunakan sistem yang disediakan oleh KPM dan JPN hanya boleh diakses dan dilihat oleh guru sahaja. Keadaan ini menyukarkan semangat bersaing untuk menjadi perekod NILAM tertinggi dan menyukarkan ibu bapa memantau data perekodan bacaan NILAM anak-anak. 3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN KREATIF DAN INOVATIF 3.1 STRATEGI PENYELESAIAN KREATIF DAN INOVATIF Aplikasi IDeANILAM merupakan transformasi daripada perekodan bacaan NILAM secara manual kepada perekodan secara digital. Inisiatif yang dilaksanakan ialah : 3.1.1 Aplikasi IDeANILAM dibangunkan menggunakan platform Google Sheet, Apsheet, Looker Studio dan add-ons Autocrat yang boleh dicapai di pautan berikut : https://tinyurl.com/IDeANILAM dan https://tinyurl.com/DashboardNILAM. 3.1.2 Aplikasi yang dibangunkan ini membolehkan murid melihat data rekod bacaan NILAM masing-masing dan menerima sijil digital dengan cepat dan panytas melalui e-mel masing-masing.


13 3.1.3 Aplikasi yang digunakan amat mesra pengguna, menjimatkan kos dan sumber tenaga kerana murid hanya memerlukan kemahiran asas menggunakan tetikus dan menggunakan carian Google serta mengisi borang digital. 3.2 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN Pelan tindakan penyelesaian projek ini menggunakan kaedah 5W + 2H : WHO Ahli kumpulan PinTaR dan murid-murid SMKBBSS WHEN Sesi persekolahan 2023/2024 WHAT Membangunkan aplikasi IDeANILAM WHY Meminimumkan kadar keciciran perekodan bacaan NILAM dalam kalangan murid, menjimatkan kos, masa dan tenaga manusia. WHERE SMK Bandar Baru Sultan Suleiman HOW Hasil PLC dan percambahan fikiran bersama pentadbir dan ahli kumpulan, kami telah menambah baik produk inovasi mengikut kesesuaian sekolah. HOW MUCH Tiada kos 3.3 DESKRIPSI INOVASI 3.3.1 PENGHASILAN DAN PENGUJIAN PROTOTAIP Langkah 1 : Taklimat diberi oleh Ketua Kumpulan sebelum prototaip dibangunkan. Langkah 2 : Proses pembangunan prototaip.


14 Rajah 3.1 1. Promosi aplikasi menerusi perkongsian di group Whatsapp kelas 2. Apabila murid klik pautan yang dikongsi, murid akan dibawa ke paparan utama aplikasi. Untuk merekodkan bacaan NILAM, murid perlu klik daftar bacaan dan isi semua maklumat yang diperlukan. Murid boleh membaca buku digital menerusi Kiosk Digital NILAM. 3. Paparan daftar rekod bacaan - Murid hanya perlu klik anak panah ke bawah untuk memilih nama masing-masing kerana senarai nama telah dimuat naik daripada sistem APDM. Begitu juga untuk membuat pilihan kategori, muka surat dan jenis bacaan, murid hanya perlu klik pilihan yang disediakan. 3.3.2 PROSES PENGUJIAN PROTOTAIP Pautan prototaip aplikasi telah dikongsi kepada murid-murid menerusi aplikasi Whatsapp kelas. Aplikasi mesra pengguna (murid) ini membolehkan murid-murid merekodkan bacaan NILAM secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Hanya penerangan ringkas menerusi perkongsian video langkah penggunaan, murid telah berjaya menggunakan aplikasi ini. Proses pengujian prototaip ini berjalan sepanjang sesi persekolahan 2023/2024. Proses penambahbaikan 1 2 3


15 aplikasi ini sentiasa dilakukan berdasarkan maklum balas daripada muridmurid sehingga berakhirnya sesi persekolahan tahun ini. 3.3.3 PENAMBAHBAIKAN i. Butang terapung ke aplikasi iMurid STaMaN, ke aktiviti NILAM dan untuk mengakses sijil aktiviti NILAM ditambah untuk menjadikan aplikasi ini mesra pengguna. Selain itu, penambahan butang-butang ini memenuhi konsep pembelajaran kendiri dalam kalangan murid-murid. ii. Langkah penggunaan turut dicetak dan ditampal di papan info NILAM. iii. Menampal kod QR untuk memudahkan murid mengakses aplikasi berbanding hanya perkongsian pautan di Whatsapp kelas menyebabkan murid perlu scroll maklumat yang banyak. iv. Maklumat dan butang ke aplikasi lain ditambah di Dashboard PSS NILAM, sesuai dengan konsep aplikasi IDeANILAM sebagai One Stop Centre NILAM. Rajah 3.2 Penambahbaikan 1 : Penambahan butang ke aplikasi lain atau ke website lain sesuai dengan konsep IDeANILAM : One Stop Centre NILAM


16 Rajah 3.3 Penambahbaikan 2 : Penyediaan Kod QR menggantikan pautan untuk memudahkan muridmurid mengakses aplikasi. Rajah 3.4 Penambahbaikan 3 : Butang terapung Aplikasi iMurid STaMaN ditambah ke dalam aplikasi IDeANILAM untuk memudahkan guru menghubungi ibu bapa atau penjaga murid yang tercicir dalam melaksanakan perekodan bacaan NILAM


17 Rajah 3.5 Penambahbaikan 4 : Pertambahan bahan bacaan digital dalam bahasa Inggeris untuk menggalakkan murid membaca pelbagai bahan bacaan. Rajah 3.6 Penambahbaikan 5 : Paparan analisis lebih tersusun dan menarik serta mesra pengguna. Pengguna hanya perlu klik pada kotak carian untuk mencari semua maklumat yang diperlukan.


18 3.3.4 PERAKUAN PEMBANGUNAN APLIKASI Pembangunan aplikasi mesra pengguna ini jelas membawa banyak manfaat kepada warga sekolah. Transformasi daripada perekodan bacaan NILAM secara manual kepada perekodan secara digital dalam aplikasi bersifat One Stop Centre ini membuktikan pembangunan aplikasi ini amat diperlukan. Aplikasi yang menjimatkan kos, memudahkan kerja dan menjimatkan masa ini telah dibuktikan sebagai inovasi yang boleh diketengahkan oleh pihak USTP ketika membuat kunjung bantu PSS di sekolah ini. 3.3.5 PELAKSANAAN INOVASI APLIKASI ONE STOP CENTRE Pembangunan satu-satu aplikasi, terutamanya aplikasi perekodan bacaan NILAM telah banyak dibangunkan oleh guru-guru dengan menggunakan sentuhan Google Form. Namun, aplikasi IDeANILAM yang memenuhi konsep One Stop Centre untuk semua aktiviti NILAM di sekolah ini merupakan inovasi yang memenuhi kriteria penjurian KIKPK. Murid-murid bukan sahaja dapat membaca buku secara dalam talian, merekodkan bacaan NILAM, mengakses pelbagai laman sesawang, menyertai kuiz dalam talian, mendapatkan sijil digital, mengasah kemampuan mengarang di Padlet dan boleh juga berselfie bersama buku. Semua aktiviti ini dimuatkan dalam aplikasi berkonsepkan One Stop Centre ini. Pengguna tidak perlu lagi klik pelbagai pautan untuk mengakses pelbagai aplikasi kerana semua aplikasi tersebut telah dimuatkan dalam IDeANILAM : One Stop Centre NILAM. 4.0 KEBERHASILAN PROJEK 4.1 PENCAPAIAN OUTCOME DAN PEMBUKTIAN 4.1.1 PENJIMATAN KOS OPERASI Pembangunan aplikasi ini amat menjimatkan kos kerana pihak sekolah tidak perlu membeli stok buku NILAM yang berkemungkinan


19 tidak habis terjual. Malah, stok simpanan buku Nilam edisi lama tidak dapat digunakan lagi apabila NILAM diperbaharui diperkenalkan. Selain itu, murid juga tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli buku NILAM. Rajah 4.1: Transformasi daripada buku fizikal kepada IDeANILAM amat menjimatkan kos operasi yang ditanggung oleh pihak sekolah dan murid-murid. 4.1.2 PEMBELAJARAN KENDIRI Aplikasi yang dibangunkan ini mendukung konsep pembelajaran kendiri apabila murid-murid boleh meneroka sendiri segala aplikasi yang disediakan, termasuklah memuat turun sendiri sijil digital yang disediakan. Rajah 4.2 : Aplikasi mendokong pembelajaran kendiri apabila murid boleh meneroka dan mengakses sendiri semua aplikasi dan memuat turun serta mencetak bahan jika diperlukan.


20 4.1.3 OUTCOME PEMBUKTIAN APLIKASI IDeANILAM BUKU NILAM/ LEMBARAN NILAM Aplikasi IDeANILAM RM 3.00 x 922 orang murid = RM2766 Tiada Kos Jadual 4.1 : Kos jualan buku NILAM yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah jika murid seramai 922 orang ialah RM 2766. Sebaliknya, jika aplikasi IDeANILAM digunakan, tiada kos yang perlu dikeluarkan. 4.1.4 FAEDAH SAMPINGAN (Luar Jangka) BUKU NILAM/ LEMBARAN NILAM Aplikasi IDeANILAM RM 3.00 x lebih daripada 4 juta orang murid = Melebihi RM 12 juta Tiada Kos Jadual 4.2 : Jika aplikasi IDeANILAM atau penggunaan NILAM Digital diaplikasikan di seluruh Malaysia, penjimatan kos lebih kurang RM 12 juta setahun dapat dilakukan. 4.2 IMPAK PROJEK 4.2.1 PENILAIAN IMPAK DAN PEMBUKTIAN Pembangunan apikasi IDeANILAM ini dapat memberikan faedah kepada pengguna, terutamanya murid-murid kerana penggunaan aplikasi mesra pengguna ini dapat menjimatkan masa , menjimatkan kos dan menjimatkan sumber tenaga manusia. 4.2.1.1 PENJIMATAN MASA Pembangunan aplikasi ini jelas dapat menjimatkan masa murid-murid kerana aplikasi ini dapat diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, asalkan lokasi tersebut mempunyai capaian Internet yang stabil. Aplikasi ini jug amat mesra pengguna kerana boleh diakses menggunakan apa-apa peranti, sama ada telefon pintar, tablet atau pun komputer riba. 4.2.1.2 PENJIMATAN TENAGA SUMBER MANUSIA Pembangunan aplikasi ini jelas memudahkan tugas dan menjimatkan masa Guru NILAM. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan penggunaan Appsheet, tugas menganalisis data lebih mudah dilakukan. Pengumpulan data dan analisis


21 data dapat dilakukan dengan cepat dan tepat berbanding jika dilakukan secara manual. Rajah 4.3 : IDeANILAM menjimatkan tenaga sumber manusia 4.2.2 FAEDAH SAMPINGAN (Luar Jangka) 4.2.2.1 MEMANFAATKAN TEKNOLOGI TERKINI Pembangunan aplikasi ini sudah tentulah mendukung pemerkasaan teknologi Revolusi Industri (IR 4.0). Aplikasi ini juga selari dengan konsep maklumat boleh diakses di hujung jari anda. Semoga konsep pendigitalan NILAM dapat diimplementasikan di semua sekolah di negara ini demi menyokong penggunaan produk pendidikan berasaskan teknologi terkini selaras dengan IR 4.0. 5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI 5.1 TAHAP KETERSEDIAAN TEKNOLOGI DAN SISTEM Projek inovasi pembangunan aplikasi IDeANILAM ini amat signifikan untuk disebarluaskan kepada semua murid dan guru sekolah di bawah naungan KPM kerana aplikasi ini dibangunkan menggunakan fungsi Google Sheet, Appsheet, Looker Studio dan add-ons Autocrat yang tersedia di dalam Google Sheet. Google Sheet merupakan produk Google yang diberikan secara percuma menerusi perkhidmatan Google


22 Drive. Appsheet merupakan aplikasi tanpa kod yang diberikan percuma dalam pelantar DELIMa. Aplikasi Appsheet membantu pengguna membangunkan aplikasi sendiri dengan mudah secara dalam talian. Aplikasi yang dibangunkan ini boleh diakses menerusi mana-mana enjin pencarian seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan lain-lain, asalkan pengguna mempunyai capaian Internet yang stabil. Oleh itu, penggunaan aplikasi yang tersedia secara percuma dan mudah digunakan kerana tidak memerlukan penggunaan kod yang sukar merupakan faktor utama aplikasi ini boleh dikomersialkan. 5.2 TAHAP REPLIKASI DAN PENGKOMERSIALAN Aplikasi yang dibangunkan ini boleh dikomersialkan di dalam Playstore dengan bantuan sedikit kepakaran koding dan bayaran yang minimum. Pengiktirafan menerusi pertandingan KIKPK ini dapat menguatkan kobelehpercayaan dan kebolehgunaan aplikasi IDeANILAM ini untuk diguna pakai oleh lebih banyak sekolah. Kesimpulannya, inovasi pembangunan aplikasi IDeANILAM ini amat praktikal untuk terus dikembangkan dengan penambahbaikan kerana aplikasi ini jelas dapat menjimatkan kos, memudahkan kerja guru, menjimatkan masa murid kerana boleh diakses di hujung jari di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja dan yang paling penting, dapat meningkatkan keterujaan murid untuk merekodkan bacaan NILAM. Jika dulu perekodan secara manual kurang diminati oleh muridmurid tetapi kini tidak lagi kerana penggunaan telefon pintar amat sinonim dengan diri mereka. Jadi, tugas kita untuk membawa aplikasi ini kepada mereka supaya telefon pintar dapat dimanfaatkan penggunaannya. Oleh itu, besarlah harapan kami agar inovasi ini dapat disebarluaskan ke seluruh negara demi kemaslahatan seluruh warga pendidik dan anak-anak didik di Malaysia.


23 LAMPIRAN 1 : MUKA HADAPAN APLIKASI - Mudah dicapai, cepat mengakses sumber lain dan bermaklumat LAMPIRAN 2 : MUKA HADAPAN APLIKASI iMURIDSTaMaN - Intervensi mudah menatasi keciciran perekodan bacaan NILAM Tiga butang terapung membawa pengguna ke aplikasi lain daripada muka hadapan IDeANILAM : iMuridSTaM aN Nilam@Hom e Aplikasi utama - IDeASTaMaN


24 LAMPIRAN 3 : PAPARAN SENARAI AKTIVITI DI ONE STOP CENTRE NILAM Buku Digital dalam Hub Digital STaMaN Aktiviti NILAM boleh diakses di satu tempat sahaja, sesuai dengan konsep One Stop Centre NILAM


25 LAMPIRAN 4 : PAPARAN SENARAI AKTIVITI DI ONE STOP CENTRE NILAM Galeri NILAM @ Home yang begitu menarik Sijil penyertaan aktiviti NILAM boleh diakses sendiri oleh peserta apabila klik butang di IDeANILAM


26 LAMPIRAN 5 : PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA Data Pembaca Terbanyak amat mudah dikumpul oleh guru Analisis data dilakukan oleh Appsheet amat memudahkan tugas guru


27 LAMPIRAN 6 : DASHBOARD NILAM ONE STOP CENTRE di https://bit.ly/PSSNILAMSMKBBSS Dashboard Nilam : One Stop Centre NILAM bukan sahaja memuatkan data dan analisis data NILAM, malah memuatkan semua maklumat tentang PSS NILAM, butang ke laman sesawang penting sekolah, pautan akhbar dan pautan ke PNM serta aktiviti NILAM seperti Padlet NILAM. Dashboard NILAM juga boleh diakses apabila pengguna klik butang Dashboard PSS NILAM di muka hadapan aplikasi IDeANILAM


28 LAMPIRAN 7 : KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP APLIKASI Seramai 50 responden soal selidik memilih untuk bersetuju penggunaan aplikasi ini diteruskan dan memilih untuk tahap kepuasan yang tinggi terhadap aplikasi.


29 LAMPIRAN 8 : SURAT TAWARAN MENYERTAI KIKPK


30 LAMPIRAN 9 : LOGO KUMPULAN


31 LAMPIRAN 10 : AHLI KUMPULAN ALIZA ABD AZIS Ketua Kumpulan PPP S / DG 54 NOR AISHAH BINTI MOHD SABARUDDIN Ahli Kumpulan GICT / DG 44


Click to View FlipBook Version