KESUSASTERAAN MELAYU
KTKUEESBGUUASDSAAASNYTA1EAR-NBAMAMNEMLDBA1AY10NU4
NAMA : NURUL FATIHAH BINTI MOHD
RADZI (F2J)
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
TAKRIF
JENIS
BENTUK
CIRI-CIRI
FUNGSI
MANIFESTASI AKAL BUDI
-PANTUN
-SYAIR
-GURINDAM
-SELOKA
PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya dan
cipta seni oleh masyarakat Melayu dahulu lagi yang
berkaitan dengan kehidupan. Sastera juga dijelaskan
sebagai seni bahasa kerana terhasil daripada
ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam
dan fikiran melalui medium bahasa. Menurut Ismail
Hussein (1998) kesusasteraan meliputi semua aspek
yang menggunakan ungkapan kata atau bahasa yang
kreatif serta seni yang bercorak intelektual (Abu Bakar
Hamid, 1997).
TMKAEESKLURASIYFAUSTERAAN
Kesusasteraan diitakrifkan sebagai satu karya seni yang
disampaikan melalui bahasa. Menurut Siti Hajar (2009) karya
sastera digunakan secara meluas bagi memperlihatkan catatan
dan rekod serta merangkumi bentuk imej atau ukiran. Perkataan
kesusasteraan terbina daripada perkataan Sanskrit iaitu sastera
yang bermakna huruf atau buku indah (Siti Hajar, 2011). Dari segi
maksud umum sastera beerti bahasa yang digunakan dalam
kitab-kitab. Menurut kamus, kesusasteraan didefinisikan sebagai
hasil seni atau karya tulisan yang terbentuk dalam prosa atau
puisi yang mengandungi ciri-ciri keitimewaan tertentu.
Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu diambil daripada
perkataan Sanskrit iaitu sastra yang bermaksud alat untuk mengajar. Kata
dasar sas- bermakna mengajar atau mengarahkan manakala tra- merujuk
kepada alat. Imbuhan ke- dan an- memberi maksud menyeluruh bagi semua
yang tertulis, yang ternilai dan estetika serta menjadi petunjuk dan panduan.
Sastera boleh menjadi medium dalam menginspirasi kehidupan manusia dan
memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam serta kebenaran moral
dengan sentuhan keikhlasan dan keterbukaan, sebuah hasil karya sastera
yang bermutu dan bernilai bukan sahaja menggunakan bahasa dan olahan
yang indah malah mempunyai unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan
perasaan serta kaya dengan ekpresi. Jadi, kesusasteraan Melayu ini dihasilkan
dengan kata-kata yang indah dan berfungsi untuk menyampaikan mesej atau
nasihat serta meluahkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama
ada berkaitan diri sendiri atau sekelompok masyarakat.
MJEENLISAYKUESUSASTERAAN
Kesusasteraan mengandungi pelbagai gaya kerana
mempunyai unsur-unsur khusus bagi membentuk
pola berbeza bagi tujuan tertentu.
Jenis kesusasteraan Melayu terdiri daripada empat
iaitu :
1. prosa tradisional
2. prosa moden
3. puisi tradisional
4. puisi moden
1.PROSA TRADISIONAL
Jenis pertama ialah prosa tradisional yang merupakan hasil Genre mitos merupakan cerita yang dianggap wujud dan suci
kesusasteraan yang ditulis dalam bentuk ayat-ayat biasa oleh pengkarya dan masyarakat yang menyokongnya yang
dengan menggunakan tatabahasa yang mudah. Menurut Siti mengisahkan tentang alam sekitar, manusia, bentuk muka
Hajar (2011) tradisional bermakna benar dan kekal nilainya, bumi dan kejadian alam (Azman Rahmat et.al, 2022). Contoh
mutu yang tinggi, mengandungi kriteria-kriteria lazim dan tidak karya mitos ialah kisah Tasik Chini dan mitos adat berandam
berubah mengikut masa. Prosa tradisional kekal sehingga kini dan semah pantai. Genre legenda ialah cerita yang dipercayai
kerana sifatnya yang diwarisi secara turun-temurun walaupun benar terjadi tetapi tidak suci. Legenda ini berdasarkan kisah-
telah lama dihasilkan. Prosa berfungsi sebagai sumber kisah tokoh atau pahlawan yang berkaitan dengan zaman
pengetahuan, amalan dan pengajaran kepada masyarakat luar dahulu dan sekarang. Contohnya, legenda Hang Tuah dan Tun
serta untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerima. . Ciri- Perak, serta Si tanggang dan Awang Tunggal. Genre cerita
ciri prosa tradisional ialah disebarkan secara lisan sama ada rakyat meliputi cerita binatang, cerita jenaka dan cerita lipur.
melalui penceritaan atau percakapan, bersifat tradisonal Dalam cerita ini mempunyai unsur moral atau sindiran, untuk
dongeng atau khayalan, mengandungi nilai estetik yang menegakkan keadilan dan menjadi sumber hiburan. Antara
merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan dan contoh cerita rakyat ialah Cerita Sang Kancil dengan Buaya,
struktur ayat atau penggunaan kata-kata adalah gaya bahasa Pak Pandir dan Bawang putih Bawang Merah. Manakala naratif
lama. Terdapat dua jenis prosa tradisional iaitu naratif dan tulisan mempunyai lima genre iaitu sastera sejarah, sastera
bukan naratif. Naratif pula terbahagi kepada dua iaitu naratif hikayat, sastera panji, sastera kepahlawanan dan sastera
lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan juga dikenali sebagai agama. Seterusnya, prosa tradisional bukan naratif terdiri
sastera rakyat. Naratif lisan dipecahkan kepada tiga genre iaitu daripada empat genre iaitu sastera undang-undang, sastera
mitos, legenda dan cerita rakyat. kitab, sastera ketatanegaraan dan kepustaakaan ilmu
tradisional.
2. PROSA MODEN
Jenis kedua ialah prosa moden yang merupakan hasil Istilah cerpen berasal daripada cantuman dua perkataan
karya sastera bebas dalam memperlihatkan iaitu cerita dan pendek. Fokus utama dalam cerpen ialah
pengalaman, pemikiran, situasi, dan persoalan berkaitan sesuatu kejadian atau peristiwa. Teknik
masalah atau kehidupan realiti dalam bentuk tulisan penceritaan cerpen adalah berdasarkan satu tema dan
untuk memberi mesej yang tersirat. Annas Ahmad beberapa persoalan untuk memberi kesan kepada pembaca.
(1988) berpendapat, hasil karya yang terhasil selepas Ciri bagi menghasilkan sebuah cerpen ialah panjang
tahun 1800 masihi tergolong dalam sastera moden. karangnya antara 500 hingga 15000 patah perkataan, jalan
Terdapat dua jenis prosa moden iaitu bukan fiksyen cerita tidak terlalu padat dan dihasilkan dalam jangka masa
yang terdiri daripada artikel, rencana, laporan, iklan yang pendek. Novel pula merupakan prosa rekaan panjang
dan fiksyen yang terdiri daripada cerpen, novel, yang ditulis berdasarkan kehidupan manusia. Istilah novel
dongeng dan resensi. Ciri-ciri prosa moden ialah diambil daripada bahasa Itali iaitu novella yang membawa
bebas, keterbukaan, mesej tersirat dan kreatif. maksud satu benda kecil baharu. Kriteria-kriteria yang perlu
Pengarang bebas menghasilkan karya tanpa ada dalam sebuah novel ialah lebih panjang dan kompleks
dibataskan dengan struktur, tema perbendaharaan daripada cerpen, jumlah patah perkataan sekurang-
kata dan sebagainya. Dalam prosa moden seperti kurangnya 40 000, tidak terikat dengan struktur atau
novel atau cerpen mengandungi mesej atau format dan terdiri daripad tiga elemen iaitu plot,
pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang perwatakan, latar dan gaya (Siti Hajar, 2009). Drama
dengan kreatif. Bentuk prosa ini pula terbahagi merupakan karya sastera yang mesejnya atau pemikiran
kepada tiga iaitu cerpen, novel dan drama. disampaikan melalui lakonan. Karya sastera dalam bentuk
drama dibangkitkan oleh unsur intrinsik (Erwan Juhara, 2014)
iaitu skrip drama dan pementasan drama.
3. PUISI TRADISIONAL
Seterusnya, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, puisi tradisional merupakan warisan
kesusasteraan melayu yang diciptakan bagi mewujudkan pemikiran baharu mengikut kesesuaian
zaman. Penggunaan bahasa yang puitis dan kreatif bagi menyatakan pemikiran itu. Salleh Ahmad
(1993), menyatakan bahawa puisi tradisional merupakan puisi Melayu lama yang berbentuk non-
naratif dan disebarkan kepada masyarakat melalui budaya lisan. Puisi tradisional mempunyai
cirinya tersendiri. Antaranya, menggunakan bahasa yang lebih baik, eksperinsif, kental,
mempunyai nilai keindahan dan menyuburkan rangsangan. Selain itu, ia juga bersifat lisan,
berbentuk kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar dan ungkapan kata dan bahasa yang
digunakan dipengaruhi oleh unsur lagu, rentak, irama dan sebagainya. Puisi juga terdiri daripada
naratif dan bukan naratif. Genre yang terkandung bentuk naratif ialah syair manakala dalam
bentuk bukan naratif ialah pantun, gurindam, seloka, peribahasa, teka-teki, teromba dan
sebagainya (Harun Mat Piah, 1989). Pantun ialah sejenis puisi yang digunakan untuk melontarkan
pemikiran dan meluahkan perasaan sama ada gembira, sedih, marah dan sebagainya. Perkataan
pantun merujuk kepada sesuatu percakapan dengan penggunaan bahasa yang teratur, tersusun
dan indah atau tingkah laku yang bersopan dan bertatasusila dalam kesusasteraan melayu.
Pantun berbentuk terikat dan berdasarkan bilangan baris dalam rangkap seperti pantun dua
kerat, empat kerat, lapan kerat dan pantun berkait.
Sambungan
Syair ialah sejenis puisi berlagu dan puisi Melayu lama yang berangkap yang mempunyai
pengaruh Arab dan Parsi. Istilah syair berasal daripada kesusasteraan Arab iaitu syir.
Tetapi syair yang dihasilkan oelh pengkarya adalah Syair Melayu yang merupakan puisi
berangkap yang menekankan irama bersajak. Bentuk syair adalah terikat kerana terdiri
daripada empat baris serangkap dengan rima akhir a-a-a-a, setiap baris mempunyai 4
hingga 5 patah perkataan dan setiap baris terdapat 8 hingga 12 suku kata. Gurindam
merupakan puisi Melayu tradisional yang dikemukakan oleh Raja Ali Haji melalui Gurindam
Dua Belas yang dikarang pada tahun 1846. Gurindam terbahagi kepada dua jenis iaitu
terikat dan bebas. Isi tersirat yang terkandung dalam gurindam adalah untuk memberikan
nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Bentuk bagi gurindam
terikat ialah terdiri daripada dua baris serangkap yang berakhir dengan rima a-a.
Perkataan seloka diadaptasi daripada perkataan Sanskrit iaitu shoka yang beerti
berseloroh, berjenaka atau menyindir. Sebagai bentuk puisi tradisional yang berupa
karangan berangkap, seloka dikatakan lebih kepada pepatah, bidalan atau perumpamaan
yang mempunyai unsur jenaka, gurau senda, sindiran dan sebagainya. Melalui seloka ini,
pembaca memperoleh mesej tersirat yang berguna untuk dijadikan teladan dan
pengajaran dalam hidup.
4. PUISI MODEN
Puisi moden merupakan sebuah seni penulisan baharu yang dikarang menggunakan susun
kata yang indah. Menurut Za’ba puisi bererti khas dipakai bagi mengungkapkan fikiran yang
cantik dengan bahasa yang indah, terukir kemanisan dan kecantikkan bahasa. Puisi juga sering
digunakan oleh masyarakat untuk memberi pendapat atau melahirkan sesuatu perkara. Ciri-
ciri puisi moden yang sempurna ialah jumlah baris dan suku kata tidak terbatas, rima bebas,
menggambarkan kehidupan dan terdapat bahasa yang indah serta adanya nama penulis yang
ditulis menggunakan nama samaran atau nama pena dalam karya tersebut (Azman Rahmat
et.al, 2022). Genre yang terdapat dalam puisi moden ialah sajak. Sajak merupakan puisi
moden yang bentuknya adalah bebas dan tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata
atau diksi, rangkap, baris serta skima rima akhir. H.B. Jassin (1983) berpendapat bahawa sajak
merupakan medium penyampaian perasaan yang didalamnya terdapat fikiran dan tanggapan
dalam erti kata lain suara atau luahan hati dari penulisnya. Hal ini kerana karya sajak ditulis
daripada jiwa dan perasaan yang mendalam dan bukan mainan kata semata-mata. Sajak
amat menekankan keberkesanan pertuturan perasaan dengan melalui pemilihan dan
penggunaan kata-kata yang saling berkait menurut erti serta irama. Sajak yang terbaik ialah
sajak yang boleh menjadi tatapan masyarakat kerana membawa bersama gagasan dan
pemikiran tentang sesuatu perkara.
BMKEEENSLUTASUYAKUSTERAAN
PROSA TRADISIONAL PROSA MODEN
Prosa tradisional adalah berbentuk karangan Bentuk bagi prosa moden ialah
panjang yang tidak mempunyai corak atau irama cerpen, novel dan drama.
tertentu, lebih mudah difahami berbanding puisi dan prosa yang dihasilkan pada masa
sejenis cerita rakyat yang berasaskan kehidupan kini.
masyarakat.
Selain itu, prosa tradisional adalah bebas dari segi
bilangan suku kata dan bilangan patah perkataan.
PUISI TRADISIONAL PUISI MODEN
Bentuk puisi tradisional terbahagi kepada dua Bentuk bagi puisi moden dipecahkan kepada tiga iaitu bebas,
iaitu terikat dan bebas. terikat atau konvesional dan separuh terikat atau separuh bebas.
terdapat pembahagian unit dalam Bebas ialah penulis lebih bebas dan selesa untuk bersuara dan
mengungkapkan idea seperti dua baris serangkap meluahkan apa sahaja dalam bentuk penulisan dan tidak lagi
baris, rima dan irama disusun mengikut pola yang menggunakan ciri penulisan tradisional.
dipengaruhi oleh jumlah. Puisi berbentuk terikat atau konvesional akan terikat pada rima
akhir, jumlah baris dalam setiap rangkap dan bilangan suku kata.
Bagi puisi berbentuk separuh terikat pula, ia mengutamakan
zaman, masa dan isu yang berlaku dalam masyarakat
CKMIEERSLIU-ACSYIARUSITERAAN
Umum mengetahui, karya seni sastera berbeza daripada ciptaan seni
lain kerana bahasa digunakan sebagai alat penyampaiannya.
Sesebuah karya sastera yang terhasil tidak akan bermakna sekiranya
tidak mempunyai matlamat atau tidak ditujukan kepada seseorang.
Oleh sebab itu, sastera Melayu mesti bersifat positif dan
mengandungi ciri-ciri yang memperlihatkan keistimewaannya.
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
KEINDAHAN
MENCERMINKAN PENGALAMAN
KARYA SENI
PENGALAMAN SENI
1. Keindahan 2. Mencerminkan
Pengalaman
Keindahan merupakan Unsur-unsur Dalam Pengalaman
gaya dan jenis bahasa tersebut ialah sastera merujuk kepada
yang digunakan untuk keutuhan, pengalaman tindak balas yang
menonjolkan keindahan keselarasan, diungkapkan kukuh daripada jiwa
yang terdapat dalam keseimbangan menerusi manusia dapat
hasil karya. dan penekanan. bahasa. ditunjukkan melalui
realiti.
Kesatuan unsur yang Melalui medium bahasa
menghasilkan suatu pengkarya dapat
susunan atau struktur
karya yang bulat dan meluahkan perasaan,
utah akan menunjukkan fikiran dan imaginasi
keindahan karya supaya pembaca dapat
tersebut menghayati, memikirkan
dan merasakan perkara
yang ingin disampaikan
oleh pengkarya.
3. KARYA SENI 4. PENGALAMAN SENI
a. Bersifat fiksyen Melalui pengalaman pengkarya yang
Karya sastera yang bersifat fiksyen dihasilkan ditulis dalam sastera, pembaca dapat
menerusi imaginasi pengkarya berdasarkan memahami dan memikirkan perasaan
pengalaman atau respon terhadap alam sebenar. serta luahan dalam hasil karya tersebut.
Daya imaginasi diperlukan dalam sesebuah karya
fiksyen supaya pembaca dapat menghayati dan Dengan itu, ia memberi kepuasan dan
membayangi kenyataan sesebuah karya dalam kelegaan kepada pengkarya.
bentuk konkrit.
Selain memahami, pembaca juga perlu
b. Nilai-nilai estettik mengetahui nilai-nilai yang terdapat
Nilai-nilai estetik diperlukan bagi mengungkapkan isi dalam karya sastera itu
hati dengan jelas dan mendalam.
c. Gaya bahasa yang khusus
Bahasa yang digunakan mestilah kompleks dan puitis
untuk menarik minat pembaca dan menghayati karya
tersebut.
FMKUEENSLUGASSYAIUSTERAAN
1.ALAT Para pengarang menterjemahkan pengalaman-pengalaman mereka
PENDIDIKAN ke dalam kisah-kisah yang dikarang dalam prosa atau puisi yang
merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi
dan agama.
Dalam karya tersebut mengandungi unsur-unsur pengajaran, moral dan
ilmu pengetahuan yang tinggi yang boleh diambil oleh pembaca dengan
secara tidak langsung berlakunya Pendidikan.
Subjek kesusasteraan Melayu diperkenalkan dengan bermatlamat
melahirkan pelajar berjiwa kemanusiaan, kerohanian, kemasyarakatan,
kewarganegaraan, menanam perasaan cinta akan negara dan sebagainya.
Sastera berperanan untuk membina insaniah dalam kehidupan masyarakat
bagi melahirkan pemimpin yang bermoral dan berperikemanusiaan.
Peringkat sekolah Kesusasteran Melayu berfungsi sebagi satu cabang
ilmudan senjata yang dapat diterapkan dan berkembang dalam pelbagai
disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum.
Bagi mewujudkan sebuah Sastera negara Unsur dan nilai-nila posiitif
negara bangsa yang mementingkan nilai atau optimis yang
bersatu, sastera perpaduan supaya terkandung dalam karya
dijadikan medium menjadi faktor untuk sasterawan Malaysia dapat
penting dalam menyatupadukan meningkatkan fikiran,
melahirkan semangat rakyat. kesedaran dan membuka
kekitaan dalam kalangan mata hati dan minda
rakyat. 2. masyarakat tentang
INSTRUMENT kepentingan semangat
Fungsi sastera juga PERPADUAN perpaduan.
mampu menjana
pemikiran yang Semangat perpaduan
unggul dalam dapat dipupuk melalui
melahirkan generasi minat membaca karya
yang meliputi aspek sastera dan isi tersurat
jasmani, rohani, emosi serta tersirat berkaitan
dan intelektual. perpaduan dalam karya
perlu dimantapkan.
3. ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Sastera juga berperanan dalam menjadi alat kawalan sosial
kehidupan seharian (Aripin Said).
Masyarakat didedahkan dengan perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan melalui cerita rakyat.
Contoh : karya Si Tanggang telah mengajar kita bahawa jangan
derhaka kepada ibu bapa kerana akan menerima balasan. Kemudian
karya Sang kancil dalam cerita binatang mengajar supaya menjadi
bijak.
Melalui cerita rakyat masalah yang berlaku boleh diselesaikan
Tingkah laku yang baik perlu dijadikan teladan
Terdapat semua nasihat dan teladan yang perlu diambil oleh
pembaca
4. MEDIUM PROTES DAN KRITIK SOSIAL
Sastera merupakan Sesuatu perkara Masyarakat, Tindakan dan
karya seni yang yang dikisahkan kehidupan dan tatasusila adab untuk
mengetahui dan dalam karya manusia saling menegur, mengkritik
berlaku dalam berkait dalam dan memberi mesej
menyelokar tentang kehidupan sebenar karya sastera. dipengaruhi oleh
kehidupan manusia kerana sastera kewujudan jurang
daripada pelbagai merupakan dalam masyarakat
gambaran yang pelbagai susun
sudut pandang kehidupan manusia. lapis.
berbeza.
5. HIBURAN
Sastera juga berperanan untuk menghiburkan pembaca.
Penggunaan kata-kata yang indah, irama atau rentak yang tersusun dan
kebolehan karya sastera dalam membelai emosi pembaca atau pendengar
dapat mewujudkan hiburan.
Menjadikan karya sastera diterima dan diminati oleh masyarakat untuk
membacanya seperti cerita penglipur lara.
Unsur hiburan dapat dilihat dalam pantun, sastera rakyat dan sastera
moden.
Pantun berperanan sebagai hiburan apabila cara penyampaiannya
divariasikan seperti dalam lirik dikir barat, lirik lagu popular dan
sebagainya.
Hiburan dapat dilihat dalam sastera rakyat seperti cerita jenaka Pak kaduk
yang mengisahkan kegilaan Pak Kaduk dalam berlaga ayam.
6. KEPUASAN ESTETIK 7. PENDIDIKAN/PENGAJARAN
Pengarang berasa lega dan aman Sastera berfungsi untuk memberi
apabila telah Berjaya mencipta pengajaran, nasihat dan teladan kepada
sesuatu karya yang dapat menyentuh masyarakat.
perasaannya. sastera juga dapat memberi kesedaran,
Pembaca mendapat kepuasan yang mengubah pemikiran dan menerapkan
tidak dapat digambarkan setelah nilai-nilai murni dan moral yang terdapat
tercapai membaca karya sastera yang dalam karya sastera kepada
memperlihatkan keindahan yang masyarakat.
diinginkan Contoh : Cerita sang kancil dan buaya
yang mengandungi nilai-nilai murni
seperti bijaksana, tolong-menolong dan
pengajaran berguna yang boleh
diamalkan dalam kehidupan seharian.
MANIFEBSUTDAISI AKAL
PANTUN
SYAIR
SELOKA
GURINDAM
PANTUN
Budak-budak bermain tombak,
Tombak diikat dengan rantai;
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.
Berdasarkan rangkap pantun di atas, menunjukkan tentang hakikat kehidupan sebenar.
Pembayang dalam pantun tersebut menganggap manusia sebagai budak-budak yang risau
akan risiko yang dihadapi sehingga tombak diikat dengan ketat dalam genggaman. Daripda
pembayang tersebut, masyarakat perlu berfikir bahawa setiap kemajuan yang ingin diperoleh
mestilah didatangai dengan pelbagai risiko dan halangan. Maksudnya ialah bagi mencapai
kejayaan, seseorang individu perlulah berani menepuh cabaran yang bakal diharungi. Tanpa
cabaran, masyarakat tidak akan bergerak maju ke hadapan kerana tidak pernah merasai
kesusahan dan keperitan. Kesimpulannya, manifestasi akal budi yang terdapat dalam pantun
di atas ialah dalam kehidupan masyarakat mestilah berani menempuh sesuatu cabaran atau
rintangan demi mendapatkan sesuatu hasil yang sangat bernilai.
SYAIR
Berdasarkan keseluruhan rangkap di lampiran iaitu syair kelebihan ilmu karya Za’ba,
pengarang menekankan aspek pemikiran bahawa betapa pentingnya dan tinggi nilai
ilmu dalam kehidupan masyarakat sama ada sewaktu hidup atau selepas mati. Dalam
rangkap pertama menjelaskan tentang manfaat yang diperoleh daripada ilmu dapat
dijadikan sebagai panduan hidup. Tanpa ilmu masyarakat tidak mempunyai hala tuju
yang benar. Dalam syair itu, pengarang juga membandingkan nilai ilmu yang tidak
boleh dibeli atau ditukar dengan sebuah dunia atau wang ringgit. Jadi rebutlah ilmu
keranan orang yang menuntut imlu akan mendapat ganjaran pahala dan menjadikan
kehidupannya lebih bahagia. Kesimpulannya, manifestasi akal budi yang boelh
diperlihatkan dalam syair tersebut iailah masyarakat hendaklah mempelajari dan
mencari ilmu pengetahuan dengan sebanyak mungkin agar dapat mengubah cara
hidup dan mengecapi cita-cita. Hal ini kerana tanpa ilmu, masyarakat tidak dapat
mengubah nasib kehidupan dan taraf kedudukan.
SELOKA
SELOKA PAK KADUK Seloka di sebelah mengenai Pak Kaduk yang merupakan watak utama
yang sering ditimpa malang akibat daripada perbuatannya sendiri.
Aduhai malang Pak Kaduk, Berdasarkan seloka Pak Kaduk menerangkan tentang sikap pak kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai, yang sering membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan kesannya.
Contohnya, petikan ayamnya menang kampung tergadai. Perbuatan
Ada nasi dicurahkan, Pak kaduk yang menukarkan ayamnya dengan raja dan sanggup
Awak pulang kebuluran, mencagarkan kampungnya untuk bertanding sambung ayam telah
menghancurkan kehidupan masa hadapannya dan menyebabkan dia
Mudik menongkah surut. kehilangan tempat tinggal. Hal ini kerana Pak Kaduk kalah dalam
Hilir menongkah pasang. perlawanan tersebut. Selain itu, sikap tersebut boleh dilihat dalam
petikan Awak pulang kebuluran, Ada isteri dibunuh. Pak Kaduk pulang
Ada isteri dibunuh, dalam keadaan yang hampa dan kelaparan dari kenduri yang dihadiri
Nyaris mati oleh tak makan, kerana sesudah sampai kenduri sudah berakhir telah membuatkan
emosinya tidak stabil dan tidak dapat mengawal kemarahan lalu dia
Masa belayar kematian angin. memukul isterinya sehingga mati. Sikap tamak dan tidak menggunakan
Sauh dilabuh bayu berpuput. akal fikiran dalam melakukan tindakan telah menyebabkan dia
kehilangan isterinya. Kesimpulannya, manifestasi yang terkandung
Ada rumah bertandang duduk, dalam seloka Pak Kaduk ialah masyarakat perlulah menggunakan akal
Aduhai malang pak kaduk. fikiran sebelum membuat apa-apa tindakan atau keputusan supaya
tidak menimbulkan masalah lain dan dapat hidup dengan keamanan.
GURINDAM
Apabila terpelihara kuping, (Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga)
Khabar yang jahat tiadalah damping
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah
Berdasarkan rangkap gurindam di atas, dari aspek pemikiran, pengarang memberi nasihat kepada
pembaca agar menjaga anggota diri dan berbudi pekerti. Hal ini kerana masyarakat sekarang sangat
terdedah dengan gejala sosial sehingga menjatuhkan maruah sendiri dan kurangnya adab dan budi
bahasa dalam diri. Berdasarkan rangkap ketiga, pengarang menjelaskan bahawa seseorang individu
perlulah menjaga tutur kata kerana ia akan memberi banyak faedah kepada diri sendiri dan orang
lain. Seseorang yang bijak dan hati-hati dalam bertutur sudah pasti akan menggunakan bahasa yang
indah dan baik supaya dapat menghindarkan diri daripada mengguris dan menyinggung perasaan
orang lain. selain itu, berdasarkan rangkap kedua, pengarang menasihati agar memelihara
pendengaran dengan tidak mendengar segala hasutan atau perkara-perkara yang keji seperti
perbualan mengumpat, mengata dan sebagainya. Dengan ini, kita dapat terhindar daripada fitnah
sekiranya cerita yang didengari tersebut adalah tidak benar. Kesimpulannya, manifestasi akal budi di
dalam gurindam dua belas ialah menjelaskan kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara
anggota badan dan berbudi bahasa. Masyarakat yang menjaga anggota diri dapat menjauhkan diri
daripada melakukan perbuatan keji yang boleh merosakkan imej diri.
RUJUKAN
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah
Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.
Nordiana Ab Jaafar & Mohd Faradi Mohamed Ghazali. (2021). Komunikasi bahasa sindiran dalam seloka Pak Pandir dak
Pak Kaduk.
https://www.researchgate.net/publication/350552505_Komunikasi_Bahasa_Sindiran_dalam_Seloka_Pak_Pandir_dan
_Pak_Kaduk
Normi Mohd Dali. (2022). Konsep kesusasteraan Melayu (powerpointslide). Google classroom.
https://classroom.google.com/w/NDY0OTYwMDEyMTY5/t/all
Normi Mohd Dali. (2022). Manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam karya puisi tradisional
(powerpointslide). Google classroom.
https://classroom.google.com/w/NDY0OTYwMDEyMTY5/t/all
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Yeow Huiyi. (2018). Konsep dan fungsi prosa tradisional.
https://prezi.com/p/fhhkn1xklmmn/konsep-dan-fungsi-prosa-tradisional/
LAMPIRAN
SYAIR KELEBIHAN ILMU Masa seorang ialah taulan, Ia penerang jalan ke syurga,
Teman berbeka, suluh Ia pemuas tekak yang dahaga;
Ilmu itulah gemala sakti, berjalan; Ialah sungai ia telaga,
Sinarnya cerah cahaya sejati; Masa berhimpun ia Laut yang luas ualah juga
Asal puncanya lamun pengenalan,
didapati, Hias penyata polan si polan. Ialah alat sangat berguna,
Sukar bercerai sehingga mati. Idaman irang yang bijaksana;
Bagi yang duka ia penghibur, Hampanya luas amat saujana,
Harganya tidak dapat Ia penerang bagi yang kabur; Tepinya ajal sempadannya
ternilaikan, Ialah kandil di dalam kubur, fana.
Sebuah dunia belinya bukan; Lamun dengannya beramal
Kuasanya besar sukar subur.
digunakan,
Di laut di darat di rimba di
pekan.
TERIMA KASIH