The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA - NURUL FATIHAH BINTI MOHD RADZI (F2J)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 842-3-fatihah, 2022-04-12 08:35:32

KESANTUNAN BERBAHASA

TUGASAN 2 BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA - NURUL FATIHAH BINTI MOHD RADZI (F2J)

TUGASAN 2 -
BMMB1144

KESANTUNAN
BERBAHASA

NAMA: NURUL FATIHAH
BINTI MOHD RADZI (F2J)

PENGENALAN

Perkembangan teknologi yang serba canggih pada masa ini dapat memudahkan
semua aktiviti manusia terutamanya berkomunikasi. Masyarakat kini mudah
berkomunikasi antara satu sama lain walaupun berjauhan dan dapat
menyebarkan maklumat dengan pantas melalui platform media sosial seperti
'Facebook', 'Twitter', 'Instagram' dan lain-lain. Sewaktu menggunakan media
sosial, masyarakat juga perlu mempraktikkan amalan kesantunan berbahasa
dengan menggunakan bahasa yang sopan dan baik. Bahasa merupakan medium
yang digunakan semasa berkomunikasi dan menitikberatkan kesantunan bahasa
(Ainal Akmar Ahmad, Nasihah Hashim & et.al, 2016). Kesantunan bahasa dapat
didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan dan beradab ketika
berkomunikasi. Menurut Asmah haji Omar (2006), kesantunan berbahasa ialah
bahasa yang digunakan sehari-hari dalam pertuturan yang tidak menimbulkan
kemarahan, kegusaran dan rasa tersinggung daripada pendengar. Namun
begitu, penggunaan bahasa yang tidak sopan di media sosial semakin
berleluasa dalam kalangan masyarakat. Ini dapat dilihat dalam media sosial
yang menunjukkan masyarakat melontarkan dan menggunakan kata-kata kasar
dan kurang sopan ketika berbicara mengenai sesuatu isu.

BUKTI
PENGGUNAAN
BAHASA
KURANG SOPAN
DI MEDIA SOSIAL

BUKTI 1

Rajah 1 menunjukkan 'tweet'
netizen yang menggunakan
bahasa kasar untuk
melepaskan kemarahan dan
perasaan geram tentang isu
penderaan Bella yang didera
dengan sangat teruk di pusat
penjagaan.

BUKTI 2

Berikut merupakan contoh perbualan di aplikasi 'Whatsapps' yang
menggunakan perkataan kasar.

BUKTI 3

Rajah 3 merupakan posting Rajah 4 menunjukkan satu
yang berunsurkan kritikan komen biadab daripada
dan menghina seorang artis seorang netizen yang tidak
yang suaranya kurang enak menghormati Permaisuri
Agong di ruangan Instagram
untuk didengari.

BUKTI 4

Rajah 5 dan 6 menunjukkan
penggunaan perkataan kasar yang

dicipta sendiri oleh masyarakat

JUSTIFIKASI

JUSTIFIKASI 1

Antara justifikasi masyarakat menggunakan bahasa tidak santun ialah
untuk melepaskan rasa kemarahan dan tidak puas hati. Hal ini dikatakan
demikian kerana terdapat setengah masyarakat yang menggunakan media
sosial sebagai tempat melepaskan kemarahan dan perasaan geram (Ainal
Akmar Ahmad et.al, 2016). Apabila mereka menjumpai satu isu panas yang
boleh membangkitkan keamarahan mereka, mereka akan membuat status
atau perkongsian yang menggunakan ujaran yang tidak berhemah dan
beradab seperti melontarkan kata-kata yang kasar dan kesat. Contohnya,
dalam rajah 1 menunjukkan terdapat banyak penggunaan bahasa tidak
santun seperti 'lahanat', 'gemok' dan 'kimak' di platform twitter. Pada
halaman cicipan tersebut menggambarkan pemilik akaun sedang
melepaskan rasa marah dan makian terhadap seseorang tentang sesuatu
perkara. Kemarahan dan rasa tidak puas hati akan mengganggu emosi dan
membuatkan fikiran tidak berada dalam keadaan stabil. Jadi,
ketidaksantunan perkataan-perkataan yang dilemparkan itu
sememangnya jelas menunjukkan bahawa budaya kesantunan dalam
masyarakat melayu telah diketepikan dan amalan kesantunan berbahasa
tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.

JUSTIFIKASI 2

Selain itu, penggunaan bahasa tidak santun dalam kalangan masyarakat di
media sosial ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian
kerana remaja amat mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan
perkara-perkara yang menjadi ikutan orang ramai. Rakan juga boleh
membawa pengaruh positif atau negatif kepada perilaku seseorang. Apabila
rakan menyebut sesuatu perkataan tidak sopan seperti 'babi', 'sial', 'hawau'
dan sebagainya, seseorang itu akan mengikut dan menjadikan perkataan itu
sebagai percakapan biasa dan dalam gurauan. Berdasarkan, bukti 2
menunjukkan tangkap muat perbualan antara rakan di aplikasi whatsapp
yang menggunakan perkataan ketidaksantunan seperti 'bodoh', 'bangang',
'sia' dan 'tak guna'. Hal ini kerana bagi individu tersebut perkataan itu
adalah kebiasaan yang sering diungkapkan semasa berkomunikasi
walaupun dalam secara maya. Menurut Hariyati Ariffin (2019), ramai
masyarakat beranggapan perkataan kurang sopan adalah satu bentuk
komunikasi yang diungkapkan kepada kawan rapat untuk menjalinkan
hubungan yang lebih mesra dan akrab serta bukan bertujuan menjatuhkan
maruah atau menghina. Jadi, jelas menunjukkan bahawa masyarakat
ketidaksantunan menjadi perkara biasa dalam komunikasi dan tidak
mengamalkan kesantunan berbahasa.

JUSTIFIKASI 3

Seterusnya, penggunaan bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat adalah
disebabkan tidak dapat didikan yang secukupnya dan betul tentang berbahasa dan
kesantunan dalam berkomunikasi daripada ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa sibuk
bekerja sehingga tidak mempunyai masa dan mengabaikan tanggungjawab dalam
memberi didikan serta tidak menekankan aspek bidang bahasa dalam diri anak-anak.
Kesannya, mereka tidak mempelajari kesantunan verbal yang betul dan membesar
dengan cara tersendiri. Sikap ibu bapa yang tidak menegur anak-anak yang mencarut
dan memaki hamun menyebabkan mereka menjadi kebiasan untuk menyebut perkataan-
perkataan kasar dalam komunikasi harian. Berdasarkan rajah 4, menunjukkan
seseorang individu yang meninggalkan satu komen biadab terhadap Permaisuri Agong
dengan menggunakan perkataan 'sial'. Tindakan individu tersebut jelas menunjukkan
tidak hormat dan tidak mempunyai kesantunan dalam diri. Tambahan lagi, didikan yang
tidak sempurna ini telah melahirkan masyarakat yang suka menghina dan menjatuhkan
air muka seseorang dengan mempersenda dan mengetawakan orang lain. Kebanyakkan
pengguna media sosial menghina seseorang dengan sesuka hati tanpa memikirkan
perasaan pembaca. Penggunaan bahasa kasar seperti 'hodoh', 'gemok', 'hitam' dan lain-
lain akan menyebabkan penerimanya atau pembaca berada dalam kedudukan yang
memalukan dan berasa air mukanya terancam (Zaitul Azma, 2012). Kesannya sikap
menghina ini akan menyebabkan pergaduhan dalam maya sesama masyarakat dan
boleh menyebabkan kegiatan siber buli banyak berlaku pada masa ini (Mohd Faizul et.al,
2014). jadi, penggunaan bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat perlu
dibendung agar tidak diwarisi oleh generasi akan datang.

JUSTIFIKASI 4

Akhir sekali adalah disebabkan oleh bahasa variasi seperti bahasa
slanga, bahasa pasar dan bahasa basahan yang digunakan oleh
masyarakat dalam percakapan seharian atau dikenali sebagai
bahasa kolokial. Bahasa kolokial yang digunakan ini juga
mengandungi perkataan yang tidak enak didengari dan dianggap
kasar. Masyarakat telah mencipta pelbagai perkataan kasar seperti
'siak', 'hanat', 'hauk', 'giler' dan sebagainya yang menjadi satu
kebiasaan dalam percakapan masyarakat masa kini. Ini disokong
oleh kajian yang dilakukan oleh Radiah Yusoff (2012) yang
menyatakan orang Malaysia mempunyai ungkapan makian tersendiri
yang sering diungkapkan dalam pertuturan seharian. Jika dilihat
dalam media sosial banyak masyarakat menggunakan perkataan
tersebut dalam status atau 'tweet' tanpa serba salah. Penggunaan
bahasa makian dan kesat sememangnya akan mengguris dan
menyakiti hati pendengar.

CADANGAN CARA
MENANGANI ISU
KESANTUNAN
BERBAHASA

PERANAN IBU BAPA

Antara cara menangani isu kesantunan berbahasa ialah ibu bapa memainkan
peranan utama dengan memberikan pendidikan awal secara tidak formal kepada
anak-anak di rumah. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang terdekat
dengan anak-anak untuk dijadikan sebagai suri teladan (Farid Ahmad, 2017).
Masalah kesantunan bahasa ini dapat ditangani dengan cara ibu bapa
menggunakan bahasa yang sopan dan teratur semasa berkomunikasi dengan anak-
anak. Apabila ibu bapa menggunakan bahasa yang santun dan baik anak-anak turut
mencontohi dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Contohnya
memanggil anak-anak dengan panggilan yang baik, tidak menggunakan perkataan
kasar ketika marah daln lain-lain lagi. Kesannya, anak-anak tidak akan terdedah
dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam komunikasi dan secara tidak
langsung mereka akan berasa lebih disayangi dan dihargai. Jadi kesantunan bahasa
dapat dikekalkan dan lahirlah masyarakat yang tinggi kesantunanya dalam
berkomunikasi. Ibu bapa juga perlu tegas dalam mendidik anak-anak dengan
memantau aktiviti pergaulan sama ada secara realiti atau maya. Hal ini kerana
kebanyakkan generasi muda belajar sesuatu perkara baharu semasa menggunakan
media sosial. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat bahasa yang tidak sopan yang
digunakan oleh mereka, ibu bapa perlulah menegur dengan sebaik mungkin supaya
hal tersebut tidak berterusan dan tidak merosakkan kesantunan berbahasa. Dengan
ini, masyarakat yang tinggi kesantunan bahasanya terlahir daripada didikan ibu
bapa yang betul.

PERANAN PIHAK SEKOLAH DAN GURU

Pihak sekolah dan guru juga perlu memainkan peranan untuk mengatasi
masalah kesantunan berbahasa. Pihak sekolah boleh menyedarkan para
pelajar tentang kepetingan penggunaan bahasa sopan dengan memberi
nasihat kepada mereka melalui kelab bimbingan dan kauseling. Pihak
bimbingan juga perlu menegur pelajar yang kurang santunnya apabila
berkomunikasi dengan guru. Kesannya, dapat melahirkan seorang pelajar
yang menghormati orang lain dan mereka tidak akan menyalahgunakan
bahasa dari segi pertuturan dan penulisan sama ada ketika formal atau
tidak formal. Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen-kempen dan
pertandingan yang berkaitan dengan kesantunan bahasa untuk
meningkatkan kesantunan dalam diri para pelajar agar digunakan dalam
kehidupan seharian. Tambahan pula, tugas guru adalah melahirkan insan
yang seimbang dan cemerlang (Aziz Yahya, 2015). Bagi mengatasi isu ini
guru perlu menekankan aspek-aspek pertuturan yang bertatasusila,
tersusun dalam pembelajaran. Dengan cara menerapkan penggunaan
bahasa yang sopan dan betul serta amalan nilai-nilai murni dan
meningkatkan kemahiran lisan dalam kemahiran bahasa pelajar.

PERANAN MEDIA MASSA

Media massa merupakan medium yang paling sesuai untuk mengatasi
masalah penggunaan bahasa tidak sopan. Hal ini kerana semua maklumat
dapat disampaikan dengan begitu pantas dan boleh mempengaruhi orang
ramai secara pendedahan terbuka. Melalui media massa seperti
televisyen, radio, internet dan banyak lagi dapat menghebahkan iklan
atau poster berkaitan kepentingan dan kebaikan kesantunan bahasa
dalam berkomunikasi. Apabila masyarakat menonton atau mendengar
iklan tersebut secara tidak langsung mereka turut menerima
pengetahuan baharu dan dapat meningkatkan kesantunan mereka. Selain
itu, pihak stesen televisyen juga hendaklah menyiarkan rancangan-
rancangan yang menggunakan bahasa sopan dan menapis cerita yang
mengandungi bahasa tidak sopan. Dengan ini, para pendengar atau
penonton tidak akan terdedah dengan penggunaan bahasa yang tidak
baik dan dapat mengekalkan kesantunan bahasa mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, banyak bukti yang menunjukkan
masyarakat sekarang gemar menggunakan bahasa tidak
sopan di media sosial. Hal ini kerana penggunaan bahasa
tersebut telah menjadi kebiasaan dalam komunikasi
seharian. Bahasa tidak sopan mencerminkan imej buruk
terhadap seseorang dan menunjukkan identiti yang biadab.
Oleh sebab itu, semua pihak hendaklah menjalankan
peranan masing-masing untuk mengurangkan dan
membendung masalah kesantunan bahasa supaya dapat
melahirkan masyarakat yang lebih bersantun dan baik
penggunaan bahasanya.

RUJUKAN

Ainal Akmar Ahmad, Nasihah Hashim, Maizatul Azura Yahya & Noor Aida Mahmor. (2016).
Kesantunan bahasa semasa berkomunikasi di laman sosial. (PDF) KESANTUNAN BAHASA
SEMASA BERKOMUNIKASI DI LAMAN SOSIAL (researchgate.net)

Hayati Ariffin. (2019, November 18). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa
kini. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurang-sopan
ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini

Mohd Faizul Mohd Ridzuan, Nur Fitrahana Mohamad Fauzi & Nur Izzah Ismail. (2016).
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
https://www.slideshare.net/HanaFitrah/kesantunan-bahasa-dalam-teknologi
maklumat-dan-komunikasi

Radiah Yusoff. (2012). Satu Tinjauan Terhadap Ungkapan Makian dan Ke(tidak)santunan dalam
Interaksi Internet.
https://www.researchgate.net/publication/346919776_Satu_Tinjauan_Terhadap_Ungkapan_
akian_dan_Ketidaksantunan_dalam_Interaksi_Internet_Deraf

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2012). Penggunaan strategi ketidaksantunan
dalam kalangan remaja di sekolah.

https://www.researchgate.net/publication/306346158_Penggunaan_Strategi_Ketidaksantunan_dal
m_Kalangan_Remaja_di_Sekolah

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version