Peneraju Transformasi
Almarhum Profesor Dato Dr. Siddiq Fadzil adalah seorang ilmuwan, aktivis masyarakat dan pendakwah terkenal tanah air yang telah pulang ke rahmatullah pada 31 Ogos 2021. Pemergiannya sangat dirasakan kerana Almarhum adalah seorang yang amat produktif dalam hidupnya sampai ke akhir hayatnya. Beliau telah meninggalkan legasi yang tidak ternilai tingginya. Idea until menubuhkan institut telah diberikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Oleh itu, Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF) telah ditubuhkan di Universiti Selangor bagi membolehkan pemikiran dan penokohan kepimpinan Almarhum Profesor Dato’ Dr Siddiq Fadzil dapat disebar luas dan memberi manfaat kepada khalayak yang lebih ramai. Institut ini telah dilancarkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 17 Februari 2022 di Universiti Selangor Kampus Shah Alam. Pelancaran ini diikuti dengan “Wacana Pemikiran Siddiq Fadzil Fadzil” dan pelancaran beberapa buku karya Almarhum Profesor Dato’ Dr Siddiq Fadzil. Turut hadir di dalam majlis ini adalah YAB Mentor Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Objektif utama penubuhan institut ialah untuk mempermudah usaha-usaha menjalankan penyelidikan ilmiah berkaitan dengan agama dan pemikiran Islam yang berpaksikan ilmu sains kemanusiaan atau sains sosial atau dengan menggalakkan penglibatan sarjana-sarjana dalam dan luar universiti, memperbanyakkan penerbitan bagi tujuan penyebaran informasi kesarjanaan, mempergiatkan seminar, persidangan, bengkel dan kursus-kursus. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh institut ini akan berlainan dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh unit-unit lain di Universiti Selangor. Kegiatannya akan bertumpu kepada semangat tulisan-tulisan, idea-idea dan pengalaman kesarjanaan, dakwah dan kehidupan Almarhum Prof. Dato Dr. Siddiq Fadzil. Ringkasnya, institut ini ditubuhkan untuk tujuan spesifik dan akan dipastikan tidak tersasar dari hasrat sebenar penubuhannya. LATAR BELAKANG INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPEMIMPINAN SIDDIQ FADZIL (IPKSF) UNISEL
Visi Institut = Menjadi organisasi akademik yang didedikasikan untuk mengembang, melaksana dan mempermudah penyelidikan dan amalan agama, kemanusiaan, sosial dan tingkahlaku yang berkualiti tinggi bagi komuniti dari dalam dan luar negara. Misi Institut = IPKSF komited untuk mempertingkatkan sokongan penyelidikan dalam bidang agama dan kemanusiaan termasuk pemikiran di kalangan sarjana dan agensi-agensi awam bagi tujuan aktiviti-aktiviti penyelidikan, perkhidmatan dan pendidikan. Pusat ini akan menjalankan penyelidikan asli yang akan menjuruskan kepada kesarjanaan yang khusus dan polisi membuat dasar. Pada pembentangan Belanjawan Negeri Selangor pada 26 November 2021, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 1 juta bagi penubuhan Kursi Siddiq Fadzil. IPKSF buat masa ini akan menumpukan aktiviti-aktivitinya merangkumi kluster-kluster di bawah: - Kluster Pendidikan Al Hikmah - Kluster Manhaj Malizi dan Demokrasi - Kluster Fiqh Taayush (Peaceful Coexistence) - Kluster Maqasid Syariah dan Dakwah - Kluster Pengurusan Berhikmah Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh IPKSF adalah projek-projek penyelidikan, seminar kebangsaan mengenai Pendidikan Al Hikmah dan juga program merakyatkan Pemikiran Almarhum Profesor Dato’ Dr Siddiq Fadzil. Selain itu, kerja-kerja renovasi sedang dijalankan di Perpustakaan Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya bagi menubuhkan Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil. 1.11. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah sosok yang tidak asing dengan Universiti Selangor. Sebelum ini, beliau telah hadir ke UNISEL beberapa kali untuk bertemu kakitangan dan pelajar. Berikut adalah program yang telah dihadiri oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum ini: i. Sesi Temui Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Universiti Selangor pada 17 Oktober 2018 (Rabu) jam 8 malam di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya ii. Syarahan Darul Ehsan yang disampaikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 18 Februari 2019 (Isnin) di Dewan pro Canselor, UNISEL Kampus Shah Alam. Syarahan ini bertajuk ”Ke Arah Pendidikan Bersepadu Dalam Era Malaysia Baru” iii. Majlis Perasmian Pelancaran Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil & Kursi Siddiq Fadzil Serta Peluncuran Buku Siddiq Fadzil pada 17hb Februari 2022 (Khamis) jam 11.30 pagi di Dewan Pro Canselor, Universiti Selangor, Shah Alam. LATAR BELAKANG INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPEMIMPINAN SIDDIQ FADZIL (IPKSF) UNISEL
BIODATA PROFESOR DATO’ DR SIDDIQ FADZIL Latar belakang dan pendidikan Profesor Dato' Dr. Siddiq Fadzil (4 Januari 1947 – 31 Ogos 2021) dilahirkan di Bagan Datoh, Perak dan berasal dari keluarga keturunan Jawa. Sebelum meninggal, beliau menetap di Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Siddiq Fadzil merupakan seorang ahli akademik dan aktivis pendidikan di Malaysia. Beliau juga merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH) sejak 2005 sehingga kematian beliau pada 2021. Almarhum Siddiq Fadzil meninggal dunia pada 6.32 petang 31 Ogos 2021 pada usia 74 tahun di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor akibat jangkitan paru-paru dan buah pinggang. Jenazah almarhum telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Beliau dilahirkan pada 4 Januari 1947 di Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Perak. Beliau memulakan pendidikan formalnya di Sekolah Rendah Sungai Tiang Darat (1954-1959), dan menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh (1959-1966). Beliau kemudiannya mengikuti ikhtisas keguruan di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1967-1968). Kerjayanya bermula sebagai pendidik sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya (1971). Setelah meraih ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam, Kepujian Kelas Pertama (1974), beliau menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi sebagai tutor dan melanjutkan pengajian ijazah keduanya di universiti yang sama sehingga berjaya meraih Sarjana Persuratan (M.Litt.) Pemikiran Islam pada tahun 1978. Pada tahun 1989, beliau menjadi penerima pertama ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam dari Institut Bahasa Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu pada tahun 1989.[1]
BIODATA PROFESOR DATO’ DR SIDDIQ FADZIL Lapangan gerakan dakwah Almarhum Siddiq Fadzil merupakan pengasas Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia pada 2005. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia ke-3 pada 1983 hingga 1991 menggantikan Anwar Ibrahim yang melepaskan jawatan tersebut untuk terlibat dalam bidang politik dengan menyertai UMNO. Beliau juga mendapat kepercayaan kerajaan negeri Perak apabila dilantik Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (1992-2000).[1] Penulisan Dr. Siddiq adalah seorang cendekiawan yang sangat prolifik dalam bidang penulisan. Antara buku yang diterbitkan ialah Sejarah Orang Cina di Tanah Melayu (1971), Kebangkitan Islam: Kenyataan dan Harapan (1975), terjemahan Di Bawah Naungan al-Qur’an (1980), Minda Melayu Baru (1992), Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999), Menoleh Sejarah Menyorot Arah (1999), Pengurusan Tawhidik (2001), Perspektif Qur’ani: Siri Wacana Tematik (2003) dan Pengurusan Dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai (2005). Karya akademik beliau boleh didapati dalam bentuk penerbitan Jurnal yang meliputi tajuk-tajuk seperti “Gerakan Islam di Malaysia” dalam Malaysia Masa Kini (1986/87), “AlHarakah al-Islamiyyah al-Maliziyyah fi al-Tis’inat” dalam al-Insan (April/ Mei1993), “Siyasah al-Shar’iyyah: Isu-isu dalam Pemikiran Islam masa kini” dalam Dasar (1995), “Permasalahan Moral: Perspektif al-Qur’an” dalam Jurnal Institut Pengajian Tahfiz al-Qur’an (1995), “Potensi Kepeloporan Melayu Abad 21” dalam Ulum al-Qur’an (1996), “Budaya Keusahawanan: Perspektif Agama” dalam Beriga (2000), Al-Sayyid Abu al-Hassan Ali alNadwi: Tema-tema Besar Pemikirannya” dalam Jurnal Usuluddin (2000) “Gender: Perspektif dan Pendekatan” dalam Madaniyyat (2005).[1]
ALMARHUM PROFESOR DATO’ DR SIDDIQ FADZIL DAN PENDIDIKAN AL HIKMAH Almarhum Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil ketika hayat beliau sangat menekankan peranan pendidikan dan pendidik di dalam membina masyarakat yang berakhlak. Oleh itu, beliau menekankan pembaharuan kepada Pendidikan Islam dari sudut nilai fikir, budaya kerja, pemikiran dan jiwa yang baharu. Secara ringkasnya, pendidikan al Hikmah perlu berkembang untuk melahirkan anak-anak yang berjiwa baharu. Pendidikan al Hikmah menekankan kepada pembinaan karakter dan watak. Sebelum ini, kita terlalu fokus kepada pencapaian akademik dań keputusan peperiksaan di atas kertas dan ini telah membawa kepada beberapa isu yang timbul. Anak-anak telah hilang nilai moral dan kemampuan uituk berfikir secara kritis juga telah hilang. Oleh itu, satu anjakan paradigma perlu berlaku bagi mengubah pemikiran masyarakat dari minda yang terlalu bergantung kepada peperiksaan kepada minda yang terbuka dan memahami tentang kepentingan pembinaan karakter. Pembinaan karakter dan watak ini wajib berasaskan kepada satu set struktur yang tepat dan lengkap. Nilai-nilai ini telah dirumuskan di dalam Surah Luqman. Nilai-nilai ini adalah sesuai sepanjang zaman. Selain itu, definisi watak dan nihai ini juga perlu dibincangkdn di dałam konteks budaya. Di dalam hal ini, pembinaan watak juga perlu dikaitkan denga budaya Melayu. Ketika bangsa Asia berwacana tentang kebangkitan Asia, antara lain yang dibicarakan ialah tentang nilai-nilai Asia. Ini kerana nilai itu yang menentukan bangsa Asia bangkit dalam acuan Asia dan tidak meniru barat.
MODEL PELAKSANAAN PENDIDIKAN AL-HIKMAH Pendidikan al-Hikmah adalah suatu penjenamaan yang mengangkat tema pendidikan teras Quraniy. Ia didasarkan kepada penekanan model yang merangkumi aspek falsafah, sasaran , kurikulum dan ko-kurikulum. Sebuah dasar dan gagasan besar dalam kontek pendidikan al-hikmah mencakupi semua aspek yang ditangani kerana ianya amat berkait soal penekanan pentarbiyah yang holistik dan syumul. Unsur Tarbiyyah, ta’lim, ta’dib dan tasyriq adalah pendekatan yang digerakkan dalam menjayakan model pendidikan al-Hikmah. Berdasarkan model diatas ternyata bahawa Pendidikan al-Hikmah merupakan sebuah gagasan yang menekankan aspek pendidikan menyeluruh, model yang mengaitkan tentang peranan dalam membangunkan pendidikan yang berteraskan pembentukan sahsiah diri dan keluarga serta masyarakat. Berteraskan kepada sistem yang holistik, pendidikan bermodelkan al-hikmah ini memanfaatkan ruang dan pendekatan pendidikan melalui pesan pendidikan Islam berteraskan al-Quran Menjadi satu keperluan untuk menilai sejauhmanakah kekuatan yang dimainkan dalam mengenengahkan Pendidikan al-Hikmah ini adalah kekuatan nilai yang diangkat dalam memastikan falsafah ini mampu menjadi role model dalam pendidikan Islam. Antara nilai-nilai yang diketengah adalah : a) Nilai Hikmah b) Sekolah Ummatik c) Kemahiran Insan d) Pelajaran Bermakna Pak21 (Sumber: Buku panduan Pelaksanaan Pendidikan al-Hikmah:2018) Nilai-nilai dalam Falsafah Pendidikan al-Hikmah Gambarajah 1 : Model Pelaksanaan Pendidikan al-Hikmah
a) Nilai Hikmah Antara nilai utama penting yang disandarkan dalam Pendidikan al-Hikmah adalah Nilai Hikmah. Hikmah dalam sejarah kesarjanaan Islam sememangnya didasarkan kepada al-Quran dan Sunnah. Muhammad al-Ghazali mentakrifkan hikmah sebagai “ kekuatan akliah yang menerima ilmu dari alam tinggi disampai ia juga akal tinggi yang membezakan antara kebaikan dan keburukan” (Mizan al-Amal: 265). Pendidikan yag berpaksikan kepada hikmah adalah mereka yang mempunyai nilai Hakim ( penerima kurnia hikmah) yang menjadikannya bertindak secara tepat dan syumul dan melakukan sesuatu pada tempatnya ( al-Kayyali : 2011). b) Sekolah Ummatik Nilai kedua yang menjadi asas sekolah Al-Hikmah adalah pembentukan sekolah yang mempunyai ciri-ciri ummatik. Ciri ummatik bermaksud sistem dan persekitaran persekolahan adalah membentuk diri dan jiwa pelajar yang memahami dan mengetahui sejarah dan perkembangan semasa pendidikan bermula daripada sejarah sekolah sehinggalah sejarah negara. Selain daripada pendidikan menyampaikan maklumat ilmu pendidikan, menjadi tanggungjawab para guru menanamkan nilai dan kefahaman terhadap perjuangan pendidikan dalam mengangkat martabat insan. Pelajar mendapat maklumat tepat dan menyeluruh tentang perjuangan pendidikan dan mereka adalah sebahagian daripada sejarah dan perkembangan untuk mencapai kecemerlangan. Inilah nilai ummatik yang ditanam dalam jiwa pelajar. Hasrat membentuk pelajar ummatik adalah selaras dengan nilai Iqra’ (baca) yang diturunkan oleh Allah SWT dengan mendidik manusia membaca. Pembacaan dalam ertikata yang lebih jelas adalah melihat dengan ilmu dan mengambil ibrah ilmu dalam kehidupan. Firman Allah SWT: “Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-Alaq: 1-5)
c) Kemahiran Insan Salah satu kekuatan yang boleh dibanggakan sebagai sebuah sekolah dalam sistem pendidikan adalah melahirkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran. Kekuatan llmu tidak mungkin dapat diterjemah tanpa kemahiran yang menyeluruh. Dalam sistem pendidikan al-hikmah, nilai kemahiran atau skills adalah sangat penting kerana ilmu tidak akan dapat digerakkan tanpa keupayaan dalam menterjemah dalam bentuk tindakan dan menghasilkan manafaat dalaman dan luaran. Antara kemahiran yang penting dalam membentuk nilai pelajar adalah seperti berikut , antaranya kemahiran komunikasi, pengurusan, pemudahcara, mempengaruhi, psikologi, tumouan dan menerima maklum balas : ( Fadhilah Mansor & T.Sarina : 2008 ) Begitu juga dalam memastikan keberkesanan falsafah dapat dibumikan terdapat beberapa karekter al-hikmah yang dibentuk : a) Budaya Quran b) Ummatik c) Adab dan Bakti d) Berilmu e) Kepimpinan f) Harakiy g) Istiqamah dan Iltizam h) Budi i) Lestari (Sumber: Buku panduan Pelaksanaan Pendidikan al-Hikmah:2018)
PENDIDIKAN MADANI Drivers Pendidikan Al-Hikmah Madani Keseimbangan duniawi dan ukhrawi Memaksimum potensi pendidikan memperhalusi rentas bidang Pembangunan kurikulum Ms 48 Keseimbangan pendidikan Pengenalah kepada kurikulum dan amali diperingkat rendah dan menengah Ms 65 Pendidikan tinggi – penekanan kepada teknologi baharu serta memenuhi keperluan semasa Ms 66 Nilai-nilai hikmah Kalimat hormat mengadungi kontasi maruah manusia. Suatu kalimah Adab mengandungi konotasi budi bahasa, kesopanan dan ketawadukan dan dilihat bukan semata sebagai asas tingkah laku tetapi juga sebagai asa sebuah peradaban Ms 93 Sekolah Ummatik Kurikulum menyubur keyakinan di sekolah harus dibangunkan. :Perubahan budaya pendidikan daripada kenisbian budaya dan kejahilan Ms 115 Kemahiran insan Kurikulum berteraskan nilai ihsan disekolah rendah dan menengah. Di luar bilik darjah kita perlu mempromosi kempen mendokong dan menekan nilai ihsan dirumah, ditempat kerja , disekolah dan seluruh negara Ms 135 MAMPAN SEJAHTERA HORMAT KEYAKINAN IHSAN
ATUCARA SYARAHAN ULUNG KURSI SIDDIQ FADZIL OLEH YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA 9 Februari 2023 (Khamis) 9.00 pagi Dewan Canselor, Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya 8.30 pagi Pendaftaran 9.10 pagi 9.20 pagi SYARAHAN ULUNG KURSI SIDDIQ FADZIL REFORMASI PENDIDIKAN UNTUK KESEJAHTERAAN MASA DEPAN MALAYSIA YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia 9.15 pagi 10.20 pagi Sesi Bergambar 10.30 pagi Bersurai 9.00 pagi Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Majlis Nyanyian Lagu Selangor & Negaraku Bacaan Doa
ATUCARA Penaung Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman Presiden & Naib Canselor, UNISEL Prof. Dr. Mohd. Nor Nawawi Pengarah, Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF) UNISEL Penasihat Dato’ Hj Ismail Yusop Pengarah Eksekutif, Institut Darul Ehsan Encik Sharipudin Muis Institut Darul Ehsan Pengerusi Puan Hajjah Rokmaa binti Mat Pendaftar, UNISEL Setiausaha Prof. Madya Dr. Salina Binti Muhamad Bendahari Puan Siti Aisyah Binti Omar Pengurusan Majlis Encik Kamarulbahrin bin Zahid Encik Mohd Nor bin Hashim Encik Muhammad Al Hafiz Abdul Rahaman (Pengacara Majlis) Jawatankuasa Protokol & Tuan Haji Amidi Abdul Manan Jemputan Cik Eda Suhana Sharudin Jawatankuasa Media & Encik Hasril bin Abu Hassan Publisiti Jawatankuasa Keselamatan Encik Mohd Khairi Bin Hashim & Trafik Dr Ng Ming Yip Jawatankuasa Audio Visual, Dr. Ts. Muhammad Fairuz Bin Abd Rauf Video & Multimedia Jawatankuasa Teknikal & Encik Mohd Khatta Bin Marwah Fizikal Jawatankuasa Harta Benda & Haji Abu Naaim Bin Munir Hiasan Jawatankuasa Keceriaan & Prof. Madya Dr. Mohd Norazwan Bin Abu Bakar Penghijauan Kampus Jawatankuasa Perubatan Encik Mohd Sharikh Dali Mahad Jawatankuasa Pameran Encik Hafiz Abdul Rahim SENARAI JAWATANKUASA
ATUCARA Jawatankuasa Pendaftaran & Prof. Madya Dr Hasyimah Binti Ismail Sambutan Jawatankuasa Jamuan Puan Hajah Ruhani Binti Zakaria Jawatankuasa Cenderahati Dr. Ts. Latifah Binti Abd Latip & Grafik Prof. Madya Haslinda Binti Sultan Ahmad Nawi Prof. Madya Fridelina Binti Shajrir Jawatankuasa Tugas-tugas Khas Encik Mohd Ikhwaniata Bin Taib Encik Mohd Firdaus Bin Fathur Rahman JPuan Juliza Mohamad Puan Nurrul Huwaina Binti Ridzuan Lotfi Encik Muhammad Khairul Annuar Bin Abd Ajis Puan Nur Zahirah Binti Mohd Shukri Puan Siti Hamira Binti Md Ngajib Encik Mohamad Firdaus Bin Zakaria Encik Maaruf Bin Rabu Cik Ramlah Binti Kadri Puan Norfadzila Wati Binti Abdul Wahab Puan Mislinda Binti Mislan Puan Mardiana Binti Mohd Nasir Puan Nazatul Shuhida Ahmad Puan Nursyazana Izzah Binti Ahmad Nazri Puan Roziah Mat Yunus Puan Nor Elina Roslan Encik Sulaiman Bin Daud Puan Safura Binti Mohamed Aris Puan Rosnida Binti Mohamed Nasir Puan Mismaliza Binti Khamis Puan Siti Norfaeza Binti Rosli Puan Norwidayah Binti Ismail Encik Shah Rizal Bin Ariffin Puan Liza Wati Binti Othman Encik Kamaruzaman Bin Sanusi Encik Khairi Bin Jamaluddin Puan Nor Laily Binti Salim Puan Fazliza Binti Samsudin Puan Nur Zaimah Binti Azmi Puan Nur Nabilah Binti Hamzah Encik Hasrul Hazan Bin Borhan Puan Maizatulsina Binti Salleh Puan Nor Hazwani Binti Zulkifli Puan Norina Shafiqa Binti Kamaruzaman Encik Mohamad Faiz Bin Akhsan Puan Irma Binti Muhammad Shafie Puan Noor Azreen Binti Basri Encik Mohd Azhar Bin Zainol Encik Muhamad Hafidzul Bin Mokhtar Puan Shairen Nor Jaslen Binti Mat Tahir Encik Mohamad Nizam Bin Omar Encik Abdul Wahab Bin Yusop Encik Nor Faizal Bin Hussin Encik Mohd Azmi Bin Karim Encik Mohd Anuar Bin Ramli SENARAI JAWATANKUASA Jawatankuasa Protokol dan Jemputan Jawatankuasa Jamuan
ATUCARA Encik Hafiz Bin Abdul Rahim Puan Rosliza Binti Ahmad SENARAI JAWATANKUASA Ts. Zuraidy Bin Adnan Encik Abdullah Bin Shamsuddin Encik Mohd Fairuz Bin Md Shaari Encik Noridzwan Bin Nordin Encik Mohd Azrul B Abu Samah Encik Muhammad Ridzuan Muhaimin Bin Ariffin Encik Mohd Faizul Bin Md Asar Encik Muhammad Irsyad Bin Sha'ári Encik Faizal Afiq Bin Mohd Noor Encik Muhamad Afnan Bin Mohd Azmi Encik Nurul Amar Bin Idris Encik Mohd Elfie Bin Rosli Encik Ishak Bin Misran Encik Mohd Harif Iqram Bin Hamzah Encik Zurisham Bin Yunus Encik Luqman Hakim Bin Maht Halime Encik Hasrul Azwar Bin Ismail @ Ishak Encik Abdul Razak Abdullah Encik Mohd Shafie Bin Abd Latif Encik Muhamad Suki Bin Ali Jawatankuasa Audio Visual, Video & Multimedia Jawatankuasa Pameran Encik Hafiz Bin Abdul Rahim Encik Mohd Ikwaniata Bin Taib Encik Azman Bin Ibrahim Dr Ts Latifah Binti Abd Latib Puan Rosliza Binti Ahmad Jawatankuasa Buku Cenderamata Encik Mohd Adibbudin Bin Maht Halime Encik Zulkifly Bin Abd Aziz Encik Ahmad Nur Bin Hafiz Ahyar Encik Muhammad Nasiruddin Bin Abdullah Encik Mohd Nor Sham Bin Baharudin Encik Zamri Bin Kasimin Encik Muhammad Khijar Bin Shuib @ Soid Encik Mohamad Shahrulnizam Bin Buyamin Encik Muhammad Safuan Bin Ismail Encik Mohd Rafi'ul Nizam Bin Rajulan Puan Suzana Binti Jaafar Puan Rozita Binti Jamaludin Puan Wan Nur Razlinda Binti Wan Umar Encik Mohd Azeze Bin Marsidi Jawatankuasa Teknikal & Fizikal
SENARAI JAWATANKUASA ATUCARA Dr. Saibah Binti Siregar Encik Eric Kimathi Buantai Puan Nino Hanum Marinda Binti Mohammad Encik Azrul Azrin Bin Wahab Encik Juniran Bin Nazri Encik Karthikesan A/L Vijakumar Cik Nurul Qurratu Ain Binti Kamarrulzaman Encik Mohamad Abdul Hadi Bin Mohamed Ali Puan Suhana Binti Abdul Malik Puan Noor Suraya Binti Mohd Zain Encik Azrol Efendy Bin Abd Malek Puan Nor Azirah Binti Mohamad Sulaman Puan Kamsiah Binti Mustafa Puan Nor Syarmiza Binti Zulkapli Encik Mohd Fadly Bin Abd Malek Puan Nur Zaimah Binti Azmi Puan Siti Noorrehan Binti Abdullah Puan Rosilawati Binti Rosnon Puan Nurul Amira Binti Erahim Puan Saidatun Nadiah Binti Mohd Noh Puan Noor Fadhzana Binti Mohd Noor Cik Liana Binti Ab Latif Cik Nursyahirah Wahidah Dr. Nur Fatin Nabilah Binti Shahrom Encik Mohd Azuan Bin Sulaiman Puan Rosfaizah Binti Abd Rahman Encik Mohd Nor Hafizan Bin Aris Cik Amrinder Kaur Jashbir Singh Encik Azman Bin Ibrahim Encik Mohd Hafis Hafizan Bin Alias Puan Nor Rosniza Binti Mohd Noor Puan Nor Ain Binti Abd Rashid Puan Qiesty Zarina Binti Ghazali Puan Norsianti Binti Talib Puan Norhuda Binti Rahmatullah Puan Yusliza Binti Yusof Cik Norazila Binti Juli Puan Salwati Binti Bodin Puan Noorliyana Binti Mohd Tahir Puan Syahidayani Binti Ashaari Puan Norhasanah Binti Khairoji Puan Wan Nabila Binti Wan Ibrahim Puan Nurul Fatini Binti Takril Jawatankuasa Pendaftaran Dan Sambutan