MASYARAKAT SERANI
AHLI KUMPULAN :
- NOOR NASUHA
-NOR EFFA
-NUR DALILA
PENGENALAN
Kaum “Nasrani” atau lebih dikenali sebagai kaum Serani yang
wujud disebabkan oleh hasil perkahwinan campur antara tentera
Portugis dan orang tempatan di abad ke-16 dan majoriti antara
mereka merupakan penganut beragama Katolik Roma.Kebanyakan
mereka menetap di Melaka dan Pulau Pinang,mengikut bancian
negara Malaysia terdapat seramai 12,650 orang serani di Malaysia
pada tahun 2000 .Bagi lebih spesifik,di Melaka mereka tinggal di
Kawasan perkampungan Portugis atau Portuguese Settlement yang
terletak di Ujong Pasir,Melaka.
LATAR BELAKANG
- Masyarakat Serani dipercayai bermula hasil hubungan perkahwinan antara wanita tempatan
dengan lelaki Portugis yang mana pekerjaannya sama ada pelaut, askar atau pedagang.
- Merujuk kepada fakta, keturunan Portugis Melaka secara tradisi merupakan nelayan udang.
- Ekspedisi Portugis pertama telah tiba di Melaka pada tahun 1507.
- Melaka menjadi pangkalan strategik bagi pengembangan Portugis di Hindia Timur, di
bawah negeri Portugis India sejak April 1511.
- Perkahwinan campur berkembang pesat digalakkan oleh pemerintah Portugis.
- Hal ini menyebabkan kira-kira 200 pasangan mendaftar pada tahun 1604.
- Hubungan dengan Portugal berakhir pada tahun 1641 apabila mereka
ditewaskan oleh Belanda dan Melaka Portugis ditangkap.
- Melaka diserahkan kepada British selepas perjanjian Anglobelanda pada
tahun 1824 di Bangkahulu di Sumatera.
- Walaupon begitu, hubungan perdagangan masih kekal dengan koloni Portugis
di Macau sehingga kini.
- Istilah Serani digunakan secara umum bagi merujuk kepada semua orang
yang berkacukan darah Asia dan Eropah.
- Masyarakat Serani juga dikenali sebagai Kristang merujuk kepada kumpulan
etnik yang berdarah campuran Portugis dan Melayu serta sesetangahmya
berdarah Belanda, Inggeris, Cina dan India.
AGAMA
- Masyarakat Serani kebanyakkannya mengamalkan ajaran Katolik.
- Beberapa ritual kegaamaan masih disambut di Portugis dan
masyarakat ini dirujuk sebagai orang Portugis oleh rakyat
Malaysia
ADAT ISTIADAT & PANTANG LARANG
- Masyarakat Serani menggelar ketua kampung mereka sebagai Regedor
- Mereka bebas mengamalkan agama dan adat resam yang diwarisi oleh nenek
moyang mereka
- Wanita Serani hebat dalam aktiviti kebudayaan seperti Poco Poco
- Mereka yang sudah bercerai tidak dibenarkan berkahwin lagi selagi bekas suami
atau isteri masih hidup
- Majlis perkahwinan hanya boleh diadakan pada hari Selasa
PERKAMPUNGAN SERANI
- Perkampungan Serani di Malaysia ialah Perkampungan Portugis Ujong
Pasir.
- Perkampungan itu yang telah diwartakan sebagai Perkampungan Warisan
oleh kerajaan Melaka.
- Ianya terletak berhampiran pantai menghadap Selat Melaka,
perkampungan ini menjadi salah satu daripada lokasi popular bagi
pelancong
MAKANAN TRADISIONAL
-Makanan tradisi Serani adalah ikan dan makanan laut yang
diperoleh seperti ikan garam jeruk ( acar ikan ), jeruk ikan roe ,
cencaluk , kering karing dan semtiasa ada belacan kering
khususnya yang tinggal di melaka .
-Mereka juga turut makan masakan melayu seperti bergedil ,
satay dan daging
PERAYAAN
-Serani menyambut perayaan keagamaan Christmas .
-Mereka turut menyambut perayaan lain seperti hari St John (
San Juang) pada 24 Jun dan kini menjadi salah satu tarikan
pelancong terbesar di Melaka , San Pedro , penauang kudus
nelayan pada 29 Jun
-Muzik dan tarian orang Serani dikenali sebagai Branyok.
Melodi Branyok terkenal ialah “ Jingkli Nona”
PAKAIAN
- Gaya pemakaian mereka tidak menampakkan mereka
orang portugis kerana mereka gemar memakai seluar
meskipun sebenarnya mereka dulu juga berkebaya.