masyarakat
SERANI
KUMPULAN 4
AHLI KUMPULAN
NOR EFFA HAZLINDA
NUR DALILA
NOOR NASUHA
LATAR
BELAKANG
RESPONDEN
BASIL JUDE SURIN
Umur : 59
Tarikh lahir : 14 JUN 1963
Tempat lahir : Pulau Pinang
Jantina : Lelaki
Bangsa : Eurasian
No. telefon : 012 411 9422
Kewarganegaraan : warganegara Malaysia
Status : Berkahwin
Bil. Anak : 2
Tahap pendidikan :
1- Sijil perguruan Inggeris Khas - Maktab perguruan
persekutuan, Pulau Pinang
2- Ijazah sarjana muda pendidikan TESL - University of
Manchester
3- Ijazah sarjana pendidikan TESOL - Universiti Sains Malaysia
1
SOALAN SOAL
SELIDIK
SOALAN YANG DITANYA
1- Asal - usul responden
2- Sejarah dan tahap pendidikan responden
3- Sejarah keluarga responden
4- Apakah rutin kehidupan seharian responden
5- Apakah budaya-budaya yang diamalkan oleh masyarakat
Serani ?
6- Apakah adat-adat Serani yang masih diamalkan dan
yang telah ditinggalkan ?
7- Apakah bahasa yang digunakan oleh masyarakat Serani ?
8- Ceritakan tentang perayaan yang disambut oleh kaum
Serani?
9-Apakah makanan tradisional masyarakat Serani ?
10-Bagaimanakah cara masyarakat Serani melakukan majlis
perkahwinan dan upacara lain seperti pengebumian ?
11- Apakah agama yang biasanya dianuti oleh masyarakat
Serani ?
2
LATAR BELAKANG
KETURUNAN MR.
SURIN
Nenek responden, Rosario, merupakan seorang yang memang berasal
dari Portugal dan berkahwin dengan datuk beliau bernama Surin, yang
berbangsa Serani dan berasal dari Pulau Pinang. Seterusnya, ayah
responden (Donald Gasster Surin) yang juga merupakan seorang Serani
berkahwin dengan seorang wanita berbangsa Cina berketurunan Khek
Hakka yang berasal dari Sumatera dan menganut agama Budhha.
Responden dilahirkan di Pulau Pinang tetapi dibesarkan di Sumatera.
Responden bekata bahawa di Portugal terdapat satu tempat bertama
Surin, dipercayai bahawa nama keluarga responden iatu 'Surin' berasal
dari tempat tersebut. Selain itu, beliau berkata bahawa orang Portugis
mula menetap di Melaka akibat daripada persengketaan. Keadaan ini
telah membawa kepada perkahwinan campuran di antara orang
Portugis dengan masyarakat tempatan. Responden berkata bahawa
masyarakat Melayu pada ketika dahulu tidak menganut agama Islam,
maka ianya tidak menjadi masalah bagi orang Portugis untuk berkahwin
dengan orang Melayu dan sekaligus menyebarkan agama Katolik. Tidak
terkecuali juga keluarga responden yang menganut agama Katolik.
3
LATAR BELAKANG
MASYARAKAT SERANI
DI MALAYSIA
Pada tahun 1511 orang portugis mula bertapak di melaka sehingga
tahun 1624. Orang Serani atau Orang Portugis yang kini lebih dikenali
sebagai Eurasian iatu Europian + Asian pada masa kini, kerana
percampuran bangsa Eropah dan Asia. Orang Portugis menjalankan
aktiviti perdagangan di Ujong Pasir, Melaka. Oleh itu,disebabkan jarak
perjalanan jauh menyebabkan mereka terus menetap di Tanah Melayu
dan mula bergaul dengan masyarakat tempatan. Disebabkan ini, orang
tempatan mula berkahwin dengan orang Portugis. Sebanyak lebih
kurang 200 perkahwinan telah berlaku sebelum kedatangan Belanda ke
Tanah Melayu. Pada hari ini, masyarakat Serani di Melaka masih
mengamalkan adat dan budaya tradisi kerana mereka merupakan satu-
satunya kelompok Serani di Malaysia yang masih berpegang teguh
dengan tradisi turun-temurun mereka. Contohnya, mereka masih
menyambut perayaan tradisi seperti Pesta San Juang dan Pesta San
Pedro. Selain itu, masyarakat Serani pada zaman dahulu bekerja
sebagai nelayan namun kini, mereka telah menceburi bidang-bidang
lain. Masyarakat Serani di Malaysia boleh dijumpai di Melaka, Pulau
Pinang, Negeri Sembilan, dan Perak. Iatu Ujong Pasir, Melaka dan Pulau
Tikus, Pulau Pinang. Masyarakat Serani juga boleh dijumpai di
Singapura.
4
BUDAYA
MASYARAKAT
SERANI
NAMA
Nama keluarga akan dibawa secara turun-temurun melalui anak lelaki.
Apabila lahirnya anak perempuan nama keluarga itu akan hilang apabila
berkahwin dengan lelaki lain.
AGAMA
Portugis-Eurasian telah menganut agama Kristian iatu Roman Katolik. Asal
perkataan 'Kristang' bersusur galur dari perkataan Kristian yang bermaksud
'orang yang menganut agama Kristian'.
BAHASA
Orang Serani menggunakan bahasa 'Kristang' iatu bahasa Eurasian lama.
Bahasa ini merupakan bahasa perdagangan pada ketika dahulu.Majoriti
masyarakat Portugal pada zaman sekarang tidak memahami bahasa
Kristang kerana ianya dianggap bahasa Portugis kuno. Menurut United
Nation, bahasa ini mengalami kepupusan kerana tidak diajar dan diterapkan
dalam diri masyarakat Serani. Daripada 35 000 orang berbangsa Serani di
Malaysia hanya 700 orang sahaja yang bertutur dalam bahasa Kristang, ini
adalah disebabkan faktor yang dikatakan oleh United Nation. Terdapat 200
perkataan bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Kristang.
Antaranya ialah, eskolar - sekolah , garfu - garfu, kareta - kereta, bandera-
bendera, mesa - meja.
5
BUDAYA
MASYARAKAT
SERANI
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
Orang Serani terkenal dengan nyanyian dan muzik. Tarian masyarakat Serani
yang terkenal ialah tarian Branyo dan Farapierra. Menurut Responden, Tarian
Branyo merupakan satu tarian joget. Masyarakat Serani sangat suka
menyanyi. Ini adalah kerana, faktor agama mereka. Ketika sambutan
perayaan, mereka pasti akan menyanyi dan menari.
TARIAN BRANYO
TARIAN FARAPEIRAA
6
BUDAYA
MASYARAKAT
SERANI
PERAYAAN
1- PESTA SAN JUANG
`*merupakan pesta lampu
*diadakan pada 24 Jun
*mereka akan menyalakan lampu dan lilin di dalam dan di luar rumah
*biasanya dinyalakan pada waktu senja
2- PESTA SAN PEDRO
*ianya merupakan perayaan di sambut bagi menghargai laut dan kerjaya
mereka sebagai nelayan pada suatu masa dahulu
*'Saint Pedros' merupakan tuhan kepada nelayan
*mereka percaya bahawa tuhan mereka akan membawa perlindungan
*ketika pesta san pedro, para nelayan akan membersihkan dan menghias
perahu
*pesta ini diadakan bagi memohon perlindungan dari tuhan
PESTA SAN JUANG PESTA SAN PEDRO
7
BUDAYA
MASYARAKAT
SERANI
MAKANAN
Masyarakat Serani di Malaysia bersikap terbuka tentang makanan, dan tidak
mengalami masalah untuk menikmati makanan bangsa-bangsa lain. Tetapi
makanan tradisi masyarakat Serani ialah, Devil's Curry, tart nanas, udang
masak nanas, kek sugee, dan acar ikan masin.
DEVIL'S CURRY
UDANG MASAK NANAS ACAR IKAN MASIN
KEK SUGEE
8
TART NANAS
ADAT MASYARAKAT
SERANI
PERKAHWINAN
Perkahwinan berlangsung mengikut agama yang dianut. Seperti, masyarakat
Serani yang beragama Kristian akan melangsungkan perkahwinan di gereja.
KEMATIAN
Upacara pengebumian akan dilakukan mengikut ajaran agama
PANTANG LARANG
1- selepas menziarahi mayat, mereka perlu masuk ke rumah melalui pintu
belakang dan terus membersihkan diri.
Ini adalah kerana, mereka percaya bahawa roh itu akan mengikut mereka
pulang.
2- masyarakat Serani juga percaya bahawa ketika bulan mengambang,
mereka tidak boleh menunjuk bulan kerana percaya bahawa lidah mereka
akan dikerat.
9
BUKTI DAPATAN
10