The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctnurteha, 2021-04-14 18:56:13

KESEPADUAN NASIONAL

Peristiwa 13 Mei 1969

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

MPU21032 : ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK : KESEPADUAN NASIONAL

NAMA PELAJAR :

❖ NUR MARLISA BINTI MARZUKI (14DEP20F1054)

❖ NURUL NABIELA BINTI NORDIN (14DEP20F1021)

❖ SITI NURFATIHAH BINTI ROLIE (14DEP20F1057)

❖ ANIS AMYNAJWA BINTI RIZAL (14DEP20F1015)

DISEMAK OLEH :
PUAN FARAHANIZA BINTI JAAFAR

SEMESTER 2/SESI DIS 2020

1

Kesepaduan
nasional

pengahargaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur ke
hadrat ilahi dengan limpah rahmat yang dianugerahkan
kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan untuk
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih dan penghargaan kepada pensyarah kami, Puan
Farahaniza Binti Jaafar kerana tidak jemu memberi tunjuk
ajar dan menjawab segala pertanyaan kami untuk
menyelesaikan tugasan ini dengan sukses sekali.
Selain itu , saya Anis AmyNajwa Binti Rizal juga
mengucapkan tahniah kepada ahli kumpulan saya,

1

Nur Marlisa Binti Marzuki, Nurul Nabiela Binti Nordin, Siti
Nurfatihah Binti Rolie kerana telah bertungkus lumus
memberi komitmen bersama-sama menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-
rakan yang lain terutamanya rakan sekelas, DEP2A yang
banyak memberikan sedikit ilmu untuk dikongsikan kepada
kami. Sokongan dan dorongan mereka juga amat penting
supaya tidak membuat kami patah semangat walau apa jua
cabaran dan masalah yang kami lalui sepanjang menyiapkan
tugasan ini.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menyiapkan tugasan ini secara langsung ataupun tidak.

2

Isi kandungan

Bil PERKARA MUKA SURAT
1-2
1 PENGHARGAAN 3
2 ISI KANDUNGAN 4
3 PENGENALAN 5-8
4 PENYATAAN MASALAH 9
5 OBJEKTIF 10-11
6 KESIMPULAN
7 LAMPIRAN 12-14
8 TEAM PRESENTATION 15

3

pengenalan

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden
rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah
meragut nyawa serta harta benda dan
mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan
Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara Malaysia.

4

Penyataan masalah

Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara , terutama negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia . Hal ini kerana ,
apabila tiada perpaduan ataupun perpaduan tahap yang sangat rendah ,
pertengahan rakyat berbilang kaum akan sering berlaku .

Peristiwa 13 mei 1969 merupakan peristiwa berdarah yang menghalang
kesepaduan nasional Malaysia iaitu tercetusnya rusuhan etnik disebabkan
masalah perpaduan . Rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur , namun peristiwa
ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat
disegenap pelosok negara . Masalah yang wujud ini dapat dikenal pasti melalui
beberapa situasi meliputi ekonomi , politik dan sosial

5

Antaranya ialah pemisahan tempat tinggal . Pada zaman kesultanan
melayu Melaka , masyarakat tinggal di kampung kampung mengikut
kaum masing masing . Inilah sebab wujudnya kampung-kampung
melayu , jawa , india dan cina . Pemisahan tempat tinggal ini berlaku
akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa
pendudukan British . Pengasingan ini hampir tidak memungkinkan
mereka bercampur gaul dan memahami budaya dan adat resam orang
lain.

Seterusnya , pengasingan sistem pendidikan . Sistem pendidikan yang
ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum
. Bagi pelajar melayu hanya dua jenis pendidikan iaitu sekolah
vernakular melayu ataupun beraliran inggeris . Sekolah-sekolah melayu
hanya berbentuk pendidikan asas agar tidak menjadi terlampau pandai
dan menguasai bidang akademik . Bagi masyarakat india , sekolah tamil
dibuka di estet estet . Mutu pengajaran guru sangat rendah .

6

Tidak ada pelajaran diperingkat menengah dalam bahasa tamil supaya
tidak berpeluang mendapat pekerjaan yang baik . Orang cina pula
mempunyai sistem pendidikan mereka tersendiri . Guru guru dan buku
text dibawa dari negara China. Dengan ini , aliran pendidikan yang
berasingan memisahkan pandangan antara kaum.

Selain itu , masalah ekonomi juga menghalang kesepaduan nasional
jelas terlihat , orang melayu dan penduduk asli menguasai bidang yang
mundur yang memerlukan banyak tenaga manusia namun mendapat
gaji yang rendah . Sementara itu , orang cina menguasai sektor yang
lebih maju dan berteknologi tinggi dan moden . Justeru ,
ketidakseimbangan pendapat berlaku . Hal ini menyebabkan setiap

kaum saling mencemburui antara satu sama lain . Orang melayu

mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina , sementara orang
cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat
peluang perkhidmatan dalam sektor sektor pentadbiran awam.

7

Disamping itu , disebabkan perbezaan kepercayaan atau agama .
Setiap kaum menganut agama yang berbeza beza seperti melayu
beragama islam , india beragama hindu dan cina beragama buddha .
Namun masih ada kaum yang menganut agama yang tidak majoriti
dalam kelompok mereka seperti india-muslim dan cina beragama
kristian . Oleh itu , sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap
kaum sukar unuk bertolak ansur dengan fahaman agama kaum lain .

Akhir sekali , penggunaan akhbar yang berbeza beza . Setiap akhbar
mengikut bahasa masing masing . Akhbar bahasa cina misalnya ,
mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara
China . Sementara akhbar berbahasa tamil menonjolkan berita india.
Hal ini memperkuatkan semangat cinta kepada tanah air asal daripada
tanah air yang diduduki

8

objektif

Terdapat beberapa objektif yang kami dapat daripada
peristiwa 13 Mei yang menghalang kesepaduan nasional

Malaysia.

Untuk membincangkan Untuk membincangkan Untuk mengetahui populasi
cabaran - cabaran yang cabaran - cabaran yang rakyat Malaysia yang unik.
dihadapi dalam merapatkan dihadapi dalam merapatkan Sebagai rakyat yang prihatin,
hubungan antara kaum. Hal hubungan antara kaum. Hal kita perlu mengambil tahu
ini demikian kerana, menjadi ini demikian kerana, menjadi jenis bangsa dan kaum yang
sebuah negara yang sebuah negara yang terdapat di negara kita.
mempunyai rakyat berbilang mempunyai rakyat berbilang Dengan ini, kita dapat
kaum bukan mudah. Justeru kaum bukan mudah. Justeru mengambil ilmu daripada
itu, sebagai seorang rakyat itu, sebagai seorang rakyat setiap etnik yang ada.
pelulah mengambil inisiatif pelulah mengambil inisiatif
untuk mengeratkan hubungan untuk mengeratkan hubungan
sesama kaum. sesama kaum.

9

kesimpulan

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang
harus diteliti dan dipelihara . Peristiwa ini turut mencetuskan satu
detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum
yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa
dan kerugian harta benda. Para pemimpin terdahulu cuba untuk
memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah
tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969di Kuala Lumpur tetapi
msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi
sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan
mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling
tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak
perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi

10

gelombang.Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13
Mei dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini
mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-
perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan
satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan
buat selama-lamanya. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah
kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta
kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan
untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok
bandingnya.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya
hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan
semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita terus
memelihara keharmonian dan keamanan negara.

11

Mendedahkan
Punca Sebenar
Rusuhan 13mei
1969 Di Malaysia

12

LAPORAN
MAGERAN:
TRAGEDI
13 MEI

13

13 Mei 1969 di
Kuala Lumpur

14

Team Presentation

NUR MARLISA NURUL NABIELA SITI ANIS
BINTI MARZUKI BINTI NORDIN NURFATIHAH AMYNAJWA
BINTI ROLIE BINTI RIZAL
-menyediakan slide menyediakan -Mencari Penyataan
-menyimpulkan semua pengenalan dan -Menyatakan
Masalah penghargaan
rangka kesimpulan -Menyatakan Objektif -isi kandungan efolio

Diperolehi

15

Thank you


Click to View FlipBook Version