CABARAN-CABARAN
DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT
MALAYSIA TENTANG
JENAYAH SIBER
AHLI KUMPULAN:
1. JENNIFER NOREENA ANAK KUCHI
(05DAT20F2002)
2. MELAURIE ANAK RITA
(05DAT20F2042)
3.FLORENCIA ANAK HENRY
(05DAT20F2076)
4. AVIERRA RAVECCA ANAK JOHN
VINCENT KUEH
(05DAT20F3073)
NAMA PENSYARAH:
PUAN ZAINAB BINTI MOHAMAD AHMAD
MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN 1
2
OBJEKTIF 3-4
5-6
PENGENALAN 8-11
DDEEFFIINNIISSII
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA 12-13
JENAYAH SIBER 14
LANGKAH MENGATASI MASALAH 15
JENAYAH SIBER 16
REFLEKSI KENDIRI
KESIMPULAN
SUMBER RUJUKAN
STATISTIK DAN GAMBAR JENAYAH
SIBER
Objektif :
1. Memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia bahayanya jenayah siber.
2. Dapat membantu masyarakat menghindari gejala jenayah siber.
3. Dapat mengenalpasti punca jenayah siber serta langkah mengatasinya.
4. Membentuk masyarakat Malaysia yang berfikiran rasional dalam setiap perkara
yang dilakukan.
5. Melindungi masyarakat Malaysia daripada menjadi mangsa jenayah siber.
1
PENGENALAN :
Di Malaysia, jenayah siber bukanlah perkara
yang baharu tetapi ia telah melibatkan
antarabangsa. Banyak hal atau kes yang telah
melibatkan jenayah siber telah pun dikesan
seluruh negara. Malah, ramai dikalangan
rakyat Malaysia juga telah menerima kesan-
kesan yang negatif daripada aktiviti-aktiviti
jenayah siber yang semakin berleluasa pada
masa kini. Peralatan teknologi maklumat
seperti laptop, telefon pintar, radio, tablet dan
komputer peribadi yang semakin canggih
telah disalahgunakan oleh orang ramai
menyebabkan berlakunya jenayah siber. Hal
ini berlaku kerana ada pihak yang
menyalahgunakan peralatan teknologi dan
tidak bertanggungjawab demi keuntungan.
Walaubagaimanapun, jenayah siber bukan
sahaja memberikan kesan yang negatif,
malah boleh membawa kesan yang positif
kepada masyarakat dan negara. Sekiranya
rakyat Malaysia masih bersikap tamak, acuh
tak acuh, leka dan tidak mengambil tindakan
terhadap isu ini maka, jenayah siber akan
semakin meningkat.
2
APAKAH ITU
JENAYAH
SIBER?
Jenayah siber adalah merujuk kepada suatu bentuk
perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis
perantu elektronik melalui sambungan perkhidmatan
internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah
dilakukan sama ada ia melibatkan seseorang individu
ataupun sekumpulan orang dan perbuatan ini mampu
menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara lain
dalam tempoh masa yang singkat dan tidak terhad
batasannya.
Selain itu, jenayah siber ini telah menyebabkan
berlakunya kehilangan atau kerosakan terhadap peralatan,
data dan maklumat yang melibatkan perisian mahupun
pemprosesan komputer seperti serangan virus,
pencerobohan data dan kecurian maklumat melalui
sesebuah komputer atau peranti elektronik yang sering
dijadikan sasaran dan kerap berlaku. Perlakuan jenayah
siber ini juga merupakan suatu bentuk jenayah moden
yang wujud pada zaman kemodenan ini di mana ia tidak
lagi seperti pada zaman dahulu yang hanya terhad kepada
persekitaran fizikal sahaja, namun kini ia telah
menjangkau kepada perlakuan jenayah melalui alam siber
dengan menggunakan teknologi komputer.
3
Hal ini kerana, lapangan jenayah siber lebih luas berbanding jenayah konvensional kerana ruang
lingkup yang mampu dicapai dengan sesebuah jenayah siber adalah sangat luas di samping dengan proses
pendakwaan yang agak sukar. Jenayah siber yang wujud pada hari ini tidak lagi terbatas hanya dengan
menggunakan komputer sebagai alat dalam melakukan jenayah, sebaliknya perlakuan ini juga boleh
ditakrifkan dengan jenayah yang berlaku di internet mahupun alam siber yang melibatkan penipuan dan
helah tipu daya. Tahap keseriusan berkenaan ancaman siber ini dapat dilihat apabila wujudnya pelbagai
akta serta undang-undang yang melibatkan siber dan komputer yang digubal dan sering dibahaskan dalm
menyesuaikan dengan peredaran kemajuan teknologi dan komunikasi yang kian membangun dengan pesat
yang turut mengundang pelbagai ancaman disebalik kemudahan yang dibawa.
Di samping kewujudan sebuah Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) yang
berperanan dalam memberikan khidmat rujukan dan informasi kepada masyarakat Malaysia dalam
mendepani masalah-masalah berkaitan dengan keselamatan komputer. Jenayah siber ini juga berbeza
dengan jenayah fizikal yang lain seperti membunuh, merompak dan mencuri di mana ia kadangkalanya
masih boleh dilihat dan dikesan dengan nyata penjenayah serta perbuatan jenayah yang dilakukan dan
lebih buruk lagi untuk mengesan lokasi operasi penjenayah ini terutamanya jika penjenayah di luar
Malaysia dan ia dilihat sebagau satu cabaran dan masalah penipuan siber sukar diatasi. Akhir sekali,
jenayah siber memberi ancaman yang hebat dan sangat besar kepada pengguna dan turut dilihat sebagai
satu bentuk cabaran dan jenayah alaf baru yang tidak seperti mana jenayah pembunuhan yang boleh
dikemukakan senjata sebagai bahan bukti sebaliknya jenayah siber hanya menggunakan komputer
mahupun peranti elektronik dan melibatkan banyak pihak dalam pendakwaan di samping pakar-pakar yang
terlibat dalam pendakwaan.
4
PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH SIBER
1. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini.
Pada era globalisasi ini, berjuta-juta laman web yang memaparkan pelbagai jenis maklumat yang tidak
kira sama ada benar atau salah di sisi undang-undang telah menjadi penjenayah siber ini mengendalikan
internet untuk mempengaruhi masyarakat Malaysia. Manakala, masyarakat yang berfikiran singkat
dalam erti kata lain tidak rasional mereka akan turut terpengaruh sehingga mencuba untuk menjadi
seorang jenayah siber demi mendapatkan kepuasan hati sendiri.
2. Perbankan secara online.
Kelebihan perbankan secara online ialah menjimatkan masa dan tenaga. Hal ini dikatakan demikian
kerana kesempitan masa warga pekerja yang terlalu sibuk akan pekerjaan. Sebagai contoh, pada ketika
negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, masyarakat terutamanya golongan pengawai kesihatan
agak sukar untuk melakukan perkhidmatan di bank secara fizikal. Namun, kelebihan ini pula
menyebabkan pihak-pihak yang berkaitan iaitu penjenayah siber mengambil kesempatan dengan
mencipta laman web perbankan palsu yang menyerupai laman web perbankan yang sebenar. Perkara
inilah menyebabkan pengguna yang tertipu untuk memasukkan kata laluan di laman web palsu dan
menyalurkan maklumat tersebut ke penjenayah siber.
5
3. Sikap manusia yang sukar dikawal.
Penjenayah Siber ini kebiasaannya menyerang sistem adalah disebabkan oleh
perasaan suka-suka ataupun ingin menggunakan ilmu baru yang mereka pelajari.
Namun begitu, perbuatan ini lebih kepada disengajakan walaupun penjenayah
tersebut tahu akan akibatnya apabila melakukan jenayah siber ini terhadap orang
lain. Antara perbuatannya ialah dengan mencipta program-program pemusnah atau
virus komputer untuk tujuan memusnahkan pangkalan data pihak lain. Masyarakat
haruslah mengelakkan diri daripada terlibat dengan jenayah siber ini kerana
perbuatan ini akan memudaratkan sesama sendiri secara langsung imej negara akan
terjejas disebabkan perlakuan manusia yang tidak bertanggungjawab.
4. Masyarakat yang kekurangan pengetahuan dalam pengendalian komputer.
Kebanyakkan penjenayah siber ini adalah golongan yang profesional dalam bidang
pengendalian komputer. Orang ramai sering dijadikan sebagai sasaran kerana
mereka tidak tahu akan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada ancaman
jenayah lebih-lebih lagi kepada golongan tua yang mudah ditipu dengan penjenayah
siber. Namun begitu, terdapat juga ramai kanak- kanak bawah belasan tahun yang
menjadi mangsa jenayah siber kerana mereka masih kurang akan pengetahuan
tentang peranti eletronik. Oleh itu, sebagai seorang ibu bapa yang peka mereka
hendaklah sering memantau anak-anak apabila bersama peranti eletronik manakala
kita sebagai anak yang mempunyai pengetahuan lebih daripada ibu bapa kita
haruslah sentiasa berjaga dan memberitahu mereka untuk tidak mudah terpedaya
6
7
1. Memberi kesedaran melalui kempen dan iklan.
Langkah pertama untuk menangani jenayah siber adalah
dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan
ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan
kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak
mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh
ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai
pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini.
Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber
untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam
iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu supaya
masyarakat betul betul memahami dan mengambil serius
akan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi-
aplikasi di telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga
perlu bersikap inteligensia dan madani dalam
menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan
taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber.
Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan jenayah
siber hendaklah dikongsikan agar ia menjadi rujukan
kepada golongan yang pakar dalam memastikan perkara
yang telah berlaku tidak berulang serta mengenal pasti
potensi ancaman keselamatan siber
8
2. Mengkaji dan mewujudkan undang-undang siber
Langkah seterusnya adalah pihak berkuasa seharusnya mengkaji
dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang
jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber
semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah
perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak
kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam
memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-undang
dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli
masyarakat pula harus melakukan laporan kepada pihak yang
berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang
meragukan dan melibatkan jenayah siber agar penjenayah
tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas.
Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan menghadapi
ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah siber ini dan
pihak kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama
yang membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang
selamat untuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang
ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar keselamatan siber
dalam negara dapat dijamin sekaligus menggalakkan
pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menarik pelabur asing
yang berasa selamat untuk menggunakan infrastuktur yang
berteknologi tinggi yang kita tawarkan
9
3. Memperkenalkan pendidikan etika dalam
penggunaan siber
Selain itu, kita juga sepatutnya memperkenalkan
pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada
setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir setiap
golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon
pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara
penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru,
institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti
adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi
yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi
pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak
membuka emel atau pautan yang meragukan dan
tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan
telefon yang menyuruh kita memindahkan wang tanpa
hitam putih perlu diajar kepada kanak-kanak dan
golongan remaja. Hal ini kerana mereka mudah
dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber
dalam mencari keuntungan. Bak kata peribahasa
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan,
pihak kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau
modul pembelajaran kepada setiap agensi kerajaan
seterusnya menjadi model kepada sektor swasta dalam
mendidik setiap pekerja akan kepentingan
keselamatan siber supaya terhindar daripada
sebarang jenayah.
10
4. Bekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah
siber
Akhir sekali, isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa
kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak
kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-
negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan
membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam
memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan
negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan
pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap
sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku
transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut
bertindak melaporkan kepada negara yang terkesan maka,
penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya menangkap
penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak
tindakan pihak berkuasa tempatan. Senario ini persis dengan
peribahasa Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
yeng boleh didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam
menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan
diperoleh tetapi jikasebliknya hanya kerugian akan kita dapat.
11
REFLEKSI KENDIRI :
Pertama- tamanya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Zainab Binti Mohamad Ahmad kerana telah
memberikan ruang dan peluang kepada kami untuk menyiapkan
E-Folio iaitu tugasan bagi mata pelajaran MPU23042 Nilai
Masyarakat Malaysia yang bertajuk menghuraikan cabaran-
cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia tentang
Jenayah Siber. Untuk itu ribuan terima kasih juga kami ucapkan
kepada rakan-rakan iaitu kelas DAT2-S1 terutamanya rakan-
rakan yang sama-sama berkongsi dalam mencari bahan dan
sumber rujukan dalam membantu kami dalam menyiapkan
tugasan ini. Tanpa bantuan, komen dan pendapat mereka, kami
mungkin hilang punca dan hala tuju untuk menyiapkan tugasan
ini dengan baik dan sempurna.
Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, kesukaran dan
kekangan masa dengan tugas-tugas rasmi semasa sesi pengajian
di Politeknik Kuching Sarawak, namun tekad dan semangat
untuk cemerlang dalam menimba ilmu, kami gagah menempuhi
cabaran bagi memenuhi kriteria-kriteria dalam menyiapkan
tugasan ini. Daripada kerja kursus yang telah diamanahkan
kepada kami, kami cuba sebaik yang mungkin menyediakan
tugasan menghuraikan cabaran-cabaran dalam membentuk
masyarakat Malaysia tentang jenayah siber. Pada mulanya agak
sukar bagi kami untuk mengolah kriteria yang berkaitan dengan
tugasan tersebut. Tetapi melalui perkongsian rujukan , pencarian
maklumat di internet dan pembacaan, barulah ianya dapat
dihasilkan untuk melengkapkan tugasan ini.
12
Di zaman ICT yang serba maju ini, tidak dinafikan
penggunaan komputer dan peralatan canggih seperti telefon
pintar dalam kehidupan semakin menjadi satu keperluan.
Tambahan pula apabila berhadapan dengan Pandemik
COVID-19, segala maklumat yang diperlukan, pembelian
barangan, perbankan dan selbagainya mampu didapati dan
dilakukan secara atas talian dengan hanya menggunakan
hujung jari sahaja. Namun, terdapat pelbagai cabaran yang
perlu ditempuhi dalam membentuk masyarakat Malaysia
tentang Jenayah Siber. Maka, sebagai iktibar daripada
perkara itu, kita haruslah belajar mengelakkan diri
daripada ancaman penjenayah siber, apatah lagi kita sebagai
pengguna perkhidmatan secara atas talian, sesungguhnya
ilmu tugasan ini amatlah penting kerana kita tidak mahu
diambil kesempatan oleh golongan penjenayah siber ini.
Sekiranya kita tidak menguasai ilmu ini, sudah tentu kita
sebagai pengguna akan kehilangan arah kerana tidak tahu
akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sebelum mengakhiri E-Folio ini, kami berharap tugasan
kami ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
dijadikan sebagai sumber rujukan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Selain itu, kami juga berharap
masyarakat Malaysia terutamanya pengguna perkhidmatan
secara atas talian dapat memegang dan memperingati ilmu
yang telah dipelajari tersebut untuk kegunaan sekarang dan
di masa hadapan. Sekian itu sahaja daripada kumpulan. “
Selamat Membaca!” .
13
Malaysia merupakan sebagai sebuah negara yang aman dan makmur
mestilah memainkan peranan untuk membanteras kes-kes jenayah
siber yang semakin berleluasa pada zaman kini. Kes jenayah siber
tidak akan dapat diselesaikan jika tiada kerjasama daripada semua
pihak. Hal ini kerana, teknologi pada masa kini semakin canggih
tetapi pada masa yang sama terdapat keburukkan dan
kekurangannya. Keburukkan dan kekurangan ini akan membawa
kesan-kesan yang buruk dan negatif malah dapat merosakkan dan
menghancurkan keutuhan masyarakat khususnya generasi muda.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersikap waspada dan berhati-hati
pada setiap masa. Bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum
hujan”. Jika semua perkara ini diambil perhatian, kes-kes jenayah
siber di Malaysia akan dapat diatasi dengan baik
14
SUMBER RUJUKAN :
1. http://eprints.um.edu.my/13068/1/37.pdf
2. https://www.scribd.com/document/177745530/Faktor-
jenayah-siber
3. https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-
siber.html
4. https://nrulcool.weebly.com/kesimpulan.html
5. https://images.app.goo.gl/mjC79DGFydUwZ6pP6
15
STATISTIK DAN GAMBAR JENAYAH
SIBER :
16