The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhaimi.kpkp, 2022-06-30 00:20:57

BUKU MAP33

BUKU MAP33

25 JUN 2022

MAP 33

KERTAS
BILANGAN

03

LAPORAN
TAHUNAN LEMBAGA

2021 / 2022

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD

LAPORAN LEMBAGA BAGI TAHUN 2021/2022

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt. dan salam satu koperasi kepada semua anggota Koperasi
Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad (KPKP).

Saya mewakili semua Anggota Lembaga KPKP dengan sukacitanya membentangkan
laporannya bagi tempoh Oktober 2021 hingga Jun 2022 selaras dengan Fasal
32(1)(b) Undang-undang Kecil Koperasi ini untuk makluman dan pertimbangan para
perwakilan yang dihormati dan dikasihi sekalian.

1. AKTIVITI KOPERASI

Alhamdullilah, sepanjang tempoh 2021-2022, Lembaga telah menambah baik
tadbir urus yang lebih berkesan, menambah kemudahan dan memperkasakan
aktiviti-aktiviti KPKP sebagaimana berikut:-

1.1 Pembiayaan Tunai dan Kredit
Menyediakan kemudahan pembiayaan tunai dan kredit kepada anggota
berlandaskan aturan muamalat yang mematuhi kehendak syariah Islam.

1.2 Perkhidmatan Stesen Minyak Petronas dan Kedai Mesra
Menyediakan perkhidmatan jualan minyak petrol dan diesel serta
barangan pengguna di Kedai Mesra untuk membolehkan anggota dan
bukan anggota mendapat barangan keperluan harian dengan harga yang
kompetitif dan berkualiti.

1.3 Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)
Menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu untuk membolehkan anggota dan
bukan anggota menyimpan dan menyandarkan barangan bersumberkan
emas bagi mendapat pembiayaan tunai.

1.4 Restoran dan Perhotelan
Menjalankan aktiviti restoran dengan jenama Selera Espikay serta
perhotelan dengan jenama Hotel Espikay.

1.5 Perladangan
Mengusahakan secara pajakan ladang kelapa sawit seluas 200 ekar di
Mukim Bebar, dalam daerah Pekan.

1.6 Aktiviti-aktiviti Manfaat Anggota/Pekerja:

i. Pendidikan dan Latihan - Menjalankan aktiviti pendidikan dan
latihan untuk anggota dan pekerja.

ii. Bantuan Kebajikan - Mengendalikan bantuan kebajikan untuk
anggota dan pekerja serta waris anggota yang berkelayakan.

1

2. ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA

2.1 Anggota Lembaga
Bagi sesi 2021/2022, Anggota-anggota Lembaga KPKP adalah seperti
berikut:-

i. Encik Ahmad Sharifuddin bin Haji Saleh, PKC. - Pengerusi
Naib Pengerusi
ii. Encik Saiful Anuar bin Abu - Setiausaha
Bendahari
iii. Encik Nazri bin Abd Rahman -

iv. Encik Khairul Anuar bin Haji Abdul Hamid -

v. Encik Halim bin Ahmad
vi. Tuan Haji Khairin Anwar bin Azudin

vii. Tuan Haji Mohd Azman bin Ibrahim @ A. Ghani

viii. Encik Rumlan bin Ismail, SMP., PKC., PJK.

ix. Encik Muhammad bin Husin

x. Tuan Haji Mohd Rosdi bin Abd Halim
xi. Encik Mohd Tajudin bin Hamzah

xii. Encik Ra’azmi bin Ithnin

Lembaga telah kehilangan seorang anggotanya yang juga memegang
jawatan Bendahari iaitu Encik Khairul Anuar bin Abdul Hamid yang telah
kembali kerahmatullah pada 16 Disember 2021. Lembaga kemudiannya
bersetuju melantik Encik Rumlan bin Ismail sebagai Bendahari bagi
menggantikan tempat Allahyarham Encik Khairul Anuar.

2.2 Jawatankuasa Kecil
Jawatankuasa Kecil Lembaga adalah seperti berikut:-

i. Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Sewaan
(Pengerusi - Encik Rumlan bin Ismail, SMP., PKC., PJK.)

ii. Jawatankuasa Pengurusan Stesen Minyak
(Pengerusi - Encik Halim bin Ahmad)

iii. Jawatankuasa Pengurusan Perniagaan
(Pengerusi - Tuan Haji Khairin Anwar bin Azudin)

iv. Jawatankuasa Pengurusan Hutang Tertunggak dan Tribunal
(Pengerusi - Tuan Haji Mohd Azman bin Ibrahim @ A. Ghani)

v. Jawatankuasa Penerangan dan Teknologi Maklumat
(Pengerusi - Encik Muhammad bin Husin)

vi. Jawatankuasa Ar-Rahnu
(Pengerusi – Tuan Haji Mohd Rosdi bin Abd Halim)

vii. Jawatankuasa Keanggotaan dan Kebajikan
(Pengerusi – Encik Mohd Tajudin bin Hamzah)

viii. Jawatankuasa Pematuhan Syariah dan Pengurusan Risiko
(Pengerusi – Encik Ra’azmi bin Ithnin)

2.3 Penyertaan Anggota Lembaga
Encik Ra’azmi merupakan Anggota Lembaga baru dalam sesi 2021/2022
yang mengisi kekosongan bekas Anggota Lembaga sesi sebelumnya iaitu
Tuan Haji Syied Mahmud bin Syied Yasin.

2

2.4 Giliran Pengosongan Jawatan
Pada MAP ke 33 kali ini, empat orang Anggota Lembaga yang akan tamat
tempoh perkhidmatan mereka ialah Encik Nazri bin Abd Rahman, Encik
Muhammad bin Husin, Encik Mohd Tajudin bin Hamzah dan
Allahyarham Encik Khairul Anuar bin Haji Abdul Hamid.

Mengikut Undang-undang Kecil Koperasi 37 (1), Encik Nazri, Encik
Muhammad, Encik Mohd Tajudin dan Allahyarham Encik Khairul Anuar
perlu mengosongkan jawatan mereka pada Mesyuarat Agung Perwakilan
Tahunan ke 33 ini. Encik Nazri dan Encik Muhammad mempunyai sijil
kelayakan dari Suruhanjaya Koperasi Malayisa (SKM) dan boleh dipilih
semula.

Sementara itu, Encik Mohd Tajudin tidak akan kembali bertanding
kerana bersara wajib pada bulan Februari yang lalu disamping
Allahyarham Encik Khairul Anuar. Pengerusi Lembaga, Encik Ahmad
Sharifuddin yang telah bersara secara pilihan awal tahun ini juga akan
mengosongkan tempat beliau. Kekosongan lima jawatan dalam barisan
Lembaga ini akan diisi pada hari Mesyuarat Agung nanti.

3. PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN KEWANGAN

3.1 Pendapatan Kasar
Bagi tahun 2021, KPKP telah memperolehi pendapatan sebanyak RM6.37
juta berbanding RM6.58 juta yang diperolehi pada tahun 2020 iaitu
penurunan sebanyak 3%. Penurunan kali ini tidaklah begitu ketara
berbanding 13% yang dicatatkan tahun lalu. Ini adalah kerana aktiviti
pembiayaan pinjaman dikesan meningkat naik apabila keutungan
pembiayaan ditawarkan pada kadar 2.80% setahun sahaja pada separuh
tahun terakhir 2021 dan awal tahun 2022 dimana mendapat permintaan
yang menggalakkan daripada anggota.

2021 6.4 PENDAPATAN (2017-2021)
RM Juta

2020 6.6

2019 7.6

2018 8.0

2017 8.2

6789

Prestasi aktiviti-aktiviti sokongan seperti hotel dan restoran
menunjukkan penurunan ketara pada tahun 2021 akibat pandemik
Covid-19 yang berterusan selama dua tahun ini, seterusnya merencatkan
lagi pendapatan KPKP. Hanya aktiviti stesen minyak dan Ar-Rahnu
sahaja yang mampu bertahan dan paling stabil beroperasi di KPKP ketika
ini.

3

3.2 Keuntungan Bersih
Keuntungan bersih KPKP bagi tahun Kewangan 2021 adalah sebanyak
RM2.20 juta berbanding RM3.01 juta pada tahun 2020 yang membawa
kepada penurunan ketara sebanyak 27% bagi perbandingan dua tahun
tersebut.

2021 KEUNTUNGAN (2017-2021)
2020 2.2 RM Juta
2019
2018 3.0
2017 3.1
4.2
1 4.0

2345

Disamping penurunan pendapatan sebanyak 3%, jumlah perbelanjaan
juga meningkat khasnya perbelanjaan mesyuarat agung kawasan yang
mana buat pertama kalinya dibuat secara dalam talian dan mendapat
reaksi kehadiran menggalakkan daripada anggota-anggota KPKP.

4. MODAL SYER DAN MODAL YURAN

4.1 Modal Syer
Modal syer anggota yang terkumpul sehingga akhir 2021 meningkat
sebanyak 2.7% iaitu daripada RM14.97 juta kepada RM15.38 juta.

2021 MODAL SYER (2017-2021)
15.4

2020 15.0

2019 14.6

2018 11.8

2017 10.3 RM Juta

8 10 12 14 16

4.2 Modal Yuran

Modal yuran pula menyusut 1.1% iaitu daripada RM44.50 juta kepada
RM44.03 juta. Sepertimana tahun-tahun sebelum ini juga, penyusutan
ini adalah lebih menjurus kepada pemindahan modal yuran tersebut
kepada modal syer bagi anggota yang bersara dalam perkhidmatan tetapi
memilih untuk meneruskan keanggotaan mereka sebagai anggota
bersaham dengan KPKP.

4

2021 44.03 MODAL YURAN (2017-2022)
2020 RM Juta
2019
2018 44.5
2017
44.9
42
45.02

45.59
43 44 45 46

5. KEANGGOTAAN

Keanggotaan KPKP yang aktif sehingga kini adalah seramai 8,130 orang
berbanding 8,297 sepertimana yang dilaporkan dalam Mesyuarat Agung
Perwakilan yang lalu. Dalam tahun 2021, hanya 161 orang didaftarkan sebagai
anggota baharu manakala 328 orang anggota telah berhenti keanggotaan
dimana majoritinya adalah kerana persaraan dan hal peribadi.

Ribu KEANGGOTAAN (2017-2021)
9

8 8.79
8.62
8.51
8.30
8.13

7

6

5 2018 2019 2020 2021
2017

6. PRESTASI AKTIVITI KOPERASI

6.1 Pembiayaan Tunai dan Kredit kepada Anggota

Dalam tahun 2021, KPKP mengeluarkan pembiayaan baharu sebanyak
RM11.49 juta berbanding RM9.96 juta dalam tahun sebelumnya iaitu
peningkatan sebanyak 15% hasil daripada promosi pembiayaan pada
kadar tetap serendah 2.80% setahun bermula 1 Julai hingga 31 Disember
2021. Promosi tersebut telah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022 kerana
mendapat permintaan yang sangat menggalakkan daripada anggota.

Hasil kutipan bayaran balik pembiayaan pula berkurangan hampir RM3
juta dalam tahun 2021 memandangkan Lembaga telah bersetuju
membenarkan penangguhan bayaran balik pembiayaan selama tiga
bulan dalam tahun 2021 yang menyebabkan KPKP kekurangan kutipan
melebihi RM800 ribu sebulan untuk tiga bulan tersebut.

5

RM Juta PERGERAKAN PINJAMAN (2017-2021)
100

80 85.3
17.42
60
74.3
40 14.41

20 63.9
12.96

56.7
9.96

53.3
11.49

0

2017 2018 2019 2020 2021
Pinjaman Terkumpul Pinjaman Baru

6.2 Aktiviti Pengguna dan Perkhidmatan

a) Stesen Minyak dan Kedai Mesra

Pada setengah tahun 2021 dan sehingga kini, berlaku perubahan
kepada prestasi jualan dan keuntungan perniagaan stesen minyak
yang menunjukkan pergerakan positif. Hal ini dikenalpasti apabila
pihak kerajaan mula melakukan perubahan kepada ekonomi
negara. Prestasi stesen mulai naik sehingga 4.5% atas margin
keuntungan berbanding tahun 2020.

Namun begitu, berlaku juga perkara yang tidak diduga apabila
negeri-negeri di pantai timur Malaysia, khasnya Pahang mengalami
bencana banjir pada hujung tahun 2021. Ini memberi kesan kepada
pertumbuhan jualan stesen KPKP. Terdapat banyak stok dan
peralatan stesen yang rosak dalam bencana tersebut. Kita bernasib
baik kerana stok Kedai Mesra yang rosak masih boleh dituntut
kembali mengikut nilai kerugian daripada pihak takaful
perlindungan walaupun jumlah yang diterima tidaklah sama dengan
nilai asal kerugian.

2021 9.9 JUALAN (2017-2021)
2020 9.5 RM Juta

2019 12.8

2018 9.7

2017 16.0
8 10 12 14 16

6

RM Ribu PENDAPATAN DAN UNTUNG BERSIH
1,000 BAGI TAHUN 2017 - 2021

800 PENDAPATAN
UNTUNG BERSIH
600
789
400 270

200 465
103
0
2017 825
318

741
243

709
245

2018 2019 2020 2021

Pihak pengurusan stesen telah melakukan beberapa inisiatif untuk
terus menaikkan jualan yang antara lainnya ialah:-

i. Cuba untuk mengekal atau mengurangkan perbelanjaan
stesen seperti elaun lebihmasa pekerja, penggunaan elektrik
dan juga mengamalkan pengawalan perbelanjaan stesen.

ii. Menggalakan pelanggan yang datang ke stesen untuk
menggunakan perkhidmatan kad debit/kredit dan “paywave”.

iii. Mempergiatkan promosi barangan stesen disamping dapat
menjual stok barang Kedai Mesra sebelum tarikh luputnya.

iv. Pemberian cenderahati kepada pelanggan yang datang
berbelanja di stesen seperti memberi pelitup muka, gula-gula,
belon (untuk kanak-kanak) serta makanan manisan.

Ekoran dari bencana banjir seperti yang dinyatakan sebelum ini,
pihak Maybank telah membawa keluar mesin ATM dari stesen. Ini
menyebabkan penurunan yang ketara pada jualan Kedai Mesra.
Pihak pengurusan stesen telah cuba mendapatkan kemudahan
mesin CDM dari Bank Rakyat dan ianya masih dalam tindakan
pihak bank.

Pihak stesen juga telah menjalankan perniagaan diluar premis. Ini
adalah salah satu cara tarikan untuk pelanggan membeli kerana
terdapat juga pelanggan yang tidak tertarik untuk ke Kedai Mesra
bila ketiadaan perkhidmatan mesin ATM didalam premis.

Sama-samalah kita berdoa semoga dengan adanya mesin CDM dan
perubahan kepada fasa endemik akan juga meninggalkan kesan
positif dalam meningkatkan lagi prestasi perniagaan di stesen ini.

b) Hotel dan Restoran

Kesan pendemik Covid-19 masih dirasai bagi aktiviti Hotel Espikay
sepanjang tahun 2021. Perniagaan terpaksa ditutup bermula
pertengahan Mei 2021 sehingga 31 Ogos 2021 berikutan arahan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga menjejaskan
pendapatan hotel dan dalam masa yang sama masih perlu
menanggung kos operasi kerana mengekalkan pekerja.

7

Namun begitu, apabila aktiviti ini dibuka semula pada September
2021, Hotel Espikay telah mendapt kontrak dari Kerajaan Negeri
Pahang bagi menyediakan penginapan kepada Petugas Barisan
Hadapan (Frontliners) seramai 60 orang untuk tempoh selama 4
bulan. Keseluruhan bilik telah digunakan dengan jualan bagi 4
bulan tersebut berjumlah RM121,860.00.

Peluang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini telah membantu
aktiviti Hotel Espikay untuk terus menghasilkan keuntungan
sebanyak RM64,882 bagi tahun 2021. Pelbagai promosi terus giat
dijalankan sehingga kini seperti berikut:-

i. Diskaun Frontliners 60% (anggota KPKP sahaja),
ii. Diskaun Frontliners 50% (terbuka kepada semua frontliners).
iii. Diskaun 50% bagi penginapan malam ke 2.
iv. RM50.00/malam bagi bilik di tingkat 2.

Sejajar dengan pendemik Covid-19 yang menuju ke fasa endemik,
promosi tersebut juga akan berakhir pada 31 Disember 2022 dan
akan kembali kepada harga asal pada Januari 2023. Sokongan
anggota KPKP terhadap promosi yang dijalankan turut membantu
mengekalkan Hotel Espikay di dalam industri sehingga kini.

Berbeza pula dengan perniagaan Restoran Selera Espikay, impak
pendemik Covid-19 sangat besar sehingga menjejaskan prestasi
perniagaan. Bermula pertengahan bulan Mei sehingga Disember
2021, Café Selera Espikay di Kolej Matrikulasi Gambang telah tidak
beroperasi berikutan tempoh pengajian yang dipendekkan dan
secara tidak langsung telah menjejaskan jualan. Tambahan pula,
jualan di Selera Espikay turut merudum walaupun pelbagai usaha
telah dijalankan.

Bagi tahun 2021, jumlah jualan keseluruhan perniagaan Selera
Espikay adalah sebanyak RM468,696.44 berbanding RM560,333
pada 2020. Penurunan jualan yang sangat besar tersebut tidak
mampu untuk menampung kos operasi. Subsidi upah yang dipohon
juga tidak diluluskan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan
oleh Perkeso. KPKP perlu menanggung keseluruhan belanja gaji
kakitangan walaupun dalam tempoh perniagaan ditutup demi
untuk mengekalkan kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 10
tahun bersama Restoran Selera Espikay.

c) Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Kestabilan harga emas memberi kesan yang positif terhadap aktiviti
Ar-Rahnu walaupun kesan pendemik Covid-19 masih dirasai oleh
aktiviti perniagaan yang lain. Aktiviti Ar-Rahnu di Kuantan bagi
tahun 2021 menunjukkan peningkatan keuntungan sebanyak 7.3%
iaitu RM585,687 berbanding RM545,708 pada 2020. Jumlah
gadaian yang dikeluarkan bagi tahun 2021 adalah sejumlah RM6.3
juta berbanding penebusan sebanyak RM6.9 juta dan menghasilkan
upah simpan sebanyak RM620,241.63 berbanding RM584,481.05
pada 2020.

8

Ar-Rahnu di Jerantut mengekalkan prestasi yang hampir sama
seperti tahun 2020 yang memperlihatkan kenaikkan keuntungan
sebanyak 1% sahaja iaitu dari RM300,949 kepada RM303,860 pada
tahun 2021. Jumlah gadaian juga sama seperti tahun 2020 iaitu
RM4.2 juta manakala jumlah penebusan menurun dari RM4.5juta
kepada RM4.2 juta.

Ar-Rahnu ke 3 KPKP di Jalan Kg Padang, Kuantan yang telah mula
beroperasi bermula 7 Februari 2019 juga menunjukkan prestasi
yang baik. Bagi tahun 2021, jumlah upah yang diterima ialah
RM84,399.57 berbanding RM48,617.86 pada 2020. Peningkatan
upah sebanyak 69% tersebut telah menghasilkan keuntungan
sebanyak RM28,094.53 berbanding RM10,952.39 pada 2020.

Secara keseluruhan, prestasi gadaian dan penebusan bagi ketiga-
tiga cawangan Ar-Rahnu adalah seperti dicarta bar berikut:-

RM Juta PINJAMAN DAN PENEBUSAN
14.0 BAGI TAHUN 2017 - 2021

12.0 PINJAMAN
PENEBUSAN
9.13
10.0 9.57
9.61
8.0 9.64
10.74
10.49
12.87
12.19
12.19
12.46

6.0

4.0

2.0 2018 2019 2020 2021
2017

Promosi gadai dan menang yang dilaksanakan sepanjang tahun
2021 dengan menawarkan hadiah “tablet notepad” turut membantu
meningkatkan prestasi Ar-Rahnu Espikay yang perlu bersaing
dengan pengusaha Ar-Rahnu lain yang semakin bercambah dalam
pasaran. Promosi ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

RM Ribu PENDAPATAN DAN UNTUNG BERSIH
1,400 BAGI TAHUN 2017 - 2021

1,200 PENDAPATAN
UNTUNG BERSIH

1,000 1,052
906
800
1,055
927

983
809

1,032
858

1,102
918

600

400 2018 2019 2020 2021
2017

9

Oleh kerana aktiviti ini dilihat mampu bertahan dalam tempoh krisis
ekonomi, KPKP juga dalam usaha untuk menambah cawangan ke 4
di Bandar Jengka, yang dijangka akan beroperasi pada awal 2023.
Sokongan dari semua anggota di sekitar bandar Jengka khususnya
amat diperlukan bagi menjayakan projek ini.

7. KOMUNIKASI DAN KEBAJIKAN ANGGOTA

7.1 Kebajikan

Melalui caruman setiap anggota sebanyak RM6 sebulan dibawah Tabung
Kebajikan Am (Al-Abrar) serta sumbangan daripada pembahagian
keuntungan tahunan KPKP sebanyak RM19,500 pada tahun lalu, KPKP
telah menerima caruman sebanyak RM466,562 dan mengeluarkan
sumbangan sebanyak RM393,040 dalam tahun 2021.

Daripada jumlah tersebut, 35.4% telah disumbangkan kepada anggota
serta waris anggota yang masuk wad, diikuti sumbangan kepada anggota
bersara sebanyak 28.5% dan selebihnya disumbangkan kepada hal-hal
yang lain.

TUJUAN DERMA PERMOHONAN BAYARAN (RM)
Masuk wad 305 27,510
Bersara 245
Meninggal dunia (Anggota) 24 251,400
Meninggal dunia (Waris) 142 24,000
Bencana alam 139 17,800
Perkahwinan 6 51,700
Lain-lain Perubatan 600
Infaq 861 5,900
JUMLAH 14,130

393,040

Pada akhir tahun 2021, Tabung Al-Abrar mempunyai baki berjumlah
RM1,477,711 dan ini tidak termasuk dengan cadangan pembahagian
keuntungan berjumlah RM2,250 yang akan dipohon untuk kelulusan
dalam MAP Ke 33 ini.

Dalam tahun 2021 juga, KPKP telah menerima sumbangan Al-Tabarruk
sebanyak 155,932 dan Lembaga telah meluluskan pengeluaran dana dari
tabung tersebut bagi menjelaskan baki hutang anggota yang meninggal
dunia sebanyak RM253,260 mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh
KPKP.

Melalui Tabung Tarbiah dan sepanjang tempoh laporan ini, KPKP telah
mengeluarkan 241 sumbangan kepada anak-anak anggota yang berjaya
melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah yang berjumlah
RM55,100. Manakala baki selebihnya bagi peruntukan kelas mengaji
kakitangan serta bantuan khas persekolahan berjumlah RM230,200
keseluruhannya.

10

PENGAJIAN KADAR BILANGAN BAYARAN (RM)
(RM)
DIPLOMA 116 23,200
IJAZAH 200 125 31,900
JUMLAH 241 55,100
300/100

----------

Melalui Tabung Hadiah Kecemerlangan Pendidikan pula, sepanjang
tempoh laporan ini KPKP telah mengeluarkan 82 sumbangan kepada
anak-anak anggota yang berjaya dalam peperiksaan dari SMA. SPM
hinggalah STPM yang berjumlah RM19,060 keseluruhannya.

PEPERIKSAAN KADAR BILANGAN BAYARAN (RM)
(RM)
SPM/SPMV/SMA 72 16,560
STPM/STA 230 10 2,500
JUMLAH 82 19,060
250

----------

KPKP juga peka dengan kebajikan anggota terutamanya yang terkesan
dengan bencana banjir teruk yang melanda Negeri Pahang kali ini. Oleh
yang demikian, KPKP telah memberikan sumbangan Bantuan Khas
Banjir berjumlah RM142,800 kepada 476 permohonan yang layak.

7.2 Hutang Semasa dan Tertunggak

Usaha-usaha untuk mendapatkan semula hutang tertunggak tetap
diteruskan sungguh pun mengambil masa yang lama. Sepanjang tempoh
laporan ini disediakan, beberapa tindakan telah diambil sebagaimana
berikut:-

PERKARA BIL. JUMLAH TINDAKAN/CATATAN
KES HUTANG

Muflis (Minima Tiada Tiada Telah diistiharkan muflis –
RM100,000) 37 RM919,033.05 Mahkamah dan Jabatan
20 RM262,240.65 Insolvensi
Pelaksanaan
Mengikut 16 RM345,905.47 Tindakan Tribunal SKM /
Undang-Undang 15 RM204,850.37 Peguam untuk mengambil
tindakan melalui pelaksanaan
Agen Pemungut undang-undang
Hutang
Diserahkan kepada agen
Tindakan pemungut hutang yang telah
Dalaman dilantik oleh pihak Lembaga
iaitu ACCRS (Angkasa) & PWR
Tutup Kes Associates – untuk tindakan
(Selesai)
Dalam proses kutipan bayaran
secara ansuran mengikut
kelulusan Mesyuarat Lembaga

Pemberhentian anggota /
Selaras Yuran & Saham /
Tabarruk

11

7.3 Penerangan dan Teknologi Maklumat

Satu program lawatan sambil belajar Anggota Lembaga ke sebuah ladang
halia di Kampung Janda Baik, Bentong telah diadakan pada akhir tahun
lalu. Pengusaha ladang adalah Encik Ithnin bin Majid yang telah
mengusahakan ladang halia seluas lima ekar. Rombongan telah diajar
bagaimana memilih baka halia yang terbaik untuk diusahakan sekiranya
mempunyai tanah yang bersesuaian.

Beliau menyatakan bahawa permintaan halia amat tinggi dan masih tidak
dapat menampung permintaan bagi penggunaan tempatan. Hasil
daripada lawatan ini ialah banyak ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam
mengusahakan tanaman halia dan tidak mustahil ia akan dapat
dilaksanakan di tanah KPKP yang masih kosong sekiranya bersesuain.

Seiring dengan kepesatan teknologi maklumat (IT) pula, KPKP juga aktif
dalam media sosial (Facebook Page) seperti berikut:-

i. @fb Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul
Makmur Berhad

ii. @fb Hotel Espikay
iii. @fb Selera Espikay
iv. @fb Arrahnu Espikay
v. @fb Petronas Songsang – KPKP

Pihak KPKP mengalu-alukan agar semua anggota KPKP dapat sama-sama
membantu mempromosikan aktiviti dan produk KPKP melalui FB Page
seperti diatas.

Laman sesawang www.kpkp.coop.my sentiasa digunakan sebagai
medium penyampai maklumat kepada anggota KPKP. Di laman sesawang
ini juga telah disediakan pautan kepada sistem atas talian individu iaitu
e-Semak, yang mana telah menyediakan kemudahan semakan penyata
terkini kepada anggota KPKP yang berdaftar sahaja. Penyampaian secara
pukal (WhatsApp: 011-59610023) secara satu hala juga digunakan untuk
menyalurkan maklumat kepada seluruh anggota KPKP tidak kira dimana
mereka berada.

7.4 Pembangunan, Pengurusan Aset dan Sewaan

Alhamdulillah, KPKP telah berjaya mendapat hakmilik sementara tanah
pajakan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Negeri Pahang seluas 200
ekar di Mukim Sungai Karang, Cherating. Setelah membuat penelitian
melalui kajian dan perbincangan dengan beberapa pihak yang kompeten
tentang kelapa mataq, Lembaga telah memutuskan untuk menjalinkan
projek usahasama dengan salah sebuah syarikat yang berpengalaman
dalam mengusahakan kebun kelapa mataq. Semoga projek pertanian ini
dapat meningkatkan hasil pendapatan KPKP pada masa hadapan.

Selain itu juga pemantauan aset serta sistem sewaan bangunan milik
KPKP telah berjaya dipertingkatkan. Penyeliaan aset-aset milik KPKP
telah dibuat dengan lebih baik dan sempurna iaitu merangkumi
hartanah, ladang kelapa sawit, bangunan, sewaan bangunan dan
kenderaan.

12

Terdapat beberapa buah bangunan berjaya disewakan semula dengan
kadar yang sangat berpatutan bagi menambah pendapatan KPKP. Namun
begitu, masih terdapat kekosongan di beberapa premis yang masih lagi
dibuka untuk sewaan kepada yang berminat.

Lembaga juga telah meluluskan penggunaan salah satu bangunan di
bandar Kuantan sebagai tempat belajar membaca Al-Quran yang dikenali
sebagai “Teratak Mengaji KPKP”. Program ini dijalankan dengan
usahasama Syarikat Cinta Sakinah Center dan berasaskan pengajaran
teknik Al-Baghdadi dan terbuka kepada semua anggota dan bukan
anggota. Semoga usaha yang dibuat mendapat keberkatan dari Allah swt.

2021 109.3 ASET (2017-2021)
RM Juta

2020 113.7

2019 114.7

2018 117.09

2017 117.99

100 105 110 115 120

7.5 Pematuhan Syariah dan Pengurusan Risiko

KPKP sebagai sebuah institusi kewangan yang mementingkan tahap
pematuhan syariah khususnya dalam hal berkaitan pembiayaan kepada
anggota. Pada Januari 2022, KPKP telah menerima sijil pematuhan
syariah daripada Tawafuq Consultancy Sdn Bhd, penasihat syariah KPKP
bagi dua produk utama, iaitu Pembiayaan & Ar-Rahnu. Kedua-dua
produk ini telah menggunakan konsep syariah Jual Beli Tawarruq.

Konsep Tawarruq ini merupakan kaedah jual beli berlandaskan syariah
yang diterima pakai bukan sahaja dalam pasaran kewangan Malaysia,
malah diterimapakai di peringkat global. Secara ringkasnya operasi masih
sama cuma skim ini lebih suci dan murni serta menepati piawaian
syariah. Penggunaan konsep Tawarruq ini juga selari dengan kehendak
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Untuk terus relevan dalam pasaran semasa, KPKP juga akan menilai dan
melihat setiap risiko yang terlibat sebelum menjalankan sebarang bentuk
perniagaan baru mahupun perniagaan-perniagaan yang telah dijalankan
khususnya ketika dalam peralihan negara ke fasa endemik. KPKP juga
sentiasa berusaha agar setiap perniagaan yang dijalankan dapat berjalan
dengan sebaik yang mungkin dan dapat memaksimakan keuntungan
KPKP.

13

8. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

8.1 Kakitangan
Sehingga kini, KPKP mempunyai kakitangan bergaji tetap seramai 27
orang di Kuantan, Temerloh dan Jerantut yang terdiri daripada 5 orang
bertaraf pegawai dan penolong pegawai serta selebihnya kakitangan
sokongan. Selain daripada itu, terdapat juga seramai 7 orang kakitangan
operasi di Stesen Petronas Temerloh, 4 di Hotel Espikay dan 5 di Selera
Espikay.

8.2 Juruaudit Luar
Tetuan Norila & Associates telah dilantik sebagai Juruaudit Luar KPKP
bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

9. PERANCANGAN SEMASA DAN HADAPAN

Lembaga akan terus memainkan peranannya dalam mencari peluang-peluang
perniagaan dan pelaburan dalam usaha untuk mempelbagaikan aktivitinya
disamping mengemaskini dan memperluaskan lagi skop kepada aktiviti-aktiviti
yang sedia ada yang mana antara lain adalah seperti berikut:-

9.1 Pembukaan Cawangan Ke 4 Ar-Rahnu di Jengka

Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Ar-Rahnu merupakan
aktiviti KPKP yang tidak terjejas dan mampu bertahan walaupun
pandemik Covid-19 melanda selama dua tahun sebelum bertukar ke fasa
endemik baru-baru ini. Beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia yang menyebabkan ada
ketikanya urusniaga Ar-Rahnu terpaksa ditutup namun kembali aktif
apabila beroperasi semula.

Aktiviti Ar-Rahnu dapat membantu memudahkan individu atau anggota
koperasi mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan
kelangsungan hidup atau sebagai modal pusingan perniagaan kepada
mana-mana usahawan atau anggota koperasi sendiri untuk
mendapatkan dana perniagaan dengan lebih mudah dan cepat
berbanding jika meminjam daripada institusi kewangan berlesen.

Lembaga telah bersetuju membeli sebuah kedai dua tingkat di kawasan
strategik Tun Razak Business Park, Bandar Pusat Jengka dengan
tawaran harga yang amat berpatutan. Urusan jual beli bangunan sedang
dibuat oleh pihak peguam setelah perbincangan antara Lembaga dan
tuan punya bangunan disepakati. Sekiranya segala urusan berjalan
lancar, kerja-kerja ubahsuai bangunan untuk dijadikan premis Ar-Rahnu
ini akan dijalankan tahun ini juga bagi memastikan cawangan ke 4 ini
boleh mula beroperasi awal tahun 2023.

9.2 Projek Usahasama Penanaman Kelapa Matag

Pengeluaran hakmilik sementara tanah pajakan 200 ekar di Mukim
Sungai Karang, Cherating oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang
setelah tandatangan dimeterai antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan
(PSK) Negeri Pahang dan KPKP membuka lembaran baharu dalam
penambahan aktiviti KPKP.

14

Memandangkan KPKP tiada pengalaman dan kepakaran dalam industri
tanaman kelapa matag ini, maka Lembaga telah bersetuju mengadakan
usahasama projek ini dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di
Kuala Lumpur dan mempunyai latarbelakang dalam pembangunan tanah
untuk tanaman pelbagai jenis kelapa dan tanaman kontan.

Sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, KPKP akan
mendapat hasil pajakan pertama bermula Januari tahun 2026. Jadual
dan jumlah bayaran yang bakal diterima juga telah dipersetujui dan
adalah dikira mengikut peningkatan hasil dari tahun ke tahun sehingga
tamat pajakan.

Sama-samalah kita berdoa semoga projek usahasama tanaman kelapa
matag ini terlaksana dengan baik serta menjelmakan kejayaan dan
keuntungan kepada KPKP kerana ianya amat berpotensi di dalam Negara
Malaysia ketika ini disebabkan permintaannya yang amat tinggi
sedangkan pengeluarannya agak terhad.

10. PENGHARGAAN

Anggota-anggota Lembaga KPKP ingin menyampaikan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan kepada:-

1) Pengarah serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri
Pahang atas perkhidmatan dan bimbingan yang berterusan diberikan
kepada KPKP seterusnya mengiktiraf KPKP antara koperasi cemerlang di
Negeri Pahang dan masih tersenarai dalam kelompok 100 koperasi
terbaik di Negara ini bagi tahun 2021.

2) Presiden ANGKASA dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia serta
pegawai-pegawai di atas sokongan dan bantuan ikhlas yang diberikan
kepada KPKP khasnya dalam bidang pendidikan kepada anggota dan
kakitangan.

3) Pelanggan-pelanggan yang sentiasa memberi kepercayaan kepada KPKP
untuk menawarkan perkhidmatan melalui aktiviti-aktivti perniagaan
yang disediakan kepada mereka.

4) Jawatankuasa Audit Dalaman yang sentiasa memantau operasi Koperasi.

5) Semua anggota Perwakilan KPKP di atas penglibatan yang aktif dan
kerjasama yang erat.

6) Semua anggota KPKP di atas kesetiaan dan sokongan dalam memajukan
KPKP.

7) Semua wargakerja KPKP di atas perkhidmatan yang dedikasi dan
cemerlang.

15

Bagi pihak Anggota Lembaga,
KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERJAAAN
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD
NAZRI BIN ABD RAHMAN
Setiausaha Lembaga

16

25 JUN 2022

MAP 33

KERTAS
BILANGAN

04

LAPORAN J/K AUDIT
DALAMAN

2021 / 2022

KOPERASI PEGAWAI–PEGAWAI KERAJAAN
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD

JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD) 2022
Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan
Negeri Pahang Darul Makmur Berhad

Kepada,

SEMUA ANGGOTA PERWAKILAN
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke 33
Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan
Negeri Pahang Darul Makmur Berhad

YH Dato’/Datin/Tuan/Puan,

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD) KOPERASI PEGAWAI-
PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD BAGI
TAHUN 2021/2022

PENDAHULUAN

Anggota Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) KPKP dengan sukacita ingin
membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit Dalaman serta memberikan
teguran, pandangan dan saranan terhadap kerja-kerja pengauditan bagi tahun
2021/2022. Dimaklumkan bahawa lantikan anggota JAD adalah berkuat kuasa
pada 15 Januari 2022 sehingga Mesyuarat Agung Pewakilan Kali Ke 33 Tahun 2022.
Tempoh lantikan ialah satu tahun dan boleh dilanjutkan oleh Lembaga pada setiap
tahun merujuk kepada UUK seragam seksyen 55(1). Namun begitu, tempoh lantikan
kali ini adalah paling pendek berikutan kelewatan MAP 32 yang diadakan pada
Oktober 2021 akibat pendemik Covid-19. Perlantikan dan fungsi JAD merujuk kepada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam GP4 serta di bawah seksyen 42A(1),
43 Akta Koperasi 1993 serta Undang-Undang Kecil Koperasi (UUK) dalam perkara
Bil.57(2)(a).

Anggota JAD bagi sesi 2021/2022 ialah :-

1. Encik Abdul Aziz Bin Abas : Pengerusi JAD

2. Puan Bibil Azura binti Awang : Setiausaha

3. Puan Rafidah binti Ismail : Jawatankuasa Audit Dalaman

4. Encik Abzilah bin Abdul Majid : Jawatankuasa Audit Dalaman

1

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KOPERASI

Anggota JAD berperanan untuk membantu Anggota Lembaga dalam memenuhi
tanggungjawab penyeliaan dan pengawasan mereka bagi memastikan keberkesanan
proses kawalan dalaman, pengurusan risiko dan tadbir urus koperasi adalah terjamin
dan dipatuhi. Pemeriksaan ini selaras dengan peruntukan garis panduan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) dalam GP27 iaitu Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi
berhubung peranan dan tanggungjawab semua pihak agar seimbang dan
pengauditan yang mantap melalui hubungan profesional antara JAD, ALK dan
Pengurusan Koperasi.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak KPKP adalah :-
i. Pembiayaan peribadi.
ii. Sewaan bangunan.

iii. Stesen Minyak Petronas dan Kedai Mesra.

iv. Hotel Espikay.

v. Restoran Selera Espikay.

vi. Ar-Rahnu Espikay (Jerantut, Kuantan dan Jalan Kampung Padang).

vii. Pajakan Ladang Sawit (Mukim Bebar, Pekan).

viii. Lain-lain

Dalam pada itu, anggota JAD yang dilantik ini telah menjalankan tugas berdasarkan
Undang-Undang Kecil Koperasi dengan merujuk UUK Bil 58(1) dan (2). Anggota JAD
telah mendapat kerjasama penuh daripada pihak ALK dan Pengurusan KPKP.

Walaupun tempoh lantikan JAD bagi tahun 2021/2022 ini hanya untuk lebih kurang 5
bulan sahaja, namun JAD tetap komited menjalankan tugasan yang dirancang.
Pelbagai kekangan seperti masa, jangkitan Covid-19 dan permasalahan kesihatan
yang dihadapi oleh anggota JAD dalam tempoh tersebut, ianya tidak mematahkan
semangat JAD untuk melengkapkan tugasan dan mesyuarat bulanan tetap diadakan
melalui medium atas talian.

2

Berikut adalah diantara aktiviti penyemakan dan pemeriksaan JAD yang telah
dilaksanakan :-

BIL TEMPAT

1. Pengauditan di Pejabat KPKP Temerloh
Kewangan, dan Pengurusan Pentadbiran dan Pematuhan SOP Covid-19.

2. Pengauditan di Kedai Mesra, Stesen Minyak Petronas Simpang
Songsang, Temerloh
Kewangan, aliran tunai, kehadiran kakitangan dan Pematuhan SOP Covid-
19.

3. Pengauditan di Premis Ar Rahnu Jerantut, Pahang.
Pengurusan Gadaian dan Pinjaman Kecemasan mengikut SOP yang
ditetapkan, Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan.

4. Pengauditan di Premis Ar Rahnu, Kuantan.
Pengurusan Gadaian, Pengurusan Aliran Tunai, Keselamatan, Keceriaan
dan Keselesaan Pelanggan

5. Pengauditan di Premis Ar Rahnu, Jalan Kampung Padang, Kuantan
Pengurusan Gadaian, Pengurusan Aliran Tunai, Keselamatan, Keceriaan
dan Keselesaan Pelanggan.

6. Pengauditan di Restoran Selera Espikay, Kuantan.
Promosi, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Restoran dan Pembelian
Bahan Mentah.

7. Pengauditan Sewaan KPKP.
Sewaan, Penyelenggaraan Dan Kesesuaian Penggunaan.

8. Pengauditan di Pejabat KPKP.
Kewangan, SOP permohonan menjadi ahli KPKP, Pengurusan Pinjaman
Oleh Ahli KPKP dan Pengurusan Pentadbiran.

Laporan dikemukakan kepada Anggota Lembaga KPKP untuk penilaian dan tindakan
susulan. Anggota JAD berpendapat tiada penemuan yang meragukan terhadap
penggunaan dan pentadbiran kewangan KPKP berdasarkan dokumen yang
diserahkan untuk dipraktikkan oleh barisan Lembaga dan pihak pengurusan KPKP.

Kami, Anggota JAD berpuas hati dengan aktiviti audit yang dilaksanakan ke atas
pengauditan dengan mengunapakai pendekatan audit berteraskan risiko. Pendekatan
ini mengambil kira kecekapan operasi, pematuhan undang-undang, peraturan dan
pentadbiran pengurusan berlandaskan tadbir urus yang baik.

Pengauditan tidak dijalankan sepenuhnya di premis sewaan memandangkan kerajaan
telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia.

3

Begitu juga lawatan ke ladang sawit di Mukim Bebar tidak dapat dilaksanakan,namun
semakan terhadap terimaan bayaran pajakan menunjukkan sejumlah
RM1,572,000.00 telah diperolehi sehingga Mei 2022 dan tempoh pajakan akan
berakhir pada 2028. JAD berpendapat keputusan Lembaga untuk mengusahakan
ladang ini secara pajakan adalah tepat kerana tanah tersebut bukan sahaja memberi
hasil pajakan malah nilainya juga telah meningkat berbanding ketika pembelian
dibuat.

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Amalan kawalan dalaman yang baik khasnya bagi pengurusan kewangan amat
diperlukan dalam perniagaan yang mana secara langsung dan tidak langsung mampu
menyumbang kepada keuntungan serta dapat meminimakan segala bentuk risiko
/kerugian yang mungkin bakal ditanggung oleh KPKP.

Didapati berlaku penurunan dalam pendapatan KPKP di mana bagi tahun 2021 KPKP
memperoleh RM6,367,498 berbanding RM6,577,361 pada tahun 2020. Ini
menunjukkan penurunan pendapatan sebanyak RM209,863. Sementara itu, pada
tahun 2021 juga, pendapatan aktiviti-aktiviti perniagaan KPKP seperti restoran dan
hotel juga menunjukkan penurunan pendapatan yang ketara akibat pandemik Covid-
19. Sementara itu bagi stesen minyak dan Ar-Rahnu pula berada pada tahap stabil.

Hasil keuntungan Hotel Espikay berjumlah RM64,882 iaitu penurunan sebanyak 45%
berbanding tahun 2020. Prestasi restoran juga menurun seterusnya menunjukkan
kerugian sebanyak RM64,875 sementara stesen minyak Petronas naik sedikit iaitu
sebanyak RM245,126 (1%) berbanding tahun 2020.

Perbelanjaan mengurus untuk Ibu Pejabat pada tahun 2021 adalah sebanyak
RM4,168,631 manakala bagi tahun 2020 adalah berjumlah RM3,562,964.
Peningkatan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2021 sebanyak RM605,667 dan
berdasarkan maklumat yang dikenalpasti, peningkatan ini disebabkan perbelanjaan
Mesyuarat Agung Kawasan secara dalam talian pada tahun 2021. Perbelanjaan untuk
aktiviti-aktiviti perniagaan pula adalah terkawal dan tiada kenaikkan luar biasa.

Keuntungan bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM2,198,867 berbanding tahun 2020
sebanyak RM3,014,397. Ini menunjukkan penurunan sebanyak RM815,530 dan
sepertimana yang telah dikenal pasti oleh pihak JAD, hasil pendapatan dan
keuntungan aktiviti perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 disamping
penambahan perbelanjaan Mesyuarat Agung Kawasan secara dwi-tahunan pada
2021.

4

Pihak JAD berharap aktiviti perniagaan KPKP akan pulih seperti sediakala
memandangkan Kerajaan telah membenarkan aktiviti perniagaan berjalan seperti
biasa dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

KESIMPULAN
Pihak JAD mendapati barisan Anggota Lembaga Koperasi, pihak Pengurusan dan
kakitangan KPKP telah berusaha bersungguh–sungguh untuk meningkatkan
keuntungan dan mengurangkan segala bentuk kerugian dan sentiasa komited
sepanjang tahun. Kejayaan yang dikecapi sekarang ini bukan datang dengan mudah
tanpa hasil usaha yang padu.
Walaupun KPKP menghadapi pelbagai dugaan seperti stesen minyak Petronas di
Simpang Songsang, Temerloh dilanda banjir tetapi atas usaha barisan Anggota
Lembaga Koperasi, pihak Pegurusan dan kakitangan KPKP, stesen minyak Petronas
ini dapat beroperasi semula dan mencatatkan keuntungan kerana dapat dibuka lebih
cepat dari stesen minyak yang berdekatan. Begitu juga Hotel Espikay walaupun
sepanjang PKP tidak dapat mencatat keuntungan lebih baik tetapi pada saat akhir
PKP, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah menawarkan kontrak untuk
menyediakan penginapan di Hotel Espikay bagi kakitangan barisan hadapan
(frontliners) seramai 60 orang dan ini telah memberikan pertambahan pendapatan
hasil Hotel Espikay.
Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan dan ditingkatkan pada masa akan
datang dengan pertambahan pendapatan dan seterusnya dapat memberikan kadar
dividen yang tinggi serta memberi manfaat kepada semua anggota KPKP.

JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN SESI 2021/2022

Kami Yang Menjalankan Amanah,

5

25 JUN 2022

MAP 33

KERTAS
BILANGAN

05

PANDANGAN SURUHANJAYA
BAGI AKAUN TERAUDIT

TAHUN 2020

Nota:
SEHINGGA KINI TIADA TEGURAN DITERIMA DARI SURUHANJAYA
BERKAITAN AKAUN 2020. PANDANGAN SURUHANJAYA MENGENAI
AKAUN TERAUDIT TIDAK DIKELUARKAN OLEH PIHAK SKM SEKIRANYA
AKAUN KOPERASI TERSEBUT DIDAPATI TIADA MASALAH.

25 JUN 2022

MAP 33

KERTAS
BILANGAN

06

LAPORAN BERKANUN
LEMBAGA & AKAUN TERAUDIT

31/12/2021


















































Click to View FlipBook Version