BAB 4: JADUAL BERKALA UNSUR
OLEH: CIKGU ATIQAH :) Unsur Kumpulan 1
Memahami perubahan sifat fizik unsur apabila menuruni Kumpulan 1. 1. 2. Mengkaji sifat kimia melalui eksperimen bagi tindak balas antara unsur Kumpulan 1 dan: · Air · Gas oksigen · Klorin 3. Menjelaskan perubahan kereaktifan unsur apabila menuruni Kumpulan 1. 4. Mengetahui sifat fizik dan sifat kimia unsur lain dalam Kumpulan 1. OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
SIFAT FIZIK UNSUR KUMPULAN 1 Unsur Kumpulan 1 mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah jika dibandingkan dengan logam lain. Takat lebur dan takat didih unsur Kumpulan 1 semakin berkurang apabila menuruni kumpulan. Mengapa???
Semakin menuruni kumpulan, saiz atom semakin bertambah. Ikatan logam menjadi semakin lemah. Semakin kurang tenaga haba yang diperlukan untuk memutuskan ikatan logam. Jadi, takat lebur dan takat didih unsur Kumpulan 1 semakin berkurang apabila menuruni kumpulan.
Unsur Kumpulan 1 mempunyai satu elektron di dalam petala valens. Atom bagi unsur Kumpulan boleh menderma satu elektron bagi membentuk ion bercas +1. SIFAT KIMIA UNSUR KUMPULAN 1
MARI BEREKSPERIMEN! Tujuan: Mengkaji kereaktifan unsur Kumpulan 1 terhadap air. Prosedur: Letakkan ketulan kecil logam litium dan natrium di atas permukaan air. Perhatikan tindak balas kedua-duanya terhadap air. 1. 2.
PERSOALAN Apakah pemerhatian yang akan diperoleh sekiranya eksperimen yang sama dijalankan tetapi dengan menggunakan logam kalium? Adakah logam kalium bertindak dengan lebih cergas di atas permukaan air? Atau Tindak balas bagi ketiga-tiga logam adalah sama?
Kereaktifan logam bagi unsur Kumpulan 1 semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Litium adalah kurang reaktif berbanding natrium dan kalium kerana tindak balasnya adalah kurang cergas apabila diletakkan di atas permukaan air. Persamaan kimia yang diperoleh:
Logam alkali juga boleh bertindak balas dengan gas oksigen dan klorin.
Persamaan kimia yang terlibat bagi tindak balas logam alkali terhadap gas oksigen dan gas klorin:
· Semakin menuruni kumpulan, saiz atom unsur Kumpulan 1 semakin bertambah. · Bilangan petala yang berisi elektron juga bertambah. · Kedudukan elektron valens menjadi semakin jauh daripada nukleus atom. · Apabila daya tarikan nukleus terhadap elektron valens semakin lemah, elektron lebih mudah didermakan. Kereaktifan unsur Kumpulan 1 semakin bertambah apabila menuruni kumpulan:
-Contohnya seperti rubidium, sesium dan fransium. -Ia sangat reaktif jika bertindak balas dengan air dan oksigen. -Rubidium dan sesium merupakan logam yang sangat aktif dan mudah terbakar. -Fransium merupakan isotop radioaktif yang tidak stabil. Sifat fizik dan sifat kimia unsur lain dalam Kumpulan 1
AKTIVITI THINKPAIR-SHARE
Kumpulan 1: Terangkan dengan jelas mengapa kalium adalah lebih reaktif berbanding litium. Kumpulan 2: Terangkan dengan jelas mengapa natrium adalah lebih reaktif berbanding litium.
MARI UJI PEMAHAMAN ANDA :)
APA YANG ANDA TELAH BELAJAR HARI INI? ADA SEBARANG SOALAN?
TERIMA KASIH :)