Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 2 KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENDAHULUAN 3 2. TAFSIRAN 3 3. DASAR PENTAKSIRAN 5 3.1 Punca Kuasa 3.2 Dasar Am 3.3 Syarat Pendaftaran Calon 3.4 Yuran 3.5 Pelaporan 4. KONSEP DAN PRINSIP 8 4.1 Konsep 4.2 Model ERRA 4.3 Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) 4.4 Prinsip dan Rekabentuk 4.5 Metadologi 4.6 Instrumen Pentaksiran 5. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 11 5.1 Pengoperasian i. Personel ii. Peranan dan Tanggungjawab Personel PASM iii. Pelantikan Pentaksir 5.2 Prosedur Keselamatan 6. APLIKASI PENGURUSAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF 19 6.1 Latar Belakang 6.2 Skop Sistem 6.3 Manual Pengguna 6.4 Tanggungjawab Sekolah 7. PENGURUSAN CALON 21 7.1 Pendaftaran Calon 7.2 Calon Pindah Masuk/Pindah Keluar 7.3 Calon Tangguh 7.4 Calon Tamat Pentaksiran 7.5 Pengurusan Kes Khas 8. PENGURUSAN PERSONEL PENTAKSIRAN 25 8.1 Pendaftaran Personel Pentaksiran 8.2 Pertukaran Status Pengguna 9. PENGURUSAN PENTAKSIRAN 28 9.1 Penyelarasan Tugasan 9.2 Pengesahan Standard Kebolehan 10. PROGRAM BIMBINGAN BERTERUSAN (PASM) 30 10.1 Pengenalan 10.2 Modul PBB PASM 10.3 Jawatankuasa Bimbingan PASM 10.4 Aktiviti PBB PASM GLOSARI 37 LAMPIRAN 38
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 3 1. PENDAHULUAN PASM merupakan pentaksiran yang direka bentuk khusus untuk MBPK. MBPK di sekolah menengah yang tidak menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh menduduki PASM dan memperoleh Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM). Sesuai dengan kumpulan MBPK, PASM mempunyai tujuan istimewa iaitu untuk mengesan kebolehan (tapping into abilities) murid. Pentaksiran ini mengaplikasi model ERRA (Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement) dan membawa ciri-ciri pentaksiran formal yang holistik, bersepadu dan berpusatkan murid. Pembinaan instrumen PASM yang dipanggil Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) adalah berasaskan standard yang mengambil kira ciri keterangkuman, keterbukaan dan keautentikan. Pentaksiran menggunakan EBAI meraikan kepelbagaian daripada segi pentaksir, instrumen dan reaksi yang dapat direkod sebagai eviden kepada kebolehan MBPK. PASM dilaksana secara berterusan dan sistematik dengan penggunaan teknologi bermula daripada pendaftaran sehinggalah ke pensijilan. Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM bertujuan untuk memberi maklumat dari segi pengurusan, pentadbiran, pelaksanaan dan PBB PASM PASM kepada pegawai perkhidmatan pendidikan di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, sekolah dan para pentaksir yang terlibat bagi memastikan PASM dilaksanakan dengan sistematik dan lancar oleh semua pihak. Maklumat dalam dokumen ini mengandungi hal-hal berkaitan pendaftaran, peranan setiap personel, penggunaan aplikasi, perekodan standard kebolehan dan Program Bimbingan Berterusan PASM (PBB PASM). 2. TAFSIRAN 2.1 “Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)” ialah murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi atau ketidakupayaan serta masalah yang telah dinyatakan di atas. [Rujuk Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 4 2.2 “Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM)” merupakan satu bentuk pentaksiran khusus untuk mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK. PASM dilaksanakan untuk pengiktirafan dan pensijilan bagi MBPK di peringkat sekolah menengah. 2.3 “Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement (ERRA)” ialah model pentaksiran yang digunakan untuk membangunkan PASM. 2.4 “Enviroment-Based Assessment Instrument (EBAI)” ialah instrumen pentaksiran yang digunakan untuk mentaksir kebolehan calon PASM. 2.5 ”Environment” ialah lokasi dimana terdapatnya persekitaran yang dikenalpasti boleh menjadi tempat berlakunya pentaksiran kepada pelbagai konstruk. 2.6 “Eviden” ialah medan yang menempatkan dan memaparkan bukti. Eviden yang diperoleh melalui reaksi seseorang terhadap environment boleh menentukan konstruk yang sesuai. 2.7 “Reaksi” ialah suatu medan yang menempatkan dan memaparkan tindakan atau gerak balas terhadap environment. 2.8 “Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA)” ialah dokumen yang mengandungi senarai konstruk dan standard kebolehan yang menunjukkan kebolehan calon dalam proses pentaksiran. 2.9 “Konstruk” ialah perkara yang hendak ditaksir dan merupakan dimensi calon yang berbentuk konkrit atau abstrak seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2.10 “Domain” ialah Dimensi yang dilihat dalam mengukur konstruk pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2.11 “Elemen” ialah komponen-komponen yang diukur dalam konstruk pengetahuan, kemahiran dan nilai 2.12 “Outcome” ialah komponen-komponen spesifik yang diukur dalam konstruk. 2.13 ”Aplikasi PASM” ialah sebuah aplikasi yang dibangunkan khas untuk pengurusan dan pentadbiran PASM 2.14 “Standard Kebolehan” ialah indikator yang digunakan untuk menentukan tahap, peringkat dan kualiti kebolehan calon PASM. 2.15 “Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM)” ialah sijil yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam bentuk fizikal dengan paparan kod QR untuk memperoleh sijil digital. 2.16 “Program Bimbingan Berterusan PASM (PBB PASM)” ialah satu program bimbingan kepada personel PASM bagi menjamin kualiti pelaksanaan PASM di sekolah.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 5 2.17 “Jawatankuasa Bimbingan PASM (JB PASM)” ialah satu jawatankuasa yang terdiri daripada personel PASM yang dilantik dan bertanggungjawab melaksanakan PBB PASM. 2.18 “Modul PBB PASM” ialah aplikasi yang mengandungi aktiviti pemantauan, penyelarasan, pengesanan dan pementoran sebagai panduan melaksanakan PASM mengikut prosedur yang ditetapkan LP. 2.19 “Dokumen PASM” ialah dokumen panduan yang mengandungi surat makluman, jadual kerja PASM, Modul Pembangunan Kompetensi Personel PASM, Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM (GP PP PASM), DSPA dan EBAI. 3. DASAR PENTAKSIRAN 3.1 Punca Kuasa i. Konsep PASM diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) Bil.1/2020 bertarikh 21 Februari 2020. ii. Pelaksanaan PASM diluluskan dalam Mesyuarat Profesional KPM (MPKPM) Bil. 37/2021 bertarikh 2 November 2021. iii. Instrumen Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) Bil.1/2021 bertarikh 9 November 2021. iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2021. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah Menengah (PASM) Bagi Murid Berkeperluan Khas Mulai Tahun 2021 bertarikh 23 Disember 2021. 3.2 Dasar Am PASM dilaksanakan kepada MBPK di sekolah menengah yang menawarkan PASM untuk mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK sebagaimana berikut; i. PASM dilaksanakan untuk pengiktirafan dan pensijilan bagi MBPK di peringkat sekolah menengah; ii. PASM menggunakan instrumen pentaksiran Environment Based Assessment Instrument (EBAI);
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 6 3.3 Syarat Pendaftaran Calon Syarat pendaftaran calon PASM adalah seperti berikut: i. Calon Sekolah a) MBPK yang berada di sekolah KPM atau sekolah bantuan kerajaan atau sekolah di bawah Agensi Kerajaan atau sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; b) Mengikuti Kurikulum Pendidikan Khas yang merangkumi: - Kurikulum Kebangsaan; - Kurikulum Kebangsaan yang diubah suai oleh Ketua Pendaftar; - Kurikulum yang dibina khusus oleh Ketua Pendaftar; atau - apa-apa Kurikulum latihan kemahiran yang pada pendapat Ketua Pendaftar sesuai dan bermanfaat bagi MBPK. c) Mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga secara bertulis untuk mendaftar PASM. ii. Pendaftaran calon PASM hendaklah dilaksanakan mulai tahun pertama persekolahan peringkat menengah. Calon yang mendaftar PASM tidak dibenarkan menduduki peperiksaan awam yang lain pada tahun yang sama. iii. PASM tidak ditawarkan kepada calon persendirian. 3.4 Yuran Yuran pendaftaran bagi MBPK yang menduduki PASM adalah seperti berikut: i. Calon PASM dari sekolah KPM atau sekolah bantuan kerajaan atau sekolah di bawah agensi kerajaan tidak dikenakan yuran. ii. Calon PASM dari sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM akan dikenakan yuran mengikut kadar yang ditetapkan. 3.5 Pelaporan i. Calon yang melaksanakan pentaksiran layak menerima pelaporan PASM. Manamana calon yang mendaftar PASM tetapi tidak melaksanakan pentaksiran, tidak layak menerima pelaporan. ii. Pelaporan PASM akan dikeluarkan dalam bentuk transkrip dan sijil digital serta boleh diakses pada bila-bila masa melalui aplikasi PASM. Transkrip ialah perincian pelaporan pentaksiran yang dilaksanakan oleh calon sepanjang tempoh persekolahan. Manakala sijil digital ialah pelaporan bagi standard kebolehan tertinggi calon.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 7 iii. Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) dalam bentuk fizikal akan dianugerahkan kepada calon berdasarkan syarat yang berikut: a) berumur 19 tahun; atau b) tamat persekolahan pada Tingkatan 5; atau c) *berumur 20 tahun di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV). Umur/ Tingkatan 17 Tahun 18 Tahun 19 Tahun *20 Tahun Tingkatan 1 ✓ Tingkatan 2 ✓ Tingkatan 3 ✓ Tingkatan 4 ✓ ✓ Tingkatan 5 ✓ ✓ ✓ ✓ Kategori Calon Layak Terima SASM iv. Sijil digital boleh diakses dengan menggunakan kod QR pada profil calon melalui Portal PASM serta pada SASM.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 8 4. KONSEP DAN PRINSIP 4.1 Konsep Konsep Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) adalah seperti berikut: i. Pentaksiran autentik dan bersepadu (merentas kurikulum) ii. Berfokus pada pentaksiran untuk pembelajaran iii. Pentaksiran serta perekodan berterusan dan sistematik menggunakan teknologi pintar (Aplikasi PASM) 4.2 Model ERRA PASM menggunakan model Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement (ERRA). Environment merujuk kepada persekitaran, sama ada persekitaran biasa atau yang asing, di mana seseorang akan menunjukkan reaction atau reaksi. Reaksi pula adalah eviden bagi menggambarkan apa sebenarnya yang ada dalam diri seseorang itu. Eviden tersebut boleh dijadikan asas untuk membentuk makna tentang kebolehan yang dimiliki. Recognition atau pengenalpastian kebolehan dilakukan melalui perbandingan eviden dengan suatu pernyataan standard yang telah disediakan dan dimaklum terlebih dahulu. Hasil daripada pengenalpastian ini boleh dirakam atau direkod, dan seterusnya dilaporkan dalam suatu bentuk yang bermakna. Kebolehan yang dikenal pasti dilapor secara rasmi, sebagai suatu acknowledgement atau pengiktirafan. Oleh itu, model ERRA boleh diperihalkan sebagai satu model yang mengenal pasti dan mengiktiraf kebolehan melalui reaksi seseorang dalam suatu persekitaran. Model ERRA
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 9 4.3 Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) DSPA mengandungi senarai konstruk dan standard kebolehan. Konstruk diperincikan kepada 5 domain, 19 elemen dan 53 outcome yang dapat menggambarkan potensi MBPK secara keseluruhan sepanjang berada dalam sistem persekolahan. Setiap outcome yang dihasilkan akan mengandungi 27 indikator standard kebolehan. Hal ini memberi ruang kepada guru untuk melaksanakan pengajaran dan pentaksiran secara serentak dan berterusan agar MBPK dapat mempamerkan pengetahuan dan kemahiran sebenar mereka. Standard kebolehan tersebut merangkumi tahap (ilmu, amal, adab), peringkat (diri, keluarga, masyarakat) dan kualiti (ada, cukup, lebih). Standard kebolehan digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Senarai 5 Domain, 19 Elemen dan 53 Outcome Standard Kebolehan
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 10 4.4 Prinsip dan Reka Bentuk PASM merupakan satu bentuk pentaksiran khusus untuk mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK bagi membangunkan potensi berdasarkan prinsip mengesan kebolehan dalam ketidakbolehan (tapping into ability). PASM adalah pentaksiran yang autentik dan bersepadu, melibatkan perekodan berterusan dan sistematik menggunakan teknologi pintar serta berfokus kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning). 4.5 Metodologi PASM direka bentuk untuk memberikan maklumat pentaksiran yang jelas dan bermakna bagi mengukur keberkesanan pembelajaran dan penguasaan murid. PASM dilaksanakan secara berterusan, fleksibel dan bersifat individu oleh pelbagai pentaksir. MBPK akan ditaksir dan dilapor mengikut kesediaan dan kemampuan sebenar mereka. PASM menjurus kepada mentaksir untuk membangunkan potensi murid dalam aspek kebolehan mereka. Data pentaksiran boleh memberi maklumat tentang perkembangan pembelajaran MBPK kepada murid, guru dan ibu bapa serta memberikan indikator bagi penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran dan program pendidikan khas. PASM diintegrasikan dengan pengajaran dan pembelajaran serta dilaksanakan secara berterusan. Aktiviti pengajaran dan pentaksiran sewajarnya tidak dilihat secara berbeza. 4.6 Instrumen Pentaksiran Enviroment Based Assessment Instrument (EBAI) ialah instrumen pentaksiran yang dibangunkan berasaskan situasi sebenar kehidupan serta persekitaran pembelajaran murid. EBAI disediakan untuk kegunaan personel pentaksiran dalam menentukan tahap kebolehan berdasarkan DSPA. EBAI boleh didefinisikan sebagai satu dokumen lengkap yang diperlukan bagi menjalankan dan seterusnya menjayakan suatu proses mendapatkan maklumat untuk membentuk makna dalam satu ekosistem yang terdiri daripada unit-unit biotik (benda hidup) dan abiotik (benda bukan hidup) yang hadir bersama-sama secara semula jadi dan saling berinteraksi dalam melaksanakan fungsi tertentu. EBAI akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan supaya dapat memberi pilihan kepada pentaksir untuk melaksanakan pentaksiran mengikut kesesuaian persekitaran masing-masing.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 11 5. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASM 5.1 Pengoperasian i. Personel Personel PASM merupakan pegawai daripada KPM, JPN, PPD dan sekolah yang bertanggungjawab untuk mengurus, mentadbir dan melaksanakan PASM. Kategori Personel PASM terdiri daripada: Personel Pengurusan a) Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP) b) Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) c) Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) d) Pengetua/Guru Besar (PGB) Personel Pentadbiran a) Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penolong Kanan Pentadbiran (SMPKV/SMPK)/Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Lantikan Dalaman (PPPKILD) b) Setiausaha PASM (Su PASM) c) Guru Pendidikan Khas (GPK) d) Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Personel Pentaksiran a) Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK) b) Ketua Pentaksir Negeri (KPN) c) Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) d) Pentaksir Kawasan (PKw) e) Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK)/Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Lantikan Dalaman (PPPKILD) f) Pentaksir Sekolah (PS) g) Calon h) Rakan i) Ibu Bapa/Penjaga j) Komuniti
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 12 ii. Peranan Dan Tanggungjawab a) Lembaga Peperiksaan - Menyedia dan memuat naik surat makluman serta dokumen PASM tahun semasa di portal LP. - Melantik KPK. - Menyedia dan menyelenggara aplikasi PASM. - Menjana ID pengguna dan kata laluan untuk sekolah. - Mendaftarkan personel pengurusan di JPN - Menguruskan Mesyuarat Peningkatan Profesionalisme Pentaksir PASM Peringkat Kebangsaan. - Mengeluarkan pelaporan akhir bagi calon PASM dalam bentuk sijil digital dan sijil fizikal (SASM). b) JPN - Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP JPN) PPD - Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP PPD) - Menerima dan mengedarkan surat makluman kepada PPD dan sekolah bagi memuat turun dokumen PASM tahun semasa melalui portal LP. - Memastikan sekolah memuat turun dokumen PASM tahun semasa melalui portal LP. - Melantik KPN, KPKw dan PKw. - Mendaftarkan sekolah dan Personel Pengurusan yang menjalankan tugas Pengetua/Guru Besar (PGB). - Menguruskan Mesyuarat Peningkatan Profesionalisme Pentaksir PASM Peringkat Negeri/Daerah sebagai urus setia. - Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan PASM (JB PASM) di peringkat negeri/daerah bagi melaksanakan Program Bimbingan Berterusan PASM (PBB PASM) di peringkat negeri/daerah. - Menggunakan Modul PBB PASM pada aplikasi PASM bagi melaksanakan PBB PASM. - Menerima permohonan kes khas daripada sekolah untuk dipanjangkan kepada LP. - Menerima SASM untuk diedarkan kepada sekolah berdasarkan tarikh yang ditetapkan.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 13 c) JPN - Sektor Pendidikan Khas (SPK JPN) PPD - Unit Pendidikan Khas (UPK PPD) - Membantu SPP JPN/SPP PPD menyelaras latihan peningkatan profesionalisme kepada pentaksir PASM di peringkat negeri/daerah. - Membantu melaksanakan PBB PASM di peringkat negeri/daerah berpandukan Modul PBB PASM pada aplikasi PASM bagi memastikan pelaksanaan PASM mengikut garis panduan. - Memastikan EBAI yang dilaksanakan menepati KSSM PK. - Memastikan pihak sekolah melaksanakan EBAI yang telah dirancang. d) JPN - Sektor Pembelajaran (SPb JPN) PPD - Sektor Pembelajaran (SPb PPD) - Membantu SPP JPN/SPP PPD menyelaras latihan peningkatan profesionalisme kepada pentaksir PASM di peringkat negeri/daerah. - Membantu melaksanakan PBB PASM di peringkat negeri/daerah berpandukan Modul PBB PASM pada aplikasi PASM bagi memastikan pelaksanaan PASM mengikut garis panduan. - Membantu memastikan pihak sekolah melaksanakan PASM. e) PGB - Menerima surat makluman bagi memuat turun dokumen PASM tahun semasa di portal LP. - Menerima taklimat pengoperasian dan pelaksanaan PASM daripada JPN/PPD. - Memberi taklimat pengoperasian dan pelaksanaan PASM kepada PKPK/PPPKILD, SuPASM, PS, Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti. - Memastikan PKPK/PPPKILD menyediakan jadual kerja PASM di peringkat sekolah. - Memastikan pelaksanaan pentaksiran PASM mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah. - Menghantar permohonan pendaftaran PASM bagi sekolah yang ingin melaksanakan PASM kepada JPN. - Mengemaskini data dan kata laluan dalam aplikasi PASM. - Melantik PKPK/PPPKILD, SuPASM dan pentaksir yang terlibat dalam PASM melalui aplikasi PASM. - Mengesahkan senarai calon yang pindah/tangguh/berhenti/tamat pentaksiran.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 14 - Memastikan personel yang dilantik menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Penjawat Awam/Komuniti). - Menubuhkan JB PASM peringkat sekolah dan melaksanakan PBB PASM berpandukan Modul PBB PASM pada aplikasi PASM. - Mempengerusikan mesyuarat JB PASM untuk membuat semakan bagi memastikan eviden dan standard kebolehan calon yang direkod adalah tepat sebelum pengesahan dilaksanakan. - Memberi kebenaran kepada KPK/KPN/KPKw/PKw untuk melaksanakan semakan secara rawak standard kebolehan calon yang telah direkodkan. - Melaksanakan pengesahan standard kebolehan calon mengikut jadual kerja sekolah. - Memastikan sijil digital boleh dijana melalui portal pentaksiran alternatif untuk rujukan dan pelaporan. - Melaporkan kes khas kepada JPN dan dipanjangkan kepada LP. f) PKPK/PPPKILD/PKP (SMPKV/SMKPK) - Menerima taklimat pengoperasian dan pelaksanaan PASM daripada PGB. - Mengikuti Modul Pembangunan Kompetensi Personel PASM. - Merancang jadual kerja PASM di peringkat sekolah. - Memastikan SuPASM menyerahkan jadual kerja peringkat sekolah kepada PS. - Mengurus dan menyelaras pengoperasian PASM di peringkat sekolah. - Merancang/menyedia/menyelaras jadual pembahagian tugasan EBAI kepada PS. - Memastikan ruang/lokasi/tempat pentaksiran sesuai dan kondusif untuk melaksanakan EBAI. - Merancang dan menetapkan EBAI yang sesuai untuk dilaksanakan mengikut PdP. - Menyelia dan memastikan data calon pada aplikasi PASM di peringkat sekolah dikemas kini. - Menyelia pendaftaran sekolah, calon dan PS dalam aplikasi PASM. - Melaksanakan PBB PASM berpandukan Modul PBB PASM pada aplikasi PASM. - Memastikan eviden dan standard kebolehan calon direkod dalam aplikasi PASM.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 15 - Mengurus mesyuarat JB PASM untuk membuat semakan bagi memastikan eviden dan standard kebolehan calon yang direkod adalah tepat. - Menerima SASM dan menguruskan penyerahan sijil kepada calon tamat persekolahan. - Mengurus dan melaporkan kes khas kepada PGB g) SuP PASM - Menerima taklimat pengoperasian dan pelaksanaan PASM daripada PGB - Mengikuti Modul Pembangunan Kompetensi Personel PASM. - Membantu PKPK/Penyelaras PPKI menyediakan jadual kerja PASM di peringkat sekolah. - Memastikan ruang/lokasi/tempat pentaksiran sesuai dan kondusif untuk pelaksanaan EBAI. - Menerima ID pengguna dan kata laluan daripada PKPK/PPPKILD/PKP. - Menguruskan pendaftaran sekolah, calon dan PS dalam aplikasi PASM. - Melaksanakan PBB PASM berpandukan Modul PBB PASM pada aplikasi PASM. - Membantu mengurus mesyuarat JB PASM untuk membuat semakan bagi memastikan eviden dan standard kebolehan calon yang direkod adalah tepat. - Membantu PKPK/PPPKILD menguruskan kes khas. h) Pentaksir Sekolah - Menerima taklimat pengoperasian dan pelaksanaan PASM daripada PGB. - Mengikuti Modul Pembangunan Kompetensi Personel PASM. - Melaksanakan PASM mengikut jadual pembahagian tugasan yang telah ditetapkan. - Merekod eviden dan standard kebolehan calon dalam aplikasi PASM. - Menghadiri mesyuarat JB PASM untuk membuat semakan bagi memastikan eviden dan standard kebolehan calon yang direkod adalah tepat. - Melaporkan kes khas kepada SuPASM. i) Calon/Rakan/Ibu Bapa/Penjaga/Komuniti - Menerima taklimat pelaksanaan PASM daripada PGB/PKPK/PPPKILD/PKP. - Mengikuti Modul Pembangunan Kompetensi Personel PASM. - Menggunakan EBAI yang telah ditetapkan untuk pentaksir. - Menerima ID Pengguna dan kata laluan untuk log masuk ke aplikasi PASM sebagai pentaksir.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 16 - Merekod eviden dan standard kebolehan calon dalam aplikasi PASM. - Mengakses pelaporan PASM dalam bentuk sijil digital melalui aplikasi PASM. j) Pembantu Pengurusan Murid - Menerima taklimat pengoperasian dan pelaksanaan PASM daripada PGB. - Membantu Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran menguruskan calon PASM. iii. Pelantikan Pentaksir a) Kriteria Pelantikan Pentaksir Personel Pentaksiran yang berkualiti perlu mempunyai pengetahuan dalam konsep dan prinsip PASM. Ilmu pentaksiran yang autentik serta integriti yang tinggi adalah perlu bagi menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai personel pentaksiran b) Pelantikan Personel Pentaksiran Personel pentaksiran yang dilantik adalah seperti berikut; JAWATAN PERANAN LANTIKAN Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK) 1 KPK Lantikan LP Ketua Pentaksir Negeri (KPN) 1 KPN setiap negeri Lantikan JPN/PPD Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) 1 KPKw setiap daerah Pentaksir Kawasan (PKw) 1 PKw bagi setiap 3 hingga 5 sekolah Pentaksir Sekolah (PS) Guru PPKI/SPK PGB Calon Calon yang berdaftar Rakan (Sekolah) Calon yang berdaftar Ibu bapa/Penjaga Ibu bapa/Penjaga calon Komuniti i. Warga sekolah ii. Masyarakat setempat
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 17 c) Syarat Pelantikan Pentaksir KPK/KPN/KPKw/PKw/PS: - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; - Mengajar dan terlibat dengan pengurusan murid PPKI/SPK; - Telah didaftarkan dalam aplikasi PASM; - Memahami jadual kerja dan Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM (GP PP PASM); - Mengikuti Modul Pembangunan Kompetensi Personel PASM; - Memahami komponen PBB PASM dan cara pelaksanaan; - Berintegriti dan mempunyai ciri kepimpinan yang baik; dan - Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib. d) Syarat Pelantikan Pentaksir Ibu Bapa/Penjaga: - Telah didaftarkan dalam aplikasi PASM; - Mentaksir menggunakan EBAI yang telah ditetapkan sahaja; dan - Mengikuti Modul Pembangunan Kompetensi Personel PASM. e) Syarat Pelantikan Pentaksir Calon/Rakan: - Rakan kepada calon di sekolah yang sama; - Telah didaftarkan dalam aplikasi PASM; dan - Mentaksir menggunakan EBAI yang telah ditetapkan sahaja. f) Syarat Pelantikan Pentaksir Komuniti : - Telah didaftarkan dalam aplikasi PASM; - Mentaksir menggunakan EBAI yang telah ditetapkan sahaja; dan - Mengikuti Modul Pembangunan Kompetensi Personel PASM.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 18 5.2 Prosedur Keselamatan i. Personel PASM a) Semua Personel PASM hendaklah dilantik secara rasmi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Penjawat Awam) dan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Komuniti) b) Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Penjawat Awam) dan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Komuniti) hendaklah ditandatangani sekali sahaja dalam tahun semasa. ii. Eviden Calon a) Eviden calon adalah dokumen terperingkat. Sekolah bertanggungjawab untuk menguruskan gambar/eviden calon mengikut prosedur keselamatan. b) Sebarang permohonan untuk menggunakan gambar/eviden calon perlu mendapat kebenaran dari ibu bapa/penjaga calon. [Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 11 tahun 2023 bertarikh 4 Oktober 2023 - Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM Para 5.3 (vi) Memuat naik kandungan multimedia yang berkaitan dengan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa atau penjaga tanpa kebenaran]
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 19 6. APLIKASI PENGURUSAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF 6.1 Latar Belakang LP telah membangunkan aplikasi khusus untuk digunakan dalam pengurusan pentaksiran alternatif sekolah menengah dan peringkat rendah Aplikasi ini akan diguna sepenuhnya bermula pendaftaran calon sehingga kepada penjanaan sijil digital dan pelaporan pentaksiran. 6.2 Skop Sistem Sekolah yang terlibat dalam pengurusan pentaksiran alternatif hendaklah memastikan pentaksiran dilaksanakan melalui aplikasi yang telah ditetapkan LP secara menyeluruh. Pengurusan pentaksiran ini termasuk pendaftaran pusat pentaksiran, pelantikan pentaksir, pendaftaran calon, pentaksiran, penjanaan sijil digital dan laporan serta analisis. Skop penggunaan aplikasi merangkumi perkara berikut: i. Pengguna aplikasi ini adalah didaftarkan dan disahkan berdasarkan peraturan dan dasar yang ditetapkan oleh LP; ii. Pentaksiran dilaksanakan mengikut tatacara, standard dan proses kerja yang ditetapkan oleh LP; dan iii. Semua dokumen berkaitan pengurusan, pentadbiran, pentaksiran dan pengoperasian boleh diakses dan dijana melalui aplikasi. Pengguna Aplikasi hendaklah menggunakan sepenuhnya dokumen elektronik yang disediakan seperti surat pelantikan, dokumen latihan, sijil kehadiran, sijil digital dan lain-lain. iv. Sekiranya berlaku gangguan aplikasi yang disahkan oleh LP, sekolah dan pengguna boleh memohon pembetulan ralat dilakukan melalui saluran rasmi aduan. v. Sekolah hendaklah memastikan dokumen yang dicetak melalui aplikasi diuruskan berdasarkan peraturan keselamatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. 6.3 Manual Pengguna Manual pengguna boleh dicapai secara dalam talian melalui portal rasmi LP dan melalui menu yang disediakan di aplikasi.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 20 6.4 Tanggungjawab Sekolah Semua pusat/sekolah yang ingin melaksanakan pentaksiran alternatif hendaklah memastikan pentaksiran dilaksanakan sepenuhnya melalui aplikasi. Pengurusan pentaksiran alternatif Lembaga Peperiksaan. i. Pusat/Sekolah hendaklah memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM/ PAPR dan arahan pentaksiran semasa yang berkuat kuasa. ii. Pusat/Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan pengguna aplikasi melaksanakan perkara berikut: a) Mengemukakan permohonan dan menerima pengesahan akaun pengguna, dan seterusnya mendapat akses bersesuaian dengan peranan pengguna. b) Menggunakan aplikasi selaras dengan proses kerja yang telah ditetapkan LP. c) Melaporkan sebarang aduan dan isu berkaitan melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 21 7. PENGURUSAN CALON 7.1 Pendaftaran Calon Carta alir pendaftaran calon: PROSES KERJA SuPASM melaksanakan pra pendaftaran mengikut syarat pendaftaran calon. Guru Kelas mengemaskini maklumat calon dalam APDM. SuPASM mendaftar calon dalam aplikasi PASM. PKPK/ PPPKILD melaksanakan semakan pendaftaran. 7.2 Calon Pindah Masuk/Pindah Keluar Carta alir bagi pengurusan calon berpindah sekolah antara daerah/negeri: PROSES KERJA Calon/Ibu bapa menyediakan dokumen sokongan yang berkaitan. Personel Pentaksiran sekolah asal mengemaskini pentaksiran calon dalam aplikasi PASM. PGB sekolah asal mengesahkan standard kebolehan calon. Guru Kelas/Penyelaras HEM sekolah asal kemas kini data calon dalam APDM. SuPASM sekolah asal kemas kini data calon dalam aplikasi PASM. SuPASM sekolah baharu import data daripada APDM dan daftarkan calon melalui aplikasi PASM. SuPASM sekolah asal maklumkan kepada SuPASM sekolah baharu data calon telah dikemas kini melalui PPD (Daerah)/JPN (Negeri). Tidak Tamat Ya Mula Tamat Mula
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 22 7.3 Calon Tangguh Carta alir pengurusan permohonan calon tangguh pentaksiran bawah umur 19 tahun: PROSES KERJA Ibubapa/penjaga membuat permohonan tangguh pentaksiran secara bertulis kepada sekolah. PGB meluluskan permohonan. SuP mengemaskini data calon dalam aplikasi PASM dan menukar status calon kepada calon tangguh pentaksiran. 7.4 Calon Tamat Pentaksiran Carta alir pengurusan calon tamat pentaksiran pada umur 19 tahun (PPKI); pada umur 20 tahun (SMPKV); dan tamat tingkatan 5: PROSES KERJA Personel Pentaksiran mengemaskini pentaksiran calon dalam aplikasi PASM. PGB mengesahkan standard kebolehan calon. SuPASM mengemaskini data calon dalam APDM dan aplikasi PASM serta menukar status calon kepada status tamat pentaksiran. SASM dianugerahkan kepada calon mengikut syarat kelayakan. Tidak Tamat Ya Tidak Tamat Ya Mula Mula
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 23 7.5 Pengurusan Kes Khas i. Permohonan kes khas yang memerlukan kelulusan dari Pengarah Peperiksaan adalah seperti berikut: a) pendaftaran PASM di sekolah baharu. b) penamatan pentaksiran calon akhir di luar tempoh yang ditetapkan. c) penukaran status calon dari ‘tamat pentaksiran’ kepada ‘aktif’. d) pembatalan/pengguguran/ penggantian eviden/standard kebolehan calon yang telah disahkan oleh PGB. e) pengesahan standard kebolehan calon yang telah berpindah di luar tempoh. f) pendaftaran semula calon PASM yang telah ditamatkan pentaksiran/sekolah. g) pembetulan maklumat calon pada SASM. h) SASM hilang. ii. Peranan dan Tindakan a) Pengetua/Guru Besar: - Membincang dan memberi justifikasi ke atas permohonan kes yang dibuat. - Menghantar permohonan kes khas kepada JPN. b) Jabatan Pendidikan Negeri: - Menerima permohonan kes khas daripada pihak sekolah. - Meneliti justifikasi samada relevan atau tidak. - JPN menghantar permohonan kepada Pengarah Peperiksaan. - Memaklumkan keputusan kes khas kepada sekolah. c) Lembaga Peperiksaan: - Menerima permohonan kes khas dari JPN. - Menguruskan kes khas yang dipohon. - Mendapatkan kelulusan Pengarah Peperiksaan. - Memaklumkan keputusan kes khas kepada sekolah melalui JPN.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 24 iii. Carta alir pengurusan permohonan kes khas: PROSES KERJA Sekolah menyediakan dokumen sokongan dan justifikasi permohonan. Sekolah membuat permohonan kepada Pengarah Peperiksaan melalui SPP, JPN. SPP, JPN menghantar permohonan kepada Pengarah Peperiksaan. Pengarah Peperiksaan meluluskan permohonan sekolah. LP memproses permohonan kes khas dan memaklumkan kepada SPP, JPN. Tidak Tamat Ya Mula
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 25 8. PENGURUSAN PERSONEL PENTAKSIRAN 8.1 Pendaftaran Personel Pentaksiran i. Carta alir pendaftaran personel pentaksiran lantikan JPN: PROSES KERJA SPP JPN mendaftarkan PGB/PPD/KPN/KPKw/PKw dalam aplikasi pentaksiran alternatif. PGB/PPD/KPN/KPKw/PKw log masuk dan mengemaskini kata laluan dalam aplikasi PASM. ii. Carta alir pendaftaran personel pentaksiran lantikan PGB: PROSES KERJA Guru Data mengemas kini data guru dalam eoperasi. Guru Kelas mengemaskini data ibu bapa/ penjaga dalam APDM. SuPASM mendaftarkan Personel Pentaksiran menggunakan aplikasi PASM. Personel Pentaksiran log masuk dan mengemaskini kata laluan dalam aplikasi PASM. Personel Pentaksiran mengemaskini data dan maklumat peribadi. Tidak Tamat Ya Mula Tamat Mula
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 26 8.2 Pertukaran Status Pengguna i. Status pengguna Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran perlu ditukar apabila terdapat perkara berikut: a) Berpindah b) Bersara c) Meninggal dunia d) Sakit berpanjangan e) Menjalankan tugas Pengetua f) Kenaikan pangkat g) Cuti dalam perkhidmatan h) Cuti Melanjutkan Pelajaran i) Kes tatatertib ii. Carta Alir Pengurusan Pertukaran Status Pengguna Personel Pentadbiran: PROSES KERJA Personal Pentadbiran memberikan dokumen berkaitan pertukaran status. Guru data mengemaskini data personel pentadbiran dalam eOperasi. Personel Pengurusan memastikan data personel pentadbiran yang akan bertukar status dikemaskini dengan lengkap/ tepat dalam aplikasi PASM. Personel pengurusan menukar status dalam aplikasi PASM mengikut status yang terkini. Tamat Mula
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 27 iii. Carta Alir Pengurusan Pertukaran Status Pengguna Personel Pentaksiran: PROSES KERJA Personal Pentaksiran melaksana, merekod standard kebolehan dan memuat naik eviden. PGB mengesahkan standard kebolehan calon bagi pentaksir yang berpindah/bersara/meninggal/sakit berpanjangan/menjalankan tugas Pengetua. PKPK/PPPIKLD mengemaskini data pentaksir yang berpindah/bersara/ meninggal/ sakit berpanjangan/menjalankan tugas Pengetua dalam eOperasi. SuP mengemaskini data pentaksir yang berpindah/bersara/ meninggal/ sakit berpanjangan/menjalakan tugas PGB dalam aplikasi PASM. Tamat Mula
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 28 Tidak 9. PENGURUSAN PENTAKSIRAN 9.1 Penyelarasan Tugasan i. Penyelarasan tugasan ditadbir oleh Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran dengan merancang dan menyelaras jadual pembahagian tugasan serta menetapkan EBAI yang sesuai untuk dilaksanakan di sekolah. ii. Carta alir penyelarasan tugasan pentaksiran: PROSES KERJA JB PASM peringkat sekolah menetapkan EBAI yang dipilih. JB PASM merangka proses kerja pelaksanaan pentaksiran dan EBAI yang dirancang untuk edaran. PS mentaksir, menetapkan standard kebolehan dan memuat naik eviden dalam aplikasi PASM. JB PASM peringkat sekolah melaksanakan semakan ke atas eviden dan standard kebolehan calon yang telah ditetapkan oleh PS. PGB semak dan sahkan eviden/standard kebolehan calon. Tamat Mula Ya
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 29 Tidak 9.2 Pengesahan Standard Kebolehan i. Pentaksiran yang telah dilaksanakan oleh PS perlu disahkan sebelum sijil digital dikemaskini. ii. Carta alir pengesahan standard kebolehan: PROSES KERJA Personel Pentaksiran melaksana, merekod standard kebolehan dan memuat naik eviden. JB PASM sekolah membuat semakan eviden menepati standard kebolehan calon. Personel Pentaksiran membatal, menggugur, mengganti atau mengemaskini eviden/ standard kebolehan mengikut keperluan. PGB mengesahkan standard kebolehan calon. Mula Tamat Ya
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 30 10. PROGRAM BIMBINGAN BERTERUSAN PASM (PBB PASM) 10.1 Pengenalan i. PBB PASM adalah satu pendekatan baharu untuk menjamin kualiti pelaksanaan PASM di sekolah. PBB PASM diperkenalkan dengan menggunakan konsep bimbingan kepada personel PASM bagi memastikan proses pentaksiran dilaksanakan sebagaimana yang digariskan. ii. PBB PASM dilaksanakan secara berterusan sepanjang pentaksiran. iii. PBB PASM adalah program bimbingan profesional yang sistematik menggunakan Modul PBB PASM. iv. PBB PASM dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bimbingan PASM yang ditubuhkan di peringkat LP, JPN, PPD dan sekolah. 10.2 Modul PBB PASM i. Modul PBB PASM dalam aplikasi PASM mengandungi aktiviti pemantauan, penyelarasan, pengesanan dan pementoran sebagai panduan melaksanakan PASM mengikut prosedur yang ditetapkan LP. ii. Aktiviti di dalam Modul PBB PASM adalah seperti yang berikut: a) Pemantauan - dilaksanakan bagi memastikan PASM ditadbir dan dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. b) Penyelarasan - dilaksanakan untuk memastikan keseragaman pelaksanaan pentaksiran serta ketepatan dalam penentuan standard kebolehan calon. c) Pengesanan - dilaksanakan bagi mengesan kekuatan dan kelemahan EBAI serta pelaksanaan PASM di sekolah. d) Pementoran - dilaksanakan bagi membimbing, memudah cara dan meningkatkan pengetahuan serta kefahaman guru dalam melaksanakan PASM mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 31 10.3 Jawatankuasa Bimbingan PASM (JB PASM) i. JB PASM terdiri daripada personel PASM yang dilantik oleh LP, JPN, PPD dan PGB. ii. JB PASM bertanggungjawab melaksanakan PBB PASM di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan sekolah. iii. JB PASM ditubuhkan seperti yang berikut: Peringkat Kebangsaan a) Pengarah Peperiksaan b) Timbalan Pengarah Peperiksaan c) Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian d) Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum e) Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas f) Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan g) Ketua Penolong Pengarah/Penolong Pengarah LP h) Ketua Pentaksir Kebangsaan Peringkat Negeri a) Pengarah Pendidikan JPN b) Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, JPN c) Sektor Pendidikan Khas, JPN d) Sektor Pembelajaran, JPN e) Ketua Pentaksir Negeri Peringkat Daerah a) Pegawai Pendidikan Daerah b) Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, PPD c) Sektor Pembelajaran, PPD d) Unit Pendidikan Khas, PPD e) Ketua Pentaksir Kawasan f) Pentaksir Kawasan
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 32 Peringkat Sekolah; a) Pengetua/Guru Besar b) Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Lantikan Dalaman c) Setiausaha Pentaksiran PASM d) Pentaksir Sekolah e) Wakil ibu bapa penjaga f) Wakil komuniti 10.4 Aktiviti PBB PASM i. Pemantauan Pemantauan dilaksanakan bagi memastikan: a) Personel pentaksiran di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah dilantik oleh personel pengurusan dan personel pentadbiran. b) JB PASM ditubuhkan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. c) PASM ditadbir dan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LP. ii. Penyelarasan Penyelarasan dilaksanakan oleh JB PASM bagi memastikan: a) sekolah melaksanakan penyelarasan tugasan dan penyelarasan EBAI yang dipilih. b) pemahaman kepada konstruk, standard kebolehan calon serta kaedah mengesan kebolehan calon. c) penentuan standard kebolehan yang diberikan menepati keupayaan dan kebolehan calon. d) Eviden yang direkodkan sesuai dengan reaksi dan standard kebolehan. e) KPK/KPN/KPKw/PKw melaksanakan semakan eviden yang menepati standard kebolehan calon secara rawak sekurang-kurangnya 5 sampel di setiap sekolah yang telah ditetapkan oleh JPN/PPD. f) Nisbah bilangan sekolah yang diperuntukan oleh JPN kepada KPN/KPKw/PKw adalah 1 KPN/KPKw/PKw : 3 - 5 buah sekolah. g) Memastikan Personel Pentaksiran membuat penambahbaikan/ mengemaskini eviden/ standard kebolehan mengikut keperluan.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 33 Carta Alir Penyelarasan Standard Kebolehan Calon Peringkat Sekolah: PROSES KERJA JB PASM peringkat sekolah membuat semakan kesesuaian eviden mengikut konstruk yang dinilai. Eviden yang disertakan bertepatan dengan standard kebolehan yang dipilih untuk konstruk yang dinilai. PGB mengesahkan standard kebolehan calon. Carta Alir Penyelarasan Standard Kebolehan Calon Peringkat negeri/daerah: PROSES KERJA KPK/KPN/KPKw/PKw melaksanakan semakan kesesuaian eviden secara rawak mengikut konstruk yang dinilai. Eviden yang disertakan bertepatan dengan standard kebolehan yang dipilih untuk konstruk yang dinilai. PGB boleh mengesahkan standard kebolehan calon. Mula Tidak Ya Tamat Standard kebolehan calon/ eviden ditambah baik. Mula Tidak Ya Tamat Bimbingan diberikan/ menambahbaik standard kebolehan calon/eviden.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 34 iii. Pengesanan a) Pengesanan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh pelaksanaan PASM. b) Pengesanan dilaksanakan bagi mengesan kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan EBAI di sekolah. c) Sebarang penambahbaikan EBAI boleh dicadangkan kepada LP. iv. Pementoran Pementoran dilaksanakan oleh JB PASM bagi membimbing dan meningkatkan pengetahuan personel PASM dalam melaksanakan pengurusan, pentadbiran dan pentaksiran mengikut garis panduan yang ditetapkan. a) Pementoran Pengurusan dan Pentadbiran - Melaksanakan taklimat pengurusan dan pentadbiran PASM peringkat negeri/daerah dan sekolah yang merangkumi jadual kerja dan GP PP PASM terkini. b) Pementoran Pentaksiran - Melaksanakan latihan peningkatan profesionalisme pentaksir PASM menggunakan Modul Pembangunan Kompetensi Personel PASM yang disediakan oleh LP di peringkat negeri/daerah dan sekolah. - Melaksanakan bimbingan berkaitan kefahaman pentaksir dan kesediaan untuk melaksanakan pentaksiran. - Membimbing pentaksir memahami EBAI dan kaedah mengesan kebolehan calon dengan mengaplikasikan model ERRA.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 35 Carta alir Pementoran Pengurusan dan Pentadbiran: PROSES KERJA Pegawai JPN/PPD/PGB menyampaikan taklimat pengurusan dan pentadbiran PASM, jadual kerja dan GP PP PASM. Personel PASM memahami proses kerja pengurusan dan pentadbiran PASM. Carta alir Pementoran Pentaksiran: PROSES KERJA JB PASM Peringkat Negeri/Daerah/Sekolah memberi latihan peningkatan profesionalisme kepada pentaksir PASM. Pentaksir memahami EBAI dan kaedah mengesan kebolehan calon dengan mengaplikasikan model ERRA. Mula Tidak Ya Tamat JB PASM memberi bimbingan kepada Personel PASM. Mula Tidak Ya Tamat JB PASM memberi membimbingan kepada pentaksir
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 36 c) Pengurusan surat arahan menjalankan PBB PASM i. JPN/PPD bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan kepada KPN, KPKw dan PKw untuk melaksanakan PBB PASM di sekolah yang telah diperuntukkan kepada mereka. ii. Surat arahan melaksanakan PBB PASM ini adalah punca kuasa kepada personel pentaksiran untuk membuat semakan eviden dan standard kebolehan calon secara rawak di sekolah . iii. Surat arahan melaksanakan PBB PASM adalah sah untuk tempoh yang dimaklumkan dalam surat berkenaan. JPN/PPD boleh membatalkan arahan tersebut sekiranya personel pentaksiran didapati tidak menjalankan PBB PASM dengan adil, sahih dan amanah.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 37 GLOSARI i. LP Lembaga Peperiksaan ii. JPN Jabatan Pendidikan Negeri iii. PPD Pejabat Pendidikan Daerah iv. PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi v. SPK Sekolah Pendidikan Khas (terdiri dari SMPKV & SMPK) vi. SMPKV Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional vii. SMPK Sekolah Menengah Pendidikan Khas viii. PKPK Penolong Kanan Pendidikan Khas ix. PPPKILD Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Lantikan Dalaman x. SPP, JPN Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri xi. SPK, JPN Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri xii. SPb, JPN Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri xiii. UPP, PPD Unit Pentaksiran dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah xiv. SPb, PPD Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah xv. PdP Pengajaran dan Pembelajaran xvi. KSSM PK Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 38 LAMPIRAN 1. Contoh Surat Kuasa Melaksanakan PBB PASM Nombor Rujukan : ..................... Tarikh : ..................... Kepada sesiapa yang berkenaan Tuan / Puan, PROGRAM BIMBINGAN BERTERUSAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH (PBB PASM) SESI AKADEMIK _____________ NAMA: NOMBOR KAD PENGENALAN: Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa JPN/PPD sedang melaksanakan PBB PASM. Sehubungan dengan itu, pegawai berkenaan telah dilantik untuk melaksanakan PBB PASM bagi memastikan pentaksiran mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LP. 3. JPN/PPD berharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pegawai berkenaan. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, .................................................. Tandatangan, Nama dan Alamat
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 39 2. Contoh Surat Pelantikan KPN/KPKw/PKw Nombor Rujukan dan Tarikh Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Tuan/Puan, PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH (PASM) SESI AKADEMIK ____________ PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIR Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa JPN/PPD melantik tuan/puan sebagai _________________________. 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: 3.1 segala urusan berkaitan pentaksiran diklasifikasikan sebagai TERHAD sebagaimana termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972; 3.2 menjalankan pentaksira dengan integriti; 3.3 melaksanakan Program Bimbingan Berterusan PASM (PBB PASM); 3.4 meminta kebenaran PGB sekiranya PBB PASM dilaksanakan pada hari sekolah; 3.5 membuat tuntutan ikhtisas mengikut kadar Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuat kuasa; 3.6 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada JPN sekiranya tuan/puantidak dapat menjalankan tugas ini. 4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan JPN/PPD boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. 5. Pihak kami berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, .................................................... Tandatangan, Nama dan Alamat
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 40 3. Contoh surat pelantikan PKPK/Su PASM/PS/Ibubapa/Penjaga/Komuniti Nombor Rujukan dan Tarikh Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Tuan/Puan, PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH (PASM) SESI AKADEMIK __________ PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa_____________________________________telah dilantik sebagai Personel Pentaksiran *Pentaksir Sekolah/Calon/Rakan/Ibu Bapa/Penjaga/Komuniti bagi Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah. 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: 3.1 menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972; 3.2 melaksanakan pentaksiran dan PBB PASM di dalam aplikasi PASM. 4. Pihak sekolah berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Pengesahan Pengetua Tandatangan Nama Jawatan Tarikh *sila pilih yang berkenaan
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 41 4. Contoh Surat Pengesahan Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga SURAT AKUAN DAN KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA Nama dan alamat rumah ibu bapa/penjaga Tarikh: Kepada: Nama Pengetua dan Sekolah KEBENARAN MENDUDUKI PASM SESI AKADEMIK ............................................ Saya ..................................................................No. Kad Pengenalan................................... ialah Ibu Bapa/Penjaga kepada ............................................................................................. No. Kad Pengenalan/no. OKU :........................................................................................ *membenarkan/tidak membenarkan anak jagaan saya untuk menduduki PASM sesi akademik ............................................... 2. Saya juga faham bahawa anak jagaan saya tidak akan menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) apabila mendaftar untuk menduduki PASM. Sekian, terima kasih. Yang benar, ................................................. Nama: No. Kad Pengenalan: No. Telefon: *Potong mana-mana yang tidak berkenaan
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 42 5. Contoh Borang Pendaftaran Calon (muka surat 1)
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 43 6. Panduan Mengisi Borang Pendaftaran
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 44 7. Borang Pendaftaran Pentaksir
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 45 8. Akta Rahsia Rasmi 1972 (Penjawat Awam) PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PEGAWAI AWAM BERKAITAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88] Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan-peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah dan tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia rasmi dan suratan rasmi atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau kerahsiaan sesuatu rahsia rasmi adalah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta tersebut, yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh tahun. Saya faham bahawa segala rahsia rasmi dan suratan rasmi yang saya perolehi dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, adalah milik Kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan, atau menyampaikan, sama ada secara lisan atau dengan bertulis, kepada sesiapa jua dalam apa-apa bentuk, kecuali pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan rasmi saya, sama ada dalam masa atau selepas perkhidmatan saya dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan dalam Malaysia dengan tidak terlebih mendapat kebenaran bertulis pihak berkuasa yang berkenaan. Saya berjanji dan mengaku akan menandatangani satu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 46 AKTA 88 1. Menyampaikan, dsb., rahsia rasmi dengan salah. (1) Jika seseorang yang ada dalam miliknya atau kawalannya sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia yang (a) berhubungan dengan atau digunakan di sesuatu tempat larangan atau yang berhubung dengan apa-apa jua di sesuatu tempat itu; (b) berhubungan dengan kelengkapan perang dan perkakas, kelengkapan dan jentera lain yang digunakan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia; (c) telah dibuat atau didapati bersalahan dengan Akta ini; (d) telah diamanahkan sebagai rahsia kepadanya oleh seseorang pegawai awam; atau (e) telah dibuat atau didapatinya atau yang dia mempunyai akses kepadanya, disebabkan oleh kedudukannya sebagai seorang yang memegang atau telah memegang jawatan dalam perkhidmatan awam, atau sebagai seorang yang memegang atau telah memegang suatu kontrak yang dibuat bagi pihak Kerajaan atau sebagai seorang yang bekerja atau telah diambil kerja dengan atau di bawah seseorang yang memegang atau telah memegang jawatan atau kontrak itu, melakukan mana-mana yang berikut (i) menyampaikan secara langsung atau secara tidak langsung sesuatu maklumat atau benda itu kepada sesuatu negara asing selain negara asing yang kepadanya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyampaikannya atau kepada seseorang lain selain orang yang kepadanya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyampaikannya atau yang kepadanya dia berkewajipan menyampaikannya; (ii) menggunakan sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas untuk faedah sesuatu negara asing selain negara asing yang bagi faedahnya dia diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menggunakannya atau dengan apa-apa cara lain yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia; (iii) menyimpan dalam milik atau kawalannya mana-mana benda seperti yang tersebut di atas apabila dia tidak berhak menyimpanya, atau apabila berlawanan dengan kewajipannya bagi menyimpannya, atau tidak mematuhi segala arahan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang sah berkenaan dengan pemulangan atau pelupusan benda itu; atau (iv) tidak menjaga dengan cara yang berpatutan, atau bertingkahlaku sehingga membahayakan keselamatan atau kerahsiaan, sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas, orang itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun. (2) Jika seseorang menerima sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan rasmi yang rahsia, dengan mengetahui atau ada alasan yang munasabah bagi mempercayai, pada waktu dia menerimanya itu, bahawa rahsia rasmi, perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan itu disampaikan kepadanya bersalahan dengan Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun, melainkan jika dia membuktikan bahawa rahsia rasmi, perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan itu telah disampaikan kepadanya dengan tidak dikehendaki olehnya.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 47 9. Akta Rahsia Rasmi 1972 (Komuniti) PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH KOMUNITI KESELAMATAN ATAU MANA-MANA PIHAK LAIN YANG BERURUSAN DENGAN PERKHIDMATAN AWAM ATAU YANG BERKHIDMAT DI KEDIAMAN RASMI KERAJAAN BERKAITAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88] Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan-peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah dan tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia rasmi dan suratan rasmi atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau kerahsiaan sesuatu rahsia rasmi adalah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta tersebut, yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh tahun. Saya faham bahawa segala rahsia rasmi dan suratan rasmi yang saya perolehi semasa berurusan dengan perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, adalah milik Kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan, atau menyampaikan, sama ada secara lisan, bertulis atau dengan cara elektronik kepada sesiapa jua dalam apa-apa bentuk, sama ada dalam masa atau selepas berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia dengan tidak terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Saya berjanji dan mengaku akan menandatangani satu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila urusan dengan perkhidmatan Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia telah selesai.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PASM Mulai 2021 – Versi 2 Lembaga Peperiksaan@2024 48 AKTA 88 8. Menyampaikan, dsb., rahsia rasmi dengan salah. (1) Jika seseorang yang ada dalam miliknya atau kawalannya sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia yang (a) berhubungan dengan atau digunakan di sesuatu tempat larangan atau yang berhubung dengan apa-apa jua di sesuatu tempat itu; (b) berhubungan dengan kelengkapan perang dan perkakas, kelengkapan dan jentera lain yang digunakan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia; (c) telah dibuat atau didapati bersalahan dengan Akta ini; (d) telah diamanahkan sebagai rahsia kepadanya oleh seseorang pegawai awam; atau (e) telah dibuat atau didapatinya atau yang dia mempunyai akses kepadanya, disebabkan oleh kedudukannya sebagai seorang yang memegang atau telah memegang jawatan dalam perkhidmatan awam, atau sebagai seorang yang memegang atau telah memegang suatu kontrak yang dibuat bagi pihak Kerajaan atau sebagai seorang yang bekerja atau telah diambil kerja dengan atau di bawah seseorang yang memegang atau telah memegang jawatan atau kontrak itu, melakukan mana-mana yang berikut (i) menyampaikan secara langsung atau secara tidak langsung sesuatu maklumat atau benda itu kepada sesuatu negara asing selain negara asing yang kepadanya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyampaikannya atau kepada seseorang lain selain orang yang kepadanya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyampaikannya atau yang kepadanya dia berkewajipan menyampaikannya; (ii) menggunakan sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas untuk faedah sesuatu negara asing selain negara asing yang bagi faedahnya dia diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menggunakannya atau dengan apa-apa cara lain yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia; (iii) menyimpan dalam milik atau kawalannya mana-mana benda seperti yang tersebut di atas apabila dia tidak berhak menyimpanya, atau apabila berlawanan dengan kewajipannya bagi menyimpannya, atau tidak mematuhi segala arahan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang sah berkenaan dengan pemulangan atau pelupusan benda itu; atau (iv) tidak menjaga dengan cara yang berpatutan, atau bertingkah laku sehingga membahayakan keselamatan atau kerahsiaan, sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas, orang itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun. (2) Jika seseorang menerima sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan rasmi yang rahsia, dengan mengetahui atau ada alasan yang munasabah bagi mempercayai, pada waktu dia menerimanya itu, bahawa rahsia rasmi, perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan itu disampaikan kepadanya bersalahan dengan Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun, melainkan jika dia membuktikan bahawa rahsia rasmi, perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan itu telah disampaikan kepadanya dengan tidak dikehendaki olehnya.