The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipg2022060029, 2025-03-02 09:37:00

CERPEN KANAK-KANAK : SI TOMPOK DAN PELANGI

CERPEN KANAK-KANAK SI TOMPOK DAN PELANGI

KARYA : NUR SYAHIRAH BT AMAT YUSUP PELANGI PELANGI SI TOMPOK SI TOMPOK DAN KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK


Di sebuah hutan hijau yang penuh dengan pelbagai bunga berwarna-warni seperti bunga raya, bunga matahari dan orkid, tinggal seekor kucing bertompok hitam dan putih. Ia diberi nama Si Tompok. Si Tompok suka melompat-lompat sambil menikmati keindahan alam sepanjang masa. Dia juga suka menghabiskan masanya untuk bersiarsiar di kawasan sekelilinginya sama ada berseorangan atau bersama kawan-kawannya yang lain.


Pada suatu hari, selepas hujan turun dengan lebat, muncul pelangi yang berwarna-warni di langit. Pelangi itu kelihatan sangat mencerahkan dan menceriakan seluruh dunia pada waktu itu. Si Tompok melihat ke arah pelangi yang berwarnawarni tersebut. Dia berasa sungguh gembira dan teruja apabila melihat pelangi indah di langit. Ini merupakan keindahan semula jadi yang dikurniakan kepada Tuhan kerana Si Tompok jarang dapat melihat pelangi yang berwarna-warni tersebut. Cantiknya, pelangi itu!


Si Tompok merasa amat gembira dan teruja sekali. Dia ingin mencari hujung pelangi tersebut kerana dia pernah mendengar satu cerita tentang pelangi. Ini dikatakan bahawa ada sesuatu yang istimewa dan menarik di sana jika dia berjaya mencari penghujung pelangi tersebut. Pada mulanya, Si Tompok beranggapan bahawa pelangi itu jauh. Namun, dengan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar, dia terus mula berlari ke arah penghujung pelangi dengan meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesuatu keajaiban akan berlaku. Wah, Seronoknya!


Tetapi, perjalanan itu tidak mudah. Pelangi itu seperti tiada penghujung sama sekali. Di tengah perjalanan tersebut, Si Tompok bertemu dengan Si Comel yang perlahan-lahan melintas ke arah jalan tersebut. "Ke mana kamu mahu pergi, Si Tompok?" "Saya mahu mencari hujung pelangi tersebut untuk sesuatu keajaiban!"


Pada mulanya, Si Comel melarang Si Tompok untuk pergi lebih jauh. Namun, Si Tompok tekad untuk pergi. Si Comel hanya mampu terdiam dan berkata. "Awak kena berhati-hati semasa berlari mencari penghujung pelangi tersebut tau, sebab ada sungai yang besar dengan air yang deras di hadapan!" pesan Si Comel tersebut. Kedua-dua Si Tompok dan Si Comel berbual-bual apabila mereka berada di tepi jalan. Selepas habis berbual dengan Si Comel, Si Tompok meneruskan perjalanannya berlari-lari ke arah penghujung pelangi tersebut. Si Comel mengucapkan selamat maju jaya kepada Si Tompok dan berharap agar dia berjaya keajaiban yang dikatakan tadi.


Jangan risau! Tidak lama kemudian, Si Tompok tiba di tepi sungai yang besar dengan air yang deras. “Bagaimana aku hendak menyeberang ke sana?” Bisik hati Si Tompok. Dia termenung seketika ke arah sungai tersebut kerana tidak tahu bagaimana hendak menyeberang ke seberang sungai itu. Tiba-tiba, muncul Si Kelisa muncul dari permukaan air sungai tersebut. "Saya boleh membantu awak menyeberangi sungai ini!” “Awak hanya perlu lompat ke atas daun teratai ini dan beberapa saat kemudian awak sudah berada di sebarang sana" kata Si Kelisa.


Tanpa membuang masa, Si Tompok mula melompat dengan berhati-hati dari satu daun ke daun yang lain sehingga dia berjaya menyeberangi sungai tersebut. Dia melompat di atas daun teratai dengan gembira sekali. Semasa Si Tompok melompat dari satu daun ke daun yang lain, kelibat Puan Kelisa tidak berhenti-henti menyoraknya.


Ketika Si Tompok melompat dari satu daun teratai ke daun yang lain, dia semakin hampir ke seberang. Namun, tiba-tiba, daun terakhir yang ingin dipijaknya mula bergerak! Si Tompok terkaku. Rupa-rupanya, itu bukan daun teratai biasa, tetapi seekor katak gergasi yang sedang tidur! Katak itu terkejut dan melompat tinggi yang menyebabkan Si Tompok terpelanting ke udara. Dia menjerit ketakutan, tetapi sebelum jatuh ke dalam sungai yang deras, Si Bangau muncul dari arah langit dan menangkapnya tepat pada waktunya. "Nasib baik aku lalu di sini! Kamu mahu pergi ke seberang, bukan?" kata Si Bangau sambil tersenyum. Nasib baik!


Dengan penuh rasa syukur, Si Tompok mengangguk, dan Si Bangau itu pun membawanya ke seberang sungai dengan selamat. Namun, Si Tompok masih berdebar-debar. Dia tidak menyangka pengembaraannya menjadi lebih mencabar daripada yang disangka. Si Tompok berterima kasih kepada Si Bangau kerana menyelamatkannya daripada masuk perut katak gergasi. Si Tompok meneruskan perjalanan mencari keajaiban yang bakal dilihat olehnya.


Akhirnya setelah penat berjalan, Si Tompok tiba di penghujung pelangi, dia terlihat sebuah peti kayu kecil yang separuh tertimbus di tanah. Hatinya berdebar-debar, mengharap harta karun yang diceritakan selama ini benar-benar wujud. Dengan penuh semangat, dia menggali dan membuka peti itu. Tetapi alangkah terkejutnya apabila mendapati di dalamnya terdapat sekeping cermin kecil yang berkilauan! Kecewa, Si Tompok mengangkat cermin itu dan menatap pantulannya.


Tiba-tiba, bayangan dalam cermin mula berubah! Wajahnya digantikan dengan bayangan seekor kucing yang kelihatan seperti dirinya tetapi dalam warna keemasan, tersenyum penuh misteri. “Harta karun sebenar bukan emas atau permata, tetapi keberanian untuk mencari keindahan dalam perjalananmu, ” kata suara misteri dari dalam cermin. Sekelip mata, pelangi di langit mula pudar, dan angin lembut bertiup membawa bau bunga-bunga segar. Harta karun sebenar bukan emas atau permata, namun keberanian untuk mencari keindahan dalam perjalananmu


Si Tompok tersenyum, menyedari bahawa pengalaman dan pelajaran yang diperolehnya lebih berharga daripada apa-apa harta yang boleh dimilikinya Dengan hati yang penuh kegembiraan, dia membawa cermin itu pulang, bersedia untuk berkongsi kisah luar biasa ini dengan kawan-kawannya bagi mengikuti perjalanan Si Tompok pada masa yang akan datang. -TAMAT -


PENGAJARAN Cerpen ini mengajarkan kita untuk menyemai sikap keberanian dan ketabahan dalam mengejar impian lebih bernilai daripada sekadar harta benda. Pengalaman yang dilalui sepanjang proses tersebut akan membentuk kebijaksanaan dan ketahanan diri yang juga membuktikan bahawa keindahan sebenar terletak pada pelajaran serta pengalaman yang diperoleh sepanjang usaha tersebut.


Bertompok - Mempunyai corak atau tanda yang berbintik-bintik atau berbelang pada badan. 1. Menikmati – Merasa keseronokan atau kepuasan terhadap sesuatu. 2. Keindahan – Sesuatu yang cantik dan menyenangkan untuk dilihat. 3. 4.Teruja – Berasa sangat gembira dan penuh semangat. 5.Keajaiban – Sesuatu yang luar biasa atau menakjubkan. Berkobar-kobar – Bersemangat tinggi atau penuh keazaman. 6. 7.Deras – Mengalir dengan laju (merujuk kepada air). Terkaku – tidak boleh bergerak kerana terkejut atau takut. 8. Terpelanting – tercampak atau terlempar ke suatu arah dengan kuat. 9. GLOSARI


10. Berdebar-debar – Perasaan cemas atau gementar. 11. Tertimbus – Tertutup oleh tanah atau sesuatu yang lain. 12. Pantulan – Bayangan yang kelihatan di permukaan cermin atau air. 13. Misteri – Sesuatu yang tidak diketahui atau sukar difahami. 14. Berharga – Mempunyai nilai yang tinggi dari segi benda atau pengalaman. 15. Peti kayu – Sebuah kotak yang diperbuat daripada kayu, biasanya untuk menyimpan sesuatu. 16. Cermin berkilauan – Cermin yang bersinar atau memantulkan cahaya dengan jelas. 17. Kegembiraan – Perasaan bahagia dan seronok. 18. Pengembaraan – Perjalanan yang penuh dengan cabaran GLOSARI


Click to View FlipBook Version