The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SMKDA KALENDAR AKADEMIK 2022 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuriyahjohari, 2022-03-19 10:14:07

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SMK DANG ANUM KALENDAR AKADEMIK 2022/2023

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SMKDA KALENDAR AKADEMIK 2022 2023

Keywords: MANUAL SMKDA 2022/2023

2021

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

2022

SURAT PEKELILING IKHTISAS

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

PEKELILING IKHTISAS 2022

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia

PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9 Mac 1999

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling
Kementerian Pendidikan 256: "Buku Rekod Mengajar Guru", bertarikh 1 Julai 1963.

2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat
amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah
sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.

3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan,
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja,
iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua,
Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut
prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk
yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan
sempurna dan dapat dikernukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang
diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran
Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat
dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua,
Guru Besar dan guru di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 100 #smkdajenamakerajaannombor1

1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

Pegawai Perhubungan Awam
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 101 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

Bahagian Sekolah-Sekolah, Telefon : 2922066
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kawat : ‘PELAJARAN’
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar, KP(BS)8591/Jld II/(44)
13hb. Mac, 1986
Kuala Lumpur 50604.

Semua Pengarah Pelajaran Negeri,
Malaysia

Y.B. Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1986

Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir
Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, salah satu perkara
yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata-mata
pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah
menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada
pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu
berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang
telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan
manakah, panitia mata-mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.

2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk
memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran,
supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak
yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah
adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan lagi panitia mata-mata pelajaran
supaya keberkesanan pengajaran-pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

3.1 Latarbelakang

Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat
mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari
mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru
yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang
penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik
para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 102 #smkdajenamakerajaannombor1

27

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar
sesuatu mata pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus
mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman
serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan
demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk
bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu.
Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga
berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam
bidang pengajaran bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat
belajar pelajar-pelajar.

3.2 Struktur dan Organisasi

3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh
semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.
(Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan
tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran)

3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan
yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua
Sekolah.

3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli-
ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata
pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi
sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau
Pengetua Sekolah.

3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam
perjumpaan-perjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-
masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia
kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada
untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.

3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum
ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk
berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan
masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan
segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan
keperluan pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata
pelajaran:

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 103 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran;

3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran;

3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar- pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah
dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan
kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;

3.3.4 Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan
persatuan atau kelab akademik.

3.4 Peranan Panitia

Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia,
sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:

3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia;

3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu
tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;

3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi
kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;

3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan
kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;

3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang
disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perIu menubuhkan bank
soalan;

3.4.6 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-
tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-
kelemahan pengajaran dan pembelajaran;

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 104 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' bila
dan jika perlu;

3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara
formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-
masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah atau isu-isu tersebut;

3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;

3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah
dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran;

3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;

3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke
arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran
tertentu.

3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

4. Harap Y.B. Dato'/Tuan memaklumkan kandungan surat Pekeliling ini kepada semua
sekolah.

Sekian .
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(HJ. JUMAAT BIN DATO’ HJ. MOHD. NOOR)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 105 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

SURAT PEKELILING IKHTISAS
BIL. 2/1981 KETETAPAN MASA DI SEKOLAH-SEKOLAH
RUJUKAN FAIL : KP8591 / (79) BERTARIKH 12 SEPTEMBER 1981

1. Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan kakitangan sekolah serta murid-murid
diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang atau hadir dan balik di
sekolah-sekolah.

2. Dengan demikian Guru Besar / Pengetua hendaklah menyedarkan guru-guru, kakitangan lain
dan murid-murid tentang pentingnya amalan ketetapan masa.

3. Adalah diharapkan bahawa semua guru dingatkan dari masa ke semasa tentang
tanggungjawab mereka mengamalkan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, baik semasa
datang ke sekolah ataupun balik dari sekolah, mahupun ketika memasuki bilik darjah untuk
mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. Ketetapan masa juga bermakna
seorang guru itu hendaklah mengikut waktu pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya
atau kawasan sekolah sebelum tiba masanya untuk berbuat demikian.

4. Peraturan-peraturan mengenai ketetapan masa hendaklah dikenakan, selain dari murid-murid
juga kepada semua guru, memberi contoh teladan yang baik sekiranya mereka ingin
menggalakkan tabiat ketetapan masa di kalangan murid-murid mereka.

5. Memanglah nyata, bahawa suasana disiplin di sebuah sekolah bergantung sebahagian
besarnya kepada Guru Besar / Pengetua. Guru Besar / Pengetua hendaklah mengambil langkah-
langkah yang positif untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan mengenai ketetapan masa di
sekolah.

6. Sila tuan / puan sampaikan isi surat pekeliling ini kepada semua Guru Besar / Pengetua untuk
panduan dan tindakan mereka.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
tt

DATO’ HAJI IDRIS BIN HJ TAIN
Bahagian Sekolah-sekolah
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 106 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 107 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 108 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1981 PENGGUNAAN WAKTU TIDAK
MENGAJAR/WAKTU LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU-GURU

Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang
(free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing.
Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja.
Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan.

2. Oleh itu tuan/puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya:

2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free
period) itu adalah masa bekerja.

2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk :

2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah /
tingkatan.

2.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar dan sebagainya.
2.2.3 Memeriksa buku latihan murid-murid.
2.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja ko-kurikulum.
2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar. Tegasnya,

waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah
kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.

3. Harap dapat surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah
Menengah dan Rendah untuk panduan dan tindakan mereka.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

t.t.
( DATO’ HAJI IDRIS BIN HJ.TAIN )
b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 109 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 110 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 111 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 112 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 113 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 114 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 115 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 116 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 117 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 118 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 119 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03-2586900
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fax : 03-2535150
PARAS 7, BLOK J Laman Web : http://www.moe.gov.my
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

KP(BS) 8591/Jld.XVII (10)
24 September 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 :
Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin
di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau
menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan
oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian
Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-
sekolah.

2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di
sebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara
tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan
disiplin pelajar.

i. Surat Pekeliling Profesional Kementeiran Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai
Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan, ”..... tiap-tiap guru
hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan
perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini
akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan
kepada guru-guru besar”.

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturan-
peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan, ”Adalah seperti tuan
termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menamakan asas disiplin ke
dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru
besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang
demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap
mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah
dan jangalah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar
kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang
berat sahaja yang harus diakukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan”.

3. Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang
tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai gru
disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah
laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive),
didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang
sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru
hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat -sifat prihatin,
penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu,

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 120 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah
dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat
penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan
kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini
dipatuhi.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia

11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 121 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BAHAGIAN SEKOLAH Tel : 03-2556900
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fax : 03-2562389
PARAS 5, BLOK J (SELATAN)
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (83)
Tarikh : 6 April 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1995 :
Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta
Kegiatan Kokurikulum dan Sukan
Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Sebagaimana Y.Bhg. Datuk/Tuan sedia maklum bahawa keselamatan semasa pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kegiatan kokurikulum dan sukan adalah sentiasa
diutamakan. Walau bagaimanapun kemalangan atau kecederaan mungkin boleh berlaku
tanpa diduga.

2. Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memperingatkan semua guru Pendidikan
Jasmani dan Sukan supaya berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh
menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ke atas diri pelajar serta mengambil
langkah-langkah tertentu untuk mengelakkannya. Pada setiap masa, keselamatan pelajar
semestinya menjadi pertimbangan utama.

3. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang boleh
dilaksanakan :-

3.1 Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

3.1.1 Menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam atau di luar
bilik darjah.

3.1.2 Bertanggungjawab untuk mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-
alat sukan, walaupun boleh dibantu oleh pelajar.

3.2 Guru Kokurikulum dan Sukan

3.2.1 Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan pelajar-
pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan.

3.2.2 Guru-guru hendaklah mempastikan semua alat sukan berada dalam
keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

3.3 Pelajar

3.3.1 Semua pelajar mestilah mematuhi setiap arahan guru dengan
sepenuhnya semasa mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan atau gerakerja kokurikulum dan sukan.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 122 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

3.3.2 Pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan hendaklah berada bersama guru.

3.4 Stor Sukan

3.4.1 Stor sukan mestilah kemas dan tersusun.

3.4.2 Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat-tempat yang mudah
diambil untuk kegunaan.

3.4.3 Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan dalam
buku ’keluar dan masuk alat-alat sukan’.

3.5 Cuaca/Musim

3.5.1 Guru hendaklah menggunakan budi bicara supaya keadaan cuaca/musim
tidak membahayakan pelajar sewaktu melaksanakan aktiviti.

3.6 Laporan Kemalangan atau Kecederaan

3.6.1 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat
dan dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera.

3.7 Skim Perlindungan Diri

3.7.1 Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua
pelajar.

3.8 Penyelenggaraan Peralatan Sukan

3.8.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan/Setiausaha Sukan
hendaklah memeriksa dan bertanggungjawab menyelenggara stor dan
alat-alat sukan dari masa ke masa untuk mempastikan semua peralatan
sukan dalam keadaan baik.

4. Y.Bhg. Datuk/Tuan adalah diminta menyebarkan kandungan surat ini kepada semua
sekolah-sekolah di negeri Y.Bhg. Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH BAHASA KITA”

(DATUK HAJI ABDUL TALIB BIN MD ZIN) 123 #smkdajenamakerajaannombor1
Pengarah Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 124 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 125 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 126 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 127 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 128 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

CABUTAN : PERINTAH-PERINTAH AM PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) (BAB D)

Tatakelakuan.

Yang berikut ini ialah tatakelakuan begi pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam.
Tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Perinah-Perintah Am ini terhadap mana-mana pegawai yang melanggar mana-mana daripada peruntukan-
peruntukan

tatakelakuan ini:-

1. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang
tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan.

2. Seseorang pegawai tidak boleh :-

(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;

(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya;

(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah:-

i. Ia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas
awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam

ii.Ia telah menggunakan kedudukan awamnya untuk faedahnya persendirian.

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awarnnya.

(e) kurang cekap atau kurang berusaha.

(f) Tidak jujur atau tidak amanah

(g) Tidak Bertanggungjawab

(h) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
Untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya
sendiri atau tuntutan anggota-angota perkhidmatan awam yang lain.
(i) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 129 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 #smkdajenamakerajaannombor1

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022
SEKOLAH

BUKU MANUAL PENGURUSAN 2022 #smkdajenamakerajaannombor1


Click to View FlipBook Version