The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aremalienameyna, 2021-01-18 01:21:56

PROFIL BLOK

PROFIL BLOK

178

PENEROKA ASAL : PENGHUNI 2020

ALLAHYARHAM MOHAMED BIN MD Kediaman ini tidak didiami. Namun
NOOR rumah asal telah dirobohkan untuk
MINAH BINTI PENDEK membina rumah baru. Dijaga dengan
baik oleh warisnya. Pn Minah binti
ANAK: Pendek juga telah tinggal bersama
anak-anaknya atas faktor masalah
1. MAHMON BIN MOHAMED kesihatan.
2. SALMAH BINTI MOHAMED
3. NORLIZA BINTI MOHAMED
4. ZALEHA BINTI MOHAMED
5. NORAISHAH BINTI MOHAMED

Blok 1 D’

179

PENEROKA ASAL : PENTADBIR :
SANIAH BINTI AHMAD
ALLAHYARHAM AHMAD BIN
RANDAM PENGHUNI 2020
ALLAHYARHAMAH JAMINAH BINTI 1. SANIAH BINTI AHMAD
HJ KAMIT 2. MAT OTHMAN BIN JAILANI

ANAK:

1.MOHD SOM BIN AHMAD
2. SANIAH BINTI AHMAD
3. ABD RAHMAN BIN AHMAD
4. ABD RAHIM BIN AHMAD
5. AIMAH BINTI AHMAD

Blok 1 D’

179

Blok 1 D’

180

PENEROKA ASAL : PENGHUNI 2020

ALLAHYARHAM HAJI ASARI BIN 1. KHAIRUL AZMIN BIN MOHAMMED
MIRON MUHAIYIDDIN
ALLAHYARHAMAH KHATIJAH BINTI
KELION 2. RAFEAH BINTI HJ ASARI
3. AISYATUL AZRA BINTI KHAIRUL
ANAK:
AZMIN
1. MAT ABAS BIN HJ ASARI 4. AQILAH ANATI BINTI KHAIRUL
2. KAMARIAH BINTI HJ ASARI
3. NASIR BIN HJ ASARI AZMIN
4. ZAINAB BIN HJ ASARI 5. AHMAD ATIFF BIN KHAIRUL AZMIN
5. MD SHARIF BIN HJ ASARI 6. AUFAZIKRI BIN KHAIRUL AZMIN
6. RAFEAH BIN HJ ASARI 7. AHMAD ARIF ALHADI BIN KHAIRUL

PENTADBIR : AZMIN
8. TENGKU KHAZ AKRAM
RAFEAH BINTI ASARI

Blok 1 D’

KEJAYAAN KELUARGA, KEBANGGAAN KAMI

BIL NAMA PENDIDIKAN PEKERJAAN
1 MISTINAH BT MARYON
2 SALOHI BIN MANSOR IJAZAH GURU DG 44
3 DATO DOKTOR NORLIZAN BIN
IJAZAH GURU (GPK HEM)
MOHD NOOR
IJAZAH KETUA PENGARAH
4 ZALEHA BINTI MOHAMAD IJAZAH PERKHIDMATAN
5 RAFIAH BINTI RASHID VETERINAR
6 WAZILAH BINTI SUBAR MALAYSIA
AHLI PERNIAGAAN
7 MUMTAZAH BINTI SUBAR
8 AZIDAH BINTI SUBAR SPM PENGUSAHA
9 ATZHAR BIN YUSOFF IJAZAH KATERING
10 HAIZEE IZRINE BINTI YUSOFF PENYELIA KEMAS
11 YUSNI BIN YUSOFF IJAZAH DAERAH
12 MOHD ZAINI BIN LAMAN TENGGARA
GURU DG 44

IJAZAH JURU UKUR BAHAN

IJAZAH JURUTERA AWAM
IJAZAH KANAN J48
GURU DG 48

IJAZAH GURU DG 44

IJAZAH DOKTOR PAKAR

Blok 1 D’

PERMUAFAKATAN BLOK 1, KAMPUNG FELDA PASAK.

Pada peringkat awal, permuafakatan antara penduduk di Blok 1 lebih
kepada untuk mengendalikan majlis, samada Majlis Bacaan Yaasin
mahupun majlis perkahwinan. Ketika itu diwujudkan Kumpulan Pakatan,
di mana setiap rumah perlu menyumbang sebanyak rm 5.00 sebulan dan
duitnya digunakan untuk membeli peralatan seperti periuk, pinggan mangkuk,
bangsal dan peralatan untuk mengadakan jamuan. Salah seorang penduduk
akan diberikan tanggungjawab untuk menyimpan semua peralatan dan
penduduk Blok 1 boleh meminjam peralatan tersebut tanpa bayaran. Cuma
syaratnya, apabila hilang atau pecah, peralatan tersebut perlu diganti. Sekiranya
ada majlis perkahwinan, maka ahli Blok 1 akan bergotong royong memasang
balai, memasak, menghidang sehinggalah mengemas semula peralatan
dilakukan bersama, tidak mengira tua muda dan jantina, semuanya ada peranan
masing-masing. Kebiasaanya, rewang atau persediaan dilakukan lebih kurang
seminggu. Permuafakatan ini bertahan sehingga ke era tahun 2000.

Lama-kelamaan apabila usia penduduk semakin meningkat dan kudrat juga
semakin terbatas, tambahan pula perkhidmatan katering telah diperkenalkan,
aktiviti gotong royong semasa majlis perkahwinan mula ditinggalkan. Ianya
bukan sahaja memudahkan tuan rumah, tetapi juga tidak memerlukan kudrat
yang banyak. Begitu juga dengan tugasan menghidang makanan, kalau dulu
tenaga ahli blok sangat diperlukan, tetapi kini semuanya diuruskan oleh
Kumpulan Kendarat dengan bayaran tertentu.

Yang tinggal hanyalah Majlis Bacaan Yaasin dan juga majlis kecil-kecilan seperti
Majlis Akikah dan Majlis Pertunangan, masih lagi menjemput jiran satu blok,
tetapi hanyalah sebagai tetamu jemputan. Tetapi apabila keceriaan Blok di
Felda Pasak di pertandingkan, aktiviti permuafakatan kembali ‘hidup’. Sehingga
kini, sebanyak 8 aktiviti yang melibatkan warga Blok 1 telah dapat dijayakan.
Untuk menjayakan aktiviti di Blok 1, AJK Permuafakatan telah dilantik dan setiap
rumah dimohon untuk menghulurkan sumbangan kewangan sekurang-
kurangnya RM 5.00 sebulan.

Blok 1 D’

1. BACAAN YAASIN (PEREMPUAN)
 Aktiviti ini adalah aktiviti turun temurun, dijalankan setiap minggu. Ada 2
kumpulan – Yaasin Lelaki (kebiasaannya dilakanakan selepas solat Isyak)
dan Yaasin Perempuan ( dijalankan selepas Solat Zohor) Cuma apabila
bilangan peneroka pertama semakin berkurangan, aktiviti ini mula
dilaksanakan 2 minggu sekali dan bergabung dengan beberapa blok lain
serta GPW (Gabungan Penerokawati). Tetapi untuk tahun 2020, aktiviti
ini terpaksa ditangguhkan akibat Pendemik Covid-19.

Blok 1 D’

2. GOTONG ROYONG BLOK 1

 Untuk menceriakan kawasan dan Papan Tanda Blok 1 – aktiviti ini
dijalankan 2 atau 3 bulan sekali, tetapi bermula tahun 2019, aktiviti
gotong royong semakin kerap dilaksanakan – bergantung kepada
keadaan dan keperluan semasa.

 Untuk tahun 2020, gotong royong semakin kerap diadakan kerana
menyahut saranan Pengurus Felda Pasak yang ingin melihat kediaman di
Felda Pasak dalam keadaan ceria. Berikut adalah tarikh gotong royong
yang telah dilaksanakan (setiap hari Jumaat):

02 Oktober 2020 06 November 2020 04 Disember 2020
09 Oktober 2020 13 November 2020 11 Disember 2020
16 Oktober 2020 20 November 2020 18 Disember 2020
23 Oktober 2020 27 November 2020 25 Disember 2020
30 Oktober 2020

 Gotong royong ini dijalankan samada di kawasan Papan Tanda Blok,
Kawasan Mercu Tanda Blok mahupun di rumah masing-masing.
Sepanjang PKPB di Daerah Kota Tinggi, kebanyakan gotong royong telah
diadakan di rumah masing-masing bersama ahli keluarga.

Blok 1 D’

Blok 1 D’

Blok 1 D’

3. MEMBINA MERCU TANDA BLOK 1
 Memandangkan susun atur kediaman di Blok 1 agak tidak tersusun, maka
ada 3 jalan masuk untuk ke Blok 1. Oleh itu,kami mengambil keputusan
untuk membina mercu tanda di ketiga-tiga jalan masuk supaya
memudahkan pengunjung yang pertama kali datang ke Blok 1. Bukan
untuk orang luar sahaja, malah penduduk Kampung Felda Pasak juga
keliru kerana dalam Blok 1 termasuk juga kediaman Blok 12.

Jalan Masuk 1 – Jalan Bunga Mawar ,
sebelah Masjid Jamek Al- Ehsan

Jalan Masuk 3 – daripada Jalan Bunga Jalan Masuk 2 – daripada Jalan
Melati ke Jalan Bunga Melur , Bunga Mawar ke Jalan Bunga Melur

berhampiran SK Tun Dr Syed Nasir

Blok 1 D’

Ada juga Mercu Tanda di bina oleh ahli Blok 1 sendiri di kediaman mereka.

Blok 1 D’

4. PROJEK TANAMAN BLOK 1

 Projek tanaman (sayur-sayuran dan pokok herba) mula di tanam pada
awal bulan Oktober di persekitaran Papan Tanda Blok 1. Ahli Blok juga
digalakkan untuk menanam sayur- sayuran dan pokok herba

Terung

Ubi Kayu

Nanas

Serai Keladi

Blok 1 D’

TANAMAN DI SEKITAR RUMAH
 Sehingga bulan Disember 2020, daripada 27 buah rumah yang ada di Blok

1, sambutan projek menanam sayur-sayuran dan pokok herba mendapat
sambutan. Setakat ini :
Sayur – sayuran ( seperti terung, nanas, kobis) – 22 buah rumah
Pokok herba ( seperti pecah kaca, belalai gajah, kunyit ) – 24 buah
rumah

Blok 1 D’

5. PAPAN TANDA RUMAH
 Memandangkan papan tanda nama rumah di Blok 1 kelihatan uzur,
malah ada rumah yang langsung tiada papan nama rumah, maka AJK
Permuafakatan Blok 1 telah bersetuju untuk membina papan tanda nama
rumah yang baru dan seragam. Papan tanda rumah berbentuk rumah
dengan warna yang menarik berharga RM 140.00 telah siap di pasang
pada 27 November 2020. Pembiayaan papan tanda ini ditanggung oleh
warga Blok 1 sendiri.

Blok 1 D’

6. TONG PEMBUANGAN SAMPAH BLOK 1
 Keadaan tong sampah yang uzur dan tidak terurus juga telah mendapat
perhatian daripada AJK Permuafatan. Kerja-kerja menyiapkan tempat
meletak tong sampah daripada tayar dan mengecat dilakukan
sepenuhnya secara gotong royong bersama ahli blok. Dengan adanya
tong sampah ini, bukan sahaja dapat menceriakan kawasan Blok 1 ini,
tetapi juga dapat menguruskan pembuangan sampah dengan lebih
teratur.

Blok 1 D’

7. PROGRAM ZIARAH KASIH BLOK 1

 Program ini baru saja dilaksanakan atas cetusan idea bersama. Fokus
ziarah ini adalah untuk menziarahi warga emas (peneroka dan
penerokawati asal) juga warga yang sakit. Untuk permulaan ini, seramai
11 orang warga emas dan 6 orang yang sakit telah dilawati pada 19
Disember 2020. Selain daripada menziarahi dan bertanya khabar,
sumbangan berupa barang keperluan telah disampaikan. Dana untuk
memberikan sumbangan ini telah disumbangkan oleh warga Blok 1.
Insyaa Allah, program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa
mengikut keadaan dan keperluan.

Warga Emas – Pn Hajah Sutiam Warga Emas – Pn Selamah Binti Ahli Blok 1 yang sakit – Pn
bin Dikin Ibrahim Mahaya

Warga Emas – Tn Haji Abd Aziz Warga Emas – Pn Saminah binti Warga Emas – Tn Haji Md
bin Bachik Tabry Ngatar bin Redwan

Blok 1 D’

Warga Emas – Pn Saodah binti Warga Emas – Pn Hajah Fatimah
Dahlan binti Md Nor

Warga Emas – Pn Hajah Sakit – Pn Hajah Nor Azizah binti
Ngaimah binti Jasimen Yusoff

Warga Emas – Pn Hajah Jarih Sakit – Pn Rahina binti Abu
binti Ahmad Saudi Bakar

Blok 1 D’

8. TONG KITAR SEMULA BLOK 1
 Projek terakhir untuk tahun ini ialah menyediakan Tong Kitar Semula.
Tujuannya adalah untuk mengumpulkan barang kitar semula untuk
menambahkan kewangan bagi kegunaan aktiviti atau projek untuk Blok
1. Selain itu juga, untuk mendidik warga Blok 1, agar menghargai dan
menjaga kebersihan alam sekitar.

Blok 1 D’

PRODUK BLOK 1

Di kalangan penghuni Blok 1, ada beberapa orang yang menjadikan
kemahiran mereka sebagai sumber pendapatan tambahan. Daripada
minat dan suka-suka, akhirnya menjadi jualan atas permintaan jiran –
jiran dan juga rakan taulan, malah ada juga permintaan daripada orang luar.

1. Alas kaki / alas kusyen kereta / alas pinggan

2. Tempat pemegang periuk / kuali

Apa yang membanggakan kami, kedua-dua produk di atas adalah hasil kerja
tangan penerokawati yang kini menjangkau usia 77 tahun, Pn Saodah binti
Dahlan.

Blok 1 D’

3. Madu Kelulut

Madu kelulut ini juga merupakan hasil usaha seorang peneroka yang kini berusia
82 tahun iaitu Tn Haji Abd Aziz bin Bachik.

4. Ikan Pekasam

Ikan pekasam ini diusahakan oleh seorang anak peneroka di Blok 1 iaitu Pn
Nor’ain binti Abdul Gani

Blok 1 D’

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BLOK 1,
KAMPUNG FELDA PASAK 2020

BIL PENDAPATAN JUMLAH BIL PERBELANJAAN JUMLAH
1 Sumbangan ahli 1620 00 1 Cat (Biru, merah, 750 00

blok – Rm 5 x 12 450 00 hijau) 320 00
bulan x 27 ahli 128 00
2 Batu bata 125 00
2 Sumbangan
peribadi 3 Batu blok 56 00
66 00
3 Baki Papan Nama 270 00 4 Kereta Sorong 895 00
Rumah
5 Anak pokok terung
dan bendi

6 Batu kecil

7 Baki 2020

JUMLAH 2340 00 JUMLAH 2340 00

PENDAPATAN RM 2340.00
PERBELANJAAN RM 1445.00
BAKI RM 895.00

Blok 1 D’

BICARA AKHIR…..

Sesungguhnya Pertandingan Keceriaan yang dianjurkan oleh pihak
Pengurusan Felda Pasak yang diterajui oleh tuan Pengurus , En Mohamed
Z Affindi bin Mohamed Ali, telah membawa banyak hikmah dan kebaikan
kepada warga Blok 1. Antaranya ialah ikatan ukhuwah sesama jiran dan warga
Blok 1 yang lain semakin erat. Kalau dahulu, hanya senyuman sahaja dihulurkan,
tetapi melalui aktiviti yang dijalankan, hubungan menjadi semakin erat, banyak
cerita dapat dikongsikan malah banyak juga idea yang dikeluarkan. Persekitaran
rumah juga semakin cantik dan bersih. Masing-masing bertungkus lumus
menghias persekitaran rumah, ada yang menanam pokok bunga, sayur-sayuran
dan tidak kurang juga menggunakan kreativiti dengan mengubah tayar menjadi
angsa, zirafah dan kuda. Malah ada pula yang menjadikan botol plastik sebagai
hiasan dan pasu bunga. Terserlah bakat dan kreatifnya warga Blok 1.

Selepas pertandingan ini berakhir, kami telah sepakat untuk terus menjaga dan
mengekalkan keceriaan Blok 1. Malah ada lagi beberapa projek yang tidak
sempat dilaksanakan, akan diteruskan pada tahun 2021 supaya Blok 1 KEKAL
CERIA. Dan untuk tahun 2020 ini, ada satu lagi program yang akan kami
laksanakan iaitu Hari Keluarga Blok 1, tujuannya untuk mengeratkan lagi
ukhuwah dan permuafakatan antara ahli blok.

Dikesempatan ini, AJK Permuafakatan Blok 1, merakamkan ucapan tahniah dan
terima kasih kepada pihak Pengurusan Kampung Felda Pasak yang telah
mencetuskan fenomena di Kampung Felda Pasak ini, terutamanya di Blok 1 ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan untuk kesemua warga Blok 1, Kampung Felda
Pasak, baik yang menetap di sini, mahupun yang berada di luar sana yang
sentiasa memberikan sokongan dan sumbangan, samada dalam bentuk
kewangan, tenaga dan idea sehingga kawasan kediama Blok 1 kini bertukar
wajah. Kepada yang menetap di sini, terus KEKAL CERIA kawasan kediaman
masing-masing, teruskan hidup dalam muafakat dan teruskanlah kehamonian
Blok 1. Kepada warga Blok 1 yang berada jauh nun di sana, jengah-jengahlah
kami di sini, ingat-ingatlah kenangan ketika menetap di sini suatu masa dahulu
dan teruslah menjadi warga Blok 1 – jauh di mata dekat di hati.

Semoga apa jua aktiviti yang dilaksanakan untuk keceriaan Blok 1, akan menjadi
pemangkin kepada keharmonian dan kesepakatan antara ahli. Bukan sahaja
antara ahli Blok 1, tetapi juga bersama seluruh warga Kampung Felda Pasak.

Blok 1 D’

Blok 1 D’


Click to View FlipBook Version