BALING TIN/BALING
SELIPAR
CARA BERMAIN
Permainan ini dimulakan dengan menyusun
tin-tin kosong dari bahagian bawahnya
dengan susunan empat, tiga, dua dan satu.
Pemain pula dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan
pelontar.Kumpulan pelontar akan memulakan
permainan dengan wakil pasukan akan
melontar bola mengenai susunan tin.
Sekiranya tin itu jatuh, pasukan pelontar akan lari untuk
mengelak balingan dari pasukan penyerang.Dalam masa
yang sama, pasukan pelontar harus menyusun semula tin
yang berselerak ke susunan asal. Sekiranya berjaya
menyusun tin tersebut, maka kumpulan pelontar mendapat
satu mata. Selepas itu, permainan dimainkan
semula.Namun sekiranya kumpulan penyerang berjaya
membaling bola ke arah anggota badan pasukan pelontar,
maka orang yang terkena balingan itu akan dikira mati.
PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Tin kosong Selepar
TUJU GULI
CARA BERMAIN
1. Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah
meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli
yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir
adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan
permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan
seterusnya.
2. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua
guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar.
Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain
kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada,
begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai
membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
3. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan
syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam
lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli
miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk
setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka
mengawal permainan.
4. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya,
pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki
memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih
dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli
tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain
lain diberikan.
PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Guli Guli
kapur batu