The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d093432, 2021-12-25 02:24:05

KATA ADVERBA

BML3053 KUMPULAN 5

BML3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH: NO MATRIK
NAMA PELAJAR D20201093235
Muhammad Khairul Izwan Bin Ramli D20201093432
Nurul Izwana binti Mat Ali D20201093417
Nurul Ain Binti Azmi D20201093330
Muhammad Fitri bin Sulaiman D20201093326
Artikah binti Tamrin

KUMPULAN A

PENSYARAH
MOHD RA’IN BIN SHAARI

SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEMESTER 1 2021/2022

ISI KANDUNGAN 1
1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 OBJEKTIF 3
3.0 BENTUK KATA ADVERBA 9
4.0 KATA ADVERBA JATI 16
5.0 KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA ADJEKTIF 23
6.0 KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA 31
7.0 KATA ADVERBA BENTUK GANDAAN 32
8.0 KESIMPULAN 33

RUJUKAN
LAMPIRAN

i

1.0 PENGENALAN
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata
kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata
adverba mempunyai empat bentuk iaitu bentuk jati atau asli, bentuk yang asalnya kata kerja,
bentuk yang asalnya kata adjektif dan bentuk gandaan, iaitu kata adverba penggandaan penuh.

Menurut Asmah (2008; 2009) melihat kata adverba sebagai penerang kepada kata kerja
pada predikat ayat atau dengan kata lain, kata ini berfungsi pada hujung ayat dalam struktur
Subjek-Predikat-Objek-Ajung. Golongan kata ini dikatakan tidak banyak kecuali jika dilihat dari
bentuk frasa dan klausa. Walau bagaimanapun, jika hanya merujuk kepada kata adverba,
subsistemnya hanya enam iaitu, kata adverba tempat, kata adverba waktu, kata adverba cara, kata
adverba gaya, kata adverba harapan dan kata adverba hakikat.

Menurut Abdullah Hassan (2006; 2008) pula apabila berbicara tentang adverba, beliau
menyifatkan adverba ialah perkataan, frasa atau klausa yang menerangkan kata, frasa dan klausa
kerja, adjektif dan adverba sendiri. Berbeza dengan Nik Safiah Karim et al. (2008), kata adverba
dilihat dapat hadir di hadapan dan juga belakang kata nama/frasa nama, kata kerja/frasa kerja, kata
adjektif/frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Za’ba (1965) menjelaskan perkataan sifat terbahagi kepada dua, iaitu sifat nama dan sifat
kata. Sifat nama berfungsi menerangkan nama atau gantinya, manakala sifat kata ialah keterangan
perkataan lain daripada nama. Sifat kata ini sebenarnya merujuk kepada kata adverba. Menurut
Za’ba juga sesuatu perkataan boleh menjadi sifat nama pada satu tempat dan ada kalanya sifat kata
pada tempat lain, bergantung kepada tugasnya sebagai penerang nama atau selain daripada nama.

2.0 OBJEKTIF
i. Mengenalpasti definisi dan bentuk kata adverba
ii. Dapat membezakan setiap bentuk kata adverba
iii. Mengetahui penggunaan kata adverba dalam sesuatu ayat

1

3.0 BENTUK KATA ADVERBA

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), kata adverba ialah perkataan yang menerangkan
kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat kata
adverba boleh hadir di hadapan dan juga di belakang frasa. Kata adverba tidak dianggap sebagai
golongan kata utama, bahkan golongan kata tugas, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada
konstituen frasa predikat, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata
adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk, seperti yang berikut:

ADVERBA ADVERBA ADVERBA ADVERBA
JATI YANG YANG BENTUK
GANDAAN
ASALNYA KATA ASALNYA
ADJEKTIF KATA KERJA

Rajah 1: Bentuk Kata Adverba

2

3.1 KATA ADVERBA JATI
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood (2015), kata
adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada
golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau
frasa sendi nama, yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain.

Contoh kata adverba jati berdasarkan akhbar:
KUALA LUMPUR: Pasukan Akademik Mokhtar Dahari A (AMD A) jelas berada pada
kelas tersendiri apabila menumbangkan Pasukan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFT)
5-1 pada aksi akhir di Gambang, Pahang, semalam dan sekali gus mengungguli Kejohanan
Piala Pra-U 2021.
Dengan status sebagai pasukan pilihan, AMD A yang beraksi di laman sendiri itu berjaya
mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan sekali gus membawa pulang
piala pusingan, piala iringan dan hadiah kemenangan RM10,000.
Dalam waktu sama, kejohanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu turut
memperkenalkan beberapa anugerah khas buat pemain yang beraksi dengan cemerlang
sepanjang kejohanan yang julung kali diadakan itu.

(Sumber: Berita Harian Online, 28 November 2021)

Berdasarkan petikan daripada akhbar Berita Harian Online diatas, contoh ayat yang mengandungi
kata adverba jati ialah:
i) Semalam
ii) Sekali gus
iii) Julung kali

3

AKTIVITI

Sila scan QR Code diatas untuk bermain satu aktiviti yang dinamakan "Wordwall". Permainan ini
memerlukan pelajar untuk menjawab 10 soalan dengan pilihan jawapan yang tepat berkaitan Kata
Adverba Jati.
Perhatian: Pelajar perlu memilih aktiviti yang bernama "Pagar Sesat". Setelah tamat permainan,
pelajar perlu memasukkan nama di ruangan "Papan Mata".

LATIHAN PENGUKUHAN: KATA ADVERBA JATI
LATIHAN 1
Bulatkan jawapan yang tepat.
1. Ibu ________ menyediakan sarapan pagi sebelum berangkat ke tempat kerja.
a. Julung kali
b. Sempat
c. Barangkali
d. Nyaris

2. Sofea ________ tekun mengulangkaji pelajarannya kerana tidak lama lagi dia akan menjalani
peperiksaan akhir tahun.
a. Sering
b. Agaknya

4

c. Langsung
d. Begitu

3. Berdasarkan perkataan berikut, yang manakah merupakan kata adverba jati?

i. Sering kali ii. Berlari iii. Esok iv. Mundar-mandir

a. i dan iv

b. i dan iii

c. ii dan iii

d. ii dan iv

4. Berikut merupakan kata adverba jati, kecuali
a. Kelmarin
b. Begini
c. Lari
d. Kadang kala

5. Pasukan Harimau Malaya akan tiba di Stadium Bukit Jalil pada petang ________.
a. Kelak
b. Semalam
c. Kini
d. Esok

5

LATIHAN 2
Gariskan kata adverba jati yang terdapat dalam ayat dibawah.
1. Ibu sentiasa menyiapkan bekalan makanan untuk adik bawa ke sekolah.
2. Rafiq begitu rajin membantu ayahnya di kebun.
3. Penyanyi terkenal itu telah tiba di Kuala Lumpur petang semalam.
4. Shahirah sering ditegur oleh ayahnya kerana sikap degilnya itu.
5. Mereka saling membantu dalam menjayakan projek besar tersebut.

LATIHAN 3
Senaraikan 5 kata adverba jati selain daripada kata adverba jati yang telah diberikan dalam kotak
dibawah.

Semalam Begitu Julung Sekali Saling Nyaris Esok Tadi Begitu Begini
kali gus

1. _____________
2. _____________
3. _____________
4. _____________
5. _____________

6

LATIHAN 4
Bina tiga ayat berdasarkan kata adverba jati tersebut.

a) Langsung
b) Demikian

c) Kelak

LATIHAN 5
Bulatkan semua kata adverba jati yang terdapat dalam ruangan tersebut.

Langsung Sebaik-baiknya Pada Bercakap

Mengiring Serentak semalam

cantik Sakit Akan Kadang kala
Secara
Sering

Nyaris Hari-hari

Barangkali

kelak Berenang Lusa

7

3.2. KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA ADJEKTIF

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adverba ini berasal daripada kata adjektif yang
berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Contohnya ialah
perkataan yang dicetak miring dibawah:

Berjalan laju Sakit kuat

Ketawa besar Besar panjang

Mengalir lesu Panjang lebar

Terbang tinggi Tinggi lampai

Hampir terjatuh Ke hospital segera

Kurang berhati-hati Dari rumah selalu

Bertiup kencang Sering di pejabat

Contoh 1:Perkataan-perkataan yang menerangkan kata adverba yang asalnya

kata adjektif(Sumber: Dipetik daripada Tatabahasa Dewan,2015)

NOTA
formula bagi kata adverba yang asalnya kata adjektif :

Kata Adverba Asal Kata Adjektif (KAAKA) = Menjadi penerang KK, KA & FN

8

a) Kata adverba yang asalnya daripada kata adjetif yang berfungsi sebagai penerang
kepada kata kerja.

"Soal rasuah tak boleh (toleransi), sebab hukumnya haram, begitu juga orang yang
merompak. Sebab itu saya tegak berdiri, istiqamah atas dasar prinsip undang-
undang dan hukum. Tapi ramai juga yang lupa, kerana itu saya sanggup bercakap
apa yang benar, walaupun pahit.

(Sumber:dipetik daripada harian metro online,2021)
Contoh 2: kata adverba berlaku di hadapan kata kerja

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika
kejadian mangsa dari arah Kuala Terengganu dalam perjalanan ke Bandar Dungun.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, kereta Toyota Camry dipandu mangsa tiba-tiba
melanggar belakang lori balak yang bergerak perlahan di lorong kiri.
"Rempuhan terbabit menyebabkan keretanya remuk teruk dan mangsa tercampak
keluar ke atas jalan.

(Sumber:dipetik daripada berita harian metro online,2021)

Contoh 3: kata adverba berlaku di hadapan kata kerja

9

b) Kata adverba yang asalnya daripada kata adjetif yang berfungsi sebagai penerang
kepada kata adjektif.
KUALA LUMPUR: Poad juga berjaya menggilap bakat baharu iaitu atlet tinggi lampai,
Muhammad Arsyad Md Saat yang pernah menjuarai acara 100m dalam saingan Grand
Prix (GP) Malaysia.
(Sumber:dipetik daripada berita harian online,2021)
Contoh 4: kata adverba sebagai penerang kata adjekti

c) Kata adverba yang asalnya daripada kata adjetif yang berfungsi sebagai penerang
kepada kata sendi nama.
MASJID TANAH: Menyorot kembali pengalaman amat mendebarkan
itu, ibu kepada lima anak berusia antara 18 hingga 34 tahun itu berkata,
dalam kejadian pada 8 pagi itu, dia yang berada di pondok pengawal
keselamatan diminta seorang guru supaya segera ke sebuah bilik di
blok murid prasekolah.
(Sumber:dipetik daripada berita harian metro online,2021)
Contoh 5: kata adverba sebagai penerang kata sendi nama

10

AKTIVITI

Pelajar dikehendaki untuk mengimbas QR Kod di atas untuk bermain satu aktiviti yang dinamakan
“Kuiz Kata Adverba Yang Asalnya Kata Adjektif” di dalam aplikasi “Wordwall”. Permainan ini
memerlukan pelajar untuk menjawab 10 soalan yang diberikan dengan tepat dan teliti.
Panduan: Pelajar perlu memilih aktiviti yang Bernama ‘Match Up”. Setelah Tamat permainan
pelajar diminta untuk memasukkan perkataan yang sesuai pada ruangan “Papan Mata” yang telah
disediakan..
LATIHAN PENGUKUHAN: KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA ADJEKTIF
LATIHAN 1
Soalan Objektif
Bulatkan jawapan yang tepat.
1. Burung merpati itu tidak mampu untuk terbang ________ kerana sayapnya patah.
A.tinggi
B.lambat
C.rendah
D. laju

11

2. Zila berasa mengantuk apabila mendengar ucapan perasmian pengucapan awam yang panjang
_______itu.
A.lebar
B.lama
C.hebat
D. pendek

3. Pokok rambutan di tepi rumah nenek berbuah _________.
A.hebat
B.lebat
C.tinggi
D. bulat

4. Lelaki itu ______ dihantar ke hospital kerana kepalanya cedera teruk.
A.cepat
B.sekarang
C.segera
D. selalu

12

4. Antara berikut, ayat yang manakah mempunyai kata adverba asalnya kata
adjekitif?
A.Pemain bola sepak itu tinggi lampai.
B. Anak buah ibu semua sudah besar.
C. Kadir tetap ke pejabat walaupun pada hari cuti.
D. Lina jatuh tersungkur ketika menuruni tangga itu.
LATIHAN 2
Soalan subjektif.
1. Berikan maksud kata adverba yang asalnya kata adjektif.
_____________________________________________________________
2. Apakah formula bagi kata adverba yang asalnya kata adjektif?
_____________________________________________________________

13

LATIHAN 3

Senaraikan 5 kata adverba yang asalnya kata adektif selain daripada perkataan yang terdapat dalam
kotak dibawah.

Berjalan laju Tinggi lampai Sering di Bertiup Bergerak
pejabat kencang perlahan

i. _____________________
ii. _____________________
iii. _____________________
iv. _____________________
v. _____________________

LATIHAN 4
Berdasarkan pemahaman anda, bina dua ayat yang menggunakan kata adverba
asalnya kata adjektif.
i. ___________________________________________________________
____________________________________________________________
ii. __________________________________________________________

14

3.3 KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood (2015), kata
adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi
nama dari segi cara,masa, dan tempat. Kata adverba baru dimasukkan ke dalam Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga dan tergolong sebagai satu kata tugas. Kehadirannya adalah sama ada di hadapan atau
di belakang kata yang diterangkan. Kata adverba jenis ini pada asalnya merupakan kata kerja yang
berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama.

Contohnya adalah seperti perkataan yang disenaraikan di bawah:
i)Terbang meninggi
ii)Hitam berkilat
iii)Putih berseri
iv)Berjalan mengiring
v)Gelap gelita
vi)Ke hutan menyendiri
vii) Di hotel bersendirian

15

Dalam bahagian ini, anda akan memahami kata adverba yang asalnya kata kerja secara terperinci
tetapi ia berfungsi untuk menerangkan frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama
(FS).

Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama
Baring mengiring Putih melepak Dari bandar berdua-duaan
Tidur berdengkur Tinggi melangit
Di hotel bersendirian

Formula bagi kata adverba yang asalnya kata kerja seperti di bawah:

Fras a Kata adverba Pe ne rang
Ketam itu Kata Adverba mengiring.
Pemuda itu
berjalan tegak.
Ahmad berdiri menyendiri.
Balqis mempunyai kulit Ke hutan
putih berseri.

16

Contoh dalam ayat adalah seperti berikut.
MENYELUSURI sungai yang mengalir tenang dengan menaiki bot getah atau nama
komersialnya 'rubber dinghy' pastinya memberi suatu pengalaman baru buat pengunjung
sambil menikmati keindahan flora dan fauna di sepanjang Sungai Kenerong, Dabong, Kuala
Krai, Kelantan.

(Sumber: Berita Harian Online, 6 November 2021)
Contoh 1. Frasa kerja

Ketagihan kepada permainan dalam talian juga boleh memudaratkan. Mereka akan mudah
lalai dan malas belajar kerana penggunaan gajet yang lebih lama. Jika tidak dipantau atau
didisiplinkan, anak ini mudah terpengaruh dengan unsur yang tidak molek.

(Sumber: Berita Harian Online, 26 November 2021)
Contoh 2: Kata Adjektif

SETELAH lebih dua tahun pelajar institut pengajian tinggi menjalani kelas secara dalam
talian, akhirnya mereka dibenarkan pulang ke kampus secara berperingkat.

(Sumber: Berita Harian Online, 27 November 2021)
Contoh 3: Kata Sendi Nama

17

AKTIVITI

Pelajar dikehendaki untuk mengimbas QR Kod di atas untuk bermain satu aktiviti yang dinamakan
“Kuiz Kata Adverba Yang Asalnya Kata Kerja” di dalam aplikasi “Wordwall”. Permainan ini
memerlukan pelajar untuk menjawab 8 soalan yang diberikan dengan tepat dan teliti.
Panduan: Pelajar perlu memilih aktiviti yang Bernama ‘Kuiz”. Pelajar diminta untuk memasukkan
nama pada ruangan “Papan Mata” setelah selesai menjawab ke semua kuiz yang diberikan.

LATIHAN PENGUKUHAN: KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA
 SOALAN OBJEKTIF
Baca soalan dan pilih jawapan yang betul bagi kelompok kata adverba yang asalnya kata kerja.
1. Ketam ialah haiwan yang berjalan _______________.
A. Lurus
B. Senget
C. Mengiring
D. Perlahan

18

2. Abang ke tempat kerja dengan ____________.
A. Berlari
B. Menunggang motosikal
C. Kereta
D. Bas
3. Kulit Balqis putih __________.
A. Menghijau
B. Berkilat
C. Menyala
D. Berseri
4. Pengemis itu ____________ di bawah jambatan beralaskan surat khabar.
A. Berjalan
B. Tidur
C. Berenang
D. Terbang
5. Pokok Kelapa milik Pak Ali tinggi ___________.
A. Mengawan
B. Melaut

19

C. Menelentang
D. Mencondong

 SOALAN SUBJEKTIF
LATIHAN 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan.
1) Kakak akan pulang ke kampung dengan menaiki _________________ pada hujung minggu ini.
2) Akmal sering ke hutan _____________.
3) Ahmad berenang ______________ menyeberangi sungai itu.
4) Kereta baru ayah kelihatan putih _______________.
5) Ramli tidur _____________ kerana kulit di belakang badannya melecur terkena api.

berseri mengiring menelentang
bas
menyendiri

20

LATIHAN 2
Jawab semua soalan dengan betul dan teliti.
Bina ayat dengan menggunakan kata adverba yang asalnya kata kerja yang disediakan.
i. Menaiki bas
ii. Hitam berkilat
iii. Tinggi mengawan
iv. Ke pasar bersendirian

LATIHAN 3

Padankan setiap kata adverba yang asalnya kata kerja dengan fungsinya yang betul untuk
menerangkan frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS).

Hitam berkilat Frasa kerja
Di kolej kediaman Frasa adjektif
Frasa sendi nama
Membaca buku

21

3.4 KATA ADVERBA BENTUK GANDAAN
Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi
menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Terdapat tiga bentuk kata adverba
berganda iaitu:

i. Kata adverba penggandaan penuh
ii. Kata adverba penggandaan separa
iii. Kata adverba penggandaan berentak
i) Kata adverba penggandaan penuh

Menurut Tatabahasa Dewan (1996), penggandaan penuh ialah cara yang mudah
iaitu dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberikan tunggal
makna keadaan sifat yang menyeluruh. Kata adverba penggandaan penuh ialah
perkataan yang terhasil daripada proses menggandaan keseluruhan kata dasar.
Contoh dalam ayat:

Sumber : Harian Metro, 22 November 2021
Kata adverba penggandaan penuh dalam petikan : kerja-kerja

22

Contoh dalam ayat:

Sumber : Harian Metro, 22 November 2021
Kata adverba penggandaan penuh dalam petikan : barang-barang

ii) Kata adverba penggandaan separa
Menurut Tatabahasa Dewan (1996), kata adverba penggandaan jenis ini terhasil
daripada proses menggandakan kata dasarnya yang mengandungi imbuhan tanpa
menggandakan imbuhannya. Terdapat dua jenis penggandaan separa iaitu:
 Penggandaan separa berawalan
 Penggandaan separa berakhiran
i) Kata adverba penggandaan separa berawalan
Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada
proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalannya.

23

Contoh dalam ayat:

Sumber : Sinar Harian, 22 November 2021
Kata adverba penggandaan separa berawalan dalam petikan : bersungguh-sungguh

ii) Kata adverba penggandaan separa berakhiran
Kata adverba penggandaan separa berakhiran ialah perkataan yang terhasil
daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya.
Contoh dalam ayat:

Sumber : Berita Harian, 26 Oktober 2021
Kata adverba penggandaan separa berakhiran dalam petikan : besar-besaran

24

Terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang setelah menerima awalan se-
boleh juga menerima bentuk –nya.

Contoh ayat:

Sumber : Sinar Harian, 22 November 2021
kata adverba penggandaan separa yang menerima awalan se- dan –nya.: Sekurang-kurangnya

iii) Kata adverba penggandaan berentak
Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses
menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu (Tatabahsa Dewan, 1996)
Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan tetapi dengan
perbezaan dan persamaan pada bunyi tertentu iaitu sama ada persamaan pada bunyi
konsonan dan vokal tertentu atau penggandaan yang tidak mempunyai persamaan
pada bunyi vokal atau konsonan.
Contoh ayat:

25

Sumber : Berita Harian, 9 November 2021
kata adverba penggandaan berentak : serta merta
Contoh ayat:

Sumber : Sinar Harian, 23 November 2021
kata adverba penggandaan berentak : mandi-manda

26

AKTIVITI
1. Setiap pelajar diberi surat khabar untuk dibaca selama 2 minit. Selepas 2 minit semua

pelajar diminta menyenaraikan kata adverba penggandaan penuh dan separa daripada
surat khabar tersebut.
2. Secara berpasangan pelajar diminta membina 3 ayat yang mempunyai kata adverba
penggandaan serentak. Pelajar dikehendaki untuk menerangkan ayat-ayat tersebut
kepada rakan rakan yang lain.

LATIHAN PENGUKUHAN MINDA
Bulatkan jawapan yang betul.

1. Kita perlu belajar _______ demi masa depan yang cerah

a) Bersama-sama
b) Bersungguh-sungguh
c) Berlumba-lumba
d) Bersatu padu
2. Antara berikut yang manakah merupakan ayat bagi kata adverba gandaan
gandaan berentak?

a) Pasukan bola sepak negara bermain habis-habisan untuk
mempertahankan kejuarannya.

b) Dia melompat setinggi-tingginya untuk melepasi kayu galang itu.
c) Budak itu lari lintang-pukang apabila dikejar oleh anjing.
d) Kebelakangan ini dia jarang-jarang datang ke rumah saya.
3. Anak Puan Maria menangis ________ apabila dimarahi oleh bapanya.

a) terkeseng-keseng
b) teresak-esak
c) terkedek-kedek
d) seluas-luasnya

27

4. Antara yang berikut, yang manakah definisi kata adverba gandaan?

a) Perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi
menerangkan peribahasa.

b) Perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi
menerangkan kata bantu.

c) Perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi
menerangkan kata kerja.

d) Perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi
menerangkan kata perintah.

5. Yang berikut merupakan kata adverba gandaan kecuali

a) Separa
b) Penuh
c) Berentak
d) Jati

LATIHAN PENGUKUHAN

Pilih jawapan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

Bermati-matian Terkedek-kedek Betul-betul Sedu-sedan
Bersungguh-sungguh Selama-lamanya Sedikit-sedikit Hingar-bingar

1. Simpanan Aisyah semakin banyak walaupun dia hanya menyimpan _______ setiap
bulan.

2. Sekawan itik berjalan ________ menyeberangi jalan.
3. Anak itu menangis _________ apabila ditinggalkan oleh ibunya.
4. Para perajurit berjuang _________ untuk mempertahankan kubu mereka.
5. Dia _______ gembira dengan kepulangan anaknya.
6. P.Ramlee merupakan seorang seniman yang akan dikenang _________.
7. Suasana di pasar tani itu _______ dengan kunjungan orang ramai.
8. Amni mestilah bekerja _______ untuk membiayai rawatan bapanya.

28

4.0 KESIMPULAN
Berdasarkan tugasan ini, satu ilmu pengetahuan baharu dapat diperoleh secara jelas dalam
tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, aspek penggolongan kata bukanlah suatu
kajian yang baharu. Malahan, aspek ini telah dikaji sejak zaman Yunani lagi. Perkembangan dalam
bidang linguistic telah menyebabkan kajian ini dapat dipertingkatkan dan dimajukan dari semasa
ke semasa. Walaupun begitu, sekirannya dilihat Kembali masyarakat kini yang sedar bahawa
dalam tatabahasa melayu terdapat kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata ganda sahaja.
Mereka tidak mendalami tatabahasa dengan dengan lebih jelas dan betul. Oleh itu, dengan adanya
tugasan ini, diharapkan masyarakat dapat mempelajari bahawa ada satu lagi komponen dalam
tatabahasa bahasa Melayu iaitu kata adverba. Jika dibandingkan dengan golongan kata yang lain,
kata adverb aini tidaklah dikaji dengan secara meluas oleh ahli-ahli bahasa kerana dalam Kamus
Tatabahasa Dewan sendiri hanya menerangkan definisi beserta contoh.

Setelah perincian dan analisis dibuat, kata adverba berfungsi sebaga kata yang tergolong
sebagai unsur keterangan dalam tatabahasa dewan. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
(2015), terdapat empat bentuk adverba, iaitu kata adverba jati, kata adverba yang asalnya kata
adjektif, kata adverba yang asalnya kata kerja, dan kata adverba bentuk gandaan. Dalam kata
adverba bentuk gandaan, dipecahkan pula kepada tiga bahagian iaitu kata adverba penggandaan
penuh, kata adverba penggandaan sepata dan kata adverba penggandaan berentak.

Secara konklusinya, jelaslah bahawa dari segi pedagogi kata adverba tidaklah dihuraikan
secara meluas. Namun tidaklah wajar bagi seseorang guru terutamanya guru bahasa melayu untuk
tidak menjelaskan dan mengajar kata adverb aini dalam sesi pembelajaran. Hal ini demikian
kerana, kata adverba mampu bertindak sebagai satu aspek yang mampu memperkayakan bidang
tatabahasa dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kajian secara mendalam haruslah dilaksanakan bagi
mengkaji berasaskan data sebenar dalam menentukan status perkataan. Dengan ini, tugasan yang
dilaksanakan ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan pemahaman yang jelas mengenai
jenis-jenis kata adverba dan fungsinya sebagai penerangan dalam tatabahasa bahasa melayu.

29

RUJUKAN

Amira Mastura Khairudin, (2021). Beriadah elak kanak-kanak ketagih gajet. Berita Harian Online.

Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/rencana/minda -

pembaca/2021/11/892040/ber iada h-ela k-kanak- kanak- ketagih- ga jet.

Hassan Omar (2021). Doa Nabi Yunus Jadi Kekuatan Sambut Kelahiran Bayi. Berita Harian
Online. Diperoleh daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/783998/doa-nabi-
yunus-jadi-kekuatan-sa mbut-ke lahira n-bayi

Link bagi Aktiviti melalui Wordwall : https://wordwall.net/ms/resource/25427431 ,
https://wordwall. net/play/26069/ 003/394

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syafiq Aznan. (2021). AMD A juara Kejohanan Piala Pra-U 2021. Berita Harian Online.
Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/11/892760/amd-juara-
kejohanan-piala-pra-u-2021

Syaherah Mustafa, (2021). Berdayung dalam bot getah. Berita Harian Online. Diperoleh
daripada https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2021/11/884249/berdayung-da lam-
bot-getah

Wan Suhaifiza Wan Ibrahim, (2021). Siswa, pensyarah teruja kembali ke kampus. Berita Harian

Online. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/rencana/minda -

pembaca/2021/11/892410/s iswa-pensyarah-teruja-kembali-ke-ka mpus

30

LAMPIRAN
31

32


Click to View FlipBook Version