The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HIKAYAT MISA MELAYU (BSS3173 PROSA MELAYU)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d093432, 2022-01-02 01:20:31

HIKAYAT MISA MELAYU (BSS3173 PROSA MELAYU)

HIKAYAT MISA MELAYU (BSS3173 PROSA MELAYU)

Hikayat Misa
Melayu

BSS3173 PROSA MELAYU
PENSYARAH: PROF. MADYA DR. NORAZIMAH

BINTI ZAKARIA

NAMA AHLI NO MATRIK
MUHAMMAD KHAIRUL HISHAM BIN MOHD D20201093280
YUNUS
MUHAMMAD KHAIRUL IZWAN BIN RAMLI D20201093235
NURUL IZWANA BINTI MAT ALI D20201093432
NURALIYA AFIFAH BINTI MURAT D20201094299
NORNABILAH BINTI MA’AROH D20201094297

Pengenalan

Hikayat Misa Melayu merupakan sebuah karya agung yang lahir daripada
tradisi kepengarangan silam negeri Perak. Karya tersebut menjadi aras
tanda kebesaran sejarah persuratan negeri Perak yang lahir daripada buah
tangan pengarang negeri Perak dan perhubungan secara terus dengan
sejarah institusi Kesultanan Negeri Perak pada abad ke-18.Keutamaan
Hikayat Misa Melayu tercerna melalui isi kandungannya yang merakam
pelbagai corak kehidupan sosio-budaya masyarakat negeri Perak yang
penuh dengan tradisi dan amalan adat istiadatnya.

Misa Melayu dikenali sebagai salah sebuah karya besar yang lahir dalam
sejarah negeri Perak. Karya nukilan Raja Chulan pada abad ke-18 tersebut
memperlihatkan suatu contoh ketinggian seni punulisan pengarang tradisi
Melayu pada masa silam.Penerbitan Misa Melayu oleh R.O. Winstedt pada
1919 telah mengenengahkan karya tersebut kepada pembaca dengan
pelbagai tafsiran dibuat terhadapnya oleh para sarjana.Dari sudut genre
Hikayat Misa Melayu tergolong sebagai sebuah karya sastera sejarah atau
historiogarfi Melayu.

Sinopsis

Karya Agung Misa Melayu mengisahkan kehidupan Raja-raja Melayu yang memerintah
negeri Perak antara tahun 1700 sehingga tahun 1780. Sebahagian daripada peristiwa
yang dicatat dalam Misa Melayu adalah merupakan peristiwa yang berlaku pada zaman
kehidupan Raja Chulan sendiri. Misa Melayu menceritakan perihal kesultanan negeri
Perak yang berasal daripada keturunan yang agung, iaitu Raja Iskandar Zulakarnain dan
jurai keturunannya sehingga Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan yang
memerintah sehingga ke selatan Tanah Melayu.

Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, dikatakan orang
Belanda telah mendirikan gudang atau loji untuk perniagaan bijih timah di Pengkalan
Halban, yang berhampiran dengan muara Sungai Kinta dan Sungai Perak setelah
mendapat kebenaran daripada Sultan Muzaffar Syah. Penceritaan mengenai kisah Sultan
Iskandar Zulkarnain yang menyusur pantai negeri Perak bersama Raja Chulan turut
dicatatkan dalam karya ini. Raja Iskandar juga dikatakan telah menuba ikan di sungai
budiman yang berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar yang terletak di Kampung
Gajah.

Sinopsis

Seterusnya, Misa Melayu turut menceritakan kisah Sultan Muhammad yang merupakan waris
muda telah menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah yang merupakan
waris tua untuk takhta kerajaan negeri Perak ketika itu. Peristiwa seterusnya yang dimuatkan di dalam
Misa Melayu adalah kisah mengenai Sultan Muzaffar Syah yang menginginkan seorang Raja Muda untuk
menjadi menantunya. Sultan Muzaffar dikisahkan telah meminta Raja Chulan untuk menyatakan
hasratnya kepada Raja Muda dan akhirnya, puteri Sultan Muzaffar Syah yang bernama Raja Budak Rasul
pun dikahwinkan dengan Raja Muda. Selain itu, Misa Melayu turut memuatkan kisah Sultan Muhammad
Syah (1744 – 1750) yang telah mengorbankan kedudukannya sendiri sebagai sultan Perak ketika itu,
supaya negeri Perak dapat dicantumkan semula di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja, iaitu
kekandanya yang bernama Sultan Muzaffar Syah.

Secara keseluruhannya, Misa Melayu memberi tumpuan kepada pemerintahan Sultan Iskandar
Zulkarnain yang disanjung dan dipuji sebagai raja yang luar biasa kepahlawanannya dan
kebijaksanaannya ketika zamannya. Hal ini dapat dibuktikan semasa menjadi Raja Muda, Raja Iskandar
menjadi perunding dalam mencantumkan semula negeri Perak yang berpecah dua. Setelah bercantum,
Raja Iskandar sangat berkuasa dalam kerajaan negeri Perak. Dalam Misa Melayu, terdapat 134 halaman
atau 77% yang menceritakan kisah Sultan Iskandar Zulkarnain. Tujuh orang sultan yang lain hanya
dikisahkan dalam 40 halaman atau 23% sahaja. Daripada 40 halaman tersebut, sebanyak 30 halaman
tertumpu kepada kisah semasa zaman Sultan Muzaffar Syah, iaitu sultan yang memerintah negeri Perak
sebelum Sultan Iskandar Zulkarnain.

Pemikiran

EKONOMI

 Soal atau pemikiran ekonomi dalam karya menunjukkan dalam karya tersebut ada
mengetengahkan hal berkaitan perdagangan, perniagaan dan jual beli. Teks Misa
Melayu tidak terkecuali daripada mengetengahkan soal ekonomi dalam ceritanya. Hal
ini boleh dibuktikan dengan adanya contoh petikan di bawah:

“…beginda menitahkan Tambi Kecil pergi ke benua Keling (India). Adapun akan
Sultan Iskandar itu, terlalu banyak baginda menaruh gajah. Maka itulah baginda
menitahkan Tambi Kecil pergi akan mengambil barang siapa mahu membawa
kapalnya masuk berniaga ke dalam negeri Perak ini, kerana baginda hendak
berjual gajah.”

(Misa Melayu, 78)

Pemikiran

AGAMA

 Soal agama merujuk kepada hal ketuhanan. Hal ketuhanan ini meliputi akidah yang
teguh dalam agama. Sebagai contoh beriman dengan Allah, memikirkan pahala dan
dosa, sentiasa berbuat kebaikan dan lain-lain lagi. Dalam teks Misa Melayu ini, dapat
dilihat bahawa Sultan Muzaffar Syah berpegang teguh kepada ajaran agama dan
mempunyai akidah yang teguh dalam Islam. Contoh petikan daripada karya ini
berkaitan soal agama boleh dalam petikan berikut:

“… setelah itu, maka gering baginda itu pun makin bertambah beratnya pula.

Maka berhimpunlah segala anak raja – raja dan orang besar – besar dan

hulubalang rakyat sekaliannya …”

‘… maka kepada suatu hari, baginda pun tahulah ia akan dirinya telah datang

kehendak Allah Taala kepadanya kepadanya tambahan baginda itu raja alim

ulama, tambahan pula sangat kuat amal ibadatnya.

(Misa Melayu, 22)

Pemikiran

POLITIK

 Pemikiran yang paling jelas dibawakan oleh pengarang dalam Misa Melayu ialah
berkaitan soal politik. Hampir keseluruhan teks ini menceritakan tentang zaman
pemerintahan sultan Perak yang ke-15, iaitu Sultan Iskandar Zulkarnain Syah, iaitu
pada tahun 1752 hingga 1765. Hampir kesemua karya sastera sejarah menjuraikan
keturunan raja mereka dengan Sultan Iskandar Zulkarnain sebagai tokoh lagenda yang
memulakan cerita. Sebagai contoh, dalam Misa Melayu disebutkan ketokohan Raja
Iskandar Zulkarnain yang terkenal dengan perluasan kuasa pemerintahannya
sehinggalah keturunannya yang menguasai pemerintahan di nusantara pada zaman
dahulu.

FALSAFAH DALAM MISA MELAYU

1. FALSAFAH EKONOMI- Hubungan perniagaan yang termeterai
antara dua pihak iaitu Perak membeli biji timah dari orang-orang
Belanda .

2. FALSAFAH ETIKA- Sultan Iskandar telah menghukum sesiapa
yang tidak menghadirkan diri istiadat pengebumian Almarhum
Sultan Muzaffar Shah.

3. FALSAFAH SOSIAL- Intergrasi kaum yang berlaku ekoran
daripada aktiviti keramaian yang dilakukan oleh rakyat kerajaan
Perak terhdap sesuatu peristiwa

4. FALSAFAH SEJARAH- Naskhah yang dihasilkan oleh Raja Chulan

ini mengisah sejarah negeri Perak.

5. FALSAFAH POLITIK- Kerajaan Perak pada era Sultan Muzaffar
Shah terbahagi kepada dua kerajaan dan turut diperintah oleh dua
orang sultan.

NILAI ILMU DALAM MISA
MELAYU

 ILMU EKONOMI- Pada zaman Sultan Mudzafar Shah negeri Perak
membuat hubungan diplomatik dengan Belanda yang berjaya
memonopoli pasaran bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai
Perak.

 ILMU FIRASAT- Ilmu firasat dapat dikenal pasti menerusi perbualan
Sultan Iskandar dengan pawangnya berkenaan keinginannya untuk
mencari ikan di sungai.

 ILMU SEJARAH- Misa Melayu adalah sebuah sejarah Perak.

 ILMU PENTADBIRAN ATAU SISTEM BERAJA-Dalam Misa

Melayu telah diwujudkan sistem beraja yang menikut susunan yang
telah diatur dengan baik.

NILAI BUDAYA DALAM MISA
MELAYU

 ADAT MELENGGANG PERUT- Dijalankan ke atas seorang isteri yang

hamil tujuh bulan-Dilakukan ke atas permaisuri Sultan Iskandar Syah .
 ADAT BERTINDIK DAN BERINAI-Dapat dilihat melalui peristwa

bertindik dan berinai yang dijalankan oleh Raja Budak Rasul.
 ADAT MEMINANG DAN BERKAHWIN- Raja Iskandar ingin meminang

puteri Sultan Muzaffar Shah .Kemudian majlis perkahwinan diadakan

secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam.
 ISTIADAT KEMANGKATAN-Digunakan kepada golongan diraja-

Kemangkatan Sultan Muhammad Shah.
 ISTIADAT MENJUNJUNG DULI- Dilakukan untuk memperlihatkan taat

setia kepada raja.

PANDANGAN HIDUP

Pandangan hidup adalah pendapat atau pertimbangan yang
dijadikan pegangan,pedoman, arahan dan petunjuk didunia.
Pandangan hidup yang terdapat dalam karya Misa Melayu
mengisahkan tentang perwarisan Raja yang memerintah negeri

Perak. Pada zaman tersebut zaman pemerintahan Sultan
Muzzafar Syah, Paduka Seri Sultan Iskandar Zulkarnain,
Sultan Mahmud Syah dan Paduka Sultan Alaudin Syah.
Kepimpinan Sultan Muzzafar Syah yang adil, saksama dan
tidak menzalimi rakyat yang menyebabkan negara pada zaman
pemerintahan maju dan terhindar daripada berlakunya

peperangan.

Raja memiliki akidah yang teguh dan mematuhi ajaran agama.
Dalam karya misa melayu, Sultan Muzzafar Syah berpegang teguh kepada ajaran agama dah pegangan islam yang
sangat kuat. Sebagai bukti nya, baginda tetap menjalankan ajaran Allah dengan memberi sedekah emas dan perak
kepada golongan miskin walaupun baginda gering. Selain itu, baginda juga tidak lupa untuk beribadat kepada Allah
walaupun tubuh badannya ditimpa sakit kuat.

Rakyat yang mentaati golongan pemerintah
Keseluruhan teks ini menceritakan tentang golongan rakyat yang sangat patuh akan arahan Sultan dari segi aktiviti
perdagangan, majlis dan sebagai nya. Rakyat melibatkan diri dalam setiap istiadat yang diraikan oleh Raja seperti
istiadat meminum, perkahwinan dan melenggang perut. Rakyat bersama - sama mengawal kawasan istana semasa
istiadat tersebut dijalankan. Bukan itu sahaja, rakyat turut menyertai persembahan seperti bermain alat muzik,
tembakan meriam bagi memeriahkan istiadat tersebut.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Misa Melayu merupakan satu karya yang ditulis oleh salah seorang golongan istana, iaitu
Raja Chulan dalam usaha untuk memperlihatkan sejarah pemerintahan kerajaan Perak yang bermula daripada
Almarhum Jaliullah sehinggalah Sultan Alauddin Mansur Shah. Dalam pada itu, hampir 77% daripada karya ini
tertumpu kepada era pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain yang dikatakan merupakan seorang sultan yang
berwibawa dan bijaksana dalam menyelesaikan segala konflik politik yang berlaku kepada kerajaan baginda dan
dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang pemerintah. Selain itu, Raja Chulan juga turut menggambarkan
kehidupan sosial, norma masyarakat, dan nilai-nilai yang cuba ditunjukkan oleh masyarakat pada ketika itu
kepada generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa karya Misa Melayu
ini sememangnya merupakan salah satu contoh karya yang tergolong dalam karya agung Melayu. Karya ini
dikatakan menepati ciri-ciri sebuah karya agung kerana aspek pemikiran, falsafah, nilai budaya dan pandangan
hidup, nilai ilmu, estetika serta teknik kepengarangan berjaya digarapkan dengan baik menerusi karya tersebut.
Berdasarkan aspek-aspek itu juga, buah tangan daripada Raja Chulan ini dapat dijadikan sebagai panduan dan
rujukan yang penting kepada generasi akan datang untuk mengambil segala iktibar daripada segala peristiwa
yang diceritakan dalam karya ini dalam mendepani realiti kehidupan masa kini yang penuh dengan liku-liku
cabaran.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version