The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifahfatiha030910, 2022-06-09 11:27:35

PDF PENCEMARAN

PDF PENCEMARAN

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

e-folio : pembangunan alam sekitar
( pembangunan bandar yang pesat telah

memberi kesan kepada Alam sekitar )

SITI NOOR BINTI HUSSAIN

DPM2B

NUR AMIRA RADHIAH SITI ZULAIQAH
BINTI ABD MUTALEB BINTI ZAINUDIN

14DPM21F1057 14DPM21F1071
PENINGKATAN SUHU PENCEMARAN SAMPAH

SARAP

SHARIFAH NUR FATIHA
BINTI SYED MUHAIMIN

14DPM21F1075
PENCEMARAN AIR

NURAIN MARDIAH BINTI
JASRI

14DPM21F1093
PENCEMARAN UDARA

NOR SHAKILA BINTI AZMAN

14DPM21F1085
PENCEMARAN TANAH

isi kandungan

Penghargaan ----------------- 1
Pengenalan------------------------ 2-3
Pencemaran Air------------------- 4-8
Pencemaran Sampah Sarap---- 9-13
Pencemaran Udara-------------- 14-17
Peningkatan Suhu -------------- 18-20
Pencemaran Tanah------------- 21-27
kata-kata hikmah-------------- 28
kesimpulan---------------- 29

Rujukan-------------- 30-31

penghargaan

salam sejahtera dan bersyukur
kehadrat ilahi kerana limpah
rahmatnya kami dapat menyelesaikan
tugas dengan penuh jayanya. kami
menjulang sepenuh penghargaan
kepada puan siti noor binti hussain
pensyarah pengajian islam mpu23012
diatas tunjuk ajak bantuan yang
diberikan sepanjang proses.
kamimengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan rakan dan pensyarah
yang banyak membantu kami

1

PENGENALAN

Go Green merupakan satu bentuk kempen kesedaran kepada setiap individu
lebih-lebih lagi kepada pelajar bertujuan untuk memelihara dan melindungi
bumi daripada pencemaran alam sekitar, bencana alam, dan pemanasan
global. Hal ini, sangat membimbangkan akibat daripada perbuatan manusia
yang tak dapat dikawal.

Pada hari ini, tidak dapat kita nafikan bahawa penggunaan beg plastik telah
menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar. Dengan setiap pembelian barang
di mana-mana pasaran, setelah selesai menggunakannya, segelintir .daripada
mereka akan. membuang plastik tersebut di merata-rata tempat. Hal ini
demikian, penggunaan beg plastik secara berterusan akan membawa kepada
pencemaran alam sekitar ekoran dari komposisi bahan kimia dari plastik-
itu-sendiri. Oleh hal yang demikian, akan menyebabkan implikasi buruk
kepada kesihatan kita dan orang lain serta alam sekitar.

Lanjutan daripada itu, pelajar mestilah menerapkan amalan Go Green ini
dalam jiwa agar sentiasa memberi kesan yang positif kepada hidupan di bumi.
Pelajar seharusnya menyemai sikap yang suka menambah. ilmu pengetahuan
yang mendalam tentang amaln GO Green.

Kesimpulannya, amalan Go Green in merupakan amalan yang penting bagi
setiap individu lagi-lagi pelajar untuk kita lebih memperkasakan dengan
banyak aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar daripada-terjejas.
Pelajar .juga akan lebih aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti Go Green

2

DEF INISI GO GREEN

GO GREEN" ADALAH SUATU
BENTUK KEMPEN KESEDARAN

KEPADA SETIAP ORANG
BERTUJUAN UNTUK MEMELIHARA DAN MELINDUNGI

BUMi DARIPADA BAHAYA
"GLOBAL WARMING" YANG
SEMAKIN HARI SEMAKIN meMBIMBANGKAN
KESAN DARIPADA PERBUATAN DAN
TINDAKAN MANUSIA YANg TIDAK TERKAWA

3

DEFINISI

pencemaran air

Pencemaran air ialah
perubahan yang berlaku
kepada air dari segi
kandungan atau warna serta
sifat-sifat kimia yang
disebabkan oleh pelbagai
bahan pencemar.
Pencemaran air
mempengaruhi seluruh
biosfera tumbuhan dan
organisma yang hidup di
dalam air tersebut, serta
organisma dan tumbuhan
yang mungkin terdedah
kepada airnya. Kesannya
boleh merosakkan bukan
sahaja kepada spesies
individu, tetapi juga kepada
komuniti biologi semula
jadi.

4

PENCEMARAN
AIR

PUNCA :

pembuangan sisa dan toksik
dari kilang industri

KESAN :

kurang sumber air bersih
serta kualiti air terjejas.
menjejaskan kesihatan
manusia
kepupusan hidupan laut
kerana sungai yang
tercemar

5

PENCEMARAN
AIR

PUNCA :

pembuangan sampah sarap
ke dalam sungai

KESAN :

kurang sumber air bersih
kepupusan hidupan laut kerana
sungai yang tercemar
contoh penyu yang menelan
plastik kerana beranggapan itu
adalah obor-obor
pertukaran warna air kepada
hijau kehitaman serta bau yang
busuk
6

CARA MENGATASI

PENGUATKUASAAN PLASTIK
UNDANG-UNDANG TERBIODEGRADASI

kenakan denda jika sampah plastik yang
mahupun sisa toxic dibuang boleh terurai
serta kurangkan
dengan cara yang salah penggunaan

plastik

KEMPEN PENAPIS

mengadakan meletakkan
kempen penapis di kilang
untuk tapis sisa
kesedaran
tentang kesan dari ke sungai
pencemaran serta menapis
sisa kumbahan
air
dengan teliti

TONG KITAR PENDIDIKAN
SEMULA

memperbanyakkan tong ibu bapa dan guru perlu
kitar semula di semua mendidik anak muda demi
tempat melahirkan generasi yang

berpendidkan

7

DALIL

8

Pencemaran
Sampah Sarap

Sampah sarap dianggap sebagai bahan yang tidak berguna.
Ia juga tidak mendatangkan sebarang faedah, malah boleh
mendatangkan mudarat jika disimpan.
Dengan itu, selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan
dilonggokkan di tempat-tempat pembuangan sampah sama
ada menggunakan teknik pembuangan yang betul atau
sebaliknya.
Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah
domestik dan sampah bukan domestik.

9

Kategori Sampah Sarap

SAMPAH DOMESTIK

Bahan organik yang bermaksud sisa
domestik yang boleh diuraikan dan
dilupuskan dengan mudah. Ia bermaksud
sampah-sarap yang dibuang mudah mereput
dan akan hilang dalam tempoh yang pendek.
Sisa domestik organik biasanya dihasilkan
dari sumber haiwan dan tumbuhan. Di antara
contoh sisa domestik pepejal yang termasuk
dalam kategori bahan organik ialah sisa
makanan, sisa kebun, dan kertas.

SAMPAH BUKAN DOMESTIK

Bahan bukan organik pula merujuk kepada
bahan sisa domestik yang sukar diuraikan
dan dilupuskan. Ia adalah sampah-sarap
yang sukar untuk mereput dan tidak akan
hilang walau pun selepas bertahun-tahun
dibuang. Sisa domestik bukan organik
biasanya dihasilkan dari sumber mineral.
Di antara contoh yang selalu dibuang ialah
tin, plastik, besi buruk, dan kaca

10

Kesan Pencemaran
Sampah Sarap

Rakyat Malaysia sering membuang
sampah tidak kira tempat, asalkan
terdapat sahaja kesempatan.
Keadaan ini bukan sahaja
mengotorkan alam sekitar dan jika
dibiarkan ia akan menyebabkan
keadaan sekeliling berbau busuk dan
seterusnya menarik perhatian
haiwan perosak seperti tikus dan
lalat di mana haiwan ini turut
merupakan pembawa penyakit
seperti Taun. Selain itu, masalah
pembuangan sampah turut
mencemarkan keindahan dasar laut
dan juga akan menjejaskan
kehidupan hidupan laut seperti
penyu.

11

Cara Mengatasi
Pencemaran
Sampah Sarap

Pihak sekolah dan ibu-bapa perlu
menyalurkan ilmu moral tentang
pentingnya menjaga alam sekitar
dan menanam tabiat menjaga
kebersihan alam sekitar sejak
mereka berada di peringkat kanak-
kanak lagi.

Meminimumkan penghasilan sampah
sarap. Dengan melakukan kempen
"3R" (Reduce, Reuse dan Recycle) iaitu
kurangkan, gunakan semula, dan kitar
semula. Ia merupakan cara pengurusan
sampah sarap yang lebih efektif.

12

Dalam Alquran surah ar-Rum ayat 41 disebutkan, yang artinya,
“Telah tampak kerusakan di darat dan laut disebabkan karena
perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka
merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar
mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Imam Ath-Thabari menjelaskan di dalam kitab tafsirnya,
Jami’ Al Bayan Fii Ta’wil Al Qur’an, Allah SWT
mengingatkan manusia bahwa sudah tampak kemaksiatan
di bumi. Semua itu adalah akibat dari perbuatan manusia
yang melanggar perintah Allah SWT.

https://syarifmawahib.wordpress.com/2007/03/26/pencemaran-
sampah-sarap/
https://www.sinarharian.com.my/article/98996/EDISI/Perak/Lebih
-7-tan-sampah-dikutip-di-tapak-pembuangan-haram

13

Pencemaran Udara

Apakah itu pencemaran udara?

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarang bahan kimia, jirim sarahan atau bahan bilogi yang boleh menyebabkan
mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organism hidup lain, atau
merosakkan alam sekitar.

Maksud pencemaran udara dalam sains

Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida dan karbon
monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Pencemaran sekunder
adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan
wap-wap di udara.

14

Punca- Punca berlakunya
pencemaran udara

Aktiviti Perindustrian

Menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organic dan bukan

organic, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industry menghasilkan bahan

pencemar yang berbeza. Kilang-kilang seperti kilang nukleur melepaskan gas-gas



yang amat bahaya.

Pelepasan gas-gas kenderan bermoto

Kenderaan motor membakar bahan api fosil untuk pergerakan yang menghasilkan
asap-asap yang dapat mencemarkan udara.
Contohnya, kereta,lori dan motor

Contoh-contoh gas pencemaran udara


karbon monoksida (CO), hidrokarbon (HC), nitrogen dioksida (NO2,) sulfur

dioksida (SO2) dan partikel zarah terampai berdiameter kurang daripda 10 mikron
(PM10)
yang terhasil daripada aktiviti pembakaran dalam engin kenderaan bagi tujuan
pergerakan

15

Kesan-kesan pencemaran udara

Kesannya terhadap kesihatan manusia

Manusia akan sukar bernafas, menjejaskan paru-paru manusia dan boleh membawa
kemautan kepada pesakit yang mempunya penyakit asma.
Contoh-contoh penyakit adalah seperti kanser paru-paru, kanser hidung dan
sebagainya.

Kesannya terhadap atmosfera

Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) mengakibatkan lapisan
ozon kita menjadi nipis dan bocor. Pencemaran udara akan mengakibatkan suhu
bumi meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu
menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menyebabkan seseorang itu
menghidap penyakit kanser kulit.

16

Langkah-langkah mengatasi
pencemaran udara

1) Kita perlu mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri. Kebanyakkan
pencemaran udara berlaku adalah daripada sikap manusia yang mementingkan
kepentingan sendiri.

2) Kerajaan perlu melaksanaan kampen “ go green” yang perlu disebarkan dalam
kalangan masyarakat lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar. Kempen ini boleh
diakan di sekolah, dewan perumahan atau perpustakaan awam. Poster juga boleh
ditampar di tempat-tempat yang dapat dilihat oleh orang ramai.

Islam menekankan kepentingan melindungi alam sekitar dengan meminta
pengikutnya tidak menebang pokok, mencemarkan sungai dan udara.

Nabi Muhammad SAW juga mengajar umatnya sentiasa melindungi haiwan dan

tumbuhan.




Daripada Anas, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak

ada seorang Muslim pun yang menanam pokok atau mengusahakan pertanian lalu

burung, manusia atau binatang memakan daripadanya kecuali akan menjadi

sedekah untuknya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)




,

17

Peningkatan Suhu

Definisi
Peningkatan suhu dikenali sebagai
penyerapan bahang matahari yg maksimum

berlaku akibat permukaan bandar yg
berturap & bersimen. Pembebasan bahangan
berlaku secara perlahan menyebabkan suhu


meningkat

Antara PUNCANNYA


Peningkatan suhu bandar

boleh berlaku apabila terdapat banyak bangunan tinggi,

berkonkrit dan berkaca di tengah bandar. Hal ini akan

menyebabkan haba terperangkap diruang ruang udara yang

akan menyebabkan terhasilnya suhu yang tinggi.




Kesan rumah hijau

Ianya berlaku apabila terjadinya penipsan lapisan ozon

yang menyebabkan suhu akan meningkat kerana ia akan

membenarkan cahaya matahari memasuki dan menembusi

lapisan ozon dan bukan memantulkannya semula. Hal ini

berlaku apabila penggunaan kloroflorokarbon (CFC) yang

berleluasa seperti minyak wangi, aerosol dan penghawa

dingin. 18

PUNCA SUHU MENINGKAT

BANGUNAN TINGGI , PENGGUNAAN
BERKONKRIT DAN BERKACA MINYAK WANGI
DAN AERESOL

CARA MENGATASI
PENINGKATAN
SUHU

MENANAM MENGHADKAN
POKOK KECIL PENGGUNAAN
KLOROFLOROKARBON

19

Cara mengatasi

peningkatan suhu

Menanam pokok kecil

Dengan menanam semula pokok pokok kecil ditengah –
tengah jalan dan diepanjang pinggir jalan supaya

pokok pokok tersebut dapat meningkatkan kandungan
oksigen diudara dan mengurangkan gas karbon dioksida.

Menghadkan pembinaan bandar
Pihak kerajaan perlu menghadkan pembangunan dan
pembukaan bandar dikawasan – Kawasan yang belum

dimajukan. Hal ini kerana dapat mengurangkan
penebangan pokok pokok yang ada disana.
Menghadkan penggunaan CFC

Dngan menghadkan penggunanaan kloroflorokarbon
dibandar seperti aerosol penghawadingin dan minyak
wangi. Dengan car aini, lapisan ozon tidak akan terlalu

menipis kerana penggunaannya telah dihadkan



20

Definisi

-Pencemaran tanah dapat ditakrifkan
sebagai perbuatan yang berlaku
kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadi pertukaran warna, kesuburan,
dan hakisan. Ia disebabkan oleh
bahan buangan dalam bentuk cecair
atau pepejal yang terdiri daripada
pencemar organik, kimia atau fizikal.
Keseriusan pencemaran tanah
bergantung kepada kesuburan
tanah. Semakin kurang kesuburan
tanah, semakin serius pencemaran
yang berlaku.

21

Punca Pencemaran tanah

1.Pembalakan

Aktiviti pembalakan yang tidak terancang
juga dapat menyebabkan pencemaran
tanah
Kawasan hutan sering ditebang untuk
kegiatan pembagunan perumahan,
bangunan-bangunan pencakar
langit,pusat-pusat membeli belah,kilang-
kilang industri yang dapat membawa
keuntungan.
Namun begitu, sekiranya aktiviti
penebangan hutan ini tidak diatur dengan
rapi, ia akan menyebabkan struktur tanah
menjadi longgar.
Hal ini disebabkan oleh ketiadaan akar
pokok untuk mencengkam tanah

22

2. Pembuangan sisa toksik dan nuklear



bahan buangan yang dihasilkan daripada
kilang-kilang termasuklah minyak, sisa toksik
dan sisa-sisa kilang.
Pencemaran tetap akan berlaku walaupun
bahan buangan tersebut ditanam di dalam
tanah. Hal ini disebabkan oleh logam berat
iaitu litium, berilium, merkuri dan sebagainya.
hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic,
bahan partikel seperti PVC dan polimer turut
menjurus kepada pencemaran tanah dan air
bawah tanah.
Partikel partikel berbahaya akan meresap
masuk ke dalam tanah sekiranya bercampur
dengan air seperti air hujan.
Sekiranya tindak balas kimia berlaku, ia akan
menyebabkan keadaan menjadi lebih
teruk.Partikel partikel berbahaya akan
meresap masuk ke dalam tanah sekiranya
bercampur dengan air seperti air hujan.
Sekiranya tindak balas kimia berlaku, ia akan
menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

23

KESAN PENCEMARAN TANAH

1.Kualiti tanah merudum

penurunan kualiti tanah atau kerosakan tanah
Sisa sisa industri dan hasil tumpahan daripada
kilang atau kenderaan motor akan menjadikan
tanah rosak dan kualitinya merudum.
Tanah yang rendah kualiti menyebabkan tumbuh-
tumbuhan atau sayur sayuran yang ditanam tidak
dapat hidup dengan baik dan menjadi subur

Pencemaran membuatkan tahap 24
keasidan tanah meningkat yg
mengurangkan kualiti tanah

3. KEMUSNAHAN HABITAT,EKOSISTEM
DAN BIODIVERSITI.

Pelbagai spesies fauna dan flora
diancam kepupusan dan
kemusnahan akibat daripada
pembalakan yang melampau.
Apabila hutan dimusnahkan
fungsi pokok sebagai pengeluar
utama akan turut mengalami
kemusnahan. Hidupan yang
bergantung kepada tumbuh
tumbuhan seperti herbivor akan
kehilangan sumber-sumber
makanan.
Contohnya gajah,rusa,monyet dan
lain-lain. Kerosakan kemusnahan
ekosistem rantaian seperti
makanan, kitar tenaga komponen
biotik dan abiotik yang kelak
menganggu keseimbangan
ekologi setempat.
Gangguan ekologi secara
menyeluruh akan berlaku apabila
hutan-hutan dimusnahkan.

25

CARA MENGATASI

Cara Mengatasi Pencemaran Tanah yang disebabkan oleh
Pembangunan Bandar yang Pesat.
1.Pendidika
n alam sekitar

Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah
yang dapat dilaksanakan untuk mengatasi masalah
pencemaran tanah. la dapat membentuk sikap positif
dalam diri dan menjadikan seseorang itu lebih
memahami perihal pencemaran alam sekitar. Dengan
adanya ilmu pengetahuan yang mendalam tentang
pencemaran termasuk punca dan akibat hasil
pencemaran yang berlaku seperti pencemaran tanah,
seseorang individu akan lebih menghargai alam sekitar.

ii. Kempen Kesedaran.
Kempen kesedaran merupakan salah satu inisiatif yang
dapat diambil bagi mengurangkan masalah pencemaran
alam sekitar.
Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh
dilaksanakan adalah kempen Cintailah Tanah Kita, Anti
Pencemaran, dan Sahabat Alam. Dalam kempen ini
peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dan sebagainya.



iii. Peranan Media Massa



Media massa memainkan peranan penting dalam menangani
isu pencemaran tanah. Umum mengetahui bahawa pada era
serba moden ini, media masa mudah untuk mempengaruhi

dan membentuk cara pemikiran Dengan itu, pendedahan
penyebaran tentang isu pencemaran alam oleh media massa
kepada masyarakat umum akan menyebabkan mereka lebih

berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran.



26

Contoh hadis tentang menjaga alam sekitar



1.Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat
manusia untuk memelihara alam sekitar ini kerana
kita telah diamanahkan melalui sabda Rasulullah

SAW yang membawa maksud :



"Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah
melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat
apa yang kamu lakukan." (Hadis riwayat Muslim).



1. Ingatlah, adalah tanggungjawab kita untuk

memelihara dan menjaga alam sekitar dan
ingatlah akan azab Allah SWT seandainya kita

mengingkari perintahnya!



"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut
kesan daripada perbuatan manusia, demikian
(supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap
(kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka

kembali bertaubat." (Surah Al-Rum ayat 41)



Setiap perbuatan yang baik dan melaksanakan
tanggungajawab itu pasti akan mendapat ganjaran
yang setimpal... Sesungguhnya Allah SWT itu Maha

Adil, Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana…



27

KATA-KATA HIKMAH

Sebagai manusia di muka bumi ini kita di wajibkan untuk
menjalankan tugas kita untuk menjaga alam sekitar . Alam

semesta ini wujud kepelbagaian yang amat besar dalam
bentuk dan fungsi bagi memenuhi kebajikan manusia serta

menjadi bukti kebesaran Allah.
Allah SWT menentukan dan mengatur sesuatu dan semuanya

meraikan dan memuji-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidakkah engkau
mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa) sentiasa bertasbih kepada-Nya sekalian makhluk yang
ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang
berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui
(menurut keadaan semula jadinya) akan cara mengerjakan
ibadatnya kepada Allah dan memuji-Nya dan Allah Maha
Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” (Surah an-Nur,

ayat 41)



ALLAH SWT mencipta alam semesta ini mengikut bahagian
yang sewajarnya secara kuantitatif dan kualitatif.

Perkara itu dinyatakan menerusi firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut

takdir (yang ditentukan).” (Surah al-Qamar, ayat 49)




28

KESIMPULAN

dengan ini alam sekitar
perlulah dijaga agar terjamin
kebersihannya sehingga akhir
khayat. hal ini kerana alam
sekitar merupakan kurniaan
Allah swt kepada manusia.
selain itu, ia juga memberikan
kesan dan impak yang sangat
besar kepada manusia jika
berlaku kemusnahan

29

RUJUKAN

https://www.google.com/imgres?
imgurl=https%3A%2F%2Fwww.utusansarawak.com.my%2Fwp-
content%2Fuploads%2F2020%2F12%2F1.67-juta-3-
e1608770754665.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.utusansarawak.com.my%2F%3Fp%3D
20465&tbnid=4EOfro2D6OMbjM&vet=12ahUKEwju0M7T9eL3AhUi4XMBHf3MAFMQMygWegUIA
RDjAQ..i&docid=ONDtX3tKtCYb4M&w=770&h=438&q=pencemaran%20udara%20di%20bandar
&ved=2ahUKEwju0M7T9eL3AhUi4XMBHf3MAFMQMygWegUIARDjAQ
https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fwww.majalahsains.com%2Fwp-
content%2Fuploads%2F2019%2F04%2Fvehicles-air-cars-traffic-pollution-
1_0.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.majalahsains.com%2Fpengaruh-trafik-terhadap-
ozon-paras-tanah-di-
bandar%2F&tbnid=ZcrOZZihwH_ycM&vet=12ahUKEwju0M7T9eL3AhUi4XMBHf3MAFMQMygfeg
UIARD6AQ..i&docid=L4GdV2LuBLnVgM&w=1200&h=550&q=pencemaran%20udara%20di%20ba
ndar&ved=2ahUKEwju0M7T9eL3AhUi4XMBHf3MAFMQMygfegUIARD6AQ
ournalarticle.ukm.my/14602/1/38263-120996-1-SM.pdf
https://www.google.com/url?
sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.beritaharian.sg%2Fdunia%2Fjerebu-27-kawasan-di-
malaysia-catat-paras-pencemaran-udara-tidak-sihat&psig=AOvVaw3-
Prf61iM1iednBzeP6uNL&ust=1652751005340000&source=images&cd=vfe&ved=0CAwQjRxqFwo
TCOCj77zv4vcCFQAAAAAdAAAAABAD
https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fcdn.hellodoktor.com%2Fwp-
content%2Fuploads%2F2021%2F04%2Fshutterstock_1689699835.jpg&imgrefurl=https%3A%2F
%2Fhellodoktor.com%2Fpenyakit-perut-gastrousus%2Fgastrik%2Fgastrik-sesak-
nafas%2F&tbnid=Ri-irKNFP-
d5IM&vet=12ahUKEwjh0OXg_eL3AhUO1nMBHUI1BgUQMygBegUIARDYAQ..i&docid=XMq6Ceqc
YslvlM&w=800&h=396&q=sukar%20bernafas&ved=2ahUKEwjh0OXg_eL3AhUO1nMBHUI1BgUQ
MygBegUIARDYAQ
https://www.google.com/imgres?
imgurl=https%3A%2F%2Fassets.hmetro.com.my%2Fimages%2Farticles%2Fvamp1_153702900
7.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Fsihat%2F2018%2F09%2F377537%
2Fsindrom-vampire&tbnid=-u-W3Jsqd--
B9M&vet=12ahUKEwjW3p2A_uL3AhXHiNgFHfr5CNwQMygJegQIARBO..i&docid=iRi-
7DWOn4ec_M&w=921&h=540&q=sakit%20kulit%20disebabkan%20sinaran%20ultr/www.bing.
com/images/search?
view=detailV2&ccid=q7b03Atr&id=7510B57FEC98F0EDB36AE914CE315D8388800B31&thid=OIP.q
7b03AtrLOYeM7XrO_ei3AHaFj&mediaurl=https%3a%2f%2fimage.slidesharecdn.com%2fprese
ntation1-110727233243-phpapp02%2f95%2fkepentingan-penjagaan-alam-sekitar-menurut-
islam-6-
728.jpg%3fcb%3d1311809695&exph=546&expw=728&q=hadis+alam+sekitar&simid=608047784
679777428&FORM=IRPRST&ck=DF83BB8F39B37D802F1B74FDD6CFA096&selectedIndex=0&ajaxh
ist=0&ajaxserp=0
a%20ungu&ved=2ahUKEwjW3p2A_uL3AhXHiNgFHfr5CNwQMygJegQIARBO



30

RUJUKAN

https://ms-
my.facebook.com/KotaBridge/posts/minta-
pertolonganrakan-kami-smg-corp-yang-mengendali-


projek-sungai-klang-meminta/2078100889163452/

http://bmpengurusankumpulan15.blogspot.com/2010
/08/alam-sekitar-pencemaran-air.htmi
http://bmpengurusankumpulan15.blogspot.com/2010
/08/pemcemaran-udara.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air



31

Pembahagian Tugas

Fatiha Amira

-Menghuraikan tentang -Menghuraikan tentang
pencemaran air peningkatan suhu

-Mencari isi tentang -Mencari isi tentang
pencemaran air peningkatan suhu

-Mengedit slide tentang -Mengedit slide tentang
pencemaran air peningkatan suhu
-Menyertai setiap
-Menyertai setiap perbincangan
dan memberi maklum balas perbincangan dan memberi
yang pantas idea yang bernas

Zulaiqah Shakila

-Menghuraikan tentang -Menghuraikan tentang
pencemaran sampah sarap pencemaran tanah

-Mencari isi tentang -Mencari isi tentang
pencemaran sampah sarap pencemaran tanah

-Mengedit slide tentang -Mengedit slide tentang
pencemaran sampah sarap pencemaran tanah
-Menyertai setiap
-Menyertai setiap
perbincangan dan memberi perbincangan dan mengatur
perjumpaan dengan bagus
kerjasama yang baik
32
Nurain

-Menghuraikan tentang
pencemaran udara

-Mencari isi tentang pencemaran
udara

-Mengedit slide tentang
pencemaran udara,membuat
pendahuluan,penutup,memastikan
e-folio dalam keadaan teratur

dan lengkap

Thank You

33


Click to View FlipBook Version