The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ekhsan_fiza, 2022-05-25 00:20:56

MPU 13022 E FOLIO

KONSEP MORAL DAN NILAI

Keywords: KONSEP BAIK PATUT DAN BENAR

MPU 13022 PENDIDIKAN MORAL

E-FOLIO
TOPIK 1: KONSEP MORAL DAN NILAI

NAMA : FREDA CYRIL CANUTE

NO. MATRIK : P21SFP21F006

KELAS : SFP 2

SESI : II 2021/2022

NAMA PENSYARAH : PN. EKHSAN HAFIDZAH BTE SHUHAIMI

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT
1. PENGENALAN 1
2. KONSEP BAIK 2
3. KONSEP BENAR 3

4. KONSEP PATUT 3
PENERANGAN NILAI-NILAI MURNI DALAM
4-5
5. KEHIDUPAN 6
KESIMPULAN 6

6.
7. RUJUKAN

1|Page

PENGENALAN

Nilai – nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang
supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng. Ibu bapa, guru-guru dan
masyarakat berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak supaya mereka
dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai-
nilai murni yang telah diterapkan kepada mereka, ibarat kain putih yang perlu
dicorakkan dengan warna-warni nilai-nilai murni. Bak kata pepatah “Melentur buluh
biarlah dari rebungnya”.

Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar
di sekolah – sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan
nilai – nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan
peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai – nilai murni dalam diri anak – anak
mereka.

Pendidikan merupakan satu peranan penting dalam menjana anjakan
paradigma setiap individu di samping memainkan peranan penting dalam melahirkan
insan yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan
selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu ilmu dan juga
penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan tersebut
seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang
telah dipelajari dan seterusnya memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam
kehidupan seharian.

2|Page

KONSEP BAIK

Perkataan baik membawa maksud memberi faedah atau bagus apabila
mengunakannya. Konsep baik merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap
sesuatu yang telah digunakannya. Baik boleh memberi makna yang tertentu iaitu baik
dalam konteks pemilihan, baik disifatkan kerana kecekapan, baik dalam konteks
nasihat, baik kerana menghargai, baik dalam hukuman dan nilaian serta tafsiran.

KEBAIKAN INTRINSIK
Menurut hobbes,baik adalah sebarang objek yang dingini dan buruk adalah yang
diberi pula mengatakan bahawa baik diberi pula mengatakan bahawa baik atau brurk
merupakan pengalaman.
Lewis pula mengatakan bahawa baik atau buruk merupakan pengalaman seseorang
invidu decara intrinsik menjelaskan baik ini ditunjukkan melalui tingkah laku.
Artistik mengangapkan baik adalah unsur-unsur kebahagian yang ada dan dirasainya
konsep baik merupakan penerimaan atau psikologi individu.

KEBAIKAN EKSTRINSIK

Masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup
dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari
segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan
sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.
Negara ada seorang pun rakyat Malaysia yang mengalami masalah kekurangan zat
makanan yang teruk. Kita mesti menyediakan secukupnya keperluan asas seperti
tempat tinggal, hak mendapat kemudahan kesihatan, dan semua keperluan asas yang
lain. Malaysia yang maju perlu mempunyai kelas menengah yang besar .

3|Page

KONSEP BENAR

Perkataan benar boleh dilihat dari segi iaitu: Benar bermaksud betul dan
mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyai fakta-fakta, sebab-sebab, dan
bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti. Kepercayaan kepada Tuhan dan
menurut ajaran agama merupakan tugas kebenaran yang mutlak, iaitu tidak boleh
dibahaskan atau dikaitkan dengan perkembangan sains atau amalan-amalan sosial
pada bila-bila masa. Manakala Hukum Newton merupakan kebenaran saintifik yang
boleh dibuktikan dengan fakta-fakta atau maklumat-maklumat yang dikumpul dan
dianalisiskan secara saintifik. Pantang larang dan peraturan adat pula
merupakan kebenaran relatif kerana ini hanya wujud secara relatif. Ini adalah kerana
pantang larang yang mungkin benar pada hari ini tetapi dengan perubahan masa
mingkin ia akan menjadi salah kemudiannya.

KONSEP PATUT

Patut boleh diertikan seharus, mesti atau sesuai. Moral (1903) menyatakan
“patut” membawa erti yang sama dengan “baik” kerana mempunyai unsur bertindak
secara waras dan bijaksana. Konsep patut memerlukan penilaian intrinsik yang perlu
memberi pertimbangan terhadap satu standard yang boleh diterima oleh manusia,
memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta-fakta yang wujud, memberi
persetujuan kerana mempunyai pendapat yang sama atau mempunyai sifat-sifat yang
sama dan tidak setuju dengan sesuatu kelakuan.

Mengamalkan ajaran agama Menghormati ibu bapa
4|Page

PENERANGAN NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN

Nilai – nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang
supaya segala tindakan mereka tidak menyelewang dari norma – norma kehidupan.
Sosial yang diketahui dalam masyarakat nilai – nilai murni ini dapat melahirkan insan
yang unggul demi merealisasikan misi nasional negara. Nilai murni amat penting
kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda. Penerapan nilai murni
ini akan mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan seseorang samada melalui
tindakan, percakapan, dan kawalan emosi seseorang. Sebagai contoh nilai murni
kasih sayang.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang
berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya,
peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara
kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di
bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara
pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana
kehidupan yang harmoni di Malaysia asas yang lain. Malaysia yang maju perlu
mempunyai kemudahan kesihatan dan semua keperluan. Malaysia yang maju perlu
mempunyai kelas menengah yang besar.

Mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat

Setiap masyarakat saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ahli falsafah
Pascal mengungkapkan kalau kita ingin hidup dalam perpaduan yang harmoni, kita
mestilah mulakan bicara dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut
umpama air yang menyirami tanah yang tandus. Usaha lain yang dapat direncana
untuk memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyambut hari
perayaan bersama-sama. Negara kita merupakan antara masyarakat yang banyak
meraikan perayaan sepanjang tahun daripada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri
dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal.
Dengan penganjuran rumah terbuka, bangsa lain yang tidak mengetahui budaya dan

5|Page

tradisi kaum yang menyambut perayaan tersebut boleh memepelajari dan menikmati
hidangan yang lazimnya dihidangkan. Jelasnya, penganjuran rumah terbuka dapat
memupuk perpaduan antara kaum menerusi perayaan yang disambut.

Perpaduan antara kaum

.
Negara menjadi maju dan berjaya
Masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup
dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari
segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan
sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.

6|Page

KESIMPULAN
kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan
nilai- nilai murni dalam diri masing-masing.Hal ini demikian kerana,terdapat banyak
kepentingan bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita,selain itu, terdapat banyak
juga langkah -langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini.sebagai hasilnya,negara
akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.Amalan nilai murni amt mustahak
untuk negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi
yang lain di dunia
.Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran
secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga
sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina
negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan
kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip
utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging)
bagi menjayakan konsep ini.

RUJUKAN
1. Nota Pendidikan Moral
2. http://azmiahamad.blogspot.com/2016/12/tajuk-penerapan-nilai-murni-
dalam.html
3. http://mysecondarynotes.blogspot.com/2017/12/tajuk-gambar-di-bawah-
menunjukkan.html
4. http://kolaborasi-ilmu.blogspot.com/2012/11/motivasi-intrinsik-dan-
ekstrinsik.html

7|Page


Click to View FlipBook Version