PENGAJARAN
KEMAHIRAN MEMBACA
bersama
LHE 3105
Dr Halimah Binti Jamil
Mari Membaca
Perlu Dicapai
KEMAHIRAN MEMBACA MEKANIS
KEMAHIRAN MEMBACA INTENSIF
KEMAHIRAN MEMBACA
BACAAN MEKANIS
Bacaan bersuara yang menyuarakan
tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang, dengan intonasi dan irama
mengikut gaya membaca yang betul
dengan menggerakkan alat-alat
pertuturan.
2.1 Membaca secara mekanis pelbagai bahan
prosa dan puisi.
.
2.1.2 Membaca dan memahami laras bahasa
cerpen dengan sebutan, intonasi yang betul dan
nada yang sesuai.
P Pelaksanaan aktiviti
1. Guru menayangkan gambar tempat-tempat menarik di
Malaysia
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengalaman
percutian mereka. Guru menerangkan kegunaan ''Papan
Ganjaran'' kepada murid.
3. Guru membaca cerpen secara kuat dengan sebutan, intonasi
dan nada yang betul, sesuai dan tepat. (M/S 190-191)
4. Setiap murid diminta membaca cerpen dengan sebutan,
intonasi dan nada yang betul, sesuai dan tepat. Guru akan
menyemak bacaan murid.
P Pelaksanaan aktiviti 1
5.Guru akan menjalankan kuiz pengetahuan am berdasarkan
tema pengajaran bersama-sama dengan murid. Permainan
''Teka dan Menang'' dimulakan.
6.Setiap murid akan menerima satu replika tiket percutian
berdasarkan markah yang berjaya dikumpul pada papan
ganjaran. Teks dialog ditulis di belakang tiket.
7.Murid perlu membaca teks dialog tersebut dengan sebutan,
intonasi dan nada yang betul serta tepat.
Bahan Bantu Mengajar
Teks Cerpen (ms190-191): Papan Ganjaran Replika Tiket Pelancongan
Adat Dikelek, Hukum Dijunjung
BACAAN INTENSIF
Bacaan yang bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam
meneliti, memahami dan mentafsir
bahan bacaan dengan tepat.
Latihan bacaan ini memerlukan
bimbingan dan bantuan penuh daripada
guru-guru.
2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan,
rangkai kata, istilah serta ungkapan dan ayat dalam
pellbagai bahan.
.
2.2.1 Membaca dan menerangkan maksud istilah yang
tepat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari,
kamus dan tesaurus dengan betul dan tepat.
P Pelaksanaan aktiviti 2
1.Guru menayangkan gambar tempat-tempat menarik di Sabah.
2.Guru bersoal jawab tentang pengalaman percutian murid.
3.Guru membaca cerpen dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul, sesuai dan
tepat.
4.Guru meminta murid membaca cerpen dengan sebutan, intonasi dan nada yang
betul, sesuai dan tepat secara individu. Guru akan menyemak bacaan murid.
5. Permainan “Sambungkan Saya”
-murid diminta mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak difahami daripada
teks. Murid perlu mencari makna perkataan dengan merujuk kamus.
-guru memulakan penceritaan berdasarkan objek yang dipegang (contoh: air
terjun). Guru menyerahkan baton kepada murid untuk menyambung cerita.
-markah akan diberikan bagi setiap penggunaan perkataan yang baru dijumpai
oleh murid di awal pembelajaran.
Gambar Air Terjun
BACAAN EKSTENSIF
Bacaan meluas yang menekankan
aktiviti-aktiviti membaca yang
dilaksanakan di luar bilik darjah .
Penekanan kepada aspek pengukuhan
asas bacaan, menambah kemahiran
pemahaman dan penaakulan,
meningkatkan kepantasan membaca,
membina dan mengukuh minat membaca
dan kebolehan memetik isi penting.
2.4. Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk
mengukuhkan penguasaan bahasa dan meluaskan
pengetahuan bagi pembangunan diri.
.
2.2.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan
pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan
fiksyen dan bukan fiksyen.
Pengajaran Bacaan Ekstensif
1.Guru menayangkan gambar tempat-tempat menarik di Sabah.
2.Guru bersoal jawab tentang pengalaman percutian murid.
3.Guru membaca cerpen dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul, sesuai
dan tepat.
4.Guru meminta murid membaca cerpen dengan sebutan, intonasi dan nada yang
betul, sesuai dan tepat secara senyap.
5.Murid diminta menerangkan maklumat yang difahami daripada teks cerpen
tersebut.
6. Permainan Jom jelajah Malaysia
-murid diminta melukis muka watak
- murid perlu melakonkan dialog di hadapan kelas menggunakan lukisan
tersebut.
- murid memberikan pendapat terhadap lakonan.
Bahan Bantu Mengajar
TERIMA KASIH.
Membaca jambatan ilmu.