The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ilyaa Maisara, 2023-06-18 12:02:30

PUISI KE MAKAM BONDA

E-BOOK (KE MAKAM BONDA)

Ke Makam Bonda PENYUNTING : DAYANG SUFIANI ILYA MAISARA RAIHAN AFIQAH NURDZUL MASHANA SITI NURFARZANA SIRI PEMBACAAN KREATIF PEMAHAMAN MAKNA DAN SOSIOBUDAYA MELAYU


1 ‘PUISI KE MAKAM BONDA’ KARYA USMAN AWANG ILYA MAISARA RAIHAN AFIQAH DAYANG SUFIANI SITI NURFARZANA NURDZUL MASHANA NAMA PENYUNTING : ANIDA SARUDIN TAJ RIZAL ARIZA ABDULLAH 2023


2 HAK CIPTA © HAK CIPTA TERPELIHARA. Terbitan Pertama: Jun 2023 E-Buku ini ialah karya asli daripada sasterawan negara iaitu Usman Awang. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan dengan apa jua cara sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, filem dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran daripada penerbitnya secara bertulis. CONTOH PDP (Gantikan setelah mendapatkannya dari PNM) Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pengarang pertama, pangkat, tahun lahir, TAJUK/ NAMA SEMUA PENGARANG Mode of access: Internet eISBN 978-967- 1. (KATEGORI) 2. I. Ariza Abdullah, Dr., 1972-. II. -. III. IV. Judul.


3 PENAFIAN Penulis tidak menjamin apa yang terkandung adalah sesuai untuk semua pembaca, namun isi kandungan adalah hasil daripada nukilan, kepakaran, pengalaman dan kefahaman sendiri. Boleh imbas bar kod di bawah untuk hubungi kami di media sosial Telegram:


4 PRAKATA Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda. Saya mewakili mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersyukur di atas penerbitan buku elektronik (e-buku) yang bertajuk “Puisi Ke Makam Bonda” hasil perkongsian daripada lima orang pelajar UPSI yang mengambil subjek “BML3083 Semantik Dan Pragmatik”. Dunia kini telah melalui pelbagai fasa melibatkan semua sektor ekonomi. Begitu juga dalam industri bahan bacaan. Seiring dengan pembangunan teknologi digital, maka bahan bacaan yang selama ini berbentuk fizikal turut terkesan apabila masyarakat lebih tertumpu mencari maklumat di alam maya. Oleh kerana itu, penulis juga perlu berani berubah mengikut fasa perubahan ini dengan menerbitkan pelbagai


5 genre karya. Buku elektronik bertajuk “Puisi Ke Makam Bonda” yang dikongsikan oleh penulis dilihat dapat membantu sesiapa sahaja berkarya dan menghasilkan penulisan berkonsepkan ebuku. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan tahniah kepada penulis kerana telah berjaya menerbitkan karya ini. Semoga Allah SWT membalas dengan ganjaran kebaikan di dunia dan akhirat.


6 ISI KANDUNGAN HAK CIPTA 2 PENAFIAN 3 PRAKATA 4-5 ISI KANDUNGAN 6 PENULIS 7-8 PENGHARGAAN 9 DEDIKASI 10 PENGENALAN 11 BAB 1: BONDA 12-20 BAB 2: PUISI ‘KE MAKAM BONDA’ 21-28 BAB 3: MENGENAL MAKNA PUISI ‘ KE MAKAM BONDA 29-42 BAB 4: HURAIAN KESELURUHAN 43-47 PENUTUP 48-49 RUJUKAN 50-52


7 PENULIS Terdiri daripada lima orang dan merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian. Kesemua penulis merupakan pelajar daripada semester enam. ILYA MAISARA NURDZUL MASHANA


8 SITI NURFARZANA DAYANG SUFIANI RAIHAN AFIQAH


9 PENGHARGAAN Sekalung penghargaan buat semua yang menjayakan penerbitan E-book “Puisi Ke Makam Bonda” khususnya buat pensyarah yang kami hormati dan sayangi, iaitu Dr. Anida Binti Sarudin yang banyak membantu kami sepanjang proses penghasilan E-Book ini. Kemudian, setinggi-tinggi terima kasih buat semua ahli kumpulan yang banyak membantu, memberi idea dan saling bekerjasama dalam menyiapkan tanpa masa dan kudrat yang diberikan maka tidak terhasilnya E-book ini. Ucapan terima kasih kepada anda yang membelinya. KAMI hargai ANDA dan semoga berjaya menerbitkan e-buku dengan panduan ringkas ini.


10 DEDIKASI E-buku ini didedikasikan kepada: Ibu dan bapa kami, Walaupun kalian jauh dari mata, Dorongan dan doa sentiasa untuk diriku, Diriku takkan mampu membalas jasa kalian sehingga ke hari kiamat. Buat rakan-rakan seperjuanganku, Terima kasih muncul dan banyak membantu, Memberi sokongan dan dorongan, Untuk terus bersemangat, Dalam menyiapkan E-Book ini, Jasa kalian amat dihargai. Terima kasih dan semoga kejayaan menjadi milik semua. Insya-Allah


11 PENGENALAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya E- book ini berjaya disiapkan dan telah berjaya diterbitkan. Buku ini sememangnya telah menjadi impian kami sejak mula menulis dengan giat. Dewasa ini, masyarakat lebih dekat dengan hiburan khususnya lagu berbanding dengan teks klasik. Walaupun mata pelajaran sastera diterapkan dalam pelajaran tetapi penghayatan mereka terhadap teks klasik sangat kurang. Minat dan kecenderungan mereka lebih terarah kepada dunia hiburan yang menjadi halwa kemanisan pendengarannya. Justeru, sebagai bakal pendidik kami telah bersama-sama melaksanakan analisis dan kajian terhadap “Puisi Ke Makam Bonda” ini dengan melihat aspek semantik berkaitan konteks makna gaya dengan mengaitkan dengan novel, filem dan iklan.


12 BAB 1 (BONDA)


13 BAB 1: BONDA Definisi bonda • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bonda merupakan bahasa halus dan kebiasaanya digunakan dalam surat-menyurat untuk mewakili gelaran seorang ibu atau emak. APA ITU PUISI ? • Puisi telah diterima umum sebagai bentuk karya sastera yang paling tua. Menurut Za’ba (1939), puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah. Puisi ini juga dapat melukiskan


14 fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa. Sebagai karangan berangkap, puisi ini disusun dengan bahagian yang berkerat-kerat. • Puisi terbentuk dari beberapa unsur iaitu kata, baris, bait, rangkap, bunyi, dan makna. Kelima-lima unsur ini saling mempengaruhi keutuhan sebuah puisi. Kata adalah unsur utama terbentuknya sebuah puisi. Pemilihan kata (diksi) yang tepat sangat menentukan kesatuan dan keutuhan unsur-unsur yang lain. Kata-kata yang dipilih diformulasi menjadi baris.


15 BIODATA USMAN AWANG • Nama Usman Awang bukan asing dalam dunia kesusasteraan tempatan. Dalam dunia sastera tanah air, Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang adalah nama tersohor bagai bintang yang gemerlapan sepanjang zaman. • Sasterawan Negara yang disegani ini dilahirkan di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili Kota Tinggi Johor pada 12 Julai 1929 dan meninggal dunia pada usia 72 tahun


16 di Kuala Lumpur setelah lama menderita akibat penyakit jantung. • Menjalani hidup sebagai anak nelayan menjadikan beliau sebagai insan berjiwa kental namun penuh kelembutan, selembut ucapan puisi yang dikagumi sehingga kini. Kesusahan hidup banyak mengajar beliau tentang kehidupan dan menghadirkan ilham yang berterusan serta menguatkan azam beliau untuk mengubah taraf hidup yang dibelenggu kemiskinan. • Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang, adalah ikon patriotik yang menerusi karya seni menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia serta wajar dikenang dan dimartabatkan. Beliau telah memenangi banyak anugerah kesusasteraan seperti


17 Gelaran Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1982), Gelaran Sasterawan Negara (1983), Zamalah Sastera untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran) (1985) dan Anugerah Penyair Johor (1995). • Antara nama-nama pena beliau termasuk Tongkat Warrant, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose dan MurniKarya • Usman Awang menyerlahkan ilhamnya yang bernas dan penuh makna tersirat hingga menarik minat ramai khalayak pembaca untuk mengikuti karyanya. Beliau adalah antara penyair Melayu yang mengekalkan semangat dan harmoni pantun dalam sajak-sajaknya walaupun melonggarkan beberapa ikatan konvensional puisi lama.


18 LATAR BELAKANG PUISI ‘KE MAKAM BONDA’ • Puisi ‘Ke Makam Bonda’ merupakan salah satu karya yang terkenal hasil daripada penulisan sasterawan negara iaitu Allahyarham Dato’ Dr.Usman Awang. • Puisi ‘Ke Makam Bonda’ ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana hampir semua orang tentu tahu puisi ini adalah karya Usman Awang. Hanya orang yang tidak pernah belajar sastera Melayu moden sahaja yang tidak tahu akan kewujudan puisi ini. • Puisi ini merupakan puisi Melayu yang pertama diterima dan diminati oleh masyarakat. Mereka yang


19 berusia 60 atau 65 tahun ke atas tentu pernah mendengar puisi ini dipersembahkan di radio dan di pentas. Biasanya ia dipersembahkan dalam bentuk yang dipanggil ‘tablo’ atau ‘pentomen’. Dalam persembahan ini puisi ini akan dibaca atau dideklamasi oleh seorang deklamator manakala beberapa orang lagi akan melakonkan aksi seperti yang terdapat dalam sajak tersebut. • Puisi ini dikatakan telah mendapat tempat di hati khalayak ramai begitu juga dengan Allahyarham Dato’ Dr.Usman Awang yang menjadi penyair pertama yang diterima oleh masyarakat. Dengan kata lain, Allahyarham Dato’ Dr.Usman Awang merupakan orang pertama


20 mempopularkan bentuk puisi dalam kesusasteraan Melayu moden.


21 BAB 2 (PUISI ‘KE MAKAM BONDA’)


22 BAB 2: PUISI ‘KE MAKAM BONDA’ Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi. Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena dalam rahap Dua tangan kaku berdakap. Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini kurasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi.


23 Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan Air mawar kami siramkan. Senyum kemboja mengantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabadian Insan kerdil menghadap Tuhan. Begitu bakti kami berikan Tiada sama bonda melahirkan Kasih bonda tiada sempadan Kemuncak murni kemuliaan insan.


24 SINOPSIS PUISI ‘KE MAKAM BONDA Puisi ini menceritakan kisah berkenaan anak-anak yang mengunjungi pusara arwah ibu mereka yang telah lama meninggal dunia. Sewaktu mereka mengunjungi pusara bonda mereka, keadaan di sekitar pusara sunyi sepi kerana pada waktu itu adalah waktu awal pagi. Di sini juga digambarkan keadaan batu nisan yang telah usang dan berlalang disebabkan tidak ada sebarang kunjungan di pusara tersebut. Ingatan kisah silam mereka pun terimbas kembali dan mereka pun merindui kenangan bersama ibu mereka.


25 MAKNA BAGI SETIAP RANGKAP Rangkap 1 & 2 • Pada permulaan sajak ini, penulis cuba menggambarkan keadaan di sekeliling ketika mereka pergi melawat pusara ibunda mereka. • “Kami mengunjungi pusara bonda”. Istilah mengunjungi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) bermaksud mendatangi untuk melihat-lihat tempat atau menemui seseorang, melawat dan menziarahi. Perkataan mengunjungi pusara ini


26 termasuk sifat terpuji kerana ia digalakkan oleh agama kerana ia dapat meruntun hati untuk mendekatkan diri dengan pencipta. Rangkap 3 & 4 • Maksud daripada rangkap ketiga dan keempat ini adalah deskripsi bonda yang sudah meninggal. Bibir, tangan, tatapan adalah deskripsi keadaan fisik bonda. Setelah menatap bonda, penyajak kembali teringat masa lalunya saat bonda masih ada dan suka mengecupi dahinya dan hingga kini ia masih merasakan kasih sayang yang diberikan oleh bondanya.


27 Rangkap 5 • Semasa penulis di pusara, beliau mendirikan batu nisan yang jatuh dan memotong lalang yang panjang. Sebelum pulang, penulis mendoakan kesejahteraan bonda mereka serta menyirami air mawar di pusara bonda. Rangkap 6 • Penulis meninggalkan pusara dengan perasaan duka. Meskipun begitu, penulis menyatakan bahawa beliau redha atas pemergian tersebut dan hanya mendoakan yang terbaik.


28 Rangkap 7 • Penulis sangat memuliakan serta sayang kepada bondanya yang telah meninggalkan dunia. Penulis juga cuba mengajak pendengar untuk lebih menghargai ibu mereka dengan mengingatkan bahawa sebanyak mana pun bakti kita di dunia ini, tiada satu pun yang sama dengan kasih sayang bonda yang sanggup berkorban melahirkan kita ke dunia ini. .


29 BAB 3 (MENGENAL MAKNA DALAM PUISI ‘KE MAKAM BONDA)


30 BAB 3: MENGENAL MAKNA DALAM PUISI ‘KE MAKAM BONDA’ RANGKAP 1 • Pada permulaan sajak ini, penulis cuba menggambarkan keadaan di sekeliling ketika pergi melawat ke pusara ibunda mereka yang tiada kedengaran sebarang bunyi tetapi hanya cahaya matahari yang memancar. Buktinya, melalui bait-bait kata baris pertama dan kedua, iaitu Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria. Sehubungan dengan itu, perkataan ‘kami’ merujuk anak kepada seorang ibu yang telah meninggal dunia. Diperlihatkan bahawa, ‘Kami’ dalam sajak ini melakonkan watak seorang anak yang soleh dan tahu tentang tanggungjawabnya terhadap seorang ibu. Kemudian, penulis menyatakan perasaan gembira kerana berpeluang dan berkesempatan untuk menziarahi makam bondanya.


31 Kegembiraan pengarang diserikan lagi dengan wangian bau-bauan bunga kemboja di kawasan perkuburan tersebut melalui bait-bait kata ‘Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda’. Sehubungan itu, Novel “Jual Beli Cinta” ada menggambar situasi yang ingin disampaikan oleh penyajak sekaligus membuktikan kejelasan makna bagi rangkap tersebut. “Suasana syahdu menyelubungi kawasan tanah perkuburan. Biarpun kali ini ramai manusia yang menziarahi pusara saudara-mara masing, kesayuan itu masih terpahat dalam diri” “Mama di sebelah masih Membaca doa. Aku memejamkan mata. Angin menderu perlahan, membawakan aroma bau bunga kemboja yang datang dari entah dari mana. Sesekali terdengar burung berkicau, bertasbih memuji ALLAH” (Jual Beli Cinta, Weida Airiza, 2015, 84)


32 • Berdasarkan petikan novel di atas, memperlihatkan bahawa watak ‘Aku’ yang merujuk anak kepada seorang ibu yang telah meninggal dunia juga merupakan seorang anak yang soleh dan tahu tentang tanggungjawabnya terhadap seorang ibu sama bait-bait puisi Usman Awang di rangkap satu. • Kemudian, ‘Aku’ ditemani dengan suasana syahdu yang menyelubungi dirinya semasa tiba di kawasan perkuburan arwah Amsyar dan arwah Mummy. Semasa ‘Aku’ dan Mamanya membaca doa buat arwah Amsyar dan arwah Mummy dia terbau aroma bau bunga kemboja yang tidak pasti datang daripada mana. Justeru, memperlihat penggunaan pokok kemboja atau bunga kemboja yang selalu dipilih oleh Usman Awang dan juga penulis novel ini merujuk kepada pohon berbunga cantik yang menjadi lambang kemurnian dan kesucian melalui bait-bait puisi 'Wangi berseri puspa kemboja, menyambut


33 kami mewakili bonda'. Oleh itu, kemboja selalu ditempatkan di pusara. Maka, watak ‘aku’ dalam novel dan watak ‘kami’ dalam puisi memperlihatkan situasi penggunaan makna dengan konteks yang sama. RANGKAP 2 • Pada rangkap kedua pula, beliau menggambarkan suasana apabila ‘kami’, iaitu anak-anak berada di tanah perkuburan tempat ibunya disemadikan. Pada Ketika itu, kelihatan tumbuhnya lalang-lalang di kawasan makam, keduadua batu nisan telah tumbang serta papan yang dijadikan benteng kubur telah mulai reput dan hancur. Situasi ini menunjukkan bahawa pemergian bonda tercinta menghadap ilahi telah lama berlalu dan mereka tidak berkesempatan menziarahi makam bonda tersebut. Dengan melihat hal sedemikian, anak-anak bonda tersebut terdiam seketika memikirkan keadaan itu


34 dan ini dapat muhasabah diri dengan kejadian yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Usman Awang menggambarkan ‘kami’ bersama-sama menegakkan kembali batu nisan yang telah tumbang sama ada disebabkan oleh tanah kubur yang telah mendap, tiupan angin ataupun dilanggar oleh haiwan yang melintasi kawasan perkuburan tersebut. Watak ‘Kami’ bersama-sama membersihkan kawasan kubur bonda yang telah ditumbuhi tumbuh-tumbuhan seperti lalang, rumput dan tumbuhan renek. Sehubungan itu, novel Percayalah ada menggambar situasi yang ingin disampaikan oleh penulis sekaligus membuktikan kejelasan makna bagi rangkap tersebut. “Menjejakkan kaki ke halaman perkuburan itu, angin sejuk menampar ke pipinya, pokok kayu tinggi rendang itu memayungkan mereka dalam panas pagi merangkak ke tengah hatu, Hatinya jadi sebak tak semena-mena melihat petak tanah dan nisan yang


35 sudah sedikit condong itu. Tanah sudah banyak diliputi lalang setinggi betis. Sunyi sepi, kerana musim begini bukanlah waktu sesuai untuk menziarahi kawasan ini. “Iniah kubur Mama Danial.” Sebut umi “Danial mengangguk. Selepas mereka beramai-ramai membuangkan lalang di sekitar nisan, menyedekahkan al-Ikhlas dan berdoa di situ, dia dibiarkan bersendirian. Pandangannya mula dirasai berbalam-balam. (Percayalah, Ruby, 2015, 153) • Berdasarkan petikan novel di atas, memperlihatkan bahawa watak Danial ke tanah perkuburan tempat Mamanya disemadikan. Pada ketika itu juga, watak Danial melihat kuburan mamanya yang berbentuk petak dan batu nisan yang sudah pun condong serta lalang sudah pun melepasi betis di tanah. Situasi ini menunjukkan bahawa pemergian Mamanya telah pun lama berlalu sama seperti dalam puisi Usman Awang dan watak Danial tidak berkesempatan untuk menziarahi makam bondanya tersebut.


36 Kemudian, Danial dan uminya bersamasama membersihkan lalang di sekitar nisan dan berdoa buat Mamanya. • Sehubungan dengan itu, memperlihatkan penggunaan kata seperti batu nisan condong atau lalang dapat menggambar situasi yang ingin disampaikan oleh penulis sekaligus membuktikan kejelasan makna bagi rangkap tersebut yang sama dengan puisi Usman Awang. Rangkap 3 • Rangkap 3 yang berbunyi dalam kenangan kami melihat, mesra kasih bonda menatap menerangkan bahawa anak-anak bonda mengenang kembali kenangan bersama ibu mereka sewaktu masih hidup. Mereka mengimbau tatapan mesra dan penuh kasih bonda kepada anak-anaknya itu. Baris Sedang lena dalam rahap, dua tangan kaku berdakap pula merujuk kepada tubuh bonda yang sedang terbaring tidak bernyawa di bawah


37 kain dengan tangan mendakap dirinya itu. Rahap dalam baris ketiga rangkap ini bermaksud kain untuk menutupi mayat seseorang. Sehubungan itu, filem pendek bertajuk Rindu Ibu yang diambil daripada Youtube dapat menggambarkan situasi yang ingin disampaikan oleh penyajak di samping ingin membuktikan kejelasan makna rangkap tersebut. Pada minit ke 19:10 hingga minit 20:16 memaparkan babak yang sama dengan rangkap 3 di atas. Dua orang anak ibu itu datang ke rumah dan melihat sekujur tubuh insan mulia sedang kaku terbaring. Mereka menangis lalu bayangan kenangan muncul di mana mengimbas kembali kenangan senda tawa bersama ibunya mereka itu. Rangkap 4 • Rangkap 4 membawa maksud walaupun bonda sudah meninggal dunia, rasa kasih dan sayang yang telah bonda berikan masih kian terasa hingga ke hari ini. Kuncupan dahi yang diberikan oleh bonda


38 masih lagi terasa walaupun bonda sudah menghadap ilahi. Puisi ke makam bonda telah menyatakan bibir bonda bersih dan lesu, pernah dulu mengucupi dahiku, kini kurasakan kasihnya lagi, meski jauh dibatasi bumi. Perkara ini dapat dibuktikan melalui iklan raya yang dicipta oleh Que Yahaya di aplikasi Youtube. Iklan ini mengisahkan tentang ibu tunggal yang perlu menjaga dua orang anak, seorang lelaki yang dikenali sebagai abang dan seorang perempuan yang dikenali sebagai adik. Abang pada mulanya bekerja di kampung sahaja. Akan tetapi, apabila sudah meningkat dewasa, abang ingin keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan yang tetap. Abang sudah pun mendapat pekerjaan dan terlalu sibuk sehinggakan panggilan dari emak dia hiraukan. Adik pula sedang meningkat remaja dan jiwa remajanya sedang menghasut dirinya. Adik selalu pulang lewat malam bersama seorang lelaki dan perkara itu membuatkan emak marah.


39 Setelah peristiwa itu, emak jatuh sakit. Adik cuba menghubungi abang tetapi tiada sebarang respons. Ibu pun meninggal dunia. Abang hanya sempat melihat makam ibu sahaja. Abang dan adik mula menyesali perbuatan mereka, mereka terkenang akan wajah emak, kasih sayang yang diberikan oleh emak kepada mereka dari mereka kecil hingga nyawanya terhenti. Rangkap 5 • Perkara yang ingin penulis sampaikan pada rangkap 5 baris 1 dan 2 yang berbunyi nisan batu kami tegakkan, tiada lagi lalang memanjang menerangkan bahawa anak-anak bonda bergotongroyong membersihkan dan memperbaiki makam bonda mereka. Pada rangkap yang sama baris 3 dan 4 iaitu ada doa kami pohonkan, air mawar kami siramkan memberi gambaran bahawa anak-anak bonda mendoakan kesejahteraan bonda mereka serta menyirami air mawar di pusara bonda. Peristiwa ini dapat dilihat


40 melalui video animasi Upin dan Ipin episode ‘Irama Raya’ yang terdapat di aplikasi Youtube. Video animasi tersebut memaparkan anak-anak yang datang untuk menziarahi makam bonda mereka setelah lama tidak kunjungi makam tersebut. Oleh itu, segala rumput-rumput atau lalang-lalang yang ada di atas makam bonda mereka bersihkan. Setelah selesai membersihkan makam bonda, mereka mulai berdoa untuk kesejahteraan dan ketenteraman bonda mereka dan dikuti dengan menyiram air mawar di atas kubur bonda mereka sebelum pulang ke rumah. Rangkap 6 • Perkara yang ingin disampaikan oleh penulis ialah keredhaan anak dalam melepaskan ibunya ke negeri abadi. Senyum kemboja mengantar kami, Meninggalkan makam sepi sendiri, damailah bonda dalam pengabadian, insan kerdil mengadap Tuhan. Berikut merupakan isi rangkap keenam bagi puisi


41 ke makam bonda. Peristiwa ini juga dapat dibuktikan melalui iklan raya dari aplikasi Youtube yang dicipta oleh Que Yahaya. Setelah emak pergi meninggalkan mereka dua beradik sahaja, mereka mula tersedar akan penyesalan yang dihadapi oleh mereka. Mereka mula berfikir bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa sosok seorang emak di sisi mereka. Akan tetapi, mereka tetap kuat dan tabah dalam menempuhi kehidupan mereka. Mereka tidak menyesali pemergian emak malah mereka redha kerana mereka tahu bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Rangkap 7 • Dalam rangkap 7 ini apa yang penulis cuba sampaikan adalah sebagai seorang anak kita mestilah menghargai ibu kita yang masih hidup kerana insan yang bergelar ibu ini tiada tandingannya daripada apa yang ada di dunia ini. Buktinya, dalam baitbait puisi menyatakan begitu bakti kami berikan, tiada sama bonda melahirkan,


42 kasih bonda tiada sempadan, kemuncak murni kemuliaan insan. Bait-bait puisi bagi rangkap 7 ini boleh kita lihat dalam filem pendek ‘ibu’ yang diambil daripada Youtube. Filem pendek ini, mengisahkan seorang ibu yang telah ditinggalkan oleh suami, yang menyebabkan beliau terpaksa berusaha lebih keras untuk membiayai hidup anaknya dari kecil sehingga besar. Meskipun, beliau terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan namun, beliau tidak menceritakan kesusahannya itu demi kebahagiaan anaknya. Dalam video ini, mesej yang cuba disampaikan kepada penonton sama seperti apa yang cuba disampaikan oleh penulis dimana bakti dan pengorbanan seorang ibu tiada tandingan dengan bakti yang kita curahkan. Kasih sayang ibu kepada kita tiada sempadan dan ibu sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kebahagian anaknya. Justeru, filem pendek ‘ibu’ ini dibuat khas untuk memperingati Hari Ibu dan juga untuk menunjukkan bahawa insan yang bergelar ibu ini perlu kita hargai.


43 BAB 4 (HURAIAN KESELURUHAN)


44 BAB 4: HURAIAN KESELURUHAN • Terdapat beberapa mesej yang ingin disampaikan dalam puisi ini antaranya adalah sentiasa mengenang jasa ibu kepada kita. Dalam puisi ini, kita diajar untuk sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu kepada kita. Jasa ibu dan pengorbanan ibu dalam membesarkan kita sehingga dewasa tidak dapat dibalas kerana terlalu besar nilainya untuk kita. Dalam puisi ini juga, dapat dilihat isi hati penulis dimana beliau mengenangkan jasa dan pengorbanan bondanya yang telah melahirkan dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. • Seterusnya, mesej yang ingin disampaikan dalam puisi ini adalah kematian atau pemergian itu adalah perkara yang tidak dapat kita hindari oleh setiap makhluk yang hidup di atas muka bumi ini. Dalam


45 puisi ini, kita boleh lihat bahawa kematian itu sudah pasti dan sesiapapun akan pergi bila tiba masanya. Hal ini dapat dilihat dimana meskipun kasih sayang penulis dan kerinduan terhadap ibunya tinggi, namun dia telah menerima kenyataan bahawa ibunya telah pergi meninggalkan dunia ini. • Selain itu, mesej yang ingin disampai dalam puisi ini adalah sebagai seorang anak kita mesti menghargai masa kita bersama ibu. Kita sedia tahu bahawa, semua yang hidup pasti akan pergi meninggalkan dunia ini termasuklah insan yang kita cintai. Sehubungan dengan itu, kita perlulah sentiasa menghargai masa yang masih ada bersama ibu kerana pada suatu masa nanti kematian tersebut akan memisahkan kita dengan orang yang paling kita sayangi. Berdasarkan puisi ini, kita diajar untuk meluangkan masa sebaikbaiknya dengan ibu kita agar suatu hari nanti kita dapat mengenang kembali


46 memori bahagia bersama ibu kita apabila ibu sudah tidak ada lagi di dunia ini. • Mesej yang ingin disampaikan dalam puisi ini juga adalah berkaitan kerinduan terhadap insan yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi. Dalam puisi ini, penulis ada menceritakan kerinduannya terhadap ibunya yang telah pergi. Kita juga haruslah menyedari, meskipun ibu kita telah pergi dari dunia ini, kita haruslah mengingati dan merindui ibu kita selalu. Misalnya, dalam puisi ini, penulis ada menyatakan bahawa beliau mengingati kembali kisahnya bersama ibu dimana beliau selalu mencium dahinya sewaktu ibunya masih hidup. • Mesej seterusnya yang ingin disampaikan oleh penulis adalah kita haruslah mencari masa untuk mengunjungi pusara atau kubur ibu bapa kita yang telah meninggal dunia. Meskipun kita sibuk dengan kerja kita, namun kita mestilah sentiasa mengingati arwah ibu bapa kita yang telah


47 meninggal dunia dengan menziarahi pusara mereka. Kita juga perlu meluangkan masa untuk membersihkan kubur mereka, menjaga keadaan kubur mereka dan selalu membacakan ayat-ayat suci al-quran untuk mereka.


48 BAB 5 (RUMUSAN)


49 PENUTUP Kesimpulannya, jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak dapat dibandingkan dengan apapun perkara di atas muka bumi ini kerana insan yang bergelar seorang ibu sangat bernilai dari semua yang kita miliki di dunia ini. Justeru, kita haruslah menghargai masa yang masih ada bersama ibu kita agar kita tidak menyesalinya kelak apabila kita ditakdirkan berpisah dengan ibu yang kita paling sayangi.


Click to View FlipBook Version