The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muzanianhnaqi, 2023-03-21 01:07:38

BUKU PENGURUSAN SKM 2023 1

BUKU PENGURUSAN SKM 2023 1

06-7581264 [email protected] SK Mantin Official PENGURUSAN BUKU 2023 / 2024 SK MANTIN B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I


KATA ALU-ALUAN GURU BESAR S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah swt kerana dengan taufik dan hidayahnya saya dapat menyatakan hasrat saya dalam Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Mantin bagi Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024. Buku Pengurusan Sekolah adalah satu dokumen yang memberi gambaran hala tuju dan matlamat sekolah secara keseluruhan seiring dengan kehendak Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Buku Pengurusan Sekolah 2023/2024 ini adalah satu garis panduan ke arah pelaksanaan program-program di sekolah yang merangkumi bidang pengurusan am, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Individu yang telah tersenarai dalam Jawatankuasa adalah secara rasminya telah dilantik dan diberi amanah serta kepercayaan yang utuh untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin secara kolaboratif dan kolektif demi mencapai hasrat yang dinyatakan dalam matlamat, objektif serta piagam pelanggan sekolah. Setiap warga sekolah hendaklah memahami, menghayati visi, misi, matlamat, objektif dan piagam pelanggan sekolah serta berusaha memperkembangkan potensi anak-anak didik kita secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial mereka demi kelangsungan masa hadapan mereka yang penuh cabaran dan persaingan yang tiada sempadan. Segala perancangan yang dimuat dalam buku ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan sebaik mungkin secara proaktif dan kreatif. Sekiranya ianya tidak dapat dilaksanakan, ianya hendaklah dibuat penambahbaikan di mana yang perlu, asal sahaja ianya tidak lari daripada matlamat asal. Saya berharap di dalam melaksanakan program-program yang telah dirancang, komitmen semua warga sekolah adalah sangat-sangat diharapkan dan dituntut dalam menjayakannya demi kecemerlangan semua guru dan pelajar. Sekian, terima kasih. SKM Berilmu Mulia Berbakti. En. Abdul Aziz bin Adam Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mantin 71700 Mantin, Negeri Sembilan Darul Khusus.


Profil Sekolah Jawatankuasa Perancangan dan Pengurusan Sekolah Pekeliling Peraturan -Peraturan Tugas Guru Bidang Kurikulum Bidang Hal Ehwal Murid Bidang Kokurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI ISI KANDUNGAN S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I


PROFIL SEKOLAH S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN MANTIN ALAMAT KM20, JALAN BESAR SEREMBAN-KUALA LUMPUR, 71700 MANTIN, NEGERI SEMBILAN. EMEL [email protected] KOD SEKOLAH NBE4136 GRED SEKOLAH A (BANDAR) NOMBOR TELEFON 06-7581264 NO DAFTAR PIBG JPNS/0140 BILANGAN GURU 85 ORANG BILANGAN AKP 10 ORANG 1


MISI S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I VISI MOTTO PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA SKM BERILMU MULIA BERBAKTI 2


LENCANA SEKOLAH S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 3


TERSEGAM INDAH DAN MEGAH SEKOLAH KU TERCINTA DESTINASI ILMU DIJULANG MASA DEPAN TERBILANG BERSATU BERDISIPLIN BERUSAHA TEKUN KERJA BERSAMA DEMI PENDIDIKAN GEMILANG GENERASI CEMERLANG PENGORBANANMU GURU TETAP KU HARGAI MEMANCARKAN ILMU KEHIDUPAN BERERTI HADAPI SEGALA RINTANGAN DENGAN SEMANGAT WAJA BERSAMA MENDUKUNG WAWASAN SK MANTIN BERJAYA BERJAYA LAGU SEKOLAH S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 4


PELAN LANTAI SESI PAGI S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 5


PELAN LANTAI SESI PETANG S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 6


JAWATANKUASA PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SESI 2023/2024 S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 1 Jawatankuasa Perancangan & Pengurusan Sekolah Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Naib Pengerusi 1 : En. Azizan bin Manap Naib Pengerusi 2 : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin Naib Pengerusi 3 : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha : Pn. Nurul Shazuani binti Azahari Ahli Jawatankuasa : Pn. Wan Noor Hidayati binti Wan Hasani Pn. Ruznita binti Omar Pn. Syafiqah binti Hasram Pn. Shermala A/P Sivabalan Tugas:- a Menjadi badan tertinggi sekolah yang memainkan peranan sebagai tempat rujukan. b Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan dan kawasan sekolah. c Merancang pembangunan rohani dan sahsiah. d Bertugas sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu masalah semasa yang timbul berkaitan perjalanan sekolah meliputi akademik, sahsiah, kokurikulum dan lain-lain. e Menyelaras segala program yang dirancang dan memastikan pelaksanaannya mengikut jadual. f Merancang takwim sekolah. g Bertindak sebagai jawatankuasa penilai pencapaian akademik. 2 Jawatankuasa Kewangan Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Setiausaha : Pn. Surita binti Abdul Jalil (KPT) AJK : En. Azizan bin Manap : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin : En. Mohd Ali bin Tumeran : Guru Perpustakaan dan Media : Ketua Panitia : Penyelaras Prasekolah : Penyelaras Unit Kurikulum PPKI : Pembantu Tadbir Kewangan : Guru Bimbingan & Kaunseling 8


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I Tugas:- a Membaca dan memahami pekeliling / surat pekeliling yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakuan sekolah yang diedarkan dari masa ke semasa. b Mengeluarkan surat kuasa memungut bayaran kepada Guru Kelas dan Pentadbir. c Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan duit. d Mengagihkan buku resit kepada guru kelas. e Memastikan semua terimaan dimasukkan ke dalam bank. f Memastikan semua pemberian / pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan (pesanan tempahan, invois, bil, baucer dan cek). g Menyediakan Buku Tunai Kerajaan / SUWA / Panjar Wang Runcit. h Menyemak dan menandatangani penyata kewangandalam Buku Tunai Kerajaan / SUWA / Panjar Wang Runcit. i Memastikan semua kutipan pembayaran mendapat kebenaran JPN. j Menghadiri mesyuarat jawatankuasa kewangan untuk membincangkan perkara berikut:- - Butiran paranan ABM untuk panitia - Butiran belanjawan tahunan 3 Jawatankuasa Induk Perancangan Strategik Sekolah Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Naib Pengerusi : En. Azizan bin Manap : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha : Pn. Siti Marzatul Syita binti Malek Ahli jawatankuasa : Semua Guru Tugas:- a Meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan organisasi pendidikan. b Memantapkan pengurusan kurikulum ke arah pencapaian akademik yang cemerlang secara berterusan. c Membangunkan modal insan yang berakhlak mulia dan berketerampilan positif. d meningkatkan penyertaan aktif serta pencapaian dalam kokurikulum dan sukan ke peringkat tertinggi. e Menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. f Menambah baik hubungan professional dengan agensi-agensi pendidikan dan pihak-pihak tertentu. 9


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 4 Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kementerian / Jabatan : Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Bahagian : Sekolah Kebangsaan Mantin Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Setiausaha Pengurusan Aset : En. Hanif bin Abd Rahman Pegawai Pemeriksa Aset : 1. En. Abdul Basith bin Mohamad Sharipoddin 2. Pn. Nur Hidayah binti Mohd Yusof Pegawai Pelupusan Aset : 1. En. Zairy bin Yunus : 2. Pn. Norazwani binti Warudin Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Panitia : Pn. Surita Binti Abdul Jalil : Pn. Juhaily binti Idris : Pn. Norwahidah binti Mihat (PPKI) : Pn. Roszida binti Ibrahim : Prasekolah 5 Jawatankuasa Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2) Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Naib Pengerusi 1 : En. Azizan bin Manap Naib Pengerusi 2 : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin Naib Pengerusi 3 : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha : Pn. Norhazami binti Ibhraim AJK : Semua Guru Tugas:- a Mengkaji dan memahami dokumen Standard SKPMg2 / Program TS25 b Melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS). c Merumuskan keputusan, membuat pendokumentasian dan memaklumkan keputusan kepada PPD, JPNS dan JNJK. d Memantau pelaksanaan, menilai pencapaian dan melaksanakan penambahbaikan berterusan. 10


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 6 Jawatankuasa Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Naib Pengerusi 1 : En. Azizan bin Manap Naib Pengerusi 2 : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin Naib Pengerusi 3 : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha : Pn. Nik Adilah binti Nik Yusuf AJK : Semua Guru Tugas:- a Mengkaji dan memahami dokumen Standard SKPMg2 / Program TS25 b Melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS). c Merumuskan keputusan, membuat pendokumentasian dan memaklumkan keputusan kepada PPD, JPNS dan JNJK. d Memantau pelaksanaan, menilai pencapaian dan melaksanakan penambahbaikan berterusan. 7 Jawatankuasa Data & Maklumat Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi : En. Azizan bin Manap : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha : Pn. Siti Khadijah binti Mohammad AJK : En. Ahmad Naqiuddin bin Husin : En. Ahmad Khumaeni bin Ismail : Ketua Pembantu Tadbir : Pembantu Tadbir Perkhidmatan : Semua Guru Kelas Tugas:- a Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut kelas, jantina dan kaum. b Menyediakan data / maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan lain-lain. c Menyediakan Penyata Bulanan Butiran Guru. d Menyediakan data latar belakang pelajar (APDM). e Menyediakan data pelajar yang menerima bantuan kebajikan. f Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah. g Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar dari masa ke semasa. 11


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I Mempengerusikan mesyuarat Membuat keputusan melaksanakan kursus Memantau perjalanan kursus (setiap kali kursus) Memantau pengurusan kewangan Menurunkan kuasa kepada penolong Kanan (sekiranya Pengetua / GB tiada di sekolah) 8 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Setiausaha : Setiausaha Kurikulum AJK : Setiausaha Peperiksaan : Setiausaha PBS : Setiausaha PBD : Ketua Panitia : Penyelaras Tahun Tugas:- a Merancang program motivasi dan peringkatan kecemerlangan akademik. b Membuat anggaran perbelanjaan setiap program. c Memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual. d Bekerjasama dengan PIBG dalam pelaksanaan program atau aktiviti. 9 Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP & PLC) Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Setiausaha : Pn. Wong Mee Ngiik AJK : Semua Guru : Semua AKP 9.1 Peranan Guru Besar 12


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I Memberi taklimat tentang garis panduan pengoperasian LDP secara schoolbased Menyediakan surat perlantikan AJK LDP Menguruskan surat-menyurat LDP Menyediakan minit mesyuarat Memastikan pengurusan fail dikemaskinikan Menyediakan borang-borang (Lampiran 1-14) Memastikan pengurusan kewangan kursus mengikut prosedur. Menyelaraskan kutipan kad pelaporan latihan dan salinan sijil kehadiran. Membuat perancangan tahunan dan kewangan kursus. Menyediakan laporan kursus dan laporan SPL KPM mengikut ketetapan BPG. Menghantar laporan kursus dan laporan SPL KPM (3 kali setahun – April, Julai dan Oktober. Menjalankan kajian keperluan kursus panitia Menyediakan tempat makanan dan peralatan Membuat penilaian kursus panitia Menyediakan laporan kursus panitia Membuat penilaian kursus panitia Menjadi pengacara majlis Mendapatkan biodata penceramah Menguruskan Kad Pelaporan Latihan Menyusun tentatif program Pendaftaran kehadiran Cenderamata Menyediakan sijil kehadiran dan sijil penghargaan Menguruskan makanan, tempat dan peralatan Fotografi / rakaman Mengurus kewangan kursus mengikut prosedur Menghantar prestasi kewangan setiap hujung bulan 9.2 Peranan Setiausaha LDP 9.3 GKMP / Ketua Mata Pelajaran Yang Lain 9.4 AJK Lain 13


TAJUK-TAJUK LDP UNTUK TAHUN 2023/2024 **TERTAKLUK KEPADA PINDAAN 10 Jawatankuasa Pemantauan Kedai Buku Sekolah Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Naib Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi : En. Azizan bin Manap : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin : En. Mohd Ali bin Tumeran AJK : Penyelaras Tahun Tugas:- a Memastikan Kedai Buku Sekolah menjual peralatan sekolah yang dibenarkan sahaja b Melaporkan masalah berkaitan kedai buku sekolah semasa beroperasi c Memastikan semua barang / peralatan yang di jual sesuai untuk murid mencukupi dan mengikut harga telah ditetapkan. S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 14


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 11 Jawatankuasa Kelab Guru & Staf Sekolah Pengerusi : En. Che Azhar bin Che Yusof Naib Pengerusi : Pn. Norazilah binti Abdul Wahab Setiausaha : Pn. Nashuha binti Mohd Zahid Pen. Setiausaha : Pn. Aisyah Al-Mardiah binti Dol Hamid Bendahari : Pn. Nurul Saakinah binti Mohamad Pen. Bendahari : Cik Ana Hairani Yusnita binti Mohd Yusoff AJK : En. Helmey Tamizi bin Md Yassin : Pn. Nik Adilah binti Nik Yusuf : Pn. Khairiah binti Mohd Radzi : Pn. Norhasnidah binti Riswan : Pn. Nurul Shazuani binti Azahari : En. Khairul Afifi bin Mohamad : En. Mohd Hasril bin Hamzah (AKP) : En. Ibrahim bin Mohamed (KAFA) Tugas:- a Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program tahunan dan menetapkan yuran / sumbangan guru. b Menjadi perantara antara staf dengan Guru Besar. c Merancang program untuk meningkatkan kemajuan dan kebajikan staf. d Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik guru / staf. e Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang akan bertukar / bersara dan menyambut staf baru. f Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kerana perkahwinan, mendapat anak, kemalangan, kematian staf / waris. g Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama guru-guru dan lembaga pengawas. h Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan / kegiatan sukan / riadah untuk ahli. i Membantu pihak sekolah menguruskan lawatan terancang / lawatan sambil belajar untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. j Bertanggungjawab mengelola jamuan akhir tahun untuk semua staf. k Mengadakan perlawanan persahabatan antara staf dengan sekolah. 15


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 12 Jawatankuasa Bilik-bilik Khas Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Naib Pengerusi : Semua GPK Bilik Pusat Sumber Sekolah : Guru Perpustakaan & Media Bilik Perpustakaan : Penyelaras Perpustakaan Bilik Makmal Komputer : Penyelaras ICT Bilik Makmal Sains : KP Sains Bilik Studio RBT : KP RBT Bilik Muzik : KP Muzik Bilik Surau : Penyelaras Surau Bilik Stor Sukan : KP PJPK Bilik Pemulihan : Guru Pemulihan Bilik Bimbingan & Kauseling : Kaunselor Bilik Prasekolah : Penyelaras Pra Sekolah Bilik & Kelas PPKI : Guru PPKI Bilik j-Qaf : Penyelaras j-Qaf Bilik Gerakan : Setiausaha Mesyuarat Guru Bilik Guru : Pengerusi Kelab Guru Bilik Bahasa Cina : KP Bahasa Cina Bilik Bahasa Tamil : KP Bahasa Tamil Tugas:- a Memantau kebersihan dan keceriaan bilik-bilik khas b Memantau penggunakan bilik mengikut jadual c Memastikan bilik dalam keadaan kondusif dan selesa digunakan d Menyediakan peraturan dan buku rekod penggunaan bilik-bilik khas. e Bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Agama Islam / j-Qaf dalam usaha memantapkan penguasaan kemahiran membaca Al-Quran. 15 Jawatankuasa Pemandu KBAT & i Think Peringkat Sekolah Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Naib Pengerusi 1 : En. Azizan bin Manap Naib Pengerusi 2 : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin Naib Pengerusi 3 : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha : Pn. Norhasnidah binti Riswan AJK : Semua Guru 16


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 16 Jawatankuasa SPPB Sekolah (Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu) Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Naib Pengerusi 1 : En. Azizan bin Manap Naib Pengerusi 2 : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin Naib Pengerusi 3 : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Ali bin Tumeran Pentadbir Sistem : Guru Data AJK : Penyelaras PBD : Penyelaras Pentaksiran Pendidikan Khas : Penyelaras Segak & BMI 5_9T : Penyelaras Peperiksaan Dalaman Sekolah : Penyelaras Pentaksiran Pra Sekolah : Penyelaras PBD MBPK : Penyelaras j-QAF : Penyelaras PAFA : Penyelaras PAJSK : Penyelaras PsikoMETRIK 17 Jawatankuasa Staf Sokongan (AKP) Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Naib Pengerusi 1 : En. Azizan bin Manap Naib Pengerusi 2 : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin Naib Pengerusi 3 : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha : Pn. Surita binti Abdul Jalil (KPT) : En. Mohd Hasril bin Hamzah : Pn. Juhaily binti Idris (PT) : Cik Khadijah Binti Jaafar (Ketua PPM) : Pn. Rohaya Bt Osman (PPM) : Pn. Makalsom Bt Jusoh (PPM) : Pn. Nor Azura Bt Salim (PPM) : Pn. Noor Fazilah Binti Nasiran (PPM) : Pn. Lailasari Binti Noordin (PO) : En. Mohammad Rifqi Bin Jamal Al-Lil (PO) 17


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I PEKELILING PERATURAN -PERATURAN TUGAS GURU 2023/2024


PEKELILING TUGAS GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN MANTIN Semua guru yang bertugas di sekolah ini hendaklah mematuhi Pekeliling Tugas Guru di sekolah seperti berikut : 1 WAKTU PERSEKOLAHAN 1.1 Waktu persekolahan terbahagi kepada dua sesi iaitu pagi dan petang. 1.2 Waktu keberadaan guru pagi di sekolah bermula jam 7.20 pagi hingga 1.05 petang. Manakala guru petang bermula 12.40 tengah hari sehingga 6.20 petang. Jumlah keseluruhan waktu guru di sekolah adalah 5 jam 40 minit. 1.3 Semua kenderaan guru dibenarkan masuk melalui pintu pagar utama (hadapan – A) Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.00 pagi. 1.4 Loceng pertama dibunyikan pada jam 7.20 pagi. Guru dan murid dikehendaki berada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi. Program laluan Iqra diadakan setiap pagi. Guru-guru yang ingin makan di kantin dikehendaki datang lebih awal. 1.5 Bagi sesi petang, loceng pertama akan dibunyikan pada jam 12.50 tengah hari. 1.6 Guru bertugas mingguan sesi pagi hendaklah datang lebih awal iaitu jam 7.00 pagi dan pulang lewat sedikit (pukul 1.05 petang) bagi memastikan murid-murid berada di bawah kawalan dan pengawasan. Bagi sesi petang, guru bertugas mingguan hendaklah berada di sekolah seawal 12.40 tengah hari dan pulang lewat sedikit iaitu jam 6.35 petang. 1.7 Tanggungjawab disiplin adalah tanggungjawab semua guru. 1.8 Pakaian guru hendaklah kemas sepertimana yang dicatat dalam Pekeliling Kementerian Pendidikan. 1.9 Tanda nama (name tag) WAJIB dipakai semasa mengajar atau menghadiri upacara rasmi di dalam / di luar sekolah. 1.10 Semua kegiatan sekolah sama ada kegiatan kokurikulum dan seumpamanya adalah wajib dan ianya adalah sebahagian daripada tugas. S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 19


1.11 Waktu aktiviti 1M1S ditetapkan pada hari Selasa jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi melibatkan murid tahap 2. Manakala aktiviti kokurikulum ditetapkan pada hari Rabu iaitu pada jam 12.20 pagi hingga 1.50 petang melibatkan murid tahap 2. 1.12 Semua waktu luang (free period) jika ada guru tidak hadir / sakit, guru berkenaan akan mengantikannya (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981) 1.13 Guru ganti mesti mengajar semasa menggantikan kelas bagi guru tidak hadir dan masuk ke kelas pada waktu yang ditetapkan. Jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, adalah tanggungjawab guru berkenaan. 1.14 Waktu rehat bagi sesi pagi dan petang adalah berbeza mengikut aliran dan tertakluk seperti berikut : 2 PERHIMPUNAN SEKOLAH 2.1 Perhimpunan adalah wajib bagi semua guru dan murid. 2.2 Terdapat 3 jenis perhimpunan:- S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 20


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I Guru bertugas adalah bertanggungjawab terhadap kelancaran perhimpunan dan keperluan yang sewajarnya. Penyimpanan semula peralatan / perkakas masih di bawah pengawasaan guru bertugas. -PA system -Radio / pita perakam -Bendera (Jalur Gemilang, Negeri dan Sekolah) -Pengawas bertugas -Pengumuman perkara penting -Peraturan sekolah -Perabut / peralatan / perkakas (mengikut keperluan) 2.3 Aturcara perhimpunan rasmi setiap hari Rabu Minggu Pertama bermula jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi (sesi pagi) dan 1.30 petang hingga 2.00 petang (sesi petang). -Bacaan Doa -Nyanyian 1. Lagu Negaraku 2. Lagu Kebesaran Negeri Sembilan 3. Lagu Sekolah -Bacaan Ikrar Rukun Negara -Ucapan Guru Bertugas – Minggu semasa (tajuk khusus / isu semasa: 3 – 5 minit) -Laporan Guru Bertugas minggu sebelum (lebih kurang 3 minit) -Guru Besar / Guru Penolong Kanan ( 3 – 5 minit) -Aktiviti panitia Mata pelajaran mengikut seperti yang dirancang dalam panitia pelajaran (bakat murid) 2.4 Aturcara perhimpunan mingguan setiap hari Rabu minggu kedua, ketiga dan keempat bermula jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi (sesi pagi) dan 1.30 petang hingga 2.00 petang (sesi petang). -Bacaan Doa -Nyanyian 1. Lagu Negaraku 2. Lagu Kebesaran Negeri Sembilan 3. Lagu Sekolah - Bacaan Ikrar Rukun Negara -Ucapan Guru Bertugas – Minggu semasa (tajuk khusus / isu semasa: 3 – 5 minit) -Aktiviti panitia mata pelajaran mengikut seperti yang dirancang dalam panitia pelajaran (bakat murid) 2.5 Semasa perhimpunan harian, hanya perkara-perkara penting atau perkara semasa sahaja yang perlu disampaikan. Maklum lebih awal kepada guru bertugas sekiranya terdapat perkara / hal yang hendak disampaikan. 21


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 2.6 Guru yang mengajar mata pelajaran waktu pertama hendaklah mengiring murid masuk ke kelas masing-masing. 2.7 Pada waktu rehat, guru mata pelajaran selepas rehat perlu berada di dalam kelas untuk mengawasi murid-murid. 3 BAYARAN TAMBAHAN MURID 3.1 Semua bayaran tambahan murid (Murid Bukan Warganegara) hendaklah dikutip oleh guru kelas dan diserahkan kepada Pembantu Tadbir sekolah pada hari yang ditentukan. 3.2 Semua resit bayaran oleh guru kepada Pembantu Tadbir akan diberikan kepada guru berkenaan dan resit bayaran oleh murid kepada guru akan dikeluarkan oleh guru kelas berkenaan. 3.3 Guru dikehendaki menandatangani daftar buku resit sekolah sebelum menerima buku resit kelas daripada Pembantu Tadbir Sekolah. *TIADA BAYARAN TAMBAHAN DIKENAKAN. JIKA ADA, ARAHAN / PEKELILING BARU OLEH KPM, Sila patuhi prosedur yang ditetapkan. 3.4 Sediakan resit-resit murid dengan betul/ pecahan bayaran yang ditulis amaun dengan betul dan ditandatangani oleh guru kelas sebelum resit diserah kepada murid. 3.5 Resit-resit yang rosak perlu DIBATALKAN dan tidak boleh dibuang atau dikoyakkan dari buku resit. 3.6 Sebarang kesilapan ketika menulis buku resit tidak boleh dibuat pembetulan. BATALKAN sahaja resit tersebut dan buat resit yang baru. 3.7 Guru kelas dikehendaki menulis jumlah kutipan pada setiap pecahan pada kulit buku resit setelah semua bayaran selesai dikutip daripada murid. Turunkan tandatangan ringkas dan catatkan tarikhnya. 3.8 Semua buku resit dan Daftar Kutipan Bayaran Sekolah perlukan diserahkan semula kepada PembantuTadbir sekolah selewat-lewat 1 bulan dari tarikh hari pertama persekolahan. 3.9 Nombor resit bayaran murid hendaklah dibuat catatan oleh guru kelas. 3.10 Penyerahan kutipan bayaran hendaklah ditulis di dalam Borang Penyerahan Kutipan yang disediakan atau melalui buku perhubungan. 4 BAYARAN/ DERMA/ SUMBANGAN/ LAIN-LAIN 4.1 Guru kelas adalah bertanggungjawab mengutip dana PIBG sekolah dan menyerahkannya kepada bendahari PIBG serta dapatkan resit. 4.2 Segala kutipan wang derma daripada murid perlulah mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkaitan. 4.3 Simpanan akaun penerimaan dan pembelanjaan perlu di dokumenkan untuk audit. 22


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 5 KEHADIRAN GURU 5.1 Adalah tanggungjawab individu untuk ‘thumb print’ pada waktu datang dan waktu balik. 5.2 Guru-guru yang keluar awal dari waktu persekolahan dengan kebenaran perlu mencatatkan destinasi / tujuan keluar awal pada ruangan catatan pada buku keluar. Buku keluar-masuk hanya dicatat apabila guru keluar waktu persekolahan (free period) dan akan kembali bertugas di sekolah dalam tempoh waktu bekerja guru. 5.3 Guru yang mendapat kebenaran keluar awal sehingga tamat waktu bekerja dikehendaki untuk “thumb print” sebelum keluar dari sekolah. Namun sekiranya keluar dan kembali bertugas di sekolah dalam tempoh waktu bekerja guru maka guru tidak perlu untuk “thumb print”. 5.4 Guru mestilah memberi keutamaan untuk hadir ke sekolah sekiranya diarahkan atau terdapat program yang dijalankan di sekolah. 6 LEWAT HADIR 6.1 Guru yang lewat hadir wajib berjumpa Guru Besar / Guru Penolong Kanan Kurikulum sebaik tiba di sekolah dan perlu ‘Thumb print’ kehadiran pada hari tersebut. 6.2 Guru yang lewat hadir perlu memberitahu Ketua Pembantu Tadbir tentang masa kehadiran pada hari tersebut. 7 TIDAK HADIR 7.1 Adalah satu amalan yang baik jika memberitahu pihak pentadbiran sekolah melalui telefon seberapa awal yang mungkin. Ini memudahkaan pihak sekolah menyusun jadual guru ganti. 7.2 Semua dokumen ketidakhadiran hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan Kurikulum setelah guru hadir semula daripada bercuti. (Bagi Cuti Bersalin – surat cuti / MC hendaklah dihantar segera bagi menguruskan guru gantian) 7.3 Bagi Cuti Rehat Guru hanya boleh diambil setelah berbincang dan mendapatkan persetujuan dari Guru Besar dan perlu mengisi di dalam HRMIS sebelum bercuti. 8 REKOD MENGAJAR GURU / JADUAL WAKTU 8.1 Ianya adalah satu rekod dokumen tugasan guru. 8.2 Isikannya semua ruang berkenaan. Butiran guru, rancangan mengajar tahunan, jadual mengajar, rancangan harian, nama murid mengikut kelas yang diajar, markah dan lain-lain yang diperlukan (1 bulan selepas hari persekolahan dimulakan) 8.3 Ujian bulanan hendaklah mengikut takwim peperiksaan sekolah. 8.4 Semua buku rekod mengajar hendaklah ditulis sebelum mengajar dan bukan selepas mengajar. 23


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 8.5 Sila pastikan penulisan untuk rancangan tahunan dan harian adalah mengikut format yang diselaraskan oleh panitia. 8.6 Tentukan unjuran kelas berdasarkan pencapaian kelas pada tahun sebelum tahun semasa. 8.7 Catatkan bilangan minggu persekolahan secara berterusan selepas setiap cuti semester. 8.8 Semua buku rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat setiap hari Jumaat untuk disemak oleh Pentadbir. 8.9 Pastikan jadual waktu kelas dan persendirian adalah betul sebelum mewarnakan seperti warna-warna yang telah ditetapkan dalam mesyuarat PSS. 8.10 Semua jadual waktu kelas, persendirian dan tugasan murid perlulah ditandatangani oleh Guru Besar sebelum dipamerkan di dalam kelas. 9 KEDATANGAN MURID 9.1 Kehadiran murid hendaklah diisi melalui APDM sebelum jam 12.00 tengahari (sesi pagi) dan 5.00 petang (sesi petang) pada setiap hari oleh guru masa pertama. 9.2 Guru kelas perlu mengisi SSDM bagi murid tidak hadir selama 3, 10 dan 17 hari berturut-turut untuk mengeluarkan surat amaran. 9.3 Murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut hendaklah diberi surat bagi mendapatkan penjelasan dari ibubapa / penjaga murid berkenaan dan satu salinan surat hendaklah diserahkan kepad GPK HEM untuk difailkan. 9.4 Segala surat daripada ibubapa dan sijil sakit perlu disimpan dengan baik untuk tujuan semakan. 9.5 Sekiranya guru kelas tidak hadir, maka penolong guru kelas pada waktu pertama bertanggungjawab untuk mengisi kehadiran murid di dalam APDM kelas tersebut. 9.6 Tindakan buang sekolah perlu diambil sekiranya murid tidak hadir selama 31 hari berturut-turut. 10 GURU KELAS DAN PEMBANTU 10.1 Guru Kelas dan pembantu hendaklah mengenali semua murid di dalam kelasnya. 10.2 Guru Kelas dan pembantu secara rasmi bertanggungjawab dalam semua urusan kelas dan murid-murid seperti perabot kelas, bayaran tambahan, kad prestasi / profil murid, kad kesihatan, kad 001R, keceriaan dan lain-lain yang berkaitan. 10.2 Semua guru diharapkan membantu tentang kebersihan, keharmonian dan keceriaan kelas. 24


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 11 AKTIVITI DI LUAR BILIK DARJAH 11.1 Dalam sekolah - Satu jadual akan disediakan, semua guru dan murid wajib melibatkan diri. 11.2 Luar sekolah - Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk melatih dan mengiringi murid-murid bagi mewakili sekolah dalam segala aktiviti. 12 MESYUARAT 12.1 Mesyuarat guru akan dijalankan mengikut takwim untuk membincangkan hal ehwal sekolah, kurikulum, kokurikulum dan sebagainya. Semua guru diwajibkan hadir kecuali dengan kebenaran Guru Besar. 12.2 Setiausaha dihendaki menghantar notis mesyuarat kepada ahli selewatlewatnya sehari sebelum mesyuarat dijalankan. (Sila dapatkan tandatangan Guru Besar sebelum mengedarkan notis) 12.3 Setiausaha diminta mencatatkan tarikh mesyuarat pada Papan kenyataan di bilik guru. 12.4 Mesyuarat JK Kurikulum akan diadakan dengan semua guru, Ketua Panitia Pelajaran dan PSS. 12.5 Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sepenggal iaitu 4 kali dalam setahun mengikut takwim. 12.6 Mesyuarat JK HEM dan Kokurikulum juga akan diadakan 4 kali dalam setahun atau lebih jika difikirkan perlu. 12.7 Mesyuarat luar sekolah (kurikulum, HEM atau Kokurikulum) – guru yang berkenaan diminta menghadirinya. Apabila kembali ke sekolah laporan hendaklah dibuat kepada pihak berkenaan secara rasmi. (minit curai). 12.8 Minit mesyuarat dalaman hendaklah disediakan oleh setiausaha dalam masa seminggu selepas tarikh mesyuarat dan diedarkan kepada semua guru di sekolah ini. 13 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 13.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) hendaklah dijalankan dari masa ke semasa. 13.2 Guru dikehendaki mencatatkan Tahap Penguasaan (TP) murid ke dalam borang transit setelah selesai suatu topik atau kemahiran yang diajar. 13.3 Guru diminta mengemaskini TP murid ke dalam tapak rumusan PBD bagi dua penggal. 14 GURU BERTUGAS 14.1 Masa bertugas adalah pada minggu persekolahan berkenaan. 14.2 Bertanggungjawab terhadap ketenteraman sekolah. 14.3 Mengawasi pelawat-pelawat rasmi dan tidak rasmi. 14.4 Mengawasi kebersihan sekolah dan harta benda sekolah. 14.5 Mengawal aktiviti sekolah. 14.6 Bertanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan murid-murid. 25


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 14.7 Bertanggungjawab terhadap kelancaran pergerakan murid datang dan balik dari sekolah. 14.8 Mengawal disiplin murid keluar masuk bilik darjah. 14.9 Membuat laporan dan menyerahkannya ke pejabat. 14.10 Mematuhi tugas-tugas yang dikeluarkan melalui Pekeliling Khas Guru Bertugas. 15 PENCERAPAN 15.1 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru Penilai pada bila-bila masa. 15.2 Pencerapan juga akan dilakukan oleh pihak PPK, JPNS, Jemaah Nazir dan pihak lain yang berkenaan. 15.3 Pencerapan rakan sejawat sepertimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat panitia. 16. AKTIVITI DI LUAR SEKOLAH 16.1 Murid yang dibawa keluar hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dahulu dan surat persetujuan daripada ibu bapa hendaklah difailkan. 16.2 Setiap aktiviti luar adalah tanggungjawab guru berkenaan untuk membuat tuntutan atau sebagainya. 16.3 Jika tuntutan ke JPNS / PPD hendaklah membuat tuntutan pada bulan berkenaan dan dihantar melalui Guru Besar dengan dokumen rasmi sebelum akhir bulan berkenaan. 16.4 Semua aktiviti luar hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar setelah selesai. 16.5 Semue murid diwajibkan membeli insuran supaya jika berlaku sebarang kemalangan murid akan mendapat pampasannya. 17 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 17.1 Utamakanlah kecemerlangan dalam melaksanakan pendidikan. 17.2 Gunakanlah Bahasa Melayu kecuali mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, upacara rasmi dan aktiviti rasmi. 17.3 Gunakan pelbagai keadah dan teknik untuk membantu PdP yang lebih berkesan. 17.4 Gunakan pelbagai bahan bantu mengajar. 17.5 Banyakkan latihan kerja murid, kemaskinikan pemeriksaan buku latihan murid dari semasa ke semasa. 17.6 Konsep KSSR sentiasa dilaksanakan. 17.7 Penggunaan IT (Komputer / LCD) dalam PdP adalah sangat penting dan amat digalakkan. 26


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 18 PUSAT SUMBER SEKOLAH 18.1 Pusat sumber hendaklah digunakan sepenuhnya. 18.2 Sila awasi disiplin murid ketika meminjam buku supaya tidak berlaku kecurian / hilang. 18.3 Semua barang/ peralatan/ buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan jangan disimpan secara individu. 18.4 Sila tulis dan tandatangan apabila menggunakan peralatan/ bilik / buku ke dalam buku yang di khaskan. 18.5 Semua guru adalah terlibat di dalam membuat katalog buku-buku baru. Kerjasama tuan / puan sangat dihargai. 18.6 Alatan dan bahan mengajar yang baru hendaklah dibincangkan semasa mesyuarat panitia. 18.7 Semua ketua panitia adalah bertanggungjawab bersama-sama bagi menjamin keselesaan dan keberkesanan PSS. 19 BUKU KERJA MURID 19.1 Buku kerja murid hendaklah digunakan sepenuhnya dan diperiksa. (Jika ada) 19.2 Kesalahan hendaklah dibuat pembetulan di dalam buku latihan tersebut / khas. 20 BUKU TULIS (LATIHAN) MURID 20.1 Pastikan setiap orang murid mempunyai bilangan buku latihan yang mencukupi dan dituliskan dengan jelas nama, kelas dan mata pelajaran. 20.2 Pastikan setiap murid menulis hari dan tarikh pada muka surat setiap kali membuat latihan baru dan pemadam cecair adalah dilarang penggunakannya. 20.3 Pastikan ianya disemak dengan teliti setiap kali murid membuat latihan. 20.4 Guru dibenarkan mencatat teguran ke atas kerja murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Elakkan dari menggunakan bahasa yang negatif. 20.5 Pada setiap bulan atau bila-bila difikirkan perlu, guru hendaklah mengecop buku murid untuk disemak dan ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga. 20.6 Pastikan murid-murid telah menggunakan sepenuhnya buku latihan sebelum bertukar ke buku latihan baru. 20.7 Setiap guru adalah digalakkan untuk menyediakan rekod penghantaran buku latihan murid untuk memudahkan kerja-kerja pengesanan. 20.8 Setiap murid juga digalakkan untuk membalut buku latihan mereka. 20.9 Buku latihan hendaklah dihantar kepada pihak pentadbir untuk diselia apabila diperlukan. 27


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 21 KERJA RUMAH 21.1 Berikan kerja rumah sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada setiap hari terutama Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris/ Matematik/ Sains. 21.2 Murid yang tidak membuat kerja rumah hendaklah direkodkan. Jika berulang pada murid yang sama, surat kepada penjaga hendaklah dihantar. 22 HUKUMAN / DENDA KE ATAS MURID 22.1 Guru-guru adalah dinasihatkan untuk bertindak bijak bila menghukum murid. Penggunaan bahasa yang kesat hendaklah dielakkan. 22.2 Jangan menghukum murid dengan berdiri di atas meja atau kerusi. 22.3 Elakkan daripada melakukan ketuk ketampi sebagai hukuman. 23 BUDAYA BERSOPAN SANTUN 23.1 Pergaulan di antara guru-guru hendaklah berlandaskan adab sopan dan nilainilai keislaman kerana kita sentiasa menjadi perhatian murid-murid dan ibu bapa. Guru Besar berhak memanggil atau bertindak ke atas tingkah laku yang tidak manis / bertentangan dengan ajaran Islam. Amalkan sikap “Yang tua dihormati dan yang muda dikasihi”. 23.2 Asuhlah murid-murid supaya bersopan santun dan menghormati orang yang lebih dewasa dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran. 23.3 Sentiasa memastikan murid memberi salam / sedia membantu apabila berjumpa dengan semua guru, pelawat serta ibu bapa di kawasan sekolah. 23.4 Kekemasan diri guru dan murid sentiasa dititikberatkan sepanjang berada di sekolah. 24 TATACARA BERGERAK KE BILIK TERTENTU 24.1 Pastikan murid-murid beratur semasa hendak ke :- -Padang (Pendidikan Jasmani) - Kelas Muzik / Bilik Tayang -Kelas Pendidikan Moral - Studio RBT -Makmal Sains - Makmal Komputer -Bilik Pemulihan - Perpustakaan Sekolah / SALC -Surau Sekolah - Bilik J-QAF -Keluar kelas waktu balik - Kelas selepas perhimpunan -Kelas lain mengikut keperluan dan lain-lain 24.2 Semua guru adalah guru disiplin. Oleh itu jika guru bertemu dengan muridmurid yang tidak beratur semasa waktu yang diperlukan beratur, perlu ditegur. 28


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 25 MURID BERMASALAH 25.1 Guru kelas hendaklah mengenalpasti murid-murid yang bermasalah seperti selalu ponteng, malas, tidak menyiapkan kerja rumah, nakal dan sebagainya, rujuk kepada Guru Disiplin. Jika masih berterusan, sila rujuk kepada Kaunselor dan GPK HEMG. Guru bertugas mingguan/ guru mata pelajaran perlu bertindak menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan dalam mengendalikan / menyelesaikan kes dan bukannya meminta murid sendiri datang ke pejabat untuk bertemu dengan Guru Besar. 26 AKTIVITI KOKURIKULUM 26.1 Semasa kegiatan persatuan / kelab pada hari Rabu, pastikan kelas yang digunakan disusun semula setelah tamat menjalankan aktiviti. 26.2 Guru kokurikulum adalah bertanggungjawab memastikan perkara di atas dipatuhi dan keselamatan murid adalah keutamaan guru pada setiap waktu. 26.3 Setiap guru wajib hadir bersama murid-murid tahap dua. 26.4 Pengecualian murid daripada aktiviti kokurikulum perlu disertai surat dari ibu bapa / penjaga. 26.5 Guru Penasihat hendaklah membuat perancangan tahunan terperinci dan laporan kegiatan hendaklah ditulis di dalam buku laporan yang disediakan. 26.6 Peraturan dan senarai nama AJK hendaklah direkodkan. Surat permohonan dan perlantikan akan diuruskan oleh GPK Ko-kurikulum. 26.7 Laporan aktiviti dan kehadiran murid perlu dibuat setiap hari kokurikulum. 26.8 Laporan akhir tahun kokurikulum bagi setiap murid akan dicatatkan ke dalam rekod profil murid. 26.9 Setiap penyertaan murid dalam aktiviti di luar sekolah perlu mendapat persetujuan dari ibu bapa melalui surat kebenaran yang disediakan oleh pihak sekolah. 26.10 Murid dan guru adalah disyorkan untuk memakai uniform pada setiap hari kokurikulum dari pagi hingga petang. 27 BUDAYA MEMBACA 27.1 Guru-guru digalakkan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan disamping dapat memupuk tabiat ini dalam kalangan murid-murid. 27.2 Setiap kelas hendaklah menyediakan sudut bacaan di mana-mana bahagian kelas. 29


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 28 CONGAK 28.1 Setiap murid mesti ada buku congak. 28.2 Latihan congak hendaklah dibuat setiap hari sebelum mata pelajaran Matematik dimulakan (5 minit). 28.3 Latihan congak hendaklah yang menggunakan mental dan dapat menimbulkan minat murid-murid terhadap Matematik. 29 HARTA BENDA SEKOLAH 29.1 Hendaklah dijaga seperti kepunyaan diri sendiri. 29.2 Sebarang kerosakan sila beritahu J/K Perabot sekolah untuk tindakan selanjutnya. 29.3 Komputer riba hendaklah dikembalikan ke pejabat pada akhir sesi persekolahan. Sebarang pinjaman hendaklah direkodkan ke dalam buku pinjaman. 30 MURID KELUAR KELAS 30.1 Murid dilarang sama sekali keluar dari kelas tanpa kebenaran / urusan. 30.2 Pastikan semua kelas mempunyai 2 pas keluar dan digunakan oleh murid sekiranya mereka terpaksa keluar kelas. 30.3 Guru berhak untuk mengarahkan murid masuk ke kelas semula sekiranya mereka tidak memakai pas keluar. 30.4 Hanya 2 orang murid sahaja dibenarkan keluar pada satu-satu masa. (KECUALI pada waktu mata pelajaran Pendidikan Seni, 1 pas untuk satu kumpulan). 30.5 Ketua kelas adalah dipertanggungjawabkan untuk menyimpan semua pas keluar bagi kelas berkenaan (adalah disyorkan agar kedudukan Ketua darjah ditempatkan di kawasan yang difikirkan sesuai). 30.6 Sekiranya pas keluar hilang, murid kelas tersebut perlu menggantikan. 31 PEMBATALAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH 31.1 Sebarang pembatalkan hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada GPK Kokurikulum sebelum diumumkan kepada murid-murid. 31.2 Pembatalan hendaklah dibuat sehari sebelumnya kegiatan dijalankan. 32 LAPORAN KEGIATAN SEKOLAH 32.1 Semua kegiatan sekolah akan dicatatkan di dalam buku Laporan Bertugas Mingguan sekolah. Guru bertugas akan menulis laporan ringkas dan menyerahkannya kepada GPK Kokurikulum untuk dicatatkan dalam buku tersebut. 30


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 33 SURAT MENYURAT RASMI 33.1 Semua surat rasmi mesti mengikut format yang telah ditentukan. (rujuk PT) 33.2 Semua surat rasmi mesti mempunyai nombor rujukan tuan/ kami/ tarikh (rujuk dari PT atau PO untuk mendapatkan nombor rujukan dari fail yang berkaitan. (Guru dilarang membuka fail-fail di pejabat) 33.3 Surat persendirian kepada Jabatan, Kementerian mesti melalui Guru Besar dan sila catatkan Nombor Fail Diri. 33.4 Segala surat menyurat rasmi mesti ditandatangani oleh Guru Besar. 33.5 Dilarang menggunakan ‘Letter Head’ sekolah untuk surat-menyurat peribadi. 34 TULISAN MURID 34.1 Gunakan satu masa dalam seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam / pendidikan Moral untuk melatih murid-murid menulis dengan betul, kemas, bersih dan boleh dibaca. 34.2 Latihan menulis (untuk bentuk tulisan) boleh juga dibuat dalam aktiviti persatuan/ kelas seperti menyalin pantan syair dan lain-lain lagi. 35 JURUJUAL 35.1 Guru tidak dibenarkan sama sekali berurusan dengan mana-mana jurujual tanpa kebenaran daripada Guru Besar. Jika ianya berlaku, pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang tindakan yang akan diambil kelak. 35.2 Pertemuan dengan jurujual hendaklah dibuat di pejabat sekolah. 35.3 Pertemuan dengan pihak luar atas urusan peribadi tidak dibenarkan dilakukan di kawasan sekolah. 36 IBU BAPA/ PENJAGA YANG INGIN BERJUMPA GURU/ MURID 36.1 Guru hendaklah mengarahkan ibu bapa / penjaga meminta kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah terlebih dahulu, sebelum berurusan dengan guru/ anak murid. 36.2 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu dari pejabat sebelum bertemu dengan guru/ anak jagaannya. 36.3 Penjaga dikehendaki berpakaian kemas/ sopan ketika berurusan dengan pihak sekolah. 36.4 Sekiranya ibu bapa berhasrat untuk membawa murid keluar, pastikan mereka mendapat kebenaran pihak pentadbiran dan mencatatkan ke dalam Buku Kebenaran Keluar/ borang keluar. 37 PENGGUNAAN TELEFON PEJABAT 37.1 Penggunaan dibenarkan sekiranya terdesak / kecemasan. 37.2 Panggilan untuk guru yang penting - pesanan akan diambil dan akan disampaikan kemudian. 37.3 Ringkaskan percakapan atau semasa menggunakaan telefon. 31


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 38 PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT 38.1 Guru diminta menggunakan secara berhemah. 38.2 Dibenarkan menggunakan dalam kelas bila perlu (bercakap di kaki lima kelas). 38.3 Guru diminta mematikan talian atau gunakan getaran (vibrate) semasa berada dalam majlis atau mesyuarat sekolah (menjawab atas keperluan mendesak). 38.4 Tidak terlalu lama untuk berhubung kerana ini akan menjejaskan tugas sebagai seorang pendidik (kecuali yang berkaitan dengan tugas). 38.5 Murid adalah dilarang membawanya ke sekolah atau dalam apa-apa program anjuran sekolah. 39 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH 39.1 Kebenaran hanya boleh didapati daripada Guru Besar. Jika Guru Besar tiada maka kebenaran adalah mengikut susunan perjawatan bertujuan untuk membuat relief atau guru membuat pertukaran suka sama suka di kalangan guru. 39.2 Kebenaran keluar hendaklah diisi dan mestilah dengan kebenaran pentadbir. 39.3 Kakitangan Akademik (guru) tidak dibenarkan makan / duduk bersembang di kedai makan luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan (gunakan khidmat kantin sekolah / membawa bekal sendiri). 39.4 Guru dikehendaki makan dalam bilik makan di kantin dan bukan di meja makan murid (waktu free) untuk mengelakkan pandangan negatif masyarakat sekeliling. 40 BILIK-BILIK KHAS 40.1 Pastikan selamat, berkunci, kemas, sentiasa bersih dan ceria. 40.2 Murid dilarang masuk tanpa pengawasan guru. Beratur di luar ketika hendak masuk atau selepas menggunakan bilik. 40.3 Setiap bilik mesti mempunyai peraturan dan dipamerkan dalam bilik tersebut. Pamerkan senarai ahli jawatankuasa penyelenggaraan bilik yang bertanggungjawab untuk menjaga bilik berkenaan. 40.4 Bahan alatan bahaya disimpan dengan selamat dan dilarang murid masuk ke stor bahan. Sebarang bahan adalah dilarang untuk dibawa keluar tanpa kebenaran. 40.5 Pastikan semua suis dimatikan sebelum meninggalkan bilik. 40.6 Sila kembalikan kunci selepas digunakan ke pejabat dan catatkan ke dalam buku penggunaan kunci. 40.7 Murid adalah dilarang untuk mengambil kunci dari pejabat. 40.8 Sediakan buku stok dan buku pinjaman untuk semua bahan dalam bilik berkenaan. 40.9 Segala kerosakan atau kemalangan yang berlaku, sila laporkan kepada pihak pentadbiran sekolah. 32


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 41 PENGURUSAN BILIK DARJAH 41.1 Menjaga kebersihan, kekemasan dan keceriaan kelas, guru kelas hendaklah memastikan senarai tugas murid, jadual waktu, peraturan sekolah, pelan latihan kebakaran, VISI dan MISI SEKOLAH dipamerkan. 41.2 Sudut-sudut mata pelajaran dan sudut bacaan perlu diwujudkan dan diurus dengan baik dan berkesan. 41.3 Pengajaran hendaklah berasaskan kehendak KSSR dan sediakan bahan bantu mengajar yang mencukupi. 41.4 Buku latihan murid perlu disusun dengan baik. 41.5 Guru kelas perlu memastikan bilangan perabot mencukupi. 41.6 Pelan kelas, kedudukan kerusi meja dan inventori perlu dibuat dan dipamerkan. 41.7 Pastikan suasana bilik darjah dalam keadaan terkawal sepanjang PdP berjalan. 41.8 Pastikan semua suis dimatikan. Pintu dan tingkap hendaklah ditutup sebelum meninggalkan kelas. 42 KURSUS, BENGKEL DAN SEMINAR 42.1 Wajib hadir atas arahan. 42.2 Perlu hadir sepenuh masa dan menjaga disiplin, imej diri berpakaian kemas dan sesuai sepanjang masa. 42.3 Memberi taklimat kepada Guru Besar sekembali dari kursus dan serahkan bahan penting ke pejabat untuk simpanan sekolah serta menulis minit curia. 42.4 Sedia untuk mengadakan kursus dalaman kepada semua guru. 42.5 Semua guru wajib menghadiri kursus dalaman kecuali dengan kebenaran Guru Besar. 43 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 43.1 Pakaian guru dan murid sesuai untuk PJ (murid gunakan track dan baju T-shirt sekolah) 43.2 Guru PJ sentiasa dengan murid semasa PJ dan jaga keselamatan murid. 43.3 Murid yang tidak terlibat dengan PJ (sakit) dikehendaki berada di padang (bukan di dalam kelas). 43.4 Segala kecederaan dan kemalangan yang serius segera laporkan kepada pihak pentadbir dan sediakan satu laporan untuk makluman PPD/ JPNS. 44 PESANAN PEMBELIAN KEPERLUAN PANITIA 44.1 AJK panitia berbincang keperluan untuk sepanjang tahun berdasarkan kepada peruntukan yang diberi daripada bajet sekolah. 44.2 Senaraikan keperluan dan semua pembelian / pesanan mesti melalui Guru Besar. 33


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 44.3 Semua bahan yang diterima hendaklah melalui Penyelaras PSS dan disalurkan kepada Ketua Panitia. 44.4 Penyelaras PSS atau Ketua Panitia bertanggungjawab mencatat pemberian dalam inventori. 45 TUNTUTAN MAKAN DAN MINUM PESERTA PERTANDINGAN 45.1 GPK / Penyelaras aktiviti perlu menyediakan butiran berikut sebelum pihak sekolah dapat membuat pembayaran-senarai nama murid dan kelas - Surat panggilan untuk pertandingan atau aktiviti. - Nama guru pengiring. 45.2 Pastikan murid menandatangani borang penyertaan. 45.3 Kadar bayaran untuk makan dan minum peserta adalah seperti berikut:- ½ hari = RM 5.00 1 hari = RM 10.00 Makan minum peserta: *Tuntutan minum petang hanya boleh dituntut jika aktiviti program di luar sekolah melepasi jam 4.00 petang *Tuntutan ini diguna pakai dengan budi bicara Guru Besar. Sebarang pindaan tertakluk kepada perkembangan semasa Garis panduan ini bukanlah bertujuan untuk menyukarkan guru-guru dan semua warga sekolah, tetapi bertujuan untuk melicinkan pentadbiran yang sentiasa berusaha menuju ke arah kecemerlangan terutama dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pihak pentadbiran yakin bahawa kita semua mendapat, mematuhinya kerana kita terdiri daripada golongan professional yang terdidik dan mulia. Sekian, terima kasih. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mantin 71700 Mantin, Negeri Sembilan Darul Khusus. 34


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I BIDANG KURIKULUM


CARTA ORGANISASI KURIKULUM 2023/2024 S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 36


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM 2023/2024 Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Naib Pengerusi 1 : En. Azizan bin Manap Naib Pengerusi 2 : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin Naib Pengerusi 3 : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha : Pn. Wan Noor Hidayati binti Wan Hasani Naib Setiausaha : Pn. Norafidah binti Mohamad AHLI JAWATANKUASA Kaunselor : Pn. Shermala a/p Sivabalan Bahasa Melayu : Pn.Rozlina binti Yaacob Bahasa Inggeris : Pn. Anusha a/p Chelathurai@Selvadurai Matematik : Cik Ana Hairani Yusnita binti Mohd Yusoff Sains : Pn. Asnony binti Alwy Pendidikan Islam : En. Mazlan bin Abu Bakar Sejarah : En. Shahrul Romzi bin Shaari Pendidikan Moral : En. Nuri Mohd Iskandar Shah bin Idris Pen. Jasmani & Pen. Kesihatan : Pn. Nurul Haiza binti Abas Pendidikan Seni & Visual : Pn. Azean binti Zainun Pendidikan Muzik : Pn. Fahimah binti Zainon Reka Bentuk Teknologi : Pn. Fadhilah binti Md Padzil Bahasa Arab : En. Hafiz Amri bin Ab Rahim Bahasa Cina : Pn. Wong Mee Ngiik Bahasa Tamil : Pn. Anuratha a/p Mohanan Jadual Waktu : En. Ahmad Khumaeni bin Ismail PBS/SU Peperiksaan : En. Ahmad Khumaeni bin Ismail PBD : Pn. Aisyah Al-Mardiah binti Dol Hamid Penyelaras ICT : En. Mohd Afiq bin Imam Guru Perpustakaan & Media : Pn. Roszida binti Ibrahim 37


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I JAWATANKUASA JADUAL WAKTU Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Naib Pengerusi 1 : En. Azizan bin Manap Naib Pengerusi 2 : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin Naib Pengerusi 3 : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha 1 : En. Ahmad Khumaeni bin Ismail Setiausaha 2 : Pn. Ruznita binti Omar AJK : En. Ahmad Naqiuddin bin Husin : Pn. Suzilawati binti Ibrahim : Pn. Norazwani binti Warudin : Pn. Khairiah binti Mohd Radzi : Pn. Saleha binti Wagino : Pn. Norwahidah binti Mihat (PPKI) : Pn. Norsazilah binti Mohd Ghazali (PPKI) BIDANG TUGAS 1.Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. 2.Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran. 3.Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. 4.Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu. 5.Menentukan penggunaan bengkel dan makmal. 6.Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan blok. 7.Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar. 8.Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan 9.Membuat pindaanjika perlu. 10. Memastikan salinan jadual waktu dihantarkepada Guru Besar dan dipaparkan untuk maklumansemua. 11. Berusaha menggunakan komputer dalam pengurusan jadual waktu. 38


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Naib Pengerusi 1 : En. Azizan bin Manap Naib Pengerusi 2 : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin Naib Pengerusi 3 : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha : Ketua Panitia Mata Pelajaran AJK : Setiausaha Panitia : Penyelaras Mata Pelajaran : Semua Guru Mata Pelajaran BIDANG TUGAS 1. Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaharu atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia. 2. Menyediakan rancangan mengajar untuk setiap penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu kelas dan juga di antara kelas di mana ada kaitan. 3. Memilih dan mencadangkan kepada PGB buku tambahan (jika diperlukan) untuk digunakan oleh murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak standard kandungan dan standard pelajaran yang terdapat dalam DSKP dan tahap kebolehan murid. 4. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. 5. Mengkaji dan menganalisis keputusan PBD dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran. 6. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala,sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ‘ad hoc’ jika perlu. 7. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan. 8. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain. 39


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 9. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. 10. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia disekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan. 11. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu. 12. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia. 13. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan. 14. Mengurus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk ahli-ahli panitia. 15. Memastikan semua ahli panitia mendapat maklumat terkini tentang mata pelajaran masing- masing. 16. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. 40


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 4 1


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I 4 2


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I PANITIA MATA PELAJARAN PENGURUSAN PANITIA 1.Menentukan penggunaan DSKP yang dikemas kini. 2.Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran/pembelajaran yang dikemaskini. 3.Bertanggungjawab menyediakan rancangan pengajaran Tahunan. 4.Menganalisis keputusan PBD dan mengkaji serta mencari jalan untuk meningkatkan tahap penguasaan dari semasa ke semasa. 5.Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolah (perpustakaan) untuk rujukan guru. 6.Memberi kerjasama kepada jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan bukubuku teks yang digunakan. 7.Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperlukan. 8. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan/buku kerja bagi setiap kelas, jika diperlukan. 9. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baharu yang diperlukan seperti sukatan baru, kaedah pengajaran dan pembelajaran baru, jika ada. 10.Membuat anggaran perbelanjaan tahunan dengan persetujuan pihaksekolah. 11.Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekalkan dan meningkatkan prestasi murid-murid. 12.Melaksanakan peraturan-peraturan panitia sedia ada. 13.Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya satu (1) dalam sepenggal atau lebih kerap, jika perlu. 14.Memastikan penyeliaan penyemakan buku latihan murid dilaksanakan sekurangkurangnya dua (2) kali setahun. 15.Merancang dan melaksanakan program-program serta intervensi untuk kemajuan murid dan program di bawah arahan KPM. 43


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I GURU MATA PELAJARAN TUGAS UTAMA (UMUM) 1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara 22 hingga 30 waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu. 2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran semasa serta melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid. 4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum. 5. Memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa dengan kelulusan PGB dari semasa ke semasa. 6. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti masjid,kompleks sukan, tempattempat lawatan dan sebagainya. 7. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa. A. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. 2.Memiliki, memahami, mentafsir dan menghuraikan kandungan sukatan pelajaran. 3.Menyediakan rancangan pengajaran tahunan (RPT) dan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran yang diajar serta mengemaskinikan untuk semakan PGB mengikut masa-masa yang ditetapkan. 4.Melaksanakan PdP berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata pelajaran yang diajar. 5.Menyedia dan memberikan kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan murid serta menyerahkannya kepada PGB untuk semakan. 6.Membuat refleksi, merancang penambahbaikan dan melaksanakan program/aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam pelaksanaan PdP. 7.Mengadakan sudut mata pelajaran berkenaan dalam bilik darjah dan bilik-bilikkhas yang diajar dengan bantuan murid. 8.Menyedia dan membangunkan sumber Pendidikan secara kreatif dan inovatif. 9.Melaksanakan jadual guru ganti (relief) sebagaimana diarahkan oleh PGB/pentadbir mengikut keperluan. 44


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I GURU MATA PELAJARAN B. PENGURUSAN PENTAKSIRAN 1.Merancang penilaian dan pentaksiran murid/program/aktiviti berdasarkan pekeliling terkini yang sedang berkuatkuasa. 2.Melaksanakan penilaian dan pentaksiran serta perekodan pencapaian dalam bentuk bertulis atau aplikasi yang bersesuaian serta mudah diakses. 3.Memantau dan menganalisis perkembangan dan pencapaian murid/program/aktiviti. 4.Merancang cadangan penambahbaikan program/aktiviti intervensi berdasarkan data penilaian dan pentaksiran (data-driven decision making). 5.Merangka strategi/idea baharu dalam pelaksanaan penilaian dan pentaksiran murid/program/aktiviti. 6.Menyediakan pelaporan kepada pihak yang berkepentingan. JAWATANKUASA PBS DAN PBD Penyelaras PBS : En. Ahmad Khumaeni bin Ismail Penyelaras PBD : Pn. Aisyah Al-Mardiah binti Dol Hamid AJK : Semua Guru BIDANG TUGAS 1. Menyediakan takwim pelaksanaan PBD. 2. Mengedarkan borang/template perekodan PBD. 3. Menganalisis Perekodan PBD sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 4. Mengumpul dan membuat laporan Tahap Penguasaan Murid. 45


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I TUGAS GURU KELAS 1.Merekod dan mengemaskinikan kehadiran serta butiran peribadi murid. 2.Memastikan murid membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. 3.Melaksanakan tindakan bagi kes-kes ponteng sekolah (Surat Amaran). 4.Memaklumkan kepada guru ADMIN sekolah untuk mengeluarkan nama murid dari sistem selepas Surat Buang Sekolah dikeluarkan. 3.Sekiranya murid tidak hadir selama 60 hari persekolahan, Namanya dikeluarkan daripada jadual kedatangan. Kes- kes ini hendaklah dirujuk kepada PGb terlebih dahulu. 4.Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratut dan membantu mengurus pertukaran murid. 5.Mengurus pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid. 6.Membantu PGB dalam pengurusan Pendidikan dan kebajikan, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa/penjaga, sijil-sijil dan surat akuan. 7.Menyemak jadual waktu rasmi kelas masing-masing dan memaklumkan murid. 8.Bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik. 9.Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada GPK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang dan masalah disiplin lain. 10.Merekod dan mengemaskinikan butiran maklumat murid pindah masuk dan pindah keluar di dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Buku Daftar Kemasukan Murid/sistem yang berkuat kuasa sekarang. 11.Mengurus fail peribadi murid. 12.Mengisi butiran pentaksiran dengan lengkap. 13.Memastikan keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. 14.Menyediakan senarai tugas bagi murid dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan. 15.Memastikan sudut info kelas ditampalkan dengan bahan ilmiah yang positif, membina dan terkini. 16.Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. 46


S K M A N T I N : B E R I L M U . M U L I A . B E R B A K T I JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN PEMBESTARIAN SEKOLAH Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Adam Timbalan Pengerusi : Pn. Azizah binti A. Hadi Naib Pengerusi 1 : En. Azizan bin Manap Naib Pengerusi 2 : Hj. Mohd Hawari bin Shamaruddin Naib Pengerusi 3 : Pn. Zety Akhtar binti Baharudin Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Ali bin Tumeran Setiausaha/GPM : Pn. Roszida binti Ibrahim AHLI JAWATANKUASA Penyelaras Perpustakaan : Pn. Nor Hanisah binti Mohamed Penyelaras Nilam : Pn. Rodziah binti Zakariya Siaraya : En. Nazri bin Azmi BBM : Pn. Nik Adilah binti Nik Yusuf MBMMBI : Pn. Nashuha binti Mohd Zahid LDP/PLC : Pn. Wong Mee Ngiik SPS : Pn. Siti Khadijah binti Mohammad PBL : En. Nuri Mohd Iskandar Shah bin Idris Penyelaras Tahun 6 : Pn. Salaswatie binti Mohd Shukri Pra Sekolah : En. Mohd Abdul Shukur bin Saad i-Think & KBAT : Pn. Norhasnidah binti Riswan HIP : Pn. Norafidah binti Mohamad Pemulihan Khas : Pn. Saleza binti Mohd Saleh Penyelaras j-QAF : Pn. Nurulhannan binti Zulkifli Penyelaras Tahun 1 : Pn. Suzilawati binti Ibrahim SEGAK & BMI : En Muhammad Anuar bin Abd Bais PLAN : Pn. Jannatun Naimah binti Mokhni Penyelaras ICT : En. Mohd Afiq bin Imam Setiausaha Peperiksaan : En. Ahmad Khumaeni bin Ismail 47


Click to View FlipBook Version