The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faridotgo, 2022-02-13 11:32:30

hvk.k

;uigugGOi

Keywords: ifiyi;f

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

TUGASAN: ULASAN ARTIKEL (10%)

NAMA PELAJAR MOHAMAD FARID HAIKAL BIN
SHAHDAN
NO. MATRIK MA2112106037
PRAKTIKUM A4P4
NAMA PENSYARAH
MARKAH RUBRIK (10%) PUAN MAISARAH BINTI OSMAN

KURSUS EKONOMI 1
SEMESTER 1 SESI 2021/2022

PENGAKUAN TU
PROGRAM MATRIKULASI KEMEN

STUDENT’S D
MINISTRY OF EDUCATION MALAYS

Nama Pelajar / Student’s Name:MOHAMAD Kursus / Course:EK
FARID HAIKAL BIN SHAHDAN Kod / Code:AE015

Tajuk Tugasan:ULASAN ARTIKEL
Pengakuan Pelajar/ Student’s Declaration

Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecua

I declare that this task is my own work except for the citations and sum

Tandatangan/ Signature: _____ ______________
( MOHAMAD FARID HAIKAL BIN SHAHDAN )

Nota: Borang ini hendaklah dikepilkan bersama tugasan bertulis/ bercet

PB/PTP

UGASAN PELAJAR
NTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DECLARATION
SIA MATRICULATION PROGRAMME

KONOMI No. Matrik / Matric No.:MA2112106037

ali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
mmaries of which I acknowledged the source.

Tarikh/ Date: 12 /9/2021

tak/ model dan diserahkan kepada pensyarah yang memeriksa tugasan.

Gambar hiasan.

Covid-19 jejaskan sektor perniagaan

• Oleh MOHD SHAZWAN YUSOP
• 2 Ogos 2020, 10:00 am

PENULARAN pandemik Covid-19 sejak akhir tahun lalu telah memberi
impak besar terhadap ekonomi di seluruh dunia.

Hampir semua negara pada ketika ini mengalami kemelesetan
ekonomi disebabkan pelaksanaan perintah berkurung (lockdown)
yang dibuat sebelum ini menyebabkan banyak sektor ekonomi
tergendala atau terhenti.

Di Malaysia, kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) hampir tiga bulan bermula 13 Mac hingga 3 Mei
lalu untuk memutuskan rantaian Covid-19. Ini turut menyebabkan
pelbagai sektor ekonomi menghadapi kesukaran dan orang ramai
terbatas untuk melakukan aktiviti harian, selain aktiviti merentas
negeri dan negara dilarang sama sekali.

2.0 Pengenalan

Mikroekonomi adalah bidang pengkajian ekonomi yang menganalisis aktiviti-
aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit kecil di dalam ekonomi seperti gelagat
pengguna dan pengeluar atau suatu pasaran.Ekonomi juga mengkaji bagaimana
manusia mengagihkan barang -barang yang terhad untuk memenuhi kehendak
manusia yang tidak terhad.

Unit-unit ekonomi ekonomi terbahagi kepada 4 iaitu isi rumah ,firma,kerajaan dan
sektor luar.Isi rumah adalah individu atau kumpulan yang tinggal bersama dan
membuat keputusan bersama untuk menggunakan barangan dan perkhidmatan.Isi
rumah memiliki faktor pengeluaran dan menawarkannya kepada firma untuk
mendapatkan ganjaran upah ,sewa,bunga dan untung sebagai pendapatan.Unit
ekonomi yang kedua pula ialah firma.Firma merujuk kepada pengeluar dan
sekumpulan firma yang menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan.Firma akan membeli faktor pengeluaran yang dimiliki oleh
isi rumah .Unit ekonomi yang ketiga ialah kerajaan.Kerajaan ialah badan yang
mengurus dan melaksanakan kegiatan ekonomi sesebuah negara untuk
menstabilkan dan membangunkan ekonomi negara.Kerajaan juga mengawasi
kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh isi rumah dan firma supaya tidak membawa
kerugian kepada setiap lapisan masyarakat.Kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh
kerajaan ialah mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak
swasta.Unit ekonomi yang terakhir ialah sektor luar.Sektor luar ialah eksport dan
import sesebuah negara dengan negara lain sama ada barangan atau perkhidmatan
dan aliran modal masuk serta keluar dari sesebuah negara ke negara lain.

Berdasarkan artikel yang telah saya pilih ,artikel tersebut memfokuskan kepada
isu perniagaan yang terjejas di Malaysia disebabkan oleh pandemik Covid-
19.Artikel tersebut telah menyatakan penularan pandemic Covid-19 sejak akhir
tahun lalu telah memberi impak besar terhadap ekonomi di seluruh dunia.Hampir
semua negara pada ketika ini mengalami kemelesetan ekonomi disebabkan
pelaksanaan perintah berkurung (lockdown) yang dibuat sebelum ini menyebabkan
banyak sektor ekonomi tergendala atau terhenti.Di Malaysia,kerajaan
memperkenalkan perintah kawalan pergerakan(PKP) hampir tiga bulan bermula 13
Mac hingga 3Mei lalu untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Ulasan artikel ini akan menumpukan kepada pembolehubah mikroekonomi
iaitu sektor perniagaan.Perniagaan ialah salah satu sektor dimana sebuah bentuk
organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan
kepada pelanggan,perniagaan dan entiti-entiti kerajaan.Penjejasan sektor
perniagaan menunjukkan pengeluaran dan penjualan barang tidak dapat
dilaksanakan dengan lancar.Firma dan kerajaan tidak boleh memenuhi kehendak
pengguna yang tidak terhad kerana sektor perniagaan terjejas.Kemelesetan
ekonomi juga akan terjadi kerana negara tidak dapat mencapai guna tenaga
penuh.Oleh itu,sumber ekonomi tidak akan digunakan kerana proses pengeluaran
telah terbatas dan terhenti.Maka masyarakat tidak akan hidup selesa kerana tidak
dapat memenuhi kehendaknya yang tidak terhad.

3.0 Ulasan Isu Artikel

Pembolehubah mikroekonomi menjelaskan tentang bagaimana unit-unit
kegiatan ekonomi di dalam pasaran menjalankan kegiatan ekonomi
mereka.Antara teori-teori yang dikaji dalam mikroekonomi ini adalah teori harga
,teori pengeluaran dan kos serta teori pengagihan.Perniagaan yang terjejas
merupakan salah satu masalah yang melibatkan pembolehubah mikroekonomi
di Malaysia.Perniagaan yang terjejas ini telah melibatkan banyak firma-firma
terpaksa menutup syarikat atau perniagaan mereka kerana datangnya wabak
pandemik virus Covid-19.Firma-firma ini terpaksa menutup perniagaan mereka
kerana mereka perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan
untuk mengelakkan penularan virus ini terus berlaku .Hanya firma yang
mengeluarkan barang keperluan sahaja yang dibenarkan beroperasi seperti
barang makanan.Sehubungan dengan itu, firma yang tidak mengeluarkan
barang keperluan pula terpaksa menanggung rugi perniagaan dan sesetengah
firma telah memberhentikan operasi buat selamanya kerana tidak sanggup untuk
menampung kos yang tinggi.Perkara ini telah menyebabkan firma-firma ini
mengalami bankrap.

Artikel yang dipilih ialah “Covid-19 jejaskan sektor perniagaan”.Perniagaan
adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan
barangan atau perkhidmatan.Perniagaan yang terjejas dalam ekonomi
menyebabkan individu tidak dapat memaksimumkan kepuasan kerana banyak
firma yang telah ditutup dan tidak dapat memenuhi kehendak pengguna .Perkara
ini telah menyebabkan berlakunya pembaziran sumber ekonomi kerana tidak
dapat digunakan sepenuhnya. Baru-baru ini negara Malaysia telah digemparkan
dengan satu virus yang sangat berbahaya iaitu Covid-19.Bukan sahaja negara
kita,malah seluruh dunia telah menghadapi masalah virus ini.Perkara ini telah
menyebabkan kebanyakan negara telah mengalami kemelesetan ekonomi
kerana setiap individu perlu mematuhi syarat-syarat (LOCKDOWN).Hal ini
demikian telah memberikan impak yang sangat besar kepada sektor-sektor
ekonomi kerana tergendala dan tekpaksa menghentikan operasi.

Terdapat beberapa keburukan yang dihadapi oleh negara Malaysia.Antaranya
ialah banyak sektor ekonomi yang sebelum ini menjana keuntungan besar telah
mengalami kerugian antaranya perhotelan ,pendidikan ,penerbangan dan
pelancongan.Malah terdapat syarikat-syarikat yang memilih untuk “menggulung
tikar”disebabkan sudah tidak mampu menanggung kos operasi.Perkara ini telah
menyebabkan pemilik perniagaan menjadi bankrap kerana tidak dapat
menanggung kos perniagaan dan hutang.

Selain itu,kadar pengangguran dalam negara semakin meningkat.Perkara ini
terjadi apabila banyak perniagaan yang mengalami kerugian dan bankrap. Oleh
Oleh itu,mereka terpaksa memberhentikan pekerja mereka kerana tidak mampu
menampung kos yang tinggi untuk membayar gaji pekerja.Perkara ini telah

menyebabkan mereka yang telah dibuang kerja terpaksa mencari kerja baharu
untuk menyara hidup mereka.Contohnya mereka yang bekerja di sektor
penerbangan dan perhotelan ,mereka terpaksa diberhentikan kerana tiada
pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.Majikan
mereka pula tidak sanggup untuk membayar gaji mereka kerana tidak mendapat
keuntungan malah mendapat kerugian. Hal ini demikian telah menyebabkan kes
pengangguran meningkat. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada 14 Mei
lalu kadar pengangguran dalam negara dijangka meningkat 5.5 peratus atau
lebih 860,000 orang akhir tahun ini.Malysia tidak pernah menyaksikan kadar
pengangguran lima peratus sejak tahun 1990 dan rata-rata adalah sebanyak 3.2
peratus antara 2010 dan 2019.

Seterusnya,masyarakat tidak dapat menampung kos sara hidup.Perkara ini
terjadi kerana ramai masyarakat yang telah dibuang kerja disebabkan majikan
mereka tidak dapat menampung kos yang tinggi kerana perniagaan mereka
tidak dapat berjalan dengan lancar dan tidak mendapat keuntungan.Apabila
mereka dibuang kerja mereka tidak mempunyai sumber pendapatan dan tidak
dapat menanggung kos sara hidup.Contohnya,mereka tidak dapat memenuhi
keperluan seperti makanan dan pakaian kerana mareka terpaksa membayar
sewa rumah dan bil eletrik.Perkara ini telah menyebabkan rakyat hidup dalam
penderitaan .Menurut Shamsuddin pembuangan pekerja bukanlah satu
keputusan yang mudah untuk dibuat oleh majikan .Justeru,,MEF sentiasa
menasihati majikan supaya langkah tersebut dibuat sebagai pilihan
terakhir.Namun, perkara ini telah berlaku kerana majikan memang tidak mampu
untuk menampung kos yang tinggi.

4.0 Cadangan Penambahbaikan

Semasa wabak Covid-19 ini berlaku,Kerajaan telah melaksanakan perintah
kawalan pergerakan(PKP) berkuatkuasa sehingga 31 ogos
2020.Kebenerannya,serangan wabak Covid-19 ini telah menyebabkan
perkembangan ekonomi negara terjejas teruk dan mengakibatkan ramai rakyat
yang telah diberhentikan kerja .Hal ini berlaku disebabkan oleh bayak perniagaan
yang telah mengalami kerugian dan bankrap dan terpaksa memberhentikan
pekerja mereka.Perkara ini telah menyebabkan ramai rakyat yang tidak dapat
menanggung kos sara hidup.Oleh hal yang demikian ,pihak kerajaan perlu
mengambil langkah inisiatif bagi mengatasi masalah perniagaan yang terjejas ini.

Untuk menangani masalah perniagaan yang terjejas kerajaan perlulah
membantu rakyat dari segi kewangan .Masalah utama rakyat pada pada masa kini
ialah tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung keluarga
mereka sendiri kerana tidak mempunyai pendapatan.Contohnya ,kerajaan telah
mengambil langkah untuk tambahan bagi pakej ransangan ekonomi prihatin
rakyat(PRIHATIN).Pada 27 Mac yang lalu ,Perdana Menteri Malaysia telah
mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang bernilai RM250
billion.Ramai yang bersetuju dan menyambut baik pakej ransangan ekonomi yang
diumumkan oleh kerajaan.Dengan cara ini ,beban yang dipikul oleh rakyat semakin
ringan kerana dapat meringankan kos perbelanjaan harian.

Sehubungan dengan itu ,kerajaan perlu menyekat kemasukan warga asing
untuk bekerja .Perkara ini terjadi kerana Malaysia mempunyai terlalu ramai pekerja
asing dan mereka selalunya bekerja di kedai runcit,stesyen minyak dan
sebagainya.Bukan itu sahaja,bahkan warga asing juga telah berniaga secara
terbuka dan ianya telah menjejaskan pendapatan perniagaan rakyat Malaysia.Hal ini
demikian telah menimbulkan kekangan terhadap rakyat Malaysia untuk
mendapatkan kerja kerana banyak peluang pekerjaan telah diisi oleh pekerja
asing.Contohnya,YAB Perdana Menteri,Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd.
Yassin telah mempertingkatkan kawalan di sempadan terutamanya di lorong-lorong
tikus .

Seterusnya,industri-industri yang tidak boleh beroperasi semasa perintah
kawalan pergerakan seperti syarikat penerbangan dan syarikat perlancongan haji
dan umrah boleh menjalankan perniagaan sementara menunggu perintah kawalan
pergerakan ditamatkan.Contohnya syarikat yang menjalankan perlancongan haji dan
umrah boleh menjalankan perniagaan menjual kurma untuk menanggung kos-kos
perbelanjaan harian syarikat.Oleh yang demikian,syarikat-syarikat ini mampu untuk
meneruskan operasi syarikat mereka walaupun tidak menjalankan aktiviti
perniagaan dan perkhidmatan seperti biasa.Menurut sebuah syarikat haji dan umrah
iaitu Andalusia,setelah sempadan negara ditutup untuk kebanyakan rakyat tidak
boleh keluar,mereka cuba mencari apa produk serta perkhidmatan yang boleh
dibawa masuk dan kurma dikenal pasti sebagai antara yang paling sesuai.

5.0 Kesimpulan

Oleh hal yang demikian,kadar perniagaan yang terjejas di Malaysia akan
semakin meningkat jika kerajaan dan firma tidak mengambil langkah proaktif bagi
memulihkan perniagaan yang terjejas di Malaysia.Rakyat dan perniagaan
mereka juga akan terus mundur apabila banyak perniagaan yang telah lingkup
dan gulung tikar.Justeru ,tidak mustahil untuk lebih banyak lagi perniagaan yang
akan mengalami kerugian dan terpaksa membuang pekerja jika kerajaan tidak
mengambil langkah yang sepatutnya.Menurut Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia(DPMM),menganggarkan lebih 53 peratus atau kira-kira 450,000
usahawan melayu daripada keseluruhan 960,000 yang berdaftar dengan SME
Corp terjejas susulan wabak Covid-19 dan tak akan mampu bertahan lebih duan
bulan tanpa bantuan kerajaan.Ini menunjukkan perniagaan-perniagaan sangat
terkesan dengan wabak Covid-19 ini.

Bantuan sosial yang diperuntukkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP) mestilah diteruskan dengan mengambil kira keperluan semasa
setiap perniagaan.Kerajaan juga diharap untuk lebih memberikan perhatian
kepada perniagaan-perniagaan kecil supaya pemilik perniagaan tidak mengalami
kerugian yang teruk.

Kesimpulannya ,kerajaan perlulah meneruskan untuk membantu perniagaan-
perniagaan yang terjejas dengan pelbagai cara dan inisiatif agar perniagaan-
perniagaan ini akan terus maju dan tidak rasa terbeban oleh peraturan-peraturan
SOP yang telah dibuat oleh kerajaan berkenaan dengan kemunculan wabak
Covid-19 ini.Sebagai pemilik firma dan perniagaan juga perlulah bijak mencari
inisiatif untuk memulihkan keadaan perniagaan yang teruk terjejas ini
.Contohnya dengan membuka pernigaan yang serba sedikit dapat menampung
kos perbelanjaan yang tinggi untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

6.0 Sumber Rujukan

Laman Web

1.’MAJORITI PERNIAGAAN KECIL TAK MAMPU BERTAHAN LEBIH DUA BULAN
AKIBAT COVID-19’.(20 OGOS 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/723203/majoriti-perniagaan-
kecil-tak-mampu-bertahan-lebih-2-bulan-akibat

2.”KESAN PANDEMIK COVID-19 KEPADA USAHAWAN(28 DESEMBER 2020)
https://www.insken.gov.my/article/kesan-pandemik-covid-19-kepada-usahawan/

3.’HINGGA 63% SYARIKAT TERJEJAS AKIBAT COVID-19 PENDAPATAN TURUN
LEBIH 30%’(27 JANUARI 2021)

https://www.beritaharian.sg/ekonomi-kerja/hingga-63-syarikat-terjejas-akibat-covid-
19-pendapatan-turun-lebih-30

4. “9502 PENIAGA PKS KEDAH TERJEJAS AKIBAT COVID-19”

https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/news/4209-9-502-peniaga-pks-kedah-
terjejas-akibat-covid-19

5. “PKP 2.0:BAGAIMANA PENIAGA TERUSKAN PERNIAGAAN”(12 JANUARI
2021)

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/pkp-20-bagaimana-peniaga-teruskan-
perniagaan-277235

6.”KERAJAAN BARU PERLU BAWA KESTABILAN KEPADA EKONOMI
PERSATUAN PERNIAGAAN”(19 OGOS 2021)

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-baharu-perlu-bawa-
kestabilan-kepada-ekonomi-persatuan-perniagaan-314944

7.”COVID-19:KERAJAAN PRIHATIN PERMASALAHAN SEMUA PIHAK”(12 JUN
2021)

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/826873/covid-19-kerajaan-
prihatin-permasalahan-semua-pihak

8.”SME BANK SEDIA DANA RM 200 JUTA BANTU SEKTOR PERNIAGAAN
3D”.(29 JUN 2021)

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/sme-bank-sedia-dana-rm200-juta-bantu-
perniagaan-sektor-3d-305692

Majoriti perniagaan kecil tak mampu
bertahan lebih 2 bulan akibat COVID-19

Nur Izzati Mohamad - Ogos 20, 2020 @ 8:29pm
[email protected]

Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon (tiga
dari kanan) berbual bersama kepimpinan baharu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau
Pinang (DPMMPP) selepas mesyuarat agung penubuhan organisasi itu. - NSTP/Nur Izzati

Mohamad
KEPALA BATAS: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menganggarkan lebih
53 peratus atau kira-kira 450,000 usahawan Melayu daripada keseluruhan 960,000
yang berdaftar dengan SME Corp terjejas susulan wabak COVID-19 dan tak akan
mampu bertahan lebih dua bulan tanpa bantuan kerajaan.
Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin
Hamidon, berkata daripada jumlah 450,000 itu pula, 70 peratus usahawan terbabit
boleh dikategorikan sebagai usahawan Melayu yang menjalankan perusahaan
secara kecil-kecilan.
"Daripada statistik yang kami ada, majoriti daripada usahawan SME (PKS) ini tidak
boleh bertahan melebihi dua bulan (sejak PKP bermula) dan sekarang sudah masuk
bulan kelima namun dengan pelbagai bantuan kerajaan mereka dapat meneruskan
perniagaan.(ARTIKEL 1)

KESAN PANDEMIK COVID-19 KEPADA USAHAWAN

28 Dec, 2020
Hampir setahun penularan pandemik Covid-19 melanda dunia dan tiada siapa yang
dapat menjangka bahawa ia akan meninggalkan kesan yang besar terhadap
landskap ekonomi dunia. Malaysia sendiri antara negara yang segera bertindak
dengan melaksanakan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir
tiga bulan bermula 13 Mac hingga 3 Mei lalu bagi membendung penularan wabak
tersebut.

Pelaksanaan PKP telah menyebabkan sektor ekonomi negara lumpuh seketika dan
banyak industri dan perniagaan turut menerima kesan. Usahawan juga turut
menerima tempias apabila perniagaan mereka tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Penularan pandemik Covid-19 dilihat masih tidak dapat dikawal dan pihak kerajaan
masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah
Kawalan Pergerakan Diperketatkan di bbeberapa kawasan bagi membendung
masalah tersebut.

Bagi mengulas lanjut mengenai kesan pandemik Covid-19 kepada usahawan secara
keseluruhan, wartawan Kosmo! Ahad, Farid Ahmad Tarmiji berkesempatan
mewawancara Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN),
Muhd Firdaus Azharuddin di pejabatnya di Cyberjaya, Selangor.(ARTIKEL 2)

Hingga 63% syarikat terjejas akibat Covid-19;
pendapatan turun lebih 30%

SEBANYAK 63 peratus syarikat di sini berkata pandemik
Covid-19 telah meninggalkan kesan negatif terhadap
perniagaan mereka, dengan syarikat-syarikat tersebut
mengalami penurunan purata pendapatan sebanyak 31 peratus.
Namun, meskipun dengan cabaran yang dihadapi dan
ketidaktentuan ekonomi sekarang, 69 peratus daripada
keseluruhan 1,075 syarikat yang ditinjau berkata mereka yakin
dapat meneruskan perniagaan dalam 12 bulan akan datang.
(ARTIKEL 3)

9,502 peniaga PKS Kedah terjejas akibat Covid-19

Mohd Firdaus Ahmad
ALOR SETAR - Seramai 9,502 peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Kedah terjejas
akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
Mohd Firdaus Ahmad berkata, data itu diperoleh menerusi laporan pihak berkuasa tempatan
(PBT).
Menurutnya, manakala kaji selidik yang dijalankan oleh SME Corporation Malaysia mendapati
97.9 peratus daripada responden menyatakan perniagaan mereka mengalami kerugian
sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sehubungan itu, kerajaan negeri melaksanakan beberapa inisiatif membantu peniaga
berkenaan, antaranya pelaksanaan moratorium bayaran balik Skim Pinjaman Mikro Kredit Negeri
Kedah selama enam bulan kepada 20 usahawan yang layak,” katanya, ketika menjawab soalan
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Bebas-Jitra) berhubung inisiatif kerajaan negeri membantu
usahawan PKS dan penjaja kecil dalam tempoh pasca Covid-19, pada persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.(ARTIKEL 4)

SME Bank sedia dana RM200 juta bantu
perniagaan sektor 3D

Haikal Raman
Jun 29, 2021 13:36 MYT

Dengan adanya Pembiayaan Padanan Geran PEMERKASA oleh SME Bank ini, usaha
transformasi perniagaan sektor 3D oleh kerajaan mampu direalisasikan dengan lebih pantas.
KUALA LUMPUR: SME Bank memperuntukkan dana RM200 juta di bawah Pembiayaan
Padanan Geran, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA),
khusus bagi membantu usahawan yang terlibat dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).
Ia terutamanya dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan yang
terjejas akibat pandemik COVID-19.
Usaha tersebut selaras dengan pengumuman inisiatif PEMERKASA oleh Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Click to View FlipBook Version