INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU
NAMA SISWA PENDIDIK : ADIB HAZARITH BIN HAZNAN
NOMBOR ANGKA GILIRAN : 202105231001
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030323030181
KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 1
KOD / NAMA KURSUS : GAPD 1032 ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL
NAMA PENSYARAH : DR. NORJANAH BINTI AMBO
TARIKH HANTAR : 31/3/2022
HALAMAN ISI KANDUNGAN Halaman
Bil Kandungan 1
1. Pendahuluan 1
2. Pengenalan 2
3. Jenayah Siber: Pornografi 3
4. Cadangan Penambahbaikan 4-5
5. Analisis SWOT
6
6. Kesimpulan
7
7. Sumber Rujukan
8
8. Borang Maklum Balas
Pendahuluan
Pada kesempatan kali ini, saya akan melaksanakan tugasan GAPD 1032 Asas
Pembelajaran Digital yang diberikan oleh pensyarah saya iatu Dr. Norjanah Binti Ambo. Untuk
melaksanakan tugasan ini, saya diminta untuk menghasilkan penulisan refleksi berdasarkan
salah satu subtopik daripada tajuk 8 Kewarganegaraan Digital. Seterusnya, saya juga
hendaklah mencari maklumat berkaitan isu dengan mengupas secara spesifik mengikut
kaedah pemikiran komputasional. Selain itu, saya juga mestilah mencari penambahbaikan
terhadap dengan memberikan pandangan secara relevan. Di samping itu, saya juga perlulah
menganalisis SWOT untuk menyelasaikan isu tersebut secara berhemah.
Pengenalan
Dalam meniti arus kemodenan kini, dunia menyaksikan iktisad negara yang semakin
membangun seperti duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Pembangunan teknologi yang
semakin canggih telah memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk melakukan urusan
kerja. Menurut Muhammad Asyraf et al. (2013), jenayah siber telah menjadi penyumbang
tertinggi dalam kes-kes jenayah. Misalnya, negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
Laman sosial merupakan “syurga” bagi pengintip siber kerana tidak terdapat had perkongsian
maklumat dalam kalangan pengguna termasuklah maklumat peribadi (Asiah Bidin et al.,
2015). Menurut Adnan et al. (2017), terdapatnya enjin pencarian seperti google, yahoo, bing
dan youtube memberikan maklumat diperoleh di hujung jari manusia. Namun begitu,
kesannya turut memberikan impak negatif kerana berlakunya jenayah siber secara
berleluasa. Oleh itu, jenayah siber bermaksud suatu perlakuan jenayah yang menggunakan
alat elektronik melalui sambungan internet melibatkan individua tau berkumpulan yang
mampu merentasi negara pada masa yang singkat dan tidak terhad batasan (Anita et al.,
2004).
1
Jenayah Siber : Pornografi
Polemik pornografi merupakan jenayah siber yang sering berlaku dalam penggunaan
internet. Malahan promosi gambar lucah turut dipaparkan apabila seseorang individu mencari
sesuatu maklumat di laman web. Menurut Muhamad Adnan et al. (2019), aspek kesedaran
terhadap pornografi mestilah mencapai objektif terutama kepada golongan muda dalam
usaha melahirkan generasi yang berfikiran positif. Perkembangan pornografi berkembang
apabila manfaat internet digunakan untuk melepaskan hawa nafsu syaitan yang tersemat
dalam diri seseorang individu. Pornografi pada awalnya hanya terdapat melalui cakera padat
seperti DVD, VCD bahkan pada saat ini di komputer dan telefon (Rachaniar et al., 2018).
Seterusnya, pornografi boleh diungkapkan sebagai perbuatan yang bersifat seksual
khususnya dianggap perbuatan tidak bermoral dengan melihat bahan bacaan atau video yang
mampu menaikkan nafsu syahwat (Galih et al., 2020). Oleh itu, ramai dikalangan remaja pada
alaf ini tidak mempunyai rasa malu apabila berkomunikasi berkaitan isu pornografi ini. Bahkan
ada juga segelintir remaja yang bergurau senda akan perkara pornografi yang dianggap
perkara yang remeh-temeh.
Bertitik tolak daripada itu, pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan ini dengan
sewajarnya. Pada pandangan saya, laman web yang mengandungi unsur lucah mestilah
dibendung dengan sewajarnya seperti Facebook, Tumblr dan Twitter. Laman web ini sering
dikunjungi oleh golongan remaja untuk mencari perkara yang tidak berfaedah. Terdapat
empat faktor yang menyebabkan seseorang individu melibatkan diri dalam pornografi. Faktor-
faktornya ialah pengaruh rakan sebaya, perasaan ingin tahu, mudah diakses dan kewujudan
telefon pintar. Oleh yang demikian, kita mestilah menghindarkan diri daripada perbuatan
pornografi yang merupakan pidana kepada generasi anak muda.
2
Cadangan penambahbaikan
Pada pendapat saya, isu pornografi ini dapat diselesaikan melalui sistem Dasar
Keselamatan Siber Negara (DSKN) yang diperketatkan. Berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan, ramai dikalangan remaja kita berada di tahap kritikal. Hal ini kerana kebanyakan
remaja kita melayari internet bukan kerana ingin “melepak” ataupun “santai”. Hakikatnya,
mereka terjerumus ke dalam pornografi.
Malahan di negara Malaysia tidak terdapat mekanisme yang mampu menyekat
serangan pornografi daripada iklan negara Barat seperti Jepun, Thailand dan Amerika
Syarikat. Oleh itu, jenayah pornografi mestilah dilihat sebagai ancaman kepada negara
kerana remaja merupakan wawasan kepada negara. Walaupun pelajaran seks mempunyai
kebaikan kepada masyarakat, namun sekiranya kecanduan pornografi tidak dikawal maka
gejala sosial semakin berleluasa. Hal ini kerana DSKN lebih tertumpu kepada asset negara
berbanding keselamatan penggunaan internet. Ironinya, remaja mempunyai tekanan emosi,
mental dan seksual kerana pendedahan pornografi yang melampau.
Selain itu, ibu bapa yang merupakan suri teladan kepada anak-anak mestilah
memantau penggunaan internet yang berlebihan terhadap anak mereka. Hal ini kerana
remaja pada zaman kini diistilahkan “ada udang di sebalik”. Tamsilannya, remaja mengunci
bilik secara berseorangan bersama gajetnya. Maka, secara tidak langsung perkara yang
negatif berlaku jika tidak terdapat pengawasan daripada ibu bapa.
Oleh itu, kaedah yang terbaik untuk mengelakkan anak-anak daripada terjebak
daripada gejala pornografi ialah ibu bapa tidak memberikan gajet di usia remaja. Hal ini kerana
di usia remaja mereka mestilah mendapatkan persekitaran yang baik supaya menjadi insan
yang berjaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah mencorakkan anak mereka supaya menjadi entiti
mithali kerana “mencegah lebih baik daripada mengubati”.
3
Analisis SWOT
Menurut Imanuel (2017), analisis SWOT adalah penilaian menyeluruh terhadap
kekuatan (strengths), kelemahan (weakness), peluang (opportunities) dan ancaman
(threats). Oleh itu, analisis SWOT merupakan instrumen yang berkualiti dalam melakukan
analisis strategi. Selain itu, analisis SWOT juga membuka peluang mencari penyelesaian
sesuatu masalah mengikut prosedur SWOT tersendiri secara teratur.
Rajah 1.0 menunjukkan jumlah peratus kanak-kanak yang terlibat dengan gejala pornografi
Berdasarkan rajah 1.0, analisis pornografi amatlah membimbangkan kepada negara.
Hal ini kerana sekali mereka terjebak ke dalam alam pornografi maka sukar untuk
meninggalkan perbuatan tersebut. Misalnya, pelajar sekolah melayari laman web lucah
sekitar 20.9 jam seminggu iatu angka yang sangat tinggi. Hal ini mungkin terjadi apabila ibu
bapa membiarkan anak mereka menggunakan internet tanpa pengawasan yang sewajarnya
selepas pelajar pulang ke sekolah.
4
Di samping itu, sebanyak 75 peratus kanak-kanak yang pernah melihat kandungan
pornografi. Oleh itu, sifat kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang menyebabkan
mereka melayarinya di internet. Seterusnya, mereka mula terjebak dengan gejala pornografi
yang mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan.
Kaedah analisis SWOT yang pertama ialah kekuatan (strength). Hal ini bermaksud
pihak kerajaan mestilah mempunyai strategi yang kuat untuk menyekat pornografi dalam
negara Malaysia. Hal ini hendaklah bermula daripada teras keupayaan dalaman. Pihak
kerajaan juga perlulah bersaing dalam bidang teknologi dengan negara luar agar gejala
pornografi dapat dibendum.
Seterusnya, kelemahan (weakness). DSKN pada masa kini tidak mempunyai hala tuju
yang jelas dalam membanteras polemik jenayah siber. Oleh itu, sumber-sumber yang
dilakukan juga tidak mendatangkan kunci kejayaan kepada negara. Oleh sebab itu, DSKN
negara kita masih lagi berada pada tahap yang lemah dari aspek pentadbiran.
Selain itu, peluang (opportunities). Negara kita perlulah menghasilkan golongan yang
celik IT dalam teknologi untuk bersaing dengan negara maju seperti Jepun. Hal ini supaya
dapat melahirkan golongan penggodam ICT yang bertauliah. Bahkan, penggodam tersebut
dapat menggodam sekaligus menyekat unsur pornografi daripada menyerang negara kita.
Di samping itu, ancaman negara (threat). Oleh itu, sistem maklumat keselamatan
negara mestilah berada di tahap yang memuaskan supaya penggodam daripada negara lain
cuba untuk mencuri maklumat secara rahsia. Malahan pornografi juga merupakan ancaman
kepada negara dalam usaha melahirkan negara yang mempunyai pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara.
5
Kesimpulan
Negara Malaysia akan berbangga jika ramai masyarakat yang celik IT berkaitan
keselamatan data dalam internet. Hal ini kerana penjenayah siber sentiasa mencari idea untuk
melakukan jenayah siber dengan ciptaan teknologi yang semakin canggih. Oleh itu, tidak
dinafikan bahawa undang-undang mestilah diperbaharui untuk memenuhi keperluan siber.
Sebagai intihannya, kita mestilah bersinergi membendum jenayah siber supaya maklumat
peribadi individu terjamin selamat.
6
Sumber rujukan
Anita Abdul Rahim, Nazura Abdul Manap (2004), Jenayah Berkaitan Dengan Komputer
Perspektif Undang-Undang Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 56
Asiah Bidin, Shariffah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad, Akmal Mohamad (2015).
Intipan Siber: Jenayah Baru Dalam Masyarakat Kotemporari: Jurnal Islam dan
Masyarakat Kotemporari. Edisi Khas. Bil 11. 12- 14
https://media.proquest.com/media/hms/PFT/1/SsuBH?_s=%2FmOnajBYgT%2BZGT1WPZIZJ
HWpX20%3D
Galih Haidar, Nurliana Cipta Apsari (2020). Pornografi Pada Kalangan Remaja. Vol 7, No 1
136-143 file:///C:/Users/USER/Downloads/27452-91617-1-PB.pdf
Imanuel Adhitya Wulanata Chrismanstianto (2017). Analisis SWOT Implementasi Teknologi
Finansial Terhadap Kualitas Layanan Perbankan di Indonesia: Jurnal Elektronik
Universitas Kristen Satya Wacana (UKSW). Volume 20, No 1, 133-144
https://core.ac.uk/download/pdf/234029133.pdf
Muhammad Adnan Pitchan, Siti Zobidah Omar, Akmar Hayati Ahmad Ghazali (2019). Amalan
Keselamatan Siber Pengguna Internet terhadap Buli Siber, Pornografi, E-Mel Phishing
dan Pembelian dalam Talian: Malaysian Journal of Communication. Jilid 35(3) 212-
227 https://doi.org/10.17576/JKMJC-2019-3503-13
Muhammad Adnan Pitchan, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong, Akhmar Hayati Ahmad
Ghazali (2017). Analisis Keselamatan Siber Dari Perspektif Persekitaran Sosial: Kajian
Terhadap Penggunaan Internet Di Lembah Klang: Journal of Social Sciences and
Humanities. Vol. 12, No 2. 17-19 file:///C:/Users/USER/Downloads/20382-58151-1-
SM.pdf
Muhamad Asyraf Ahmad Termimi, Muhammad Ikhlas Rosele, Khairul Azhar Meerangani,
Syamsul Azizul Marinsah, Mohd Anuar Ramli (2013). Jenayah Siber: Pengelasan Di
Antara Al-Jaraim Dan Al-Jina’i Menurut Sistem Perundangan Islam: International
Seminar of Islamic Jurisprudence in Comtemporary Society. Universiti Malaya. No 2.
539-551 https://eprints.um.edu.my/13068/1/37.pdf
Rachmaniar, Puji Prihandini, Preciosa Alnashava Janitra (2018). Perilaku Penggunaan
Smartphone Dan Akses Pornografi Di Kalangan Remaja Perempuan: Jurnal
Komunikasi Global. Volume 7. No. 1. 1-11 file:///C:/Users/USER/Downloads/10890-
28140-1-PB.pdf
7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama Siswa Pendidik: ADIB HAZARITH Angka Giliran :2021052310001
BIN HAZNAN
Kod : GAPD 1032 Nama Kursus : ASAS PEMBELAJARAN
DIGITAL
Pensyarah : DR NORJANAH BINTI AMBO
Tarikh Hantar :31/3/2022 Tarikh Terima :
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :31/3/2022
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :
Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :
Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan
Tandatangan Pelajar : Tarikh : 31/3/2022
8