The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SURAT LANTIKAN UNIT KOKO JUN 2021-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maerror84, 2021-06-11 10:02:00

SURAT LANTIKAN UNIT KOKO JUN 2021-converted

SURAT LANTIKAN UNIT KOKO JUN 2021-converted

` Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu
71600 Kuala Klawang,
Kepada, Jelebu, Negeri Sembilan.
Tuan/Puan, Tel : 06-6136202 No Fax : 06-6136622

Rujukan kami : SMKUJ/600-7/1( )

Tarikh : 22 Mac 2021

SMK Undang Jelebu,
71600 Kuala Klawang.

Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI PENTAKSIR PAJSK & AJK UNIT KOKURIKULUM
(PENGOPERASIAN) TAHUN 2021

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada saya
melalui Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,
AKTA PENDIDIKAN 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11, Tambahan
No 41, Perundangan (A) mengesahkan dan melantik tuan /puan sebagai PENTAKSIR PAJSK &
AHLI JAWATANKUASA di bawah Unit Kokurikulum seperti yang terkandung dalam Buku Manual
Pengurusan SMK Undang Jelebu Tahun 2021.

3. Dengan Perlantikan ini, bermakna tuan secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan
kegiatan Persatuan & Kelab, Badan Beruniform, Sukan & Permainan (1M1S). Tuan/puan juga secara
rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti mematuhi sepenuhnya semua peraturan, syarat-
syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah, PPD, JPNS dan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

4. Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan
menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar semasa menyertai sebarang aktiviti di dalam atau di
luar kawasan sekolah.

5. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan/puan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab
yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan. Kesediaan dan kesanggupan tuan menerima pelantikan
ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT:DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MAHAT BIN BUJANG)
Pengetua,
SMK Undang Jelebu


Click to View FlipBook Version