MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH SEREMBAN BILANGAN 1 TAHUN 2023/2024 TARIKH : 19 JUN 2023 HARI : ISNIN MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : BALAI AL-HIKMAH, SMKA SHAMS KEHADIRAN : 1 HJ AHMAD SHAHRIR BIN ABD GHANI PENGETUA, SMKA SHAMS 2 NOR SIZILAWATI BINTI HARUN PEGAWAI SISC+ PPD SEREMBAN 3 SAMSIAH MD YUSOF PK AKADEMIK, SMKA SHAMS 4 AHMAD KHAIRIL IKHWAN BIN MOHD ZAINOM SMK DATO' SHEIKH AHMAD 5 AMRIZA BINTI OTHMAN SMK BANDAR BARU SRI SENDAYAN 6 BAHARUDDIN BIN MOHD ALI SM AGAMA NILAI 7 HABIBAH BINTI ABU HASSAN SMK RANTAU 8 HJH FARA ILINA BINTI RAMLI SMK PANCHOR 9 IRWAN BIN HAMZAH SMK (F) SERI SENDAYAN 10 JAMILAH BINTI YA SMK SERI PAGI 11 KHONG YOKE FUN SMK CHAN WA 2 12 LEE HUI LIAN SMK SEREMBAN 3 13 LEE POH AI SMK METHODIST ACS (M) 14 MAGDALEN ONG SHIAU CHYI SMK DATO MOHD SAID 15 MOHD FAISAL BIN BAHARIM SMK DATO' KLANA PUTRA 16 MOHD NOOR AZAM BIN MAHASSAN@ZULKIFLEE SMK KOMPLEKS KLIA 17 MUHAMMAD FAZRUL AIZAT BIN AMREE SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK 18 MUHAMMAD SHAZNI BIN DAUD SM SAINS TUANKU AISHAH ROHANI 19 MUSTAFFA BIN ZAKARIA SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID 20 NAJIAH BINTI ABD RAHMAN SMK SERI AMPANGAN 21 NOOR FAEZAH BINTI NOORZAN SMK PENDETA ZA’BA 22 NOR ALEYWATI BINTI MUHAMAD SMK DATO' SHAHARDIN 23 NOR FAIZAH BINTI IDRIS SM TEKNIK TUANKU JAAFAR 24 NORASHIKIN BT MOHD NOR SMK DATO HJ MOHD REDZA 25 NORAZLINA BINTI MOHD RADZI SMAP LABU 26 NOREZAL BIN NORDIN SM SAINS TUANKU MUNAWIR 27 NORITA BINTI SALIMIN SMK BUKIT MEWAH 28 NORMAIZON BINTI SHAHDAN SMK SEREMBAN 2 29 NORZULLIANA BINTI MAT DENG SMK MANTIN 30 NUR NAZIHAH BINTI EFFANDI SMK WARISAN PUTERI 31 NUR SHAHIDAH SAPUAN SMK TAMAN SEMARAK 32 NURHAYATI BINTI MOHD NOR SMK SEREMBAN JAYA 33 NURHIDAYAH BINTI AB RAHMAN SMK MAMBAU
34 ROZILA BINTI MD.YUSOF SMK SENAWANG 35 SAKINAH BINTI SAHLUDIN SMK DESA CEMPAKA 36 SAMIHAH BINTI YUSOF SMK KING GEORGE V 37 SEAH SU YONG SMJK CHAN WA 38 SHAMSIAH BINTI SULAIMAN SMK SEREMBAN JAYA 2 39 SHAREEFA WAHIDA BT SHAHRUDDIN KOLEJ TUNKU KURSHIAH 40 SITI MUNIRAH BINTI MOHD KOLEJ GENIUS INSAN 41 SITI SARINA BINTI RAZALI SMK TAMAN TUANKU JAAFAR 42 SUBRAMANIAM SENGODAN SMK TUNKU AMPUAN DURAH 43 SUHANA SALMY BINTI SHAMSURI SMK DATO SHAMSUDIN NAIN 44 SYLVIYATY BINTI NORBI SMK TUNKU AMPUAN NAJIHAH 45 TUAN RAKIMA BT TUAN MAHMUD SMK BANDAR ENSTEK 46 UTHAYAKUMARI A/P SELLAKUTTY SMK PUTERI SEREMBAN 47 NUR HAZIRAH BINTI BAHARIN SMKA SHAMS (Pencatat) AGENDA MESYUARAT : 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat dan Maklum Balas Minit 3.0 Ucapan SISC+ Matematik Tambahan PPD Seremban 4.0 Pembentangan Analisis Keputusan SPM 2022 oleh SISC+ 5.0 Pembentangan Laporan Aktiviti 2022 6.0 Perancangan Aktiviti 2023 7.0 Laporan dan Perancangan Perbelanjaan Panitia 2023 8.0 Hal-hal lain 9.0 Ucapan Penutup 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan Cik Nor Sizilawati sebagai pegawai baharu SISC+ . 1.2 Pengerusi mengharapkan agar semua guru Matematik Tambahan dapat bersamasama dengan SISC+ baharu ini dalam merangka program berkesan untuk meningkatkan pencapaian daerah Seremban seiring dengan slogan KPPD “UP (Unggul Prestasi) Somban UP Nogoghi”. 1.3 Seperti semua sedia maklum, peringkat kebangsaan subjek Matematik Tambahan sedikit menurun. Kita hendaklah merangka strategi baharu yang boleh menambah minat murid terhadap subjek ini agar mereka rasa seronok untuk membuat latihan. MAKLUMAN
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 1 2022/2023 DAN MAKLUM BALAS MINIT 2.1 Disahkan oleh : Puan Noor Faezah binti Noorzan dari SMK Pendeta Za’ba Disokong oleh : Puan Najiah binti Abd Rahman dari SMK Seri Ampangan 2.2 Terdapat tiga daripada enam program yang ditangguhkan iaitu PLC lesson study, perkongsian ilmu daripada pensyarah IPTA dan bimbingan murid oleh team AZAM. Ketiga-tiga program ini akan dibawa ke tahun ini. 3.0 UCAPAN SISC+ OLEH CIK NORSIZILAWATI 3.1 SISC+ membentangkan hala tuju sektor pembelajaran PPD iaitu (i) Bimbingan dan sokongan ke sekolah menggunakan strategi terbeza. Sekolah boleh menjemput SISC+ untuk memberi bengkel strategi pendekatan terbeza. (ii) Pemerkasaan penjaminan kualiti dalam Pentaksiran Bilik Darjah (iii) Bimbingan kualiti PdP guru ke arah pembelajaran bermakna. (iv) Pemerkasaan panitia di sekolah bimbingan. (v) Pemerkasaan 5 fungsi USTP. (vi) PLC dan CPD untuk peningkatan kompetensi guru dan pegawai. 3.2 Pelantikan Ketua Panitia adalah berdasarkan kekananan dan mesti ada surat lantikan daripada sekolah kerana ada surat pekeliling arahan untuk ketua panitia. Peranan panitia dikategorikan kepada tiga aspek iaitu Pengurusan Panitia, Pengoperasian PdP dan Program Kecemerlangan Akademik dan Koakademik. 3.3 Pengurusan panitia adalah berdasarkan PDCA iaitu, plan (rancang), do (buat), check (semak) dan action (tindakan). Untuk fail panitia, apa yang perlu ada dalam fail adalah bergantung sepenuhnya pada sekolah. 3.4 Perkara yang perlu ada dalam minit mesyuarat (i) Kerja buat panitia mengikut proses PDCA (ii) Perbincangan data semasa (iii) Penyampaian maklumat mesyuarat kurikulum sekolah (iv) Penggunaan PCG – rancang untuk tingkatan 4 juga. (v) Pelbagai aktiviti/program sekolah mengikut proses PDCA (vi) Tindakan dan makluman tidak boleh ditulis bersama-sama/sekali. Makluman 4.0 PEMBENTANGAN ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2022 OLEH SISC+ 4.1 GPMP Daerah sedikit menurun iaitu dari 5.53 SPM 2021 kepada 5.73 SPM 2022. Bilangan yang mendaftar adalah seramai 3397 tetapi yang mengambil ialah seramai 3358.
4.2 Bilangan dan % cemerlang : A+ A A- JUMLAH 109 275 209 593 3.25 % 8.19 % 6.22 % 17.66 % Bilangan dan % kepujian : B+ B C+ C JUMLAH 243 301 303 374 1221 7.24% 8.96% 9.02% 11.14% 36.36 % Bilangan dan % lulus : D E JUMLAH 284 459 743 8.46 % 13.67 % 22.13 % 4.3 Sebanyak 16 buah sekolah meningkat GPMP dan 29 buah sekolah menurun. Tahniah kepada TKC, satu-satunya sekolah GPMP bawah 3 iaitu 2.90. Tahniah juga kepada sekolah yang meningkat iaitu SMK KGV, SMK ST PAUL, SMK CHAN WA, SMK METHODIST ACS, SMK CHAN WA 2, SMK SEREMBAN 2, SMK DATO SHEIKH AHMAD, SMK KOMPLEKS KLIA, SMK SERI AMPANGAN, SMK MANTIN, SMK BANDAR ENSTEK, SMK DATO HAJI MOHD REDZA, SMK PANCHOR, SMK DATO’ KLANA PUTRA, SMK BANDAR BARU SRI SENDAYAN, SMK DATO’ SHAMSUDIN NAIN. 4.4 SISC+ juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun untuk memastikan kejayaan anak murid. Makluman 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI 2022 5.1 Puan Nur Hazirah membentang tiga program yang dapat dilaksanakan iaitu (i) Teknik penandaan kertas 1 oleh Encik Norezal Nordin pada 14 Julai 2022. Seramai 68 orang guru dapat hadir. (ii) Perkongsian DSKP Matematik Tambahan oleh Puan Siti Azlina Hairudin pada 19 Januari 2023 secara Google Meet. Seramai 95 orang guru dapat hadir. (iii) Perkongsian Amalan Terbaik Matematik Tambahan oleh Encik Norezal Nordin (SASER), Cik Siti Noorrul Ain Idrus (STAD), Puan Nur Hazirah Baharin (SHAMS) pada 19 Januari 2023 secara Google Meet. Seramai 95 orang guru dapat hadir. Makluman 6.0 PERANCANGAN AKTIVITI 2023 6.1 Kolaboratif dengan IPG Teknik untuk kelas intensif murid lemah. Dr Rohani telah menawar sumbangan untuk membawa pelajar IPG Teknik untuk membantu sekolah. Tindakan : SMK Seremban Jaya 2
6.2 Perkongsian ilmu daripada Jabatan Matematik UTM Skudai. Perkongsian ini adalah antara pensyarah dengan guru dan pelajar UTM dengan murid sekolah. Tindakan : Kolej Genius Insan 6.3 Perkasa team AZAM. Team AZAM akan memberi bantuan dari segi teknik menjawab dan kelas tambahan kepada murid-murid Seremban. Tindakan : SISC+ 6.4 PLC lesson study untuk topik-topik tertentu secara Google Meet. Antara topik yang dicadangkan adalah pilihatur dan gabungan, kinematik, penyelesaian segi tiga yang melibatkan 3D dan pembuktian. Tindakan : SM Teknik Tuanku Jaafar 6.5 Teknik penandaan secara Google Meet yang diberi oleh Puan Norsuzana untuk Kertas 2 dan Dr Siti Munirah untuk Kertas 1. Tindakan : SDAR dan SGS 7.0 LAPORAN DAN PERANCANGAN PERBELANJAAN PANITIA 2023 7.1 Puan Nur Hazirah memaklumkan Pendapatan 2022 Perbelanjaan 2022 Baki 2021 RM 77.50 Penceramah RM 200 Sumbangan individu RM 300.00 Jamuan RM 240 Sumbangan peserta RM 340.00 Fotostat RM 70 Jumlah RM 717.50 Jumlah RM 510 Baki pada tahun 2022 adalah sebanyak RM 207.50. 7.2 Puan Nur Hazirah memaklumkan bahawa bayaran RM 10 untuk setiap sekolah setiap program adalah tidak mencukupi. Beliau meminta untuk berbincang kadar bayaran baharu. 7.3 Semua ahli mesyuarat bersetuju bayaran adalah mengikut kertas kerja program. 8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 Puan Samihah daripada SMK KGV memberi sedikit perkongsian dan amalan terbaik yang dilakukan sehingga peroleh GPMP terbaik sekolah harian iaitu 3.75. Antaranya (i) Kelas tambahan hari Jumaat atau Ahad dan berfokus kepada pelajar lemah dan sederhana sahaja. (ii) mobile clinic iaitu group telegram dengan murid yang dipilih. Setiap minggu 5 soalan akan diberi pada hari Ahad berserta dengan jawapan akhir. Murid akan berjumpa cikgu mengikut masa lapangnya.
(iii) Selepas Trial SPM semasa PdP menggunakan pendekatan pembelajaran terbeza. Murid yang cemerlang akan duduk di belakang dan dibekalkan set soalan berserta skema jawapan, murid berbincang sesama sendiri dan hantar untuk guru semak agar mereka tak lari dari skema pemarkahan. Murid yang lemah dan sederhana duduk di depan, dan jawab soalan-soalan daripada topik-topik tertentu dibantu oleh guru. 8.2 Encik Norezal daripada SASER membuat sedikit perkongsian memandangkan satusatunya sekolah yang mendapat 100% lulus di Seremban. Antara program yang dilaksanakan ialah (i) Booster Add Math dan Add Math day pada hari Jumaat dan Ahad. Murid dipecahkan kepada 5 kumpulan mengikut pencapaian markah. Setiap kumpulan dibimbing oleh guru-guru pakar. (ii) Kelas Fajar daripada 7 hingga 7.30 yang dibimbing oleh guru-guru Add Math. (iii) Sesi cakna dengan ibu bapa (Group 5) yang single digit. Sesi dari hati ke hati, cari guru personal semasa cuti sekolah. (iv) Program penghargaan untuk murid mendapat keputusan yang cemerlang dan melonjak di peringkat peperiksaan dalaman. Pemilihan dibuat dari program intervensi yang berterusan. (v) Kekuatan pecutan 4 hari sebelum SPM. 8.3 Cik Nor Sizilawati mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas perkongsian. Beliau menyarankan semua guru untuk mengambil idea daripada program yang dilaksanakan di SASER dan KGV dan mengubah suai dgn lokaliti murid sekolah masingmasing. 8.4 Puan Shareefa Wahida daripada TKC mencadangkan agar panitia dapat mengeluarkan modul pembuktian dan modul latihan buku teks. 8.5 Encik Norezal berkata guru perlu akur dengan DSKP kerana LP mengeluarkan soalan mengikut DSKP, mereka ada hak untuk mengeluarkan soalan membuktikan, menentusahkan. 8.6 Cik Nor Sizilawati mencadangkan agar guru tidak perlu beri soalan KBAT kepada murid-murid lemah dan sederhana. Beliau juga mencadangkan sekolah buat jaringan kerana murid semangat apabila berada di sekolah lain. Makluman 7.1 UCAPAN PENUTUP Pengerusi mengharapkan kerjasama daripada semua guru kerana bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu program lebih-lebih lagi yang melibatkan subjek kritikal seperti Matematik Tambahan. Beliau percaya semua guru mempunyai semangat yang berkobarkobar untuk memastikan calon masing-masing berjaya membuat lonjakan pada tahun ini. Guru perlu melakukan perubahan untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik. Pengerusi juga mengingatkan agar guru mengutamakan kesihatan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang. Disediakan oleh, Puan Nur Hazirah binti Baharin Ketua Panitia Matematik Tambahan SMKA Sheikh Haji Mohd Said