The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izyansyazwani07, 2021-04-18 12:47:38

Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar

Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar

TAN SRI
DR. ZETI AKHTAR

AZIZ

Y.M.TTAANNSSRRI dIATO’
UANKGDHKRTU.AZDRREB.TIZNIETTI I
UNAGKKHU TABADRUL

AAZZIIZZ

NAMA :
Izyan Syazwani Binti Jamal

KELAS :
4 Brilliant

ALAMAT EMAIL :
[email protected]

NAMA SEKOLAH :
SMK LKTP Ulu Tebrau

ALAMAT SEKOLAH :
Sekolah Menengah
Kebangsaan LKTP Ulu
Tebrau, Felda Ulu Tebrau,
81810 Ulu Tiram, Johor

Tokoh yang saya pilih iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar
Binti Ungku Abdul Aziz merupakan wanita pertama menyandang jawatan
paling terkemuka dalam dunia perbankan negara iaitu Gabenor Bank Negara
Malaysia selama 16 tahun. Anak tunggal kepada tokoh ilmuwan terkenal,
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dan tokoh budayawan negara, Sharifah
Azah Aziz kelahiran Johor Bahru ini dianugerahkan dengan kebijaksanaan
yang diwarisi daripada kedua orang tuanya menjadikan beliau seorang yang
sangat berjaya dalam bidang yang diceburinya. Beliau juga digelar sebagai
pemimpin kewangan negara dan telah menjadi salah seorang wanita yang
paling berkuasa di Malaysia.

NNAAMMAA BBAAPPAA :: NAMA PENUH :
Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Y.M. Tan Sri Dato’ Ungku Dr.
Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid Zeti Akhtar binti Profesor Diraja

NAMA IBU : Tun Dr. Ungku Abdul Aziz
Sharifah Azah Aziz
UUMMUURR::
NNAAMMAASSUUAAMMII:: 74 tahun
Dato’ Dr Tawfiq Ayman
(Pengarah AZAIR Sdn. Bhd) TARIKH LAHIR :
27 Ogos 1947
NANMAAMAANAANKA-AKN:AK :
1) Alif Ayman TEMPAT LAHIR :
2) Aziz Ayman Johor Bahru, Johor

AGAMA :
Islam

BANGSA :
Melayu

Ahli keluarga Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar

Ungku Aziz adalah bekas Puan Azah Aziz,
Naib Canselor Universiti seorang ikon budaya
Malaya dari 1968-1988, Melayu yang terkenal
ahli akademik dan ahli dan dihormati yang
memperjuangkan dan
ekonomi terkenal, memelihara budaya
merupakan individu yang Melayu tradisional

bertanggungjawab sebenar.
mengilhamkan penubuhan

Tabung Haji yang telah
membantu ramai umat
Islam dalam menunaikan

ibadah haji.

Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar mendapat pendidikan awal
di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada tahun 1958.
Beliau telah melanjutkan pelajaran dan memiliki Ijazah Sarjana
Muda Ekonomi (Ekonomi Analitikal) daripada Universiti Malaya
pada tahun 1970 dan seterusnya memiliki Sarjana dan Doktor
Falsafah Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa (PhD) daripada
University of Pennsylvania, Amerika Syarikat pada tahun 1978.

Sekolah Menengah Assunta,
Petaling Jaya

University of
Pennsylvania,
Amerika Syarikat

Gambar Tan Sri Dato’ Ungku Dr.
Zeti Akhtar sewaktu hari

graduasi bersama ibu bapa beliau.
Gambar daripada

malaycivilisation.ukm.my

KERJAYA

• Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar memulakan kerjaya beliau

sebagai penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran
Bank Pusat Asia Tenggara (Southeast Asia Central Banks Research
and Training Centre) pada tahun 1979 hingga 1984.

• Beliau menyertai Bank Negara Malaysia pada tahun 1985 dan

dilantik menjadi Setiausaha Lembaga Perbankan pada tahun 1987.

• Beliau seterusnya dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan

Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

• Beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan

Ekonomi Bank Negara Malaysia pada
tahun 1994.

• Beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara

Malaysia pada 1 September 1998 selepas Datuk Ahmad Mohd Don
mengundurkan diri.

• Beliau dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional

Bhd. pada tahun 1998 hingga 2000.

• Beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh pada

1 Mei 2000 dan menjadi wanita pertama dilantik dalam jawatan
tersebut.

• Beliau dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional

Bhd. pada tahun 2004.

• Beliau telah dipilih menganggotai Suruhanjaya Pakar Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu pada November 2008 untuk mencadangkan
hala tuju sistem kewangan dunia serta mempengerusikan jawatankuasa
kerja usahasama global bagi merangka pelan induk kerjasama
kewangan antara bank-bank pusat.

• Beliau dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM)

pada 20 April 2011 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.

• Tan Sri Dato’ Ungku Dr Zeti Akhtar adalah Ahli Lembaga Gabenor

Bank-Bank Pusat Asia Tenggara
(SEACEN- Sountheast Asian Central
Banks) dan Pengerusi Lembaga Pengarah
SEACEN.

...

• Pada tahun 2015, Tan Sri Dato’ Ungku Dr.Zeti Akhtar telah
dianugerahkan Pingat Dekan Wharton (Wharton Dean's Medal) oleh
Wharton School of the University of Pennsylvania di Bangkok atas
pencapaian dan kejayaannya mengemudi ekonomi Malaysia.
Anugerah tersebut merupakan penghargaan tertinggi kepada alumni
universiti yang membawa impak besar kepada ekonomi Asia dan
global.

• Beliau telah dipilih sebagai gabenor bergred A (Grade A) di kalangan
ketua atau gabenor bank pusat oleh Global Finance pada tahun 2013.

. Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti
Akhtar adalah pemenang anugerah
Tokoh Maal Hijrah 2010. Beliau
mengulangi kejayaan ayahnya pada
tahun 1977. Beliau merupakan wanita pertama yang menerima anugerah
tersebut. Di peringkat antarabangsa, beliau turut menyumbang kepada
penerimaan global kewangan Islam termasuk dengan mengetuai pasukan
antarabangsa dalam penyediaan laporan Kestabilan Kewangan dan Institusi
Kewangan Islam (Financial Stability and Islamic Finance) dan
mempengerusikan penubuhan Islamic Financial Services Board, sebuah
agensi antarabangsa bagi menetapkan dasar kewangan prudent institusi
kewangan Islam seluruh dunia. Di bawah pimpinan beliau, sistem
kewangan Islam kini bertapak kukuh
di Malaysia dan menyumbang kepada
sebuah sistem kewangan yang berdaya
saing, pelbagai, komprehensif dan
inklusif.

• Pada tahun 2010 juga, beliau telah dianugerahkan sebagai Gabenor
Terbaik Bank Pusat Asia oleh majalah Emerging Markets.

• Beliau telah dipilih sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh
majalah Global Finance pada 13 September 2010.

• Pada tahun 2009, majalah Global Finance telah menamakan beliau
sebagai salah seorang Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia.

• Pada tahun 2007, beliau telah
mendapat Anugerah "London
Sukuk Summit" atas sumbangan
luar biasa beliau dalam
pembangunan Pasaran Modal
Islam (Islamic Capital Market).

• Pada Januari 2006, beliau telah

menerima Anugerah Doktor
Kehormat Undang-undang oleh
Canselor University of
Nottingham, Profesor Fujia Yang.

Pada tahun 2005, majalah
Euromoney telah menamakan
beliau sebagai Ketua Bank
Pusat Dunia terbaik.

• Pada tahun 2004, majalah The Banker terbitan Financial Times
telah menamakan beliau sebagai Ketua Bank Pusat Dunia terbaik.

• Pada tahun 2003, majalah Emerging Markets telah menamakan
beliau sebagai Gabenor Bank Pusat Asia terbaik.

• Pada 2 Jun 2001, beliau telah menerima Darjah Kebesaran
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) daripada Yang Dipertuan
Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

• Pada September 2000, beliau menerima Darjah Kerabat Yang
Amat Dihormati Rakyat Kedua (D.K.II), Johor.

• Pada Ogos 2000, majalah Global Finance telah menamakan
beliau sebagai Wanita Paling Berkuasa dalam bidang kewangan.

• Pada 24 Ogos 2000, beliau mendapat Tun Fatimah Gold Medal
sempena sambutan Hari Wanita.

• Pada 8 April 1998, beliau mendapat gelaran Dato' Paduka
Makhota Johor (D.P.M.J.), Johor.

SUMBANGAN

MENGATASI KRISIS KEWANGAN ASIA
• Ketokohan Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar menyerlah berikutan

keberanian beliau semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada akhir
1990-an yang telah membawa perubahan kepada status kewangan di
Malaysia.
• Beliau menjadi perhatian perbankan antarabangsa apabila beliau
memperkenalkan kawalan mata wang di Malaysia pada kemuncak
krisis kewangan Asia.
• Walaupun tindakan beliau ketika itu dikritik pelbagai pihak, usaha
serta pemikiran beliau tersebut kini diiktiraf Dana Kewangan
Antarabangsa (IMF) dan menjadi model panduan kepada negara
berpendapatan sederhana.
• Hasil pentadbirannya di Bank Negara Malaysia berjaya menjalani
pemulihan daripada krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia lebih
pantas daripada yang dijangkakan.
• Kewangan negara kembali pulih seperti sedia kala di bawah
pentadbiran beliau hasil pelbagai strategi berkesan yang beliau
perkenalkan dan memberi impak positif kepada sektor ekonomi dan
kewangan.
• Kepakaran dan kewibawaan beliau bukan sahaja diiktiraf oleh
keajaan Malaysia, bahkan juga oleh dunia kewangan antarabangsa.

PEMBANGUNAN KEWANGAN ISLAM
• Di bawah pimpinan Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar, sistem

kewangan Islam bertapak kukuh di negara ini dan menyumbang
kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai,
komprehensif dan inklusif
• Di peringkat antarabangsa, beliau turut menyumbang kepada
penerimaan global kewangan Islam termasuk dengan mengetuai
pasukan antarabangsa dalam penyediaan laporan Financial
Stability, dan Islamic Finance dan mempengerusikan penubuhan
Islamic Financial Services Board, sebuah agensi antarabangsa
bagi menetapkan dasar kewangan prudent institusi kewangan
Islam seluruh dunia.
• Beliau telah meletakkan asas bagi pembangunan pusat kewangan
Islam antarabangsa untuk memenuhi permintaan global dan
domestik.
• Kepimpinan berwawasan beliau dalam menggerakkan usaha ini
bukan sahaja telah memastikan asas-asas tersebut kukuh, bahkan
berjaya mengangkat profil kewangan Islam di persada global,
dengan Malaysia dilihat sebagai negara contoh yang gigih
menggalakkan pembangunan kewangan Islam untuk negara-
negara lain.

• Antara sumbangan lain Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar dalam
pembangunan sistem kewangan Islam:

Pelan Induk
Pembangunan sektor kewangan yang lebih mantap, berdaya saing dan
dinamik dilakukan semasa beliau menerajui Bank Negara Malaysia
dengan pelancaran peneraju utama kepada proses pembangunan sektor
kewangan termasuk kewangan Islam iaitu dua pelan induk 10 tahun.
i. Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) bagi tempoh 2001 hingga 2010
ii. Pelan Sektor Kewangan (PSK) bagi tempoh 2011 hingga 2020

Perundangan
Semasa pentadbiran beliau, rangka kerja perundangan yang menyokong
termasuklah sebuah perundangan khusus yang mengambil kira prinsip
kontrak Islam yang unggul turut diperkenalkan. Contohnya,
i. Dari segi perundangan, bank Islam dikawal selia oleh Bank Negara

Malaysia di bawah Akta Bank Islam 1983, sementara bank konvensional
yang menyertai Skim Perbankan Islam dikawal selia di bawah Akta Bank
dan Institusi-institusi Kewangan 1989.

Produk
Antara kejayaan beliau dalam tempoh sedekad ialah menjadikan
Malaysia sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, peningkatan aset
perbankan Islam sebanyak tiga kali ganda kepada 21% serta lebih 100
institusi kewangan Islam domestik dan antarabangsa kini beroperasi di
Malaysia.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

Antara nilai kepimpinan Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar yang boleh
dicontohi ialah seorang pemimpin perlulah bijak merancang strategi untuk
keluar daripada gelanggang permasalahan yang dihadapi. Hal ini kerana,
strategi yang berkesan dapat mengelakkan berlakunya permasalahan yang
lebih besar yang akan memberikan kesan negatif kepada rakyat.

Selain itu, berani menempuh segala cabaran dan halangan yang dihadapi.
Seseorang pemipin perlulah berani supaya rakyat yakin untuk berada di
bawah kepimpinannya dan perlindungannnya.

Kemudian, amanah dalam melakukan tanggungjawab yang diberikan.
Hal ini kerana, amanah merupakan kunci penentu yang boleh membangunkan
sebuah bangsa dan negara yang berjaya.

Akhir sekali, berpandangan luas terhadap dunia yang diceburinya.
Seorang pemimpin perlulah tahu selok belok dunia kepimpinannya supaya
mudah untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul tanpa
memberikan kesan sampingan terhadap rakyat mahupun pentadbirannya.

“Kepimpinan yang bertenaga tinggi dan berkekalan adalah suatu
keperluan yang sangat penting untuk masa hadapan,”
_Tan Sri Dr. Zeti Akhtar_

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar
merupakan salah satu permata yang tidak ternilai yang dimiliki
Malaysia. Hal ini kerana, beliau telah berjaya menaikkan nama
Malaysia sehingga terkenal di persada antarabangsa dan berjaya

meletakkan Malaysia
setanding dengan negara maju
dalam bidang perbankan.
Ketekunan beliau dalam bidang yang
diceburinya telah berjaya membuka mata ramai generasi muda
untuk menjadikan diri mereka sebagai seorang anak watan
Malaysia yang terkenal dan bersinar di pelosok dunia. Harapan
saya adalah semoga generasi muda masa kini dan akan datang
dapat menaikkan semangat dan meneruskan perjuangan beliau
menaikkan nama negara dalam pelbagai bidang termasuk
bidang perbankan.

SUMBER
RUJUKAN

INTERNET :

• http://penatokoh.blogspot.com/2014/04/ta

n-sri-dr-zetti-akhtar-aziz.html?m=1

• http://numiscat.blogspot.com/2015/01/tan-

sri-dato-ungku-dr-zeti-akhtar.html?m=1

• https://www.astroawani.com/berita-

bisnes/zeti-terima-anugerah-diraja-
kewangan-islam-187294?amp=1

• https://people.utm.my/umarhaiyat/2016/05

/01/legasi-cemerlang-gabenor-wanita-
berbaju-kurung/

• https://www.slideshare.net/noorfaizahsaria

n/tan-sri-zeti-akhtar-aziz

• https://www.centralbanking.com/central-

banking/news/1425619/gold-medal-bank-
negara-governor


Click to View FlipBook Version