MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN;
KESIHATAN DAN PERPADUAN
NAMA PENSYARAH;
EN FAISAL
NAMA PELAJAR;
ANAS SHAHMIN BIN AHMAD FAUZI (15DRM21F2006)
FAIZ BIN NIZAM (15DRM21F2010)
ROSDATUL NURUL AZREENI BT YUSOFF (15DRM21F2022)
NUR SHAFIQA BT HASNOL (15DRM21F2026)
NURDINI ZAFIRAH BT MOHD ZIN (15DRM21F2030)
SENARAI KANDUNGAN
PENGENALAN M/S 3
CONTOH DAN FAKTA M/S 4 - 5
KESAN M/S 6 - 9
KESIMPULAN M/S 10
PENGENALAN
Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan tidak
hanya seketika ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan
sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau
kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama
manusia (berlainan kaum,bangsa dan agama).
Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi
dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan
agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan
bermasyarakat yang aman dan harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya
terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama, bersama-sama
berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin.
Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan dan
kesihatan ini berlaku.
HARI SUKAN NEGARA / BULAN SUKAN
NEGARA
Contoh pertama yang boleh kita ambil bagi menjelaskan dengan
lebih mudah mengenai konsep kesihatan dan perpaduan ini ialah
melalui program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
“Hari OSNukektgoaabnrear”Nsyeeagjnaakgra2d”0iw1ya5unjtugedldakhiasnadmimtubukulaat risenOlaakmmtoaabnesyreah2ka0er1ip9pa.addaa“Bmuinlagngu
kedua
Sukan
Penambahbaikan dan perubahan konsep lebih kontemporari dan
memenuhi keperluan semasa adalah keutamaan sangat penting
t“eSruhkadaanpUpnrotgurkamSeBmuulaan” Sukan Negara bagi menjamin agenda
kekal relevan sepanjang zaman. Tujuan SUKAN
sukan negaraUntuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat
dan muhibah melalui sukan di kalangan individu, kumpulan sukan
masyarakat dan antarabangsa.
Seperti yang kita lihat, agenda “Sukan Untuk Semua” itu dapat
dikaitkan serba sedikit mengenai perpaduan antara masyarakat ketika
bersukan. Contoh yang paling mudah diambil semasa Bulan Sukan
Negara ini dijalankan, kaum Melayu, Cina dan India sama-sama
menyertai acara yang dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun
komuniti setempat mereka. Oleh itu, wujudnya kerjasama antara satu
sama lain apabila bersukan sekaligus dapat mencapai kemenangan
ketika menyertai sesuatu acara atau pertandingan.
Covid COVID-19
COVID Contoh terakhir yang dapat saya berikan di sini ialah mengenai penularan kes
pandemik Covid-19 di seluruh negara. Penularan kes ini menyebakan satu
dunia panik dan sistem organisasi kesihatan semakin sesak. Mari kita kupas
serba sedikit kaitan antara penularan kes ini dengan perpaduan di Malaysia.
Sebagaimana yang kita lihat, kes ini menjadikan kesemua petugas-petugas
barisan hadapan (frontliner) berkerjasama dan berganding bahu siang dan
malam bagi mengurangkan penularan ini berlaku. Selain itu, barisan-barisan
petugas hadapan (frontliner) yang terdiri daripada polis, tentera, doktor dan
sebagainya bertugas dan berkongsi kepakaran untuk memastikan fasiliti
keperluan dan keselamatan rakyat terjamin. Rakyat juga perlu bersama-sama
menjaga diri daripada dijangkiti penyakit ini selaras dengan tagline
“#kitajagakita”. Jelaslah bahawa dengan adanya perpaduan yang kuat daripada
rakyat Malaysia ini mampu dan berjaya menjadikan Malaysia antara negara
yang paling kurang catatan kes Covid-19 di seluruh dunia.
KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA
PERPADUAN ANTARA RAKYAT
KEHARMONIAN NEGARA AKAN TERJEJAS
Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan di kalangan rakyat. Kerjasama yang baik antara
rakyat sangat dititikberatkan di dalam proses memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat. Contohnya,
sepanjang berlakunya penularan wabak COVID-19 ini , rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan
pihak atasan untuk berkerjasama memutuskan rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus menyebabkan peningkatan
kes dan kematian pesakit dari semasa ke semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja pada pihak atasan
malah terhadap kita juga. Sehubungan itu, keharmonian negara juga tergugat dan memberikan impak negatif yang
agak besar kepada kesejahteraan rakyat dan negara.
KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA
PERPADUAN ANTARA RAKYAT
ASPEK SOSIAL
Memang tidak dapat disangka bahawa komunikasi dua hala yang baik antara masyarakat berbilang kaum
merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Hal ini demikian kerana tanpa komunikasi yang baik di antara
rakyat dan kesepakatan komunikasi dapat menjejaskan kejayaan sesuatu program kesihatan seperti Bulan Sukan
Negara dilaksanakan. Contohnya, di dalam sesebuah komuniti yang terdapat masyarakat yang berbilang kaum
mempunyai komunikasi yang kurang baik sesama kaum akan mewujudkan jurang antara satu sama lain dan
sekaligus menyukarkan kita untuk bersepadu ketika melakukan perancangan aktiviti sepanjang Bulan Sukan
Negara. Selain itu, kesihatan sangat memerlukan komunikasi dua hala antara satu sama lain terutamanya ketika
merawat , melawat dan melakukan pembedahan kepada pesakit.
KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA
PERPADUAN ANTARA RAKYAT
WUJUD SIKAP MEMENTINGKAN DIRI DALAM MASYARAKAT
kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat yang sanggup menggadai prinsip politik, ekonomi, keadilan dan
prokemanusiaan demi kepentingan diri. Contohnya,sesetengah rakyat yang tidak memberi kerjasama yang baik
untuk mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus jangkitan
COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih suka mengikut kehendak mereka untuk keluar sesuka hati dan tidak
mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengambil berat tahap kesihatan orang lain. Hal ini diperkatakan
demikian kerana kita akan mempropagandakan lagi keadaan sekaligus meningkatkan bilangan kes COVID-19
tersebut melalui sentuhan dan jarak yang rapat apabila bertemu kawan atau sebagainya.
KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA
PERPADUAN ANTARA RAKYAT
KESTABILAN EKONOMI NEGARA TERJEJAS
Sistem kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi menstabilkan ekonomi negara. Namun begitu, apabila wujudnya
masalah kesihatan seperti penularan wabak COVID-19, maka ini turut menjejaskan lagi kestabilan ekonomi negara.
Seiring dengan pengumuman yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah
mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula pada 18 Mac 2020, sudah pasti ini
akan memberikan kesan yang mendalam kepada sistem ekonomi negara. Contoh dapat yang kita lihat, berlaku
peningkatan bilangan pengganguran, pegurusan peniagaan yang tidak mendatangkan banyak keuntungan dan anak-
anak muda yang berhasrat untuk menyambung pelajaran juga terbantut . Oleh itu, kestabilan ekonomi negara
adalah sangat penting serta memainkan peranan yang besar dari aspek kesihatan bagi membentuk perpaduan negara
yang aman dan harmoni.
KESIMPULAN
Tuntasnya, sektor kesihatan mampu membentuk dan mewujudkan hubungan perpaduan yang utuh dan teguh antara
masyarakat. Konteks perpaduan itu sendiri telah membawa makna yang sangat besar terhadap komuniti dan negara
kita yang tercinta. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menjaga perpaduan yang terbina ini bagi memastikan
kesinambungannya pada generasi akan datang. Jika tiadanya perpaduan antara masyarakat, maka keharmonian
negara akan tergugat dan sekaligus menyebabkan penyatuan antara kaum dan bangsa itu semakin hilang.