The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-72383207, 2021-08-25 19:20:51

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

SIRI : JOM BERCERITA Ikhlas ~ Cg
“ADA CERITA, Zabidah,UBK Sfeja

ADA PENGAJARAN”

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak
ikan yang nakal. Anak ikan itu tidak

disenangi oleh rakan-rakannya kerana ia
suka menipu dan mempermainkan
mereka.

Ketika ikan-ikan lain sedang bermain,
anak ikan akan menjerit, “Jerung!
Jerung! Bersembunyi cepat!”

Ikan-ikan itu ketakutan lalu dan
bersembunyi di celah-celah batu. Anak
ikan itu akan mentertawakan rakannya.

Ikan-ikan kecil amat takut dengan
jerung. Jerung yang garang itu akan
memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan
apabila anak ikan itu menjerit, “Jerung!

Jerung!. Namun anak ikan itu berasa
seronok dapat mempermainkan rakan-

rakannya

Pada suatu hari, anak ikan itu
menghampiri rakannya. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa.

Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Anak ikan itu
tidak menyedari kehadiran jerung itu.

“Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat”
Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari

bersembunyi di celah-celah batu.

Anak ikan itu tidak menghiraukan
jeritan rakan-rakannya. Ia menyangka

rakannya hanya bermain-main.

“Baiklah, kamu semua menang! Di sini
mana ada jerung! Tak usahlah kamu

mempermain-mainkan aku!” jerit anak
ikan itu.

Jerung itu berenang menghampiri anak
ikan itu. Anak ikan itu tidak sempat

melarikan diri. Ia di makan oleh jerung
itu.

Pengajaran :

Kita tidak boleh bercakap bohong atau menipu
orang lain walaupun sekadar untuk bermain-main.

Ini kerana lama-kelamaan orang tidak akan
mempercayai kita lagi

Pada masa kita bercakap benar dan betul tetapi
disebabkan kita sering bercakap bohong dan

menipu maka orang tetap tidak akan mempercayai
kita.

Mendapat kepercayaan orang adalah sangat penting
dan dalam masa yang sama kita perlu menjaga
kepercayaan yang diberikan.


Click to View FlipBook Version